IT Chem F5 Topical Test 1 (M)

download IT Chem F5 Topical Test 1 (M)

of 9

Transcript of IT Chem F5 Topical Test 1 (M)

50/2SULIT

NAMA: _______________________________________________ TINGKATAN: ______________

UJIAN TOPIKAL 1: KADAR TINDAK BALAS

1Antara perubahan yang berikut, manakah boleh digunakan untuk menentukan kadar tindak balas?ApH dan saizBpH dan warnaCTekanan dan saizDKepekatan dan bentuk

2Antara kadar tindak balas yang berikut, manakah dipadankan dengan betul?

Tindak balasKadar tindak balas

AFotosintesisCepat

BPembentukan stalagmitCepat

C

Argentum nitrat dicampurkan dengan natrium kloridaLambat

D

Pembakaran magnesium dengan oksigenCepat

3Persamaan kimia berikut menunjukkan tindak balas antara marmar berlebihan dengan asid nitrik cair untuk menghasilkan gas karbon dioksida.

Antara graf yang berikut, manakah tidak menunjukkan lakaran tindak balas itu?

A

B

C D

4 Persamaan kimia yang berikut menunjukkan tindak balas antara natrium karbonat dengan asid hidroklorik.

Antara perubahan yang berikut, manakah merupakan cara yang paling betul untuk menentukan kadar tindak balas bagi tindak balas di atas?

APengurangan kepekatan asid hidroklorik per unit masa.BPerubahan suhu per unit masa.CPeningkatan air per unit masa.DPeningkatan isi padu karbon dioksida.

5Apabila asid sulfurik berlebihan digunakan untuk bertindak balas dengan 5 g ketulan zink, zink yang tertinggal selepas 1.5 minit ialah 1.25 g. Purata kadar tindak balas ialah

[Jisim atom relatif = Zn, 65]

A0.0006 mol s1C0.06 mol s1B0.004 mol s1D0.4 mol s1

6Graf dalam Rajah 1 menunjukkan isi padu karbon dioksida yang dibebaskan apabila bromin bertindak balas dengan sedikit asid metanoik melawan masa.

Rajah 1

Antara pernyataan yang berikut, manakah benar tentang graf di atas?

AKarbon dioksida dihasilkan pada kadar yang tetap pada t3.BAsid metanoik telah habis digunakan pada t3.CKadar tindak balas asid metanoik adalah paling tinggi pada t3.DKarbon dioksida yang dihasilkan antara t2 dan t3 adalah lebih tinggi daripada isi padu yang dihasilkan antara t1 dan t2.

7Rajah 2 menunjukkan graf isi padu gas hidrogen yang dibebaskan melawan masa apabila zink bertindak balas dengan asid hidroklorik.

Rajah 2

Antara kedudukan A, B, C dan D dalam graf, yang manakah mewakili kadar tindak balas seketika pada 0.0 cm3 s1?

8Kecerunan pada lengkung pada masa tertentu dalam suatu graf kepekatan hasil melawan masa memberitahu kita maklumat tentangApurata kadar tindak balas.Bkadar awal tindak balas.Ckadar tindak balas malar.Dkadar tindak balas seketika.

9Jadual 1 menunjukkan isi padu gas yang dibebaskan apabila natrium karbonat bertindak balas dengan asid hidroklorik.Masa / sIsi padu gas / cm3

00.0

301.8

604.6

907.7

12010.8

15013.6

18015.6

21017.5

24018.7

Jadual 1

Apakah purata kadar tindak balas dari minit ke-3 hingga minit ke-4?

A0.10 cm3/s

B0.04 cm3/s

C0.05 cm3/s

D0.06 cm3/s

10Pembakaran karbon dengan oksigen berlebihan akan menghasilkan karbon dioksida. 40 cm3 gas dihasilkan selepas tindak balas lengkap dalam masa 2 minit. Apakah purata kadar tindak balas itu?A0.20 cm3 s1 C0.66 cm3 s1B0.33 cm3 s1 D0.72 cm3 s1

11Kadar tindak balas awal bagi 1 g ketulan kecil marmar adalah lebih tinggi daripada 1 g ketulan besar marmar apabila bertindak balas dengan 30 cm3 asid hidroklorik 0.1 mol dm3. Ini adalah kerana

Aketulan besar marmar adalah lebih keras daripada ketulan kecil marmar.Bjumlah luas permukaan bagi ketulan besar marmar adalah lebih besar daripada ketulan kecil marmar.Cjumlah luas permukaan bagi ketulan kecil marmar adalah lebih besar daripada ketulan besar marmar.Dketulan besar marmar terlalu berat.

