Isu pemerdagangan manusia

download Isu pemerdagangan manusia

of 2

description

Nota Isu Pemerdagangan Manusia

Transcript of Isu pemerdagangan manusia

  • Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM 2013/2014 EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

    AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT

    1

    Isu Jenayah Pemerdagangan Manusia

    Salah satu kesan jenayah pemerdagangan manusia adalah menjejaskan imej negara diperingkat antarabangsa. Pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan masalah ini.

    Bincangkan.

    a) Pengenalan :

    A1 Jenayah pemerdangan manusia merupakan antara jenayah yang berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini semakin hari semakin membimbangkan.

    A2 Aktiviti ini mendatangkan pelbagai kesan negatif dan pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan aktiviti ini.

    b) Isi-isi

    A. Idea kesan-kesan

    I.1. Menjejaskan imej negara (isi wajib)

    H.I.U. Jenayah pemerdagangan orang boleh menjejaskan imej negara.

    H.1. Jenayah pemerdagangan orang yang berlaku di Malaysia jelas membuktikan kegagalan pihak keselamatan negara.

    H.2. Kes peningkatan jumlah jenayah pemerdagangan orang yang semakin meningkat menunjukkan negara

    lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang.

    H.3. Seterusnya, jenayah pemerdagangan orang juga akan memberi gambaran buruk imej negara di

    peringkat antarabangsa.

    H.4. Malaysia yang berada dalam senarai negara berprestasi buruk dalam mengekang isu jenayah

    pemerdagangan orang boleh mencemarkan imej negara di peringkat antarabangsa kerana negara dianggap sebagai pusat transit dan sarang jenayah ini.

    I.2. Mengancam keselamatan dan keamanan negara :

    H.I.U. Jenayah pemerdagangan orang boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara.

    H.1. Jenayah pemerdagangan orang boleh menyebabkan peningkatan kes jenayah dalam kalangan masyarakat.

    H.2. Jenayah pelacuran, seksual, penculikan, dan pembunuhan terhadap wanita dan kanak-kanak boleh mengancam keselamatan masyarakat hari ini.

    H.3. Seterusnya, jenayah pemerdagangan orang boleh menyebabkan keamanan negara atau masyarakat terjejas.

    H.4. Sindiket jenayah pemerdagangan orang akan menjalankan kegiatan-kegiatan perniagaan haram yang

    lain seperti rumah urut atau pelacuran dan penyeludupan haram boleh meruntuh nilai sosial masyarakat dan mengancam keamanan negara.

    I.3. Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara :

    H.I.U. Jenayah pemerdagangan manusia boleh mengancam hubungan diplomatik Malaysia dengan negara-negara lain diperingkat antarabangsa.

    H.1. Jenayah pemerdagangan manusia boleh menjejaskan kedaulatan undang-undang negara.

    H.2. Pemerdagangan manusia melalui aktiviti penyeludupan dan buruh paksa melanggar hak asasi sesebuah negara serta isu-isu yang berlaku boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara negara.

    H.3. Jenayah pemerdagangan manusia juga boleh merenggang atau mencetus rasa tidak puas hati dalam

    kalangan negara yang terlibat.

    H.4. Mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia yang terlibat dalam kes penderaan, buruh paksa, dan

    kes pembunuhan sesetengahnya boleh diselesaikan melalui undang-undang dalam negara berkenaan tetapi terdapat kes-kes yang penjenayah tidak dapat dikesan akan menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat, contohnya kes-kes penderaan dan pembunuhan pembantu rumah dari negara Indonesia telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Indonesia terhadap kerajaan Malaysia.

    B. Idea langkah-langkah

    I.4. Penguatkuasaan undang-undang

    H.I.U. Jenayah pemerdagangan manusia boleh diatasi melalui penguatkuasaan undang-undang.

    H.1. Jenayah pemerdagangan manusia boleh diatasi melalui pelaksanaan undang-undang yang dikenakan terhadap penjenayah dan sindiket-sindiket yang terlibat.

    H.2. Denda dan hukuman melalui Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000 dan Akta

    Anti Pemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 dengan hukuman berat serta denda RM500,000 hingga maksimum RM1 juta boleh memberi kesedaran kepada penjenayah dan masyarakat.

  • Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM 2013/2014 EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

    AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT

    2

    H.3. Seterusnya, jenayah pemerdagangan manusia boleh diatasi melalui penambahan bilangan kakitangan

    keselamatan.

    H.4. Kakitangan keselamatan Jabatan Kastam, Imigresen, dan Polis Diraja Malaysia yang mencukupi

    memboleh aktiviti pemantauan kawalan mutu sempadan negara dijalankan secara meluas dan berterusan. Pihak kerajaan juga perlu menambah bilangan kakitangan yang pakar dari segi undang-undang dan penggunaan teknologi moden untuk menangani kes jenayah pemerdagangan manusia yang semakin rumit dan kompleks.

    I.5. Pendidikan

    H.I.U. Jenayah pemerdagangan manusia boleh diatasi melalui peningkatan taraf pendidikan dalam kalangan masyarakat / penduduk negara berkenaan.

    H.1. Jenayah pemerdagangan manusia boleh diatasi melalui peningkatan taraf pendidikan masyarakat luar

    bandar.

    H.2. Masyarakat luar bandar yang berpendidikan akan mempunyai kemahiran dan pengetahuan serta tidak

    mudah terpedaya kepada sindiket atau orang tengah jenayah pemerdagangan manusia. Golongan ini juga akan mudah bekerjasama kepada pihak keselamatan untuk mencegah jenayah ini.

    H.3. Seterusnya, jenayah pemerdagangan manusia juga boleh diatasi melalui pendidikan agama dan moral kepada masyarakat.

    H.4. Masyarakat yang mempunyai pendidikan agama dan moral akan mempunyai nilai-nilai murni sejagat

    yang berperikemanusiaan dan tidak mementingkan kebendaan. Oleh itu, sikap suka mengambil peluang, sikap tidak peduli, dan tidak perikemanusiaan akan terhapus apabila masyarakat boleh menilai baik buruk sesuatu perkara melalui pendidikan agama dan moral.

    c) Kesimpulan

    A1 Jenayah pemerdagangan orang berpunca daripada pelbagai faktor.

    A2 Oleh itu, kerajaan perlu menjalankan pelbagai langkah yang serius untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan negara.

    * Isi-isi tambahan kesan-kesan :

    Peningkatan masalah sosial

    Penularan penyakit berjangkit

    Menjejaskan ekonomi negara

    * Isi-isi tambahan langkah-langkah mengatasi :

    Kerjasama antarabangsa

    Koordinasi kementerian

    Kempen dan peranan masyarakat

    Kemajuan pendidikan

    Skema Jawapan = 2 + 3 @ 3 + 2

    Catatan : Pelajar perlu membuat karangan dalam bentuk huraian terhadap isi dan huraian skema yang diberikan.

    Catatan PENTING : Jumlah PERKATAAN dalam karangan di atas melebihi 400 patah perkataan yang dibenarkan dalam skema pemarkahan. Pelajar perlu meringkaskan karangan tersebut agar tidak melebihi 400 patah perkataan.

    NOTA Tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan