Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan Teknologi Instruksional

2
ISU DAN CABARAN TERHADAP GURU BERKAITAN DENGAN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL Menurut Seels & Richey, (1994,), teknologi instruksional bermaksud, perihal berkaitan teori, amalan reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian terhadap proses dan sumber pembelajaran. Di sini dapat disimpulkan bahawa teknologi instruksional berkaitan dengan proses dalam amalan reka bentuk pengajaran yang bersistematik. Ini bertujuan membolehkan murid-murid menjadi faham apa yang mereka belajar. Persoalannya, mampukah atau bersediakah teknologi diintegrasikan ke dalam teknologi instruksional? Bagaimanakah penerimaan guru, murid, pihak pengurusan sekolah atau ibu bapa ? Adakah mereka sanggup menyediakan minda dan diri mereka untuk berubah. Kajian telah dijalankan oleh Khairuddin Bin Nisa mengenai beberapa isu yang berkait dengan teknologi instruksional terhadap guru. Isu pertama bahan pengajaran menggunakan teknologi instruksional dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Hasil mendapati dengan menggunakan bahan instruksional lebih berkesan iaitu sebanyak 3.73% berbanding 2.33 % bagi yang menggunakan buku teks sahaja semasa pengajaran. Isu kedua tahap pengetahuan guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional. Hasil mendapati kekuatan penggunaan GIS (sistem maklumat geografi) dipengaruhi oleh pengetahuan komputer yang tinggi dalam kalangan guru. Isu ketiga sikap positif guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi

description

cabaran guru

Transcript of Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan Teknologi Instruksional

Page 1: Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan Teknologi Instruksional

ISU DAN CABARAN TERHADAP GURU BERKAITAN DENGAN

TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL

Menurut Seels & Richey, (1994,), teknologi instruksional bermaksud, perihal berkaitan teori,

amalan reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusan dan penilaian terhadap proses

dan sumber pembelajaran.  Di sini dapat disimpulkan bahawa teknologi instruksional

berkaitan dengan proses dalam amalan reka bentuk pengajaran yang bersistematik. Ini

bertujuan membolehkan murid-murid menjadi faham apa yang mereka belajar. Persoalannya,

mampukah atau bersediakah teknologi diintegrasikan ke dalam teknologi instruksional?

Bagaimanakah penerimaan guru, murid, pihak pengurusan sekolah atau ibu bapa ? Adakah

mereka sanggup menyediakan minda dan diri mereka untuk berubah.

Kajian telah dijalankan oleh Khairuddin Bin Nisa mengenai beberapa isu yang berkait

dengan teknologi instruksional terhadap guru. Isu pertama bahan pengajaran menggunakan

teknologi instruksional dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Hasil mendapati dengan

menggunakan bahan instruksional lebih berkesan iaitu sebanyak 3.73% berbanding 2.33 %

bagi yang menggunakan buku teks sahaja semasa pengajaran. Isu kedua tahap pengetahuan

guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional.  Hasil mendapati kekuatan

penggunaan GIS (sistem maklumat geografi) dipengaruhi oleh pengetahuan komputer yang

tinggi dalam kalangan guru. Isu ketiga sikap positif guru dapat meningkatkan penggunaan

teknologi instruksional. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan kuat antara  sikap dan

penggunaan komputer dalam pembelajaran seseorang guru.

Namun terdapat pelbagai cabaran dalam melaksanakan kesemua ini antaranya,

bagaimana menggalakkan guru menggunakan bahan pengajaran  berasaskan teknologi

instruksional? Bagaimana untuk meningkatkan tahap pengetahuan guru berkenaan teknologi

ini? dan bagaimana  untuk meningkatkan sikap positif dalam kalangan guru bagi

menggunakan teknologi instruksional?.  Bagi menyelesaikan masalah ini antara cadangan

yang diutarakan adalah  bahan terbaik di peringkat kebangsaan akan dikumpulkan melalui

CD dan disebarkan diseluruh negara, mengutamakan kursus latihan dalam perkhidmatan

(LADAP) yang berkaitan teknologi instruksional, mewajibkan bakal guru di universiti

mengambil dua atau tiga kertas berkaitan komputer sebagai subjek teras dan mewujudkan

sikap positif jangka panjang guru terhadap teknologi instruksional melalui motivasi intrinsik.

Page 2: Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan Teknologi Instruksional

Secara kesimpulannya, pada masa hadapan apabila melalui teknologi virtual dan 3D

semakin berkembang iaitu melibatkan deria penglihatan, bau, rasa serta sentuhan akan

menyebabkan revolusi dalam pendidikan.  Pada era tersebut, sudah tentu penggunaan buku

teks menjadi tidak lagi relevan dan pastinya semua guru di Malaysia harus bersedia kearah itu