Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

37
Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar .net ISU-ISU TENTANG JENAZAH DAN URUSAN KEMATIAN Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah (Yang Sering Dilakukan Oleh Masyarakat Melayu) Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri Hentikan Upah Sembahyang Jenazah Abu Syakir Tidakkah Bid`ah Menyediakan Makanan Selepas Kematian? Hasan bin Ahmad (bekas Pensyarah Universiti Malaya) Halaman Utama m/s. 1

Transcript of Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Page 1: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

ISU-ISU TENTANG JENAZAH DAN URUSAN KEMATIAN

Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah (Yang Sering Dilakukan Oleh Masyarakat Melayu)

Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Hentikan Upah Sembahyang JenazahAbu Syakir

Tidakkah Bid`ah Menyediakan Makanan Selepas Kematian?

Hasan bin Ahmad (bekas Pensyarah Universiti Malaya)

Halaman Utama

Halaman Utama m/s. 1

Page 2: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

1. PENGENALAN UMUM

1

2. Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah 3

3. Hentikan Upah Sembahyang Jenazah 5

4. Tidakkah Bid`ah? Menyediakan Makanan Selepas Kematian 8

a) Kembali Kepada Allah dan Rasul 9

b) Pandangan Ulamak Mengenai Menjamu Selera Selepas Kematian 10

c) Sunat Membuat Makanan Untuk Ahli Si Mati – Pendapat Empat Mazhab 13

d) Hukumnya Makruh Ahli Si Mati Membuat Makanan Untuk Dijamu 15

Kepada Orang Ramai – Pendapat Empat Mazhab

e) Hujjah Dari Kitab-Kitab Jawi

18

f) Kesimpulan

22

g) Pelbagai Alasan Dan Hujah DItonjolkan oleh Barisan Yang 23

Mempertahankan Pusaka Adat Yabf Bid;ah Ini

h) Cadangan

27

i) Penutu[p

28

5. CADANGAN BACAAN LANJUT

29

Halaman Utama m/s. 2

Page 3: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah (Yang Sering Dilakukan Oleh Masyarakat Melayu)

PENULIS: Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

http://www.youtube.com/watch?v=YxbI2bpXENw

   1.     Membawa jambangan bunga & seumpamanya bersama-sama jenazah. Perbuatan

ini adalah BID’AH yang DIHARAMKAN yang telah mempengaruhi orang Islam dengan

meniru upacara pengebumian mayat orang kafir yang mengandungi unsur-unsur

pembaziran & kemegahan.

 

2.     MAKRUH membina qubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan

yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur & seumpamanya.

 

 Hal ini berdasarkan hadits, daripada Jabir r.a., katanya:

 

GهGى ولJ ن Jس Gر Oى اللهTلGص Jالله OيهG TمG عGل ل GسGن وG JجGصTصG أ القGبرJ ي

 

Maqsudnya: “Rasulullah s.a.w. melarang pembinaan qubur dengan batu kapur.” [HR

Muslim (970)]

 

Walau bagaimanapun, pembinaan qubur dengan batu marmar & seumpamanya adalah

HARAM. Ini kerana perbuatan tersebut sangat bertentangan dengan larangan Rasulullah

s.a.w., di samping terdapat unsur-unsur pembaziran yang ditegah oleh syara’, serta

unsur-unsur kemegahan & kebanggaan yang dicela oleh agama.

 

3.     MAKRUH TAHRIM meninggikan qubur & membuat binaan di atasnya sebagaimana

yang dibuat oleh kebanyakan orang hari ini.

 

Halaman Utama m/s. 3

Page 4: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

Menurut sunnah, qubur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah. Hal

ini berdasarkan hadits, daripada ‘Ali bin Abu Talib r.a., katanya, Abu al-Hayyaj al-Sadiy

berkata:

 

GالG JكG أ iعGث Gب GنOي مGا عGلGى أ GعGث iهO ب Gي ولJ عGل Jس Gر OهT TهJ صGلTى الل iهO الل Gي TمG عGل ل GسGو iنG GدGعG الG أ Gاالr ت Oمiث OالT ت GهJ إ ت iسGمGط GالGا و rرi رOفrا قGب iشJم TالO GهJ إ iت وTي Gس

 

Maksudnya: “Aku menyampaikan pesanan Rasulullah s.a.w. kepadaku bahawa jangan

ditinggalkan patung-patung kecuali setelah engkau hancurkannya, begitu juga dengan

qubur yang binaannya tinggi kecuali setelah engkau ratakannya.” [HR Muslim (969) &

lainnya]"

 

4.     Keluarga si mati sibuk menyediakan makanan dan menjamu orang ramai

sebagaimana kebiasaan masa kini. Hal ini adalah BID’AH yang SANGAT BERTENTANGAN

DENGAN SUNNAH yang menganjurkan sebaliknya, iaitu sebahagian mereka yang

menziarahi jenazah menyediakan makanan dan menghantarnya kepada keluarga si mati

atau seseorang mengundang dan menjamu mereka di rumahnya.

 

Begitu juga SUNAT menyediakan makanan yang banyak yang mencukupi keperluan

mereka sehari semalam. Hal ini berdasarkan hadits, ketika Rasulullah s.a.w. menerima

berita Ja’far bin Abu Thalib r.a. terbunuh, baginda s.a.w. bersabda:

 

GعJوا GهلO اصن Oر� ألGعفGا جrامGعGط JهT Oن JهJم مGا جGاءGهJم قGد فGإ GشغGل ي

 

Maksudnya: “Buatkanlah makanan untuk keluarga Ja’far kerana mereka ditimpa perisiwa

yang menyedihkan.” [HR at-Tirmizi (998), Abu Daud (31-32) & selainnya]

 

HARAM menyediakan makanan untuk perempuan-perempuan yang meratap atau

seumpamanya sama ada mereka di kalangan keluarga si mati atau orang lain. Ini kerana

perbuatan tersebut akan membantu maksiat & menggalakkannya berterusan.

 

 Termasuk dalam perkara BID’AH ialah perbuatan keluarga si mati mengadakan kenduri

yang mereka namakan “sempena berlalu 40 hari” atau seumpamanya.

 

Sekiranya perbelanjaan kenduri tersebut diambil daripada harta hak para waris, dan di

antara mereka, terdapat pula yang belum baligh, perbuatan tersebut SANGAT DILARANG

disebabkan makan harta anak yatim dan menghilangkan haknya bukan untuk

kepentingan dirinya. Perbuatan HARAM ini dikongsi oleh kesemua yang menjemput dan

yang makan kenduri tersebut.

 

Halaman Utama m/s. 4

Page 5: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

5.     Membaca al-Quran di majlis-majlis takziah yang dibuat secara rasmi sebagaimana

yang berlaku pada hari ini; perbuatan tersebut juga adalah BID’AH.

 

Apa yang sunat ialah mengucapkan takziah kepada keluarga si mati hanya dalam

tempoh tiga hari dari hari kematiannya sebagaimana yang DISEPAKATI ‘ULAMA’,

atau dengan kata lain, bukan keluarga si mati yang menentukan tempohnya.

 

  

SUMBER: Dr. Zulkifili Mohamad al-Bakri, al-Fiqh al-Manhaji: ‘Ibadat Dalam Fiqh al-Syafi’i,

Bab Mengiringi Jenazah (Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah), muka surat 477-480.

 

Sila download di: http://islam.gov.my/sites/default/files/e-penerbitan/jilid_1.pdf

 

Hentikan Upah Sembahyang JenazahOleh: Abu Syakir

  

Halaman Utama m/s. 5

Page 6: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

Islam amat menganjurkan umatnya supaya berkasih sayang, tolong menolong

dan berbudi pekerti mulia.

 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: Tiada sesuatu yang lebih berat dalam

timbangan seorang Mukmin di hari kiamat daripada husnul khuluq (baik budi).

(Hadis riwayat at-Tirmizi)

 

Orang Melayu amat terkenal sebagai satu bangsa yang mempunyai sifat-sifat

terpuji seperti apa yang disarankan di dalam hadis. Bila mana saudaranya ditimpa

kesusahan, bantuan sentiasa datang mencurah-curah.

 

Namun, pada sebahagian permasalahan dan di sebahagian kawasan, sifat-sifat

terpuji ini seakan-akan sengaja dipinggirkan demi untuk mengekalkan satu tradisi

yang entah bilakah bermulanya.

