Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia-Alternatif ian Berdasarkan Masa Depan

17
Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan di Malaysia: AltematifPenyelesaian Berdasarkan Masa Depan Saedah Siraj Muhammad Faizal A. Ghani N orfariza Mohd. Radzi Fakulti Pendidikan, UM Sinopsis Tiga aspek utama untuk mencapai taraf pendidikan berkualiti adalah keperluan kepada pendidikan yang berkaitan dengan perubahan semasa, ekuiti untuk menikmati proses dan dapatan pendidikan serta memenuhi hak individu. Prinsip ekuiti dalam pendidikan am at sukar dilaksanakan sekiranya pihak sekolah hanya bergantung harap kepada kerajaan persekutuan dalam membiayai pendidikan. Ini disebabkan pihak kerajaan terpaksa membantu sekolah kebangsaan agar aspirasi negara dapat disebarkan menerusi pengajaran kurikulum. Justeru, pihak sekolah seharusnya mengamalkan satu transformasional berdasarkan masa depan dalam memperolehi peruntukan pendidikan bagi menjamin tahap kualiti pendidikan di Malaysia. Pengenalan Membangunkan sistem pendidikan merupakan satu proses yang berterusan. Justeru, kerajaan di pelosok dunia sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan agar ianya memenuhi piawaian, harapan dan aspirasi negara. Dalam konteks di Malaysia, terdapat dua harapan dan aspirasi yang dihasratkan serta menjadi piawaian kepada keberkesanan pendidikan negara iaitu melahirkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Implikasinya, negara berkemampuan untuk bersaing dengan negara-negara lain khususnya negara maju. Keduanya, untuk meningkatkan produktiviti negara dengan membangunkan modal insan berminda kelas pertama dari aspek kemampuan dan intelek (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Berpandukan kedua-dua harapan dan aspirasi di atas serta pengalaman negara yang melebihi 50 tahun dalam menguruskan bidang pendidikan, Malaysia telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang pendidikan. Pencapaian sistem pendidikan negara yang membanggakan telah mendapat pujian dan dijadikan sebagai rol model kepada negara sedang membangun. Situasi tersebut digambarkan dengan usaha sesetengah kerajaan dari negara luar seperti Arab Saudi untuk memilih Malaysia sebagai destinasi bagi melanjutkan ~

description

http://holisticeducentre.weebly.com/

Transcript of Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia-Alternatif ian Berdasarkan Masa Depan

Page 1: Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia-Alternatif ian Berdasarkan Masa Depan

Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan di Malaysia: AltematifPenyelesaianBerdasarkan Masa Depan

Saedah SirajMuhammad Faizal A. Ghani

Norfariza Mohd. RadziFakulti Pendidikan, UM

Sinopsis

Tiga aspek utama untuk mencapai taraf pendidikan berkualiti adalahkeperluan kepada pendidikan yang berkaitan dengan perubahan semasa,ekuiti untuk menikmati proses dan dapatan pendidikan serta memenuhihak individu. Prinsip ekuiti dalam pendidikan amat sukar dilaksanakansekiranya pihak sekolah hanya bergantung harap kepada kerajaanpersekutuan dalam membiayai pendidikan. Ini disebabkan pihak kerajaanterpaksa membantu sekolah kebangsaan agar aspirasi negara dapatdisebarkan menerusi pengajaran kurikulum. Justeru, pihak sekolahseharusnya mengamalkan satu transformasional berdasarkan masa depandalam memperolehi peruntukan pendidikan bagi menjamin tahap kualitipendidikan di Malaysia.

Pengenalan

Membangunkan sistem pendidikan merupakan satu proses yang berterusan. Justeru,

kerajaan di pelosok dunia sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan agar

ianya memenuhi piawaian, harapan dan aspirasi negara. Dalam konteks di Malaysia,

terdapat dua harapan dan aspirasi yang dihasratkan serta menjadi piawaian kepada

keberkesanan pendidikan negara iaitu melahirkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia.

Implikasinya, negara berkemampuan untuk bersaing dengan negara-negara lain khususnya

negara maju. Keduanya, untuk meningkatkan produktiviti negara dengan membangunkan

modal insan berminda kelas pertama dari aspek kemampuan dan intelek (Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2006).

Berpandukan kedua-dua harapan dan aspirasi di atas serta pengalaman negara yang

melebihi 50 tahun dalam menguruskan bidang pendidikan, Malaysia telah mencapai

pelbagai kejayaan dalam bidang pendidikan. Pencapaian sistem pendidikan negara yang

membanggakan telah mendapat pujian dan dijadikan sebagai rol model kepada negara

sedang membangun. Situasi tersebut digambarkan dengan usaha sesetengah kerajaan dari

negara luar seperti Arab Saudi untuk memilih Malaysia sebagai destinasi bagi melanjutkan

~

Page 2: Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia-Alternatif ian Berdasarkan Masa Depan

pelajaran rakyatnya se1ain Singapura, Jepun, China dan Korea Selatan. Malah, sehingga

kini seramai melebihi 50,000 pelajar asing dari 150 buah negara sedang menuntutkan

pengajian mereka di institusi pendidikan di Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia,

2001).

Namun, penyumbang utama kepada pencapaian cemerlang tersebut yang senng

dikesampingkan apabila membincangkan produk pendidikan adalah pengurusan kewangan.

Muhammad Faizal A. Ghani dan Shahril@Charil Marzuki (2008) menyetujui kenyataan

tersebut dengan mengatakan kebanyakan individu lebih menekankan pembolehubah

dapatan berbanding pembolehubah proses untuk mencapai pembolehubah dapatan tersebut.

Manakala dalam konteks pengurusan kewangan, aspek pembolehubah proses yang sering

diabaikan adalah pelaksanaan pengurusan kewangan secara ekuiti, cekap dan berkesan.

Maszuria Adam, Azuraida Shahadan, Muhammad Faizal A. Ghani dan Shahril@Charil

Marzuki (2008) menggambarkan kenyataan tersebut dengan menyenaraikan antara

kegagalan kepimpinan sekolah dalam menguruskan kewangan sekolah mereka adalah

kurangnya pendedahan mengenai pengurusan kewangan sehingga mereka menguruskannya

secara trial and error, kurangnya penyeliaan pengetua terhadap pegawai yang

dipertanggungjawabkan tugas mengurus kewangan sekolah serta stail kepimpinan pengetua

yang tidak secara ekuiti, cekap dan berkesan dalam menguruskan kewangan sekolah.

