Iv Syarikat Percetakan

4
SESI TEMUBUAL Azeem: Assalamualaikum. Maaf mengganggu cik, saya Azeem Irham, pelajar kejuruteraan elektrik semester 6, kami semua pelajar dalam kursus yang sama di UiTM Shah Alam. Sebelum itu boleh saya tahu nama cik? Cik Sya : Wa alaikummussalam.Nama saya Syarifah Syamim. Boleh panggil saya Sya. Azeem: Bolehkah Cik Sya meluangkan masa sedikit untuk di temu bual bersama kami mengenai tajuk yang telah diberikan pensyarah Ciri-Ciri Menjadi Seorang Usahawan? Cik Sya : Tentu saja boleh. Silakan duduk. Farah : Terima kasih. Terlebih dahulu kami ucapkan terima kasih kerana Cik Sya sanggup meluangkan masa bersama kami. Bagaimanakah Cik Sya mula melibatkan diri dalam bidang percetakan dan seumpana ini? Cik Sya : Sebenarnya, cita-cita saya ingin menjadi seorang guru. Walau bagaimanapun, setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni reka di luar negeri, saya melupakan cita-cita itu. Memandangkan minat saya juga dalam bidang seni. Setelah menamatkan pengajian, minat saya untuk membuka perniagaan sendiri dalam bidang ini begitu mendalam. Oleh sebab itulah, saya memberanikan diri untuk membuka perniagaan dalam bidang ini. Miza : Bagaimanakah timbulnya minat Cik Sya untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan ini? Cik Sya : Pada mulanya saya kurang yakin untuk berniaga dalam bidang ini, tetapi setelah melihat suatu peluang perniagaan yang memdatangkan hasil lumayan dalam bidang ini dan setelah melihat keindahan dan kehalusan pada hasil-hasil anak seni di Malaysia ini, saya tertarik untuk mengusahakannya sendiri. Nazrol : Adakah Cik Sya membuka perniagaan ini seorang diri? Cik Sya : Pada mulanya bukan saya seorang saja yang terlibat dalam perusahaan ini. Saya dibantu oleh tiga orang sahabat yang

description

Assigment Technology Entreprenuership UiTM Shah Alam

Transcript of Iv Syarikat Percetakan

Page 1: Iv Syarikat Percetakan

SESI TEMUBUAL

Azeem: Assalamualaikum. Maaf mengganggu cik, saya Azeem Irham, pelajar kejuruteraan elektrik semester 6, kami semua pelajar dalam kursus yang sama di UiTM Shah Alam. Sebelum itu boleh saya tahu nama cik?

Cik Sya : Wa’alaikummussalam.Nama saya Syarifah Syamim. Boleh panggil saya Sya.

Azeem: Bolehkah Cik Sya meluangkan masa sedikit untuk di temu bual bersama kami mengenai tajuk yang telah diberikan pensyarah Ciri-Ciri Menjadi Seorang Usahawan?

Cik Sya : Tentu saja boleh. Silakan duduk.

Farah : Terima kasih. Terlebih dahulu kami ucapkan terima kasih kerana Cik Sya sanggup meluangkan masa bersama kami. Bagaimanakah Cik Sya mula melibatkan diri dalam bidang percetakan dan seumpana ini?

Cik Sya : Sebenarnya, cita-cita saya ingin menjadi seorang guru. Walau bagaimanapun, setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni reka di luar negeri, saya melupakan cita-cita itu. Memandangkan minat saya juga dalam bidang seni. Setelah menamatkan pengajian, minat saya untuk membuka perniagaan sendiri dalam bidang ini begitu mendalam. Oleh sebab itulah, saya memberanikan diri untuk membuka perniagaan dalam bidang ini.

Miza : Bagaimanakah timbulnya minat Cik Sya untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan ini?

Cik Sya : Pada mulanya saya kurang yakin untuk berniaga dalam bidang ini, tetapi setelah melihat suatu peluang perniagaan yang memdatangkan hasil lumayan dalam bidang ini dan setelah melihat keindahan dan kehalusan pada hasil-hasil anak seni di Malaysia ini, saya tertarik untuk mengusahakannya sendiri.

Nazrol : Adakah Cik Sya membuka perniagaan ini seorang diri?