 

Tradisi memberi wang atau boleh dianggap sebagai `upah' kepada mereka yang

melakukan solat jenazah masih berlaku. Perkara ini seumpama satu kemestian

terutamanya di negeri-negeri di sebelah utara dan timur.

 

Ia dilihat seakan-akan satu sambutan keramaian di saat insan lain sedang

dirundung kedukaan.

 

Pada satu sudut, golongan yang menyokong tindakan ini akan mencari seribu

satu alasan bagi membenarkan apa yang selama ini mereka amalkan. Mereka

beranggapan; apa salahnya memberi sedekah kepada mereka yang telah

bersusah-payah membantu menyempurnakan fardu kifayah ini iaitu mereka yang

menyembahyangkan dan mendoakan si mati.

 

Pemberian itu bukanlah upah, tetapi demi mengambil kira duit minyak kenderaan

atau amal jariah dari harta si mati.

 

Tradisi ini sebenarnya bukan sahaja menyalahi adat ketimuran orang Melayu

sendiri tetapi juga menyalahi sunah Nabi s.a.w. dan tatacara ajaran Islam yang

sebenar. Tidak pernah didapati di dalam mana-mana riwayat hadis sahih atau

yang dhaif sekalipun bahawa Rasulullah s.a.w. atau para sahabat r.a. atau

salafussoleh memberi upah kepada mereka yang menyembahyangkan mayat

kaum Muslimin.

 

Amat mendukacitakan, kebiasaannya yang menjadi `kepala' untuk

membelanjakan wang keluarga si mati adalah terdiri daripada golongan agama

Halaman Utama m/s. 6

Page 7: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

yang dihormati seperti imam, siak, ahli jawatankuasa masjid/surau atau guru

agama.

 

Kita tidak menafikan, ramai juga yang datang berniat ikhlas untuk mengurus dan

menyembahyangkan jenazah dan tidak langsung mengharapkan apa-apa

imbuhan. Mereka tidak termasuk dalam golongan yang dimaksudkan ini.

 

Sebenarnya mereka yang mengambil ‘upah' tidak langsung memikirkan dari

manakah sumber wang ini didapati. Kemungkinan ia adalah wang si mati yang

miskin, yang meninggalkan anak yang belum cukup umur atau anak yatim. Maka

wang tersebut adalah milik para janda dan anak yatim. Amat dahsyat kutukan

dan ancaman Allah terhadap mereka yang memakan harta anak yatim secara

batil.

 

Sumber: UTUSAN MALAYSIA  - 2 Sept 2005

http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=154

Tidakkah Bid`ah Menyediakan Makanan Selepas Kematian?

Hasan bin Ahmad (bekas Pensyarah Universiti Malaya)

  1 -    Mukaddimah 

Halaman Utama m/s. 7

Page 8: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

Sudah menjadi adat resam yang lumrah kepada orang Melayu beragama Islam di tanah

air kita apabila suatu kematian berlaku di dalam keluarga mereka, sudah tentu ahli

keluarga si mati akan menyediakan makanan dan minuman.

 

Pada kebiasaannya selepas kematian, keluarga si mati memasak dan menyediakan nasi

bungkus mengikut bilangan orang yang hadir sembahyang jenazah dan mengikut jumlah

orang yang terlibat memberi pertolongan mentajhizkan mayat termasuk mereka yang

menggali kubur dan sebagainya. Sebaik sahaja selesai sembahyang jenazah, nasi

bungkus diedar dan dibahagi-bahagikan kepada setiap orang yang turun dari rumah

selepas sembahyang.

 

Lepas kematian, di malam yang pertama hingga malam ketujuh diadakan majlis tahlil

kepada ruh si mati, sesudah selesai tahlil, keluarga si mati menghidangkan makanan dan

minuman kepada jiran dan para jamaah yang hadir sama ada jamuan ringan atau

jamuan berat mengikut kemampuan masing-masing. Pada malam ketiga, malam

ketujuh, malam ke empat puluh dan malam ke seratus, pada kebiasaannya dihidangkan

jamuan nasi dengan aneka masakan gulai yang enak. Setiap malam Jumaat selepas hari

ke tujuh hingga hari ke empat puluh atau kadang-kadang hingga hari ke seratus di

adakan majlis tahlil, selepas tahlil di malam-malam berkenaan dihidangkan dengan

pelbagai hidangan oleh ahli si mati.

 

Pendek kata bahawa menjamu makanan dan minuman selepas kematian sebagaimana

dijelaskan sebentar tadi, menjadi tugas yang terpaksa dilakukan oleh ahli si mati, sama

ada mereka dari orang kaya atau mereka yang kurang berada kalau tidak, nescaya akan

dicela oleh jiran tetangganya atau sahabat handainya.

 

Bukan setakat dicemuh, malahan keluarga si mati yang tidak menurut resam turun

temurun itu akan dipandang serong oleh masyarakat sekitar, bermacam-macam tuduhan

dan tohmahan yang dilemparkan kepada ahli si mati yang tidak mengikuti tradisi itu,

umpamanya dikatakan kedekut, bakhil, tidak mengenang jasa si mati dan dikatakan

kepada keluarga yang tidak membuat kenduri kendara selepas kematian, seperti

menanam batang pisang dan sebagainya.

 

Itulah antara ungkapan dan ujaran yang menggambarkan kejinya sesiapa yang

meninggalkan tradisi yang tersebut itu.

 

Bahkan sebahagian besar dari kalangan umat Islam menganggapnya dari ajaran Islam

yang penting tidak boleh diabaikan, kerana ianya turut dilakukan oleh orang yang ada

pengetahuan agama, sama ada mereka lepasan dari pondok dan lepasan dari sekolah

Halaman Utama m/s. 8

Page 9: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

Arab agama. Mana-mana individu yang mengkritik adat resam itu nescaya akan dicop

dan dilabelkan sebagai kaum muda yang hendak merosakkan ajaran Islam yang suci itu.

 

Walau bagaimanapun ada juga segolongan kecil umat Islam di negara kita berpendapat

bahawa membuat dan menjamu makanan selepas kematian adalah perkara bid’ah yang

perlu ditinggalkan, kerana tidak pernah dibuat oleh Nabi dan sahabatnya.

 

 

2 -   Kembali kepada Allah dan Rasul

 

Penyusun rasa terpanggil untuk ikut serta dalam perbincangan masalah perselisihan

yang tidak berkesudahan itu, semoga masyarakat kita dapat menilai khususnya alim

ulamak dan bijak pandai Islam, siapakah yang sebenarnya berada di pihak yang hak dan

siapakah pula berada di pihak yang kabur di dalam menentukan sikap terhadap masalah

yang dinyatakan itu.

 

Ulamak silam telah membentang kepada kita umat kemudian mengenai hukum

membuat dan menjamu makanan kepada orang ramai selepas berlaku kematian. Antara

hadith-hadith yang membincangkan secara khusus mengenai perkara itu ialah :-

 

Yang Pertama:

 

Hadith yang sahih dikeluarkan oleh Abu Daud, Al-Tarmizi dan Ibnu Majah dari Abdullah

bin Jafar, beliau berkata, “Apabila tiba berita kematian Ja’far (bin Abi Talib), Nabi

bersabda, maksudnya,

 

“Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja’far (isteri dan anak-anaknya),

sesungguhnya telah menimpa mereka perkara yang mengharukan”.

 

Dalam Hadith di atas, Rasulullah s.a.w. mengarahkan jiran tetangga yang tinggal

berhampiran dengan keluarga si mati membuat makanan kepada mereka yang ditimpa

musibah dukacita kematian. Ja’far bin Abi Talib mati syahid dalam peperangan Mu`tah

pada tahun kelapan Hijrah, sebaik sahaja berita kematiannya sampai, Nabi menyuruh

jiran tetangganya melakukan perkara itu kepada keluarganya supaya meringankan

beban dukacita dengan memberi makanan kepada mereka.

 

Yang Kedua:

 

Halaman Utama m/s. 9

Page 10: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

Hadith Jarir bin Abdullah r.a,, maksudnya : “Kami mengira perhimpunan orang ramai

kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah dari

ratapan kematian”

 

Diriwayatkan oleh Ahmad b. Hanbal dan Ibnu Majah dengan isnad yang sahih.

 

Hadith di atas menunjukkan kepada kita, bahawa orang ramai yang berhimpun di rumah

ahli si mati dan memakan makanan yang dimasak dan dihidangkan oleh ahli si mati

adalah dari perbuatan ratapan. Ratapan selepas kematian adalah perbuatan jahiliah dan

hukumnya haram, sebagaimana dimaklumi.

