Isu Tenaga Buruh Kanak

download Isu Tenaga Buruh Kanak

of 2

Transcript of Isu Tenaga Buruh Kanak

  • 8/3/2019 Isu Tenaga Buruh Kanak

    1/2

    ISU TENAGA BURUH KANAK-KANAK

    Pekerja di bawah umur atau tenaga buruh kanak-kanak merupakan isu yang sudah lama

    bersarang dalam masyarakat sejak dahulu hingga hari ini. Fenomena ini menjadi semakin

    popular terutamanya di negara dunia ketiga. Berikan cadangan-cadangan untuk menangani

    masalah ini.

    PengenalanNegara-negara dunia ketiga seperti Afghanistan - salah sebuah negara yang paling miskin di dunia,

    di mana kanak-kanak adalah separuh daripada jumlah penduduk. Kanak-kanak yang bekerja

    bukanlah sesuatu yang mengejutkan di Afghanistan, tetapi sudah menjadi masalah sosial yang tegar

    dan kerajaan tidak mempunyai perancangan dan sumber yang cukup untuk menyelesaikannya.

    Isi-isi:

    1. Menguatkuasakan undang-undang- hukuman yang setimpal harus diimplementasikan Akta Buruh Kanak-kanak dan Orang Muda 1966 menetapkan syarat penggajian kanak-

    kanak di bawah umur 14 tahun dan pemuda yang berumur di bawah 16 tahun hanya dalamjenis pekerjaan yang sesuai dan di dalam perusahaan tertentu: tidak membahayakan nyawa,

    anggota, kesihatan dan moral.

    Objektif utama akta ini adalah untuk mengawal dan/atau melindungi mereka daripadaeksploitasi dan tidak mengganggu persekolahan mereka. Majikan yang melanggar akta ini

    boleh dikenakan penalti tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2000.00 atau

    kedua-duanya sekali.

    2. Organisasi masyarakat sama ada badan kerajaan ataupun badan bukan kerajaan (NGO)patut bergiat aktif dalam usaha untuk memastikan kanak-kanak supaya tidak

    dieksploitasi.

    NGO: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berperanan penting untukmemelihara hak kanak-kanak serta melindungi kanak-kanak daripada keganasan yangdihadapi termasuklah penderaan dan kecederaan fizikal dan mental, pengabaian, eksploitasi

    dan penderaan seks.

    Tabung Kanak-kanak telah ditubuhkan bagi menggubal satu akta yang berkesan untukmelindungi kanak-kanak.

    Sebuah lagi organisasi politik yang tertua, yakni Gabungan Antara Parlimen(IPU),telah bergabung tenaga dengan UNICEF dalam melancarkan sebuah buku panduan yang

    telah direka khusus untuk menghentikan eksploitasi kanak-kanak.

    3. Kawalan kastam yang ketat dan tanggungjawab angkatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mencegah sebarang pemerdagangan manusia terutamanya kanak-kanak Dijangka lebih kurang 1.2 juta orang kanak-kanak menjadi mangsa pemerdagangan setiap

    tahun - dipaksa menjadi orang gaji, pekerja-pekerja kilang, malah hamba-hamba seks juga

    anggota polis menjalani latihan intensif di Pusat Latihan Pengaman Malaysia di PortDickson bagi mengenal pasti serta menghulurkan bantuan kepada mangsa

    harus bertungkus-lumus dan bekerjasama menangkap biang keladi yang mengawalpemerdagangan kanak-kanak-2 serta mengheret pesalah-pesalah ke muka mahkamah dan

    dijatuhkan hukuman yang setimpal.

    4. Kerjasama dan permuafakatan antara negara terutamanya negara2 jiran adalah amatpenting dalam membanteras masalah ini.

    Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand wajar mewujudkan persefahaman, kerjasamaserantau dan perkongsian bijak lebih-lebih lagi kekuatan teknologi, komunikasi dan

    jaringan keselamatan

  • 8/3/2019 Isu Tenaga Buruh Kanak

    2/2

    Laporan Tahunan Perdagangan Manusia yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikatmelibatkan usaha kerajaan negara-negara asing untuk mencegah perdagangan manusia,

    mendakwa penjenayah dan melindungi mangsa

    5. Pendidikan sedunia Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat segelintir anggota masyarakat terutamanya ibu

    bapa tidak mengambil berat terhadap kepentingan pendidikan kanak-kanak, malah tidakmemahami kesan-kesan buruk yang bakal dibawa oleh masalah kemiskinan.

    Sebagaimana yang kita sedia maklum, ilmu pengetahuan adalah amat penting bagimeneruskan kehidupan terutamanya dalam masyarakat kini yang dibuai arus modenisasi

    dan globalisasi.

    Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa digesa supaya menggubal sebuah akta atauundang-undang bagi memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menerima serta

    melanjutkan pelajaran sekurang-kurangnya sampai umur 18 tahun atau melengkapkan tahap

    sekolah menengah.