Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

22
2.7 Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam Oleh: Georcey GR.

description

ddad

Transcript of Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

Page 1: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

2.7 Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

Oleh: Georcey GR.

Page 2: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

2.7.1 UMAT ISLAM DI SERATA DUNIA

2.7.2 REALITI SEMASA UMAT ISLAM

2.7.3 KESATUAN POLITIK YANG RAPUH

2.7.4 KEADAAN EKONOMI YA NG LEMAH

2.7.5 PELUANG EKONOMI YANG DISIA-SIAKAN

2.7.6 KURANG PEKA KEPADA KEHENDAK SEMASA

2.7.7 TIADA STRATEGI YANG BERKESAN

2.7.8 AGENDA MUSUH ISLAM

2.7.9 SEJARAH PERTENTANGAN TIMUR-BARAT

2.7.10 KESAN PENJAJAHAN BARAT

2.7 Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

Page 3: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

Populasi Muslim dijangka capai 8.3 bilion menjelang 2030 

WASHINGTON: Penduduk Islam dunia akan bertambah dua kali lebih cepat berbanding penduduk bukan Islam dalam tempoh 20 tahun akan datang apabila umat Islam dijangka menjadikan lebih satu

perempat daripada penduduk global. 

Dengan menggunakan kadar kesuburan, kematian dan perpindahan, penyelidik Pew Forum Agama dan Kehidupan Awam, meramalkan bahawa kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 1.5 peratus bagi umat Islam seluruh dunia sepanjang dua dekad akan datang, dan hanya 0.7 peratus perkembangan penduduk bukan Islam setiap tahun. 

Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KajianramalumatIslamlebihpantasberkembang/Article

Page 4: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

Kajian yang dipanggil, ‘Masa Depan Populasi Islam Global’

meramalkan, pada 2030 penduduk Islam akan meliputi kira-kira 26.4 peratus daripada penduduk dunia, yang dijangka

secara total berjumlah 8.3 bilion. 

Ia menandakan kenaikan tiga peratus daripada 23.4 peratus

yang dipegang umat Islam ketika ini. Bilangan mereka di seluruh dunia pada masa ini dianggarkan 6.9 bilion, kata

kajian berkenaan. Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KajianramalumatIslamlebihpantasberkembang/Article

Page 5: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

Perangkaan terkini menunjukkan lebih 8 juta umat Islam di Kanada dan Amerika Syarikat, 3 juta di Amerika Latin dan Amerika Tengah,

10 juta di Eropah Barat (United Kingdom, Perancis dan Jerman), • 6.3 juta di negara-negara Balkan (Bosnia Herzegovina, Kosovo,

Albania dan Republik Macedonia),• 67 juta di Turki

• 284.4 juta di negara liga-liga Arab,• 254 juta di negara-negara sub-Sahara Afrika,

• 67 juta di Iran,• 48.5 juta di Asia Tengah (Azerbaijan, Uzbekistan, Tajikistan,

Kazakhstan, Krygyzstan, dan Turmenistan), • 26 juta di Rusia,

• 28 juta di Afghanistan, • 144 juta di Pakistan,• 129 juta di Bangladesh• 149 juta di India,

• 209 juta di Indonesia• 30 juta di Asia Tenggara (terutama Malaysia & Indonesia)• Terdapat juga sebahagian kecilnya di Jepun, Korea Selatan,

Monggolia dan negara-negara Pasifik Selatan.

2.7.1 Umat Islam Serata Dunia

Page 6: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

Penganut Islam hidup di bawah pemerintahan rejim bukan Islam yang anti Islam.Umat Islam berhadapan dengan pelbagai jenis serangan, penindasan dan keganasan, lebih parah dibunuh beramai-ramai hanya kerana agama yang dianuti, Islam.Namun begitu, Islam merupakan agama yang paling pesat pertambahannya berbandinga agama lain yang mencatatkan peningkatan 34% setahun. Peningkatan bagi penganut Kristian pula ialah 25% dan penganut Hindu 13%. Menjelang tahun 2075, dianggarkan penganut Islam mewakili 1/3 daripada penduaduk dunia. Walaupun kebanyakan negara umat Islam bebas daripada belenggu penjajah kuasa-kuasa Barat yang anti Islam, tetapi kebanyakan umat Islam terbelenggu dengan masalah kemiskinan dan kejahilan Ilmu Pengetahuan Keseluruhannya, negara umat Islam adalah lemah dan tidak berupaya menghadapi ancaman kuasa-kuasa Barat

2.7.2 REALITI SEMASA UMAT ISLAM

Page 7: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

Pertubuhan serta persatuan dalam kalangan negara Islam terdiri daripada Rabitah al-Alam al-Islamiy, Liga Arab dan Organization of Islamic Cooperation (OIC).

