Isu syariah dalam pasaran hutang

17
ISU SYARIAH DALAM HUTANG BPFS2043 KEWANGAN ISLAM

Transcript of Isu syariah dalam pasaran hutang

Page 1: Isu syariah dalam pasaran hutang

ISU SYARIAH DALAM HUTANG

BPFS2043 KEWANGAN ISLAM

Page 2: Isu syariah dalam pasaran hutang

ISI KANDUNGANDEFINISI HUTANGADAB HUTANG PIUTANGKELEBIHAN MEMBERI HUTANGSYARAT UNTUK BERHUTANGHUKUM MEMBERI HUTANGKESAN BERHUTANGHIKMAH DIHARUSKAN BERHUTANGMAJLIS PENASIHAT HUTANG PADA MASA KINI CONTOH PRODUK HUTANG PADA MASA KINI

BPFS2043 KEWANGAN ISLAM

Page 3: Isu syariah dalam pasaran hutang

BPFS2043 KEWANGAN ISLAM

Hutang boleh didefinisikan sebagai memberi sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang yang diyakini bahawa barang atau manfaat tersebut akan dikembalikan dengan kadar yang sama.

DEFINISI HUTANG

Page 4: Isu syariah dalam pasaran hutang

BPFS2043 KEWANGAN ISLAM

RUKUN BERHUTANG

Penerima hutang/penghutangPemberi hutang/pemiutangBarang yang diberi hutangLafaz penawaran penghutang/sighah

Page 5: Isu syariah dalam pasaran hutang

BPFS2043 KEWANGAN ISLAM

ADAB HUTANG PIUTANG

Dalam ajaran Islam, hutang-piutang adalah muamalah yang dibolehkan, tapi diharuskan untuk lebih hati-hati dalam menerapkannya. Antara adab-adab yang boleh diberi perhatian:

1) Adab UmumAgama membolehkan adanya hutang-piutang, untuk tujuan kebaikan. Tidak dibenarkan meminjam atau memberi pinjaman untuk keperluan maksiat. (HR. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Hakim)

2) Adab bagi PenghutangSebaik-baik orang adalah yang mudah dalam membayar hutang (tidak menunda-nunda). (HR. Bukhari, Nasa’i, Ibnu Majah, Tirmidzi)

Page 6: Isu syariah dalam pasaran hutang

BPFS2043 KEWANGAN ISLAM

KELEBIHAN MEMBERI HUTANG Siapa yang memberi pinjaman atas kesusahan orang lain, maka dia ditempatkan di bawah naungan singgahsana Allah pada hari kiamat. (HR. Thabrani, Ibnu Majah, Baihaqi)

Barangsiapa meminjamkan (harta) kepada orang lain, maka pahala sedekah akan terus mengalir kepadanya setiap hari dengan jumlah sebanyak yang dipinjamkan, sampai pinjaman tersebut dikembalikan. (HR. Muslim, Ahmad, Ibnu Majah)

Sebaliknya, Islam menyuruh pembeli menghindari hutang seboleh yang mungkin jika ia mampu membeli dengan tunai. Kerana hutang menurut sabda Rasulullah “Sesungguhnya seseorang apabila berutang, maka dia sering berkata lantas berdusta, dan berjanji lantas memungkiri.” (HR. Bukhari). Seterusnya “Akan diampuni orang yang mati syahid semua dosanya, kecuali hutangnya.” (HR. Muslim).

Page 7: Isu syariah dalam pasaran hutang

BPFS2043 KEWANGAN ISLAM

SYARAT UNTUK BERHUTANG

Orang yang meminta hutang mempunyai keazaman untuk membayar balik hutangnya.

Orang yang meminta hutang yang mengetahui atau merasakan bahawa dirinya dapat atau mampu membayar balik hutangnya maksudnya ialah dapat membayar hutang. Penghutang mestilah yakin dapat membayarnya dengan melihat kepada pendapatannya, perolehannya dan sebagainya.

Aktiviti berhutang mestilah pada perkara yang halal.

