Istiadat Pandu Puteri Tunas

8
37. ISTIADAT PANDU PUTERI TUNAS Lingkungan Tunas dilaksanakan dan dipimpin oleh pemimpin (kakak setia / Siti Setia) setiap kali terdapat perjumpaan pasukan . Peralatan yang diperlukan ialah penant Tunas Puteri. Cara ahli masuk membentuk lingkungan adalah secara rekaan iaitu menggunakan tema. Lagu yang perlu dinyanyikan semasa istiadat ini ialah lagu Pandu Puteri Tunas dan lagu kumpulan. Perjumpaan ditutup secara rekaan dan menyanyikan lagu Lonceng PP Tunas. Lagu Pandu Puteri Tunas Puteri Tunas bertujuan Menolong dan berkawan Lagu kumpulan Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan Melor taat dan setia Berusaha setiap masa Kami bernama Kenanga Berjasa bertenaga Cempaka bersuka ria Menolong orang duka Bunga Teratai nama kami Bekerja setiap hari Kami Kesidang datang Menolong pagi petang Lagu Ahli Baharu Ahli baharu suka hati Menjadi Puteri Tunas

description

untuk semua

Transcript of Istiadat Pandu Puteri Tunas

Page 1: Istiadat Pandu Puteri Tunas

37. ISTIADAT PANDU PUTERI TUNAS

Lingkungan Tunas dilaksanakan dan dipimpin oleh pemimpin (kakak setia / Siti Setia) setiap kali terdapat perjumpaan pasukan . Peralatan yang diperlukan ialah penant Tunas Puteri. Cara ahli masuk membentuk lingkungan adalah secara rekaan iaitu menggunakan tema. Lagu yang perlu dinyanyikan semasa istiadat ini ialah lagu Pandu Puteri Tunas dan lagu kumpulan. Perjumpaan ditutup secara rekaan dan menyanyikan lagu Lonceng PP Tunas.

Lagu Pandu Puteri TunasPuteri Tunas bertujuan Menolong dan berkawan

Lagu kumpulan Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan

Melor taat dan setiaBerusaha setiap masa

Kami bernama KenangaBerjasa bertenaga

Cempaka bersuka riaMenolong orang duka

Bunga Teratai nama kami Bekerja setiap hari

Kami Kesidang datangMenolong pagi petang

Lagu Ahli BaharuAhli baharu suka hati Menjadi Puteri Tunas

Lagu Lonceng Pandu Puteri Tunas

Oh Tuhanku seruan hambamu

Beri kami nikmat sepanjang hayat

Selamat tinggal / Malam ( 3x)

Page 2: Istiadat Pandu Puteri Tunas

Istiadat Lingkungan Tunas

Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkan pennant ditengah-tengah kawasan. Tetapkan satu tema untuk rekaan membentuk lingkungan contohnya tema haiwan, kenderaan dan lain-lain yang sesuai dan menarik. Pemimpin boleh memanggil kumpulan untuk masuk satu persatu. Arahan : Ketua kumpulan berenam akan membentuk lingkungan dimulakan dengan kumpulan......Respon : Kumpulan Kesidang masuk seperti arnab bergerak sebaris mengelilingi pennant dan kemudian berdiri dalam lingkungan besar ( yang akan terbentuk setelah enam kumpulan mengambil tempat)Apabila semua kumpulan telah berada dalam lingkungan besar, semua ahli berpegang tangan dan berskip ke kiri sambil menyanyikan lagu PP Tunas. Setelah selesai skip ke kiri, skip pula ke kanan dan menyanyikan lagi PP Tunas.

Catatan: Tujuan menggunakan tema adalah sebagai satu cara yang menarik bagi ahli membentuk satu lingkungan besar .

Masuk secara rekaan Tema kenderaan Tema haiwan

Skip ke kiri Skip ke kanan Kumpulan berenam

Page 3: Istiadat Pandu Puteri Tunas

Setiap kumpulan akan masuk secara bergilir (tanpa pegang tangan), berskip dan ’humming’ lagu kumpulan ”na na na na.....” . Ahli kumpulan akan membuat lingkungan kecil disekeliling penant, pegang tangan dan skip ke kiri dan kanan sambil menyanyikan lagu kumpulan. Setelah selesai ahli kumpulan akan melepaskan tangan dan masuk semula ke lingkungan besar didahului dengan ketua kumpulan. Semasa berskip balik ke lingkungan besar, ahli sekali lagi ’humming’ lagu kumpulan.

Kedudukan ahli baharu dalam lingkungan

Setelah selesai ke enam kumpulan menyanyikan lagu masing-masing, semua ahli pegang tangan dalam lingkungan besar, skip ke kiri dan ke kanan beramai-ramai dan menyanyikan lagu PP Tunas.