 

Kedua-dua buah hadith yang dipaparkan itu adalah terdiri dari hadith-hadith sahih.

Hadith sahih amat tinggi martabatnya di mana ia menjadi sumber hukum yang kedua

selepas kitab suci Al-Quran. Perbincangan di kalangan Imam-Imam mujtahid dan ulamak-

ulamak agung dari empat mazhab mengenai hukum menjamu makan selepas kematian

adalah pada asalnya berdasarkan kepada dua hadith berkenaan.

 

Betapa kuatnya sesuatu hukum yang bersandarkan kepada hadith sahih, sehingga Imam

Syafiiy pernah menegaskan mengenai perkara itu, maksudnya, “Apabila sahihnya hadith,

maka itulah mazhab aku, jika tidak sahih, hendaklah kamu campakkannya di belakang

dinding”.

 

 

3-   Pandangan Ulamak Mengenai Menjamu Makanan Dan Perhimpunan Selepas

Kematian.

 

Di bawah ini diperturunkan pesanan ulamak besar lagi mujtahid :

 

3.1 - Imam Al-Syafiiy menegaskan dalam kitabnya Al-Umm:

 

Maksudnya: Aku suka jiran si mati atau orang yang mempunyai pertalian keluarga

dengannya (keluarga jauh) memberikan makan kepada ahli mayat yang mengenyangkan

mereka pada hari malamnya kerana itu adalah sunnah dan ingatan (zikir) yang mulia

dan ianya perbuatan golongan yang baik-baik sebelum dan selepas kita, kerana apabila

tiba berita kematian Ja;far, Rasulullah s.a.w. bersabda,

 

“Buatlah kamu makanan kepada keluarga Ja’far kerana telah menimpa mereka perkara

yang mengharukan”.

Halaman Utama m/s. 10

Page 11: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

Maksudnya: “Aku benci diadakan ma`tam iaitu perhimpunan, walaupun tidak ada

tangisan kepada mereka, kerana sesungguhnya perbuatan itu memperbaharui dukacita

dan membebankan makanan”.

 

3.2 - Kata Imam Nawawi dalam Kitab Al-Majmu’:-

 

Telah berkata Al-Syafiiy dalam Al-Mukhtasar : “Aku suka kepada kaum kerabat si mati

dan kepada jirannya membuat makanan kepada ahli mayat yang mengenyangkan

mereka pada hari dan malamnya, sesungguhnya ia adalah sunnah, dilakukan oleh

golongan baik-baik. Kata Ashab kita (iaitu ulamak Fiqah Syafiiy) membuat pelawaan

sungguh-sungguh supaya ahli mayat itu makan, walaupun mayat berada di negeri lain di

sunatkan juga kepada jiran keluarga si mati membuat makanan untuk mereka”. (2)

 

3.3 - Mengikut Kitab Al-Fiqahi Ala Al-Madhahib Al-Arbaah:

 

Setengah daripada perbuatan bid’ah yang makruh apa yang dibuat oleh manusia

sekarang ialah melakukan penyembelihan ketika turunnya mayat dari rumah, ataupun

semasa mayat berada di kubur. Hukumnya bid’ah dan makruh menyediakan makanan

kepada mereka yang berkumpul untuk memberi takziah, dihidangkan makanan untuk

mereka seperti dilakukan (menjamu makanan) di majlis-majlis atau perayaan kerana

kegembiraan.

Jika memberi makan kepada orang ramai selepas suatu kematian sedangkan pewaris itu

belum cukup umur, maka hukumnya haram. Sebagaimana diriwayatkan oleh Imam

Ahmad dan Ibnu Majah dari Jarir bin Abdullah beliau berkata : “Kami mengira

perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas

pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian”. (3)

 

3.4 - Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah berkata:

 

“Manakala ahli si mati membuat makanan dan memanggil orang ramai supaya

memakannya, bahawa perbuatan ini tidak disyarakkan bahkan ia bid’ah berdasarkan

kepada hadith Jarir bin Abdullah kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si

mati dan mereka memasak makanan untuk dijamu orang ramai adalah dari ratapan

jahiliyyah” (4)

  

3.5 - Didalam Kitab Fiqh Al-Sunnah menyebut:

 

Halaman Utama m/s. 11

Page 12: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

Disunatkan membuat makanan kepada ahli si mati, kerana ianya dari perkara kebajikan

dan taqarrub kepada Allah dari jiran tetangga dan dari kaum kerabat (yang jauh). Imam

Syafiiy berkata:

 

“Aku suka kaum kerabat si mati membuat dan memberi makan kepada ahli mayat yang

boleh mengenyangkan mereka untuk hari dan malamnya, kerana ia adalah sunnah dan

perbuatan golongan yang baik-baik.”

 

Ulamak mengatakan sunat mempelawa sungguh-sungguh supaya ahli mayat memakan

makanan yang diberikan itu supaya mereka tidak menjadi lemah lantaran tidak

menjamah makanan disebabkan terlampau terkejut dengan peristiwa kematian atau

dengan sebab segan.

 

Imam-imam mazhab telah bersepakat bahawa hukumnya makruh ahli si mati membuat

makanan untuk dijamu kepada orang ramai yang berkumpul kepada keluarga si mati.

Kerana perbuatan itu menambahkan lagi musibah ke atas mereka dan

memperbanyakkan lagi kesibukan di atas kesibukan mereka yang ada dan perbuatan itu

tak ubah seperti kelakuan golongan jahiliyyah. Hujah ini berdasarkan hadith Jarir bin

Abdullah: “Kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat

makanan selepas pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian”

 

Setengah ulamak mengatakan hukumnya haram ahli si mati membuat makanan untuk

dijamu kepada orang ramai. (5)

 

3.6 - Di dalam Kitab Hukmu Al-Quran Lil Amwat menyebut:

 

Antara bid’ah yang diharamkan ialah ahli si mati menjamu makanan kepada orang yang

memberikan takziah atau memberikan makan kepada fakir miskin selepas mengiring

jenazah, pada hari Khamis, pada hari ketiga, pada hari keempat puluh dan tahunan.

Tetapi yang sunnahnya sahabat handai dan jiran tetangga memberikan makanan kepada

ahli si mati kerana Hadith Nabi bersabda: “Hendaklah kamu memberikan makanan

kepada ahli Ja’far, sesungguhnya telah menimpa mereka perkara yang mengharukan”.

Diriwayatkan oleh Tarmizi dan selainnya dengan sanad yang sahih. (6)

  

3.7 - Di dalam Kitab Ahkam Al-Janaiz Wa Bidaiha menyebut antara bid`ah ialah:

 

(i)         Ahli si mati menerima tetamu dengan memberikan makan kepada mereka.

 

Halaman Utama m/s. 12

Page 13: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

(ii)        Hukumnya bid’ah apabila menerima jemputan bagi jamuan makanan daripada

ahli si mati. (7)

 

 

4-   Sunat Membuat Makanan Untuk Ahli Si Mati - Pendapat Empat Mazhab

 

Selepas kita mengikuti perbincangan ulamak mujtahidin mengenai membuat dan

menjamu makanan selepas kematian atau dengan lain perkataan, membuat kenduri dan

jamuan makan selepas kematian. Difahamkan dari ulasan dan penerangan itu amat

berbeza sekali apa yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat Islam kita pada hari ini,

di mana amalan mereka membuat kenduri dan jamuan makan selepas kematian

bercanggah dengan sunnah Nabi dan sunnah sahabat dan bertentangan dengan fatwa-

fatwa ulamak. Kerana masalah ini sangat menebal di amalkan dalam masyarakat Islam

Melayu kita penyusun merasai mustahak membentangkan pula kepada pembaca

pendapat Fuqahaa dari empat mazhab sebagaimana berikut :-

 

4.1 - Mazhab Maliki

 

Disunatkan kepada   jiran dan seumpamanya menyediakan makanan kepada keluarga si

mati kerana kesibukan mereka terhadap kematian.

 

4. 2 - Mazhab Hanafi

 

Disunatkan kepada jiran keluarga si mati dan kaum kerabatnya yang jauh menyediakan

makanan untuk keluarga si mati yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya,

kerana sabda Nabi s.a.w: “Hendaklah kamu membuat makanan kepada keluarga Jafar,

sesungguhnya telah menimpa mereka perkara yang mnegharukan”. Kerana memberi

makan itu perkara kebaikan dan maruf, dipelawa sungguh-sungguh kepada mereka

supaya mereka makan, kerana kesedihan menghalang mereka dari makan makanan dan

menyebabkan mereka menjadi lemah.