Bertepatan dengan kepentingan untuk menguruskan kewangan sekolah, artikel ini

akan membincangkan tajuk-tajuk berikut iaitu konsep ekuiti dalam pendidikan, prinsip

ekuiti dalam pendidikan di Malaysia, trend pembiayaan pendidikan di Malaysia serta isu

dan cabaran dalam pembiayaan pendidikan dari aspek ekuiti serta penyelesaian kepada isu

dan cabaran tersebut.

Konsep Ekuiti Dalam Pendidikan

Ekuiti bermaksud kesamarataan. Secara terperinci, kamus Collins Cobuild (1999)

menyatakan ekuiti merupakan pemberian dalam jumlah yang sarna dan berpatutan dalam

menyediakan kemudahan kepada setiap individu. Manakala, Colin F. Padfield (1970, hlm.

27) telah menambahbaik konsep ekuiti yang ke1ihatan kabur pada awal diperkena1kan

maksudnya. Kenyataan beliau adalah seperti berikut.

"Dalam laras bahasa perundangan, konsep ekuiti digunapakai dalammahkamah. Ekuiti telah digambarkan sebagai rnemberikan keteranganuntuk keadilan atau melebarkan jurang agar menjadi lengkap. Ekuiti

2

Page 3: Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia-Alternatif ian Berdasarkan Masa Depan

muncul dari ketidakjelasan agar menjadi formal. Ekuiti perlu dilaksanakanpada waktu yang sesuai berpadanan dengan prinsip yang betul dan bukanme1aksanakan sesuatu dasar secara sewenang-wenangnya ."

Manakala, dalam memahami konsep ekuiti dalam bidang pendidikan, Odden dan

Picus (2000) berpendapat ekuiti adalah suatu yang adil sekiranya institusi pendidikan yang

dibiayai oleh kerajaan diberikan jumlah agihan kewangan yang samarata kerana sumber

kewangan tersebut adalah wang awam. Selanjutnya, Burrup, Brimley dan Garfield (1996)

telah mengkategorikan ekuiti kepada dua iaitu horizontal equity dan vertical equity.

Horizontal equity merupakan pembiayaan yang sarna tanpa mengira perbezaan. Misalnya,

semua kanak-kanak diberikan layanan yang samarata. Vertical equity pula adalah

pembiayaan berdasarkan perbezaan supaya dapat memenuhi keperluan seseorang individu

atau kumpulan. Misalnya, layanan terhadap murid tingkatan empat dalam aliran Sains

Tulen adalah berlainan berbanding dengan rakan mereka dalam aliran Sains Sosial

khususnya peruntukan kewangan bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Sebagai rumusan, ekuiti bermaksud prinsip kesamarataan yang diamalkan untuk

menguruskan pembiayaan kewangan dalam pendidikan tanpa mengira perbezaan

demografi.

Amalan Prinsip Ekuiti Dalam Pendidikan di Malaysia

Perubahan yang pesat dalam persekitaran pendidikan menuntut negara agar berubah seiring

dengan tuntutan perubahan tersebut. Misalnya, tuntutan untuk menimba ilmu secara

global, permintaan pasaran terhadap guna tenaga kerja yang berkualiti serta peningkatan

dalam penggunaan teknologi yang canggih. Implikasinya, kerajaan perlu berbelanja lebih

bagi memastikan negara seiring dengan perubahan tersebut. Maszuria Adam et al. (2008)

menggambarkan kenyataan tersebut dengan menyatakan kerajaan telah melabur dalam

pendidikan dengan nilai jutaan ringgit agar kualiti .dan produk pendidikan menepati

kehendak perubahan persekitaran.

Malah, kenyataan di atas dapat digambarkan menerusi trend pembiayaan

pendidikan di Malaysia yang sentiasa meningkat seperti mana Jadual 1. Ini disebabkan

pendidikan berupaya untuk meningkatkan pencapaian dan pertumbuhan ekonomi sesebuah

negara menerusi pembanguanan modal insan. Di samping itu juga, wujud peningkatan

dalam diri individu dari aspek ilmu, kemahiran dan taraf hidup. Kajian OECD

(Organization for Economic Cooperation and Development) pada tahun 2000 mendapati

3

Page 4: Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia-Alternatif ian Berdasarkan Masa Depan

-wujudnya perkaitan yang: rapatui-'antara modal .insan dengan pertumbuhan ekonomi di'c

negara-negara maju. Kajian tersebut menemui usaha kerajaan untuk berbelanja lebih dalam

pendidikan menyebabkan peningkatan dalam produktiviti diri individu dan pendapatan

mereka. Selanjutnya meningkatkan pencapaian dan pertumbuhan ekonomi negara akibat

daripada penghasilan guna tenaga kerja yang terIatih seiring dengan tuntutan perubahan

persekitaran (Shahril Marzuki, 2005).

Jadual 1Trend Perbelanjaan Pendidikan Berbanding Dengan Perbelanjaan Negara dan KNK:1994-2004

Tahun Jumlah Jumlah KNK Pada Harga Jumlah PerbelanjaanPerbelanjaan Perbelanjaan Pasaran Perbelanjaan KNKPada

Pendidikan Persekutuan (RM) Pendidikan Harga(RM) (RM) Berbanding Pasaran

Jumlah (%)PerbelanjaanPersekutuanili.l

1994 8954979220 47 135 086 560 178 090 000 000 19.00 5.03

1995 9734 107320 48 797 932 300 202 389 000 000 19.95 4.81

1996 10 846 486 650 55 467 290 400 227 368 000 000 19.55 4.77

1997 12031 102900 59982209600 262 193 000 000 20.06 4.59.1998 12510 391 200 64 124392000 269 137000000 19.51 4.65

1999 13462340030 65095213 400 280 932 000 000 20.68 4.79

2000 14079737820 78 025 291 600 295 843 000000 18.05 4.76

2001 18601959600 91046791410 326071 000 000 20.43 5.70

2002 20719136710 1 00 518 506 120 327713000000 20.61 6.32

2003 26 194 824 940 1 09801 554460 353 134000 000 23.86 7.42

2004 23 937604 060 1 12490000000 382529000000 21.28 6.26

Sumber. ShahriI@Charil Marzuki (2008). Dasar kewangan pendidikan. hlm. 5.

Jadual 1 menunjukkan secara puratanya peruntukan pembiayaan pendidikan oleh kerajaan

persekutuan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sentiasa meningkat daripada

tahun 1994 sehingga 2003.

Bertepatan dengan gambaran di atas, pengurusan kewangan dalam bidang pendidikan

di Malaysia perlu dilaksanakan berIandaskan prinsip ekuiti bagi memastikan harta awam

-:

4

Page 5: Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia-Alternatif ian Berdasarkan Masa Depan

disalurkan dengan cekap dan berkes an. Berikut merupakan contoh amalan ekuiti dalam

bidang pendidikan di Malaysia ..

• Analisis perbelanjaan pendidikan di Malaysia dari tahun 1986 hingga 2005

menunjukkan kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi

memastikan rakyat menikmati peluang pendidikan secara adil tanpa mengira kaum dan

lokasi dari aspek kawasan dan negeri (Shahril@Charil Marzuki, 2008).

• Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) bermula pada tahun 1986 hingga 1990 yang

merupakan susulan daripada rancangan pembangunan Malaysia di bawah Dasar

Ekonomi Baru (DEB). RMK-5 merupakan rancangan pembangunan yang mencabar

disebabkan negara ketika itu mengalami kemelesetan ekonomi (KPM, 1986). Justeru,

matlamat utama RMK-5 adalah untuk membasmi kemiskinan, penyusunan semula

masyarakat dan membangunkan wilayah secara seimbang (Shahril@Charil Marzuki &

Habib Mat Som, 1999). Dalam konteks pendidikan, matlamat tersebut dicapai dengan

melaksanakan usaha-usaha berikut tanpa mengira latar belakang demografi iaitu

memantapkan sistem pendidikan, tumpuan penawaran kursus di institusi pendidikan

Malaysia lebih menjurus kepada permintaan sumber manusia dalam bidang sains,

teknologi dan pengurusan, kerjasama di antara masyarakat, guru dan ibu bapa serta

memanfaatkan komuniti sekolah.

• Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) bermula pada tahun 1996 hingga 2000

bertujuan untuk melahirkan sejumlah pekerja mahir dan berkualiti bagi memenuhi

keperluan tenaga kerja dan warga negara yang berdisiplin, memiliki tahap nilai moral

yang tinggi serta etika kerja yang baik. Matlamat tersebut dicapai menerusi usaha

kerajaan untuk menambah kapasiti institusi pendidikan dalm bidang sains, kejuruteraan

dan teknikal tanpa mengira lokasi sarna ada di peringkat kawasan mahupun negeri.

Justeru, kerajaan telah meningkatkan kualiti dan kuantiti kemudahan fizikal serta

memperkenalkan program Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) bagi memastikan rakyat dapat

menikmati peluang pendidikan secara adil (KPM, 2001).

• Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang bermatlamatkan

Pendidikan Berkualiti Untuk Semua jelas menggambarkan amalan prinsip ekuiti dalam

5

Page 6: Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia-Alternatif ian Berdasarkan Masa Depan

pendidikan. Pelan ini telahmemperincikan kaedah pengagihan peruntukan kewangan

kepada institusi pendidikan di peringkat rendah dan menengah agar peruntukan tersebut

diagih secara samarata, cekap dan berkesan. Misalnya, pelan tersebut menggariskan

beberapa strategi untuk merapatkan jurang perididikan di antara kawasan bandar dan

luar bandar menerusi kerjasama rapat Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Badan

Bertindak Pelaksanaan Negara serta Direktorat Pelaksanaan Kebangsaan dengan

memperluaskan pendidikan prasekolah, menyediakan bekalan elektirk dan air bersih,

menambah bilangan dan ruangan bilik darjah, asrama dan sekolah baru serta

meningkatkan kualiti kelas pemulihan (KPM, 2006).

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa amalan prinsip ekuiti telah

dilaksanakan dalam bidang pendidikan di Malaysia bagi menyediakan peluang pendidikan

yang samarata kepada semua murid. Selanjutnya, merealisasikan matlamat utama

rancangan pembangunan negara dengan merapatkan jurang sosio-ekonomi di antara

golongan kaya dan miskin.

Isu Dan Cabaran

Matlamat untuk mewujudkan sistem pendidikan yang berkualiti merupakan agenda

antarabangsa yang telah dibincangkan dalam Deklarasi Hak Asasi pada tahun 1942 di

negara Thai. Deklarasi tersebut menekankan peri pentingnya kerajaan sesebuah negara

untuk menyediakan peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak secara adil tanpa

mengira aspek demografi mereka. Malah, deklarasi tersebut sering dibahaskan dalam

persidangan bertaraf antarabangsa. Ini disebabkan usaha tersebut merupakan suatu usaha

yang mencabar dan memerlukan jangakamasa yang panjang serta perancangan yang

sistematik.

Justeru, Malaysia tidak terkecuali daripada menghadapi masalah dalam

mengamalkan konsep ekuiti dalam pendidikan. Kajian UNESCO (2004) mendapati isu

ekuiti dalam pendidikan sering dibincangkan di negara maju dan perlu diperlukan

perbahasannya dalam kalangan negara sedang membangun. Oleh itu, berikut merupakan

antara isu dan cabaran dalam melaksanakan prinsip ekuiti dalam pembiayaan pendidikan di

Malaysia.

'"

6

Page 7: Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia-Alternatif ian Berdasarkan Masa Depan

Pembiayaan pendidikan berdasarkan kKategarl dan lakasi sekalah

Sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Bantuan Kerajaan telah diberikan bantuan

sebanyak RMI00 juta bagi membangunkan sekolah mereka. Malah, kategori sekolah

tersebut turut diberikan peruntukan tambahan dalam bentuk emolumen, geran per kapita

dan lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun (LPBT) bagi menguruskan sekolah mereka

(KPM, 2005).

