Izzati5 a

2
NUR Izzati Azahar dipeluk NUR Izzati Azahar dipeluk erat oleh ibunya, Fatimah Ahmad yang sebak dan menitiskan air mata kegembiraan setelah mendapat tahu anaknya mendapat 5A dalam keputusan peperiksaan UPSR yang diumumkan di SK Tracisian, Ipoh, semalam IPOH 19 Nov. - Saat melihat namanya tertera di papan kenyataan sekolah sebagai salah seorang murid cemerlang yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) benar-benar menggembirakan Nur Izzati Azahar. Namun, kegembiraannya hanya untuk sementara kerana kemiskinan yang membelenggu kehidupan keluarganya menghalang dia daripada menggenggam slip yang berada di depan mata itu seperti rakan-rakan lain. Anak kepada pasangan pemandu lori dan pekerja kilang itu tidak dibenarkan oleh pihak sekolah untuk mengambil slip itu kerana gagal menjelaskan yuran berjumlah RM57. "Walaupun tak dapat pegang slip keputusan, saya gembira kerana dapat buktikan kemiskinan bukan penghalang kejayaan," katanya sebak ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Tarcisian Convent di sini hari ini. Nur Izzati, anak kedua kepada pasangan Azahar Ariffin, 41, dan Fatimah Ahmad, 42, adalah antara 34 murid SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran. Menurut ibunya, pendapatan keluarga yang tidak menentu menyebabkan Nur Izzati terpaksa 'berhutang' dengan pihak sekolah.

Transcript of Izzati5 a

Page 1: Izzati5 a

NUR Izzati Azahar dipeluk

NUR Izzati Azahar dipeluk erat oleh ibunya, Fatimah Ahmad yang sebak dan menitiskan air mata

kegembiraan setelah mendapat tahu anaknya mendapat 5A dalam keputusan peperiksaan UPSR yang

diumumkan di SK Tracisian, Ipoh, semalam

IPOH 19 Nov. - Saat melihat namanya tertera di papan kenyataan sekolah sebagai salah

seorang murid cemerlang yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

(UPSR) benar-benar menggembirakan Nur Izzati Azahar.

Namun, kegembiraannya hanya untuk sementara kerana kemiskinan yang

membelenggu kehidupan keluarganya menghalang dia daripada

menggenggam slip yang berada di depan mata itu seperti rakan-rakan lain.

Anak kepada pasangan pemandu lori dan pekerja kilang itu tidak dibenarkan oleh pihak

sekolah untuk mengambil slip itu kerana gagal menjelaskan yuran berjumlah RM57.

"Walaupun tak dapat pegang slip keputusan, saya gembira kerana dapat buktikan kemiskinan

bukan penghalang kejayaan," katanya sebak ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK)

Tarcisian Convent di sini hari ini.

Nur Izzati, anak kedua kepada pasangan Azahar Ariffin, 41, dan Fatimah Ahmad, 42, adalah

antara 34 murid SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan A dalam semua mata

pelajaran.

Menurut ibunya, pendapatan keluarga yang tidak menentu menyebabkan Nur Izzati terpaksa

'berhutang' dengan pihak sekolah.

Page 2: Izzati5 a

Menurut Fatimah, kesihatannya yang tidak mengizinkan dan sumber kewangan keluarga yang

terhad menyebabkan dia tidak mampu menyediakan yuran peperiksaan Nur Izzati.

Malah, impiannya untuk melihat anaknya itu belajar di sekolah berasrama penuh juga

mungkin tidak dapat ditunaikan kerana kedaifan keluarga mereka.

"Saya berharap sangat dia akan dapat menyambung pelajaran ke sekolah berasrama. Dia

sendiri pun menyatakan keinginan itu tetapi kami tidak mampu untuk memenuhi

kehendaknya," katanya.

Sementara itu, Nur Izzati yang bercita-cita menjadi doktor berhasrat melanjutkan pengajian ke

peringkat paling tinggi bagi mengubah nasib keluarganya.

"Saya mahu mengubah nasib keluarga dan buktikan kepada semua bahawa saya juga boleh

berjaya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Mohd. Radzi Abd. Jabar berkata, kes pelajar

lewat atau tidak menjelaskan yuran sekolah se hingga menyebabkan mereka tidak dapat

mengambil slip keputusan pe periksaan bukan perkara baru.

Katanya, masalah tersebut biasanya berlaku kerana ibu bapa atau pelajar sendiri enggan

berjumpa atau bekerjasama dengan pengurusan sekolah.

Kegagalan ibu bapa atau pelajar berbuat demikian katanya, menyebabkan pengurusan sekolah

tidak mempunyai rekod yang dapat mem bantu pelajar dalam kategori kurang berkemampuan.

"Pihak sekolah pula perlu menjaga bukan seorang sahaja pelajarnya. Biasalah, bila hujung

tahun ini, sekolah perlu mengemas kini rekod, jadi mesti ada yang menghadapi masalah ini

jika mereka tidak berjumpa pihak pengurusan sekolah," katanya ketika dihubungi Utusan

Malaysia di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia 20.11.2009