Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan

15
Isu-isu Trenda Terkini dalam Teknologi Pendidikan TMK DALAM PJ PN. SALMI BINTI HJ LILEK JABATAN PJK KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

description

for common information

Transcript of Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan

Page 1: Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan

Isu-isu Trenda Terkini dalam Teknologi Pendidikan

TMK DALAM PJ

PN. SALMI BINTI HJ LILEKJABATAN PJK

KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

Page 2: Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan

SEJARAH PERKEMBANGAN KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

• Teknologi maklumat merupakan suatu alat utama dalam era maklumat. Alat ini digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebar maklumat terutama maklumat berbentuk digital.Teknologi maklumat merujuk kepada pengunaan pelbagai item dan keupayaan dlam penciptaan, penyimpanan dan penyebaran maklumat. Pada masa kini, istilah teknologi maklimat telah diperluaskan kepada Teknologi maklumat dan komunikasi atau dikenali sebabagi TMK

Page 3: Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan

-Menurut Senn(1998) teknologi maklumatmengandungi tiga kompenen iaitu komputer, komunikasi dan tahu- guna.Gabungan ketiga-tiga kompenen ini memberi peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya. Ketiga-tiga komponen ini tidak terpisah.Komputer dan rangkaian komputer tidak berguna jika tidak pandai menggunakannya. Pengetahuan tentang komputer sama penting dengan pengetahuan bagaimana menggunakannya.

Page 4: Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan

Komponen Teknologi MaklumatKomponen Takrifan

Komputer Digunakan untuk menerima, menyimpan, memproses dan mempersembah data dan maklumat

Rangkaian komunikasi Digunakan untuk penghantaran dan penerimaan data dan maklumat

Tahu-guna Apa?, bila? Dan bagaimana/ Teknologi maklumat digunakan secara untuk menyelesaikan masalah dengan merujuk kepada;-kebiasaan dengan alat teknologi maklumat Kemahiran yang diperlukan-memahami masa hendak menggunakan TMK untuk menyelesaikan masalah dan mengekplotasi peluang yang terbuka luas

Page 5: Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan

Impak TMK kepada Komuniti dan Sosio -ekonomi

a. Kepentingan Literasi Komputer Kepada Masyarakat.

b. Sumbangan TMK dalam Pembangunan negara.

c. Pengaruh TMK kepada kemajuan negara.d. Kesan Sosio-ekonomi kepada Masyarakat

dan Negara

Page 6: Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan

Kepentingan Literasi Komputer Kepada Masyarakat

• Memberi pengetahuan mengenai perkara-perkara yang menjadi asas kepada pendidikan komputer bagi membolehkan mereka mempertingkatkan dan mengoptiumkan kemahiran dalam bidang perkomputeran melalui pengajaran berasaskan teknologi komputer

• Mengetahui isu-isu terkini berkenaan program pendidikan komputer dan teknologi maklumat di sekolah-sekolah dan institusi-

institusi pendidikan.• Melaksanakan kajian yang dapat menjustifikasikan kepentingan

pengaplikasian konsep-konsep pendidikan komputer, teori-teori, strategi-strategi dan kaedah p&p dalam

usaha untuk mengemas kini kurikulum pendidikan komputer dan teknologi maklumat di sekolah dan institusi pendidikan yang lain.

Page 7: Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan

Sambungan….

• Memberi galakan bahawa penggunaan teknologi komputer didapati boleh meningkatkan harga diri dan keyakinan masyarakat.

• Teknologi komputer adalah sebagai sumber maklumat terbesar yang dapat membantu masyarakat mengambangkan kemahiran penyoalan dan penyelidikan.

• Teknologi dapat menghubungkan antara komuniti yang pelbagai budaya.

• Memudahkan segala urusan seharian termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan kesihatan, pengangkutan, perindustrian, pembuatan, kewangan dan sebagainya.

Page 8: Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan

Sumbangan TMK Dalam Pembangunan Negara.

• Penggunaan yang melusa terhadap teknologi maklumat akan mengubah cara hidup, cara berkerja, cara belajar dan corak pemikiran seseorang itu.

• Penggunaan teknologi maklumat juga mempunyai pontensi yang besar dalam meluaskan aktivti ekonomi, amalan prinsip-prinsip demokrasi, pembahagian kekayaan, dan faeadh sosial merentasi sempadan negara.

Page 9: Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan

Sambungan…

• Penggunaan teknologi maklumat berkemampuan mengurangkan pencemaran dan masalah lalu lintas.

• Penggunaan teknologi maklumat oleh kerajaan sebagai sokongan kepada pelbagai dasar negara dan program pembangunannya, terutama dalam pembahagian kekayaan dan peluang kepada masyarakat desa.

• Menjadikan Malaysia sebagai hub ICT dan multimedia di peringkat global.

Page 10: Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan

Sambungan…

• Meningkatkan taraf dan menambahkan infrastruktur komunikasi untuk meningkatkan kebolehcapaian di seluruh negara dengan tujuan merapatkan jurang digital.

• Meningkatkan pembangunan sumber manusai dalam bidang ICT bagi menambahkan bekalan tenaga manusia yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan.

• Menggalakkan e-dagang dan meningkatkan penggunaannya bagi membolehkan Malaysia bersaing dengan lebih berkesan dalam pasaran global.

Page 11: Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan

Pengaruh TMK kepada kemajuan Negara

• Penggunaan internet dan komputer multimedia telah mencetuskan perpindahan teknologi konvensional kepada era digital yang menakjubkan. Cth; pengguna internet hanya perlu menggunakan hujung jari dan menekan kata kata kunci pada papan kekunci. Secara ringkasnya kecanggihan dan keupayaan teknologi maklumat telah memudahkan komunikasi dua hala sesama manusia dan negara.

Page 12: Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan

Sambungan…

• Perdagangan menerusi talian atau lebih dikenali sebagai e-dagang menerusi perdagangan elektronik ini tidak lagi menjadi halangan bahkan pontensi pasaran semakin meningkat dan lebih berbentuk global.

• Perkhidmatan e-banking pada dasarnya adalah satu daripada sistem ekonomi yang penting kepada negara.

Page 13: Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan

Sambungan..

• Pendidikan sedunia mara setapak ke hadapan dengan membolehkan pendidikan jarak jauh di laksanakan.(pelajar hanya berhubung mllui internet)Kesimpulannya, masyarakat yang buta teknologi maklumat pada hari ini boleh disamakan seperti buta huruf pada zaman lalu.

Page 14: Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan

Kesan sosio-ekonomi kepada masyarakat dan negara

• Perubahan daripada ekonomi yang berinsentif buruh kepada yang berintensif modal.

• Perubahan daripada semangat kedaerahan kepada semangat kebangsaan dan sejagat.

• Perubahan daripada pekerja buruh kepada pekerja maklumat.

• Perubahan daripada monopoli kepada persaingan.

Page 15: Isu isu trenda terkini dalam teknologi pendidikan

Sambungan..

• Dasar pendidikan negara yang bersepadu• Perubahan daripada perancangan jangka

masa panjang kepada perancangan jangka masa pendek.

• Perubahan daripada pekerjaan tetap kepada tidak tetap.