Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

34
1. BINCANGKAN ISU MH370 SERTAKAN KESAN KEPADA NEGARA Tragedi kehilangan kapal terbang MAS MH370 menimbulkan banyak persoalan tetapi ia juga telah menonjolkan pelbagai isu seperti keselamatan, media, hubungan antarabangsa dan psikologi rakyat Malaysia sebagai satu masyarakat dan dunia sebagai masyarakat global. MH370 berlanjutan dan mencalar reputasi Malaysia di mata dunia, kerajaan perlu kikis sikap “urusan seperti biasa” yang sering diamalkan. Ia perlu sedar bahawa seluruh dunia terlibat di dalam krisis ini. Ini bukan urusan domestik seperti yang selalu. China hari ini merupakan ekonomi kedua terbesar dunia. Memainkan sentimen perkauman ketika berdepan kritikan mereka mampu memberi kesan buruk. Menyalahkan media negara China kerana cara mereka membuat liputan berkenaan MH370 tidak akan membantu hubungan diplomatik kedua-dua negara. Malaysia perlu lebih berhemah dengan menggunakan semua saluran diplomatiknya bagi berdepan kritikan. Bukan hanya China, Malaysia sewajarnya sedar seluruh dunia turut terkesan dengan saga MH370 ini. MAS sudahpun berdepan masalah akibat beban hutang yang mencecah RM4 bilion. Ia hanya mampu bertahan dengan suntikan dana daripada kerajaan. Krisis MH370 ini jika berlanjutan akan tambah memberi tekanan kepada MAS serta kerajaan Malaysia. Ia juga bakal memberi kesan kepada ekonomi makro negara. Beberapa contoh disertakan di bawah ini: Ø Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 yang dibuat di China dibatalkan kerana sentimen kebencian di situ; Ø Malaysia sebelum ini menanam rasa sakit hati pengikut Syiah di Iran; dan Ø ketegangan kaum atas kebiadaban orang tertentu bercakap mengulas tentang bangsa cina dan rakyat cina.

description

assignment

Transcript of Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

Page 1: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

1. BINCANGKAN ISU MH370 SERTAKAN KESAN KEPADA NEGARA

Tragedi kehilangan kapal terbang MAS MH370 menimbulkan banyak persoalan tetapi ia juga telah menonjolkan pelbagai isu seperti keselamatan, media, hubungan antarabangsa dan psikologi rakyat Malaysia sebagai satu masyarakat dan dunia sebagai masyarakat global.

MH370 berlanjutan dan mencalar reputasi Malaysia di mata dunia, kerajaan perlu kikis sikap “urusan seperti biasa” yang sering diamalkan. Ia perlu sedar bahawa seluruh dunia terlibat di dalam krisis ini. Ini bukan urusan domestik seperti yang selalu.

China hari ini merupakan ekonomi kedua terbesar dunia. Memainkan sentimen perkauman ketika berdepan kritikan mereka mampu memberi kesan buruk. Menyalahkan media negara China kerana cara mereka membuat liputan berkenaan MH370 tidak akan membantu hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Malaysia perlu lebih berhemah dengan menggunakan semua saluran diplomatiknya bagi berdepan kritikan. Bukan hanya China, Malaysia sewajarnya sedar seluruh dunia turut terkesan dengan saga MH370 ini. MAS sudahpun berdepan masalah akibat beban hutang yang mencecah RM4 bilion. Ia hanya mampu bertahan dengan suntikan dana daripada kerajaan. Krisis MH370 ini jika berlanjutan akan tambah memberi tekanan kepada MAS serta kerajaan Malaysia. Ia juga bakal memberi kesan kepada ekonomi makro negara.

Beberapa contoh disertakan di bawah ini:

Ø Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 yang dibuat di China dibatalkan kerana sentimen kebencian di situ;

Ø Malaysia sebelum ini menanam rasa sakit hati pengikut Syiah di Iran; dan

Ø ketegangan kaum atas kebiadaban orang tertentu bercakap mengulas tentang bangsa cina dan rakyat cina.

Ø Hubungan ekonomi.

Ø Pejabat MAS di Beijing telah di arahkan tutup faktor keselematan.

Page 2: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

Ø Ancaman keselamatan rakyat Malaysia termasuk pelajar dan pekerja.

Ø Ancaman serangan siber ke website sistem perbankan, keselamatan negara dan website kerajaan oleh cyber troopers negara cina.

Ø Pemulauan barangan Malaysia .

Ø Pemulauan dan kesan ekonomi kepada tarikan pelancong .

Ø Kuasa besar ekonomi moden dunia iaitu cina mampu secara halus atau kasar menekan MAS dan Malaysia secara legal melalui tuntutan berbilion ringgit.

Ø Harga barang di Malaysia akan bertambah naik lagi kesan tekanan ekonomi akibat dari tindakan undang2, gantirugi, kos luar budget dll ...

Ø Kestabilan politik makin tergugat kesan dari penglibatan antarabangsa.

Ø Kelemahan sistem ketenteraaan / udara dan laut Malaysia terbongkar.

Ø Media di China mula mempromosi Terusan Isthmus Kra bagi mengelakkan Selat Melaka dan pelabuhan di Malaysia.