 

 4.3 - Mazhab Hanbali

 

Disunatkan membuat makanan untuk ahli si mati, dihantar makanan itu kepada mereka

kerana memberi pertolongan dan melembutkan hati mereka. Boleh jadi mereka sibuk

dengan ujian bala yang diterima dan sibuk dengan kunjungan orang ramai yang datang

menemui mereka, menyebabkan tidak dapat menyediakan makanan untuk diri mereka

sendiri. Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abdullah bin Ja’far, beliau berkata apabila tiba

berita kematian Ja’far (bin Abu Talib), Rasulullah s.a.w. bersabda hendaklah kamu

Halaman Utama m/s. 13

Page 14: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

membuat makanan kepada keluarga Ja’far, sesungguhnya telah menimpa mereka

perkara yang mengharukan.

 

Diriwayatkan dari Abdullah bin Abu Bakar beliau berkata, “Sentiasa Sunnah Nabi itu

menjadi ikutan kami (sahabat Nabi) sehingga ditinggalkan oleh manusia yang

meninggalkannya (yakni sehingga sunnah ini ditinggalkan dan tidak di amalkan oleh

kebanyakan orang).

 

4.4 - Mazhab Syafiiy

 

Sebagaimana disebut dalam kitab Al-Muhazzab oleh Al-Syairazi (8):

 

Disunatkan kepada kaum kerabat si mati dan jirannya membuat makanan kepada ahli si

mati (suami / isteri dan anak-anaknya), kerana diriwayatkan apabila Jafar bin Abu Talib

terbunuh, Nabi bersabda, “Hendaklah kamu membuat makanan kepada keluarga Ja’far,

sesungguhnya telah menimpa mereka perkara yang mengharukan”.

 

Imam Nawawi menyebut di dalam kitab Al-Majmu syarahan kepada kitab al-Muhazzab

Imam Syafiiy berkata di dalam kitab Al- Mukhtasar, “Aku suka kepada kaum kerabat si

mati dan jirannya membuat makanan untuk ahli si mati yang mengenyangkan mereka

pada hari dan malamnya, sesungguhnya perbuatan itu sunnah dan dilakukan oleh

golongan baik-baik.”

 

Telah berkata Ashab kita (ulamak Fiqah Syafiiy):

 

“Dipelawakan sungguh-sungguh kepada mereka (keluarga si mati) supaya mereka

makan. Walau mayat itu berada di negeri lain sekalipun, disunatkan juga kepada jiran

tetangga keluarga si mati membuat makanan untuk mereka.”

 

Setelah kita mengikuti pendapat ulamak di dalam empat mazhab mengenai membuat

dan menyediakan makanan atau jamuan selepas kematian, kita dapati semua mazhab

telah bersepakat bahawa hukumnya sunat bagi jiran tetangga dan bagi kaum kerabat

yang jauh kepada si mati membuat makanan kepada keluarga si mati, bukannya

keluarga si mati yang memasak makanan dan menjamu jiran dan orang ramai apabila

suatu kematian berlaku seperti diamalkan oleh masyarakat kita pada hari ini.

5-      Hukumnya Makruh Ahli Si Mati Membuat Makanan Untuk Dijamu Kepada

Orang Ramai- Pendapat Empat Mazhab.

Halaman Utama m/s. 14

Page 15: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

 

Sebagaimana penyusun katakan bahawa adat resam ini menjadi ikutan yang setia oleh

sebahagian besar masyarakat Islam di negara kita dan yang paling mendukacitakan ada

sesetengah bijak pandai Islam mempertahankan habis-habisan tradisi turun temurun ini

tanpa berpegang kepada dalil-dalil dan hujjah yang kukuh. Oleh itu penyusun fikir ada

baiknya dibentangkan dahulu nas atau teks asal dalam bahasa Arab oleh ulamak dari

empat mazhab kemudian diiringi dengan maksudnya di dalam bahasa Melayu.

 

5.1 - Pendapat Mazhab Maliki

 

Maksudnya: Perhimpunan orang ramai pada makanan di rumah si mati adalah bid’ah

yang makruh tidak ada sandaran riwayat yang boleh dipegang sedikit pun, dan itu bukan

tempat kenduri jamuan makan. (9)

 

Pendapat ulamak dalam Mazhab Maliki itu jelas menunjukkan bahawa segala

perhimpunan atau keramaian kenduri makan yang diadakan di rumah si mati selepas

kematiannya adalah bid’ah lagi makruh kerana keadaan ketika itu tidak layak diadakan

majlis jamuan.

 

5.2 - Pendapat Mazhab Syafiiy

 

(a)     Sebagaimana di sebut dalam kitab Al-Majmu’ oleh Imam Nawawi:

 

Maksudnya: Jika ahli si mati membuat makanan untuk orang ramai dan menghimpunkan

mereka kepada makanan itu ianya tidak ada sandaran riwayat yang boleh dipegang

sedikitpun, dan perbuatan itu bid’ah yang tidak disunnahkan. Berdalil dengan hadith Jarir

bin Abdullah r.a., kami mengira perhimpunan kepada ahli si mati dan membuat makanan

selepas pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian (10)

 

(b)     Di dalam kitab fiqah Syafiiy yang lain pula menyebut:

 

Kesibukan ahli si mati (isteri / suami dan anak-anaknya) dengan memasak makanan

(selepas kematian) dan menghimpun orang ramai untuk diberikan jamuan kepada

mereka sebagaimana menjadi suatu kebiasaan di zaman sekarang, sebenarnya

perbuatan itu bid’ah bertentangan dengan sunnah (ikutan Nabi dan sahabat) dan

bercanggah dengan percanggahan yang berat, tetapi yang sunnahnya ialah sebaliknya

(jiran atau keluarga yang jauh atau sahabat handai yang memberikan makan kepada

keluarga si mati).

Halaman Utama m/s. 15

Page 16: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

 

 Setengah dari perkara bid’ah yang dilakukan oleh ahli si mati ialah menghimpunkan

orang ramai dengan memberi jamuan kepada mereka sempena dengan berlalunya

tempoh empat puluh hari lepas kematian dan seumpamanya (seperti tiga hari, tujuh

hari, dua puluh hari dan sebagainya). Jika perbelanjaan nafkah makanan tersebut itu dari

harta penerima pusaka yang belum cukup umur, maka hukum haramnya perbuatan itu

adalah sangat berat, kerana memakan harta anak yatim dan menghabiskan hartanya

bukan untuk faedah kebajikannya. Orang yang mengajak kepada makanan itu dengan

orang yang memakannya adalah sama-sama berkongsi melakukan perkara yang

diharamkan. (11)

 

(c)     Hasyiah Iaanah Al-Talibin Syarah kepada Kitab fiqah Fathu Al-Muiin- merupakan

kitab fiqah mazhab Syafiiy yang penting - ada menyebut antaranya:

 

Hukumnya makruh ahli si mati duduk menunggu untuk menerima takziah dan makruh

membuat makanan serta menghimpun orang ramai bagi menjamu mereka (kerana

berpegang kepada hadith) yang di riwayatkan oleh Ahmad dari Jarir bin Abdullah r.a.

beliau berkata kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat

makanan selepas pengkebumiannya adalah dari ratapan kematian.

 

Apa yang dilakukan oleh orang ramai dengan berkumpul di rumah ahli si mati dan

membuat makanan adalah dari perbuatan bid’ah yang mungkar yang mana diberi pahala

kepada pihak penguasa yang mencegah perbuatan itu.

 

Dijadikan adat kebiasaan ahli si mati membuat makanan untuk menjemput orang ramai

bagi menikmati makanan yang dimasak. Perbuatan itu adalah bid’ah lagi makruh, seperti

juga hukumnya bid`ah lagi makruh kepada orang yang menerima panggilan itu.

  

Setengah dari bid’ah yang menukar, makruh dilakukan, seperti apa yang dibuat oleh

manusia daripada wahsyah (berkumpul serta memberikan makan kepada orang ramai),

menghimpun orang ramai dan mengadakan sambutan majlis kenduri makan sempena

empat puluh hari kematian. Bahkan semua itu menjadi haram jika perbelanjaan

berkenaan dari harta mahjur (belum baligh, gila dan sebagainya) atau dari harta si mati

yang mempunyai bebanan hutang ke atasnya atau jika timbul pelbagai kemudaratan dan

sebagainya.