Setelah selesai menyanyikan lagu PP Tunas dan berskip, semua ahli berhenti, lepaskan tangan dan berdiri tegak .

Pemimpin : akan sebut perkataan ’T.O.S’ sekali Ahli : Tangan dalam keadaan hormat ( aras bahu) dan sebut T.O.S tiga kali . Setelah selesai serentak turunkan tangan.

Aktiviti semasa dalam lingkungan adalah seperti menyampaikan maklumat, memeriksa kebersihan ahli dan pakaian seragam, membuat kutipan dan lain-lain. Lingkungan boleh ditutup dengan cara rekaan atau cara yang diguna dalam dalam kuda.

Istiadat Lingkungan Tunas bersama ahli baharu

Setelah semua kumpulan berenam membentuk lingkungan secara rekaan, ahli baharu akan masuk ke tengah penant dan duduk bertinggung.

Setelah selesai semua ahli menyanyikan lagu kumpulan, ahli baharu berdiri berpegang tangan dan menyanyikan lagu ahli baharu sambil skip ke kiri dan kanan.

Ahli baharu akan skip ke kumpulan berenam mereka. Semua ahli skip ke kiri dan kanan beramai-ramai menyanyikan lagu PP Tunas.

Page 4: Istiadat Pandu Puteri Tunas

Penutupan perjumpaan mingguan

Di akhir perjumpaan semua ahli berkumpul dan membentuk lingkungan dan menyanyikan lagu Lonceng PP Tunas. Apabila pemimpin memberi isyarat akan menutup perjumpaan, semua ahli berkumpul berpegang tangan dan membentuk lingkungan besar. Semua ahli akan berdiri tegak dan menyanyikan lagu Lonceng. Ahli boleh keluar dari lingkungan menggunakan rekaan masing masing. Pemimpin boleh memberi arahan ’keluar baris’ dan semua ahli keluar baris cara ladam kuda. Cara ahli keluar baris boleh dibuat juga secara rekaan.

Ringkasan mengendalikan istiadat Lingkungan Tunas.

Pemimpin tentukan tempat & tema – Pemimpin beri arahan kumpulan bentuk lingkungan—Kumpulan masuk secara rekaan mengelilingi penant dan membuat lingkungan besar –ahli baharu masuk dan duduk bertinggung---lagu PP Tunas dalam lingkungan besar ---lepas tangan –kumpulan masuk membuat lingkungan dan menyanyikan lagu kumpulan – ahli baharu pegang tangan & skip –ahli baharu masuk kumpulan berenam—semua ahli pegang tangan dan menyanyikan lagu PP Tunas beramai-ramai –hormat T.O.S—pemeriksaan kebersihan & kutipan—tutup lingkungan.

Pow Wow

Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi, membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Pow wow dikendalikan oleh pemimpin .

Cara melaksanakan Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow Ahli akan memberi respon dengan berpegang tangan dan menyebut Pow Wow berulang kali Berkumpul membuat lingkungan kecil dan duduk berlututPemimpin beri arahan kepada ahli sekiranya mereka ingin memberi pendapat, letak tangan atas telinga seperti arnab (3 jari)Semasa ahli ingin memberi undi rahsia, letak tangan dibelakang dan tunjukkan isyarat seperti gengam jari : tidak setuju / buka gengaman (setuju)Pemimpin boleh bergerak mengelilingi belakang ahli untuk mengira undian. Apabila selesai pow wow semua ahli boleh berdiri dan bersurai.

Page 5: Istiadat Pandu Puteri Tunas

Hormat Besar

Istiadat hormat besar dilaksanakan sebagai satu cara ahli Tunas menyambut tetamu dan orang kenamaan. Istiadat ini dilaksanakan semasa ahli dalam bentuk lingkungan.

Semua ahli berdiri tegak dan kedua-dua tangan diletak dibawah dagu seperti kuntum bunga yang belum berkembang.

Tetamu akan masuk ke lingkungan di bawa oleh ahli lain

Pemimpin boleh memberi que dan ahli serentak beraksi menggayakan kuntum bunga yang tertutup beransur-ansur berkembang.

Semua ahli dalam lingkungan secara serentak bertepuk tangan di atas bahu kiri empat kali sambil mengucap ” selamat datang ”. Kemudian bertepuk tangan di atas bahu kanan empat kali dan menyebut ” selamat datang” .

Semua ahli berdiri tegak dan memberi isyarat hormat sambil memberi senyuman

Ahli boleh menyanyikan lagu ’Selamat Datang”

Tetamu disambut oleh ahli dalam lingkungan kecil

Lagu Selamat DatangSelamat datang tuan / puan Selamat datang tuan /puan

Selamat datang kami ucapkan Selamat datang tuan /puan

Page 6: Istiadat Pandu Puteri Tunas