Isu Etika Perguruan

15
1 1. PENGENALAN Profession perguruan merupakan satu tulang belakang kepada pembentukkan masyarakat dan peribadi warganegara sesebuah negara. Semenjak dari dulu, pendidikan dianggap sebagai satu alat ukuran kepada kemodenan dan kemajuan sesuatu bangsa. Kepentingan pendidikan bukan lagi menjadi bahan bualan atau perkara yang dipertikaikan, hal ini berikutan kepentingan pendidikan sudah jelas difahami dan kian dirasai. Sejajar dengan arus perkembangan globalisasi dan kemajuan masyarakat, profesion perguruan telah dinobatkan sebagai satu bidang profesional yang memainkan peranan dalam pembangunan bangsa dan negara. Justeru, kerjaya guru tidak boleh dipandang enteng akan kepentingannya. Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri – ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan oleh mereka adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli. Jelas berdasarkan konsep yang diterangkan, profesion perguruan adalah menepati kriteria profesional kerana guru-guru kini dilatih untuk mempunyai pengetahuan dalam bidang perguruan. Selain itu juga, guru- guru juga terikat dengan etika keguruan yang menjadi garis panduan utama dalam profession perguruan. Satu perkara yang menarik berdasarkan konsep profesional yang dihuraikan di atas adalah berkaitan dengan kod etika. Etika (ethics) berasal dari bahasa Yunani adalah Ethos yang membawa maksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan (costum). Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu Mos dan dalam bentuk jamaknya Mores , yang bererti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk kumpulan tersebut (Keith, 2006). Selain itu , Abdul Rahman ,1999 menjelaskan etika merupakan displin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan perseorangan serta antara individu. Berdasarkan denifisi yang dikemukakan oleh individu di atas, dapat dilihat bahawa etika merupakan satu konsep adat kebiasaan datau cara hidup seseorang Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ( Muhamad Irfan Ab. Manaf G8.9)

description

Esaimen untuk kursus EDU 3108

Transcript of Isu Etika Perguruan

Page 1: Isu Etika Perguruan

1

1. PENGENALAN

Profession perguruan merupakan satu tulang belakang kepada pembentukkan

masyarakat dan peribadi warganegara sesebuah negara. Semenjak dari dulu, pendidikan

dianggap sebagai satu alat ukuran kepada kemodenan dan kemajuan sesuatu bangsa.

Kepentingan pendidikan bukan lagi menjadi bahan bualan atau perkara yang dipertikaikan,

hal ini berikutan kepentingan pendidikan sudah jelas difahami dan kian dirasai. Sejajar

dengan arus perkembangan globalisasi dan kemajuan masyarakat, profesion perguruan

telah dinobatkan sebagai satu bidang profesional yang memainkan peranan dalam

pembangunan bangsa dan negara. Justeru, kerjaya guru tidak boleh dipandang enteng akan

kepentingannya.

Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri – ciri

yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan

oleh mereka adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang

yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli. Jelas berdasarkan

konsep yang diterangkan, profesion perguruan adalah menepati kriteria profesional kerana

guru-guru kini dilatih untuk mempunyai pengetahuan dalam bidang perguruan. Selain itu

juga, guru-guru juga terikat dengan etika keguruan yang menjadi garis panduan utama

dalam profession perguruan.

Satu perkara yang menarik berdasarkan konsep profesional yang dihuraikan di atas

adalah berkaitan dengan kod etika. Etika (ethics) berasal dari bahasa Yunani adalah ‘Ethos’

yang membawa maksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan (costum). Etika biasanya

berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu ‘Mos’

dan dalam bentuk jamaknya ‘Mores’, yang bererti juga adat kebiasaan atau cara hidup

seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghindari perkara-

perkara tindakan yang buruk kumpulan tersebut (Keith, 2006).

Selain itu , Abdul Rahman ,1999 menjelaskan etika merupakan displin falsafah yang

memberi perhatian khusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yang

mewajarkan kelakuan perseorangan serta antara individu. Berdasarkan denifisi yang

dikemukakan oleh individu di atas, dapat dilihat bahawa etika merupakan satu konsep adat

kebiasaan datau cara hidup seseorang yang dilihat dari aspek norma dan piawai yang

membentuk sahsiah atau perbadi seseorang individu.