Rancangan Malaysia Ke-8 telah menggambarkan suasana tersebut seperti mana

berikut (Kerajaan Malaysia, 2001). Pada tahun 2005 sebanyak RM2.5 bilion telah

diperuntukkan sebagai belanja mengurus untuk 1,755 buah sekolah. Peruntukan tersebut

telah menggambarkan peningkatan sebanyak 100 peratus bantuan diberikan berbanding

dengan jumlah peruntukan pada tahun sebelumnya. Di samping . itu juga sebanyak

RM8.4 juta diperuntukkan untuk memperbaiki beberapa Sekolah Bantuan Kerajaan yang

daif dan ditimpa bala bencana seperti kebakaran, banjir dan berisiko dari aspek

keselamatan. Contoh lain, kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

berusaha untuk menyediakan peluang pendidikan berdasarkan bakat dan minat murid.

Misalnya, pembinaan tiga buah sekolah sukan dengan pelbagai kemudahan bagi

melahirkan lebih ramai atlet negara yang cemerlang dalam bidang sukan.

Begitu juga dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan lebih ramai guna tenaga

dalam bidang sains dan teknologi. Sebanyak 15 buah sekolah berasrama penuh baru telah

dan akan dibina dengan jumlah kapasiti 450 buah bilik darjah bagi menampung

pertambahan seramai 13,500 orang murid. Dua buah lagi sekolah menengah teknik baru

dengan 17 projek bangunan tambahan akan dilaksanakan selaras dengan dasar Wawasan

2020.

Lazimnya, perancangan kerajaan dalam membina lokasi sekolah di Malaysia adalah

lebih tertumpu di kawasan bandar. Shahril@Charil Marzuki (2008) bersependapat dengan

kenyataan di atas menerusi pandangan beliau bahawa tumpuan pembangunan sekolah

seperti mana di atas adalah di kawasan bandar disebabkan kawasan tersebut mempunyai

tahap kernudahan yang tinggi di sekitarannya. Sekolah di kawasan tersebut dibekalkan

dengan kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih dan

sumber yang mencukupi kerana kawasan terse but merupakan kawasan tumpuan penduduk

(Maszuria Adam et aI., 2009, UNESCO, 2004).

Implikasinya, peluang untuk menikmati pendidikan berkualiti di kawasan luar

bandar adalah terhad. Malah, sekolah di kawasan luar bandar mengalami pelbagai

kekurangan dari aspek infrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan

7

Page 8: Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia-Alternatif ian Berdasarkan Masa Depan

.ibu bapa dan masyarakat. Selanjutnya, menyebabkan perbezaan pencapaian murid,

penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran dalam kalangan mereka

(UNESCO, 2004). Misalnya KPM melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006,

hIm. 27) telah menggambarkan kekurangan tersebut seperti mana berikut. "Masih terdapat

sekolah rendah dan menengah di kawasan luar bandar yang mengalami kekurangan bekalan

elektrik. Malah janakuasa yang dibekalkan untuk mengatasi masalah bekalan elektrik

adalah aset yang berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan lCT

di sekolah. Di samping itu, bekalan diesel tidak dapat dibekalkan ke sekolah-sekolah yang

j auh di pedalaman. Dari aspek bekalan air pula terdapat sejumlah 1,517 buah sekolah

rendah dan 68 buah sekolah menengah di Malaysia yang mengalami kekurangan bekalan

air. Begitu juga bagi kemudahan bilik sains, makmal komputer dan makmal. Sejumlah 42

sekolah rendah dan 26 buah sekolah menengah yang menumpang di sekolah lain".

Ringkasnya, cabaran KPM adalah untuk memastikan pembiayaan pendidikan secara

ekuiti perlu dinikmati di semua sekolah dari aspek infrastruktur, perkakasan, perisian dan

latihan khususnya sekolah di kawasan luar bandar yang serba ketinggalan dalam

penggunaan alat berteknologi tinggi.

Pembiayaan Pendidikan Untuk Program Pendidikan Khas

Sekolah Pendidikan Khas menyediakan Program Pendidikan Khas kepada murid yang

menghadapi masalah dari aspek penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, autisme,

sindrom down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia. Matlamat program

tersebut adalah untuk melahirkan insan yang berdikari serta menyumbang jasa

kepada pembangunan negara. Misalnya, Sekolah Menengah Pendidikan Khas lndahpura

telah menyediakan kemudahan pelajaran bagi ketiga-tiga kategori Pendidikan Khas.

Sekolah Menengah Teknik pula menyediakan peluang pendidikan kepada murid

bermasalah dari aspek pendengaran dengan menawarkan kursus-kursus anjuran Majlis

Latihan Vokasional Kebangsaan. Malah, Program Pendidikan Khas ini diwujudkan secara

meluas di semua peringkat sekolah sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah

(Kerajaan Malaysia, 2001). Namun, cabaran yang wujud adalah dari aspek kerenah

birokrasi dalam kalangan pihak atasan untuk membuat pilihan calon yang layak.

lmplikasinya, ibu bapa sukar untuk mendapatkan pendidikan bagi anak-anak mereka. Di

samping itu juga, sikap sesetengah ibu bapa yang tidak dapat menerima kenyataan

mengenai kekurangan diri anak mereka. Selanjutnya, mereka tidak mahu menempatkan

anak mereka dalam program tersebut (uNESCO, 2004).

8

Page 9: Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia-Alternatif ian Berdasarkan Masa Depan

Pembiayaan Pendidikan Terhadap Sekolah Bertaraf PTj dan Bukan PTj

Kerajaan telah rnenyediakan peruntukan kepada sekolah bertaraf PTj dalarn bentuk waran

yang rneliputi pernberian bagi bantuan perkapita (peG), .LPBT/LBK, gaji, elaun dan

KWSP serta perbelanjaan bagi penyelenggaraan bangunan sekolah. Situasi tersebut arnat

berbeza dengan sekolah bertaraf bukan PTj. Segala urusan peruntukan seperti gaji, elaun,

KWSP staf dan kos penyelenggaraan bangunan adalah diuruskan oleh pihak Jabatan

Pelajaran Negeri (KPM, 2005). Justeru, sekolah bertaraf PTj rnenerirna jurnlah peruntukan

yang besar berbanding dengan sekolah bertaraf bukan PTj (Shahril@Charil Marzuki,

2008). Ini disebabkan sekolah bertaraf PTj perIu rnenguruskan peruntukan tersebut. Malah,

dalarn kalangan sekolah bertaraf PTj itu sendiri masih terdapat perbezaaan di antara

sekolah bertaraf PTj harian dengan sekolah bertaraf PTj berasrama (Azizah Hassan, 2008).

