Isu permasalahan padi

26
ISU DAN PERMASALAHAN DIKALANGAN PESAWAH DAN LANGKAH MENGATASI

Transcript of Isu permasalahan padi

Page 1: Isu permasalahan padi

ISU DAN PERMASALAHAN DIKALANGAN PESAWAH DAN

LANGKAH MENGATASI

Page 2: Isu permasalahan padi

HJ. JAMALUDIN BIN HJ. SHARIF Pengurus Besar Kawasan PPK B-IV

2

SEKIAN , TERIMA KASIH .

Page 3: Isu permasalahan padi

LATAR BELAKANG PEMBANGUNAN TANAMAN

PADI DI KAWASAN MUDA

Page 4: Isu permasalahan padi

MAKLUMAT ASAS MADA

• Ditubuhkan pada tanggal 30 Jun 1970, di bawah Akta 70, Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda Tahun 1972

• Keluasan Fizikal= 126,155 Hektar (Kedah - 105,851 Hektar & Perlis - 20,304 Hektar)

• Keluasan Tanaman Padi= 96,558 Hektar(Kedah - 77,882 Hektar & Perlis - 18,676 Hektar)

Page 5: Isu permasalahan padi

Rancangan Pengairan Muda– Satu sistem pengairan dan saliran disediakan di

sebahagian kawasan dataran Barat Kedah dan Perlis bagi membolehkan penanaman padi diusahakan dua kali setahun

Rancangan Malaysia Pertama(1965 – 1970)

1966 1970 1974 1975

Page 6: Isu permasalahan padi

Jelapang Padi Di Semenanjung Malaysia

MADA 96,558 hektar KADA 31,440 hektar PKSM 30,600 hektar PBLS 19,600 hektar IADP P.Pinang 11,000 hektar Sbrg Perak 8,982 hektar KETARA 4,660 hektar Kemasin/Semarak 1,645 hektar

Rancangan Pengairan Muda

Page 7: Isu permasalahan padi

PENGUSAHAAN SAWAH MASA LAMPAU PENGUSAHAAN SAWAH MASA LAMPAU PADI TELAH BERABAD-ABAD LAMANYA DITANAM DI PADI TELAH BERABAD-ABAD LAMANYA DITANAM DI

TANAH DATARAN BARAT NEGERI KEDAH DAN PERLIS.TANAH DATARAN BARAT NEGERI KEDAH DAN PERLIS.

PENGUSAHAAN SAWAH SECARA TRADISI DAN PENGUSAHAAN SAWAH SECARA TRADISI DAN DITANAM DITANAM SETAHUN SEKALI. SETAHUN SEKALI.

UMUMNYA 72% PETANI BERADA DI BAWAH PARAS UMUMNYA 72% PETANI BERADA DI BAWAH PARAS KEMISKINAN.KEMISKINAN.

Page 8: Isu permasalahan padi

DEKAD 70an : KAEDAH MENCEDUNG

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PENANAMAN PADI

•SEBELUM TAHUN 1970 –Padi ditanam bergantung kepada turunan air hujan–Purata hasil 3.1 - 3.3 tan/ha. –Amalan tanaman dibuat secara mencedung (manual transplanting )

•DEKAD 70AN –Perlaksanaan tanaman padi dua kali setahun –Purata hasil meningkat dengan ketara iaitu 4 tan/ha (1970-1977).–Tahun 1979 - subsidi baja padi telah diperkenalkan–Purata hasil telah meningkat kepada 4.8 tan/ha –Perosak dan penyakit menjadi masalah utama ketika itu

Page 9: Isu permasalahan padi

PELAKSANAAN DASAR KERAJAAN DALAM INDUSTRI PADI

Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP)• Bantuan subsidi baja padi

– Baja Campuran NPK (17.5:15.5:10) (Diganti Baja Sebatian pada musim 1/05)– Baja Urea (46% N)– Baja Ammophos (di hentikan pada musim 2/89)

• 11.9 % peningkatan hasil

Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP)• Bantuan insentif dalam bentuk

– Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (RM100/ha/musim)– Insentif Input Pertanian (RM140/ha/musim)– Insentif Peningkatan Hasil Padi (RM650/tan, peningkatan hasil lebih 1%

berbanding purata hasil tiga musim sebelumnya)• 4.1 % peningkatan hasil

Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara (DJBMN)• Program di bawah pelan tindakan peningkatan hasil1. Penyelenggaraan Infrastruktur Pengairan dan Saliran2. Pembangunan Infrastruktur Pengaliran dan Saliran

Bagi Estet Padi3. Perataan Tanah Sawah

• 7.9 % peningkatan hasil

5. Program Pemulihan Tanah Masam (Kapur)6. Peningkatan Kesuburan Tanah (NPK)7. Kawalan Makhluk Perosak dan Penyakit8. Mekanisasi Ladang

Page 10: Isu permasalahan padi

FAKTA ASAS BERKAITAN ISU TANAMAN PADI DI KAWASAN MUDA

• Tun Mahathir Mohamad (Semasa menjadi Perdana Menteri)– Tidak puas hati dengan produktiviti ladang atau purata hasil padi yang

rendah di Kawasan Muda berbanding dengan pencapaian purata hasil padi yang tinggi di kawasan Sekincan.

• Konvensyen Peladang, PWTC Kuala Lumpur (2010)– Membincangkan isu kekangan kepada peningkatan hasil padi di

kawasan Muda ialah kepadatan infrasturktur pengairan dan saliran yang rendah, pengurusan ladang yang kurang cekap disebabkan peladang berusia dan saiz ladang yang kecil dan tidak ekonomik.

• Persidangan Padi Kebangsaan, Lumut Perak (2010)– Membangkitkan isu kepadatan taliair dan saliran yang rendah, saiz

ladang tidak ekonomik dan pengurusan sawah tidak sempurna menyebabkan purata hasil padi tinggi tidak dapat dihasilkan.

Page 11: Isu permasalahan padi

ISU TANAMAN PADI DI KAWASAN MUDA

• Purata hasil masih rendah berbanding kawasan Sekinchan, Barat Laut Selangor

• Faktor kekangan peningkatan hasil :

– Kepadatan infrastruktur = 18 meter/hektar

– Saiz ladang = 2.12 hektar

– Purata umur peladang = 60.2 tahun

Selepas 40 Tahun Penubuhan

Rendah

TidakEkonomik

Kurang Produktif

Page 12: Isu permasalahan padi

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR PENGAIRAN

Status dan Tindakan MADA :

Page 13: Isu permasalahan padi

MADAMADA -- MUDA II (38%)MUDA II (38%) -- 30 M / HA30 M / HA-- NON-MUDA II (62%)NON-MUDA II (62%) -- 11 M / HA11 M / HA

KADA - 24 M / HAKRIAN - 31 M / HAKEMASIN SEMARAK - 33 M / HATRANS PERAK - 36 M / HA PULAU PINANG - 39 M / HASG. MANIK - 40 M / HA BARAT LAUT SELANGOR - 43 M / HABESUT - 48 M / HA

PERBANDINGAN KEPADATAN PERBANDINGAN KEPADATAN INFRASTRUKTURINFRASTRUKTURDI ANTARA IADPDI ANTARA IADP

PURATAPURATA18 M/HA18 M/HA

Page 14: Isu permasalahan padi

KELAS UMUR PELADANG

Kelas Umur %

> 65 Tahun 27.855.1 – 65 Tahun 38.245.1 – 55 Tahun 24.835.1 – 45 Tahun 7.3

< 35 Tahun 1.9

PURATA UMUR PELADANG : 60.2 TAHUN

Sumber : Kajian Sosial Dan Pembangunan Petani Di Kawasan Muda, MADA/UUM (2003)

Page 15: Isu permasalahan padi

AFTA / WTO

ISU DAN PERMASALAHAN

DI KALANGAN PESAWAH DAN

LANGKAH MENGATASI

Page 16: Isu permasalahan padi

Aktiviti penanaman padi yang tidak seragam 35% kawasan MADA masih mengalami masalah pengairan. Kepadatan tali air

masih rendah iaitu hanya 18 m/hek berbanding di Skinchan Selangor kepadatan tali air mencapai 32 m/hek.

