isu2 akauntabiliti

13
SEK.REN.AGAMA BANDAiisusu2 RAZAK CHERAS KUALA LUMPUR Kearah melahirkan insan yang beriman dan bertaqwa Sabtu, Januari 23, 2010 BUAT GURU KU  AKAUNTABILITI KEGURUAN 1.0 Konsep keguruan Menurut Kamus Dewan (1970), µguru¶ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelaj aran dan sebarang perkara y ang mempunyai perkaitan dengan guru. 2.0 Konsep Akauntabiliti Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan µakauntabiliti¶ di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabi liti adalah satu o bligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut .  Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan  justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil. 3.0 Akauntabiliti keguruan.  Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga memb awa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan.  Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.

Transcript of isu2 akauntabiliti

Page 1: isu2 akauntabiliti

8/6/2019 isu2 akauntabiliti

http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 1/13

Page 2: isu2 akauntabiliti

8/6/2019 isu2 akauntabiliti

http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 2/13

 

 Akauntabiliti guru terhadap

: 3.1 Pelajar 

Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjahtermasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran danpembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslahmengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid -murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadappelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, fak tor jasmani, emosi, mental,politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripadamereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran.Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa danbersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid

memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orangyang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjagaprofesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak dihormati lagi oleh anak muridnya. 3.2 Diri

Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapatmenjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawaloleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwayang boleh mengganggu tugasnya. Sebaga i seorang guru, guru hendaklah bijakmenguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan denganperbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru

akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya te rhadapproses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri denganpelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui mediamassa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadapprofesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktivitiberfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental danfizikal.

3.3 SekolahSekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru jugabertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah.

Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadapperkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru  juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin,kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

3.4 Masyarakat dan Negara

Page 3: isu2 akauntabiliti

8/6/2019 isu2 akauntabiliti

http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 3/13

Page 4: isu2 akauntabiliti

8/6/2019 isu2 akauntabiliti

http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 4/13

negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatanyang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

Isu2 intergriti..

ISU RASUAH DI MALAYSIA

Definisi Rasuah 

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat

kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuahsyarikat selepas

memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah

Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama: 

y Meminta/Menerima Rasuah y Menawar/Memberi Rasuah y Membuat Tuntutan Palsu y Menyalahguna Jawatan/Kedudukan 

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyakmasalah sosial kerana undang-

undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan

berleluasa. 

Page 5: isu2 akauntabiliti

8/6/2019 isu2 akauntabiliti

http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 5/13

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Bukti Kesungguhan Pak Lah  

RANG Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 yang

diluluskan kelmarin, selepas dibentangkan di Parlimen melegakan semua pihak kerana kini

negara berada di landasan tepat untuk mencapai tahap integriti yang selari dengan

 pembangunan negara menjelang 2020.

Selepas dibahaskan selama dua hari membabitkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang,

akhirnya ia diluluskan menerusi suara majoriti anggota Dewan yang bersidang dalam suasanaagak tegang. Ternyata hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang

mahu melihat perubahan dalam sistem penyampaian kerajaan ketika mula memegang jawatan

 pada 2004, mula menampakkan hasil.

Ia bermula dengan penubuhan Institut Integriti Malaysia yang bertujuan mengembalikan

keyakinan rakyat terhadap keupayaan pentadbiran dan tadbir urus negara, diikuti SPRM,

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Program Perlindungan Saksi.

Semua ini adalah ilham Abdullah ketika mengambil alih jawatan untuk memperlihatkan

keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan, malah ia menjadi sebahagian manifesto Barisan

 Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004. Seperti dijangkakan, perubahan berlaku

secara berperingkat-peringkat dalam usaha kerajaan merealisasikan Wawasan 2020, untuk 

menjadikan negara dalam kelompok negara maju. SPRM yang bakal menggantikan Badan

Pencegah Rasuah (BPR) mulai Januari depan, mempunyai struktur pentadbiran dan bidang

 pelaksanaan yang menyeluruh serta mampu memberi impak besar dalam usaha membasmi

rasuah dan penyelewengan.

Sebagai rakyat, kita cukup gembira dengan pembentukan suruhanjaya ini, selepas melihat

gejala rasuah dan penyelewengan yang merebak dalam masyarakat sehingga menjejaskan

imej kerajaan dan membantutkan pembangunan negara. Kita yakin SPRM yang mengambil

 pendekatan dilaksanakan Pentadbiran Hong Kong dalam mencegah rasuah selama 30 tahun,

akan beroleh kejayaan berikutan gejala rasuah di negara ini masih pada tahap terkawal.

