Isu pati zul

33

Transcript of Isu pati zul

Page 1: Isu pati   zul
Page 2: Isu pati   zul
Page 3: Isu pati   zul
Page 4: Isu pati   zul

FAKTOR POLITIK

• Pada perhimpunan yang dibuat di tahun 1951, telah dapat mengenalpasti faktor

utama yang menyebabkan aliran pelarian. Faktor tersebut ialah penganiayaan manusia. Mereka yang menjadi pelarian adalah kerana terdapatnya perbezaan dari segi bangsa, kewarganegaraan, ahli dalam kumpulan sosial dan kepercayaan mereka samada dari segi agama atau pandangan politik. Penganiyaan biasanya berlaku dalam konteks pertikaian tentang hak asasi politik ke atas pemerintah dalam negara, bagaimana negara itu ditadbir dan siapa yang memberi arahan berkaitan kuasa, keistimewaan , naugan dan faedah sampingan dalam negara tersebut. Peraniyaan ini hangat diperkatakan apabila berlaku zaman perubahan yang mendadak kerana berlaku perjuangan dalam sesebuah negara atau dalam mewujudkan negara baru.

Page 5: Isu pati   zul

FAKTOR EKONOMI

• Tekanan ekonomi adalah penyebab utama yang mewujudkan pelarian tetapi

hubungannya tidaklah secara langsung. Terlalu mudah untuk memperkatakan yang kemiskinan merupakan penyebab pelarian. Kemiskinan ini boleh wujud disebabkan perlucutan jawatan atau sudah tidak mahu bekerja dan ia berlaku disebabkan oleh kemerosotan ekonomi. Penganiyaan dalam pengagihan bekalan turut memainkan peranan utama terutama di zaman ekonomi merundum. Apa yang dapat dilakukan oleh pemimpin adalah menyalahkan pihak-pihak lain untuk mengelak dari dipersalahkan atas sebab kemerosotan negara mereka.

Page 6: Isu pati   zul

TEKANAN ETNIK

• Konflik dalam kumpulan etnik berkembang dengan pesatnya dewasa ini. Armenia,

Azebaijan, Bhutan, Burma, Ethiopia, Georgia, Iraq, Sri Lanka, Sudan dan yang terbaru sekali Yugoslavia, merupakan contoh-contoh negara yang menghadapi konflik dalam kumpulan etniknya. Kebanyakan negara-negara moden mempunyai ketidakseragaman dalam kumpulan etniknya. Dalam 190 buah negara-negara bebas, terdapat sekurang-kurangnya 5000 kumpulan etnik. Kepelbagaian dalam kumpulan etnik telah menjadi lumrah alam di mana-mana pun. Di sini bolehlah disimpulkan , negara yang mempunyai bangsa yang tulin tanpa ada kumpulan etnik yang lain hanya boleh diwujudkan dalam khayalan sahaja.

Page 7: Isu pati   zul

• Merupakan satu kumpulan etnikberagama Islam yang menetap diutara Negeri Rakhien

(Barat Daya Burma).

•Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangka kira-kira terdapat seramai 800,000 orang etnik Rohingya berada di Myanmar.

•Merupakan golongan minoritidi negara Myanmar yang seringditindas oleh kerajaan Myanmar.

Page 8: Isu pati   zul

PENCABULAN HAK ASASI

•Menurut Amnesty International, orang Rohingya terus menderita akibatpencabulan hak kemanusiaan mereka sejak 1978 oleh junta tentera Myanmar.

• Pelbagai bentuk penindasan yang di luar batas kemanusiaan telah kerajaan junta Myanmar lakukan terhadap mereka.

• Hak mereka sebagai rakyat Myanmar telah dirampas, mereka tidak dibenarkan keluar daripada penempatan mereka, tanah dirampas, tidak dibenarkan mengamalkan agama mereka secara bebas dan ada yang ditangkap.

• Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan.

Page 9: Isu pati   zul

• Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera.

• Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yangditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefonbimbit.

• Golongan wanita Islam pula tidak dibenarkan memakai hijab malahan turut ditekandengan pelbagai diskriminasi seperti dirogol, dibunuh dan diseksa oleh puak junta.

• Selain itu, umat Islam Rohingya juga tidak dibenarkan menunaikan haji ataupunmelakukan penyembelihan korban semasa umat Islam menyambut Aidiladha.

• Situasi sebeginilah menyebabkan golongan Muslim Rohingya terpaksa melakukanpenghirahan ke negara-negara seperti Bangladesh, India, Malaysia dan Indonesia.