12Lengkung P pada graf dalam Rajah 3 dihasilkan apabila 5 g serbuk zink (berlebihan) ditambahkan kepada 70.0 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm3 di dalam kelalang kon.

Rajah 3

Dalam keadaan apakah lengkung Q akan diperoleh?

A5 g serbuk zink + 50.0 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm3B5 g butiran zink + 70.0 cm3 asid hidroklorik 1.0 mol dm3C5 g serbuk zink + 70.0 cm3 asid hidroklorik 0.5 mol dm3D5 g serbuk zink + 70.0 cm3 asid hidroklorik 1.5 mol dm3

13Dalam suatu eksperimen, 40 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.5 mol dm3 dicampurkan dengan 5 cm3 asid sulfurik 1 mol dm3 pada 28 C dalam sebuah kelalang kon. Antara yang berikut, manakah boleh meningkatkan kadar tindak balas?

AMeningkatkan suhu kepada 40 C.BTambahkan 20 cm3 air kepada campuran.

CMenggunakan 40 cm3 natrium tiosulfat 0.2 mol dm3.DMenggunakan kelalang kon yang lebih besar.

14Dalam set eksperimen yang berikut, kadar awal yang paling tinggi boleh diperoleh dariA4 g pita magnesium + 50 cm3 asid sulfurik 0.1 mol dm3 pada 25 CB4 g butiran magnesium + 50 cm3 asid sulfurik 0.1 mol dm3 pada 35 CC4 g pita magnesium + 50 cm3 asid sulfurik 0.5 mol dm3 pada 35 CD4 g butiran magnesium + 40 cm3 asid sulfurik 0.5 mol dm3 pada 35 C

15Antara pernyataan yang berikut, manakah tidak benar tentang mangkin?AMangkin hanya diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk meningkatkan kadar tindak balas yang besar.BMangkin membantu meningkatkan tenaga pengaktifan tindak balas.CMangkin positif memainkan peranan dalam peningkatan suatu kadar tindak balas.

DMangkin negatif juga dikenali sebagai inhibitor.

16Persamaan kimia yang berikut menunjukkan komposisi larutan hidrogen peroksida.

Kadar tindak balas berkurang melawan masa kerana

Atekanan larutan berkurang.Bkepekatan oksigen bertambah.Cpenghasilan air mengurangkan kepekatan larutan.DPenghasilan hasil meningkatkan isi padunya.

17Rajah 4 menunjukkan susunan radas yang disediakan untuk menentukan kesan kepekatan ke atas kadar tindak balas. Rajah 4

Antara yang berikut, manakah merupakan cara yang paling tepat untuk menentukan kadar tindak balas?

ACatatkan masa apabila larutan mula bertukar warna.BCatatkan masa apabila buih terbentuk pada larutan.CCatatkan masa yang diambil untuk tanda x itu hilang dari penglihatan.DCatatkan masa yang diambil untuk larutan itu mencapai 40 C.

18Tindak balas kimia berikut menunjukkan tindak balas antara larutan ferum(II) sulfat dengan air bromin.

Perubahan warna dari hijau kepada perang adalah lebih cepat apabila campuran itu dipanaskan. Antara yang berikut, manakah tidak menyebabkan perubahan itu?

AFrekuensi perlanggaran berkesan bertambah.

BTenaga pengaktifan berkurang.CTenaga kinetik molekul bahan bertambah.DSaiz molekul mengurang.

19Antara cara yang berikut, manakah boleh membantu 25 kg ubi kentang dimasak dengan lebih cepat? AMemasak ubi kentang dalam mikrowave.

BTambah garam kepada ubi kentang.CMemasak ubi kentang dalam periuk tekanan.DMerebus ubi kentang dengan menggunakan air panas.