Hubungan tegang dengan China dan sikap Malaysia menjadikan pelabur kurang yakin. Bolehkah Malaysia berdepan masalah jangka panjang bagi industri dan perdagangannya? Semuanya boleh membawa kita ke zaman gelap, anak-anak susah nak sekolah, nak makan pun susah, pengangguran meningkat, kerja susah dan banyak lagi. Pihak berkuasa Malaysia perlu lebih bertenang dan tidak berkonfrantasi dengan mana-mana pihak.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang hilang selepas sejam penerbangan pada pagi 8 Mac lalu. Ini termasuk 154 daripada China dan Taiwan. Ahli keluarga di Beijing menuduh kerajaan Malaysia dan MAS menipu kerana informasi yang tidak konsisten tentang nasib pesawat tersebut. Ahli

Page 3: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

keluarga dari China membuat bantahan di hadapan kedutaan Malaysia di Beijing. Mereka menuntut penjelasan dari Putrajaya. Mereka bertempur dengan polis yang membuat benteng manusia di luar bangunan kedutaan dan melaungkan slogan kerajaan Malaysia adalah “pembunuh”.

China juga mempersoal keabsahan maklumat satelit yang digunakan Malaysia bagi mengumumkan pesawat MH370 telah terhempas di Lautan Hindi. Presiden Xi Jinping telah mengarahkan wakil khas Naib Menteri Luar Zhang Yesui ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan analisa secara dekat sementara Timbalan Menteri Luar Xie Hangshend mengarahkan duta Malaysia memberitahu beliau apa yang menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman memilukan itu. China mendesak Inmarsat dan pihak berkuasa Malaysia menjelaskan mengapa ada penangguhan empat hari sebelum maklumat disampaikan bagi misi pencarian pesawat tersebut.

MH370 adalah lebih daripada hanya sebuah pesawat yang hilang kerana ia

menguji keupayaan Kerajaan Malaysia menjana sokongan antarabangsa

untuk misi mencari dan menyelamat. Sokongan antarabangsa sedemikian

tidak mungkin diperolehi tanpa wujudnya kedudukan mantap urusan

diplomasi Malaysia. Banyak isu politik seperti kedaulatan dan perbedaan

politik telah timbul, namun Kerajaan Malaysia berjaya mengatasi masalah itu

untuk mendapatkan sokongan banyak negara asing. Bagaimana pun bahawa

ada ruang untuk penambahbaikan khususnya kerana peristiwa itu telah

menunjukkan kelemahan keselamatan ruang udara negara. Pihak tentera

telah mengesan MH370 mengubah arah laluan penerbangannya tetapi tidak

mengambil sebarang tindakan kerana pihak tentera terlalu berpegang

kepada protokol yang ketat untuk mengambil tindakan selanjutnya. Walau

bagaimana pun terdapat banyak isu seperti keselamatan telah timbul di

peringkat antarabangsa dan telah dapat ditangani oleh Malaysia dengan

baik. Tuduhan Malaysia tidak telus dan tidak cekap dilemparkan oleh rakyat

China, Malaysia masih penting untuk negara China. China adalah rakan

perdagangan Malaysia yang terbesar dan China juga tidak mahu Malaysia

berpaling untuk menjadi terlalu pro Amerika.

Malaysia adalah penting untuk China kerana lokasinya strategik yang mana

Selat Melaka adalah laluan penting bagi China untuk bekalan minyak yang

Page 4: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

amat diperlukannya demi perkembangan ekonominya. Namun begitu

menyorot kepada laporan yang mengatakan bahawa jumlah pelancong

China ke Malaysia telah merosot sebanyak 30 peratus sejak peristiwa itu.

Teori kononnya MH370 menjadi mangsa kerana ia membawa rahsia

teknologi dron terkini Amerika untuk dihantar ke China.

Kawalan amat ketat pemerintah ke atas media arus perdana dengan

kewujudan pelbagai undang-undang yang mengongkong kebebasan media.

Ini membuatkan wartawan tempatan dari media arus perdana hanya dapat

bertindak sebagai pencatat peristiwa dengan menyuapkan berita versi

pemerintah semata-mata. Beberapa media arus perdana juga tidak

membantu keadaan. Wartawan mereka tidak berupaya bertanya soalan-

soalan yang harus dikemukakan. Wartawan yang berani berbuat demikian

penulisan mereka tidak akan digunakan atau disiarkan setelah diolah

semula. Kewartawanan Malaysia sudah tidak lagi menjadi satu profesyen,

sebaliknya satu pekerjaan sahaja. Dengan sebab pihak berkuasa hanya biasa

dengan wartawan yang telah dijinakkan dan menurut perintah ia

membuatkan pihak berkuasa tidak dapat menangani soalan dari media asing

dengan baik apabila berhadapan dengan mereka. Kelemahan tersebut

menyebabkan banyak kritikan yang dibuat terhadap keupayaan pihak

kerajaan dalam menangani isu tersebut.

Kesihatan psikologi keluarga terdekat mangsa penumpang MH370 dan

mendapati media telah memburukkan lagi keadaan psikologi mereka dengan

berterusan kerana mahu mengajukan soalan. Keluarga terdekat mangsa

sedang berhadapan dengan keadaan yang dikenali sebagai ‘ambigious loss’

atau kehilangan tidak menentu. Dalam keadaan kehilangan biasa seseorang

akan melalui proses bersedih dan menerima realiti. Akhirnya meraka redha

dengan kehilangan tersebut. Namun dalam kes MH370 kehilangan yang

mereka alami disertai dengan harapan besar bahawa keluarga dan orang

tersayang akan kembali. Apabila media berusaha juga untuk mengajukan

Page 5: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

soalan seperti "bagaimana perasaan anda" membuatkan keluarga sentiasa

mengenang kembali kehilangan mereka. Ini sama sekali tidak membantu

usaha memulihkan perasaan mereka itu.

Pemangku menteri pengangkutan itu yang kini setiap hari berada dalam liputan media tempatan dan antarabangsa mengatakan Malaysia tidak akan berputus asa dalam usaha pencarian pesawat MH370 meskipun tiada perkembangan terbaru mengenainya termasuk usaha mencari serpihan di Lautan Hindi yang dikatakan ada kaitan dengan kehilangan pesawat itu.