Justeru, etika perguruan adalah suatu sistem yang diatur sebagai panduan untuk

diikuti oleh guru supaya guru saling menghormati, mempunyai kesantunan, kepedulian

terhadap profesionnya serta boleh menguruskan kehidupan dengan baik. Kepentingan etika

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ( Muhamad Irfan Ab. Manaf G8.9)

Page 2: Isu Etika Perguruan

2

keguruan ini dilihat dari beberapa aspek yang bertujuan untuk melihat segala tindakan guru

telah menjaga kepentingan masyarakat yang berhubung dengan mereka. Selain itu juga

etika keguruan bertujuan bagi memastikan tingkah laku guru sesuai dengan adat kebiasaan

yang berlaku dan tidak bertentangan dengan hak asasi umum. Kod etika guru juga bertujuan

untuk menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah

dalam bidang pendidikan. Hal ini bertujuan supaya guru lebih faham dan jelas tentang

tanggungjawab mereka.

Berdasarkan tujuan yang telah dinyatakan, dapat dilihat bahawa etika perguruan

sememangnya satu perkara yang penting yang perlu dihayati oleh semua guru ke arah

pembentukkan jati diti guru yang professional.

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ( Muhamad Irfan Ab. Manaf G8.9)

Page 3: Isu Etika Perguruan

3

2. ISU ETIKA KEGURUAN

Menurut Nazirmuddin(2005), Etika keguruan digariskan untuk memfokuskan

kepada beberapa aspek tertentu iaitu:-

I. Kesantunan guru

II. Kepedulian guru

III. Penampilan guru

IV. Berniaga di sekolah 

V. Pengurusan masa

VI. Kerjaya sambilan 

VII. Pengurusan kewangan.

Perkara-perkara di atas perlu dilihat dengan jelas oleh guru-guru dan perlu difahami

memandangkan ianya diberi perincian yang jelas. Jika dahulu, guru sering dibanggakan

dengan peribadi mulia, dihormati serta disanjung tunggi. Namun sejak kebelakangan ini, isu-

isu guru yang melanggar etika keguruan semakin memenuhi dada-dada akhbar malahan

menjadi buah mulut orang ramai. Profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah

kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia

termaktub. Isu-isu ini secara tidak langsung memberikan satu imej negatif kepada profesion

perguruan di Malaysia. Justeru, hal ini perlu diambil berat oleh semua guru di Malaysia.

Berdasarkan pengalaman saya ketika melaksanakan Amalan Profesional Internship

selama sebulan di sebuah sekolah di tengah bandaraya Kuala Lumpur, saya telah melihat

beberapa isu tingkah laku guru di sekolah terbabit yang telah melanggar kod etika keguruan.

Pertamanya, dari aspek kepedulian guru, saya melihat terdapat beberapa orang guru yang

tidak mengamalkan sikap profesional. Saya melihat perkara ini dalam dua aspek iaitu

kepedulian dari segi penyempurnaan diri dan kepedulian terhadap tugas pengajaran.

Guru yang profesional adalah guru yang mampu mengawal dirinya supaya stabil dari

aspek emosi, intelek ,rohani mahupun jasmani. Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat

segelintir guru yang tidak megambil peduli terhadap penyempurnaan diri sebagai seorang

guru. Hal ini dapat dilihat kerana terdapat guru yang membawa masalah peribadi ke sekolah.

Terdapat satu kes yang melibatkan seorang guru yang mempunyai masalah rumah tangga.

Beliau telah membawa masalah tersebut ke sekolah yang menyebabkan ganguan emosi

berlaku kepada seorang murid kerana didenda berdiri di tengah panas selama dua jam.