 

Rasullullah s.a.w. berkata kepada Bilal bin Al- Harthi

 

Wahai Bilal siapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnahku yang dimatikan

selepas ku ini dia akan mendapat pahala seperti orang yang beramal dengannya tanpa

Halaman Utama m/s. 16

Page 17: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

kurang sedikitpun pahala mereka itu, dan siapa merekaciptakan suatu bid`ah yang sesat

tidak diredhai Allah dan Rasulnya dia akan mendapat dosa seperti orang yang

melakukannya tanpa sedikitpun kurang dari dosa mereka itu.

 

Tiada keraguan lagi bahawa mencegah manusia dari melakukan perkara bid’ah yang

mungkar itu bererti menghidupkan sunnah Rasul dan mematikan bid’ah serta membuka

lebih banyak pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu keburukan.                                                       

 

Makruh ahli si mati menerima tetamu dengan menjamu makanan kepada mereka dan

ianya bid’ah kerana memberikan makan kepada tetamu itu disyarakkan pada masa

gembira sahaja. Sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah dengan

isnad yang sahih dari Jarir bin Abdullah. Beliau berkata, “Kami mengira perhimpunan

kepada ahli si mati dan mereka membuat makanan adalah dari perbuatan ratapan

kematian” (12)

5-3 Mazhab Hanbali

 

Jika ahli si mati membuat makanan untuk dijamu kepada orang ramai, maka hukumnya

makruh, kerana perbuatan itu menambahkan lagi ke atas musibah mereka dan

menambahkan lagi kesibukan ke atas kesibukan mereka yang sedia ada, dan kelakuan

itu seperti perbuatan golongan jahiliah. (13)

 

Di dalam Mazhab Hanbali ada pengecualiannya, iaitu jika terpaksa keluarga si mati

membuat makanan kepada orang ramai, maka hukumnya harus. Umpamanya memberi

makan kepada orang yang hadir menziarahi mayat, mereka itu datang dari tempat-

tempat dan perkampungan yang jauh dan mereka bermalam di rumah keluarga si mati

dan terpaksa menerima mereka sebagai tetamu. (14)

  

5.4 - Mazhab Hanafi

 

Hukumnya makruh keluarga si mati menerima tetamu dengan memberi makan kepada

mereka, kerana yang demikian itu disyarakkan hanya di waktu kebahagiaan bukan

dalam waktu kesedihan (seperti selepas kematian), ianya adalah bid’ah yang keji,

diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Majah dengan Isnad yang sahih dari

Jarir bin Abdullah, beliau berkata:

“Kami mengira perhimpunan kepada keluarga si mati dan mereka membuat makanan

(untuk dijamu kepada orang yang berhimpun itu) adalah dari ratapan kematian.” (15)

 

6- Hujah Dari Kitab-Kitab Jawi

Halaman Utama m/s. 17

Page 18: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

 

Selepas pembentangan pendapat ulamak dari empat mazhab yang berasal dari bahasa

Arab, penyusun akan membentangkan pula pendapat ulama kita dalam mazhab Shafiiy

yang ditulis dalam bahasa Melayu lama melalui tulisan jawi. Ulamak besar yang 

berkemampuan tinggi di dalam agama dan bahasa Arab ini banyak mengarang kitab-

kitab agama dalam bahasa Melayu dalam tulisan jawi. Kebanyakan kitab-kitab karangan

mereka menjadi rujukan utama kepada penuntut-penuntut di madrasah-madrasah

pondok di zaman dahulu dan sekarang.

 

 6.1 - Kitab Furuu Al-Masaail

 

Antara lain yang dijelaskan di dalam kitab ini ialah seperti berikut:

 

(i)   Hukumnya makruh dan dicela oleh syarak amalan yang dibuat oleh orang ramai apa

yang dinamakan kaffarah dan wahsyah (16), iaitu berkumpul dan berhimpun serta

memberi makan kepada orang ramai pada malam pertama selepas dikebumikan mayat,

berhimpun dan memberi makan pada tujuh hari, dua puluh hari, empat puluh hari dan

sebagainya.

 

(ii)  Amalan seperti itu tidak sah wasiatnya

 

Teks atau nas asalnya berbunyi

 

“Dan demikian lagi yang dikerjakan manusia dengan barang yang dinamakan ia dengan

kaffarah dan daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam

kemudian daripada ditanam mayat dan tujuh harinya dan dua puluh harinya dan ernpat

puluh harinya dan umpama yang demikian itu haramkah? atau makruh? atau harus?

(maka dijawabnya) maka adalah segala yang tersebut makruh yang dicela pada syarak,

kerana tegah pada syarak. Kata Syeikh Ibnu Hajar, “Tiada sah wasiatnya” (17)

  

6.2 - Kitab Sabil Al-Muhtadi

 

Ringkasan yang difahami dari kitab ini ialah:

 

(i)   Hukumnya bid’ah dan makruh jika dibuat kenduri makan selepas kematian dan

dijemput orang ramai supaya memakan makanan itu, sama ada jamuan itu diberi

sebelum mayat dikebumikan  atau selepas dikebumikan..

 

(ii)  Hukumnya juga makruh dan bid’ah kepada sesiapa yang menerima jemputan itu dan

menghadirinya.

Halaman Utama m/s. 18

Page 19: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

 

Teks asalnya berbunyi:

 

“Dan makruh lagi bid’ah bagi yang kematian memperbuat makanan yang diserukannya

manusia atas memakan dia dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya

seperti yang telah teradat dan demikian lagi makruh lagi bid’ah bagi segala mereka yang

diserunya perkenankan seruan”. (18)

 

6- 3 Kitab Kasyfu Al-Litham

 

Ringkasan yang difahami dari kitab ini ialah:

 

(i)   Hukumnya makruh dan dicela oleh syarak bila keluarga si mati memberi makan

kepada orang ramai sebelum atau selepas dikebumikan  mayat.

 

(ii)  Hukumnya makruh dan dicela oleh syarak membuat penyembelihan di kubur.

 

(iii) Hukumnya makruh dan dicela oleh syarak apa yang dinamakan kaffarah dan

wahsyah iaitu berhimpun dan berkumpul dengan memberi makan kepada orang ramai di

malam pertama selepas pengebumian mayat, tujuh hari, dua puluh hari, empat puluh

hari dan sebagainya seperti yang telah dijelaskan.

 

Teks asalnya berbunyi:

 

“Barang dikerjakan oleh ahli mayat daripada mempersembahkan makanan dan

perhimpunan manusia atas dahulu daripada tanam mayat dan kemudian daripadanya

dan menyembelih pada kubur dan demikian lagi yang dikerjakan oleh manusia dengan

barang yang dinamakan dengan kaffarah dan daripada dikerjakan wahsyah yakni

berhimpun memberi makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan tujuh

hari dan dua puluh hari dan empat puluh hari dan umpamanya yang demikian itu yang

dibuat oleh kebanyakan orang itu maka adalah segala yang tersebut itu makruh yang

dicela oleh syarak kerana tegah pada syarak.” (19)

 

6.4 -   Kitab Bughyatu Al-Tullab.

 

Ringkasan yang dipetik dari kitab ini antara lain ialah:

 

(a)   Hukumnya sunat kepada jiran keluarga si mati kepada kawan kenalan keluarga si

mati, kepada kaum kerabat yang jauhnya membuat dan membawa makanan kepada

keluarga si mati yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya.

Halaman Utama m/s. 19

Page 20: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

 

(b)  Hukumnya makruh dan bid’ah jika ahli si mati membuat makanan dan menjemput

orang ramai supaya memakannya, sama ada sebelum pengebumian mayat atau selepas

pengebumiannya.

 

(c)  Hukumnya bid’ah yang buruk lagi makruh yang diamalkan oleh orang ramai apa

yang dinamakan kaffarah dan wahsyah iaitu berhimpun dengan memberi makan kepada

orang ramai selepas pengebumian mayat, tujuh hari, empat puluh hari dan

seumpamanya, seperti yang telah dinyatakan.

 

(d)   Asal sunat memberi makan ialah memberi makan kepada ahli si mati bukan

keluarga si mati menjamu makan kepada orang lain, kerana sabda Nabi s.a.w.,  “Buatlah

kamu rnakanan kepada keluarga Ja’far. Sesungguhnya telah datang kepada mereka

perkara yang mengharukan mereka”. Sabda Nabi s.a.w itu diucapkan sebaik sahaja

sampai berita mengenai kematian Ja’far bin Abu Talib terbunuh dan mati syahid di dalam

peperangan Mu`tah.