Page 10: Isu pati   zul

PENAFIAN WARGANEGARA

• Kerajaan Myanmar tidak mengiktiraf etnik Rohingya sebagai rakyat negara Myanmar yang sah kerana kumpulan ini dikatakan hanya memasuki Myanmar pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain.

• Menurut Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Rohingya yang tinggal dinegara ini sebelum kemerdekaan pada 1948 serta anak mereka dianggapwarganegara.

• Justeru,mereka yang menetap di Myanmar selepas merdeka dianggap sebagaipendatang asing dan mampu mengancam keselamatan Myanmar.

Page 11: Isu pati   zul

•Dan pada tahun 1982, Kerajaan Myanmar telah melucutkan kewarganegaraan etnik Rohingya melalui undang-undang yang dikenali sebagai “Burma Citizenship Law” yang telah menjadikan mereka pelarian di negara sendiri.

• “Burma Citizenship Law of 1982” yang bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah junta Burma pada tahun 1982, telah mengakibatkan golongan muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkansebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka sendiri.

•Sejak diluluskan ‘Burma Citizenship Law’ ini juga, anak-anak kaum Muslimin telah dinafikan hak pelajaran mereka. Undang-undang ini telah menyebabkan bukan sahaja merekatidak dapat menyambung pelajaran, malah ada yang langsung tidak dapat belajar ekorandaripada tekanan ekonomi, penangkapan, penyeksaan dan sebagainya.

Page 12: Isu pati   zul
Page 13: Isu pati   zul

• Pada tahun 1991, penghapusan etnik telah berlaku secara besar-besaran dan lebihsuku juta etnik Rohingya melarikan diri ke negara-negara serantau sepertiBangladesh, dan Malaysia.

• Di Malaysia, telah berlaku peningkatan pelarian etnik Rohingya dari tahun ke tahundan sebahagian besar daripada mereka tinggal di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur dan Butterworth.

• Pada masa ini terdapat terdapat antara 10,000 dan 12,000 orang pelarian Rohingya di Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) manakala yang tidak berdaftar dianggarkan kira-kira 40 000 orang.

• Status mereka di Malaysia tetap dianggap sebagai pelarian dan tidak diberi apa-apakeistimewaan.

.

Page 14: Isu pati   zul

• Walaupun kerajaan Malaysia tidak memberikan dokumen pengenalan kepada mereka seperti sijil kelahiran tetapi ini tidak bermakna kerajaan mengabaikan tanggungjawab sosialnya dalam menjaga kesejahteraan pelarian Rohingya ini.

• Segala bentuk bantuan asas seperti perubatan sentiasa dihulurkan oleh kerajaan melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan tempatan (NGOs) untuk membantu meringankan beban pendatang ini.

• Kerajaan Malaysia juga amat prihatin dengan pelarian Rohingya sehingga bersetuju untuk membuka peluang pendidikan dan pekerjaan kepada mereka.

• Untuk menggalakkan peluang pendidikan dapat dinikmati oleh anak-anak pelarian Rohingya ini pada tahun 2002 sebuah sekolah tidak formal telah dibuka di Cheras yang digelar sebagai 'sekolah madrasah‘.

.

Page 15: Isu pati   zul

• Sekolah ini telah ditaja oleh UNHCR dengan kerjasama Yayasan Salam Selangor dan telah menjadi satu-satunya tempat yang memberi peluang kepada anak-anak Rohingya untuk menimba ilmu walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

• Dalam aspek pekerjaan, kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan yang sangat berperikemanusiaan terhadap golongan pelarian ini. Pada tahun 2005 kerajaan bersetuju untuk memanfaatkan 60 ribu pelarian termasuklah Rohingya, Aceh dan Moro untuk diserap ke dalam sektor pekerjaan.

• Di samping itu, kerajaan juga bersetuju memberi latihan kepada pelarian wanita untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Permintaan kepada pembantu rumah yang semakin meningkat di kalangan rakyat tempatan menyebabkan kerajaan menggangap sudah sampai masa untuk kita memberi peluang golongan ini mencari nafkah.

Page 16: Isu pati   zul

• Tindakan kerajaan ini dilihat sebagai serampang dua mata iaitu di samping memberi perlindungan kepada pelarian, pada masa yang sama cuba memberikan peluang pekerjaan supaya mereka boleh berdikari.

• Langkah ini telah menunjukkan kepada masyarakat dunia sikap keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap golongan pelarian, walaupun mereka ditindas di negara sendiri tetapi sifat kemanusiaan perlu diutamakan.