Dalam usaha terus mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, reformasi atau pun perubahan secara besar-besaran perlu dilakukan bagi Malaysia dalam pelbagai aspek.

Seharusnya Parlimen memberikan tumpuan kepada kes ini bagi membenarkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat bekerjasama dalam berdepan dengan krisis ini, akan tetapi ini tidak dilakukan.

Malaysia masih tidak berani untuk memberi peluang anggota parlimen parti kerajaan dan pembangkang untuk bekerjasama dalam berdepan dengan isu besar seperti ini.

Kehilangan pesawat MH370 juga membuktikan betapa pentingnya ketelusan dan amalan pentadbiran baik atau “good governance” diamalkan di Malaysia. Jika Jabatan Imigresen mengamalkan pentadbiran baik, tidak mungkin dua warga Iran yang menggunakan pasport curi akan berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan sebelum berjaya menaiki pesawat MH370 yang masih hilang itu. Ketika Malaysia menjadi tumpuan dunia akibat kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu, masyarakat antarabangsa turut sama menyaksikan pelbagai kelemahan negara.

kini pegawai-pegawai kerajaan merasakan sendiri pengalaman “dimaki hamun” keluarga penumpang daripada China kerana gagal memberikan maklumat tepat kepada mereka. Putrajaya

Page 6: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

sebelum ini dengan “gembiranya” menyekat wartawan-wartawan portal berita independen seperti The Malaysian Insider, Malaysia kini dan lain-lain dalam majlis-majlis mereka kerana dikatakan “pro pembangkang” kerana tidak bertanyakan soalan-soalan membodek. Kini Hishammuddin dan pegawai kerajaan lain merasakan sendiri bagaimana sukarnya untuk menjawab soalan-soalan daripada petugas media antarabangsa yang tidak akan berputus asa bertanya selagi tidak mendapat jawapan.

Sekurang-kurangnya Hishammuddin banyak belajar daripada krisis ini berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih “dikutuk” akibat daripada tidak membenarkan sebarang soalan ditanya ketika disidang media khasnya minggu lalu.

Apa-apa pun, Malaysia kini sudah menjadi lebih masyur walaupun kerana sebab yang tidak sepatutnya berlaku. Faktanya, Malaysia lebih dikenali dunia berbanding sebelum ini. Apabila sudah terkenal bermakna negara akan terus diperhatikan. Oleh itu Malaysia juga perlu berubah agar berjaya mencapai standard dunia. Jika tidak, kita akan terus ditertawakan masyarakat antarabangsa kerana kebodohan kita. Dalam pada itu, kita harus terus berdoa agar MH370 dapat ditemui dan segala kesedihan, kepedihan dan ketidakpastian akan berakhir.

Page 7: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

2. BAGAIMANA FAKTOR KEMISKINAN BOLEH MEMPENGARUHI HUBUNGAN ETNIK DIMALAYSIA

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia.

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum

Page 8: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.

Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan Borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama.

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.

Masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenal pasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.

Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyrakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

Page 9: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana dinegara iyu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar kenegara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India dating sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris Berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar.

Pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka.

Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 Mei 1969.

Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok.

Page 10: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya.

Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempetan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.

Kesimpulannya pembentukan masyarakat majmuk diMalaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British diTanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa diMalaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah Negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan Negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

Perasaan perkauman di negara ini sejak merdeka sehingga kini tidak banyak berubah. Biarpun peristiwa 13 Mei 1969 menyedarkan banyak pihak tentang pentingnya perpaduan untuk keselamatan dan pembangunan negara tetapi ia tidak berupaya mengikis perasaan perkauman di kalangan kumpulan etnik di negara ini. Malahan pada masa ini, ikatan kesetiaan etnik memainkan peranan yang amat penting. Hampir seluruh kegiatan, tindakan dan pergerakan adalah berasaskan kepada etnik.

Page 11: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

Jika keputusan pilihan raya 1986 boleh dijadikan sebagai ukuran perasaan perkauman di negara ini, kita boleh rumuskan bahawa perasaan perkauman kumpulan etnik di negara ini amat tebal. Pilihan raya 1986 memperlihatkan betapa parti yang bersifat perkauman sahaja yang mendapat tempat di hati pengundi. Parti yang tidak mengharapkan sokongan satu- satu kaum tidak mampu bersaing dengan parti yang bercorak perkauman. Ini mudah difahami kerana dalam masyarakat berbilang etnik yang kumpulan etniknya bersaing antara satu sama lain untuk merebut sumber kekayaan yang sama, seruan-seruan menggunakan faktor etnik biasanya dengan mudah dapat mengumpulkan sokongan daripada anggota-anggota kumpulan etnik itu.

Perasaan perkauman yang tebal ini wujud di sebalik usaha kerajaan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik. Usaha itu termasuklah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara selepas berlaku peristiwa 13 Mei 1969, menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan, membentuk sistem pendidikan yang berorientasi perpaduan, penggubalan prinsip Rukun Negara dan melancarkan rancangan pembangunan 20 tahun Dasar Ekonomi Baru.

Menerusi Dasar Ekonomi Baru, kerajaan berusaha untuk menambah penglibatan orang-orang Melayu dalam industri dan perdagangan. Hasrat ini jelas dinyatakan dalam buku Rancangan Malaysia Kedua 1971-75.

Istilah etnik berasal dari perkataan Yunani “ethnos” yang bererti orang. Etnik dalam bidang sosiologi membawa erti sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dan menganggap dirinya sama dengan anggota yang lain dari segi budaya, agama, bahasa dan nilai hidup. Perasaan sesuatu kelompok yang menganggap kelompoknya berbeza dari kelompok lain disebabkan oleh ciri-ciri sosio-budaya tersebut dinamakan etnisiti.

