Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

57
ISU-ISU DAN PERMASALAHAN DALAM PEMBAHAGIAN PUSAKA ORANG ISLAM DI MALAYSIA. DISEDIAKAN OLEH SEH NILAMUDDIN BIN HASSAN SEKSYEN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (PERSEKUTUAN)

Transcript of Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

Page 1: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

ISU-ISU DAN PERMASALAHAN DALAM

PEMBAHAGIAN PUSAKA ORANG ISLAM

DI MALAYSIA.

DISEDIAKAN OLEH

SEH NILAMUDDIN BIN HASSAN

SEKSYEN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL

JABATAN KETUA PENGARAH TANAH

DAN GALIAN (PERSEKUTUAN)

Page 2: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

PENGENALAN

Page 3: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

HARTA PUSAKA

Harta yang ditinggal oleh seseorang

yang mati untuk diwarisi oleh ahli

keluarganya serta yang lain.

Kamus Dewan Edisi Ketiga

Ilmu pembahagian harta pusaka ini

juga dikenali sebagai ilmu faraid atau

Ilmu Pewarisan atau Ilmu at-Tarikah.

Page 4: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

FARAID UNTUK MENGHINDARKAN

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu

dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya).

(Surah al-Nisa’ 4 : 29)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:-

“Barang siapa merampas seluas satu jengkal tanah, nescaya ia akan dibelit oleh tanah itu dari tujuh

lapisannya”.

Page 5: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

ILMU FARAID

Salah satu cabang ilmu yang penting dalam Islam

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh

Abu Hurairah r.a. yang bermaksud:

“Pelajarilah Ilmu Faraid, dan ajarkanlah ia kepadaorang lain.. Sesungguhnya ia adalah setengah

daripada ilmu dan ia adalah ilmu akan dilupakan, dan ia merupakan ilmu yang mula-mula akan

dicabut daripada umatku”

Page 6: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

Merangkumi Kaedah Fekah dan HisabSerta kombinasi 3 ilmu yang disatukan iaitu Ilmu Nasab, Ilmu Fatwa dan IImu

Hisab (Matematik).

Bersumberkan al-Quran,Sunnah dan ijmak.

Ayat 7 an nisaa’

Ayat 11 an nisaa’

Ayat 12 an nisaa’

Ayat 176 an nisaa’

Page 7: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

7

KEPENTINGAN ILMU FARAID

• Mengenal pasti sama ada seseorang itu waris atau bukan waris.

• Mengenalpasti bahagian atau saham setiap waris berhak kepada harta pusaka.

• Pengiraan (hisab) yang boleh menyampaikan kepada bahagian atau habuan setiap waris melalui kaedah pengiraan (matematik).

Page 8: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

8

Senarai waris yang berhak menerimapusaka:

Waris lelaki 15 orang1. Anak lelaki2. Cucu lelaki daripada anak lelaki dan ke bawah3. Bapa4. Datuk sebelah bapa dan keatas5. Saudara lelaki seibu sebapa6. Saudara lelaki sebapa7. Saudara lelaki seibu8. Anak saudara lelaki seibu sebapa9. Anak saudara lelaki sebapa dan ke bawah10. Bapa saudara seibu sebapa11. Bapa saudara sebapa12. Anak bapa saudara seibu sebapa13. Anak bapa saudara sebapa14. Suami15. Tuan

Page 9: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

9

Senarai waris yang berhak menerimapusaka:

Waris perempuan 10 orang

1. Anak perempuan2. Cucu perempuan daripada anak lelaki3. Ibu4. Nenek sebelah ibu5. Nenek sebelah bapa6. Saudara perempuan seibu sebapa7. Saudara perempuan sebapa8. Saudara perempuan seibu9. Isteri10.Puan

Page 10: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

10

AnakPerempuan

AnakLelaki

Suami/Isteri

Ibu

SIMATI

Bapa

WARIS UTAMA

Page 11: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

11

KADAR BAHAGIAN WARIS

WARIS UTAMA

SIMATI

IBU 1/6 BAPA 1/6

ISTERI 1/8

AL AL AP AP

Mendapat baki

Page 12: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

CARTA WARIS

Page 13: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

BIDANG KUASA

Bidang kuasa Pentadbiran dan Pembahagian Harta Pusaka di Malaysia adalah bidang

kuasa Kerajaan Persekutuan seperti yang diperuntukkan di dalam

Perlembagaan Persekutuan Perkara 4(e)(1) Senarai 1, Jadual Kesembilan yang

memperuntukkan Undang-Undang berkaitan pewarisan harta berwasiat dan tidak

berwasiat adalah terletak di bawah senarai Persekutuan.