Langkahan Atasi

Penjadualan semula aktiviti tanaman padi – Pihak bahagian teknikal MADA menyusun semula jadual tanaman padi mengikut kesesuaian kawasan sawah. Bekalan air dibekalkan mengikut amalan sistem tabur terus. Pihak MADA menjalankan strategi guna semula air dengan cara mengepam semula air dari sungai-sungai di kawasan MADA. Disamping itu, peruntukkan sebanyak RM 2.2 billion telah dipohon kepada Kerajaan Pusat untuk tujuan menambah kepadatan tali air di kawasan MADA.

Page 17: Isu permasalahan padi

Infrastruktur

– Bagi pelaksanaan infrastruktur, aktiviti yang terlibat ialah pembangunan sistem tersier dan menaik taraf serta pemulihan infrastruktur sistem pengairan.

– Seluas 229 hektar (terletak di dalam 11 buah blok pengairan yang berkeluasan 7,229 hektar) telah dikenal pasti untuk pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan sistem tersier. Sementara seluas 6,673.43 hektar (terletak di dalam 34 blok pengairan yang berkeluasan 27,000 hektar) telah dikenal pasti untuk penambahbaikan dan pemulihan infrastruktur .

Page 18: Isu permasalahan padi

Keadaan sawah jerlus

Akibat ketidakseragaman jadual aktiviti tanaman padi menyebabkan pembekalan air tidak dapat di kawal sepenuhnya oleh pihak MADA menyebabkan bekalan air terpaksa diberikan sepanjang tahun. Akibatnya sebanyak 20% kawasan tanah sawah MADA mengalami tanah jerlus yang serius. Untuk musim 1/2013 dan 2/2013 anggaran 2,000 hektar tidak dapat mengusahakan tanaman padi melibatkan Wilayah III, Pendang dan Wilayah IV, Kota Sarang Semut.

Langkahan atasi

Pihak MADA menjalankan strategi merehatkan kawasan sawah iaitu dengan cara tidak membenarkan peladang mengusahakan bendang bagi musim 1/2013 dan 2/2013 untuk kawasan tanah jerlus dengan anggaran 2,000 hektar di Wilayah III dan Wilayah IV. Dengan cara ini penjadualan penanaman padi dan pembekalan air dapat diselaraskan dan seterusnya menyelesaikan masalah tanah jerlus di kawasan MADA.

Page 19: Isu permasalahan padi

Serangan musuh dan penyakit padi

Akibat dari serangan tersebut kehilangan hasil sebanyak 20% - 40% khasnya pada

musim kedua aktiviti penanaman padi. Sasaran purata hasil di kawasan MADA sebanyak 6.5 metrik tan sehektar tidak tercapai. Serangan penyakit karah menyebabkan kehilangan hasil sebanyak 2 metrik tan sehektar dan pada musim 2/2013 purata hasil padi kawasan MADA hanya 5.5 metrik tan sahaja.

Langkahan Atasi

MADA telah menjalankan kempen kawalan musuh dan penyakit padi secara bersepadu. Amalan agronomi dititikberatkan kepada peladang-peladang dan menggalakkan mereka mematuhi jadual aktiviti tanaman padi dan kawalan dijalankan secara serentak. Dengan ini, serangan musuh dan penyakit padi dapat dikurangkan. MADA juga telah menubuhkan pasukan briged untuk menjalankan kerja-kerja penyemburan racun di setiap projek estet padi yang ditubuhkan.

Page 20: Isu permasalahan padi

Pertumbuhan padi angin

Mencapai 30% di kawasan MADA. Ini disebabkan amalan aktiviti tanaman

dijalankan secara tabur terus. Hasil padi berkurangan sebanyak 35% akibat serangan padi angin yang serius.