Oleh itu istilah etnik lebih sesuai digunakan dalam kajian mengenai masalah perkauman dan perpaduan. Masalah-masalah ini wujud bukan kerana perbezaan warna kulit atau warna mata. Ia disebabkan oleh prejudis, stereotaip dan diskriminasi yang wujud akibat daripada perbezaan cara dan nilai hidup.

Kemiskinan masih menarik perhatian banyak pihak, termasuk para ahli akademik di berbagai bidang kajian. Kajian tentang kemiskinan selalunya melibatkan faktor ekonomi, sosial, budaya dan juga politik. Ahli sejarah dan perbandingan kemiskinan mendefinisikan kemiskinan melalui satu garisan (continuum), kemahuan (want) bermula dari kebuluran, saradiri

Page 12: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

(subsistence), sosial coping dan akhir sekali partisipasi sosial. Walau bagaimanapun, kemiskinan merupakan sebagai suatu masalah kehidupan sosial didalam masyarakat dunia ketiga, bukan hanya wujud pada masyarakat luar bandar, tetapi juga bandar. Seperti halnya dituliskan oleh ahli-ahli sosiologi, politik dan ekonomi yang menyatakan bahawa kemiskinan termasuk dalam permasalahan sosial, tetapi apa yang menyebabkannya dan bagaimana mengatasinya tergantung pada ideologi yang dipergunakan. Maksud daripada ideologi ini adalah tergantung daripada bagaimana pentadbir negara menyelesaikannya.

Para ahli sains sosial telah mengumpulkan berbagai statistik untuk mengetahui betapa meluasnya fenomena kemiskinan yang berlaku di seluruh dunia dengan berpautan kepada beberapa petunjuk tertentu. Antara lain, kekurangan makanan, perkiraan usia purata dilahirkan, seberapa luas ketidaktahuannya dan lain-lain.

Oleh sebab makanan merupakan keperluan asas untuk hidup dan pelbagai jenis kekurangan berlaku keatas diri seseorang. Namun apabila makanan sudah terpenuhi seseorang akan mencari perlindungan dengan membina rumah yang layak didiami sehingga seseorang itu akan mudah meneruskan kehidupannya. Di samping kedua-dua ukuran biologikal dan fizikal tersebut, telah ditambahkan pula kurang pendidikan sebagai indikator yang berkaitan dengan kemajuan sosial. Untuk mencapai kemajuan sosial tersebut diperlukanlah pembangunan.

Pembangunan ditakrifkan sebagai sekumpulan usaha manusia yang dilakukan secara merdeka, terancang dan berterusan untuk meningkatkan kualiti kehidupan, matlamat asas pembangunan adalah memberdayakan manusia sebagai insan yang merdeka supaya dapat mencapai taraf kehidupan dan keadilan sosial yang lebih baik, ringkasnya, pembangunan bertujuan untuk memperkaya kehidupan manusia atau enriching human lives.

Oleh sebab itu pembangunan dapat dikatakan sebagai sekumpulan program atau projek untuk memperbesar peluang manusia dalam mempertahankan dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan, mempertinggi aksesibiliti dan memperkuat penyertaan yang menunjukkan petunjuk tentang kedudukan manusia sebagai diutamakan (put people first), merujuk kepada pentakrifan diatas pembangunan sosial dan ekonomi bertujuan untuk mensejahterakan sama ada manusia ataupun masyarakat. Secara tidak

Page 13: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

langsung mensejahterakan manusia dan masyarakat ialah membasmi kemiskinan dalam bentuk apapun.

Unsur manusia merupakan faktor kunci dalam pembangunan kerana manusia sebagai subjek atau pelakon sekaligus objek atau tujuan pembangunan. Ini bermakna bahawa pencapaian pembangunan adalah bergantung kepada kebolehan manusia dalam menterjemahkan berbagai isu pembangunan kemudian menggubal dasar dan merancang strategi pembangunan. Seterusnya, untuk melaksanakan pembangunan tersebut diperlukanlah, program dan projek pembangunan serta mengawal prosesnya termasuk alokasi dan distribusi sumber-sumber atau faktor-faktor produksi, untuk membasmi kemiskinan.

Isu kemiskinan negara-negara yang sedang membangun selalunya menjadi perbincangan yang menarik untuk dibahas di negara-negara maju. Namun para penyelidik sosial kurang memperhatikan bahawa di bandar-bandar besar masih banyak masyarakat miskin yang perlu diberi perhatian. Kepesatan pembangunan sesebuah bandar merupakan daya tarikan kepada masyarakat kampung untuk berpindah dan merasakan bagaimana rasa kehidupan bandaraya. Keadaan dan masalah kemiskinan dalam bandar, selalunya wujud didalam kawasan-kawasan setinggan di kawasan pinggiran bandar. Selama ini isu kemiskinan sering dihubungkaitkan dengan keadaan masyarakat luar bandar seperti di kampung yang terpencil ataupun kampung yang mundur.

Kajian ini menyelidiki perbandingan program kerajaan dalam membasmi kemiskinan pada masyarakat miskin di bandar yang terpinggirkan, kerana selama ini mereka selalunya dianggap hanya sebagai masyarakat pelengkap para penduduk kaya di bandar-bandar besar, tanpa diperhatikan kebutuhan asasnya. Masyarakat miskin ini bekerja di sektor informal bandar dengan pendapatan yang rendah untuk bertahan hidup di bandar-bandar besar. Terdapat warga bandar yang tidak punya pekerjaan tetap dan melakukan jenayah sekadar untuk mempertahankan hidup.

