ISU-ISU PERUBATAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAMpapisma.org/nota/alhikmahbil2_4.pdf · Kertas kerja ini...

4
ISU-ISU PERUBATAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Transcript of ISU-ISU PERUBATAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAMpapisma.org/nota/alhikmahbil2_4.pdf · Kertas kerja ini...

Page 1: ISU-ISU PERUBATAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAMpapisma.org/nota/alhikmahbil2_4.pdf · Kertas kerja ini dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum S yara’ ... 4-isu-isu

ISU-ISU PERUBATANMENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Page 2: ISU-ISU PERUBATAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAMpapisma.org/nota/alhikmahbil2_4.pdf · Kertas kerja ini dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum S yara’ ... 4-isu-isu

24

ISU-ISU PERUBATANMENURUT PERSPEKTIF ISLAM

1. TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PerundingHukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor bagi mendapat pandangan sertamaklumbalas mengenai “Isu-isu Perubatan Menurut PerspektifIslam”.

2. LATAR BELAKANG

Sejak kebelakangan ini sering timbul pelbagai persoalan yang berkaitandengan isu perubatan yang dibangkitkan oleh masyarakat danmemerlukan penjelasan yang lengkap. Oleh itu, Mesyuarat fatwadiadakan dengan mengundang pakar dalam bidang perubatan danagama bagi membincangkan seterusnya mencari penyelesaian terhadapsegala persoalan berhubung isu ini.

a. Euthanasia (mercy killing) - pembunuhan belas kasihan. Contoh :pesakit yang tiada harapan untuk hidup lagi (koma). Sebabdilakukan:i. Permintaan pesakitii. Permintaan oleh keluargaiii. Permintaan oleh penguasa hospital / kerajaan.

b. Sejarah permulaannya pembedahan plastik dan adakahpembedahan plastik ini pernah berlaku di zaman terdahulu?

c. Konsep pembedahan plastik menurut perspektif Islam dan apakahpula dalil-dalil al-Quran atau al-Hadith yang menyokong?

d. Jika Islam membenarkan proses pembedahan plastik,bagaimanakah pula kedudukan atau situasi yang dibenarkan olehsyara’ bagi mangsa itu melakukan pembedahan plastik?

e. Jika Islam tidak mengharuskan pembedahan plastik ini, adakahkaedah­kaedah dalam “Qawaid al-Fiqhiah” dijadikan panduan untukmenetapkan hukum pembedahan plastik tersebut?

f. Apakah pula pandangan Islam tentang isu ini serta bagaimanapula fatwa­fatwa ulama’ atau mufti mengenai isu ini?

Page 3: ISU-ISU PERUBATAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAMpapisma.org/nota/alhikmahbil2_4.pdf · Kertas kerja ini dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum S yara’ ... 4-isu-isu

25

ISU-ISU PERUBATANMENURUT PERSPEKTIF ISLAM

g. Apakah pula pandangan Islam terhadap pembedahan plastik untuktujuan kosmetik dengan memperolehi kepuasan dalam aspekkecantikan?

h. Adakah proses pembedahan plastik ini telah mengubah ciptaanAllah? Apakah pula dalil-dalil yang menyokong?

i. Implikasi yang akan timbul selepas pembedahan plastik dijalankandari sudut fizikal dan psikologi pesakit?

j. Apakah kesan atau implikasi yang akan timbul jika perkara iniberterusan dari sudut etika dan sosial masyarakat?

k. Apakah pemindahan organ yang dilakukan terhadap seseorangyang telah meninggal dunia itu menyeksa mayat si mati?

l. Bukankah anggota badan manusia itu adalah hak Allah yang tidakboleh dipindah-pindahkan?

m. Adakah masalah pemindahan organ telah mencapai tahap daruratkhususnya di Malaysia?

n. Bolehkah organ orang Islam boleh diberikan kepada orang bukanIslam?

o. Contoh : ginjal / buah pinggang - Apakah seseorang itu bolehhidup dengan satu buah pinggang?

p. Adakah seseorang penderma organ perlu mendapatkanpersetujuan waris terlebih dahulu?

q. Sejauh mana pemindahan organ itu dianggap berjaya dan apakahterdapat kesan sampingan jangka pendek / panjang hasilpemindahan organ?

3. PENUTUP

Adalah diharapkan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA)Negeri Selangor memutuskan mengenai “Isu-isu Perubatan MenurutPerspektif Islam”.

Page 4: ISU-ISU PERUBATAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAMpapisma.org/nota/alhikmahbil2_4.pdf · Kertas kerja ini dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum S yara’ ... 4-isu-isu

26

ISU-ISU PERUBATANMENURUT PERSPEKTIF ISLAM

ISU-ISU PERUBATANMENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangortelah membuat keputusan bahawa:

1. Adalah Haram melakukan pembunuhan belas kasihan (mercy killing).Walaupun dilakukan terhadap pesakit yang tiada harapan untuk hiduplagi (koma) dengan:(i) Permintaan pesakit(ii) Permintaan oleh keluarga(iii) Permintaan oleh Penguasa hospital / kerajaan.

2. Adalah Haram melakukan pembedahan plastik sekiranya bertujuan untukmengubah keadaan diri yang normal tanpa ada apa-apa sebab-musababyang baik. Namun adalah Harus melakukan pembedahan plastik inisekiranya terdapat sesuatu hajat yang penting seperti memperelokkansesuatu anggota yang sumbing, cacat dan sebagainya.

3. Adalah Haram melakukan pembedahan plastik sekiranya bukanbertujuan untuk suami atau menjaga keharmonian rumahtangga.Namun adalah harus melakukan pembedahan plastik untuk bertujuankosmetik dengan memperolehi kepuasan dalam aspek kecantikansekiranya dilakukan untuk suami atau menjaga keharmonianrumahtangga.

4. Adalah Harus melakukan pemindahan organ dari seseorang yang telahmeninggal dunia kerana ia dapat memberi manfaat.

5. Adalah Harus mendermakan organ orang Islam kepada orang yangbukan Islam dan sebaliknya. Sebagai contoh derma darah atau buahpinggang/ginjal daripada orang Islam kepada orang yang bukan Islamdan sebaliknya.

Semoga dengan penjelasan ini nanti akan dapat meyelesaikan beberapapersoalan berhubung perkara tersebut.

KEPUTUSAN