Page 14: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

Agensi

Nilai dan Jenis Harta

Akta

1. Mahkamah Tinggi Harta Pusaka Besar Ciri-ciri

Nilaian harta >RM 2juta

Harta berwasiat

Akta Probate &

Pentadbiran 1960

2.unit Pembahagian

Pusaka Kecil,

Jabatan Ketua

Pengarah Tanah dan

Galian (Persekutuan)

Harta Pusaka Kecil Ciri-ciri:

Nilaian < RM 2 juta

Ada Tanah sahaja (Harta Tak Alih) atau Tanah dan Harta Alih

Tiada Wasiat Bagi Bukan Islam

Akta (Pembahagian)

Harta Pusaka Kecil

1955 dan Peraturan

HPK 1955

3. Amanah Raya Bhd Harta Pusaka Ringkas Ciri-ciri: Harta alih sahaja Nilaian < RM600,000.00

Akta Perbadanan

ARB

AGENSI TERLIBAT

Page 15: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

DAFTAR PERMOHONAN(Borang B/ Kad Biru)

Rujukan kepada Pendaftar Pusat Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur

- setiap permohonan akan direkodkan

- tidak membenarkan permohonan bertindih (kecuali ARB).

- ada halangan – Kaveat (6 Bulan)

Borang C – Putih / Kuning – lesen pembahagian

Page 16: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

Mahkamah Tinggi Syariah

Perkara 1, Senarai 2 Perlembagaan memperuntukkan Hukum Syarak dan Undang-Undang diri dan keluarga bagi orang Islam

termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tidak berwasiat adalah terletak di bawah Senarai

Negeri. Peruntukkan ini sebenarnya terhad kepada penentuan dari segi

bahagian-bahagian waris mengikut faraid, kesahihan wasiat serta hibah, nasab, tuntutan harta sepencarian dan sebagainya yang berkaitan dengan undang-undang diri simati yang Islam

Kes rayuan Jumaaton & Raja Delila v. Raja Hizaruddin. PengerusiPanel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan, telah mengatakan bahawa Mahkamah Syariah tiada berbidang

kuasa mengenai probet dan pentadbiran pusaka kerana ia terletakdi bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil. (1998) 6 MLJ 556.

Page 17: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

HARTA PUSAKA KECILBidangkuasa berkenaan dengan harta pusaka kecil diperjelaskan

di bawah seksyen 4(1) Akta berkenaan:-“Kecuali sebagaimana Akta ini memperuntukkan

sebaliknya tiada kepentingan dalam apa-apa harta pusaka kecil hendaklah diturunkan atau terletakhak dalam mana-mana

orang menurut kuasa mana-mana instrumen selain daripada suatu perintah atau pemberian yang dibuat di bawah Akta ini.”

Seksyen 3(3) Akta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 iaitu Akta 98 mentakrifkan harta pusaka kecil seperti berikut:-“ Bagi maksud Akta ini suatu harta pusaka kecil diertinya

suatu harta pusaka simati yang mengandungi keseluruhan atau sebahagian harta tak alih yang terletak dalam mana-mana negeri dan tidak melebihi dua juta ringgit dalam nilai total”

Page 18: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

PERMOHONAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL

Dibuat mengikut kehendak di bawah seksyen 8 (Akta 98)

Mereka yang layak membuat permohonan adalah waris kadim, pemiutang, pembeli, Penghulu atau Pegawai Petempatan mengikut kehendak seksyen

8 Akta 98, Amanah Raya Berhad dan Baitulmal (jika simati tiada meninggalkan waris).

Page 19: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

19

HAK DAN KEPENTINGAN AHLI WARIS

19

PRINSIP DAN KAEDAH PEMBAHAGIAN

ISLAM BUKAN ISLAM

Page 20: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

HARTA PUSAKA yang boleh dibahagi:

TOLAKBELANJA

KEBUMI

HUTANGWASIAT

SEBELUM HARTA DIFARAIDKAN

Page 21: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

21

BELANJA KEMATIAN

• Menguruskan jenazah

Perbelanjaan menguruskan jenazah yang

diiktiraf oleh syarak meliputi yang wajib

sahaja boleh diambil dari harta simati

seperti pembelian peralatan kafan,

keranda, upah memandikan

jenazah,menggali kubur membawa

jenazah ke kubur sama ada diusung atau

dengan kereta jenazah.

