Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

65
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Batu Pahat, Johor. Semester 2 Sesi 2012/2013 UWS 10202 HUBUNGAN ETNIK Nama Pensyarah : TN. HJ. SHAMSAADAL SHOLEH B. HJ. SAAD Tajuk Tugasan Individu : ISU-ISU SENSITIF HUBUNGAN ETNIK Nama Pelajar No. Matrik MOHD SABAL BIN SARIPAL DB110503 Program: 1 | Page

Transcript of Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

Page 1: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

Fakulti Pendidikan Teknikal dan VokasionalUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia

Batu Pahat, Johor.

Semester 2 Sesi 2012/2013

UWS 10202 HUBUNGAN ETNIK

Nama Pensyarah:

TN. HJ. SHAMSAADAL SHOLEH B. HJ. SAAD

Tajuk Tugasan Individu:

ISU-ISU SENSITIF HUBUNGAN ETNIK

Nama Pelajar No. Matrik

MOHD SABAL BIN SARIPAL DB110503

Program:

Sarjana Muda Pendidikan Teknik Dan Vokasional (Kemahiran Hidup)

1 | P a g e

Page 2: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

PRAKATA

“ skills can be developed trough practice. True ease in writing come from art, not chance.”

MOHD SABAL BIN SARIPALDB110503 BBV S5 UTHM

2 | P a g e

Page 3: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

KANDUNGAN

1. PRAKATA i2. KANDUNGAN ii

1. ISU-ISU SENSITIF 1i. Isu 1 : Penyata Razak masih relevan 2 - 6 - Sinopsis - Pengenalan - Prasangka

- Faktor - Implikasi - Langkah mengatasi - Rumusan

ii. Isu 2 : Isu sensitif ( Kalimah Allah ) ulangi Tragedi 13 Mei 7 - 9

- Sinopsis - Pengenalan - Prasangka

- Faktor - Implikasi - Langkah mengatasi - Rumusan

2. ANALISIS ISU SENSITIF DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK 10 - 14

3. CADANGAN MEMBENDUNG FENOMENA ISU SECARA GLOBAL 14 - 39

4. KESIMPULAN 40 - 43

5. RUJUKAN

3 | P a g e

Page 4: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

6. LAMPIRAN

ISU-ISU SENSITIF YANG DIPERKATAKAN SECARA TERBUKAKerajaan amat sedar bahawa terdapat hubungan sosial yang kuat dalam kalangan

pelbagai golongan etnik di Malaysia. Pelbagai usaha telah diambil untuk terus

mengekalkan kekuatan ini dan membina mesyarakat yang lebih adil dari struktur sosial

dan ekonominya.

Namun dalam menongkah ledakan arus kemajuan dan permodenan dunia hari

ini, Malaysia dengan masyarakat majmuknya tidak mampu untuk mengelakkan diri

daripada isu-isu sensitif yang berkaitan hubungan etnik diperkatakan secara terbuka.

Sememangnya menjadi lumrah naluri manusia, tidak semua apa yang dikecapi di dunia

ini mendapat kepuasan yang maksimum. Antara perkara berkaitan hubungan etnik

yang sering diperkatakan dan diungkitkan secara terbuka dewasa ini saya

mengetengahkan 2 isu yang boleh dilihat berdasarkan carta di bawah :

4 | P a g e

ISU-ISU SENSITIF

YANG DIPERKATAKAN

SECARA TERBUKA

Penyata Razak masih relevan dan Pendekatan PPSMI

Perkaitan Dengan Bahasa Kebangsaan

Isu Kalimah AllahMencabar Kesucian

Agama Islam dan ulangi Tragedi 13 Mei

Page 5: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

Isu 1: Penyata Razak masih relevan dan Pendekatan PPSMI, Perkaitan dengan Bahasa Kebangsaan ( Berita Harian 5 September 2012: Rencana- hlm 23 )

SINOPSISAzam Penyata Razak yang digubal pada tahun 1956 menggunakan bahasa yang

sama, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama, untuk tujuan

penyatuan, perpaduan dan kemajuan rakyat Malaysia, Ia bermatlamat

mewujudkan sistem persekolahan yang seragam bagi semua etnik di Malaysia.

Rakyat yang belajar bersama akan terus kekal bersama-sama. Ianya dapat

dicapai apabila anak bangsa mengikuti kurikulum yang sama dan bertutur dalam

bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan. Ianya

penting kerana sifat negara Malaysia yang majmuk dan Penyata Razak

menekankan aspek perpaduan kaum yang berbilang. Lantaran itu PPSMI

dimansuhkan dan Penyata Razak masih relevan.

ISU / PRASANGKA- Pelbagai aliran persekolahan

- Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

- Pemansuhan PPSMI

- Perpaduan kaum pelbagai etnik.

PENDAHULUAN

Sehingga kini rakyat Malaysia masih tidak bersatu padu sepenuhnya,

gagal membentuk satu nasionaliti yang utuh selepas 55 tahun merdeka. Ini

berpunca kerana adanya gejala polarisasi kaum, ekstremisme etnik dan tiadanya

toleransi budaya dan agama di kalangan kaum dalam Negara. Pelbagai aliran

persekolahan wujud, yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan,

sekolah agama, sekolah persendirian cina, sekolah swasta, sekolah

antarabangsa dan belajar sendiri di rumah yang mengasingkan anak bangsa

5 | P a g e

Page 6: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

pada usia muda perlu ditangani sebaik mungkin dalam rangka hala tuju

pendidikan Negara. Sehubungan ini rangka ini perlu mencadangkan teras

persamaan daripada himpunan pelbagai aliran.untuk tujuan penyatupaduan

golongan muda. Penyata Razak yang bermatlamat melahirkan golongan muda

yang berkongsi asas dan perspektif nasionaliti Malaysia yang sama masih

bersesuaian.Oleh itu ketetapan menggunakan bahasa Melayu sebagai alat

kemajuan dalam Penyata Razak perlu dipertahankan.

Sejak kerajaan mengumumkan keputusan memansuhkan dasar

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

(PPSMI) mulai 2012, pelbagai pihak menyuarakan pandangan masing-masing.

Ada yang mengalu-alukan dan ada yang yang berasa kecewa serta tidak

bersetuju. Sebahagian lagi ingin mengetahui kesan pemansuhan dasar itu

terhadap kumpulan pelajar sedia ada dan perincian bagaimana ia akan

dilaksanakan. Sebagai sebuah negara demokrasi, rakyat bebas bersuara

mengenai hal ini. Bagaimanapun saya berpendapat hujah dan perbincangan

seharusnya berdasarkan data dan fakta yang konkrit serta mengikut penilaian

dan pertimbangan yang waras. Ahli akademik telah membuat banyak kajian

berkaitan PPSMI. Berdasarkan perbincangan meja bulat anjuran Kementerian

Pelajaran, banyak hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa dasar PPSMI

memberi kesan negatif kepada pelajar. Sebaliknya, sukar ditemui kajian dengan

dapatan yang konklusif mengenai kejayaan PPSMI.

Hasil Undian Merdeka baru-baru ini mendapati 50 peratus rakyat Malaysia

berpendirian PPSMI wajar diteruskan. Namun undian sebegini pada

kebiasaannya dibuat berasaskan persepsi oleh mereka yang tiada capaian

kepada dapatan dan kajian data kajian. Kajian lapangan secara ektensif melalui

soal selidik pendapat pelajar, guru dan pentadbir sekolah mempu menghasilkan

keputusan yang lebih saintifik dan tepat (Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin,

2009).

FAKTOR ISU

6 | P a g e

Page 7: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

Antara faktor kebangkitan isu berkenaaan ialah cadangan rapi bagi

memperkasa sistem pendidikan kebangsaan melalui sekolah kebangsaan.

Sekolah kebangsaan satu-satunya aliran persekolahan yang menggunakan

bahasa Melayu secara dominan.

Selain daripada itu pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa inggeris ( PPSMI ). Bahasa Melayu sekali lagi menjadi

alat untuk rakyat bersatu padu. Mengikut logik, setiap negara mesti mempunyai

bahasa kebangsaan yang membentuk identiti rakyatnya. Dari aspek

perundangan pula, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan jelas termaktub

di dalam Perlembagaan Persekutuan dan dijamin oleh undang-undang negara

ini. Idea untuk mewujudkan dua bahasa dalam sistem pendidikan kita adalah

tidak wajar kerana ia terbukti gagal pada masa lalu. Bagaimanapun usaha untuk

menambah masa pengajaran subjek bahasa Inggeris amat tepat dan dialu-

alukan. Pada masa yang sama, saya percaya Kementerian Pelajaran

bersungguh-sungguh dalam memarbatkan bahasa kebangsaan dan

memperkukuhkan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

IMPLIKASI / KESANKita perlu belajar daripada sejarah. Bahasa Melayu dengan jelas

termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sebagai bahasa

kebangsaan. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah

telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem dua aliran sebelum ini, iaitu

sekolah aliran Melayu dan aliran Inggeris. Sistem dua aliran ini telah

menyebabkan negara kita terbahagi dua. Jurang antara pelajar aliran Melayu

dan Inggeris sangat besar. Justeru, salah satu matlamat penguasaan bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah adalah untuk menyatupadukan

rakyat Malaysia. Banyak kejayaan dan pencapaian diperolehi daripada dasar

sistem ini satu aliran ini.

Berdasarkan kepada kajian saya sebagai seorang guru, keputusan

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin memang tepat ini kerana

saya mendapati penguasaan bahasa Inggeris pelajar di Kelantan (sampel dari

7 | P a g e

Page 8: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

sekolah bandar, pinggir bandar dan luar bandar) tetap sama selepas PPSMI

dilaksanakan. 75 peratus responden masih lemah dalam bahasa Inggeris. Hal ini

menunjukkan usaha yang berkesan perlu diambil untuk meningkatkan

penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Kajian itu juga

menunjukkan bahawa pelajar bukan sekadar tidak boleh berkomunikasi dalam

bahasa Inggeris malah mereka tidak mempunyai kosa kata yang mencukupi

untuk membina ayat walaupun yang mudah dan ringkas. Justeru, keputusan

kerajaan untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan

pelajar melalui pemantapan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran

itu sememangnya tepat dan berada di landasan yang betul.

Semua hasil dapatan tersebut juga disokong oleh teori bahasa itu sendiri.