 

Teks atau nas asalnya berbunyi, “Dan sunat bagi jiran keluarga mayat dan orang yang

kenal dengan keluarganya jikalau bukan jirannya sekalipun dan segala kerabatnya yang

jauh membawa makanan kepada orang yang kematian yang mengenyangkan mereka itu

pada hari dan malamnya menyungguh-nyungguh akan mereka itu suruh memakan

kerana mereka itu terkadang meninggal akan memakan sebab sangat terkejut hati

mereka itu dan tiada mengapa sungguh-sungguh menyuruh.”

 

Dan makruh lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan dan menyeru

segala manusia supaya memakannya sama ada dahulu daripada mengebumikan mayat

atau kemudian daripadanya seperti yang telah diadatkan kebiasaan manusia.

 

Demikian lagi makruh lagi bid’ah bagi segala orang yang diserukan dia

memperkenankan seruannya.

 

Dan setengah daripada yang qabihah lagi makruh mengerjakan dia barang yang

dikerjakan kebiasaan manusia barang dinamakan dengan kaffarah dan wahsyah dan

tujuh hari dan empat puluh dan umpama yang demikian itu.

 

Ada pun asal sunat menyediakan makanan itu pada barang yang dahulunya sabda Nabi

s.a.w. tatkala datang khabar kematian Sayyidina Ja’far bin Abu Talib pada perang Mu’tah

perbuat oleh mu bagi keluarga Ja’far makanan maka sesungguhnya telah datang akan

mereka itu barang yang membimbangkan mereka itu. (20)

 

Halaman Utama m/s. 20

Page 21: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

6- 5  Kitab Bahru Al-Madzi

 

Maksudnya antara lain seperti:

 

(i)   Keluarga si mati memasak makanan dan menghimpun orang ramai dan menjamu

mereka makanan itu tidak ada sedikit pun sandaran riwayat yang boleh dipegang dan

diikuti dari Nabi s.a.w dan dari sahabatnya.

 

(ii)  Hukumnya bid’ah dan makruh jika keluarga si mati memasak dan mengumpulkan

orang ramai dan menjamu mereka, kerana berpandukan hadith Jarir bin Abdullah

katanya, “Kami rnengira perhimpunan orang ramai kepada keluarga si mati dan mereka

(keluarga) membuat makanan selepas pengebumian mayat adalah daripada perbuatan

ratapan kematian”.

 

(iii)  Yang sunnah dan sunat ialah kaum kerabat si mati yang jauh, jiran tetangga dan

sahabat handainya memasak dan menjamu kepada ahli atau keluarga si mati sekadar

mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya. (21)

7 -Kesimpulan

 

7.1 - Adat kebiasaan orang Islam di Nusantara khususnya masyarakat Melayu di tanah

air kita menjemput, mengumpul orang ramai dan memberi makan kepada mereka oleh

keluarga si mati sama ada mayat sebelum atau selepas dikebumikan adalah

bertentangan dengan sunnah Nabi s.a.w dan sahabatnya.

 

7.2 - Mengumpul dan menjamu makanan kepada orang ramai menjadi agenda utama

kepada ahli si mati apabila suatu kematian berlaku, padahal perbuatan itu adalah bid’ah

dan makruh yang perlu dihapuskan oleh semua pihak.

 

7.3 - Telah bersepakat kata oleh Imam-Imam mazhab empat dan kibar al-ulamak

(ulamak agung) tentang makruhnya ahli si mati menghimpun dan menjamu manusia

selepas kematian. Yang paling ramai mengatakan demikian ialah ulamak dari mazhab

Syafiiy.

 

7.4 - Hukumnya sunat kepada jiran ahli si mati, kepada kawan kenalan keluarga si mati,

kepada kaum kerabat yang jauh membuat dan membawa makanan kepada ahli si mati

yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya. Itulah sunnah yang perlu

diikuti oleh semua umat Islam.

 

Halaman Utama m/s. 21

Page 22: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

7.5 - Hukumnya makruh dicela oleh syarak adat yang diamalkan oleh umat Islam iaitu

menghimpun orang ramai dan diberi makan kepada mereka pada malam pertama

selepas dikebumikan mayat, tujuh hari, dua puluh hari, empat puluh hari dan

seumpamanya. Perbuatan itu dinamakan wahsyah dan kaffarah.

 7.6 - Orang ramai berkumpul di sisi keluarga si mati selepas kematian berlaku dan ahli si

mati membuat makanan dan menjamu mereka, perbuatan itu bid’ah yang mungkar dan

diberi pahala kepada pihak penguasa dan kepada sesiapa yang mencegahnya.

   

7.7 - Hukumnya bid’ah dan makruh bukan hanya kepada ahli si mati yang memasak,

menghimpun dan menjamu makanan kepada orang ramai sahaja, tetapi juga bid`ah

makruh itu kena kepada siapa sahaja yang menerima panggilan itu.

 

7.8 - Mencegah masyarakat dari melakukan bid’ah yang mungkar itu bererti

menghidupkan sunnah, manakala membiarkan mereka terus beramal dengannya bererti

mematikan sunnah dan sekaligus menyuburkan bid’ah.

 

7.9 Jika perbelanjaan makanan yang dijamu itu dari harta yang belum baligh, harta orang

mahjur (iaitu orang yang tidak dibenarkan oleh syarak untuk menguruskan hartanya)

dan dari harta si mati yang menanggung bebanan hutang, maka hukumnya ialah kongsi

bersama antara yang memanggil dengan orang yang memakan pada melakukan yang

haram.

 

7. l0 Hukum makruh keluarga si mati menerima tetamu serta menjamu makanan kepada

mereka. Kecuali tetamu itu datang dari tempat yang jauh terpaksa bermalam di rumah

ahli si mati itu.

  

 8 -   Pelbagai Alasan Dan Hujah Ditonjolkan Oleh Barisan Yang

Mempertahankan Pusaka Adat Yang Bid’ah Ini.   Antara Lain Ialah:

 

8.1 - Orang yang membangkitkan isu bid’ah dan makruh ahli si mati menghimpun orang

ramai, memasak dan menjamu makanan kepada mereka adalah terdiri dari ulamak

kaum muda. Setengahnya pula mengatakan dari pengikut Wahabi.

 

Kita merasa aneh dan hairan apabila dituduh dan dicop kaum muda ke atas orang yang

menyebarkan pendapat-.pendapat kibar ulamak silam yang mulia, termasuk ulamak

mujtahid dari empat mazhab. Kita mengatakan bid’ah kerana mereka itu

mengisytiharkan bid’ah berdasarkan dalil-dalil yang amat kukuh. Rata-rata ulamak yang

mulia itu mengemukakan dua buah hadith sahih yang telah dibentangkan di permulaan

risalah ini sebagai dalil yang utama. Mana lagi ada hujah yang lebih kuat dari Hadith

Halaman Utama m/s. 22

Page 23: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

sahih?. Apakah akibatnya jika seorang itu menolak hadith sahih?. Ulamak yang

mengatakan demikian bukan sebarangan, tetapi mereka itu terdiri dari Imam-Imam

mazhab dan ulamak agung seperti Imam Syairazi, Imam Nawawi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu

Qudamah, Al-Sayyid Abu Bakr bin Al-Sayyid Muhammad, Al-Syaikh Daud Al-Fataniy, Al-

Shaikh Muhammad Al-Banjariy dan sehingga tidak terbilang ramainya. Kalau

dibandingkan ilmu dan kemampuan mereka dengan bijak pandai agama masa kini

nescaya didapati jaraknya beribu batu. Siapa sebenarnya yang didakwa sebagai kaum

muda?. Adakah mereka yang mempertahankan pendapat ulamak tersebut? Atau kaum

muda yang sebenar ialah mereka yang mempertahankan adat istiadat itu dan

membelakangkan pendapat ulamak berkenaan tanpa berlandaskan hujah yang benar

dan kukuh.

 

Sesungguhnya ulamak yang menghukumkan bid’ah dan makruh dalam masalah tersebut

adalah terdiri dari ulama lampau yang sudah lama meninggal dunia, tetapi yang masih

ada di tangan generasi sekarang hanya karya dan kitab-kitab karangan mereka sahaja

yang menjadi bahan rujukan dan kajian. Oleh itu tidak masuk akal kalau dilabelkan

mereka kaum muda.