Page 22: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

22

1. Hutang kepada Allah

– Mengikut mazhab al-Syafie hutang Allah seperi zakat,kifarah,haji hendaklah

didahulukan

2. Hutang kepada manusia,sekiranya si piutang

halal terlepas hutang,jika tidak waris

hendaklah meyelesaikannya.

HUTANG SIMATI

Page 23: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

23

WASIAT• Pemberian atau sumbangan harta oleh

seseorang kepada orang atau pihak lain yang mana pemberian tersebut hanya berkuatkuasa setelah pewasiat meninggal dunia.

• Boleh ditarik balik / dibuat wasiat lain.

• Berkuatkuasa setelah pewasiat m/dunia

• Penerima wasiat bersetuju menerima wasiat

Page 24: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

HUKUM BERWASIATperingkat awal bagi seseorang Islam yang merasakan dirinya hampir akan mati

adalah wajib. Firman Allah Ta’ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 180 yang bermaksud :

“Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika ada meninggalkan harta (yang banyak, hendaklah dia) membuat wasiat untuk

ibubapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertakwa.”

Menurut para ulama ayat perintah di atas telah dimansuhkan dengan turunnya ayat tentang pembahagian harta warisan yang terdapat dalam surah An-Nisa

ayat 7, 11, 12 dan lain-lain. Perkara ini diperkuatkan lagi oleh sabda Rasulullah S.A.W dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ashabussunan) yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah telah memberikan haknya kepada setiap yang mempunyai hak, maka tidak ada wasiat bagi ahli waris”

Sabda Rasulullah S.A.W dari hadis yang diriwayatkan At Tarmizi yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang berhak akan haknya, maka tidak ada wasiat bagi seorang perwaris kecuali jika

dikehendakki oleh para pewaris.”

Page 25: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

HUKUM WASIAT KEPADA WARISWasiat kepada ahli waris tidak diharuskan bersandarkan

kepada dalil;Dari Ibnu Abbas; Rasulullah S.A.W telah bersabda: tidakharus wasiat bagi waris melainkan jika dikehendaki oleh

waris-waris. ( Diriwayatkan oleh Ad Daruqutni)

25

KADAR WASIAT – 1/3 BHGSabda Rasulullah S.A.W dari hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

yang bermaksud:Dari Saad b Abu Waqas r.a bahawa ia pernah berkata dalam sakitnya: “ Ya

Rasulullah, sesungguhnya hartaku banyak dan tidak ada yang akan mewarisi harta itu selain seorang anakku yang perempuan. Bolehkah aku wasiatkan

hartaku itu semuanya?”, Rasulullah S.A.W menjawab, “Jangan!” Dia bertanya lagi, “Jika dua pertiga bagaimana?” Baginda menjawad,”Jangan!” Aku

bertanya lagi, “Jika sepertiga?” Baginda menjawab, “Ya, boleh dan sepertiga itu telah banyak. Sesungguhnya apabila engkau tinggalkan ahli waris engkau

itu kaya lebih baik daripada engkau tinggalkan ahli waris engkau itu kemiskinan, meminta-minta kepada manusia.”

Page 26: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

26

RUKUN WASIAT

RUKUN

WASIATPENERIMA

WASIAT

HARTA

SIGHAH

PEMBERI

WASIAT

Page 27: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

WASIAT BOLEH DIBATALKAN

•Pewasiat tidak sempurna akal semasa membuat wasiat. Mengikut pendapat jumhur, wasiat sah jika pewasiat itu waras semasa membuat wasiat walaupun ia menjadi gila

kemudiannya sehingga mati.•Pewasiat atau penerima wasiat murtad.

•Wasiat yang tergantung disebabkan bersyarat.•Penarikan atau pembatalan wasiat oleh pewasiat itu sendiri.•Wasiat ditolak oleh penerima selepas kematian pewasiat.•Penerima wasiat mati terlebih dahulu dari pewasiat atau

penerima wasiat belum sempat menerima wasiat walaupun dia mati kemudian dari pewasiat.

•Harta wasiat rosak sebelum berlaku penerimaanya.