Dapat dilihat di sini bahawa, isu peribadi yang dialami oleh guru tersebut telah

mempengaruhi tingkahlakunya sebagai seorang guru dengan mengenakan tindakan yang

tidak wajar kepada pelajar yang hanya membuat bising ketika sesi pengajaran beliau. Jika

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ( Muhamad Irfan Ab. Manaf G8.9)

Page 4: Isu Etika Perguruan

4

guru tersebut peduli akan kesempurnaan dirinya, beliau tidak akan mencampurkan perihal

peribadi bersama perihal disiplin murid di sekolah. Hal ini berlaku berikutan kegagalan beliau

menguruskan masalah peribadi dengan baik. Guru yang profesional sepatutnya bertindak

profesional dalam tindakannya.

Kesan permasalahannya ini mungkin lebih mudarat sekiranya guru tersebut tidak mampu

mengatasinya dengan rasional. Sebagai contohnya, satu laporan akhbar bertarikh 30 Jun

2009, yang ditulis oleh Mohd Fauzi Abdullah dalam Harian Metro melaporkan:

“Gara-gara bergaduh dan bertengkar dengan isteri, seorang guru gagal mengawal nafsu

hingga tergamak merogol pelajarnya yang berusia 15 tahun. Kejadian berlaku di rumah

guru berusia 33 tahun itu di kuarters sebuah sekolah menengah, petang Khamis lalu.’

“Pada mulanya guru itu mengajar mangsa tugasan sekolah, namun dipecayai gagal

mengawal nafsunya dan terus memeluk mangsa dari belakang sebelum merogolnya.

Mangsa cuba melawan namun gagal dan tiada siapa dapat membantu kerana hanya

mereka berdua di rumah berkenaan,” katanya. Sumber itu berkata, perbuatan guru

berkenaan terbongkar apabila mangsa menceritakan kepada guru lain keesokannya

selepas mendekati pelajar itu yang kelihatan murung. Katanya, pemeriksaan perubatan

ke atas pelajar terbabit di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh

mengesahkan dia dirogol.”

Kesan kegagalan guru mengambil peduli akan kesempurnaan diri akan memberikan

impak yang sangat buruk seperti yang tertera dalam petikan akhbar tersebut. Seorang guru

yang profesional perlulah profesional dalam pemikiran serta tindakannnya dalam sesuatu

perkara yang dirancang mahupun dilaksanakan. Mahathir (1999) menyatakan, guru-guru

dituntut agar mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh pelajar dan

masyarakat di samping menguasai pelbagai ilmu, antara lain dalam bidang yang berkaitan

dengan teknologi maklumat, bahasa dan kemahiran berkomunikasi. Justeru, semua guru

perlukan mengambil berat akan kesempurnaan diri bagi membina jati diri yang berakhlak

dan bersahsiah yang boleh dijadikan teladan oleh murid-murid.

Berikutnya, saya turut melihat isu kepedulian guru ini dari aspek kepedulian terhadap

tugas pengajaran. Seperti yang sedia maklum tugas utama guru adalah mengajar. Abdul

Shukor (1999), asuhan guru yang berkesan meninggalkan ingatan dan menjadi amalan yang

berpanjangan bagi setiap murid. Sepanjang hayatnya mereka akan ingat bagaimana guru-

guru menerap ilmu pengetahuan, budaya dan semangat ketahanan, nilai-nilai murni dan jati

diri sehingga sebati dalam jiwa. Dalam konteks ini guru merupakan manusia yang telah

diamanahkan untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu, beriman dan bertakwa.

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ( Muhamad Irfan Ab. Manaf G8.9)

Page 5: Isu Etika Perguruan

5

Amanah yang dipikul guru adalah satu amanah yang sangat besar yang jika disempurnakan

akan dikurniakan juga ganjaran yang sangat besar.

Berdasarkan permerhatian dan penilitian saya juga , banyak berlakunya kes-kes guru

yang tidak mengambil peduli akan tugas pengajarannya di sekolah. Guru-guru tersebut

kelihatan hanya mengajar sekadar melepaskan batok ditangga yang membawa maksud

melakukan sesuatu secara ala kadar tanpa kesungguhan. Antara situasi yang menyokong

pemerhatian saya ini adalah, terdapat guru yang mengajar tanpa mengikut sukatan yang

telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru tersebut mengajar mengikut

kehendaknya dan kebanyakan masa diperuntukkan untuk murid-murid membuat kerja

sendiri. Dengan kata mudah guru ini juga turut dilabelkan sebagai “guru malas”.