Page 8: Isu syariah dalam pasaran hutang

BPFS2043 KEWANGAN ISLAM

JENIS-JENIS HUTANG DALAM ISLAM

Di dalam Islam, terdapat 3 jenis hutang yang disukai oleh Allah S.W.T iaitu:

Berhutang untuk berkahwin kerana takut terjerumus di dalam kancah maksiat Berhutang untuk membantu saudara yang ingin berjihad di jalan Allah Berhutang bagi mendapatkan kain kafan untuk orang yang telah meninggal dunia.

Page 9: Isu syariah dalam pasaran hutang

BPFS2043 KEWANGAN ISLAM

HUKUM MEMBERI HUTANGDari sudut hukum, hutang pada asalnya adalah harus. Namun hukum ini boleh berubah mengikut situasi yang berlaku pada masa kini. Hukum berhutang boleh menjadi wajib apabila niat berhutang tersebut untuk memenuhi keperluan asas yang dharuriat yang jika tidak berhutang akan menyebabkan lima perkara asas yang dilindungi dalam Islam akan musnah iaitu agama, nyawa, akal, maruah dan harta.Walaubagaimanapun, hukum berhutang ini boleh menjadi haram jika tujuan berhutang tersebut untuk perkara yang diharamkan oleh Islam.

Keharusan untuk berhutang dalam Islam bergantung kepada niat. Islam membenarkan berhutang pada keperluan-keperluan hidup yang asasi yang tidak dapat dielakkan. Ini bermakna kalau tiada keperluan maka tidak perlu berhutang.Berhutang dibenarkan dalam Islam apabila ia menjadi satu keperluan dan bukan kerana keinginan atau kehendak.

Page 10: Isu syariah dalam pasaran hutang

BPFS2043 KEWANGAN ISLAM

KESAN HUTANG

Di antara kesan kepada individu sebagaimana yang disebut Al-Qurtubi di dalam kitabnya al-Jaami' li Ahkaam al-Qur'aan akan menyebabkan seseorang itu merasa terhina, berdusta, mungkir janji dan dihalang daripada memasuki syurga.

Kesan kepada masyarakat pula ialah wujudnya keinginan kepada kepuasan diri tanpa memikirkan masa hadapan, menghakis rasa tanggungjawab dan lemahnya pengagihan kekayaan.

Page 11: Isu syariah dalam pasaran hutang

BPFS2043 KEWANGAN ISLAM

HIKMAH DIHARUSKAN BERHUTANG

Dapat membantu golongan yang susah dan yang memerlukan. Dapat mengelakkan sifat malas dan suka meminta-minta secara percuma dan mengelakkan penindasan pihak yang kaya kepada yang miskin. Peluang orang miskin membaikkan taraf hidup. Dapat menghapuskan diskriminasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu, ia juga adalah sebagai wasilah dakwah kepada mereka yang bukan Islam tentang kesyumulan dan keindahan dengan memberi bantuan kewangan menggunakan produk Qard al- Hassan. Ia merapatkan jurang antara orang miskin dan orang kaya.

Page 12: Isu syariah dalam pasaran hutang

BPFS2043 KEWANGAN ISLAM

MAJLIS PENASIHAT SYARIAH(MPS)

Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada tahun 1997 sebagai badan berkuasa tertinggi dalam menentukan perkara-perkara Syariah berhubung dengan kewangan Islam di Malaysia. MPS telah diberikan mandat untuk menentukan hukum Syarak bagi perniagaan perbankan Islam, takaful, kewangan Islam, pembangunan kewangan Islam atau perniagaan lain yang berlandaskan prinsip Syariah yang di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia.

Page 13: Isu syariah dalam pasaran hutang

BPFS2043 KEWANGAN ISLAM

MPS sebagai badan rujukan dan penasihat Bank Negara Malaysia berhubung dengan perkara Syariah juga bertanggungjawab untuk mengesahkan semua produk perbankan Islam dan takaful bagi memastikan produk-produk tersebut mematuhi prinsip Syariah.