Page 28: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

HIBAH

28

Pemberian atau sumbangan harta oleh

seseorang kepada orang atau pihak lain

semasa hayatnya

Harta Hibah – bukan lagi milik simati dan

terkeluar dari senarai harta yang boleh

difaraidkan

Page 29: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

HIBAH

29

Pemberian pemilik harta kepada orang lain semasa hayatnya - hibah

Menjadi hak pemilik harta untuk membuat hibah

Sunat memberi kepada anak-anak sama banyak

Makruh membahagikan harta kepada anak-anak berlebih kurang. Ada pendapat menyatakan haram sekiranya anak-anak bertelingkah dengan sebab tidak puas hati dengan pembahagian oleh ibu / bapa kepada anak-anak tidak seimbang semasa

Page 30: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

HARTA SEPENCARIAN

30

• Hak isteri yang bercerai mati ¼ @ 1/8

• Hak lain – menuntut harta sepencarian

– Mana-mana harta yang diperolehi dalamtempoh perkahwinan – sumbangan isteriwalaupun si isteri tidak bekerja

• Kuasa Mahkamah Tinggi Syariah

– Mensabit dan menentukan kadar hartasepencarian

• Bakinya difaraidkan – si isteri masihmendapat hak faraid

Page 31: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

No. Hubungan DenganSimati

Bahagian Mengikut Faraid

Nilai Bahagian Masing-masing

1. Bapa 28 6,666.66

2. Ibu 28 6,666.66

3. Isteri 21 5,000.00

4. Anak Lelaki 26 6,190.48

5. Anak Lelaki 26 6,190.48

6. Anak Perempuan 13 3,095.24

7. Anak Perempuan 13 3,095.24

8. Anak Perempuan 13 3,095.24

Jumlah bahagian/ Nilai

168 RM 40,000.0031

Pembahagian Mengikut Faraid, Simati Ada Bapa, Ibu, Isteri dan Anak-Anak

Page 32: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

6/13/201232

No Hubungan Dengan Simati

Bahagian Mengikut Faraid/Sepencarian

Nilai Bahagian Masing-masing

1. Bapa 28 3,333.33

2. Ibu 28 3,333.33

3. Isteri (Faraid) 21 2,500.00

4. Isteri (Sepencarian) 168 20,000.00

5. Anak Lelaki 26 3,095.24

6. Anak Lelaki 26 3,095.24

7. Anak Perempuan 13 1,547.62

8. Anak Perempuan 13 1,547.62

9. Anak Perempuan 13 1,547.62

Jumlah bahagian / Nilai

336 RM 40,000.0032

Bahagian Isteri MengikutHarta Sepencarian dan Faraid

Page 33: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

Cara Pembahagian Harta Pusaka Kecil Dibuat

Disamping Akta 98, ada lebih kurang 35 akta berkaitan yang menjadi rujukan PentadbirTanah dan di antaranya adalah:-

• Kanun Tanah Negara 1965 • Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960. • Akta Hakmilik Strata. • Enakmen Rizab Melayu Negeri-negeri. • Akta Pengambilan Tanah 1960. • Akta Keterangan, 1950 (disemak 1971) • Akta Tafsiran 1948 & 1967• Age of Majority Act 1971 (Act 21) • Guardianship of Infants Act 1961 (Act 351) • Akta Kontrak 1950 • Trustee Act 1949 (Act 208) • Power of Attorney Ordinance 1949

– Serta mempunya ilmu pengetahuan tentang hukum syarak yang berkaitan iaitu mengenai Hukum faraid, wasiat, hibah, hartasepencarian serta kedudukan sah taraf anak atau anak angkat.

Page 34: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

BENTUK-BENTUK PERINTAH PENTADBIR TANAH

• Pengeluaran Surat Kuasa Mentadbir bagi kes-kes yang melibatkan hutang-hutang si mati, ada tuntutan hibah atauharta sepencarian, harta tak alih yang belum ada hakmilik, harta tak alih yang tidak boleh dipecahbahagi sepertiseperti tanah Felda, melibatkan waris yang bukanwarganegara dan sebagainya. Perintah ini dikeluarkandalam borang F.

• Pembahagian muktamad dalam borang E di mana harta-harta si mati diturunmilik terus kepada waris.

• Perintah muktamad (Borang E) dan Surat Kuasa Mentadbir– di mana ada harta yang boleh dibahagikan terus danharta harta yang hanya diberi Surat Kuasa Mentadbir.