Beliau tidak mengambil berat akan latihan-latihan dan lembaran kerja murid. Malahan ,

beliau juga tidak pernah menyediakan bahan bantu mengajar untuk sesi pengajarannya.

Situasi sebegini menunjukkan bahawa beliau langsung tidak peduli akan tugasnya untuk

mengajar murid-murid tersebut dengan cara.kaedah dan pengisian yang berkesan mengikut

garis panduan yang ditetapkan dalam kurikulum. Ee Ah Meng (1989)  menjelaskan dalam

keadaan biasa guru lazimnya didewa-dewakan oleh kaum pelajar. Dia dianggap sebagai

individu yang yang idel, berstatus dan berkelayakan. Oleh itu tingkah laku guru sentiasa

dicontohi oleh pelajarnya. Situasi seperti ini yang menyebabkan orang ramai menaruh

harapan terhadap guru untuk menonjolkan tingkah laku yang unggul bagi pelajarnya. Justeru

tingkahlaku guru tersebut nyata telah lari dari perwatakan sebenarnya yang ditonjolkan oleh

seorang guru kepada muridnya.

Seterusnya, isu lain yang turut saya perhatikan ketika menjalankan internship di sekolah

tersebut ialah berkaitan isu pengurusan masa. Di sekolah tersebut, waktu bagi satu sesi

persekolahan adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15. Sepanjang tempoh ini, murid-murid

dan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau

bagaimanapun, saya melihat terdapat isu penyalahgunaan masa berlaku di sekolah tersebut.

Antaranya adalah yang menlibatkan guru-guru datang lambat ke sekolah, lambat masuk ke

kelas, keluar kelas terlalu awal dari waktu sepatutnya dan juga kes guru yang pulang awal

dari sekolah berbanding masa yang sepatutnya. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81

yang bertarikh 12 September 1981, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kakitangan

sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit

sebelum sekolah bermula. Justeru, jelas di sini guru sememangnya terikat dengan peraturan

tersebut dan isu ini dipandang serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kes-kes guru

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ( Muhamad Irfan Ab. Manaf G8.9)

Page 6: Isu Etika Perguruan

6

datang lambat ke sekolah sepatutnya tidak berlaku sekiranya semua guru menepati

peraturan tersebut.

Saya juga mendengar rungutan daripada pihak sekolah, ramai guru yang mendapat

”Punch Card” merah. Hal ini menunjukkan guru tersebut datang lambat melebihi waktu

maksimum guru patut berada di sekolah. Selain itu, saya juga perhatikan terdapat kes guru-

guru yang masuk lambat ke kelas. Mereka mengambil enteng perkara ini,malahan lebih

merungsingkan mereka masuk lambat ke kelas bukan kerana urusan rasmi tetapi terleka

kerana bersembang kosong di kantin atau bilik guru. Ekoran isu kelewatan guru memasuki

kelas ini berlaku, waktu interaksi untuk pengajaran dan pembelajaran juga akan berkurang.

Perkara ini tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang guru yang profesional. Etika guru yang

profesional sepatutnya peka akan kepentingan menepati masa dan pengurusan masa yang

berkesan. Terdapat juga kes guru yang langsung tidak masuk ke kelas kerana asyik

berniaga di bilik guru. Dapat dikatakan di sini bahawa, tugas utama mereka untuk mengajar

telah diketepikan dan diutamakan kerja-kerja sampingan yang sememangnya tidak patut

dilakukan di sekolah.

Selain itu, terdapat juga kes guru yang sewenang-wenangnya tidak hadir ke sekolah

tanpa sebarang makluman yang lebih awal kepada pihak sekolah. Guru tersebut tidak

menyatakan sebab yang munasabah untuk tidak hadir ke sekolah dan tidak dimaklumkan

kepada pihak pentadbir dengan lebih awal. Guru yang profesional sepatutnya mengambil

berat tentang amanah besar yang dipikul sebagai seorang guru. Guru dibayar gaji untuk

menjadi pendidik bangsa, sebaliknya berperwatakan yang sangat tidak matang dan tidak

profesional dengan tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang alasan dan makluman yang lebih

awal. Pengurusan masa yang berkesan amat penting kepada guru bagi menepati kriteria

profesionalisme keguruan.