Selain itu, MPS juga berperanan sebagai penasihat Bank Negara Malaysia berhubung dengan isu-isu berkaitan dengan urus niaga atau urusan kewangan Islam Bank Negara Malaysia dan badan-badan berkaitan yang lain. Keputusan MPS bukan sahaja terpakai bagi institusi kewangan Islam, malah juga oleh mahkamah dan penimbang tara yang perlu merujuk kepada keputusan MPS untuk setiap prosedur yang berkaitan dengan perniagaan kewangan Islam.

Page 14: Isu syariah dalam pasaran hutang

BPFS2043 KEWANGAN ISLAM

Antara peranan-peranan MPS secara khususnya adalah seperti berikut :

Menyenaraikan senarai sekuriti patuh syariah. Senarai patuh syariah ini telah dikeluarkan oleh MPS sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mei dan September setiap tahun. Memberi nasihat tentang Produk-produk Pasaran Modal. Antara tugasannya ialah mengambil 2 pendekatan iaitu yang pertama mereka akan mengkaji kesahihan instrumen konvensional yang diamalkan oleh pasaran modal berdasarkan perspektif syariah. Kedua, dan membentuk instrumen baru yang berlandaskan syariah. Memberi nasihat dalam Pengendalian Takaful. Memberi nasihat kepada Lembaga-lembaga Pengarah (L-LP) Institusi-institusi Kewangan ( I-IK). Mengesahkan Manual Patuh Syariah.

Page 15: Isu syariah dalam pasaran hutang

BPFS2043 KEWANGAN ISLAM

KAD KREDITKad kredit didefinisikan sebagai kad yang memberi kuasa kepada pemegangnya untuk membeli barangan atau perkhidmatan secara kredit. Aspek penting bagi kad kedit Islam ini adalah penghapusan elemen riba atau kadar bunga yang menjadi mekanisme penting dalam sistem kad kredit konvensional yang diamalkan secara meluas di Malaysia.

OPERASI KAD KREDITOperasi kad kredit melibatkan tiga pihak utama iaitu pemegang kad, peruncit dan pengeluar kad. Pemegang kad terdiri daripada sesiapa sahaja yang memenuhi syarat yang boleh melayakkan mereka menjadi pemegang kad kredit.

CONTOH PRODUK HUTANG

Page 16: Isu syariah dalam pasaran hutang

BPFS2043 KEWANGAN ISLAM

PTPTNPTPTN adalah satu dana yang berasaskan pinjaman yang diperuntukkan untuk pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi. PTPTN telah menukaran konsep pinjaman sebelum ini yang berasaskan caj perkhidmatan (peratusan tertentu disandarkan kepada jumlah pinjaman dan baki setiap bulan) kepada konsep ujrah.

UJRAH‘Ujrah' adalah perkataan di dalam bahasa arab yang membawa erti "upah". Ia mempunyai kaitan dengan istilah ‘Ijarah' iaitu sewa, kerana ijarah juga ada satu jenis dari upah, iaitu upah atas manfaat yang diberikan. Ia juga dikenali sebagai ‘komisyen' jika diletakkan kepada sebuah kontrak wakil seperti seorang broker tanah yang mengutip upah atau komisyen atas usahanya menjualkan tanah hak milik seseorang. Semua konsep ujrah dalam setiap kontranya mempunyai tatacara dan syaratnya agar ia dianggap sah dan halal di sisi syara'.

Page 17: Isu syariah dalam pasaran hutang

BPFS2043 KEWANGAN ISLAM

KESIMPULAN

Oleh itu, jika seseorang perlu berhutang maka hendaklah dia memastikan kaedah berhutang tersebut mengikut cara yang dibenarkan oleh Islam iaitu sama ada secara qard hasan (pinjaman tanpa faedah) atau menerusi fasiliti pembiayaan kewangan secara Islam yang berlandaskan jual beli yang sah yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan Islam.Hutang adalah satu kewajipan yang perlu dilangsaikan. Menurut Rasulullah s.a.w orang yang sengaja melambatkan atau melengah-lengahkan pembayaran hutang dalam keadaan dia boleh melunaskan hutangnya dengan segera adalah melakukan kezaliman. Demikianlah beratnya tuntutan Islam dalam kewajipan membayar hutang.