Page 35: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

PRINSIP PERBICARAAN BERDASARKAN FARAID

Secara umumnya proses pentadbiran dan pembahagian harta pusaka adalah konbinasi antara hukum syarak dan undang-undang sivil. Siasatan perbicaraan berlandaskan

hukum syarak Seksyen 12(7) Akta 98 menyatakan:-

"Pentadbir Tanah hendaklah menentukan, dalam carayang paling sesuai, undang-undang yang terpakai

kepada penurunan harta pusaka si mati, dan hendaklahmemutuskan siapa mengikut undang-undang itu adalahbenefisiari-benefisiari dan kadar syer dan kepentingan

masing-masing".

Page 36: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

SIMATI

TERTIB SIASATAN WARIS (CONTOH)

Nenek nenek datukm/d m/d m/d

Ibum/d

Bapam/d

Isteri

Anak Lelakim/d

Anak Perempuanada

Cucu lelaki Cucu Perempuantiada tiada

SIL/Px

SBL SBP SIBL SIBP

Page 37: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

CONTOH PENGIRAAN FARAID

ASABAH

ASABAH

ASABAH

ASABAH

1/8

1/6

1/6

AP - 1 bhg

AP - 1 bhg

AL - 2bhg

A L - 2 bhg

ISTERI

BAPA

IBU

}

}

} 13

}

3

4

4

24

13

13

26

26

18

24

24

144

Page 38: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

PENENTUAN HUTANG SI MATISemasa perbicaraan juga, Pentadbir Tanah juga

perlu menyiasat dan memutuskan tentang hutang simati seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 98

Seksyen 13 (1):-

"Di akhir perbicaraan Pentadbir Tanah hendaklahmelalui perintahnya membuat peruntukkan bagi

pembayaran daripada harta pusaka bagi duti estet, jika ada, dan perbelanjaan pengebumian dan

hutang-hutang si mati sekiranya berbangkit ..."

Page 39: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

RUJUKAN BAWAH SEKSYEN 19 AKTA 98

Pentadbir Tanah juga boleh membuat rujukan mengikut kehendak seksyen 19 Akta 98 sekiranya terdapat apa-apa

persoalan berkaitan dengan hukum syarak, termasukHukum Faraid atau apa-apa perkara yang berkaitan

dengannya seperti penentuan nasab, sah taraf anak, pengesahan wasiat, hibah dan sebagainya

"Jika soalan itu berkaitan dengan undang-undang Islam atau adat Melayu atau undang-undang anak watan atau

adat Sabah atau Sarawak, merujuk perkara itu untukmendapat keputusannya kepada pihak berkuasa negeri

(Ruler of the state) di mana daerahnya terletak ataukepada mana-mana orang lain atau kumpulan orang

sebagaimana yang diarahkan oleh Raja itu"

Page 40: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

TAKHARUJPenarikan diri daripada menerima bahagian

harta pusaka sama ada sebahagian atau kesemuanya, dengan memberi bahagianya itu kepada seseorang atau beberapa orang atau kepada kesemua waris lain sama ada secara sukarela atau diberi balasan atau imbuhan

atau dibayar ganti rugi daripada harta waris-waris atau diberi sebahagian daripada harta

pusaka kepadanya.

Page 41: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

TAKHARUJ DALAM AKTA 98Seksyen 15 Akta yang antara lain menyatakan:

"(1) Jika Pemungut berpuas hati bahawa semua benefisiari harta pusaka yang telah cukup umur danberkeupayaan telah bersetuju antara mereka kepada cara di mana harta pusaka patut dibahagikan, Pemungut boleh, selepas merekodkan dalam perintah pembahagian terma-terma persetujuan; dan

persetujuan pihak-pihaknya, membahagikan harta pusaka dalam cara yang diperuntukan olehpersetujuan melainkan ia adalah jelas kepada Pemungut adalah tidak adil dan tidak saksama untuk

berbuat demikian."

(2) ...

(3) Jika dua atau lebih benefisiari berhak kepada bahagian dalam mana- mana tanah yang terkandungdalam harta pusaka Pemungut boleh, atas budibicaranya, mengambil perhatian kepada kepentinganorang yang berkenaan dan kepentingan pembangunan tanah dengan baik- (a) menguntukkan lot-lot

berasingan kepada benefisiari-benefisiari individu; (b) ...