20Persamaan kimia yang berikut menunjukkan tindak balas antara pita magnesium dengan asid sulfurik cair.

Pembebasan gas hidrogen boleh diperlahankan dengan

Imenggunakan serbuk magnesium.

IImengurangkan suhu asid sulfurik.

IIImengurangkan tekanan tindak balas.

IVmengurangkan kepekatan asid sulfurik.

AI dan II sahajaBI dan III sahaja

CII dan IV sahajaDII, III dan IV sahaja

21Antara set bahan yang digunakan untuk tindak balas antara natrium tiosulfat dan asid sulfurik yang berikut, manakah akan menghasilkan kadar tindak balas yang maksimum?

Asid sulfurikLarutan natrium tiosulfat

Isi padu/cm3Kepekatan/mol dm3Isi padu/cm3Kepekatan/mol dm3

A300.4250.5

B250.6300.5

C300.6250.5

D250.8300.5

22Asid etanoik cair bertindak balas dengan serbuk zink berlebihan pada suhu 28 C, 34 C, 39 C dan 44 C. Isi padu gas hidrogen dibebaskan ditunjukkan pada Rajah 5.

Rajah 5

Antara lengkung yang berikut, manakah menunjukkan isi padu gas yang diukur pada 39 C?

ARCTBSDU

23Keadaan tindak balas bagi tindak balas antara zink dengan asid hidroklorik ditunjukkan di bawah.

Antara faktor yang berikut, manakah tidak mempengaruhi kadar tindak balas?

ASuhu tindak balas.BKepekatan asid.CAmaun larutan kuprum(II) sulfat yang digunakan.

DJisim zink yang berlebihan.

24Antara yang berikut, manakah tidak menerangkan maksud perlanggaran berkesan?APerlanggaran yang menghasilkan tindak balas kimia.

BPerlanggaran dalam orientasi yang betul.CPerlanggaran yang berjaya mengatasi tenaga pengaktifan.DPerlanggaran dengan tenaga kinetik yang rendah.

25Dalam tindak balas antara asid sulfurik dengan natrium tiosulfat, mendakan sulfur akan terbentuk pada kadar yang lebih cepat jika kepekatan asid sulfurik yang lebih tinggi digunakan kerana

Afrekuensi perlanggaran bertambah.

Bbilangan zarah per unit isi padu berkurang.Cion bergerak lebih cepat.Dtenaga pengaktifan berkurang.26Rajah 6 menunjukkan aras tenaga bagi tindak balas antara gas hidrogen dengan gas oksigen.

Rajah 6

Apakah tenaga pengaktifan bagi tindak balas ini?

A510 kJ

B320 kJ

C190 kJ

D830 kJ

27Rajah 7 menunjukkan aras tenaga bagi tindak balas P Q R.

Rajah 7

Antara yang berikut, manakah mewakili tenaga pengaktifan?

ASBT

CU

DW

28Antara yang berikut, manakah tidak menerangkan penambahan kadar tindak balas antara natrium tiosulfat dengan asid hidroklorik apabila eksperimen dijalankan pada kadar suhu yang lebih tinggi?AFrekuensi perlanggaran berkurang.

BFrekuensi perlanggaran berkesan bertambah.CTenaga kinetik bahan bertambah.

DBilangan zarah dengan tenaga pengaktifan minimum bertambah.

29Antara padanan yang berikut, manakah tidak benar tentang kesan mangkin?

Tindak balas tanpa mangkinTindak balas dengan mangkin

AKadar tindak balasLebih

lambatLebih

cepat

BDaya perlanggaranSamaSama

CTenaga pengaktifanLebih

rendahLebih tinggi

DFrekuensi perlanggaran berkesanKurangLebih

30Persamaan kimia di bawah menunjukkan penguraian hidrogen peroksida yang melibatkan kuprum(II) oksida hitam sebagai mangkin.

Apakah yang boleh diperhatikan daripada tiub pembakaran pada akhir tindak balas?IPepejal putih.IIPepejal hitam.

IIILarutan tidak berwarna.IVPepejal hitam melarut.

AI dan III sahajaBI dan IV sahajaCII dan III sahajaDIII dan IV sahaja31Rajah 8 menunjukkan aras tenaga bagi suatu tindak balas.