Semua teori bahasa menyatakan cara terbaik memperoleh ilmu pengetahuan

ialah melalui bahasa ibunda. Teori perkaitan (Relevance Theory) yang

membincangkan hubungan antara komunikasi dan (cognition), memperakui

bahawa perhatian pendengar semakin lemah apabila mesej semakin kurang

difahami. Dalam kes ini, apabila pelajar tidak memahami mesej yang

disampaikan dalam bahasa asing, perhatian mereka mudah terganggu dan

pendengar mula berasa bosan dan tidak memberi tumpuan. Akibatnya, pelajar

mungkin akan terlibat dengan kes salah laku dan prestasi akademik akan

menurun.

LANGKAH MENGATASI.Hasrat murni aini akan dapat dicapai dan menjadi reality andai semua

pihak menekankan unsur mendidik di samping menyatu. Sistem pendidikan perlu

menyediakan golongan muda yang berpengetahuan untuk bersaing secara

global, dan pada masa yang sama lebih bergabung sebagai satu nasionaliti.

Perlu merancang teras persamaan daripada himpunan pelbagai aliran

persekolahan tanpa mengambil kira etnik untuk tujuan penyatu paduan golongan

muda. Sekolah kebangsaan perlu terus diperkasa dan memertabatkan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan disamping memperkukuhkan bahasa

inggeris sebagai bahasa ke dua.

8 | P a g e

Page 9: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

Langkah yang lebih terperinci dan menyeluruh bagi mengatasi isu

berkenaan dinyatakan secara global di hujung pelaporan.

RUMUSAN / KESIMPULANDaripada unsur yang telah dinyatakan, saya berpendapat bahawa bahasa

adalah merupakan satu eleman yang sangat penting untuk memastikan

hubungan antara kaum di negara kita ini semakin erat dan kukuh. Ini kerana

daripada bahasa Melayu itu semua kaum di Negara ini boleh bergabung dan

menggunakan satu bahasa yang sama. Ini dapat meningkatkan lagi perpaduan

dalam kalangan etnik di Negara kita. Seterusnya, apabila kanak-kanak yang

berbangsa Cina dan India diberi didikan yang sama sewaktu di sekolah rendah

iaitu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar sewaktu di

sekolah, ini akan dapat meningkatkan kefahaman dalam kalangan murid itu

sendiri.

Isu 2: Isu sensitif ulangi Tragedi 13 Mei ( Berita Harian 5 Febuari 2013: Nasional- hlmn 7 )

SINOPSIS

9 | P a g e

Page 10: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

Isu Kalimah Allah Mencabar Kesucian Agama Islam. Isu penggunaan kalimah

Allah SWT oleh orang bukan Islam kembali hangat di Malaysia. Penggunaan

kalimah Allah yang berkait rapat dengan islam sebagai agama rasmi Negara

termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seharusnya dihormati oleh agama

lain. Sama ada sengaja dijadikan isu kerana kepentingan politik atau tidak

sengaja, ia tetap isu yang masih diperkatakan seolah-olah ada segelintir ahli

politik menentang Yang di-Pertuan Agong. Ditambah pula yang suka

memberikan komen adalah dalam kalangan mereka yang bukan ahlinya.

Sebahagian mengatakan ia bersangkutan persoalan akidah, dan sebahagian

yang lain mengkategorikan sebagai perkara cabang dalam feqh. Lebih malang

mereka yang hanya menggunakan lojik akal tanpa sebarang sandaran dalil,

tetapi banyak mengaitkan dengan kepentingan (maslahat) agama Islam.

ISU / PRASANGKA- Pilihan Raya Umum Ke- 13 ( PRU13 )

- Keagamaan - agama islam sebagai agama rasmi ( Kalimah Allah )

- Perlembagaan Persekutuan

- Hak-hak istimewa orang Melayu

- Tragedi 13 Mei

PENGENALAN

Tidak dinafikan wujud kebimbangan jika kalimah Allah Azza wa Jalla ini

digunakan oleh orang bukan Islam akan menimbulkan kekeliruan dalam

kalangan rakyat Malaysia, hingga tidak dapat dibezakan di antara Allah SWT

dengan tuhan yang bukan Allah SWT. Juga kebimbangan disalahguna oleh

mereka. Maka pada waktu ini ada kepentingan (maslahat) untuk tidak

membenarkan ia digunakan oleh orang bukan Islam dengan syarat kebimbangan

itu diyakini bakal terjadi bukan kebimbangan kosong. Oleh itu, boleh bagi

kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan

kalimah Allah Azza wa Jalla berdasarkan dalil maslahat, sebagaimana boleh

juga pihak kerajaan membenarkannya atas dasar maslahat. Tetapi dengan

10 | P a g e

Page 11: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

syarat hukum ini tidak kekal selama-lamanya. Pada masa yang sama hukum

asal juga perlu diketahui. Sebenarnya isu ini berada di peringkat ini. Namun oleh

kerana di Malaysia ini semua orang adalah ‘ustaz’ feqh’ sama ada bidang

sosiologi, sastera, perubatan dan lain-lain, maka isu ini menjadi hangat kerana

memberi komen tanpa mengikut kaedah yang sebenar. Ketika satu pihak

menyatakan hukum asal dan belum sampai kepada maslahat, pihak lain pula

terus melompat ke peringkat maslahat tanpa membincangkan hukum asal.

Ketika dibincangkan peringkat maslahat pula, pihak lain menyatakan hukum

Islam tidak konsisten, dan sebagainya.

FAKTOR ISUSikap segelintir ahli politik dan individu yang tidak bertanggungjawab

demi kepentingan peribadi untuk memancing undi tanpa memikirkan kesan

kepada masyarakat majmuk. Sikap degil tegar dan hanya mengaut keuntungan

politik jangka pendek akan menjejaskan perpaduan kaum.

IMPLIKASI / KESAN Isu ini bukan sahaja boleh menyebabkan akidah umat Islam menyeleweng

dari tuntutan Allah, bahkan juga adalah sebahagian daripada unsur-unsur yang

membawa kepada perpecahan dalam kalangan umat Islam sendiri. Akan timbul

dalam masyarakat Islam beberapa kumpulan yang mengamalkan fahaman yang

berbeza-beza dari segi nama tetapi mempunyai motif yang hampir-hampir sama.

Masing-masing kumpulan akan berusaha mencari pengikut seberapa banyak

yang mungkin. Implikasinya, akan membawa kepada lenyapnya perasaan

persaudaraan sesama Islam yang sangat-sangat dititikberatkan oleh Allah

sebagai senjata kekuatan dan keutuhan umat Islam. Selain itu, isu ini juga akan

menjejaskan perpaduan rakyat untuk hidup rukun, aman damai serta harmoni

disamping boleh mencetuskan semula Tragedi 13 Mei 1969.

LANGKAH MENGATASI

11 | P a g e

Page 12: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

Justeru, untuk mengatasi dan membasmi setiap umat Islam haruslah

bertanggungjawab serta mengkaji sesuatu ajaran atau amalan itu secara

terperinci dengan berlandaskan kepada ajaran Islam yang maha suci sebelum

menyertai sesuatu ajaran, supaya dengan ini keimanan serta keyakinan umat

Islam terhadap kebesaran kekuasaan Allah tetap terpelihara dan juga dapat

mengelakkan umat-umat Islam di negara ini daripada terpedaya dan

terperangkap dengan golongan-golongan yang mencari pengaruh di sebalik tabir

Islam.

RUMUSAN / KESIMPULANPada masa kini, unsur-unsur tradisi yang dikekalkan itu amatlah

memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan kesejahteraan

bangsa terutamanya bagi kaum Melayu yang sinonim dengan agama Islam.

Pada masa kini, pelbagai masalah perpaduan yang telah berlaku dan banyak

menggoncangkan perpaduan antara pelbagai kaum di Negara kita. Seperti yang

kita ketahui, peristiwa hitam 13 Mei 1969 adalah merupakan salah satu peristiwa

yang telah menggoncangkan perpaduan yang telah dibina semenjak zaman

penjajahan lagi. Namun, apa yang telah berlaku membuktikan kepada kita

bahawa tempoh masa itu bukanlah sesuatu jaminan kepada rakyat Negara kita

bahawa tidak akan berlaku lagi rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei

1969. Meskipun peristiwa itu berlaku di kampong Baru namun kehangatan

bahangnya terasa hingga ke Petaling Jaya dan kawasan-kawasan yang

berhampiran.

ANALISIS ISU SENSITIF DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIKMalaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk sudah

tentu tidak dapat lari daripada menghadapi cabaran hubungan etnik. Cabaran-

cabaran tersebut dapat dianalisis dan dibahagikan kepada beberapa faktor

penting iaitu :

i. Analisis kepentingan antara etnik dari aspek social

ii. Analisis kepentingan antara etnik dari aspek ekonomi

12 | P a g e

Page 13: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

iii. Analisis kepentingan antara etnik dari aspek politik

iv. Analisis aspek nilai antara etnik dan ;

v. Analisis aspek globalisasi.

i. Analisis Kepentingan Etnik Dari Aspek Sosiala. Pemisahan FizikalPemisahan fizikal yang berlaku dalam masyarakat negara ini wujud akibat kesan

dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British. Keadaan ini

menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang untuk

berinteraksi dengan lebih kerap, khususnya mereka yang tinggal dalam wilayah

yang berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan

geografi di Sabah dan Sarawak yang terlalu luas mengakibatkan kesukaran

untuk berinteraksi. Hal yang sama juga berlaku antara Semenanjung Malaysia

dengan Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China Selatan. Pemisahan

penempatan atau fizikal ini bukan sahaja merenggangkan dan interaksi dalam

kalangan anggota setiap etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan

etnosentrisme. Keadaan ini seterusnya akan menimbulkan prasangka, stereotaip

dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan ahli sesuatu golongan etnik

terhadap golongan etnik lain.

b. Sistem Pendidikan Yang BerasinganSetiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan tersendiri. Pelajar Melayu

belajar di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa Melayu. Orang India pula

belajar di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi pelajar

Cina, mereka belajar di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Mandarin.

Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan

perbezaaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan untuk memupuk

intergrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Keadaan ini menyebabkan

interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama.