Takharuj boleh di bahagikan kepada tiga bentuk;

1. Penarikan diri dengan balasan yang diambil dari harta waris

2. Penarikan diri dengan balasan diambil dari harta pusaka

3. Penarikan diri tanpa balasan secara sukarela.

Penarikan diri ini boleh berlaku oleh seorang atau beberapa orang yang membuat persetujuan dengan;

1. Seorang waris

2. Beberapa waris

3. Kesemua waris

Page 42: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

BAITULMALHarta peninggalan si mati akan menjadi hak Baitulmal dalam keadaan-keadaan berikut:

1. Tiada ahli waris yang berhak menerimanya

2. Ahli waris telah menerima bahagian masing-masing tetapi masihterdapat baki harta pusaka

3. Harta si mati yang tidak dituntut oleh sesiapa

4. Tiada ahli waris langsung.

Akta 98 ada peruntukan di bawah seksyen 13(1) yang menyatakan:-

“....Dengan syarat jika ada undang-undang bertulis yang berkuatkusa berhubungan dengan baitulmal, Pentadbir Tanah

hendaklah sebelum membahagikan apa-apa bahagian harta pusaka seorang simatiberagama Islam memuaskan dirinya bahawa apa-apa

bahagian harta pusaka yang kena dibayar kepada baitulmal telahdibayar sewajarnya atau peruntukan sesuai telah dibuat bagi

pembayarannya.”

Page 43: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

ISU DAN MASALAH

1. Tiada Jabatan Khusus– Waris menjadi keliru

• Cadangan Wujud Jabatan. Mahkamah Tinggi Syariah tepatrayuan bagi kes orang Islam

2. Lewat Membuat Tuntutan– Kurang kesedaran

– Masalah waris berlapis

– Kesukaran mendapat dokumen penting

– Tiada kerjasama

– Mengambil hak orang lain• Langkah-Langkah Oleh Seksyen Pembahagian Pusaka - Program

Outreach

Page 44: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

IbuAlawiyahm/k 1982

SimatiSidiq Sigaragar

1980

Isteri Chegu Murni

m/k 1985

SIBLEmbong

BAPAm/d

IBUm/d

BAPAAlawi

Osmanc/m

ZailaniSabariahSelamatKasim

SIBP

AzimahAzizah

Kematian Berlapis (Munasakhat)

Page 45: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

Program Outreach

• Program ‘Sehari Bersama Waris’– berbentuktaklimat/memberi penerangan

• Seminar dan Dialog Harta Pusaka - seminar kepada ketua-ketua jabatan dan penduduksetempat mengikut daerah

• Projek Kg. Angkat – pemilihan kampung untukditempatkan kakitangan/pegawai dalam tempohtertentu dengan kerjasama JawatankuasaKampung untuk memberikan maklumat secaralangsung bagi menyelesaikan isu pusaka kecil dikampung terbabit.

Page 46: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

Inisiatif Transformasi• Pelancaran Permohonan Online Pusaka Kecil oleh YB.Dato Sri Douglas Unggah Embas, Menteri

Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 07.06.2012. satu alternatif di dalam membantu memberikeselesaan kepada pihak waris menguruskan permohonan pembahagian harta pusaka. Tanpa perluke Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil semata-mata untuk mengambil borang permohonan dankembali semula untuk mengemukakannya, Sistem ini menyediakan platform pengemukaanpermohonan untuk pemprosesan di mana-mana sahaja tuan-tuan dan puan-puan berada, selagimana internet dapat dilayari.

• Pelaksanaan My SMS 15888 untuk memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membuatsemakan status permohonan mereka.

• Pelaksanaan SMS Blast iaitu Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang antara lain berfungsi untukmemaklumkan kepada pemohon bahawa permohonan yang dikemukakan telahpun didaftarkan, meminta pemohon mengemukakan maklumat tambahan jika permohanan tidak lengkap, seterusnya memaklumkan tarikh perbicaraan dan perintah telah dikeluarkan. Perkhidmatan initidak dikenakan apa-apa bayaran.

• Penambahbaikan dalam pelaksanaan sistem perkomputeran iaitu sistem e-TaPP bagi memudahkanpemprosesan permohonan dan penjagaan rekod yang lebih sistematik, efisien dan selamat.

• Integrasi maklumat melalui sistem e-TaPP dengan jabatan kerajaan juga dalam proses pelaksanaan. Agensi berkaitan adalah

– Mahkamah Tinggi, – Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta (JPPH),– Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),– Amanah Raya Berhad– Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dan:– Mahkamah Syariah.