Garnbaran tersebut ditunjukkan dalam Jadual 4.

Jadua12Jumlah Peruntukan Yang Diterima Di Sekolah Bertaraf PTj Harian dan PTj Berasrama

Jenis sekolah Bilangan Murid Jurnlah PenerirnaanPeeruntukan Oleh Kerajaan

(RM)Sekolah Menengah Harianbertaraf PTjSekolah MenengahBerasrarna Bertaraf PTj

1844 orang 3,752,000.00

490 orang 1,587,749.00

Surnber. Azizah Hassan (2004). Pengurusan kewangan sekolah:sekolah rnenengah harian biasa PTj di daerah Kuala Terengganu.

Kajian kes di sebuah

Jadual 2 rnenunjukkan jurnlah pernbiayaan pendidikan oleh kerajaan kepada sekolah

rnenengah harian bertaraf PTj dan sekolah rnenengah berasrarna bertaraf PTj. Namun,

jurnlah pernbiayaan yang diterirna oleh sekolah rnenengah harian rnasih dianggap kecil

kerana jumlah tersebut terpaksa diagihkan kepada bilangan rnurid yang ramai berbanding

dengan sekolah berasrarna bertaraf PTj.

Sekolah Menengah Bantuan Modal Menerima Kurang Peruntukan

Sekolah rnenengah bantuan rnodal dibiayai pada kadar yang terhad. Kategori sekolah

tersebut hanya rnenerirna bantuan berbentuk Kurnpulan Wang Kerajaan dalarn kategori

rnata pelajaran, bukan rnata pelajaran, LPBKlLPK serta sedikit bantuan bagi tujuan

penyelengaran bangunan sekolah. Malah, kerenah birokrasi untuk rnernohon bantuan

9

Page 10: Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia-Alternatif ian Berdasarkan Masa Depan

I I I I

peruntukan ~"pembangulia11turut menghalang usaha pihak sekolah untuk meningkatkan

pencapaian murid (Mohd. Nor Saad, 2004).a

Sekolah Menengah Agama Rakyat Tidak Menerima Bantuan Daripada KerajaanPersekutuanSekolah menengah Agama Rakyat tidak menerima sebarang peruntukan dalam bentuk

Kumpulan Wang Kerajaan daripada kerajaan persekutuan. Sumber kewangan untuk

menjana proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah tersebut adalah daripada

kutipan yuran murid dan sumbangan individu serta kumpulan (Shahril@Charil Marzuki,

2005, 2008). Justeru, kategori sekolah tersebutmengalami masalah untuk menguruskan

proses P&P secara cekap dan berkesan. Misalnya, tenaga pengajar sekolah tersebut hanya

dibayar di antara RM400 hingga RM800 sebulan mengikut kelayakan mereka (Jabatan

Zakat Negeri Kedah, 1999). Situasi tersebut amat berbeza dengan jenis sekolah selain

sekolah menengah agama.

Pembiayaan Pendidikan Kepada Sekolah Persendirian Aliran Cina

Masalah pembiayaan pendidikan oleh kerajaan persekutuan timbul dalam kalangan sekolah

persendirian jenis Cina yang diurus oleh Lembaga Pertubuhan Sekolah-sekolah Cina iaitu

Dong Jiaozong (Mohd. Nor Saad, 2004). Justeru, pertubuhan tersebut mengenal pasti

sumber kewangannya sendiri. Dengan perkataan lain, sekolah jenis ini tidak mendapat

bantuan daripada Kumpulan Wang Kerajaan secara formal dan kerajaan akan

menimbangkan permohonan sekiranya pihak sekolah menunjukkan pencapaian akademik

yang baik. Misalnya, Qiu (2009) menggambarkan situasi tersebut seperti mana berikut.

Pada tahun 1998 Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan bantuan kewangan

sejumlah RM14,000 kepada Sekolah Persendirian Cina, Pay Fong di Melaka bagi

membiayai pembinaan 3 buah bilik darjah dan dua buah bilik tandas. Pada 21 Januari 2008

pula kerajaan telah memberikan bantuan kewangan bernilai RMIOO,OOOkepada setiap 4

buah sekolah menengah persendirian aliran Cina di daerah Klang iaitu Sekolah Menengah

Chung Hua, SM Pin Hwa, SM Hin Hua dan SM Kwang Ha. Namun, jumlah pembiayaan

tersebut masih dianggap terlalu kecil jika dibandingkan dengan pembiayaan di sekolah

bantuan kerajaan dan sekolah bantuan modal.

10

Page 11: Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia-Alternatif ian Berdasarkan Masa Depan

Alternatif Penyelesaian: Satu Transformational

Dalam membincangkan pendidikan yang berkualiti, tiga aspek utama perlu digabungkan

bersama bagi mencapai matlamt pendidikan. Tiga aspek terse but adalah keperluan kepada

pendidikan yang berkaitan dengan perubahan semasa, ekuiti untuk menikmati proses dan

dapatan pendidikan serta memenuhi hak individu (Burrup, Brimley & Garfield, 1996).

Dengan perkataan lain, tanpa salah satu daripadanya, matlamat pendidikan tidak akan

tercapai. Justeru, bahagian ini hanya membincangkari alternatif penyelesaian kepada

permasalahan ekuiti dalam pembiayaan pendidikan.

Alternatif Pembiayaan Pendidikan di Sekolah Luar Bandar

Kerajaan telah berusaha untuk merapatkan jurang pendidikan di antara kawasan bandar

dengan Iuar bandar. Antaranya, meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak khususnya di

kawasan luar bandar dalam pendidikan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun

menengah. Mereka diharapkan dapat menguasai kemahiran membaca, mengira dan

menulis (3M). Justeru, untuk mencapai hasrat di atas, pelbagai usaha telah dijalankan oleh

kerajaan persekutuan. Misalnya, menambah bilangan guru di sekolah kawasan Iuar bandar.

MaIah, guru berpengalaman turut ditempatkan di kawasan tersebut (KPM, 2006;

Muhammad Faizal A. Ghani, 2007). Di samping itu juga, peruntukan sejumlah RM13.5

bilion bagi meningkatkan taraf infrastruktur sekolah dan bagi memastikan proses P&P

dilaksanakan dengan cekap dan berkesan (Hamidah Noh, 2004).