• Justeru, pengurusan pelarian yang sangat berwibawa dan berperikemanusiaan yang ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia perlu menjadi contoh kepada negara-negara lain supaya golongan pelarian atau migran ini tidak mengalami kesengsaraan kali kedua selain dari negara asal mereka.

Page 17: Isu pati   zul
Page 18: Isu pati   zul

• Di Malaysia, isu pendatang asing semakin di hangat diperkatakan, namun sebenarnya isu ini bukanlah satu perkara baru di negara kita. Pendatang asing tanpa permit yang sah semakin meningkat dari hari ke hari dan menjadi satu masalah ke negara kita.

• Kebanyakan pekerja asing datang dari negara yang mempunyai masalah dalaman seperti Filipina, India, Indonesia, Vietnam, Myanmar, dan yang terbaru dari China.

• Berdasarkan statistik sehingga 30 Jun 2007 yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen, iaitu jumlah pekerja asing yang bekerja di Malaysia mencecah 1.91 juta.

• Jumlah itu tidak termasuk lebih 400,000 pendatang asing yang dipercayai memasuki negara ini secara haram serta hampir 100,000 tahanan di depoh imigresen.

Page 19: Isu pati   zul

• Wikipedia menjelaskan bahawa pendatang tanpa izin atau pendatang haram ialah golongan orang yang masuk atau tinggal di sesebuah negara lain secara haram.

• Secara haram bermaksud tidak mengikut undang-undang imigrasi, contohnya memasuki negara dengan tujuan tanpa permit dan bukan dengan melalui pintu masuk utama.

• Hal ini berlaku disebabkan beberapa faktor kenapa mereka memasuki negara lain sedangkan mereka sudah ada negara mereka sendiri.

Page 20: Isu pati   zul

• Kita dapat membahagikan faktor kedatangan PATI kepada duafaktor utama iaitu :

- Faktor Penarik

- Faktor Penolak

Page 21: Isu pati   zul

Faktor Penarik

Peluang pekerjaan yang tinggi

- Peluang pekerjaan yang tinggi merupakan faktor utama pendatang asing tanpa izin dalam negara.

- Permintaan tinggi dari sector perladangan dan pembinaan menyebabkan sesetengah pihak mengambil cara mudah dengan memberikan kerja kepada pendatang asing tanpa izin.

- Sector pembinaan juga menawarkan peluang pekerjaan yang banyak rentetan daripada pembangunan pesat negara.

- Hal ini ditambah pula dengan sikap rakyat Malaysia yang tidak berminat bekerja di dalam sector pertanian dan pembinaan menyebabkan kerajaan terpaksa membuka peluang kepada buruh asing.

Page 22: Isu pati   zul

Kestabilan Ekonomi di Malaysia

- Kestabilan ekonomi juga merupakan salah satu faktor tarikan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia.

- Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan melebihi 8% untuk lapan tahun berturut-turut didorong antara lain kepesatan bidang ekonomi berkaitan dengan perindustrian, perladangan dan perkhidmatan.

- Di sebabkan faktor inilah yang membawa pendatang asing masuk ke dalam negara ini tanpa sebarang permit yang sah.

- Ekonomi yang stabil dan juga nilai mata wang yang tinggi di negara ini lebih menarik minta mereka untuk masuk ke dalam negara ini.

Page 23: Isu pati   zul

Kadar Upah yang Tinggi

- Di negara asal pendatang asing tanpa izin, penawaran buruh melebihi permintaan.

- Keadaan ini menyebabkan upah yang lebih rendah di negara mereka. Contohnya di Indonesia, pekerja ladang di bayar 2000 rupiah iaitu lebih kurang RM3 sehari.

- Kos sara hidup yang tinggi menyebabkan pendapatan mereka tidak mencukupi dan seterusnya mendorong mereka berhijrah ke Malaysia yang menjanjikan pembayaran upah yang lebih tinggi walaupun mereka terpaksa masuk secara haram ke dalam negara ini.

Page 24: Isu pati   zul

Keamanan dan Kemakmuran Malaysia

- Faktor tarikan pendatang asing ke dalam Malaysia yang seterusnya ialah keamanan dan kemakmuran negara. Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan masyarakatnya hidup bersatu padu.

- Hal inilah yang menarik pendatang asing untuk berhijrah ke Malaysia. Mereka mencari tempat yang strategic untuk mencari rezeki seterusnya menetap di sini.

- Mereka melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun dan mempunyai banyak peluang pekerjaan. Sedangkan di negara mereka pelbagai masalah yang berlaku terutamanya peperangan.