 

Manakala tuduhan yang mengatakan kononnya golongan yang membangkitkan isu ini

adalah mereka dari fahaman Wahbiy. Tuduhan itu tidak benar malahan keterlaluan,

kerana yang mengatakan bid’ah dan makruh ahli si mati menghimpun, membuat dan

menjamu makanan kepada orang ramai selepas kematian sama ada sebelum atau

selepas dikebumikan ialah Imam-Imam mazhab, bahkan yang paling ramai menghukum

begitu ialah ulamak mazhab Syafiiy sendiri. Tiada seorang pun pendapat dari fahaman

Wabiy dicatat dalam risalah kecil ini. Kita ingin bertanya mazhab apakah dipegang oleh

golongan yang masih sayang kepada adat istiadat itu?. Tidakkah lima buah kitab jawi

mazhab Syafiiy yang dibentangkan semuanya mengatakan bid’ah dan makruh?.

 

8.2 -  Apakah salahnya memberi makan oleh si mati kepada orang ramai bersama majlis

tahlil dan doa kepada ruh si mati kerana perhimpunan memberi makan bukan menjadi

tujuan utama bahkan ianya sebagai sampingan sahaja, matlamat utamanya ialah tahlil

dan doa kepada ruh si mati. Kalau tidak diberi makan nescaya orang ramai tidak akan

hadir ke majlis tahlil itu.

 

Jawapannya:

 

Yang sunnahnya jiran, kaum kerabat yang jauh dan sahabat handai memberi makan

kepada ahli si mati. Jika ahli si mati memberi makan kepada orang ramai hukumnya

tetap bid’ah dan makruh walaupun ada bersama majlis tahlil dan doa kepada si mati.

Mengenai orang ramai tidak hadir ke majlis tahlil kalau tidak diberi makan kepada

Halaman Utama m/s. 23

Page 24: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

mereka tidak timbul sama sekali, yang bid’ah itu bid’ahlah ia walau berbagai helah

dibuat, kerana matlamat tidak menghalalkan cara.

 

Jalan yang paling selamat dalam hal ini hendaklah kita ikut pesanan Imam Syafiiy.

Katanya, “Aku benci diadakan ma`tam iaitu perhimpunan, walaupun tidak ada tangisan

untuk mereka, keraña sesungguhnya perbuatan itu memperbaharui duka cita dan

membebankan penyediaan makanan”. Sehubungan dengan itu dijelaskan lagi di dalam

kitab fiqah Syafiiy katanya, “Apa yang dilakukan oleh orang ramai dengan berkumpul di

rumah ahli si mati dan membuat makanan (oleh keluarga si mati) bahawa kelakuan itu

dari kerja bid’ah yang mungkar... (22)

 

8.3 - Setengah masyarakat kita pula apabila berlaku kematian, keluarga si mati tidak

memasak sendiri makanan itu, tetapi ditugaskan kepada orang lain membeli bahan-

bahan makanan dan memasak atau kadang-kadang dimasak di rumah jiran yang

berhampiran. Setelah siap dimasak, dibawa makanan itu ke rumah si mati untuk dijamu

kepada orang ramai.

 

Jawapannya:

 

Perbuatan itu hanya helah semata-mata untuk melarikan diri dari dikatakan ahli si mati

yang memasak dan menjamu orang ramai ianya membawa kepada bid’ah dan makruh.

Walaupun ahli si mati tidak memasak sendiri, tetapi segala perbelanjaan masih

tertanggung ke atasnya dan segala urusan di bawah arahannya, maka amalan itu tidak

terlepas dari kerja bid’ah dan makruh. Begitu juga jika dimasak makanan itu di rumah

jiran yang berhampiran dan dibawa makanan itu ke rumah ahli si mati untuk dijamu

kepada orang ramai. Kenapakah diadakan pelbagai helah muslihat bagi mengharuskan

perkara bid’ah itu? Alangkah baiknya jika digunakan perbelanjaan makanan itu ke

tempat yang dijamin mendapat pahala dan bukannya di tempat yang bercanggah

dengan hadith Nabi s.a.w.

 

Bukan semua perkara kebaikan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya di dalam

semua keadaan. Begitulah juga halnya jika memberi makan kepada orang ramai dengan

niat ikhlas ianya dari kerja kebajikan dan amal soleh, tetapi jika ahli si mati menghimpun

orang ramai, memasak dan menjamu mereka selepas kematian, sama ada sebelum atau

selepas dikebumikan mayat, hukumnya bukan lagi sunat bahkan menjadi bid’ah dan

makruh yang perlu dielakkan oleh umat Islam.

 

8.4 -   Apakah hendak dibuat dengan derma takziah yang diterima dari sahabat handai

dan dari orang ramai. Kalau tidak dibelanjakan kepada kenduri memberi makan kepada

orang ramai?

Halaman Utama m/s. 24

Page 25: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

 

Jawapannya:

 

Sumbangan derma takziah yang diterima dari rakan kenalan, dari jiran tetangga dan dari

orang ramai hendaklah dimanfaatkan pada pelbagai tempat yang selamat mendapat

ganjaran pahala dan bukan dilaburkan kepada unsur-unsur mungkar, bid’ah dan makruh.

 

8.5 - Ada juga yang mengatakan masalah ini adalah isu yang remeh-temeh, banyak lagi

perkara yang penting perlu diselesaikan.

 

Jawapannya:

 

Apakah perbelanjaan yang melibatkan beratus malahan beribu ringit kepada yang

makruh dan bid’ah itu dari perkara remeh temeh?.Usaha menyelamatkan masyarakat

Islam dari terus terjerumus di dalam bid`ah yang dicela lagi tidak menguntungkan itu

adalah ianya dari kerja sia-sia?. Bolehkah dikatakan seorang mukmin yang bijak

sedangkan beliau tidak dapat membezakan antara sunnah dengan bid’ah, antara sunat

dengan makruh dan antara mungkar dengan ma’ruf?

Ajaran Islam semuanya penting dan memberatkan timbangan di akhirat nanti atau

dengan lain ibarat, diberi ganjaran pahala kepada semua amal soleh kecil dan besar,

tidak dikatakan amal soleh segala perbuatan bid’ah, mungkar dan makruh. Oleh itu

hendaklah kita memperbanyakkan amal soleh dengan mengikuti ajaran Islam semuanya

tanpa menerima separuh menolak separuh yang lain.

 

8.6 - Amalan adat istiadat ini sudah lama bertapak di tanah air kita, tidak sahaja

diamalkan oleh orang awam malahan juga turut dilakukan oleh orang yang bergelar tuan

guru, ustaz, pak kiyai dan pak lebai. Kalaulah perkara itu bid’ah dan makruh tentulah

tidak di buat oleh mereka itu.

 

Jawapannya:

 

Kita tidak boleh mengikut pak lebai dengan membuta tuli tanpa dalil dan hujah yang

kuat, kerana pak kiyai dan ustaz tidak boleh ditentukan betul dan salah di atas kelakuan

dan amalannya itu, tetapi yang menjadi ukuran ialah Kitab AlIah dan sunnah Nabi s.a.w.

Bila tindakan dan perbuatan mereka menepati dengan kitab Allah dan Sunnah Nabi,

menunjukkan mereka berada di dalam kebenaran dan perlu dicontohi oleh semua

muslim dan muslimat. Manakala perbuatan mereka itu bercanggah dengan kitab Allah

atau bercanggah dengan Sunnah NabiNya, mereka tidak lagi harus diikuti dan dicontohi

Halaman Utama m/s. 25

Page 26: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

walau betapa tinggi jawatan yang mereka sandang dan betapa mulia martabat yang

mereka duduki.

 

Apakah tuan-tuan guru dan pak-pak kiyai yang sayangkan adat bid’ah yang makruh itu

lebih alim dan lebih faqih dari Jarir bin Abdullah, Imam Nawawi, Ibnu Qudamah, Sayyid

Abu Bakar dan lebih luas ilmunya dari Syaikh Daud Fataniy?

 

9-   Cadangan

 

9.1 - Apabila berlaku suatu kematian di dalam keluarga umat Islam, hendaklah mereka

mengelakkan dari terikut-ikut dengan adat kebiasaan yang bid’ah seperti orang ramai

berhimpun pada keluarga si mati dan keluarga si mati memasak dan menjamu mereka

samada sebelum atau selepas pengkebumian mayat.

 

9.2 - Hendaklah menjauhkan diri dari melakukan amalan yang dinamakan kaffarah dan

wahsyah iaitu orang ramai berhimpun di sisi keluarga si mati dan keluarga si mati

menjamu mereka pada malam pertama selepas pengebumian mayat, pada hari ketujuh,

hari kedua puluh, hari ke empat puluh dan seumpamanya.