Namun, pihak sekolah juga diharapkan berusaha untuk mengenal pasti sumber

kewangannya sendiri. Abdul Shukor Abdullah (1994), Muhammad Faizal A. Ghani (2007)

serta Muhammad Faizal A. Ghani & ShahriI@Charii Marzuki (2008) menyokong

kenyataan tersebut dengan menyatakan pemimpin sekolah yang berkesan adalah individu

yang berupaya untuk mengenal pasti sumber yang mencukupi dalam aspek manusia,

peralatan dan kewangan. Justeru, pihak sekolah perlu mewujudkan tahap kolebrasi yang

tinggi dengan persekitaran luarannya. Noor Rezan Bapoo Hashim (2004) mencadangkan

perlunya hubungan tiga dimensi yang mantap iaitu sekolah, rumah dan komuniti. Dengan

hubungan mantap tersebut, pihak sekolah berupaya untuk melaksanakan konsep

permuafakatan dan perkongsian pintar bagi menjana kewangannya sendiri. Misalnya,

aktiviti perkongsian pintar boleh dikelolakan oleh pihak sekolah dalam bentuk sumbangan

daripada koperasi sekolah, alumni sekolah dan kelab yang aktif melaksanakan aktiviti

menjana kewangan seperti penyewaan padang atau dewan sekolah (Maszuria Adam et aI.,

11

Page 12: Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia-Alternatif ian Berdasarkan Masa Depan

'2009; Noor Rezan Bapoo Hashim, 2004). Sumbangan daripada ahli politik atau pihak yang

berkepentingan seperti pihak swasta dalam pendidikan turut berupaya meningkatkan dana

kewangan sekolah. Selain itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) hendaklah berperanan

penting dalam mengenal pasti sumber kewangan sekolah bagi meningkatkan pencapaian

sekolah (Abdul Shukor Abdullah, 1994; Muhammad Faizal A. Ghani, 2007) untuk

sekolah-sekolah ini.

Alternatif Pembiayaan Pendidikan Bagi Sekolah Bertaraf PTj dan Bukan PTj

Sekolah bertaraf PTj sering menghadapi kelewatan dalam menguruskan peruntukan

tambahan. Shahril@Charil Marzuki dan Martiza Abu Bakar (2009) menambah dengan

menyatakan sebab kelewatan tersebut kerana perubahan yang dibuat dalam bajet sekolah

untuk mendapatkan peruntukan tambahan. Misalnya dalam aspek perubahan status jawatan

guru dari bukan siswazah kepada guru siswazah. Justeru, pihak sekolah perlu menyediakan

laporan mengenainya pada kadar segera. Ini membolehkan pihak Jabatan Pelajaran Negeri

(JPN) memberikan pertimbangan yang sewajamya pada kadar segera bagi memastikan

proses P&P dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Suasana tersebut amat berbeza dengan sekolah bukan bertaraf PTj. Sekolah

menengah dan rendah yang bukan bertaraf PTj' tidak diberikan keistemewaan

penyelenggaraan seperti mana sekolah bertaraf PTj. Malah, sekolah kategori tersebut perlu

berurusan terus dengan JPN. Implikasinya, proses untuk mendapatkan kelulusan aspek

tersebut mengambil masa yang agak lama. Keadaan akan menjadi lebih parah sekiranya

,JPN telah kehabisan peruntukan dan pihak sekolah terpaksa menunggu peruntukan bagi

bajet tahun hadapan (Shahril@Charil Marzuki & Martiza Abu Bakar , 2009).

Bertepatan dengan kenyataan di atas, dapat digambarkan bahawa kelancaran

pemberian peruntukan kepada sekolah bertaraf PTj adalah banyak dipengaruhi oleh

keberkesanan pengetua untuk menguruskan kewangan sekolah mereka. Ini disebabkan

kepimpinan pengetua berupaya mengubah pembolehubah sesebuah sekolah kerana mereka

meinpunyai kuasa dan autoriti (Maszuria Adam et al., 2009; Muhammad Faizal A. Ghani,

2007). Misalnya, pengetua berupaya menggunakan kuasa dan autoriti mereka bagi

mengarahkan warga sekolah mematuhi prosedur pengurusan sekolah (KPM, 2005).

Situasi tersebut berbeza dengan pengetua di sekolah bertarafbukan PTj. Pengetua

di sekolah tersebut kurang melibatkan did dengan pengurusan kewangan kerana urusan

tersebut diuruskan oleh JPN/Pejabat Pelajaran Daerah seperti perancangan bajet sekolah

(Shahril@Charil Marzuki, 2005, 2008). Namun bagi mengimbangi peranan pengetua di

.:

'-

~

12

Page 13: Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia-Alternatif ian Berdasarkan Masa Depan

sekolah bertaraf PTj dan bukan PTj, KPM disarankan agar urusan perancangan bajet

sekolah turut dilakukan oleh Pengetua atau Guru Besar di sekolah bertaraf bukan PTj.

Saranan tersebut menepati pandangan Azizah Hassan (2004), Shahril@Charil Marzuki

(2008) serta Zaidah Mustafa (2004) disebabkan pihak sekolah bertaraf bukan PTj sering

mengalami masalah berikut iaitu proses kelulusan permohonan adalah lama serta kehabisan

peruntukan. Selanjutnya, terpaksa menunggu peruntukan akan datang.

Alternatif Pembiayaan Pendidikan Bagi Sekolah Bertaraf Bantuan Modal dan Bantuan

Penuh

Setiap dasar pendidikan perlu dilaksanakan secara adil. Pelaksanaan perlu berasaskan

Akta Pendidikan 1996 (KPM, 2005). Menurut akta tersebut semua sekolah sama ada

sekolah kebangsaan (SK) mahupun sekolah jenis kebangsaan (SJK) perlu dibiayai

berasaskan bilangan murid. .Begitu juga dengan peruntukan bilangan guru yang mengajar,

kurikulum serta pemberian buku teks turut berasaskan bilangan murid. N amun, perbezaan

di antara kedua-dua jenis sekolah adalah dari aspek kos pembiayaan pembangunan sekolah.

Dalam konteks tersebut, pihak sekolah telah menyediakan tapak pembangunan dan

Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan untuk campur tangan (Qui, 2009).