OIC (Pertubuhan Negara-negara Islam) kelihatan kurang bermaya serta tidak mampu menangani masalah dan kemelut semasa yang menimpa ummah secara berkesan.

Sehingga kini, pertubuhan tersebut masih menjadi momokan dan bahan jenaka umum sebagai (Oh, I see!) kerana tidak mampu membuat pendirian tegas, malah bertindak secara ketenteraan untuk menghalang penjajahan Amerika Syarikat ke atas Afghanistan serta Iraq, dan yang terbaru pencerobohan Israel ke atas selatan Lubnan dan pencerobohan yang berulang-ulang ke atas wilayah dan rakyat Palestin.

2.7.3 KESATUAN POLITIK YANG RAPUH

Page 8: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

INFO TENTANG OIC

Ditubuhkan di Rabat, Maghribi pada September 1969Kini dianggotai 57 buah negaraAnggotanya : Negara-negara Islam di Asia Barat, utara dan barat Afrika, Asia Tengah, Asia Tenggara dan benua kecil India (Guyana, Albania dan Surinam tidak menyertai)Objektif Penubuhan: i) Untuk merapatkan hubungan persaudaraan dalam kalangan negara ahli seperti bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, saintifik, dan bidang-bidang lain; ii) menentang penjajahaniii) hapuskan pemisahan ras & diskriminasi iv) menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk kemerdekaan dan kembali ke tanah air merekav)menyokong perjuangan seluruh umat Islam di serata dunia untuk memelihara maruah, kemerdekaan serta hak-hak mereka

Page 9: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

Jawatankuasa Peranan

The Islamic Summit Conference (Jawatankuasa Tertinggi)

Pembuat dasar

The Islamic Conference of Foreign Ministers (Konferensi Menteri-menteri Luar)

Menyemak dan meneliti laporan kemajuan sesuatu program yang dilaksanakan OIC

The Permanent Secretariat (Sekretariat Tetap)

Melaksanakan keputusan-keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa tertinggi dan juga Konferensi Menteri-menteri Luar.

Page 10: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk semua negara OIC secara terkumpul ialah sebanyak RM 5.5 trilion, iaitu hanya sama

dengan 1/3 KDNK negara Jepun.

Hal ini menunjukkan secara keseluruhan negara-negara Islam pada masa ini lemah dari segi

penguasaan ekonomi dunia.

Hanya 5 buah negara Islam di dunia yang menikmati per kapita KDNK melebihi RM 38000,

manakala 30 buah negara Islam yang lain mempunyai per kapita kurang daripada Rm

3800.

Page 11: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

Hari ini bank-bank utama dunia mulai menguasai sektor perbankan Islam, walhal, bank-bank yang dilabelkan Islam di negara Islam sendiri tertinggal dalam persaingan untuk memanfaatkan minat baharu terhadap pendekatan perbankan Islam.

Ramai orang-orang Islam tidak berminat pergi ke bank-bank Islam, tetapi cenderung pergi ke cawangan bank-bank komersial, khususnya milik negara asing seperti Citibank.

Contohnya di Bahrain, kumpulan Citibank dan beberapa bank antarabangsa mengatasi bank tempatan (Al-Baraka) dalam sektor perbankan Islam. Ini juga berlaku di negara-negara Islam yang lain, termasuk di Malaysia.

PELUANG EKONOMI

YANGDISIASIAKAN

2.7.5

Page 12: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

Bank-bank di negara Islam masih konservatif, berwajah lama dan tidak

agresif. Sebagai akibat, perbankan Islam

diambil alih oleh bank-bank utama yang tidak perlu membawa label Islam, tetapi memberikan perkhidmatan perbankan

Islam yang canggih. Bank-bank utama dunia telah

menyedari kesedaran umat Islam untuk berurus niaga tanpa riba. Potensi itu

bukan sahaja dalam menabung, tapi juga perkhidmatan lain seperti sewa beli, kad

kredit, bon dan sebagainya.

2.7.6 KURANG PEKA KEPADA KEHENDAK SEMASA

Page 13: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

Kelalaian umat dan negara Islam menyebabkan ekonomi mereka

terus ketinggalan. Misalnya, hari ini sektor

perkhidmatan dan pembuatan produk halal dimonopoli oleh orang

bukan Islam. Umat Islam sering lambat

bertindak sehingga sebahagian besar peluang yang sepatutnya

dinikmati mereka diraih oleh orang lain.

2.7.6 KURANG PEKA KEPADA KEHENDAK SEMASA

Page 14: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

2.7.7 TIADA STRATEGI YANG BERKESAN

Sehingga kini, umat Islam belum ada lagi rangkaian perniagaan yang benar-benar berkesan dan meliputi

semua sektor. Kesannya, potensi besar perniagaan yang melibatkan

umat Islam seperti perbankan, makanan halal, pelancongan, dan lain-lain dinikmati oleh orang lain.Umat Islam terdahulu kuat dan

makmur.Kini, keadaan berbeza (naif dan

lemah dalam serba serbi).