Langkahan Atasi

MADA menggalakkan peladang menggunakan padi Clearfield CL 2 MR220 untuk membasmi padi angin. Sebanyak 35% daripada peladang kawasan MADA telah menggunakan padi CL 2 MR220 bagi musim 2/2012. Kawalan padi angin telah mencapai tahap 40% di kawasan MADA.

Page 21: Isu permasalahan padi

Penggunaan varieti padi yang terlalu lama

Khasnya MR219 menyebabkan berlaku kurang kerintangan serangan musuh

dan penyakit padi, contohnya varieti MR219 tidak tahan kepada serangan bena perang dan penyakit karah. Hasil padi tidak dapat ditingkatkan untuk mencapai purata hasil padi 6.5 metrik tan sehektar.

Langkahan Atasi

MARDI telah memperkenalkan varieti baru seperti MR263, 253, 269 dan 284 mulai musim 1/2012. MADA menggalakan peladang-peladang menukarkan varieti padi MR219 kepada varieti-varieti baru di atas

Page 22: Isu permasalahan padi

Purata pengusahaan sawah yang rendah.

Purata 1.5 hektar bagi setiap peladang di MADA menyebabkan aktiviti di ladang tidak dapat diselaraskan. Saiz sawah yang tidak ekonomik menyebabkan kebanyakkan aktiviti persawahan seperti penyediaan tanah, kawalan musuh penyakit, aktiviti tanaman dan pemasaran padi tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Disamping itu, purata umur peladang telah mencapai purata 60.2 tahun dan seterusnya membantutkan Industri Tanaman Padi untuk tahun-tahun yang akan datang

Langkahan AtasiMADA telah menubuhkan program (EPP 10: Pengukuhan dan Peningkatan Produktiviti Tanaman Padi Di Kawasan Muda) dikenali sebagai projek Estet Padi Berpusat NKEA mulai musim 2/2011 melibatkan keluasan sawah 5,000 hektar setahun dan telah mencapai 10,000 hektar sehingga musim 2/2012. Aktiviti tanaman padi diselaraskan dan diselia oleh pihak pengurusan PPK di peringkat kawasan. Dengan ini peladang di kawasan MADA menyerahkan keseluruhan aktiviti tanaman padi dan pemasaran kepada pihak PPK. Masalah seperti aktiviti tanaman padi yang tidak serentak, kawalan musuh penyakit padi dan aktiviti pemasaran dapat dilaksanakan dengan jayanya. Purata hasil padi dapat ditingkatkan di kawasan projek NKEA yang telah mencapai 6.5 metrik tan sehektar bagi musim 1/2012.

Page 23: Isu permasalahan padi

Mengawal jualan padi supaya tidak berlaku ‘ penyelewangan’

Penjualan padi perlu dikawal ( estet padi ) supaya tidak berlaku penyelewangan semasa jualan padi . Perkara ini jika berlaku akan menjejaskan purata hasil padi projek .

Langkahan Atasi

Peserta perlu meyerah hak usaha sawah dengan mengukuhkan terma-terma didalam perjanjian . Buku ‘daftar pesawah’ perlu diserah untuk didaftar diatas nama ‘Pengurus projek’ . Perkara utama yang perlu dititik beratkan ialah menggunakan ‘nota hantaran’ jualan padi dan menempatkan ‘penyelia’ yang mengawasi semasa jualan padi berlaku.

Page 24: Isu permasalahan padi

RENUNGAN

Firman Allah s.w.t :-

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.”

(Ar-Ra’ad: 11)

Page 25: Isu permasalahan padi

PENUTUP

Beberapa langkahan didalam mengatasi permasalahan didalam industri padi adalah perlu dilakukan bagi mencapai berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Untuk mencapai hasrat tersebut sasaran purata hasil bersih perlu mencapai 8 tan/hektar. Pengurusan aktiviti persawahan perlu diurus dengan efisien dan melibatkan keseluruhan rantaian nilai oleh semua yang terlibat.

Page 26: Isu permasalahan padi

SEKIANSEKIANterima kasihterima kasih