J qaf

33
AHLI KUMPULAN MEK SITI BT ENDUT (030980) NOR AIZAN BT YUSOF (030954) WAN ZAINAB BT WAN YUSOF (030990)

Transcript of J qaf

Page 1: J qaf

AHLI KUMPULAN

MEK SITI BT ENDUT (030980)

NOR AIZAN BT YUSOF (030954)

WAN ZAINAB BT WAN YUSOF (030990)

Page 2: J qaf

Pengajaran empat kemahiran penting : jawi, Al Quran,

Bahasa Arab dan fardhu ain

Program sokongan kepada Pendidikan Islam

Menggunakan kurikulum, model dan modul tersendiri serta

guru yang khusus untuk pemulihan,bimbingan,pengukuhan

dan pengayaan

Menggunakan jadual yang sedia ada kecuali pengajaran

tasmik dan kem bestari solat yang diadakan di luar jadual

waktu sekolah

Tasmik boleh dijalankan dalam waktu persekolahan lain

asalkan tidak menganggu pdp dan waktu subjek lain

Murid pendidikan khas juga terlibat dan memerlukan

guru,bahan pengajaran dan kemudahan khas yang sesuai

dengan mereka

PENGENALAN

Page 3: J qaf

Peringkat awal Pendidikan Islam di Malaysia – madrasah dan

pondok secara tidak formal

Akta Pendidikan 1961-pendidikan Islam telah mendapat

tempat dalam pendidikan nasional

Tahun 1994 KBSR dan KBSM diperkenalkan yang

memperuntukkan pendidikan Islam :

6 waktu seminggu – sekolah kebangsaan

5 waktu seminggu – SJKT

4 waktu seminggu – SJKC

Dari segi pelaksanaan pdp pendidikan Islam masih belum

mantap contohnya dalam tilawah Al Quran

Dalam kajian yang dibuat seramai 192 orang murid daripada

320 orang murid adalah buta Al Quran

Senario di atas telah mendorong mantan PM kelima Tun

Abdullah Hj Ahmad Badawi mewujudkan satu program untuk

mengatasi masalah ini

SEJARAH j-QAF

Page 4: J qaf

• Semasa dalam tempoh 100 hari menjadi Perdana Menteri,Tun

Abdullah berhasrat agar murid khatam Al Quran dan belajar Bahasa

Arab di peringkat sekolah rendah

24 Disember 2003,beliau menyebut tentang khatam Quran dan

fadhu ain dalam ucapan pada perjumpaan ulama dan pegawai

agama

30 Disember 2003, beliau mengulangi hasrat itu ketika melawat

Kementerian Pendidikan Malaysia dan dapat dilaksanakan segera

Pada 3-5 Mac 2004 Kementerian Pendidikan telah mengadakan

seminar jawi,Al Quran,bahasa arab dan fardhu ain (Jqaf)

Bulan April 2004 satu projek rintis j-QAF telah diadakan selama 3

bulan yang berakhir pada Julai 2004

Perdana Menteri bersetuju supaya dilaksanakan mulai tahun 2005

Page 5: J qaf

Pelaksanaan model j-QAF yang terpilih secara ujikaji bagisatu jangkamasa pendek

Tujuannya menentukan kesesuaian pelaksanaan secaramenyeluruh mulai 2005

Dilaksanakan di 30 buah sekolah seluruh negara selama 3 bulan atau 12 minggu pdp

Setiap negeri melaksanakan projek di dua buah sekolah

Melibatkan murid tahun 2 manakala bahasa arab untuk muridtahun 1 sahaja

Pemantauan dijalankan untuk memastikan projek inimencapai matlamatnya

KONSEP PROJEK RINTIS j-QAF

Page 6: J qaf

Program memperkasakan pendidikan Islam

Menggunakan kurikulum, model dan modulnya tersendiri

serta guru yang khusus untuk pemulihan ,pengukuhan dan

penghayatan murid

Menggunakan jadual sedia ada

Perkataan j-QAF ringkasan daripada 4 bidang ilmu iaitu

huruf(j) untuk jawi,(Q)Quran,(A)arab dan (F) fardhu ain.

Ia bermaksud memperkukuhkan penguasaan

jawi,memastikan murid khatam Al quran,mewajibkan bahasa

arab dan memantapkan amalan fardhu ain.