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ( Muhamad Irfan Ab. Manaf G8.9)

Page 7: Isu Etika Perguruan

7

3. IMPLIKASI YANG MENJEJASKAN AKUANTABILITI KEGURUAN DAN INTEGRITI

GURU DARIPADA PERSPEKTIF PENTADBIR DAN GURU

Isu-isu yang telah dikemukakan sememangnya memberi kesan negatif kepada

akuantabiliti keguruan dan intergiri guru. Sebelum itu dijelaskan apakah yang dimaksudkan

dengan akuantabiliti keguruan dan integiriti guru. Mengikut Kamus Dwibahasa perkataan

‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab

terhadap sesuatu perkara. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus

difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa

maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan.

Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi

akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan

profesion keguruan amnya.

Berikutnya, Perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness, iaitu

kesempurnaan manakala ada pula yang menganggap intergriti sebagai soundness of moral

principle yang merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nillsen, 2004). Jika kita merujuk

kepada maksud integriti menurut Kamus Dwibahasa DBP 1985 pula, integriti ialah kejujuran,

ketulusan, kesempurnaan, dan keutuhan. Rumusannya, integriti adalah merujuk kepada

prinsip moral bagi seseorang individu. Oleh itu, integriti guru sebagai penjawat awam

merujuk kepada guru perlulah melaksanakan amanah dan kuasa yang

dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Seorang penjawat awam tidak wajar

menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum

kerabat sendiri. Sebagai penjawat awam, seorang perlulah telus dan tulus, selain memikul

pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang bawahan dan kepada pihak yang lain

(Institut Integriti Malaysia, 2004).

Implikasi daripada isu etika keguruan yang telah dibincangkan iaitu isu kepedulian

dan isu pengurusan masa sememangnya jelas terhadap akuantibiliti keguruan dan integriti

guru. Dari perspektif pentadbir, implikasi guru yang tidak mengambil peduli akan

kesempurnanan diri sehingga menyebabkan isu-isu jenayah dan pencabulan berlaku di

sekolah akan mencemarkan profesion keguruan. Paling ketara, pentadbir institusi atau

sekolah yang terlibat perlu berhadapan dengan pelbagai risiko dan menjawab pelbagai

persolan yang ditimbulkan kesan masalah yang berlaku. Dari aspek integriti pula, perkara ini

sememangnya melanggar integriti guru yang sepatutnya melaksanakan amanah dan kuasa

yang dipertanggungjawabkan mengikut kepentingan umum dan bukan kepentingan peribadi.

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ( Muhamad Irfan Ab. Manaf G8.9)

Page 8: Isu Etika Perguruan

8

Selain itu juga, pihak pentadbir akan berhadapan dengan masalah kemerosotan

prestasi murid, peningkatan masalah disiplin dan maruah sekolah akan tercemar. Hal ini

berlaku hanya kerana guru tidak peduli akan tugas pengajaran. Kualiti pengajaran akan

bertambah merosot kerana guru yang tidak berintegriti tanpa manjaga amanah yang

diberikan tidak mengambil peduli terhadap prestasi murid. Guru tersebut hanya mengajar

sekadar mengisi waktu kelas tanpa peduli akan keperluan, kemajuan dan prestasi murid.

Prestasi sekolah akan kian merosot dengan tingkahlaku sedemikian. Guru tersebut tidak

menunaikan akuantabiliti terhadap dirinya sendiri sebagai seorang guru, kepada murid dan

juga kepada pihak sekolah (Halim, 1994). Guru tersebut tidak boleh menjadi tauladan yang

baik kepada murid menyebabkan murid-murid akan rasa hilang hormat dan rasa bangga

terhadap guru. Hal in kemudiannya akan meningkatkan masalah disiplin sekolah, akibat

murid enggan menghormati dan mematuhi arahan guru. Peningkatan masalah disiplin ini

akan membebankan tugasan pentadbir dari segi pencegahan dan pemulihan selain perlu

berhadapan dengan kerenah ibu bapa dan masyarakat.