Namun, dari segi kurikulumnya adalah sama bagi semua jenis sekolah. Justeru,

program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) boleh

13 | P a g e

Page 14: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

digunakan bagi mengeratkan lagi interaksi dan perpaduan antara etnik seawal

usia pelajar.

c. Polarisasi Dalam Kalangan PelajarBidang pendidikan merupakan mekanisme penting dalam pembentukan insan

yang beretika, bermoral, berakomodatif, berbudaya ikram, penyayang dan

sebagainya. Walaupun intergrasi kaum pada peringkat prasekolah khususnya

Tadika Perpaduan adalah baik, tetapi keterasingan pada peringkat sekolah

rendah dan kerenggangan pada peringkat sekolah menengah serta institusi

pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) masih

wujud. Situasi ini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia.

d. Kontrak Sosial Sering DiungkitkanKontrak sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan

dalam merangka perlembagaan. Namun, isu ini sering kali timbul dan

ditimbulkan oleh pihak tertentu yang boleh membawa kepada kerenggangan

hubungan etnik di Malaysia. Antara isu yang kerap dibangkitkan ialah kedudukan

istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, dan isu

kemasukkan pelajar ke IPTA dan pelbagai lagi (Pelan Tindakan Perpaduan dan

Intergrasi Nasional 2005 – 2010).

ii. Analisis Kepentingan Antara Etnik Dari Aspek Ekonomia. Penguasaan EkomomiDalam sektor ekonomi, terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi.

Kebanyakan orang Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan

banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Orang Cina umumnya

menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan dan

berteknologi moden. Dampaknya, wujud jurang pendapatan yang ketara dan

ketidakseimbangan pendapatan turut berlaku. Tiap-tiap golongan etnik berusaha

untuk mendapatkan hak dan keuntungan lebih besar daripada pertumbuhan

ekonomi yang wujud. Perbezaan dan penguasaan ekonomi oleh sesuatu

golongan etnik dan wujudnya jurang pendapatan antara etnik merupakan

14 | P a g e

Page 15: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

cabaran yang sering membawa kepada ketidakstabilan dalam masyarakat

majmuk.

Hal ini telah dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kedua, iaitu

perpaduan negara tidak boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan

yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia melalui

penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian

manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Perpaduan negara

tidak boleh dipupuk andainya sebahagian besar penduduk kekal miskin dan jika

peluang pekerjaan produktif yang mencukupi tidak diwujudkan untuk tenaga

buruh yang kian meningkat.

b. Perbezaan Pekerjaan Berdasarkan Sektor EkonomiPenguasaan ekonomi membawa kepada pengenalan pekerjaan mengikut etnik

atau mewujudkan perbezaan dari segi pekerjaan. Setiap golongan etnik

dikelaskan mengikut sektor ekonomi tertentu seperti pertanian, perniagaan,

perindustrian dan pentadbiran awam. Situasi ini lebih ketara semasa penjajahan

British apabila orang Melayu kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian,

nelayan dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Kebanyakan orang Cina

terlibat dalam sektor perniagaan dan perlombongan. Sebilangan besar orang

India pula merupakan buruh di estet. Walaupun perbezaan ini mula berkurangan,

namun masih terdapat perbezaan mengikut sektor ekonomi berdasarkan

kumpulan etnik. Perbezaan pekerjaan ini menghalang interaksi antara kaum

yang luas. Perkara ini akan memperkukuh lagi semangat perkauma

iii. Analisis Kepentingan Antara Etnik Dari Aspek PolitikPolitik perkauman boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan

mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu

dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Tambahan pula, jika isu

perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan

ekonomi diperalat oleh sesuatu pihak untuk mendapat sokongan rakyat, maka

tindakan ini tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

15 | P a g e

Page 16: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

iv. Analisis Aspek Nilai Antara EtnikPerbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan lebih ketara dalam

masyarakat majmuk. Masing-masing kaum Melayu, Cina dan India mempunyai

agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar

apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka

sendiri. Keadaan ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota

daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan

natijah akhirnya akan mewujudkan masalah yang lebih besar sekiranya fahaman

etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat.

v. Analisis Aspek GlobalisasiProses globalisasi serta pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi

dan politik barat sejagat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat

Malaysia. Semenjak orang Barat memulakan era penjajahan mereka di Timur

pada abad ke-15, mereka tidak berhenti untuk mendominasi masyarakat lain.

Melalui penjajahan, mereka membawa pemikiran bahawa tamadun mereka lebih

tinggi dan mengetengahkan bahawa bangsa lain kurang bertamadun.

Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dalam rangka nilai dan

kebebasan manusia yang dipegang pada masa kini, maka mereka

memperjuangkan pula hak asasi manusia. Barat membawa masuk pengaruh dari

segi ideologi, budaya hedonisme dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan

teknologi yang memusnahkan dan sistem politik yang dianggap terbaik bagi

semua manusia. Melalui globalisasi juga mereka mengeksport segala macam

keburukan yang merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan

pengeksploitasian sumber manusia dan bahan mentah.

Malaysia tidak terkeluar daripada pengaruh ini kerana arus pembaratan

dan globalisasi terlalu mendesak. Maka tidak dapat tidak, globalisasi ialah faktor

perubah budaya yang amat kuat dan pantas. Jika diperhatikan secara

mendalam, secara tidak langsung, gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhur

dan pemikiran Barat diterima secara halus ke dalam masyarakat. Globaliasi

dalam bentuk yang terselindung dan tersirat adalah lanjutan daripada proses

16 | P a g e

Page 17: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

penjajahan budaya pada abad ke-19 dan berupaya melemahkan tradisi sendiri

serta menjadi penghalang kepada pembinaan jati diri dan tamadun Malaysia.

Ketiga-tiga cabaran di atas sekiranya tidak dibendung dan dikawal, akan

menjurus kepada pembentukan semangat perkauman yang mendalam,

menimbulkan prasangka dan mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme.

Keadaan ini seterusnya akan memberi kesan kepada hubungan etnik, intergrasi,

perpaduan, mudah terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang rusuhan

kaum. Situasi ini ditambah lagi dengan beberapa persepsi yang kurang tepat

tetapi menjadi pegangan dan terus dipercayai oleh sebahagian besar

masyarakat Malaysia (Sanusi Osman, 1987).

CADANGAN MEMBENDUNG FENOMENA ISU SECARA GLOBALProses pemupukan perpaduan dan hubungan etnik yang mantap dalam

kalangan rakyat Malaysia umumnya bersifat top-down, iaitu usaha ini dipelopori

oleh kerajaan untuk memastikan kestabilan politik dan keadilan sosioekonomi

serta keamanan. Malaysia sering menjadi contoh kepada negara lain dalam hal

hubungan etnik kerana berjaya mewujudkan keharmonian dalam kalangan

pelbagai golongan etnik. Sebahagian besar kejayaan ini merupakan hasil usaha-

usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan khususnya dan disokong oleh pelbagai

pihak sama ada sektor swasta, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) mahupun

rakyat itu sendiri. Seterusnya kita akan membincangkan peranan yang telah

dimainkan oleh kerajaan, rakyat dan NGO dalam mempererat lagi hubungan

etnik di Malaysia.

1) Peranan Kerajaan Dalam Konteks Hubungan EtnikBerikut ialah beberapa program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi

memastikan keharmonian hubungan etnik di Malaysia sentiasa terpelihara :

1.1 Dimensi Konsep 1Malaysia Perspektif Generasi MerdekaSesebuah negara yang majmuk seperti Malaysia amat memerlukan

pelbagai konsep dan formula penyatuan rakyat jelatanya ke arah pembinaan

17 | P a g e

Page 18: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

satu negara bangsa yang kukuh, muafakat, progresif dan makmur. Konsep

seperti ini juga diperlukan supaya generasi merdeka Malaysia mempunyai

aspirasi yang serupa, melangkah ke destinasi yang sehala, dan sentiasa megah

untuk mengibarkan panji-panji perjuangan negara pada setiap masa (Ibrahim Ali,

Utusan Malaysia, 13 Ogos 2009).

Pengaplikasian konsep ini memerlukan komitmen, kebijaksanaan dan ketegasan

dalam kalangan pemimpin. Ia menuntut kematangan minda, toleransi dan

pengorbanan dalam kalangan warga Malaysia. Ia juga mengharap sumbangan

ikhlas daripada seluruh organisasi masyarakat sivil dan NGO untuk sama-sama

mendukung serta menjayakannya. Ia adalah konsep pembangunan bangsa

Malaysia yang mencerminkan kesunguhan Perdana Menteri yang sentiasa

berusaha untuk menyatupadukan warganegara majmuk. Ianya bermatlamat

supaya kepelbagaian sosiobudaya dan ekonomi rakyat dapat dicanai dan

digemblengkan menjadi ciri-ciri kekuatan nasional yang kemudiannya dapat

diterjemahkan menjadi strategi pembinaan negara bangsa.

Ciri-ciri kekuatan nasional ini juga boleh digunakan untuk mencorak dan

melaksanakan program pembangunan insan, pembangunan negara dan

pembangunan ekonomi , di samping memperkasakan keupayaan Malaysia

menembusi aneka peluang serta aktiviti ekonomi dan perdagangan

antarabangsa.

18 | P a g e

Logo dan Konsep“1Malaysia, Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”

Page 19: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

Ini membuktikan bahawa konsep 1Malaysia sekai-kali tidak serupa

dengan Malaysian Malaysia ciptaan Lee Kuan Yew pada awal tahun 1960-an

yang kini dijadikan asas perjuangan sesetengah parti politik tertentu di negara

ini. Sebaliknya, konsep 1Malaysia membuktikan kebijaksanaan serta

keprihatinan Perdana Menteri untuk memberikan erti yang seluas-luasnya

kepada doktrin Rukun Negara yang diilhamkan oleh ayahanda beliau

Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein pada tahun 1970.

Konsep 1Malaysia juga mencerminkan usaha Perdana Menteri untuk

memberikan roh dan jiwa kepada Gagasan Wawasan 2020 hasil daripada

pemikiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang

keempat. Konsep 1Malaysia juga bermatlamat mengukuhkan seluruh peruntukan

dalam Perlembagaan Persekutuan yang membabitkan keunggulan masyarakat

pribumi dan kewujudan lain-lain warganegara Malaysia yang diiktiraf secara

perlembagaan atas prinsip muafakat, musyawarah dan penghormatan kepada

kepelbagaian rupa bangsa di tanah air.