Dengan lebih 5,000 kakitangan SPRM yang diberikan latihan dalam aspek pembanterasan

dan pencegahan rasuah, hasrat kerajaan untuk menghapuskan gejala itu sudah pasti mampu

dicapai, terutama dengan sokongan seluruh rakyat.

Page 6: isu2 akauntabiliti

8/6/2019 isu2 akauntabiliti

http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 6/13

Page 7: isu2 akauntabiliti

8/6/2019 isu2 akauntabiliti

http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 7/13

 Najib juga meminta pegawai dan kakitangan awam menggunakan kemampuan daya fikir 

untuk memberi idea yang lebih baik, inovatif dan kreatif bagi menghasilkan keputusan dan

menyelesaikan sesuatu masalah.

Beliau berkata, kakitangan awam juga perlu mementingkan keputusan atau hasil projek 

 pembangunan yang berkesan bagi memenuhi objektif setiap kementerian dan kerajaan.

Katanya, mereka juga perlu sentiasa memastikan setiap peruntukan yang disediakan kerajaan

untuk projek pembangunan dapat memberi nilai sewajarnya.

Selain itu, Najib berkata, tahun ini dan tahun akan datang amat mencabar bagi

Perbendaharaan untuk menangani kesan krisis ekonomi.

Mahkamah Khas Rasuah Permulaan Sebuah Era Baru  

Oleh Abdul Rahman Sulaiman  

[email protected]  

CADANGAN kerajaan mewujudkan mahkamah khas untuk mendengar dan membicarakan

kes rasuah seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri

Aziz kelmarin, memberi petanda yang cukup meyakinkan mengenai kesungguhan pihak 

 berkuasa dalam memerangi jenayah yang boleh menghancurkan negara itu.

Menurut Nazri, yang membuat pengumuman itu ketika menggulung perbahasan Rang

Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kemudian

diluluskan di Dewan Rakyat, penubuhan mahkamah berkenaan bukan saja dapat mengatasi

masalah kes tertunggak, tetapi juga membuktikan kesungguhan kerajaan menerima cadangan

orang ramai, termasuk daripada pembangkang.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang SPRM sebelum itu beberapa anggota Dewan

Rakyat mencadangkan agar mahkamah seumpama itu ditubuhkan bagi mengurangkan beban

mahkamah biasa yang memang sudah dibebani dengan timbunan kes jenayah lain dan sivil.

Page 8: isu2 akauntabiliti

8/6/2019 isu2 akauntabiliti

http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 8/13

Dengan adanya mahkamah yang tugasnya semata-mata untuk mengendalikan kes berkaitan

rasuah, salah guna kuasa dan seumpamanya, maka sudah pasti kes demikian dapat

diselesaikan dengan lebih pantas dan licin tanpa terpaksa menunggu senarai giliran yang

 panjang.

Ia diharapkan dapat memberi kepuasan kepada orang ramai yang sentiasa sinis terhadap

usaha kerajaan dalam memerangi rasuah selama ini. Memang tidak dinafikan bahawa

 persepsi umum, termasuk di kalangan orang luar, mengenai rasuah di negara ini sejak 

 beberapa tahun kebelakangan kurang baik, walaupun kegiatan tidak bermoral itu tidak 

seburuk di sesetengah negara membangun lain.

Berdasarkan kepada persepsi negatif ini, maka penubuhan Mahkamah Khas Rasuah seiring

dengan kelulusan yang diberikan Parlimen terhadap penubuhan SPRM nanti, serta

 pembentukan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK) dan Rang Undang-Undang

Perlindungan Saksi 2008 yang sedang dan akan dibahaskan, tidak syak lagi akan membukaera atau lembaran baru dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.

Perlu diingat bahawa usaha memerangi rasuah berbentuk dua dimensi, iaitu pencegahan dan

 pendakwaan. Dalam hubungan ini, penubuhan mahkamah khas, SPRM, SPK dan Akta

Perlindungan Saksi ditambah dengan usaha yang sedang dijalankan institusi sedia ada seperti

Institut Integriti Nasional, diharapkan mampu berfungsi sebagai infrastruktur yang akan

menakutkan individu atau golongan yang mempunyai kecenderungan rasuah.

Jika ini boleh dijelmakan sebagai kenyataan, maka sebahagian daripada peperangan terhadap

rasuah sudah berjaya. Pendakwaan hanya akan berperanan sebagai pelengkap kepada usahaitu.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa pendakwaan dan hukuman tidak penting. Adalah

sesuatu yang lumrah bahawa manusia itu terdiri daripada dua jenis ± yang baik dan jahat.