Bandar-bandar Malaysia mempunyai ciri-ciri penduduk yang hampir sama, sehingga memungkinkan suatu kajian perbandingan dilakukan.Tingkat penghijrahan ke bandar-bandar besar di kedua-dua negara ini mempunyai tingkat yang hampir sama di negara-negara Asia Tenggara, selain Thailand dan Filipina. Tingkat penghijrahan ini disebabkan kekurangan seimbangannya pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Page 14: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

Fenomena sosial seperti kemiskinan sendiri masih wujud di bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia. Oleh kerana kemiskinan merupakan satu bidang kajian sosiologikal yang bukan sahaja dikaji sebagai suatu permasalahan dalam kehidupan masyarakat bandar, tetapi juga termasuk berbagai program kerajaan dalam pembasmian kemiskinan bandar. Pengambilan kes di bandaraya Kuala Lumpur, ini kerana bandar ini memiliki ciri yang khas merupakan pusat perniagaan, pendidikan dan pelancongan. Oleh kerana itu adalah wajar jika kebanyakan warga yang tinggal di kawasan ini yang terdiri bukan daripada hanya terdiri warga tempatan, dan tetapi juga warga pendatang asing.

Kuala Lumpur memiliki lebih kurang 22 institusi pengajian tinggi, termasuk awam (IPTA) dan swasta (IPTS). Kemudian beberapa pusat perniagaan yang besar terdapat di sekitaran Kuala Lumpur. Di bandaraya Kuala Lumpur penduduk tempatan (lokal) adalah terdiri daripada warga Melayu dengan pendatangnya adalah warga etnik-etnik lain seperti Cina, India, dan Indonesia.

Pelaksanaan program-program pembangunan negara telah dapat meningkatkan taraf kehidupan rakyat di Malaysia. Kemajuan yang cemerlang dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), 1971-1990 telah mencapai matlamat untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi, bagi mencapai hasrat dan matlamat Dasar Ekonomi Baru, pada tahun-tahun 1970-an penglibatan kerajaan begitu kentara sekali dalam kegiatan-kegiatan ekonomi menerusi pelaksanaan projek-projek pembangunan perindustrian, perniagaan dan sebagainya. Penglibatan sedemikian dapat dilakukan kerana ekonomi negara pada saat itu adalah kukuh dan kedudukan kewangan kerajaan Malaysia juga kuat. Tambahan pula pada masa itu sektor swasta pada umumnya tidak mampu memainkan peranan sedemikian.

Kemelesetan ekonomi negara yang melanda hampir semua negara di Asia memaksa kerajaan melihat kembali peranannya. Kedudukan kewangan kerajaan dan hutang negara yang tinggi tidak memungkinkan ia menampung satu perkhidmatan awam yang besar saiznya. Disamping itu didapati setengah-setengah perusahaan awam tidak dapat dikendalikan dengan baik kerana kelemahan-kelemahan pengurusan, kurang pengalaman dan sebagainya. Ini termasuklah masalah perumahan bagi rakyat miskin, usaha yang bersungguh-sungguh untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan

Page 15: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

penduduk di Malaysia telah diteruskan melalui Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang merupakan teras utama dan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kelapan, 2001-0055 serta Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000. Matlamat utama dasar pembangunan negara ialah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang dapat dicapai, terutama melalui pembangunan perumahan kos rendah bagi orang-orang yang masih mendiami rumah setinggan .

Fenomena setinggan telah menjadi masalah utama negara sejak dari dahulu lagi dan sering dikaitkan dengan gambaran yang bercanggah dengan nilai-nilai kehidupan yang ideal. Antara masalah tersebut ialah kesesakan penghuni, keadaan bangunan buruk dan berselerak, kemiskinan, masalah sosial, tiada kemudahan infrastruktur dan sebagainya. Untuk mencapai pembangunan perumahan yang seimbang seperti yang ditekankan oleh Dasar Pembangunan Nasional, beberapa strategi baru telah diperkenalkan. Ini termasuklah dasar-dasar untuk mempelbagaikan asas industri perumahan, meningkatkan pembangunan sumber daya manusia dalam sektor perumahan, menggalakkan usaha peningkatan teknologi dalam sektor perumahan dan mengurangkan ketidakseimbangan struktur antara sektor perumahan bandar dan perumahan luar bandar serta antara wilayah maju dan wilayah mundur.

Dalam rancangan pembangunan nasional, aspek etnik turut menjadi keutamaan. Pelbagai dasar dan program pembangunan dirangka dan dilaksanakan demi untuk mencapai kemajuan menyeluruh meliputi semua lapisan etnik di negara ini. Dalam Rancangan Malaysia ke-9, terdapat rancangan lima tahun yang menjadi pemacu kepada misi nasional ke arah mencapai wawasan 2020.

Di bawah pemerintahan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Rancangan Malaysia ke-9 merupakan kesinambungan perancangan kerajaan membentuk negara yang maju dari segi ekonomi, seimbang dari segi pembangunan sosial, memiliki masyarakat bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. Terdapat lima teras yang menjadi misi nasional yang menyumbang kepada perpaduan etnik di Malaysia seperti berikut: -

Teras Pertama: Meningkatkan Nilai Tambah Dalam Ekonomi Negara

- Meningkatkan nilai tambah dalam sector pembuatan, perkhidmatan dan

Page 16: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

pertanian.- Menjana sumber kekayaan baru melalui ICT dan bioteknologi.- Meningkatkan pewujudan pekerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.- Menjadikan sektor swasta peneraju pembangunan ekonomi.- Memperluas pasaran bagi produk dan perkhidmatan Malaysia.

Teras Kedua: Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara serta Memupuk Minda Kelas Pertama

- Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.- Memperkukuhkan keupayaan R&D, Sains dan Inovasi.- Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.- Memperkasakan belia dan wanita.