Lantaran itu, seluruh warga Malaysia perlu mendukung dan menyokong

konsep 1Malaysia dengan sepenuh hati dan dengan keikhlasan total. Sebagai

generasi merdeka, saya sendiri amat yakin bahawa konsep ini akan berjaya

mencapai matlamatnya jika ia diterima oleh seluruh warganegara, termasuk

generasi merdeka seperti saya. Ini kerana teras konsep 1Malaysia adalah

pemupukan perpaduan rakyat supaya mereka sentiasa mentaati, berpegang

teguh dan menjunjung tinggi seluruh prinsip asas pembinaan negara bangsa

seperti termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.

1.2 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi NasionalPeristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai

pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan

dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah

masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berikutan peristiwa tersebut, Majlis

Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan

19 | P a g e

Page 20: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi

menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di

negara kita pada waktu itu (Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional,

2006).

Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara

telah ditubuhkan iaitu pada 23 Februari 1971. Tanggungjawab bagi memupuk

dan memelihara perpaduan antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah

Jabatan Perpaduan Negara. Antara tahun 1990 – 2004, Jabatan Perpaduan

Negara telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan

Pembangunan Masyarakat sebelum diletakkan semula di bawah Jabatan

Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi

Nasional (JPNIN).

Bermula daripada kemerdekaan sehingga kini, kerajaan telah merangka

dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi

yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum

serta intergrasi nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar

Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi

Baru. Dasar-dasar tersebut telah diperkukuh lagi dengan memperkenalkan

Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan. Bagi mengurangkan tindak tanduk

politik yang boleh memecahbelahkan rakyat, usaha ini telah diambil untuk

membentuk Barisan Nasional. Sebagai tindakan susulan dalam memperlengkap

dan memperkukuh usaha pembentukan bangsa Malaysia, beberapa dasar lain

telah dibentuk. Antaranya ialah Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan

Negara dan Dasar Sosial Negara. Pendirian kerajaan telah ditegaskan lagi

dalam pernyataan Wawasan 2020 seperti berikut :

“Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi semata-

mata tetapi perlu merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mencapai kemajuan

sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi,

keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-

20 | P a g e

Page 21: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan

bangsa sendiri.”

JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Intergrasi Nasional 2005 –

2010 telah merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan

perpaduan dan intergrasi nasional iaitu :

i. Strategi Politik : Persefahaman

Persetujuan yang termaktub dalam Perlembagaan mengenai bentuk dan

lambang-lambang negara, hak setiap kaum serta kuasa Kerajaan Negeri dan

Kerajaan Persekutuan menjadi asas dan kerangka (framework) bagi segala

usaha dalam bidang politik untuk memupuk identiti nasional, perpaduan antara

kaum dan keturunan serta intergrasi antara wilayah. Dengan itu langkah-langkah

yang diambil oleh kerajaan dalam bidang politik untuk memajukan perpaduan

negara hendaklah berlandaskan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam

Perlembagaan mengenai sistem Kerajaan Persekutuan, Demokrasi Berparlimen,

Raja Berperlembagaan, Kedudukan Raja-Raja Melayu, Bahasa Kebangsaan,

hak mengamalkan agama masing-masing, hak asasi rakyat Malaysia,

kedudukan istimewa kaum bumiputera dan peribumi, pembahagian kuasa dan

tanggungjawab antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri.

Apabila kesedaran kewujudan satu bangsa Malaysia menjadi semakin

mantap dan semangat perkauman dan kewilayahan menjadi semakin cair, maka

dengan sendirinya pertubuhan-pertubuhan kebangsaan yang mempunyai

keahlian merentasi batasan-batasan kaum dan wilayah akan muncul.

Perkembangan sedemikian akan membawa kesan positif dan mempercepatkan

lagi proses pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Langkah-langkah keselamatan dan undang-undang memainkan peranan

penting dalam mengawal dan mencegah pertubuhan-pertubuhan yang

memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum atau agama daripada melakukan

kegiatan yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan menggugat

kestabilan negara. Opsyen lain untuk mengawal keadaan seperti kod etika

21 | P a g e

Page 22: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

antara parti politik dan seruan supaya bersikap dan bertindak sederhana kurang

berkesan dalam kancah politik.

ii. Strategi Ekonomi

Salah satu faktor utama yang menimbulkan ketegangan antara kaum, sentimen

etnosentrisme, prejudis, tanggapan negatif antara kaum dan sebagainya ialah

kedudukan taraf sosioekonomi antara kaum yang tidak seimbang. Masalah ini

dirumitkan lagi apabila kaum-kaum dikenali dengan aktiviti-aktiviti ekonomi

tertentu. Oleh yang demikian, antara objektif utama ke arah mencapai perpaduan

negara adalah untuk mengimbangkan kedudukan taraf sosioekonomi antara

kaum dan antara wilayah serta mengurangkan pengenalan kaum dengan

kegiatan ekonomi tertentu. Beberapa perkara penting seperti perlu diambil kira

iaitu :

a. Pengimbangan taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah dalam

konteks ekonomi yang sedang berkembang perlu diusahakan tanpa

merugikan mana-mana pihak. Langkah dan program yang dilancarkan

dalam usaha mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara kaum dan

wilayah mungkin menimbulkan pelbagai salah tanggapan dan perasaan

tidak puas hati dalam kalangan golongan tertentu. Penjelasan yang

sewajarnya hendaklah diberi oleh semua pihak supaya sebarang salah

tanggapan dapat diperbetul dan apa-apa perasaan tidak puas hati dapat

dibendung.

b. Program untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan dilaksakan

tanpa mengira kaum.

c. Sektor swasta akan digalakkan memainkan peranan yang lebih aktif

dalam usaha mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara kaum dan

usaha mengurangkan pengenalan kaum dengan aktiviti ekonomi tertentu.

iii. Strategi Pendidikan

22 | P a g e

Page 23: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

Sistem pendidikan merupakan salah satu alat terpenting dan berkesan bagi

membina jati diri bagi membina jati diri nasional, memupuk semngat kebangsaan

serta cinta kepada negara dan mengeratkan perpaduan nasional. Peranan

sistem pendidikan dalam aspek-aspek menyediakan persekitaran serta

kemudahan bagi sosialisasi dalam kalangan sebilangan besar rakyat negara

yang masih berusia muda dan menyediakan saluran penyebaran dan penerapan

pengetahuan, sikap dan nilai-nilai yang akan membangunkan kesedaran

nasional, semangat cinta dan bangga kepada negara dan perpaduan antara

rakyat berbilang kaum dan keturunan dengan menitikberatkan perkara-perkara

berikut, iaitu :

a. Menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat

prasekolah hingga ke peringkat universiti (sama ada awam ataupun

swasta) yang menggunakan satu bahasa perantaraan (Bahasa Melayu);

kurikulum dan kokurikulum yang seragam dan satu jenis peperiksaan

serta satu jenis pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama.

b. Penyediaan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bahasa kaum-

kaum utama di negara ini pada peringkat sekolah rendah dan menengah,

sebagai satu mata pelajaran pilihan oleh semua pelajar.

c. Sekiranya wujud sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan yang

pelajar-pelajarnya terdiri umumnya daripada satu kaum sahaja (Sekolah

Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil, sekolah agama atau sekolah

kebangsaan di kawasan yang penduduknya satu kaum sahaja), langkah-

langkah tertentu perlu diambil untuk membolehkan pelajar sekolah dan

institusi berkenaan berinteraksi dan bergaul dengan pelajar sekolah serta

institusi-institusi lain yang berlainan kaum, setakat yang praktikal.

Tindakan ini boleh dilakukan melalui penyertaan dalam acara-acara

sukan, acara-acara sosial, khemah kerja dan sebagainya.

d. Kurikulum sekolah rendah dan menengah memberi tumpuan yang

sewajarnya kepada mata pelajaran dan pembelajaran sejarah negara

23 | P a g e

Page 24: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

(termasuk persetujuan antara kaum dan negeri mengenai asas-asas

negara dalam perlembagaan), budaya dan adat resam kaum-kaum di

Malaysia dan unsur-unsur penting agama dan kepercayaan utama di

negara ini.

e. Pendidikan dan aktiviti kokurikulum yang menerapkan sikap dan nilai-nilai

yang mendokong kepada pencapaian perpaduan negara. Sikap dan nilai-

nilai ini termasuk sikap kesejahteraan, bertolak ansur dan saling

menghormati antara kaum dan agama, taat setia dan cinta kepada

negara.

f. Pendidikan sepanjang hayat, iaitu program pendidikan yang dijalankan

oleh pelbagai agensi dan pihak di luar sistem pendidikan formal, juga

boleh memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk

perpaduan negara dan intergrasi nasional. Bagi mencapai tujuan ini,

usaha dapat dilakukan untuk memastikan supaya unsur-unsur perpaduan

diserapkan ke dalam kurikulum, kokurikulum dan program-progrm

pendidikan tidak formal yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan,

pihak swasta dan NGO.

iv. Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan

Penggunaan satu bahasa yang sama merupakan salah satu alat yang paling

berkesan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang serba

berbeza dari segi bahasa ibunda, etnik, kebudayaan, agama, kedudukan

ekonomi dan sebagainya. Usaha ini akan membolehkan semua kaum dan

keturunan berkomunikasi antara satu sama lain dengan sempurna, memberi

mereka satu bahasa rujukan yang sama untuk menginterpretasi alam dan realiti

dan mewujudkan satu ciri persamaan antara mereka yang juga merupakan salah

satu unsur utama kebudayaan kebangsaan. Perlembagaan telah

memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu dan

segala usaha akan terus dilaksanakan begi memajukan dan mengembangkan

penggunaannya dalam segala bidang.

24 | P a g e

Page 25: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

v. Strategi Agama

Semua rakyat Malaysia bebas menganut dan mengamalkan agama dan

kepercayaan masing-masing selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam

Perlembagaan dan Rukun Negara. Unuk memelihara suasana harmonis antara

rakyat yang berbilang kaum, agama dan kepercayaan, sikap berakamodatif,

hormat-menghormati dan kepekaan terhadap kepercayaan, pantang larang dan

sensiviti agama kaum lain hendaklah sentiasa diamalkan. Pengembangan

sesuatu agama dalam kalangan penganut agama-agama lain tertakluk kepada

peruntukan-peruntukan mengenainya dalam perlembagaan dan undang-undang.