Page 15: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

Contohnya...Agen-agen Zionis dan Barat

sedang berusaha menghancur, menindas, dan menghapus atau sekurang-kurangnya menyekat

kebangkitan umat IslamFaktor asasnya ialah mereka

semua anti-Islam! & amat bimbang dengan kebangkitan semula Islam

sebagai kuasa politik dunia.

TIADA STRATEGI YANG BERKESAN

Page 16: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

Kuasa-kuasa Barat , terutamanya Amerika Syarikat melihat ideologi Islam sebagai ancaman paling

berbahaya kepada sistem sekular mereka. Justeru, mereka melancarkan perang keganasan terhadap

ideologi Islam dan mereka yang beriman.

Pejuang-pejuang Islam yang berjuang membebaskan tanah air daripada cengkaman rejim Zionisme dan

imperialisme Barat dianggap pengganas, serta didera secara tidak berperikemanusiaan dan kejam.

Inilah yang sedang dilakukan oleh A.S dan sekutu Barat terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan di

Iraq dan Afghanistan.

2.7.8 AGENDA MUSUH ISLAM

Page 17: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

Perkara yang sama dilakukan oleh Rejim Israel ke atas pejuang Hamas dan Fatah di

bumi Palestine.Umat Islam di Afghanistan, Iraq dan pejuang-pejuang Islam dilabel sebagai

pengganas serta diburu dan ditangkap tanpa perbicaraan , kemudian disumbat ke dalam

penjara-penjara khas dan pusat tahanan mereka di serata dunia.

Nasib dan penderitaan mereka tiada siapa pun yang tahu.

Mereka ditahan tanpa bicara dan pembelaan semata-mata atas dasar

prasangka buruk Barat terhadap umat Islam yang dianggap mengancam hegemoni

mereka.

2.7.8 AGENDA MUSUH ISLAM

Page 18: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

Hegemoni ialah satu konsep yang datangnya daripada pemikiran Barat. Konsep itu merujuk kepada penguasaan menyeluruh (domination) ataupun kepimpinan satu Negara ataupun kumpulan dan sebagainya ke atas Negara atau kumpulan yang lain. Apabila kita mengambil kira takrif hegemoni seperti yang difahamkan oleh masyarakat Barat, kita perlu memahami bahawa hegemoni adalah penguasaan sesuatu kumpulan manusia ke atas suatu kumpulan manusia yang lain.

Sumber : http://notarujukanipgm.blogspot.com/2012_01_01_archive.html

Page 19: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

oSebenarnya, dunia Islam telah menjadi sasaran kuasa Barat sejak permulaan

abad ke-19 lagi. o Sepanjang tempoh 200 tahun, dunia umat Islam telah diduduki, ditindas dan

dizalimi oleh kuasa-kuasa ini. o Rejim-rejim boneka yang diletakkan

oleh kuasa-kuasa tersebut di dalam dunia Islam seperti di Afghanistan , Iraq

dan banyak lagi negara lain turut menindas umat Islam dan masih

melakukannya sehingga ke hari ini.

2.7.9 SEJARAH PERTENTANGAN TIMUR-BARAT

Page 20: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

o Kuasa-kuasa Barat tersebut dan agen-agennya telah mewujudkan beberapa

ideologi baharu yang sangat asing kepada dunia Islam seperti nasionalisme

melampau, fasisme dan komunisme.

o Gunakan anak didik mereka untuk menjadi “musuh dalam selimut”.

o Walaupun negara Islam kini sudah mencapai kemerdekaan, hakikatnya

kuasa-kuasa penjajah Barat merencana & menggariskan sempadan Islam.

SEJARAH PERTENTANGAN TIMUR-BARAT

Page 21: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

•Kesan penjajahan Barat oleh British & Perancis telah memecahkan negara Arab kepada 25 buah negara. •Tujuannya supaya mereka tidak boleh menjadi sebuah kesatuan politik yang kuat dan mampu mencabar hegemoni Barat. •Kawasan-kawasan dunia Islam yang kaya raya dengan hasil bumi atau berkedudukan strategik dibentuk semula menjadi negara-negara kecil seperti mana Kuwait dan negara-negara Teluk Parsi (supaya mudah dikuasai)•Kawasan yang kurang berpenghasilan serta mempunyai penduduk yang ramai dan penghuni pelbagai etnik seperti Sudan, Pakistan, Bangladesh dan yang seumpamanya dijadikan pula sebuah negara besar supaya negara tersebut berada dalam keadaan tidak stabil dan tidak aman.

2.7.10 KESAN PENJAJAHAN BARAT

Page 22: Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam

TAMAT