Satu usaha memperkukuhkan pendidikan Islam dalam

sisitem pendidikan kebangsaan

KONSEP j-QAF

Page 7: J qaf

Menghasilkan muslim yangberilmu,beriman,berketrampilandan berakhlak mulia berdasarkan Al Quran dan Sunnah

Membolehkan murid menguasai bacaan dan tulisan jawi

Membolehkan murid khatam Al Quran sebelum tamat sekolahrendah

Membolehkan murid menguasai bahasa arab

Membolehkan murid menghayati dan memantapkan fardhuain

MATLAMAT

Page 8: J qaf

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu

usaha ke arah memperkasakan Pendidikan Islam (PI)

yang sedia ada supaya semua bidang dalam

pendidikan Islam dan Jawi seperti bidang Tilawah al

Quran, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi

lebih berkesan dan diamalkan dalam kehidupan.

KEPENTINGAN PROGRAM J-QAF

Page 9: J qaf

Langkah untuk memantap dan memperkasakan Pengajian Islam

Tahun 2005 program Jqaf telah dirintis di 1,221 SK di seluruh negara,

dengan bilangan guru seramai 3,663 orang.

disasarkan pelajar yang beragama Islam di SK, SJKC dan SJKT

dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam tulisan

Jawi, Berjaya khatam Al-Quran, dapat membina asas untuk

memahami dan berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan berjaya

mempraktikkan Fardu Ain sebelum tamat pendidikan rendah.

Tahun 2006, j-QAF telah diperluaskan ke 1,235 sekolah rendah

dengan seramai 376,768 murid.

PERLAKSANAAN PROGRAM JQAF

Page 10: J qaf

Realiti yang kita hadapi sekarang ialah:

ketidakberkesanannya pendidikan agama terhadap

pembentukan peribadi dan moral sebahagian pelajar Islam.

Apakah silapnya dan di manakah kepincangan sistem

pendidikan kita sekarang.

Negara kita merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem

pendidikan agama dan sentiasa mengalami perubahan dan

peningkatan hasil dari kajian yang dijalankan dari semasa ke

semasa.

Page 11: J qaf

Namun begitu kita tidaklah seharusnya berpuashati, kerana

selain dari sistem pendidikan kita juga memerlukan:

program latihan guru.

pembentukan watak serta

pandangan mereka juga haruslah diusahakan dengan

seberapa daya agar meningkat dan menjadi terbuka

sebagaimana sifatnya orang berilmu dan yang bergelar

pendidik

Page 12: J qaf

Justeru itu kerajaan telah melaksanakan program j-QAF di

Sekolah Rendah Kebangsaan.

Merupakan agenda utama kerajaan untuk meningkatkan

penguasaan Pendidikan Islam pada peringkat awal murid.

Ia merupakan suatu pembaharuan sistem pendidikan

Sekolah Rendah Kebangsaan yang mempunyai hala tuju

yang cukup jelas dan mampu memupuk nilai moral dan

etika serta melahirkan warganegara yang

bertanggungjawab.

Page 13: J qaf

Usaha ini dapat membantu mencapai matlamat

Pendidikan Islam iaitu:

Melahirkan Muslim berilmu, beriman, berketerampilan,

beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan

al-Quran dan al-Sunnah.

Mampu mengembeling tenaga menyumbang kepada

tamadun bangsa dan negara.

Page 14: J qaf

Perlaksanaan program j-QAF ini selaras dengan falsafah

Pendidikan Islam yang menutamakan kepentingan ilmu yang

bersandarkan kepada al-Quran dan sunnah bagi membentuk

sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai

hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk

membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah

kebaikan dunia dan akhirat.

Page 15: J qaf

Tahun Bilangan sekolah Jumlah

2005 1221 1221

2006 1235 2456

2007 1247 3703

2008 827 4530

2009 766 5296

2010 762 6058

UNJURAN SEKOLAH J-QAF DALAM TEMPOH

5TAHUN

Page 16: J qaf

Tahun Bilangan Jumlah

2005 3,663 3,663

2006 3,705 7,368

2007 4,962 12,330

2008 6,236 18,566

2009 6,301 24,867

2010 7,304 32,171

Unjuran guru j-qaf dalam

tempoh 5 tahun

Page 17: J qaf

Program j-QAF mempunyai model-model tersendiri. Model-

model tersebut dilaksanakan dengan menggunakan

peruntukan jadual waktu Pendidikan Islam yang sedia ada

dengan berpandukan kurikulum dan kokurikulum yang

digubal khusus oleh pihak Kementerian Pelajaran.