Justeru, sebarang usaha sedemikian hendaklah dilakukan secara berhati-hati.

vi. Strategi Kebudayaan

Lahirnya sesuatu kebudayaan nasional yang menjadi milik bersama rakyat

negara tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah ialah asas pembentukan

bangsa, jati diri nasional dan perpadua negara. Kebudayaan nasional akan

dibentuk berpandukan tiga prinsip yang ditentukan di dalam Dasar Kebudayaan

Kebangsaan :

a. Kebudayan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan

rakyat asal rantau ini.

b. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima

menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan.

c. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan

Kebangsaan.

Pembentukan apa yang diiktiraf sebagai kebudayaan nasional tidak

bermakna kebudayaan kesukuan tidak boleh diamalkan. Malah, kebudayan

kesukuan yang tidak menjadi sebahagian daripada Kebudayaan Kebangsaan

25 | P a g e

Page 26: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

sama ada yang terdiri daripada ciri-ciri tertentu dalam kebudayaan Melayu, Iban,

Kadazan, Dusun, Cina, India dan sebagainya dan kebudayaan Barat akan terus

wujud bebas diamalkan sebagai kebudayaan kesukuan dan kebudayaan asing

asalkan sesuai dengan matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan serta tidak

menjejaskan nilai-nilai kesopanan. Sehubungan dengan itu, nilai-nilai

masyarakat juga merupakan aspek penting dalam kebudayaan nasional

memandangkan nilai-nilai sejagat dan nilai-nilai bersama dalam kalangan

berbilang kaum dan keturunan Malaysia akan diketengahkan sebagai nilai-nilai

bersama rakyat Malaysia.

vii. Strategi Intergrasi Wilayah

Kedudukan geografi serta banyak faktor persamaan dalam sejarah telah

melahirkan intergrasi yang kukuh antara negeri dan rakyat di Semenanjung

Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pelbagai langkah telah diambil semenjak

penubuhan Malaysia untuk mengintergrasikan kedua-dua wilayah ini dan

kemajuan yang signifikan telahpun dicapai. Antara langkah yang telah dan

sedang diambil ialah penambahbaikan sistem perhubungan kebangsaan dan

pengangkutan, perluasan sistem radio dan telivisyen nasional kepada Sabah,

Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, penubuhan pelbagai agensi

Kerajaan Persekutuan di kedua-dua negeri itu dan program lawatan pemimpin-

pemimpin masyarakat.

Walaupun langkah-langkah yang dinyatakan di atas telah di ambil, masih

terdapat pelbagai permasalahan dan salah tanggapan dalam usaha ke arah

intergrasi wilayah dan dalam perhubungan centre-periphery. Oleh itu, tumpuan

khusus akan terus diberi kepada usaha intergrasi wilayah dan perhubungan

centre-periphery sehingga tahap perpaduan yang lebih memuaskan dicapai.

Antara aspek yang akan diberi penekanan ialah interaksi dan pergaulan yang

lebih luas antara rakyat kedua-dua wilayah, pengetahuan yang lebih mendalam

mengenai adat resam dan kebudayaan masing-masing, penjelasan terhadap

salah tanggapan dan masalah yang timbul dalam bidang sosioekonomi dan

sebagainya.

26 | P a g e

Page 27: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

Selain intergrasi antara negeri, penumpuan juga perlu diberikan kepada

pengintergrasian antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar. Elemen

ini penting agar kemajuan ekonomi dan prasarana yang diadakan dapat dikongsi

secara adil dan saksama.

viii. Strategi Keselamatan

Langkah-langkah keselamatan untuk memelihara dan menegakkan perpaduan

negara akan memainkan peranan penting dalam strategi perpaduan negara

selagi perpaduan negara belum mencapai tahap yang benar-benar mantap,

stabil dan berkekalan.

Strategi perpaduan negara dalam bidang keselamatan meliputi dua aspek

iaitu pencegahan dan pemulihan. Pencegahan melibatkan usaha-usaha

mencegah daripada berlakunya ancaman kepada keselamatan negara ataupun

ketenteraman awam yang terbit daripada ketegangan ataupun konflik antara

kaum, agama dan perhubungan antara persekutuan dan negeri. Pemulihan pula

merupakan usaha-usaha mententeramkan keadaan setelah berlakunya sesuatu

konflik.

Penekanan diberi kepada aspek pencegahan supaya nyawa dan harta

benda awam danpembangunan negara dipelihara dan tidak terancam. Aspek

pencegahan merangkumi penguatkuasaan sekatan-sekatan di sisi undang-

undang ke atas kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan,

tahanan preventif, penguatkuasaan peruntukan-peruntukan Akta Hasutan dan

kawalan terhadap akhbar, buku dan penerbitan melalui undang-undang yang

berkaitan.

Aspek pemulihan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam

melibatkan tindakan-tindakan, terutamanya daripada pihak polis dan dibantu oleh

pihak-pihak lain seperti angkatan tentera, Ikatan Relawan Rakyat (RELA), Rukun

Tetangga dan dalam keadaan ekstrem, pengisytiharan darurat.

ix. Strategi Pembangunan Kawasan

Pemaju-pemaju perumahan serta pihak berkuasa tempatan perlu mengambil kira

aspek perpaduan dalam memajukan sesuatu kawasan. Sesuatu kawasan

27 | P a g e

Page 28: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

kejiranan seharusnya mempunyai latar penduduk yang terdiri daripada pelbagai

kaum agar batasan sentimen perkauman dapat dicairkan. Perkara ini dapat

dilakukan melalui jawatankuasa penduduk seperti Rukun Tetangga dan

penganjuran aktiviti yang melibatkan semua penduduk tanpa mengira kaum atau

agama. Prasarana yang disediakan (seperti dewan serbaguna, dewan komuniti

dan sebagainya) turut membantu dalam memudahkan program dan aktiviti yang

dapat menyemaikan semangat perpaduan dan interaksi antara kaum.

Sesuatu kawasan perumahan juga perlulah mengandungi pembangunan

bercampur seperti fasa perumahan kos rendah, sederhana dan juga mewah. Hal

ini secara tidak langsung akan dapat mengurangkan jurang sosial yang wujud

dalam kalangan masyarakat melalui pergaulan dan interaksi. Kemudahan-

kemudahan yang disediakan haruslah boleh dinikmati oleh penduduk dan tidak

dibatasi oleh taraf sosioekonomi mereka.

x. Strategi Penggunaan Tenaga Manusia

Majikan sama ada daripada pihak kerajaan atau swasta perlulah memastikan

agar sebarang lantikan mengisi sesuatu jawatan tidak berdasarkan kepada faktor

kaum, agama dan budaya. Pemilihan perlulah dibuat berdasarkan keadilan dan

kelayakan. Menyedari hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang

terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, sesuatu organisasi perlulah

mengambil kira sensitiviti pekerjanya dalam pendekatan menguruskan

organisasi.

Majikan juga perlu memainkan peranan mereka dalam menerapkan

unsur-unsur perpaduan dalam kalangan pekerja melalui pelaksanaan dasar

syarikat dan program serta aktiviti yang dianjurkan. Di samping itu, mereka juga

bertanggungjawab melaksanakan setiap dasar yang telah digubal oleh kerajaan

seperti penggunaan bahasa kebangsaan.

Interaksi antara pekerja pelbagai kaum perlu digalakkan kerana ini dapat

mengurangkan perasaan prejudis dan salah tanggapan antara mereka.

Pemupukan nilai-nilai murni yang menyumbang kepada perpaduan negara

seperti semangat patriotisme dan kekitaan perlulah sentiasa dipupuk.

28 | P a g e

Page 29: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

xi. Strategi Media Massa

Perkembangan media elektronik (terutamanya radio, televisyen, akhbar dan

majalah) telah mampu menghubungkan hampir semua rakyat di negara kita

termasuk masyarakat terpencil di kawasan pedalaman. Dengan itu, media

massa boleh memainkan peranan yang sangat penting lagi berkesan untuk

membantu memupuk perpaduan negara melalui penyampaian maklumat,

pembentukan sikap dan pandangan rakyat serta penerapan nilai-nilai positif ke

arah memajukan semangat perpaduan. Wadah internet juga perlu digunakan

sebaik mungkin bagi menyebarkan maklumat berhubung perpaduan.

Syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan stesyen teleisyen di negara

ini juga boleh turut memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk

perpaduan negara dan intergrasi nasional. Mekanisme ini merupakan satu

tanggungjawab sosial di samping sumbangan yang bermakna daripada sektor

swasta kepada bangsa dan negara.

Akhbar dan majalah juga akan digalakkan memberi sumbangan kepada

usaha memantapkan perpaduan negara. Peranan mereka dalam bidang ini

termasuklah pengamalan etika kewartawanan, sikap bertanggungjawab serta

peka apabila menyentuh dan melapor perkara-perkara yang boleh menjejas

perpaduan antara kaum dan agama, melahirkan semangat patriotisme dan

perpaduan dalam kalangan pembaca menerusi ruangan meja pengarang dan

tulisan-tulisan.

Bagi memastikan bahawa kegiatan dan laporan media cetak termasuk

media cetak asing dan laporan melalui internet tidak menjejas atau menggugat

ketenteraman awam dan keselamatan negara, undang-undang kawalan yang

sedia ada seperti Akta Cetak dan Media Cetak dan Akta Hasutan akan terus

dipakai.

xii. Strategi Kesukanan

Sukan merupakan bidang yang paling ideal bagi membentuk perpaduan dan

intergrasi dalam kalangan rakyat berbilang kaum, keturunan, umur dan taraf

sosioekonomi. Kesannya bukan sahaja dalam kalangan mereka yang menyertai

29 | P a g e

Page 30: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

aktiviti sukan, tetapi yang lebih penting juga kepada rakyat yang menontonnya

(terutamanya bagi sukan yang popular).