Teras Ketiga: Menangani Masalah Ketidaseimbangan Sosioekonomi Secara Membina dan Produktif

- Basmi kemiskinan.- Memacu pembangunan wilayah.- Mengurangkan jurang kekayaan.- Penstrukturan semula pola pekerjaan.- Membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera generasi baru.- Mencapai pembangunan lebih seimbang dan bermakna.

Teras Keempat: Meningkatkan Tahap dan Kemampuan Kualiti Hidup

- Memenuhi keperluan perumahan dan menambah baik perkhidmatan perbandaran.- Menambah baik perkkhidmatan kesihatan.- Menambah baik kemudahan prasarana pengangkutan.- Menjamin bekalan tenaga mampan.- Mempertingkat sistem pembekalan air dan menangani banjir.- Memastikan pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber mampan.- Membangunkan sukan.- Menjamin pertahanan negara dan ketenteraman awam.

Sehingga kerajaan telah ikut serta dalam program ini dalam pembangunan perumahan dan melalui projek penswastaan yang dilakukan oleh kerajaan.

Page 17: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

Bahkan di bawah Rancangan Malaysia Kelima dan Keenam (1986-1995), program-program perumahan telah dilaksanakan dalam konteks konsep petempatan manusia. Di bawah ini penyediaan kemudahan-kemudahan sosial seperti sekolah, klinik dan dewan masyarakat ditekankan, sebagai tambahan kepada penyediaan kemudahan-kemudahan infrastruktur asas dan pengenal pastian peluang-peluang ekonomi. Ini merupakan satu kesinambungan bagi strategi pembangunan perumahan untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan untuk mempertahankan perpaduan nasional.

Dalam Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990), sektor awam telah merancang untuk membina 385,570 unit rumah kos rendah, tetapi hanya 45 % sahaja yang telah siap dibina. Dalam Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995), 602,723 unit rumah telah dirancang untuk dibina oleh kedua-dua sektor awam dan swasta. Walau bagaimanapun, hanya 24,430 unit sahaja yang telah dibina oleh sektor awam. Masalah perumahan banyak disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan, terutamanya kesukaran untuk mendapatkan hak milik tanah, sijil kelayakan menduduki rumah, kerosakan rumah-rumah siap dibina, kelewatan menyiapkan projek tersebut serta projek-projek yang terbengkalai.

Pada akhir tahun 1991, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia telah menganggarkan terdapat 173 projek perumahan yang terbengkalai yang melibatkan 40,363 unit rumah dan 26,129 pembeli rumah.

Pada tahun 1991 adalah dianggarkan jumlah keseluruhan projek-projek yang terbengkalai adalah RM 1,918.4 juta. Pembangunan perumahan kos rendah telah dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai salah satu program pembasmian kemiskinan bandar. Masyarakat setinggan sering dihubungkaitkan dengan masalah kemiskinan, maka tindakan-tindakan penyelesaian masalah setinggan diharap dapat menyelesesaikan masalah kemiskinan.

Pelaksanaan projek PPR (Projek Perumahan Kos Rendah) bersepadu telah diputuskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan juga Jemaah Menteri bagi mengatasi masalah dan menempatkanpenduduk setinggan yang masih ramai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Sebagai pemerintah yang bertanggungjawab dan sentiasa merealisasikan harapan rakyat serta prihatin kepada permasalahan perumahan yang dihadapi oleh penduduk setinggan dan juga golongan berpendapatan rendah, Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif dan langkah-langkah positif dengan segera untuk

Page 18: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

membina lebih banyak rumah kos rendah akan memenuhi keperluan mereka.

Kerajaan Persekutuan sedang melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) bersepadu dimana35,000 unit rumah kos rendah akan dibina disekitar ibu kota dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2005, sesuai dengan rancangan kerajaan untuk setinggan sifar pada akhir tahun 2005. Langkah tersebut adalah membuktikanbahawa kerajaan Malaysia begitu serius, komited dan bertanggung jawab dalam menunaikan janji kepada rakyat bagi menyediakan perumahan yang selesa kepada keluarga setinggan dan golongan berpendapatan rendah supaya golongan tersebutakan dapat menikmati taraf kehidupan yang lebih sempurna.

Bandaraya Kuala Lumpur dengan kemegahan bandarayanya yang megapolitan masih menghadapi permasalahan sosial seperti kemiskinan yang secara struktural dilihat dari segi kewujudan rumah setinggan ditengah-tengah gedung-gedung dan bangunan yang menjulang tinggi. Hal ini dibuktikan dengan masih adanya sebuah kawasan setinggan yang masih banyak rumah setinggannya atau kawasan sesak, di daerah Kampung Kerinci. Beberapa program penempatan semula rumah setinggan untuk warga kampung ini telah dilakukan oleh kerajaan dan sudah dilaksanakan oleh kerajaan dengan membina pangsa untuk mereka. Namun hingga kini warga Kampung Kerinci Bukit B Federal Highway ini enggan untuk pindah dari kampungnya sehingga kerajaan sukar untuk membangunkan semula kawasan Kampung Kerinci ini.

Projek PPR telah dibuat dan dilaksanakan oleh kerajaan setempat, namun mereka mengalami kesulitan yang menghalang kemajuan kerajaan setempat untuk menempatkan kembali warga Kampung Kerinci di kawasan yang sudah disediakan oleh kerajaan secara kemas, sehingga memenuhi syariat Islam.

Page 19: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

3. TERANGKAN SISTEM POLITIK DIMALAYSIA (RAJA PERLEMBAGAAN DAN DEMOKERASI BERPARLIMEN) SERTA PROFIL MALAYSIA SECARA RINGKAS.