Walau bagaimanapun kerajaan persekutan akan membantu sekiranya sumber yang

dikutip tidak mencukupi. Walaupun agenda pembangunan pendidikan negara tidak

mengetepikan SJK, kerajaan tidak boleh hanya menumpukan jenis sekolah tersebut. Zaidah

Mustafa (2004) menggambarkan keadaan tersebut dengan melaporkan kerajaan turut perlu

berlaku adil dengan Sekolah Agama Rakyat. Ini bertujuan untuk memastikan matlamat

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 iaitu merapatkan jurang

pendidikan dari aspek lokasi sekolah tercapai. Malah, kategori sekolah tersebut tidak

seharusnya bergantung penuh kepada kerajaan kerana setiap tahun wujud penambahan

terhadap bilangan murid. Misalnya, pada tahun2008 terdapat serami 610,000 orang murid

menuntut di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 90,000 di Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil (SJKT). Bilangan tersebut bertambah sebanyak 20% (Qui, 2009).

Justeru itu, kategori sekolah tersebut seharusnya mengenal pasti sumber

pembiayaan alternatif lain. Shahril@Charil Marzuki (2008) turut mencadangkan seperti

mana di atas kerana kerajaan perlu memberikan penekanan untuk membantu SK

disebabkan bilangan murid di sekolah tersebutadalah .lebih ramai berbanding SJK.

Antaranya, pembiayaan pendidikan oleh masyarakat dan perkongsian pintar (Noor Rezan

Bapoo Hashim, 2004).

13

Page 14: Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia-Alternatif ian Berdasarkan Masa Depan

Alternatif Pembiayaan Pendidikan Bagi Sekolah Agama Rakyat

Sekolah Agama Rakyat (SAR) merupakan institusi sekolah yang dimiliki oleh badan

persendirian dan tertakluk di bawah Enakmen Negeri dan berdaftar dengan Jabatan Agama

Islam Negeri. Namun, SAR boleh menerima .bantuan perkapita daripada kerajaan

persekutuan berasaskan Seksyen 52, Akta Pendidikan 1996. Akta tersebut menyebut

bahawa Menteri Pendidikan boleh menghulurkan sumbangan kepada mana-mana institusi

agama Islam walaupun persendirian.

Sumber kewangan SAR di negeri-negeri seperti Selangor, Johor, Pulau Pinang,

Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah dibiayai oleh kerajaan negeri menerusi Jabatan

Agama Negeri (Shahril@Charil Marzuki, 2008). Namun, sumber tersebut masih tidak

mencukupi. Misalnya, sumber kewangan SAR di Kedah adalah berpunca daripada yuran

murid di samping bantuan daripada Majlis Agama sebanyak RMI00 untuk pentadbiran,

RM500 (elaun guru) dan RM600 (biasiswa murid setiap tahun) (Jabatan Zakat Negeri

Kedah, 1999).

Persoalannya kini bagaimanakah kerajaan negeri dapat menyediakan pendidikan

yang berkualiti sekiranya bantuan kerajaan persekutuan adalah tidak mencukupi. Justeru,

untuk mengatasi maslaah tersebut pada tahun 2005, kerajaan persekutuan melalui KPM

telah berjaya untuk mendaftarkan sesetengah SAR dengan dikenali sebagai Sekolah

Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Shahril@Charil Marzuki (2009) dan Azman Abdul

Rahman (2001) menggambarkan implikasi usaha terse but seperti mana berikut. SAR telah

menerima bantuan kemudahan berbentuk guru terlatih, emolumen guru, PCG murid dan

peruntukan pengurusan. Malah, sehingga ini sejumlah 119 buah SAR telahpun mendaftar

sebagai SABK dan seramai 4545 guru sekolah tersebut telah diserap sebagai staf kerajaan.

Mereka menerima gaji berdasarkan skim pendidikan yang sedia ada. Manakala bilangan

murid yang mendapat kemudahan pendidikan ialah seramai 29,597 orang termasuk di

peringkat rendah dan menengah. Namun, masih terdapat SAR yang irrgin mendapatkan

bantuan daripada kerajaan persekutuan tetapi tidak mahu menyerahkan pentadbiran SAR

seperti mana SJKC dan SJKT.

Sebagai altematif, kerajaan negeri disarankan agar membiayai beberapa aspek kos

dalam pendidikan di peringkat menengah agar dapat mengurangkan bebanan kerajaan

persekutuan (Azman Abdul Rahman, 2001; Shahril@Charil Marzuki, 2005, 2009).

Contohnya, kerajaan Kedah di bawah Lembaga Zakat Negeri Kedah telah memainkan

peranan untuk meningkatkan pendidikan agama di negeri berkenaan seperti bantuan

..

"'

14

Page 15: Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia-Alternatif ian Berdasarkan Masa Depan

·

kewangan kepada murid kurang beruntung dan kemudahan sekolah. Di samping itu juga

elaun tenaga pengajar dalam program KAF A turut dibiayai oleh lembaga zakat tersebut.

Bagi kerajaan persekutuan pula, mereka seharusnya menimbangkan permohonan

SAR untuk mendapatkan peruntukan berdasarkan usaha SAR untuk mewujudkan

pendidikan yang berkualiti. Mohd Nor Saad (2004) menegaskan hasrat untuk mewujudkan

pendidikan yang berkualiti hanya akan tercapai sekiranya SAR dan kerajaan persekutuan

berpegang kepada tiga aspek berikut iaitu keperluan kepada pendidikan yang berkaitan

dengan perubahan semasa, kesamarataan untuk menikmati proses dan dapatan pendidikan

serta memenuhi hak individu.

Kesimpulan

Pembiayaan pendidikan di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada sumbangan kerajaan

persekutuan. Situasi tersebut disebabkan beberapa alasan misalnya kerajaan inginkan.

aspirasi negara tercapai menerusi keseragaman kurikulum serta sumbangan agensi swasta

yang terhad. Justeru, trend pembiayaan tersebut adalah sentiasa meningkat secara arnnya.