Bagi masalah pengurusan masa pula, implikasi yang berlaku termasuklah

merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan

memandang rendah terhadap profesion keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru

dalam mendidik anak-anak mereka. Guru akan lebih meluangkan masa untuk perkara yang

tidak sepatutnya seperti, bersembang, melayari internet, berniaga dan sebagainya. Hal ini

akan membentuk rutin yang tidak sihat dalam kalangan guru dan berikutnya menjadi peribadi

guru yang tidak profesional.(Mook Soon Sang, 2007). Hal ini akan menjejaskan akuantibiliti

guru dari perspektif pentadbir apabila guru tersebut tidak bertanggungjawab menunaikan

akuantabiliti terhadap pihak pentadbir. Kesannya, pihak pentadbir terpaksa menanggung

akibatnya seperti rungutan daripada penjaga akibat pengurusan masa yang tidak efisyen

dan kemerosotan prestasi akademik.

Berikutnya dari aspek guru pula, isu kepedulian yang nyata banyak memberikan

impak negatif akan menjejaskan akuantabiliti guru pertamanya dari aspek akuantabiliti

terhadap dirinya sendiri kerana tidak memberikan komitmen terhadap tugas, bersikap negatif

dalam tindakan dan cara hidup, tidak melakukan tugas dengan adil serta tidak memberikan

peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid, (Noriati, Boon dan Wong, 2010).

Berikutnya, impak isu tersebut juga akan menjejaskan dari aspek akuantabiliti terhadap

pelajar kerana tidak mewujudkan suasana sosioemosi yang sesuai disamping tidak

bertanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi pelajar. Dari aspek profesion keguruan

dan rakan sejawat pula, implikasi isu tersebut menyebabkan hubungan antara guru

renggang, wujud jurang yang besar serta tiada persefahaman antara guru ke arah

memajukan profesion.

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ( Muhamad Irfan Ab. Manaf G8.9)

Page 9: Isu Etika Perguruan

9

Implikasi isu-isu tersebut juga turur menjejaskan integriti guru. Dari perspektif guru,

guru yang terlibat dengan isu-isu yang dibincangkan di atas merupakan guru yang tidak

berintegriti. Mereka telah menjejaskan integriti guru dari pelbagai aspek. Pertamanya dari

aspek kewajipan untuk memberikan yang terbaik untuk murid. Guru yang tidak berintegriti

tidak akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada muridnya, malahan tugas

sebagai pengajar hanya dilaksanakan secara ala kadar sahaja. Aspek berikutnya ialah

kewajipan untuk memikul amanah yang diberikan. Guru yang tidak berintegriti seperti yang

tidak mengamalkan pengurusan masa yang bijak, telah melakukan satu kesalahan yang

besar iaitu pecah amanah. Pecah amanah yang dilakukan ini memberikan impak yang

sangat besar kepada sesi pengajaran, kualiti pengajaran, pihak sekolah dan akhirnya

profesion perguruan.

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ( Muhamad Irfan Ab. Manaf G8.9)

Page 10: Isu Etika Perguruan

10

4. CADANGAN MENANGANI ISU-ISU TERSEBUT

Setiap permasalahan yang berlaku pasti ada penyelesaiannya, yang tersirat hanya

penyelesaian tersebut mudah atau sukar untuk dilaksanakan dan juga keberkesanannya.

Bagi isu kepedulian dan pengurusan masa yang berlaku ni, beberapa langkah boleh diambil

untuk menyelesesaikannya. Antaranya ialah, pihak pentadbir perlu melakukan pemantauan

yang kerap terhadap prestasi dan tingkah laku guru-guru. Pemantauan dari pihak pentadbir

diibaratkan seperti satu jaminan kualiti guru-guru (Rahman, 1999). Guru-guru akan lebih

peka, lebih berusaha untuk meningkatkan mutu kerjaya jika sering dipantau. Seterusnya,

pihak pentadbir juga perlu berusaha mengenal pasti dan bersedia memberikan khidmat

nasihat kepada guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah

merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil

tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mengenakan tindakan tatatertib kepada

guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini,

guru-guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi.