Raja-raja Melayu merupakan pencetus dan menjadi dasar kepada identiti tanahair kita. Perkara ini telah diambil perhatian dalam proses penggubalan Perlembagaan dalam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Menerusi dua institusi raja-raja, iaitu Majlis Raja-Raja dan Yang diPertuan Agong, Perlembagaan Persekutuan meletakkan raja-raja Melayu pada suatu yang tempat yang tinggi dan penting. Terdapat pelbagai peruntukan khusus mengenai Majlis Raja-Raja dengan kuasa dan peranan yang tertentu. Manakala Yang di-Pertuan Agong puladiangkat sebagai Ketua Utama Negara. Baginda sebahagian daripada Badan Perundangan atau Parlimen. Baginda juga diletakhak oleh Perlembagaan Persekutuan dengan kuasa Pelaksana atau kuasa eksekutif.

Dua perkara yang mendasari perbincangan ini ialah, pertama, Perlembagaan adalah simbol kemerdekaan dan kedua, Perlembagaan juga adalah identiti negara. Dua perkara ini begitu asas untuk kita fahami kerana, tanpa Perlembagaan, kita tidak akan diiktiraf sebagai negara merdeka dan berdaulat, dan tanpa Perlembagaan kita tidak mungkin dapat mencipta falsafah atan indentiti negara.

Perlembagaan Persekutuan meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama negara, yang secara undang-undangnya menganggotai tiga badan kerajaan, iaitu badan Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari).

Yang di-Pertuan Agong sebagai satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai kuasa memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen serta meletakkan cop mohor kepada Rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Badan Perundangan dalam proses penggubalan undang-undang.

Baginda merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman. Baginda bertangjungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu serta kepentingan bangsa lain.

Melalui kuasa budi bicara, menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan

Page 20: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

kemuliaan Raja-Raja Melayu. Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan.

Baginda juga boleh menggunakan kuasa budi bicara untuk membubar Parlimen sekiranya terdaapt permintaan Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong boleh membuat pengisytiharan darurat dan juga membuat undang-undang (ordianan) darurat sekiranya kedua-dua Dewan Parlimen tidak bersidang secara serentak. Atas nasihat Perdana Menteri, baginda mempunyai kausa melantik ahli suruhanjaya-suruhanjaya yang ditubuhkan oleh Perlembagaan, seperti Suruhanjaya Polis. Baginda juga melantik Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri.

Selain daripada kuasa dan peranan, kedudukan institusi raja dijamin oleh Perlembagaan. Antaranya, Walaupun ahli Dewan Parlimen mempunyai kebebasan untuk membuat apa-apa pernyataan berkaitan raja-raja Melayu, namun, mereka tidak dibenarkan untuk menganjurkan atau mencadangkan pemansuhan institusi raja dalam apa juga prosiding Parlimen. Pindaan Perlembagaan terhadap apa juga peruntukan berkaitan Majlis Raja-Raja dan keutamaan raja juga tidak boleh dilaksana tanpa perkenan Majlis Raja-Raja.

Dalam aspek perundangan, kedudukan raja-raja Melayu agak terselamat – bukan sahaja atas kapasiti kedudukan umum, tetapi juga keselamatan diri. Di samping peruntukan Perlembagaan sepertimana yang telah disebut di atas, undang-undang jenayah negara juga menjaga kedudukan raja-raja Melayu. Undang-undang yang begitu relevan ialah Kanun Keseksaan. Tindakan menentang Raja, yang dikategorikan sebagai kesalahan terhadap negara, adalah kesalahan yang boleh dihukum penjara seumur hidup ataupun hukum bunuh. Misalnya kesalahan berperang melawan Raja-Raja. Hukuman bunuh juga boleh dikenakan ke atas mana-mana orang yang didapati bersalah melakukan kesalahan terhadap tubuh badan Raja atau bakal pengganti raja. Sementara itu penjara seumur hidup atau denda boleh dikenakan ke atas mana-mana orang yang dibuktikan sebagai merancang untuk memecat atau melucutkan raja daripada takhta mereka.

Page 21: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

Sistem politik dan pemerintahan tradisi Melayu meletakkan raja atau sultan sebagai pemerintah tertinggi yang diberikan sepenuh ketaatan dan kesetian. Sistem ini berlangsung berabad lamanya. Ketika berlangsungnya penjajahan British di Tanah Melayu. Sultan masih lagi mempunyai kuasa untuk hal tertentu bagi negeri masing-masing. Kedudukan mereka masih dianggap berdaulat ketika itu. Apabila perlembagaan moden Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh British, pengiktirafan terhadap kepentingan sistem beraja tetap diambil kira dengan meletakkannya sebagai Raja berperlembagaan. Ia menjadi sebahagian elemen penting dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Tun Salleh Abbas (1997), apabila kemerdekaan diberikan kepada Tanah Melayu, institusi beraja dikekalkan dengan beberapa pindaan untuk disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan.

Ia sekali gus melambangkan Raja Melayu adalah kesinambungan sejarah dan warisan negara. Kewujudan institusi Raja menjadi sebahagian daripada identiti negara dan ia dilindungi oleh perlembagaan. Ia disebut di dalam Perkara 159(5) yang menjelaskan bahawa tiada pindaan boleh dibuat terhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masing-masing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Perkara 71 pula menjamin hak seseorang raja dalam negeri baginda untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi Perlembagaan. Demikian juga Perkara 38(4) menyebut bahawa tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran mereka boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. 

Institusi raja dianggap penting dalam menjamin kestabilan negara kerana ia menjadi ‘payung negara’, menaungi seluruh rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan kepercayaan agama. Ini adalah selari dengan Perkara 32(1) yang meletakkan kedudukan baginda sebagai ‘Ketua Negara’ dan selaras dengan kedudukannya sebagai Raja berperlembagaan, baginda perlu mengikut nasihat jemaah menteri atau menteri yang diberi kuasa oleh jemaah menteri.