Dengan perkataan lain, kerajaan persekutuan tetap memperuntukkan sejumlah pembiayaan

yang tinggi untuk membangunkan bidang pendidikan walaupun ekonomi negara

mengalami pertumbuhan yang perlahan. Namun, untuk mencapai hasrat tersebut, sekolah

kebangsaan diberikan keutamaan dan akan timbul isu mengenai pembiayaan dalam

pendidikan khususnya dari aspek ekuiti dalam kalangan sekolah bantuan modal seperti SJK

dan SRA.

Selanjutnya, slogan "Education For All" kurang tercapai. Oleh itu, pihak

berkepentingan dalam pendidikan seharusnya bergandingan untuk memastikan hasrat

tersebut tercapai. Dalam konteks tersebut, pihak berkepentingan dalam pendidikan perlu

mengamalkan transfomasional terhadap dasar pendidikan yang ada. Misalnya, pihak

sekolah dicadangkan untuk mengenal pasti sumber kewangannya sendiri tanpa bergantung

penuh kepada kerajaan. Masyarakat dan ibu bapa pula seharusnya melibatkan diri dalam

setiap aktiviti sekolah misalnya menyumbangkan bantuan kewangan, kepakaran dan

sokongan moral.

15-;

Page 16: Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia-Alternatif ian Berdasarkan Masa Depan

Rujukan

Abdul Shukor Abdullah (1994). Management of school: Re-evaluation. Kertas kerjadibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Ke-4, GentingHighlands, Pahang.

Azizah Hassan (2004). Pengurusan kewangan sekolah: Kajian kes di sebuah sekolahmenengah harian biasa PTj di daerah Kuala Terengganu. Kertas projek sarjanayang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Azman Abdul Rahman (2001). Pengurusan kewangan di dua buah sekolah menengahagama di daerah Kulim, Kedah. Kertas projek sarjana yang tidak diterbitkan. KualaLumpur: Universiti Malaya.

Bun-up, D., Brimley V., & Garfield R. R. (1996). Financing education in a climate ofchange. London: Allyn & bacon Inc.

Che Ku Alam Che Ku AU, (2007). Pengurusan berasaskan sekolah (school -basedmanagement, SBM): Tinjauan amalan pengurusan berasaskan sekolah- Satupengalaman pembelajaran di New Zealand Dimuat turun pada 26 Oktober 2008daripada http://v.ww.iab.edu.my/KertasKerjaSN15/CHE KU ALAM.pdfl

Cobuild, C. (1999). The bank of English. London: HarperCollin.Hamidah Noh (2004). Prosedur dalam pengurusan kewangan sekolah. Dalam F. H. Tie

& Rahimah Ahmad. Perundangan dalam pengurusan sekolah. Kuala Lumpur:One World snd. bhd.

Jabatan Zakat Negeri kedah (1999). Laporan tahunan 1997-1999. Alor Setar:Pencetakan Sinaran Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1986). Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990.Kuala Lumpur: Pencetakan Nasional.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001-2010 KualaLumpur, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). Kajian analisis kos Projek Rintis SekolahBestari. BPPDP : Kuala Lumpur. Dimuat turun pada 26 Oktober 2008 daripadahttp://Vvww.moe.gov.my/galeri awam)selidikl2004/2004 BTMK 5741 3609.pdfl

Kementerian Pelajaran Malaysia (2005). Tatacara pengurusan kewangan dan perakaunansekolah. Kuala Lumpur, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan DasarPendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006), Pelan induk pembangunan. pendidikan(PIPP) ( 2006- 2010), Kuala Lumpur, Bahagian Perancangan dan PenyelidikanDasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kerajaan Malaysia (2001). Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005. Kuala Lumpur:Pencetakan Nasional.

Mohd. Noor Saad (2004). Pengurusan kewangan di sekolah menengah bantuan penuhkerajaan dan sekolah menengah bantuan modal di Pahang. Kertas projek sarjanayang tidak diterbitkan. Universiti Malaya.

Maszuria Adam, Azuraida Shahadan, Muhammad Faizal A. Ghani & Shahril@CharilMarzuki (2008). Keberkesanan pengurusan kewangan ke arah membangunkanmodal insan: Satu panduan. Masalah Pendidikan, 31(1), 147-162.

Muhammad Faizal A.Ghani (2007). Pembentukan model keberkesana danpenambahbaikan sekolah di Malaysia. Disertasi doktor falsafah yang tidakditerbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

"

-c;

"

~

.::

;

16

Page 17: Isu Prinsip Ekuiti Dalam Pembiayaan Pendidikan Di Malaysia-Alternatif ian Berdasarkan Masa Depan

Muhammad Faizal A. Ghani & Shahril@Charil Marzuki (2008). Model sekolah berkesan:Satu perubahan berdasarkan tuntutan semasa. Masalah Pendidikan, 31(1),9-21.

Noor Rezan Bapoo Hashim (2004). Kepengetuaan dan perkongsian bijak: Sekolah dankomuniti. Dalam Rahimah Ahmad & F. H. Tie. Kepengetuaan dan kepimpinansekolah: Perspektifpengamal. Kuala Lumpur: One World Sdn. Bhd. .

Odden, A. R., & Picus, L. O. (2000). School finance: A policy perspective. New York: MeGraw Hill.

Qiu, Z. (2009). Chong Hwa teacher training day. Dimuat turut pada 10 mac 2010 daripadahttp://www.chonghwakl.edu.my.

Shahril@Charil Marzuki (2005). Mengurus dan membiayai pendidikan di Malaysia. KualaLumpur: PTS Professional

Shahril@Charil Marzuki (2008). Dasar kewangan pendidikan. Kuala Lumpur: PTSProfessional.

Sham'il@Charil Marzuki & Habib Mat Som (1999). Isu pendidikan di Malaysia: Sorotandan cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution. .

Shahril@Charil Marzuki & Martiza Abu Bakar (2009). Pelaksanaan Pengurusan KewanganSekolah Bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTJ): Isu dan Cabaran. Jurnal onlinedimuat turun pada 18 Mei 2010 di http://www.iab.edu.my

UNESCO (2004). Education for all: The quality imprerative. Paris: United NationsEducational, Scientific and Cultural Organization.

Zaidah Mustafa (2004). kebaikan dan keburukan sebelum dan selepas sekolah bertaraf PTjdan masalah yang dihadapi: Satu kajian kes di sebuah sekolah menengah harian PTjdi daerah Petaling Jaya, Selangor. Kertas projek sarjana yang tidak diterbitkan.Universiti Malaya.

17