Acara sukan mewujudkan peluang dan persekitaran bagi pergaulan dan

interaksi sosial dan melahirkan suasana yang sangat sesuai bagi memupuk

semangat persaudaraan dan solidariti tanpa mengira kaum dan keturunan. Acara

sukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang diwakili oleh pasukan

kebangsaan juga membantu menaikkan semangat patriotisme dan mencairkan

perasaan etnosentrisme, prejudis dan prasangka buruk dalam kalangan rakyat,

lebih-lebih lagi apabila acara itu diadakan di tanah air dan boleh ditonton di

telivisyen atau diikuti menerusi siaran secara langsung.

xiii. Strategi Pemasyarakatan Perpaduan

Konsep pemasyarakatan perpaduan yang diperkenalkan pada tahun 1998 ialah

satu strategi kerajaan ke arah penerapan ciri-ciri identiti nasional bagi

membangunkan bangsa Malaysia berasaskan semangat persaudaraan dan

semangat kewarganegaraan yang tinggi melalui proses penerapan nilai-nilai

murni mengenai perpaduan dalam kalangan semua lapisan masyarakat dengan

menggunakan segala saluran dan prasarana yang sedia ada yang sesuai bagi

maksud proses penerapan tersebut.

xiv. Strategi Pertubuhan Sukarela

Jentera kemasyarakatan seperti Rukun Tetangga dan persatuan-persatuan

penduduk digunakan sebanyak mungkin sebagai saluran untuk menerapkan

nilai-nilai murni, perpaduan dan intergrasi nasional melalui aktiviti

kemasyarakatan yang terancang.

xv. Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan

Memperbanyak penyelidikan mengenai perpaduan negara dan intergrasi

nasional adalah sangat perlu bagi mengetahui pola hubungan kaum semasa.

Hasil kajian dapat digunakan untuk merangka strategi dan perancangan program

yang berkesan di samping dapat mewujudkan instrumen untuk mengukur tahap

perpaduan. Pengesanan ini dapat diperkukuh dengan adanya penerbitan bahan-

30 | P a g e

Page 31: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

bahan bacaan mengenai perpaduan dan intergrasi serta adat resam masyarakat

Malaysia.

xvi. Strategi Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik

Mewujudkan mekanisme pemantauan tahap perpaduan dan intergrasi nasional

secara berterusan dan sistematik merupakan langkah pengesanan awal.

Pengesanan perhubungan sosial perlu ditingkatkan lagi melalui sistem online

kerana bukan sahaja maklumat dapat dikesan atau diperoleh dengan segera

tetapi dapat membantu pihak jabatan dan agensi lain untuk mengambil tindakan

pencegahan awal.

xvii. Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan

Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negara Peringkat Negeri (JKPPN)

Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa

Penasihat Perpaduan Negeri (JKPPN) untuk membincangkan isu-isu perpaduan

dan intergrasi nasional hendaklah memainkan peranan mereka dengan lebih

berkesan. Sebagai badan yang membincangkan isu-isu perpaduan dan

intergrasi nasional, badan ini akan bertindak sebagai penyelaras kepada agensi-

agensi lain dan seterusnya bertanggungjawab untuk menasihat, melapor dan

mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri dan Parlimen mengenai apa-

apa juga isu yang berkaitan dengan perpaduan dan intergrasi nasional.

xviii. Strategi Program dan Aktiviti Perpaduan

Program pemetaan perpaduan merupakan satu proses untuk meningkatkan

kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran tertentu (termasuk kanak-kanak

prasekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi, pekerja kerajaan dan swasta

serta anggota komuniti iaitu belia, wanita, orang kurang upaya serta orang ramai

yang akan membawa perubahan perlakuan termasuklah mengenai

31 | P a g e

Page 32: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

pengetahuan, sikap dan juga kemahiran) tentang perpaduan antara kaum.

Aktiviti-aktiviti tersusun akan dirancang mengikut kumpulan sasar. Pada

peringkat sekolah, aktiviti yang dicadangkan berbentuk pendidikan pelbagai

budaya yang boleh diintergrasikan dalambentuk kurikulum dan kokurikulum. Di

tempat kerja pula, aktiviti yang dicadangkan ialah mengenai pengurusan

kepelbagaian dalam kalangan pekerja, manakala pada peringkat komuniti

merupakan aktiviti pengembangan yang boleh membawa perubahan serta

pembangunan masyarakat setempat.

xix. Strategi-strategi Lain

Strategi-strategi lain yang dicadangkan dan difikirkan boleh membantu

memantapkan proses perpaduan dan intergrasi adalah seperti berikut :

i. Mewujudkan latihan dalam bidang komunikasi antara budaya;

ii. Mewujudkan pengauditan dasar-dasar kerajaan;

iii. Menghasilkan satu etika mengenai hak dan tanggungjawab kemanusiaan

untuk rakyat Malaysia; dan

iv. Penerbitan bahan bacaan secara meluas mengenai kaum-kaum di

Malaysia.

1.3 Memperkasakan Sekolah KebangsaanSistem pendidikan pelbagai aliran menyebabkan tidak ada acuan khusus yang

boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu. Sistem

pendidikan pelbagai aliran yang wujud sekarang telah mengakibatkan ibu bapa

pelajar memilih aliran mengikut kaum masing-masing. Usaha memupuk

perpaduan haruslah dimulakan sejak awal lagi dengan membabitkan murid

sekolah rendah dalam acuan yang sama. Dengan itu, sekolah kebangsaan perlu

diperkasakan bagi menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar

pelbagai etnik. Justeru, para pelajar dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan

mempunyai semangat patriotisme serta berakomodatif yang tinggi.

32 | P a g e

Page 33: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

Maka, usaha-usaha perlu diambil untuk memperkasakan sekolah kebangsaan

dalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang lebih kukuh ke

arah menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini tanpa mengenepikan

sekolah rendah jenis kebangsaan yang telah dipersetujui oleh semua golongan

etnik di bawah kontrak sosial. Setiap ibu bapa diberi kebebasan menghantar

anak mereka ke sekolah kebangsaan. Jika mereka memilih sekolah jenis

kebangsaan Cina atau Tamil, maka tidak ada sesiapa yang boleh menghalang

mereka.

Namun begitu, sekolah kebangsaan merupakan institusi pendidikan utama bagi

anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional.

Sekolah kebangsaan bukan sahaja berkemampuan untuk mendidik pelajar tetapi

membantu menanam nilai-nilai perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri

daripada pelbagai kaum. Sekolah kebangsaan merupakan aliran utama

pendidikan untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.

Bagi memupuk semangat perpaduan dan keyakinan terhadap sistem sekolah

satu aliran, sekolah kebangsaan perlu dijadikan lebih menarik untuk menarik

minat orang bukan Melayu. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, bagi

menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, kualiti pengajaran di

sekolah kebangsaan akan dipertingkatkan dengan 100 peratus guru di sekolah

menengah dan 25 peratus guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan

ijazah pertama menjelang tahun 2010. Semangat perpaduan dalam kalangan

pelajar bukan sahaja perlu dipupuk oleh pihak sekolah tetapi juga institut

pengajian tinggi. Antara langkah yang boleh dijalankan adalah seperti berikut,

iaitu :

i. Tidak mengenepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing

dengan memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil;

ii. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara

golongan etnik;

iii. Mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik; dan

iv. Mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-

unsur interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi

dengan golongan etnik lain.

33 | P a g e

Page 34: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

1.4 Sekolah WawasanKonsep Sekolah Wawasan diperkenalkan sebagai salah satu pendekatan

alternatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan intergrasi nasional dengan

membina dua atau tiga jenis sekolah rendah baharu yang berlainan bahasa

pengantar dan pentadbiran dalam kawasan yang sama serta berkongsi

kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan sebagainya.

Pelaksanaan Sekolah Wawasan bertujuan mewujudkan persekitaran yang

memberi peluang yang luas kepada para pelajar pelbagai kaum untuk bergaul

dan berinteraksi dalam pelbagai aktiviti tanpa menjejaskan status dan

perkembangan sekolah jenis kebangsaan yang ada.

1.5 Program Latihan Khidmat NegaraProgram Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mula dilaksanakan pada tahun

2004 merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan secara berhemah dan

berasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. PLKN dilaksanakan

berasaskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum multidisiplin yang

merangkumi empat modul : Modul Fizikal (merangkumi antara lain aktiviti kawad,

merempuh halangan, merentas desa dan kembara hutan); Modul Kenegaraan

(pengetahuan tentang pembinaan negara atau nation-building); Modul

Pembinaan Karakter (penerokaan diri sendiri dan hubungan interpersonal); dan

Modul Khidmat Komuniti (merangkumi aktiviti gotong-royong seperti membersih,

mengindah dan menceriakan kawasan sekitar). PLKN tidak bersifat kerahan

tenaga atau mengikut trend yang diamalkan oleh negara lain.

Seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Khidmat Negara, PLKN bertujuan untuk

meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk

perpaduan kaum serta intergrasi nasional, membentuk perwatakan positif

menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan dan

melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas serta penuh keyakinan.

PLKN sememangnya menyumbang terhadap usaha memupuk perpaduan kaum,

terutamanya dalam kalangan golongan remaja kerana semua aktiviti yang

dijalankan menekankan semangat muhibah dan saling bertolak ansur antara

34 | P a g e

Page 35: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

peserta tidak mengira kaum atau agama. Modul Kenegaraan dapat menyemai

semangat cinta akan tanah air di samping membolehkan para peserta

mempelajari adat dan budaya pelbagai kaum. Apabila wujudnya rasa cintakan

negara dalam diri peserta, perpaduan kaum dan intergrasi nasional serta saling

kerjasama antara kaum di Malaysia dapat diwujudkan kerana masing-masing

mempunyai satu matlamat, iaitu untuk melihat Malaysia sebagai negara yang

aman dan harmonis. Mekanisme ini akhirnya dapat melahirkan remaja yang

sanggup berkorban demi perpaduan bangsa.

2) Peranan Masyarakat Dalam Konteks Hubungan EtnikTerdapat pelbagai aktiviti yang boleh dimainkan oleh masyarakat dalam

memastikan keharmonian etnik sentiasa terjaga, antaranya :

2.1 Rukun TetanggaSkim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan

kuatkuasanya Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga 1975). Pada

peringkat awal, Rukun Tetangga membolehkan rakyat mengawal keselamatan di

kawasan kediaman masing-masing. Dengan tumpuan diberi kepada tugas

rondaan yang diwajibkan kepada masyarakat setempat yang berumur antara 18

hingga 55 tahun.