Page 22: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

Bagi orang Melayu institusi Raja berperlembagaan dengan fungsinya yang tertentu penting bagi ‘survival’ orang Melayu. Ini dapat difahami di dalam Perkara 153 yang mana ia meletakkan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk melindungi dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat perdana menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau kemudahan lain yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lesen perniagaan.

Peruntukan 153 tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja seperti yang digariskan di bawah Perkara 159(5). Selain itu, kedudukan istimewa orang Melayu juga terkandung dalam Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Demikian juga pasukan Rejimen Askar Melayu hanya boleh dianggotai oleh orang Melayu saja seperti dikuatkuasakan. 

Di dalam Perlembagaan negeri yang memiliki raja pula menetapkan Raja Melayu bagi negeri-negeri Melayu hendaklah orang Melayu dan oleh kerana itu ia orang Islam. Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong yang dipilih di kalangan Raja-Raja Melayu itu juga adalah seorang Melayu dan beragama Islam. Justeru, institusi raja turut melambangkan kedaulatan dan kuasa Islam di negara ini. Kesimpulan, institusi Raja seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu pengiktirafan oleh penggubal perlembagaan yang memahami sejarah, warisan dan tradisi masyarakat dan kedaulatan politik Melayu. 

Mereka memahami bahawa ketuanan Melayu sudah pun mengakar lama dengan kewujudan kuasa raja yang menjadi pemerintah di negeri-negeri Melayu, iaitu berabad-abad lamanya sebelum British bertapak di negara ini. Kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong, terutama untuk memelihara kedaulatan Melayu dilakukan dengan cukup baik tanpa menzalimi mana-mana bangsa lain yang ada di bumi Malaysiai. Inilah sebenarnya kehebatan sistem politik yang Malaysia amalkan malah jika dibandingkan dengan mana-mana negara lain didunia tidak salah rasanya sebagai sistem yang terbaik didunia.

Page 23: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

DEMOKRASI BERPARLIMEN

Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan sistem demokrasi berparlimen

dan raja berperlembagaan. Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah

pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan maksud Seri Paduka Baginda

Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah

digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini.

Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa

kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman

dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem

Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu,

ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor,

Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan

Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja.

Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut

Page 24: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.

Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.

Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan

Page 25: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.

Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda.

Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.

Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokohyang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.

Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman telah memberi sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya” muncullah golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme.

Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan sendiri.

Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.

Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya

Page 26: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).

Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.

Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31hb. Ogos 1957.

Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.

Malaysia merupakan sebuah negara yang menarik dan mempesonakan. Terdiri

daripada berbilang kaum, budaya dan agama, rakyat di negara ini hidup secara

harmoni dalam syurga tropika di tengah-tengah Asia Tenggara. Malaysia terdiri

daripada dua daratan yang berlainan iaitu Malaysia Timur dan Malaysia Barat.

Malaysia Barat dikenali sebagai semenanjung yang diapit oleh Laut China

Selatan di sebelah timur dan Selat Melaka di sebelah barat. Thailand adalah jiran

di sebelah utara manakala Singapura pula terletak di sebelah selatan. Keluasan

tanah Malaysia Barat dan Timur adalah lebih kurang 329,758 km2, dan

Page 27: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

dipisahkan oleh lautan dengan anggaran 40 batu jaraknya. Malaysia Timur terdiri

daripada wilayah persekutuan dan dua negeri yang besar, iaitu Sabah dan

Sarawak yang terletak di utara Pulau Borneo. Malaysia Barat pula terdiri

daripada 11 negeri dan 2 wilayah persekutuan, kesemuanya memiliki ciri yang

tersendiri. Waktu di Malaysia adalah 8 jam lebih awal daripada WMG dan 16 jam

lebih awal daripada waktu piawai US Pasifik. Keadaan cuaca di Malaysia adalah

panas dan lembap sepanjang tahun. Malaysia merupakan sebuah negara yang

bertuah kerana tidak mengalami perubahan cuaca yang drastik atau sebarang

bencana alam. Suhu negara ini adalah antara 21°C (70° F) hingga 32°C (90° F)

sepanjang hari. Pakaian daripada kapas serta ringan, sejuk dan kasual adalah

disyorkan untuk dipakai pada sepanjang tahun.

Malaysia berbangga menjadi salah sebuah negara pengeksport utama

kelapa sawit, getah, gas asli, biji koko dan lada. Selain itu, Malaysia juga

merupakan salah satu negara peneraju eksport produk perkilangan di dunia

seperti semikonduktor, produk audio visual, barangan elektrik, produk getah

celup dan oleokimia.

Digelar ‘Mini Asia’, Malaysia merupakan negara majmuk terdiri daripada

berbilang bangsa dengan populasi lebih daripada 28 juta penduduk

berketurunan Melayu, Cina dan India serta bangsa asli yang lain, hidup

bersama dengan harmoni. Terdapat juga warganegara lain yang belajar,

bekerja dan menjalankan perniagaan di Malaysia. Bahasa Malaysia adalah

bahasa kebangsaan, namun Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil turut

digunakan secara meluas. Islam adalah agama rasmi Malaysia, namun

Perlembagaan menjamin kebebasan beragama untuk semua kaum. Oleh itu,

kepercayaan seperti Kristian, Hindu, Buddha dan agama lain boleh

diamalkan secara bebas. Kestabilan politik di negara ini juga menekankan

perkongsian kuasa antara kaum, seterusnya menjamin persekitaran yang

Page 28: Isu Mh370 Kesan Kepada Negara

aman dan harmoni. Hasilnya, Malaysia telah diiktiraf dan diakui sebagai

model masyarakat pelbagai budaya.