Individu yang secara tabiatnya jahat akan terus memiliki kecenderungan untuk membuat

kejahatan, termasuk melakukan rasuah, walau sehebat dan seberat mana peraturan yang

ditetapkan atau hukuman yang dikenakan.

Oleh itu, langkah selanjutnya tentulah keperluan untuk menzahirkan dalam bentuk tindakan

hasrat yang tersemat di sebalik penubuhan pelbagai entiti dan undang-undang yang sudah dan

akan diluluskan Parlimen nanti.

Satu-satunya perkembangan yang orang ramai mahu lihat nanti tentulah lebih banyak kes

 berkaitan rasuah, khususnya yang besar-besar, disiasat dan dihadapkan ke muka pengadilan.

Page 9: isu2 akauntabiliti

8/6/2019 isu2 akauntabiliti

http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 9/13

Ini akan secara langsung meningkatkan keyakinan orang ramai, termasuk pelabur dari dalam

dan luar negara, sekali gus memperbaiki imej Malaysia pada mata dunia. Semua ini akan

memberi sumbangan positif terhadap usaha menarik pelaburan tempatan dan asing untuk 

menambah kemakmuran negara dan rakyat.

Masalah kesukaran memperoleh bukti, keengganan saksi tampil ke hadapan, kekurangan

kakitangan dan pegawai dan sebagainya yang selama ini sering menghindar usaha Badan

Pencegah Rasuah sepatutnya tidak akan wujud lagi dengan adanya SPRM dan Akta

Perlindungan Saksi.

Di lihat dari perspektif ini, adalah jelas bahawa tindakan perundangan yang digerakkan

sepanjang minggu ini untuk merintis jalan bagi penubuhan SPRM dan SPK serta pengenalan

undang-undang baru untuk melindungi saksi dan mengawal tingkah laku hakim adalah lebih

daripada usaha menunaikan janji yang pernah dibuat Barisan Nasional pada Pilihan Raya

Umum 2004.

Ia juga lebih daripada usaha peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,

seperti yang cuba diuar-uar sesetengah pihak, untuk meninggalkan legasi pemerintahannya

sebelum melepaskan jawatan Mac tahun depan.

Sesungguhnya, usaha itu adalah permulaan sebuah era baru dalam sejarah negara memerangi

rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai bentuk penyelewengan. Semoga satu hari nanti, negara

ini dikenali dan diiktiraf sebagai negara paling bersih di dunia.

Datuk Rahman Sulaiman ialah bekas Ketua Pengarang Bernama

Oleh Abdul Rahman Sulaiman  

[email protected]

Sumber : Mingguan Malaysia

Pandangan Islam Mengenai Rasuah  

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi

mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah

diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur 

dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang

Page 10: isu2 akauntabiliti

8/6/2019 isu2 akauntabiliti

http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 10/13

 bermaksud :

³Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka´.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam

hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

³Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang

memberikan jalan terhadap kedua-duanya´. 

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan

itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat

melicinkan kegiatan rasuah ini.

Punca Berlakunya Rasuah 

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa.

Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan

 juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori ³Technique of 

 Neutralization´ oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, ³ Lakukan

rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu´. Sikap mahu hidup mewah, riak,

menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya

rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

 b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi.

Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap

menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya.

Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang

dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari

 perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan

 penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi.

Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian

akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan

Page 11: isu2 akauntabiliti

8/6/2019 isu2 akauntabiliti

http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 11/13

tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil

kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya.

Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender.

Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat

keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender,

mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat

menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik.  

Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan

menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan

 politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

Kesan-Kesan Rasuah 

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akanmelumpuhkan

fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan

dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan.

Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada.

Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai

negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah

kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya

 jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan

wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi

rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran

sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti

kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah

 juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang

 berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari

tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

Langkah-Langkah Mencegah Rasuah

Antara Langkah Mencegah Rasuah Adalah Seperti Berikut :  

Page 12: isu2 akauntabiliti

8/6/2019 isu2 akauntabiliti

http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 12/13

 

� Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri

Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk 

membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa,

 pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman

dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang

terbuka luas di hadapan mata.

� Memasukkan Bahaya Rasuah Dalam Sistem Pendidikan

Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman

 persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang

lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan

datang yang bebas daripada rasuah.

� Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan HukumanSiasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar 

 betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk 

keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba

melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

� Memudahkan Urusan Menggunakan ICT

Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan

dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan

seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para

 peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya

rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

Sumber :http://www.islam.gov.my 

Page 13: isu2 akauntabiliti

8/6/2019 isu2 akauntabiliti

http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 13/13