ISU KANAK-KANAK

of 25 /25
ISU KANAK-KANAK PENDERAAN KANAK-KANAK OLEH IRWAN ASMIN MOHAMMAD AZRUL HARON MOHAMAD NOR HAKIM MOHAMAD ALI

Embed Size (px)

description

sosieoemosi kanak-kanak

Transcript of ISU KANAK-KANAK

ISU KANAK-KANAKPENDERAAN KANAK-KANAKOLEH IRWAN ASMIN MOHAMMAD AZRUL HARON MOHAMAD NOR HAKIM MOHAMAD ALI

DEFINISI KANAK-KANAKKanak-kanak ialah golongan di bawah umur 18 tahun yang memerlukan jagaan, pemeliharaan, perlindungan dan pemuliharaan mengikut takrifan Akta Kanak-kanak 2001

JENIS PENDERAAN KANAK-KANAK PENDERAAN FIZIKAL KANAKKANAK PENDERAAN MENTAL KANAK KANAK(EMOSI)

PENDERAAN FIZIKAL KANAK-KANAK satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan Juga bertujuan untuk menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi

PENDERAAN EMOSI KANAK-KANAK Penderaan kanak-kanak secara emosi kurang mendapat perhatian walaupun penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Penderaan emosi memberi kesan terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak.

KATEGORI PENDERAAN EMOSI OLEH IBU BAPA

penolakan, pengasingan, menakutkan, sikap tidak peduli sikap merasuah fikiran

PENOLAKAN Tindakan ibu bapa atau penjaga yang tidak mahu mengaku dan menerima anak mereka sebagai anak mereka. Memanggil anak mereka dengan kata-kata yang hina, kesat dan sengaja menjatuhkan air muka dan harga diri anak itu di khalayak ramai.

PENGASINGAN tindakan ibu bapa atau penjaga yang sengaja mengasingkan anak dengan menguncikan anak di dalam almari atau bilik dalam jangka masa yang panjang. tidak membenarkan anak mereka bergaul dan berinteraksi dengan rakan sebaya atau orang lain.

MENAKUTKAN tindakan mengancam untuk mencedera, membunuh dan meninggalkan anak (abandon) sekiranya anak tidak mengikut kata atau tidak menunjukkan tingkah laku yang diharapkan. Termasuk ancaman oleh pendera yang mahu melakukan sesuatu kepada orang yang disayangi oleh kanak-kanak tersebut sekiranya tidak menurut perintah

SIKAP TIDAK PEDULI tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dengan sengaja tidak mempedulikan usaha anak untuk mendapat belaian kasih sayang daripada mereka. Ibu bapa tidak berminat untuk menjalinkan emosi dengan anak. Tingkah laku ini sering terjadi pada kanakkanak yang dianaktirikan.

SIKAP MERASUAH FIKIRAN tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang menggalakkan, mengajar dan membiarkan anak melakukan kegiatan antisosial seperti melakukan maksiat dan jenayah. Ibu bapa yang mempunyai tingkah laku buruk dan tidak bermoral, dan dicontohi oleh anak mereka.

KEPADA KANAKKANAKKESAN-KESAN PENDERAAN

Terdapatnya kesan-kesan kecederaan fizikal pada tubuh kanak-kanak kanak-kanak yang sering menjadi mangsa dera akan mengikut sikap ibu bapa mereka. Kanak-kanak ini juga akan lebih bersikap agresif dan menentang(memberontak)

mengakibatkan mangsa sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia merasakan bahawa ia tidak diterima. Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar lemah, kesepian dan tidak mempunyai kawan. Mengalami gangguan mental atau tingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, pengasingan diri,

PUNCA-PUNCA PENDERAAN

OLEH IBU BAPA

PERTENGKARAN MASALAH KEWANGAN MASALAH RUMAH TANGGA MASALAH ARAK DAN DADAH

PERTENGKARAN ibu bapa yang menghadapi tekanan samada pertengkaran di tempat kerja, mahupun pertengkaran suami-isteri, Akan menyebabkan anak mereka menjadi mangsa untuk melepaskan geram. kajian saintifik terhadap otak manusia menunjukkan apabila seseorang itu tertekan, maka otak mereka tidak akan dapat berfungsi dengan baik seterusnya bertindak di luar kawalan.

MASALAH KEWANGAN Tekanan masalah ekonomi keluarga atau beban kerja yang dihadapi oleh ibu bapa juga merupakan faktor berlakunya penderaan kanak-kanak. Keperluan wang yang semakin bertambah pada hari ini meningkatkan lagi tekanan ibu bapa Ibu bapa sering melepaskan tekanan tersebut dengan menyakiti atau memukul anak-anak.

MASALAH RUMAH TANGGA Penderaan anak-anak lebih kerap ketika ibu bapa mangsa berada dalam proses penceraian. ibu bapa akan mencari tempat untuk meluahkan rasa marah, kecewa dan membalas dendam. Justeru kanak-kanak berada di dalam konflik yang sangat sukar dalam hidup mereka untuk memilih di antara ibu atau bapa.

MASALAH ARAK DAN DADAH Ketagihan arak dan dadah akan menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan perikemanusiaan. Anak-anaklah yang sering menjadi mangsa mereka Kesan dadah atau arak juga menyebabkan si penagihnya lupa diri dan khayal. Oleh itu,mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa kepada keluarga,malah menyeksa anak-anak yang tidak berdosa.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

PENDERAAN KANAKKANAK

Kesedaran pada ibu bapa. - Kempen menyayangi anak. - Memberi ceramah keagamaan kepada ibu bapa atau penjaga. - Kesedaran tentang hak kanak-kanak dilindungi undangundang. Tindakan undang-undang. - Hukuman penjara . - Memisahkan anak daripada jagaan ibu bapa yang dihukum.

Kerjasama daripada semua pihak -jiran-jiran membuat laporan jika ada berlaku penderaan di kawasan tempat tinggal. - guru-guru hendaklah sentiasa perihatin dengan perubahan sikap kanak-kanak yang berkemungkinan menjadi mangsa dera.

KESIMPULAN Setiap detik gangguan yang berlaku boleh membawa kepada pelbagai reaksi dan padah yang berpanjangan sehingga menggangu saatsaat penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Jika perkembangan sosioemosi kanak-kanak sudah terganggu dari awal lagi, pelbagai masalah mental dan sosial akan timbul apabila kanak-kanak ini melangkah ke alam dewasa.

SEKIAN

TERIMA KASIH