Rajah 8

Antara yang berikut, manakah benar tentang rajah di atas?

ATenaga pengaktifan ialah W kJ.B Tenaga pengaktifan ialah (X + W) kJ.CTenaga W kJ diserap oleh tindak balas ini.

DTindak balas ini ialah eksotermik.

32Mengapakah makanan yang disimpan dalam peti sejuk tahan lebih lama?AKarbon dioksida dalam peti sejuk akan membunuh mikroorganisma dalam makanan.BBakteria tidak aktif pada suhu yang rendah.CTekanan yang tinggi mengurangkan kadar penguraian makanan.DPeti sejuk tidak mempunyai oksigen yang mencukupi.

1Suatu eksperimen yang melibatkan penguraian larutan natrium klorat(I) dengan kehadiran manganat(IV) oksida sebagai mangkin akan menghasilkan gas oksigen.

Keputusan diperoleh adalah seperti berikut:

Masa / sJumlah isi padu gas / cm3

00.0

2090

40155

60195

80225

100245

120250

140250

(a)Plotkan satu graf jumlah isi padu oksigen melawan masa pada kertas graf.

[2 markah]

(b)Daripada graf,

(i) tentukan purata kadar tindak balas pada 50 saat yang pertama.

___________________________________________________

[2 markah]

(ii) tentukan purata kadar tindak balas dari 50 saat hingga 90 saat.

___________________________________________________

[2 markah]

(iii) tentukan kadar tindak balas pada 40 saat.

___________________________________________________

[2 markah]

(c)Tuliskan satu persamaan kimia bagi tindak balas ini.

________________________________________________________

[1 markah]

(d)Pada masa apakah larutan natrium klorat(I) akan terurai dengan lengkap?

________________________________________________________

[1 markah]

(e)Apakah fungsi manganat(IV) oksida sebagai satu mangkin?

________________________________________________________

[1 markah]

2Empat eksperimen telah dijalankan untuk menyiasat salah satu faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas. Dalam setiap eksperimen, 40 cm3 larutan natrium tiosulfat, Na2S2O3 0.2 mol dm3 ditindak balaskan dengan 4 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm3. Keputusan telah dicatatkan pada Jadual 1.EksperimenSuhu/ CMasa diambil untuk tanda X hilang dari pandangan, t/s/s1

12857

24038

35024

46015

Jadual 1 (a)Apakah faktor yang disiasatkan oleh eksperimen ini?

________________________________________________________

[1 markah]

(b)Lukiskan satu gambar rajah yang berlabel susunan radas bagi eksperimen di atas.

[2 markah]

(c)Lengkapkan Jadual 1.

________________________________________________________

[1 markah]

(d)Plotkan satu graf suhu Na2S2O3 melawan .

[1 markah]

(e)Berdasarkan graf pada (d), apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?

________________________________________________________

[2 markah]

(f)Tuliskan persamaan ion bagi tindak balas ini.

________________________________________________________

[1 markah]

3Dua set eksperimen dijalankan untuk menyiasat kesan kepekatan ke atas kadar tindak balas.EksperimenCampuran bahan

1Serbuk zink berlebihan + 50 cm3 HCl 0.1 mol dm3

2Serbuk zink berlebihan + 25 cm3 HCl 0.15 mol dm3

(a)Lukiskan satu gambar rajah bagi susunan radas pengumpulan gas hidrogen.

[2 markah]

(b)Hitungkan bilangan mol bagi HCl dalam Eksperimen 1 dan 2.

[2 markah]

(c)Padankan eksperimen dengan lengkung pada graf.

(i) Eksperimen 1:

___________________________________________________

(ii) Eksperimen 2:

___________________________________________________

[2 markah]

(d)Hitungkan purata kadar tindak balas bagi Eksperimen 1 dalam

(i) cm3 s1

(ii) mol s1

[2 markah]

(e)Apakah yang boleh dibuat untuk meningkatkan kadar tindak balas bagi Eksperimen 1?