Mulai 1 Januari 1983, kerajaan telah memperkenalkan satu pembaharuan

dengan memberi penekanan kepada konsep kejiranan yang bertujuan untuk

memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam kalangan

masyarakat setempat. Berikutan dengan ini, Peraturan Perlu (Rukun Tetangga)

1975 telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dalam tahun 2000, pendekatan Rukun

Tetangga telah dipinda sekali lagi dengan memberi mandat yang lebih luas iaitu

pembangunan masyarakat secara menyeluruh ke arah mewujudkan perpaduan

nasional.

Visi Rukun Tetangga ialah membantu dalam pembentukan satu bangsa

Malaysia yang bersatu padu dalam konteks pencapaian Wawasan 2020.

35 | P a g e

Page 36: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

Manakala misinya ialah memupuk kesefahaman dan bertolak ansur ke arah

pembangunan bangsa Malaysia yang bersatu padu serta beridentiti sendiri dan

mottonya pula ialah Bersatu Terus Maju.

Objektif Rukun Tetangga iaitu memelihara, meningkat dan mengukuhkan

perpaduan rakyat dan intergrasi nasional selaras dengan dasar-dasar

pembangunan negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun

Negara.

Bagi memastikan matlamat Rukun Tetangga tercapai, beberapa aktiviti telah

dilakukan oleh komuniti Rukun Tetangga yang boleh dikategorikan kepada

beberapa bentuk aktiviti seperti berikut :

i. Sosial – amalan kunjung-mengunjung semasa musim perayaan seperti

Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai, Pesta Keamatan,

dan Hari Keluarga.

ii. Pendidikan – pendidikan tidak formal, kolokium jiran wanita, kursus

motivasi, kursus kepimpinan, tuisyen, ceramah-ceramah dalam pelbagai bidang.

iii. Sukan – sukaneka, larian, permainan bola sepak, bola baling, bola jaring,

sukan air, sukan tradisional, sukan rakyat dan lain-lain.

iv. Rekreasi – tai chi, ekspedisi mendaki bukit, kembara dan mountaineering,

khemah kerja dan lain-lain.

v. Kesihatan dan Alam Sekitar – ceramah kesihatan berkaitan antidadah,

AIDS, kanser, kempen kebersihan, antinyamuk dan menjaga harta awam.

vi. Kebajikan – melawat ke rumah warga tua, sumbangan kepada orang

miskin, kerja-kerja amal, bantu mangsa banjir, ribut dan bencana alam.

vii. Agama – ceramah keagamaan dan forum.

36 | P a g e

Page 37: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

viii. Kesenian dan Kebudayaan – kelas-kelas seni tari, kraf tangan, permainan

tradisional, kelas gamelan, kompang, tarian tradisional, tarian singa, pertunjukan

pentas dan lain-lain.

ix. Ekonomi – aktiviti tanaman secara hidroponik, ternak ikan air tawar dan

membuat air lada.

x. Keselamatan – rondaan sukarela, mengesan dan melapor isu-isu

perhubungan kaum dan menjadi perantara dalam penyelesaian konflik.

Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah

membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan

kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan

konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan

menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga

diperluas lagi dengan pendekatan pembagunan komuniti bagi memastikan

perpaduan dan keharmonian hubungan dalam masyarakat akan terus

berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan

di seluruh negara. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan

pelbagai aktiviti dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006,

Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak

36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat

berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi

dan merapatkan hubungan pada peringkat akar umbi antara pemimpin dengan

rakyat dan antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya (Jabatan

Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional).

2.2 Rumah Terbuka Rumah terbuka akan diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim

perayaan. Setiap golongan etnik di Malaysia akan sering kunjung-mengunjungi

ke rumah jiran tetangga walaupun berlainan etnik. Sebagai contoh, semasa

perayaan Hari Raya Aidilfitri, etnik Cina, India, Kadazan, Iban dan pelbagai lagi

37 | P a g e

Page 38: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

akan mengunjungi ke rumah orang Melayu dan begitulah sebaliknya bagi etnik

lain. Etnik Cina misalnya akan berusaha menyediakan makanan yang halal

kepada etnik Melayu apabila menjemput etnik Melayu datang ke rumah sewaktu

Tahun Baru Cina. Situasi ini menunjukkan etnik Cina begitu mengambil berat

dan memahami budaya etnik Melayu. Begitu juga dengan etnik India apabila

mereka datang ke rumah semasa Hari Raya Aidilfitri. Pertimbangan terjalin

kukuh dalam kalangan rakyat dan memahami serta menghormati budaya

masing-masing. Amalan ini membuktikan intergrasi sosial dalam masyarakat

begitu tinggi walaupun berlainan agama, bangsa dan kebudayaan.

2.3 Penerimaan BudayaDewasa ini, masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya Melayu dari segi

pakaian dan makanan. Contohnya, orang bukan Melayu segak menggayakan

baju kurung dan baju Melayu. Fenomena ini sesuatu yang biasa bagi pegawai-

pegawai kerajaan dan pelajar bukan Melayu. Bagi orang Melayu pula, mereka

mula menerima masakan Cina dan India serta pemberian duit raya telah

menggunakan sampul atau angpau yang terkenal dalam kalangan masyarakat

Cina. Dewasa ini juga telah kelihatan di taman-taman perumahan, terdapatnya

penempatan yang sama untuk semua etnik yang pastinya keadaan ini akan

menggalakkan lagi hubungan etnik dalam kalangan rakyat melalui aktiviti

setempat.

2.4 Program di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)Bahagian hal ehwal pelajar melalui persatuan-persatuan dan kelab-kelab

hendaklah sentiasa menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada

perpaduan kaum dalam kalangan mahasiswa. Sebagai contoh, melalui aktiviti

Pesta Tanglung, yang bukan sahaja melibatkan mahasiswa Cina dan India,

tetapi juga turut disertai oleh mahasiswa Melayu. Menyentuh kepimpinan pelajar,

ternyata tidak didominasikan oleh sesuatu kaum sahaja tetapi turut sama

dianggotai oleh pelbagai kaum seperti dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Kandungan kursus di semua institusi pendidikan harus menitikberatkan aspek-

aspek pendidikan yang harmonis dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum.

38 | P a g e

Page 39: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam subjek

Kenegaraan, Tamadun Islam dan Asia serta Hubungan Etnik. Maka, adalah

penting kurikulum yang ada menguatkan lagi peribadi moral dan sahsiah para

pelajar. Ini kerana keperibadian yang tinggi menjadi asas kepada segala nilai

rohani dan budaya yang akan menyatupadukan generasi muda.

Saranan diwujudkan kelab perpaduan atau kelab Rukun Negara di IPT

merupakan satu langkah yang amat baik kerana saranan ini merupakan usaha

bagi menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan kaum. Justeru,

bahagian hal ehwal pelajar sewajarnya menggalakkan para mahasiswa

menganggotai kepab perpaduan atau kelan Rukun Negara dengan memberi

beberapa keistimewaan seperti pengecualian kredit dan sebagainya. Pihak

universiti juga perlulah memberi sokongan terhadap aktiviti yang dijalankan baik

dari segi material mahupun khidmat nasihat.

Aktiviti kokurikulum merupakan bidang pembelajaran yang menekankan

pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan

afektif. Justeru, aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti program sukan,

kelab, persatuan, pameran, ceramah dan pelbagai lagi haruslah dipergiat dan

dipertingkat lagi dalam kalangan mahasiswa pelbagai kaum. Di luar sistem

akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti

keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Keadaan ini akan memberi

pengalaman yang sangat berharga dalam memahami bagaimana kehidupan

rakyat Malaysia.

Manakala aktiviti berpersatuan dan khidmat masyarakat mempunyai peranan

yang penting dalam menggalakkan penyertaan dan pengalaman bersama antara

kaum. Oleh itu, galakan kepada aktiviti seperti ini perlu diberikan dengan

kerjasama rapat pihak kerajaan dan sektor swasta. Para pelajar juga perlu

ditugaskan dalam projek-projek perkhidmatan masyarakat seperti operasi

khidmat masyarakat, mahasiswa balik kampung dan sebagainya.

Para pensyarah juga perlu diterap dan didedahkan dengan sikap perpaduan

antara kaum yang positif. Para pensyarah mestilah diberi pendedahan kepada

kursus seperti sosiologi perhubungan kaum atau hubungan etnik untuk

menerapkan nilai-nilai yang penting dalam kalangan pelajar bagi memupuk

39 | P a g e

Page 40: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

keharmonian kaum. Sesungguhnya para pensyarah mempunyai peranan yang

besar sebagai agen penyebar perpaduan dan keharmonian dalam negara

pelbagai kaum ini. Mereka merupakan agen intergrasi dan perpaduan yang

memainkan peranan penting dalam menggalakkan lebih banyak interaksi melalui

tugasan dan projek akademik.

3) Peranan NGO Dalam Konteks Hubungan EtnikWalaupun terdapat pertubuhan yang berasaskan golongan etnik, namun

terdapat pertubuhan induk pada peringkat kebangsaan yang menaungi

pertubuhan berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia, Dewan

Perniagaan, Perusahaan Malaysia dan pelbagai lagi. Perkara ini sudah tentulah

dapat mempercepat lagi proses hubungan etnik melaui peranan yang dimainkan

oleh NGO.

Menyentuh aspek kepimpinan pula sama ada pada peringkat negara atau

persatuan, barisan kepimpinan disertai oleh pemimpin pelbagai kaum. Sebagai

contoh, kepimpinan Majlis Belia Malaysia disertai oleh semua golongan etnik

yang ada di Malaysia.

Walaupun terdapat pembahagian pertubuhan mengikut kaum seperti Pergerakan

Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Malayu Malaysia, Dewan

Perniagaan Cina Malaysia dan Dewan Perniagaan India Malaysia, namun ini

sewajarnya digunakan oleh NGO ini untuk mewujudkan pelbagai dialog dan

seminar dalam usaha memahami permasalahan yang wujud dan dicari jalan

penyelesaiannya. Contohnya, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sentiasa

mengadakan seminar bagi menjelaskan kepentingan hubungan etnik dalam

konteks Malaysia.