- Peperangan sering berlaku di negara asing yang menyebabkan mereka terpaksa mengambil risiko dengan menyelinap masuk secara haram ke dalam negara Malaysia.

Page 25: Isu pati   zul

Faktor Penolak

Kekurangan Peluang Pekerjaan

- Antara faktor tolakan negara mereka ialah kekurangan peluang pekerjaan di negara asal

- Penduduk yang ramai menyebabkan peluang pekerjaan tidak dapat menampung penduduk yang ada.

- Hal ini menyebabkan mereka nekad untuk berhijrah ke negara lain demi mendapatkan rezeki untuk menyara keluarga dan diri mereka sendiri.

- Contohnya boleh dilihat di Pulau Jawa Indonesia yang kekurangan tanah menyebabkan ramai penduduk terpaksa menganggur.

- Pengangguran inilah yang akan menyebabkan berlakunya berlakunya pelbagai masalah social terutamanya yang melibatkan remaja.

Page 26: Isu pati   zul

Kemiskinan di Negara Asal

- Kemiskinan di negara asal yang mendatangkan pelbagai masalah mendorong pendatang asing tanpa izin masuk secara haram ke dalam Malaysia.

- Akibat kemiskinan penduduk di negara seperti Myanmar, Indonesia, India dan Bangladesh mengalami kebuluran disebabkan oleh bencana alam yang kerap kali terjadi di negara mereka.

- Di sebabkan itulah yang menyebabkan negara mereka tidak boleh berdiri sama tinggi dengan negara yang sentiasa membangun. Selain itu, disebabkan oleh kemiskinan juga kadar buta huruf semakin bertambah.

- Keadaan ini yang mendorong mereka masuk secara haram ke dalam negara ini dan meninggalkan negara mereka.

Page 27: Isu pati   zul

• Kesan Positif

- Mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja

- Meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia

- Merapatkan hubungan masyarakat tempatan dan pendatang asing.

Page 28: Isu pati   zul

• Kesan Negatif

- Masalah rumah setinggan

- Menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan

- Keselamatan sosial terancam

Page 29: Isu pati   zul

• Memantau kedudukan pendatang asing selepas tamat tempoh VISA

- Merujuk dalam Utusan Malaysia kerajaan bercadang mewujudkan jabatan khusus bagi menangani isu pekerja asing termasuk memantau kedudukan mereka semasa bekerja di negara ini selepas tamat tempoh visa.

- Jabatan berkenaan juga berfungsi untuk mengatasi lambakan pekerja asing di negara ini yang didapati menimbulkan banyak masalah sosioekonomi kepada negara.

- Selain itu, warga asing yang ingin datang ke Malaysia perlu menjalani proses saringan di nagara asal masing-masing supaya tidak timbul masalah selepas berada di negara ini.

Page 30: Isu pati   zul

• Memperketatkan Kawalan dan Pengawasan Disepanjang Persisiran Pantai

- Pihak kerajaan perlu lebih mengambil berat iaitu dengan memperketatkan kawalan dan pemeriksaan di pintu-pintu masuk negara dan pengawasan di sepanjang persisiran perairan negara diperketatkan.

- Hal ini demikian kerana, terdapat kawasan- kawasan yang menjadi laluan pendatang asing untuk menceroboh masuk ke negara kita tanpa izin menyebabkan ramai pendatang asing terutamanya rakyat dari Indonesia yang datang ke negara kita untuk mencari sumber pendapatan.

- Oleh itu, pihak berkuasa perlu mengenal pasti kawasan yang dijadikan sebagai tempat pendaratan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin atau dikenali sebagai PATI.

Page 31: Isu pati   zul

• Walau apa jua pendapat dan pandangan masyarakat tentang isu pendatang tanpa izin ini, kedatangan pekerja ini masih lagi tetap ada keburukan dan kebaikannya.

• Terpulanglah kepada polisi kerajaan sama ada ingin kebaikan atau menghadapi masalah dengan isu ini.

• Hal ini kerana kedatangan warga asing ke Malaysia banyak memberi sumbangan tetapi mereka juga memberikan kesan buruk kepada masyarakat dan negara.

Page 32: Isu pati   zul
Page 33: Isu pati   zul

• http://mynewshub.my/2012/07/23/hentikan-penghapusan-etnik-rohingya/

• http://merhrom.wordpress.com/

•Pendatang asing tanpa asing (2011). Diperoleh pada Julai 25, 2012 daripadahttp://beritasemasa.com/pendatang-asing-tanpa-izin-pati-di-malaysia

• Wikipedia, ensiklopedia bebas.

• http://rashid1218.tripod.com/janmel1.html