________________________________________________________

[2 markah]

4Tiga eksperimen dijalankan untuk menyiasat faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas magnesium di bawah keadaan yang berlainan dan masa yang diambil untuk mengumpul 60 cm3 gas yang terbebas.EksperimenBahan tindak balasMasa / s

APita magnesium yang berlebihan + 30 cm3 asid hidroklorik 1.5 mol dm350

BSerbuk magnesium berlebihan + 30 cm3 asid hidroklorik 1.5 mol dm335

CSerbuk magnesium berlebihan + 30 cm3 asid sulfurik 1.5 mol dm325

Jadual 2

(a)(i) Tuliskan persamaan kimia bagi tindak balas yang mempunyai kadar tindak balas yang tertinggi.

___________________________________________________

[1 markah]

(ii) Hitungkan purata kadar tindak balas bagi Eksperimen B dan C.

[2 markah]

(iii) Mengapakah kadar tindak balas bagi Eksperimen C adalah lebih tinggi daripada Eksperimen B?

___________________________________________________

[1 markah]

(b)Terangkan mengapa masa yang diambil oleh Eksperimen B adalah lebih pendek daripada Eksperimen A dengan menggunakan teori perlanggaran.

________________________________________________________

[3 markah]

(c)Apakah yang akan terjadi jika gas yang terbebas diuji dengan kayu uji membara?

________________________________________________________

[1 markah]

(d)Namakan mangkin yang boleh digunakan untuk meningkatkan kadar tindak balas.

________________________________________________________

[1 markah]

(e)Bahan X digunakan untuk menggantikan magnesium dalam Eksperimen C untuk menghasilkan karbon dioksida dan air. Apakah bahan X yang paling mungkin?________________________________________________________ [1 markah]

5 Susunan radas yang berikut disediakan untuk menyiasat kesan mangkin ke atas kadar tindak balas.

I II

(a)(i)

Lengkapkan jadual.

[4 markah]

(ii)Adakah jisim serbuk manganat(IV) oksida berkurang selepas tindak balas?

[1 markah]

(b)(i)Rancangkan satu eksperimen dan lakukan perubahan kepada susunan radas eksperimen Set II untuk menentukan kesan amaun mangkin ke atas kadar tindak balas.

[12 markah]

(ii)Lakarkan satu graf untuk membezakan kesan penggunaan amaun mangkin yang berlainan. [3 markah]6 (a)

Graf di atas menunjukkan penghasilan ammonia pada dua tekanan yang berlainan.

(i)Lengkung manakah diperoleh pada tekanan yang tinggi?

[1 markah]

(ii)Apakah nama penghasilan ammonia dalam proses perindustrian? Namakan mangkin yang digunakan dalam proses ini.

[2 markah]

(iii)Jelaskan bagaimana tekanan yang meningkat akan mempengaruhi kadar tindak balas.

[4 markah]

(iv)Adakah pertambahan tekanan bagi tindak balas yang melibatkan bahan tindak balas akueus akan menghasilkan kadar tindak balas yang lebih tinggi?

[1 markah]

(v)Beri tiga faktor lain yang boleh meningkatkan kadar tindak balas tanpa mengubah jumlah hasil tindak balas.

[3 markah]

(vi)Bagaimanakah penggunaan periuk tekanan dapat mempercepatkan pemasakan makanan?

[1 markah]

(b)

Jelaskan pernyataan di atas berdasarkan teori perlanggaran dan berikan contoh yang sesuai.

[8 markah]

7 (a) Apakah idea utama tentang teori perlanggaran?

[2 markah]

(b)Terangkan maksud tenaga pengaktifan dengan melakarkan gambar rajah aras tenaga.

[6 markah]

(c)Berikan empat faktor yang boleh meningkatkan kadar tindak balas dan terangkan bagaimana faktor-faktor ini memainkan peranannya dalam konteks teori perlanggaran.

[12 markah]

8(a)

Graf di atas menunjukkan lengkung bagi isi padu hidrogen yang dihasilkan melawan masa bagi dua set eksperimen.

Set P:3 g serbuk zink + 30 cm3 asid sulfurik 0.1 mol dm3

Set Q:3 g serbuk zink + 30 cm3 sulfurik 0.1 mol dm-3

+ larutan kuprum(II) sulfat

(i)Adakah graf mewakili keputusan kedua-dua eksperimen itu dengan betul? Jika jawapan anda ialah tidak, lakarkan graf yang betul.