Page 47: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

3. Masalah Bidangkuasa Mahkamah SyariahKes yang diputuskan di Mahkamah Agung, iaitu Mohamed Habibullah bin

Mahmood lwn Faridah binti Dato’ Talib [1992] 2 MLJ 793, telah mengiktiraf mentadbir pusaka diletakkan di bawah Senarai Kuasa Perundangan

Persekutuan (Senarai 1 Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan) dan tidak dikecualikan bagi orang Islam. Antara alasan penghakiman dalam kes

ini adalah sebagaimana berikut:“Sungguhpun Senarai 2, Jadual Kesembilan itu menyebut mengenai Hukum Syarak berhubung dengan mewaris harta berwasiat dan tak berwasiat’ dan

‘pembahagian harta’, apabila rujukan dibuat kepada Senarai 1, Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan itu, ini tidak termasuk probet dan surat

mentadbir pusaka. Perkara (e), Perenggan (i) dalam Senarai Persekutuan itu menyebut bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang antara lain mengenai ‘perwarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat, probet dan surat mentadbir pusaka’. Kemudian dalam Bahagian (ii), Perkara (a) itu

disebut ‘Perkara yang tersebut dalam Perenggan (1) tidak termasuk undang-undang diri orang-orang Islam berhubung dengan ‘pemberian atau

perwarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat’. Ini bermakna undang-undang mengenai ‘probet dan surat mentadbir harta’ dimasukkan dalam

Senarai Persekutuan dan bukan ‘Senarai Negeri’ dan oleh kerana itu Badan Perundangan Negeri dan Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa atau bidang kuasa dalam perkara ‘probet dan surat mentadbir harta’ itu. Inilah sebab undang-undang mengenai ‘probet dan surat mentadbir’ bagi semua

orang di Malaysia terdapat dalam Akta Probet dan Pentadbiran 1959.”

Page 48: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

4. WASIAT KEPADA WARIS

1. Agen wasiat tumbuh bak cendawan2. Memanipulasikan ayat-ayat wasiat yang awal3. Tidak telus dalam mempromosikan produk4. Menggunakan institusi kewangan.5. Mempromosi wasiat kepada waris sebagai jalan

pintas menyelesaikan tuntutan pusaka.

Orang awam perlu faham bahawa dokumen wasiat adalah ‘raw material’ yang hanya boleh dilaksanakan setelah wasiat

tersebut telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dansetelah mendapat perintah perlaksanaan dari Pentadbir

Tanah (jika pusaka Kecil) atau Mahkamah Tinggi Sivil (jikaharta pusaka besar)

Page 49: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

5. Masalah Bahagian Waris Tidak Boleh Didaftarkan

Ini adalah kerana adanya halangan dari aspek undang-undang:-1. Hakmilik yang didaftarkan di bawah Akta Tanah Penempatan Berkelompok 1960

yang hanya membenarkan dua orang pemilik bersama.2. Halangan memilikki tanah bagi bukan warganegara Malaysia – perlukan

kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.3. Tanah Rezab Melayu yang tidak membenarkan bukan Melayu didaftarkan

sebagai pemilik

Dalam keadaan seperti ini ada beberapa pendekatan diambil untuk menjaga hak-hak waris iaitu:-

Bagi kes pertama di atas, seoarang atau dua orang akan dilantik sebagai Pentadbir Harta simati dan Pentadbir Harta diperintah membahagikan segala bentuk hasil

keuntungan dari harta tersebut mengikut faraid atau mengikut persetujuan bersama ahli waris.

Bagi kes bukan warganegara, waris akan diberi Surat Kuasa Mentadbir untuk tujuan memohon kebenaran dari pihak berkuasa Negeri supaya nama waris yang terbabit boleh didaftarkan atau waris yang lain diberi peluang menebusbeli bahagian waris

berkenaan mengikut syarat-syarat yang dipersetujui atau mengikut perintah Pentadbir Tanah.