Pada masa yang sama juga, peranan sains dan teknologi amat diperlukan dalam

meningkatkan hubungan etnik dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ini kerana

pembangunan ekonomi di Malaysia berasaskan sains dan teknologi termasuklah

dalam sektor perindustrian dan pembangunan bioteknologi. Untuk itu, kerajaan

telah menetapkan bilangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi dan sains

sosial berdasarkan kadar 60 : 40. Melalui ini, bilangan saintis antara kaum dapat

diseimbangkan.

40 | P a g e

Page 41: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

Justeru, peranan pihak swasta dan kerajaan amat diperlukan dalam

menyumbangkan dana bagi meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi

menghasilkan inovasi dan seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Dana-dana sedia ada seperti Intensive Research Priority Areas (IRPA) dan

geran dari pihak swasta dan penubuhan institusi tertentu seperti Koridor Raya

Multimedia (MSC), Akademi Sains Negara dan pelbagai lagi merupakan penjana

kepada pembangunan ekonomi negara.

Disebabkan sains dan teknologi ini begitu memainkan peranan dalam

pembangunan ekonomi negara, maka aspek ini amat penting dalam

meningkatkan hubungan etnik rakyat Malaysia. Hal ini kerana apabila

pembangunan ekonomi negara itu berkembang pesat di samping kestabilan

politik akan mampu menarik lebih ramai pelabur sama ada dari dalam atau luar

negara untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Situasi ini seterusnya

memberi peluang pekerjaan kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira

golongan etnik. Kesannya, taraf hidup rakyat akan meningkat, jurang ekonomi

negara akan dapat diseimbangkan dan ini mampu mewujudkan keharmonian

dalam masyarakat Malaysia.

41 | P a g e

Page 42: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

KESIMPULANPeri pentingnya kita memelihara, memupuk dan menjamin kelangsungan

hubungan etnik yang harmonis di Malaysia ialah suatu fakta yang telah diterima

umum oleh semua lapisan rakyat Malaysia. Tanpa diungkap secara terbuka, kita

juga menerima bahawa hubungan etnik yang harmonis merupakan anak kunci

sebenar kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Ternyata, tidak cukup

untuk kita hanya menerima fakta-fakta ini tanpa bertindak tetapi perlu menyusun

tindakan susulan. Semua pihak dalam masyarakat kita harus terlibat dalam

usaha ini. Tindakan-tindakan susulan tersebut mestilah yang bermakna, mudah

difahami, berkesan dan akhirnya menjana perpaduan yang diidamkan.

Apa yang dibincangkan dan dihuraikan dalam tugasan ini merupakan salah satu

tindakan susulan yang dimaksudkan. Andaian asas yang mendasari tugasan ini

ialah bahawa setiap rakyat Malaysia telah mempunyai pengalaman berinteraksi

dengan suatu kelompok etnik lain yang wujud di negara ini. Bentuk hubungan,

kekerapannya, mendalam atau tidak hubungan tersebut pastinya berbeza antara

42 | P a g e

Foto-foto petikan internet sekadar untuk renungan, adakah ini yang kita mahukan di negara kita…???

Page 43: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

seorang individu dengan individu lain, atau antara satu kelompok dengan

kelompok yang lain. Kerencaman sifat hubungan ini, telah mewarnai persepsi

setiap rakyat Malaysia mengenai sifat, keadaan dan masa depan hubungan etnik

di Malaysia.

Kerencaman ini harus dilihat sebagai sesuatu yang positif, yang kalau

disusun kembali dan diisi lompang-lompangnya, akan memberi peluang kepada

setiap rakyat Malaysia untuk membentuk satu peta mental yang lebih

menyeluruh. Selanjutnya, peta mental tersebut boleh membantu dan

meningkatkan taraf kesedaran rakyat tentang hubungan etnik yang mewarnai

kehidupan mereka. Melalui kesedaran itu, barulah dapat dibina kefahaman yang

lebih mendalam. Seterusnya kefahaman baharu ini akan meningkatkan tahap

akomodatif setiap individu atau kelompok terhadap kelompok etnik lain yang

wujud seiring dengan mereka dalam kehidupan seharian, sama ada dalam

suasana tempat kerja, perayaan dan kegiatan lain. Hanya dengan sikap

akomodatif yang bertambah ini mereka dapat menjana perasaan saling

menghormati. Aspek saling menghormati ini sangat penting untuk mengurangkan

serta menghapuskan salah faham, stereotaip serta prejudis mereka terhadap

kumpulan etnik lain. Apabila perasaan saling menghormati tertanam di jiwa

masing-masing terbukalah pintu perpaduan dan kerjasama yang harmonis.

Tugasan ini bukan suatu tulisan yang menawarkan cara-cara penyelesaian

masalah dalam hubungan etnik. Dengan kata lain, tugasan ini bukan sebuah

manual untuk memperbaiki hubungan etnik atau panduan untuk mewujudkan

hubungan etnik yang harmonis. Tugasan ini ialah suatu undangan kepada setiap

pembaca untuk memikirkan secara berfokus tentang hubungan etnik di Malaysia,

iaitu aspek sejarah, latar belakang ekonomi dan politik, aspek-aspek penting

yang perlu diberi perhatian untuk mendalami serta mengatur kembali apa yang

sudah ada dalam pengetahuan dan yang pernah dialami oleh semua rakyat

Malaysia.

43 | P a g e

Page 44: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa melalui hasil tugasan ini, kita akan

memperoleh lima perkara tersebut ialah “kesedaran,” “kefahaman,” “akomodatif,”

“saling menghormati,” dan “perpaduan.”

Kesedaran merujuk kepada kemampuan kita untuk mengenal pasti bahawa

wujud kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia, khususnya dalam bentuk

kelompok etnik dan selanjutnya dalam bentuk-bentuk lain seperti agama,

budaya, kedudukan, ekonomi, politik dan sosial. Kepelbagaian ini mesti diterima

sebagai ciri utama dalam masyarakat Malaysia.

Kesedaran membawa kepada kefahaman bahawa kepelbagaian bukan

sesuatu yang semestinya bersifat negatif atau menggalakkan pertentangan.

Kepelbagaian juga merupakan satu kekuatan kerana daripada sudut alamiah

manusia memang wujud berpuak-puak, berkelompok dan bermastautin di

tempat-tempat yang berbeza. Oleh sebab itu, membina kesepaduan daripada

kepelbagaian itu ialah satu kemestian yang akan memastikan perlanjutan dan

kelangsungan sesebuah masyarakat. Aspek positif kepelbagaian ini yang mesti

diberikan perhatian. Usaha untuk mewujudkan kesepaduan daripada

kepelbagaian ini mesti sentiasa dilakukan dengan teliti. Justeru, perasaan

prihatin terhadap semua kelompok etnik yang berbeza semestinya berlandaskan

kefahaman yang mendalam.

Apabila wujud kefahaman yang mendalam maka selanjutnya akan terbina

pula perilaku dan tindakan yang bersifat akomodatif, iaitu sedia menerima

golongan etnik yang berbeza yang mempunyai kelainan dalam pelbagai aspek.

Sifat akomodatif serta kesanggupan menerima golongan etnik lain yang berbeza

cara hidup, kebiasaan, adat resam dan agama, merupakan apek yang sangat

penting sebagai pembuka jalan kepada kerjasama dan kesepakatan demi untuk

melanjutkan hubungan etnik harmonis.

Sifat akomodatif, menjana pula sikap dan perilaku saling hormat menghormati.

Walaupun pada awalnya seseorang itu mungkin berasa tidak senang terhadap

kelompok etnik lain tetapi dengan kefahaman dan toleransi terbina dalam diri

akan wujud kesabaran dan kesediaan untuk menerima perbezaan setiap

44 | P a g e

Page 45: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

kelompok etnik. Interaksi yang lebih intim antara kelompok etnik yang berbeza

boleh dijamin keutuhannya menerusi sikap hormat menghormati serta

menghindari konflik dalam segala bentuk, sama ada terbuka atau tersirat.

Dengan wujudnya kesedaran yang kuat, kefahaman yang mendalam, sifat

akomodatif yang tinggi, hubungan saling menghormati yang berterusan pasti

akan membuka luas pintu untuk membina segala bentuk usaha ke arah

perpaduan etnik yang diidamkan.

Sesungguhnya, Perlembagaan Malaysia bukan hanya untuk tontonan

tetapi suatu kenyataan yang perlu difahami, dihayati dan diaplikasikan. Semua

ini juga tiada maknanya jika rakyat negara kita yang majmuk ini tidak

menunjukkan komitmen yang jitu hatta memainkan peranan luar biasa. Oleh itu,

di sinilah duduk letaknya peranan kita sebagai rakyat yang cintakan kedamaian

memegang tanggungjawab besar dalam mewujudkan iklim harmonis dan

kondusif demi kedamaian di negara yang tercinta ini.

RUJUKAN

1. Ahmad Mohamed Ibrahim. 1997. Pentadbiran Undang-undang Islam di

Malaysia. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia

2. Ibrahim Ali : 29 Julai 2009. Mansuh : Pinda atau Gubal Akta Baharu?:

Utusan Malaysia.

45 | P a g e

Page 46: Isu-Isu Sensitif Hubungan Etnik

3. Ibrahim Ali : 13 Ogos 2009. 1Malaysia Perspektif Generasi Merdeka :

Utusan Malaysia

4. Teo Kok Seong. 5 September 2012 : Rencana . Penyata Razak masih

relevan : Berita Harian.

5. 5 Febuari 2013 : Nasional : Isu sensitif ulangi Tragedi 13 Mei: Berita

Harian

6. Open Universiti Malaysia. 2007. HBSS 1203 : Halatuju Pembangunan

Negara. Selangor Darul Ehsan : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

7. Profesor Dr. Nor Hashmah Jalaluddin. 31 Julai 2009 : Pemansuhan

PPSMI Wajar. Titian Kementerian Pelajaran Malaysia : Utusan Malaysia.

8. Shamsul Amri Baharuddin. 2012. Modul Hubungan Etnik. Universiti

Teknologi MARA. Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti

9. Internet. Akses 5 Julai 2009. Wikepedia : Perlembagaan Malaysia:

http//ms.wikipedia.org/wiki/PerlembagaanMalaysia

18. Internet. Akses 15 Julai 2009 : Perlembagaan Malaysia:

http://www.scrib.com/doc/16768174/an-Malaysia

LAMPIRAN

46 | P a g e