 

9.3 - Hentikan helah muslihat, takwil dan qias yang tidak sihat dengan pelbagai cara bagi

mengekalkan amalan bid’ah selepas kematian.

 

9.4 - Segala jemputan kenduri makan selepas kematian hendaklah ditolak, kerana ianya

bid’ah serta makruh kepada orang yang memakan dan yang menjemput. Sekiranya

perbelanjaan makanan itu dari harta mahjur (orang yang ditahan dari mengurus

hartanya) atau dari harta yang belum baligh atau dari harta si mati yang menanggung

bebanan hutang, bukan lagi makruh malahan wajib ditolak panggilan itu kerana

hukumnya sama-sama berkongsi yang haram pula.

 

9.5 Diharap mendapat kerjasama umat Islam dari semua pihak, terutama dari bijak

pandai Islam bagi menghapuskan unsur-unsur bid`ah itu.

 

9.6 Dicadangkan segala derma takziah yang diterima oleh keluarga si mati diinfaqkan

pada sedekah-sedekah jariah untuk roh si mati, seperti untuk membina masjid,

membangunkan sekolah-sekolah pendidikan Islam, pusat-pusat tahfiz Al-Quran dan

sebagainya. Derma takziah juga boleh disumbangkan kepada segala jenis sabilillah. Kata

Imam Nawawi telah ijma ulama bahawa sedekah orang hidup untuk orang yang telah

mati, memberi faedah dan sampai pahala sedekah itu kepadanya. (23)

 

Halaman Utama m/s. 26

Page 27: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

9.7  Dicadangkan kepada masyarakat Islam di semua peringkat agar dapat menukarkan

bid’ah dengan al-sunnah dari Nabi dan sahabat, iaitu jiran, kaum kerabat yang jauh dan

sahabat handai kepada ahli si mati memberi makan kepada mereka bukan keluarga si

mati menjamu makan kepada orang ramai.

 

9.8  Diharap kepada ikhwan dan akhawat yang masih sayang kepada adat tradisi

tersebut supaya meneliti dengan halus dalil-dalil dan hujah yang ditegaskan oleh ulamak

muktabar melalui puluhan kitab karangan mereka.

 

9.9        Diharap setiap muslim dan muslimah menjadi ejen penyebaran dakwah

mengenai maklumat ini kepada masyarakat kita dengan kesungguhan. Tugas ini

menepati dengan tuntutan dari hadith sahih yang di riwayat oleh Muslim maksudnya,

“Siapa yang menunjukkan kepada kebaikan (khair) dia mendapat pahala seperti orang

yang membuatnya”.

 

10- Penutup

 

Sukacita diulangkan lagi bahawa ketetapan hukum yang ditegaskan di dalam risalah ini

bukan dari pendapat penyusun dan jauh sekali dari mengeluarkan fatwa, tetapi tulisan

ini hanya pendedahan hukum dari Imam-Imam mazhab, kibar ulamak dan ulamak

mujtahid mengenai bid’ah dan makruh apa yang dilakukan oleh ahli si mati selama ini

selepas berlaku kematian.

 

Semoga dengan usaha yang sedikit ini di harap mendapat keredhaan Allah Taala dan

moga-moga bermanfaat pada hari yang tidak berfaedah lagi segala harta dan anak

pinak. Astaghfirullah Al-Azim, Wallah Alam.

 

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=547

CADANGAN BACAAN LANJUT PEMURNIAN SYARIAT

FORMAT E-BOOK

SEMBAHYANG

1. Kesahihan Wirid Selepas Solat

2. Panduan Saf Kanak-Kanak Berdasarkan Kepada Hadis-Hadis

3. Berzikir Dan Berdoalah Secara Perlahan

4. Doa Setelah Solat Jenazah: Dari manakah asal-usulnya

Halaman Utama m/s. 27

Page 28: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

5. Jangan Abai Toma’ninah Dalam Solat

6. Beberapa Amalan Bid’ah Semasa Solat Jumaat

RAMADHAN, PUASA DAN HARIRAYA

1. Mengapa Terjerit-jerit Berselawat Dan Zikir Di Celah-celah Sembahyang Tarawih

2. Ketetapan Imsak Sebelum Subuh

3. Rakaat Tarawih : Antara Afdhal (Lebih Utama) Dan Mafdhul (Kurang Tepat)

4. Kepalsuan Hadis Kelebihan Tarawih

5. Berpuasa Tapi Bersugilah

6. Beberapa Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Dalam Bulan Ramadhan

7. Zakat Fitrah dan Hikmat Pensyariatannya

8. Tidak Boleh Keterlaluan Dalam Beramal : Hikmah Larangan Puasa Sebelum

Datangnya Ramadhan

9. Eid: Hukum Dan Adabnya

HAJI DAN UMRAH

1. Berulangkali Melakukan Haji Dan Umrah

2. Umrah : Sudah Berapa Kali Anda Lakukannya?

BID’AH

1. Bid’ah oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi (video iringan Maulana Asri Yusuf)

2. Usul Untuk Memulakan Perbahasan Bid’ah

EKONOMI DAN KEWANGAN

1. The Text of the Historic Judgment on Interest Given by the Supreme Court of

Pakistan

AMALAN MASYARAKAT SEMASA

1 Doa Awal Dan Akhir Tahun – Adakah Ia Benar Atau Bathil ?

2 Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah

3. Fatwa Bid’ahnya Tentang Merayakan Nisfu Syaaban

4. Hujah Dan Dalil Tentang Kelebihan Mengadakan Sambutan Maulidurrasul Dan

Sanggahan Terhadapnya

5. Sejauh Mana Boleh Beramal Dengan Zikir Sufi Ini

6. Kesesatan Kitab Barzanji, Qashidah Burdah dan Maulid Syarafil Anam

Halaman Utama m/s. 28

Page 29: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

9 Dhaifnya Hadis-Hadis Tentang Allah Memerhatikan Hamba-Hamba-Nya

Pada Malam Nisfu Sya’ban

10 Sejauh Mana Bid’ahnya Membuat Bubur Asyura

11 Hajat Dan Solat Hajat: Dimanakah Tahap Iman Kita?

12 Hakikat Puasa Bulan Sya’ban

13 Penyelewengan Fakta Kelebihan Bulan Rejab

14 Peringatan Maulid Nabi s.a.w. - Tinjauan Sejarah dan Hukumnya Menurut Islam

PENCERAHAN HUKUM SYARA’ DAN FALSAFAH PENSYARIATAN

1. Imam Bukhari : Perempuan Berhaidh Boleh Berada Dalam Masjid

2. Keharusan Perempuan Yang Haid Membaca Al-Quran

3. Penjelasan Maksud Sebenar Hadiths Larangan Pemakaian Labuh Atau Melebihi

Paras Buku Lali

UMUM

1. Hadis Pelepah Tamar Tidak Ada Kena Mengena Dengan Menghadiahkan Pahala

Kepada Si Mati

2. Fiqh Keutamaan – Dr Yusuf Al-Qardhawy

PELBAGAI

Hadith - Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masakini

- 99 Usul Dirayah Untuk Mengenal Pasti Hadits-Hadits Dha`if Dan Maudhu`

Aqidah - Menyingkap Rahsia Disebalik Kejadian Nur Muhammad

- Bahaya Syiah Kepada Aqidah, Syariah, Akhlak, Ummah Dan Negara

- Isu-Isu Sentral Dalam Pemikiran Islam Liberal

Masyarakat & Sosial – Kesalahan-Kesalahan Dalam Memberi Nama

- Kesalahan-Kesalahan Di dalam Menutup Aurat

Sejarah dan Sirah – Sayyidina Mu’awiyah Khalifah Rashid Yang Teraniaya

- Syiah Pembunuh Sayyidina Husain Di Karbala

- Kisah Isra’ Miraj Dari Rumah Ummu Hani’

Keindahan Islam - The Amazing Qur'an by Gary Miller

- Aminah As-Silmi : A Girl On A Mission

Halaman Utama m/s. 29

Page 30: Isu-isu Tentang Jenazah Dan Kematian

Perkara –Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah www.darulkautsar.net

- Falsafah Politik Di Sebalik Sembahyang Berjemaah

FORMAT BUKU (HARD-COPY)

1. Kembali Kepada Al-Quran dan Sunnah - K.H. Munawar Khalil

Penerbitan Bulan Bintang, Jakarta

Halaman Utama m/s. 30