Bagi kes tanah rezab Melayu, waris tiada pilihan untuk menebus bahagian waris berkenaan atau dalam kes tertentu jalan terakhir adalah dengan mendapatkan

perintah kebenaran menjual

Page 50: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

6.Pentadbir Harta Yang Tidak AmanahDi dalam kes-kes tertentu seperti contoh di atas, lebih-lebih lagi yang

melibatkan rancangan tanah Felda atau Felcra, isu dan masalah yang sering dibangkitkan ialah Pentadbir Harta yang dilantik tidak amanah dan tidak melaksanakan tanggongjawab membahagikan segala hasil keuntungan

seperti yang diarahkan. Sikap tamak, tidak menghiraukan hukum, meletak hukum ditangan sendiri dan bergaduh sesama waris, kesemuanya

menyumbang kepada masalah Pentadbir Harta yang tidak amanah. Untuk mengatasi masalah ini, waris yang tidak berpuashati boleh memohon

bicara (seksyen 17 Akta 98) supaya dilantik Pentadbir Harta yang baru mengantikan Pentadbir Harta yang tidak amanah. Isu ini tidak terhenti di sini, malah terdapat banyak permohonan dalam harta pusaka yang sama

untuk membatalkan dan melantik Pentadbir Harta yang baru. Ini seolah-olah tiada kesudahannya. Hendak membenarkan urusan tebus beli bahagian,

nilaian harta agak tinggi dan waris tiada kemampuan. Hendak dilelong atau diperitah jual pula melibat beberapa faktor undang-undang berkaitan. Oleh

itu dicadangkan agensi yang berkenaan terutamanya Felda mengambil tindakan yang lebih drastik termasuk meminda undang-undang berkaitan

agar pihak Felda sendiri boleh mengambil alih atau mentadbir atau membeli bahagian waris untuk diserahkan kepada peneroka yang baru dalam bentuk

pinjaman.

Page 51: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

7. Meninggalkan Waris Dengan Sengaja

Isu memberi keterangan palsu atau menipu semasa memberi keterangan bukanlah perkara baru di dalam

mana-mana proses perbicaraan serta perudangan. Walaupun ada undang-undang dan hukuman yang berat akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang memberi

keterangan palsu, kes-kes menipu tetap berlaku.

8 Anak Angkat

•Anak angkat dinasabkan kepada simati.•Enggan mengakui dirinya anak angkat•Ibu/bapa angkat mengakui ianya anak kandung•Waris yang sah enggan ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk membetulkan keadaan.

Page 52: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal
Page 53: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

9. Waris Hilang (Mafqud)

Waris yang hilang serta gagal dikesan dianggap masih hidup selagi tidak dibuktikan mati. Oleh itu hak waris berkenaan akan dipelihara. Sekiranya

tiada bukti kematiannya, maka hanya Mahkamah Tinggi sahaja yang boleh membuktikan ianya telah mati dan tarikh ia dianggap telah mati ialah pada

tarikh perintah angapan mati dikeluarkan.

Persoalannya:- Adakah Perintah Anggapan Mati Mahkamah Tinggi Syariah boleh digunapakai

untuk tujuan tuntutan harta pusaka?

Page 54: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

10. Isu BaitumalTiada keseragaman di antara negeri-negeri dari segi kaedah menebusbeli bahagian baitulmal. Ada yang meminta bahagian baitulmal didaftarkan terlebih

dahulu dan urusan tebusbeli dibuat seperti jualbeli biasa. Ada pihak baitulmal negeri yang mengikut

jumlah nilaian harta yang ditetapkan oleh Pentadbir Tanah dan ada yang ingin membuat penilaian sendiri.

Ada pihak baitulmal negeri yang enggan membuat permohonan walaupun dimaklumkan simati tiada

meninggalkan waris dan ada juga yang enggan membuat bayaran perintah walaupun baitulmal

mendapat bahagian.

Page 55: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

Isu dan Masalah Lain

Isu seperti penama dalam KWSP, LUTH dan polisi insuran. Isu dan masalah terpencil yang lain seperti isu kematian serentak, isu waris

khunza, bunuh dengan sengaja atau tidak sengaja, anak dalam kandungan dan lain-lain

isu yang memerlukan pengesahan serta perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah

Page 56: Isu-Isu Dan Permasalahan Dalam Pembahagian Pusaka Orang Islam Di Malaysia. Utk Portal

PENUTUP

• Kesedaran tentang ilmu pembahagian pusaka kini makin meningkat.

• Telah banyak pihak menganjurkan seminar /bengkel dan sebagainya.

• Perkembangan ICT serta maklumat dihujung jari.

• Bidangkuasa perlu diperjelaskan.

• Wujudkan satu jabatan – Mahkamah Tinggi Syariah sebagai badan tempat kes rayuan