[4 markah]

(ii)Tuliskan persamaan kimia bagi eksperimen itu.

[1 markah]

(iii)Apakah kegunaan larutan kuprum(II) sulfat dalam eksperimen Set Q?

[4 markah]

(b)(i)Apakah yang dimaksudkan oleh mangkin?

[2 markah]

(ii)Namakan mangkin yang digunakan dalam proses Ostwald dan proses Sentuh.

[4 markah]

(iii)Huraikan ciri-ciri mangkin.

[10 markah]

1Rajah 1.1 menunjukkan enam set, I, II, III, IV, V, dan IV, susunan radas bagi eksperimen untuk mengkaji kesan suhu ke atas kadar tindak balas antara larutan natrium tiosulfat dan asid sulfurik. 50 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm3 dimasukkan ke dalam sebuah kelalang kon dan dipanaskan sehingga 30 C. Kelalang kon itu diletakkan di atas kertas yang ditanda X seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.1. 5 cm3 asid sulfurik 1 mol dm3 ditambah dengan cepat kepada larutan natrium tiosulfat itu dan campuran dikacau. Masa untuk Tanda X tidak kelihatan lagi dicatatkan.

Rajah 1.1

Eksperimen itu diulangi dengan menggunakan larutan natrium tiosulfat pada suhu 35 C, 40 C, 45 C, 50 C dan 60 C. Rajah 1.2 menunjukkan bacaan jam randik bagi setiap eksperimen.

(a) (i)Catatkan bacaan jam randik pada ruang yang disediakan pada Jadual 1.

[3 markah]

Set I

Pada 30 C

________ sSet II

Pada 35 C

________ s

Set III

Pada 40 C

________ sSet IV

Pada 45 C

________ s

Set V

Pada 50 C

________ sSet VI

Pada 60 C

________ s

Rajah 1.2

(ii)Hitungkan untuk setiap eksperimen. Bina

satu jadual untuk merekodkan semua data

termasuk suhu, masa dan dalam eksperimen ini.

[3 markah]

(iii)Lukiskan graf lawan suhu.

[3 markah]

(b) Nyatakan satu hipotesis untuk eksperimen ini.

[3 markah]

(c) Nyatakan definisi secara operasi kadar tindak balas bagi eksperimen ini.

[3 markah]

(d) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini.

1.Pemboleh ubah dimanipulasikan

2.Pemboleh ubah bergerak balas

3.Pemboleh ubah dimalarkan

[3 markah]

(e) Berdasarkan graf yang anda lukis, ramalkan masa yang diambil untuk tanda X tidak kelihatan lagi jika suhu larutan natrium tiosulfat adalah 45C.

[3 markah]

(f) Jika 50 cm3 0.10 mol dm3 larutan natrium tiosulfat digunakan dalam Eksperimen 1, ramalkan masa untuk tanda X tidak kelihatan lagi. Terangkan jawapan anda.

[3 markah]

(g)

Berdasarkan situasi di atas, terangkan pemerhatian ini.

[3 markah]

(h) Dalam eksperimen yang lain, kesan kepekatan ke atas kadar tindak balas dikaji. 50 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.08 mol dm3 disediakan daripada larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm3. Hitungkan isi padu larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm3 yang digunakan.

[3 markah]

(i) Huraikan bagaimana untuk menyediakan larutan natrium tiosulfat dalam (h) dengan tepat.

[3 markah]

2

Dengan menggunakan bahan dan radas yang sesuai, anda dikehendaki rancang satu eksperimen dalam makmal untuk mengkaji kesan saiz bahan tindak balas ke atas kadar tindak balas.

Perancangan anda hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

(a) Pernyataan masalah.

(b) Semua pemboleh ubah.

(c) Hipotesis.

(d) Senarai bahan dan radas.

(e) Prosedur.

(f) Penjadualan data.

[17 markah]BAHAGIAN A

KERTAS 2

1

t

BAHAGIAN B

SetPemerhatianIII

BAHAGIAN C

KERTAS 3

1

masa

1

Masa

1

m

1

Masa diambil

1

Masa

6

SULIT Navision (M) Sdn. Bhd. (690640-P)

2

SULIT