Cik Sya : Pada mulanya bukan saya seorang saja yang terlibat dalam perusahaan ini. Saya dibantu oleh tiga orang sahabat yang secara kebetulan mempunyai minat yang sama seperti saya. Walau bagaimanapun, selepas setahun hanya tinggal saya seorang yang menguruskan perniagaan ini sepenuh masa. Sahabat-sahabat saya telah membuka perniagaan masing-masing. Kini, perniagaan ini saya miliki sepenuhnya. Saya dibantu oleh lima orang pekerja.

Atikah: Apakah masalah yang cik Sya hadapi ketika mula-mula membuka perniagaan ini?

Cik Sya : Masalahnya iaitu, mendapatkan modal yang secukupnya. Namun begitu, masalah ini dapat saya atasi melalui pinjaman bank. Masalah-masalah lain termasuk persaingan dengan pengusaha-pengusaha yang lain, kesukaran mendapatkan tenaga kerja yang mahir dan kreatif,

Page 2: Iv Syarikat Percetakan

dan pasaran yang terhambat juga. Namun demikian, masalah-masalah tersebut dapat saya atasi secara beransur-ansur. Sokongan keluarga dan sahabat-sahabat yang selalu mengiringi saya ketika saya jatuh tersungkur mahupun ketika saya senang sangat dihargai.

Azeem: Saya yakin bahawa banyak orang yang kagum akan kejayaan cik Sya . Apakah keinginan-keinginan cik Sya pada masa yang akan datang?

Cik Sya : Saya berkeinginan untuk membuka cawangan yang saya usahakan ini ke tempat lain . Saya juga berkeinginan untuk mengajak pengusaha-pengusaha dalam bidang percetakan yang lain bergabung tenaga untuk memajukan lagi bidang percetakan ini dengan persaingan yang sihat.

Azeem : Adakah Cik Sya yakin bahawa rancangan ini akan berjaya dan mendapat sambutan dari masyarakat di tempat tersebut?

Cik Sya : Ya, saya yakin. Hal ini demikian kerana hasil-hasil yang saya kerjakan adalah yang bermutu tinggi. Selain itu, kebanyakan kedai-kedai percetakan yang lain hanya ada percetakan.Di kedai saya,bermacam-macam boleh dihasilkan.Banner untuk majlis,kad kahwin,kad perniagaan dan pelbagai lagi.Selain itu, pekerja-pekerja saya juga tidak kurang hebat.Mereka juga mempunyai ilmu yang sangat mendalam dalam bidang yg mereka hasilkan.Kesemua pekerja saya harus menjalani kursus-kursus yang mereka ceburi untuk mendapatkan hasil yang mengagumkan.

Aifaa : Berapa lamakah cik Sya sudah berkecimpung dalam pengusahaan ini?

Cik Sya : Sudah lebih dari 10 tahun.

Azeem : Wah sudah lama juga.Tahniah kerana cik Sya Berjaya sampai ke tahap yang sangat tinggi.Soalan terakhir dari saya,apakah kunci kerjaya cik Sya dan apakah kata-kata terakhir cik Sya kepada pengusaha muda zaman sekarang?

Cik Sya : Terima kasih.Saya ada sedikit tips seperti mana Azeem mintak untuk berjaya.Yang utama adalah hubungan kita dengan yang maha Esa.Keduanya , kita perlu kelilingi diri kita dengan orang-orang yang hebat dan Berjaya.Seterusnya, kekalkan motivasi diri untuk berjaya dan berusaha sendiri untuk mencuba benda baru.Kepada pengusaha-pengusaha muda sekarang,restu ibubapa dan hubungan dengan Allah sangat la penting.Tidak perlu berputus asa malah mencarilah penyelesaian walaupun itu satu keperitan dalam diri.Kerana keperitan akhirnya akan di balas kemanisan yang sangat tidak disangka.

Miza : Sekian saja soal jawab saya kali ini cik Sya. Terima kasih sekali lagi kerana cik Sya telah meluangkan masa cik untuk disoal jawab.

Cik Sya : Sama-sama.

Page 3: Iv Syarikat Percetakan

LAMPIRAN

Kad Perniagaan Syarikat Pixel Touch

Alamat Kedai : VG 28 Jalan Plumbum V7/V Pusat Komersial Seksyen 7, 4000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Page 4: Iv Syarikat Percetakan

Promosi yang dilakukan syarikat

Contoh Barangan yang dijual