Isu Pelarian Rohingya Adalah Masalah Antarabangsa, Kata Najib - The Malaysian Insider

2
10/6/2015 Isu pelarian Rohingya adalah masalah antarabangsa, kata Najib The Malaysian Insider http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isupelarianrohingyaadalahmasalahantarabangsakatanajib 1/2 BAHASA Isu pelarian Rohingya adalah masalah antarabangsa, kata Najib Published: 25 May 2015 9:01 PM Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata walaupun Malaysia dan negara jirannya cuba mencari penyelesaian di peringkat Asean, isu pelarian Rohingya juga merupakan masalah antarabangsa yang memerlukan penyelesaian antarabangsa. – Gambar Reuters, 25 Mei, 2015. Isu pelarian etnik Rohingya merupakan masalah antarabangsa dan bukan Asean sahaja, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata walaupun Malaysia dan negara jirannya cuba mencari penyelesaian di peringkat Asean, isu pelarian Rohingya juga merupakan masalah antarabangsa yang memerlukan penyelesaian antarabangsa. "Saya mengambil peluang untuk memberi taklimat ringkas kepada Perdana Menteri (Jepun Shinzo) Abe tentang cabaran terbaru dihadapi Malaysia dan Asean. Apaapa sahaja yang Jepun dapat lakukan untuk membantu kita menangani masalah ini, amat dialualukan," katanya.

description

dfjk

Transcript of Isu Pelarian Rohingya Adalah Masalah Antarabangsa, Kata Najib - The Malaysian Insider

Page 1: Isu Pelarian Rohingya Adalah Masalah Antarabangsa, Kata Najib - The Malaysian Insider

10/6/2015 Isu pelarian Rohingya adalah masalah antarabangsa, kata Najib ­ The Malaysian Insider

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isu­pelarian­rohingya­adalah­masalah­antarabangsa­kata­najib 1/2

BAHASA

Isu pelarian Rohingya adalah masalahantarabangsa, kata Najib

Published: 25 May 2015 9:01 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata walaupun Malaysiadan negara jirannya cuba mencari penyelesaian di peringkat Asean, isupelarian Rohingya juga merupakan masalah antarabangsa yangmemerlukan penyelesaian antarabangsa. – Gambar Reuters, 25 Mei,2015.

Isu pelarian etnik Rohingya merupakan masalah antarabangsa dan bukan Aseansahaja, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata walaupun Malaysia dan negara jirannya cuba mencari penyelesaian di peringkatAsean, isu pelarian Rohingya juga merupakan masalah antarabangsa yang memerlukanpenyelesaian antarabangsa.

"Saya mengambil peluang untuk memberi taklimat ringkas kepada Perdana Menteri (Jepun Shinzo)Abe tentang cabaran terbaru dihadapi Malaysia dan Asean. Apa­apa sahaja yang Jepun dapatlakukan untuk membantu kita menangani masalah ini, amat dialu­alukan," katanya.

Page 2: Isu Pelarian Rohingya Adalah Masalah Antarabangsa, Kata Najib - The Malaysian Insider

10/6/2015 Isu pelarian Rohingya adalah masalah antarabangsa, kata Najib ­ The Malaysian Insider

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isu­pelarian­rohingya­adalah­masalah­antarabangsa­kata­najib 2/2

(https://plus.google.com/116149365819672226451)

Najib berkata demikian pada sidang media bersama­sama dengan Abe selepas mesyuarat dua halamereka di Pejabat Perdana Menteri di Tokyo.

Kedah berdepan dengan kebanjiran pendatang tanpa izin Rohingya dan Bangladesh sejak duaminggu lepas apabila 1,158 pendatang berkenaan ditahan selepas bot mereka mendarat di Langkawipada 11 Mei.

Mereka mendarat di Malaysia selepas Thailand mengambil langkah memerangi sindiketpemerdagangan manusia secara besar­besaran selepas menemukan lebih 30 mayat di sebuahkawasan perkuburan di selatan negara itu, awal bulan ini.

Malaysia dan Indonesia telah bersetuju untuk memberikan perlindungan sementara kepada 7,000pendatang yang dipercayai masih berada di perairan antarabangsa, berdekatan.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan selepas mesyuarat dua hala, pemimpin kedua­dua negaramengakui keadaan tidak berperikemanusiaan yang menyelubungi isu Rohingya.

Abe berkata beliau menyambut baik usaha dilakukan Malaysia dalam mencapai persetujuan denganIndonesia untuk memberikan perlindungan sementara kepada pelarian berkenaan dengan syaratpenempatan dan proses penghantaran pulang dilakukan dalam tempoh setahun oleh masyarakatantarabangsa. – Bernama, 25 Mei, 2015.