Selain itu, langkah lain yang boleh diambil untuk menangani masalah tersebut secara

berkesan ialah dengan memperbanyakkan kursus-kursus etika perguruan. Kursus-kursus in

secara tidak langsung akan sentiasa memperingatkan guru-guru terhadap etika-etika yang

perlu dipatuhi sebagai penjawat awam dan sebagai seorang guru. Demikian juga, guru-guru

akan disuburkan dengan amalan-amalan profesional perguruan melalui kursus-kursus

sebegini. Melalui kursus juga, guru-guru dapat bergaul dalam kalangan rakan guru untuk

berkongsi pengalaman dan berbincang ke arah kemajuan profesion. Jemputan pihak Institut

Integriti Malaysia untuk mengadakan sesi ceramah kepada para guru dari semasa ke

semasa bagi mengingatkan guru untuk sentiasa berintegriti dalam melaksanakan tugas

mereka juga merupakan satu langkah yang berkesan.

Langkah lain yang juga boleh dilaksanakan ialah dengan mengenakan tindakan yang

keras bagi guru-guru yang melanggar etika perguruan. Tindakan yang keras ini merupakan

satu alat amaran yang bagus kepada guru-guru lain supaya tidak terjebak sama dalam isu

melanggar etika perguruan. Melalui tindakan yang keras ini, guru yang terlibat akan

berpeluang untuk menilai diri sendiri, menyedarkan mereka disamping sebagai tauladan

kepada rakan guru yang lain. Dengan cara ini, guru-guru akan sedar akan kesilapan diri dan

tidak akan mengulanginya lagi.

Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini

dengan cara memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang supaya sedar

akan kesalahan yang telah dilakukan dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang

kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan guru. Nasihat yang diberikan ini dianggap

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ( Muhamad Irfan Ab. Manaf G8.9)

Page 11: Isu Etika Perguruan

11

sebagai satu bentuk ambil berat yang diberikan oleh rakan sejawat yang mungkin boleh

mengelakkan beiau terjebak dengan isu-isu etika guru.

Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk

berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan cara sentiasa

muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan

kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk

berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang

mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat-sifat yang ideal

sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas

dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa. Usaha mencari dan

mengubah diri sendiri bukanlah satu usaha yang mudah, namun kesannya amat besar

dalam membina jati diti dan profesionalisme keguruan.

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ( Muhamad Irfan Ab. Manaf G8.9)

Page 12: Isu Etika Perguruan

12

SENARAI RUJUKAN

Abdul Rahman Md. Arof  (1999). Pendidikan Moral. Teori Etika dan Amalan Moral . Serdang:

Universiti Putra Malaysia.

Abdul Rahman Abdul Rashid (1999). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah,

Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdb. Bhd.

Abdul Rahim Abdul Rahid (2007). Profesionalisme Keguruan : Prospek dan Cabaran. Kuala

Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Halim Hassan  (1994).  Komunikasi Dalam Pengurusan Pendidikan.  Kuala Lumpur. 

Delma (M) SDN.BHD.

Abdul Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995).Psikologi Pendidikan 1:Pertumbuhan Dan

Perkembangan.Petaling Jaya :Logman.

Eh Ah Meng (1994). Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1986). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata

Pelajaran. Kuala Lumpur.

Mahathir Mohamad (2001). Ucapan Perasmian Kongres Pendidikan Melayu Pertama,

Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang (2007). Ilmu Pendidikan untuk KPLI ( Komponen 3; Profesional Keguruan)

Sekolah Rendah, Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Nazirmuddin Ahmad (2005). Pengantar Etika Edisi Ketiga, Batu Caves, Kuala Lumpur.

Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon P.Y, Wong K.W (2010). Asas Kepimpinan dan Pembangunan

Profesional Guru. Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru ( Muhamad Irfan Ab. Manaf G8.9)