Page 18: J qaf
Page 19: J qaf

Keutamaan kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai

Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan. Dilaksanakan serentak

dengan waktu pengajaran jawi murid-murid biasa.

Murid yang lemah diasingkan dan diajar di tempat yang bersesuaian.

Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 1 jawi diajar selama 2 waktu

seminggu dan 1 waktu 6 bulan berikutnya.

Jumlah murid hendaklah di antara 6 hingga 10 orang.

Kelas pemulihan jawi untuk murid yang lemah ini membantu mereka

untuk menguasai pelajaran Jawi dengan lebih baik. Sekiranya semua

pelajar dalam sesuatu kelas telah mencapai tahap yang memuaskan,

maka guru j-QAF hendaklah memulakan aktiviti pengayaan Jawi.

1.Program Pemulihan Jawi

Page 20: J qaf

Melalui proses talaqqi musyafahah.

memastikan setiap murid diberi peluang sama rata untuk

menguasai tilawah al-Quran dengan lancar dan bertajwid.

Dapat menghatamkan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk

dalam jangka masa 6 tahun berada di sekolah rendah mengikut

tahap penguasaan individu.

Bagi murid yang tidak menguasai bacaan al-Quran berpeluang

meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah Iqra` dengan

pemantauan guru dari masa ke semasa.

2. Khatam al-Quran

Page 21: J qaf

Ditakrifkan sebagai satu program membimbing dan

merekod perkembangan Iqra’ dan bacaan al-Quran murid

secara individu berdasarkan program yang diatur.

dilaksanakan di luar jadual waktu.

Murid cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa terikat

dengan agihan juzuk yang dicadangkan.

.Murid boleh membaca dan mentasmik bacaan al-Quran

pada masa-masa yang sesuai .

3. Tasmik

Page 22: J qaf

Bahasa Arab komunikasi merupakan salah satu mata pelajaran

bahasa tambahan.

Merupakan mata pelajaran pilihan di Sek. Ren. kebangsaan.

Model Peluasaan Bahasa Arab Komunikasi merupakan satu model

yang dilaksanakan untuk tujuan tersebut dengan memperuntukan

masa sebanyak dua waktu seminggu.

Murid-murid diwajibkan mengambil mata pelajaran Bahasa Arab

Komunikasi, jika mereka tidak memilih bahasa Cina Komunikasi atau

bahasa Tamil Komunikasi sebagai mata pelajaran tambahan.

Dimasukkan dalam jadual waktu rasmi persekolahan.

Diajar oleh guru j-QAF yang dilantik dengan keutamaan kepada guru

j-QAF Opsyen Bahasa Arab.

Tujuannya ialah supaya murid dapat menguasai kemahiran asas

Bahasa Arab dan dapat menguasai kemahiran mendengar,

menyebut, membaca dan menulis.

4.Bahasa Arab

Page 23: J qaf

Aktiviti kem yang dilaksanakan untuk memastikan murid boleh

menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan

perbuatan.

Dijalankan sebanyak 4 kali setahun dalam bentuk kem.

dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut

kesesuaian sesebuah sekolah. Ianya diadakan bertujuan untuk

memastikan murid dapat:

5.Kem Bestari solat

Page 24: J qaf

mengetahui kepentingan solat

berwuduk dengan sempurna

mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu

melaksanakan semua perbuatan dalam solat dengan betul

menguasai bacaan dan mengaplikasikannya dalam solat

dengan betul dan lancar..

Page 25: J qaf

Menyedari kelebihan dan kebaikan yang diperolehi oleh murid daripada

program ini, maka dalam Rancangan Malaysia ke-Sembilan (RMK-9),

Kementerian Pelajaran memperhebat dan menambah baik

pelaksanaan program ini. Antara langkah yang diambil ialah:

Membina surau di sekolah-sekolah

Tempat menyimpan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk

murid-murid menjalani aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

menyediakan lebih banyak bilik khas yang akan digunakan

sebagai kelas untuk tujuan pemulihan jawi dan kegiatan kurikulum

yang lain

Page 26: J qaf

KEBERKESANAN PROGRAM j-QAF

1.Penguasaan kemahiran jawi

yang lebih baik

2.Bacaan al-Qur’an menjadi lebih

fasih dan lancar

3.Kebolehan berkomunikasi dalam

Bahasa Arab

Page 27: J qaf

4.Pengetahuan Fardhu Ain yang

lebih mantap

5.Disiplin pelajar lebih baik

Contoh: tidak mengganggu

kawan, bergaduh dan

menjaga kebersihan

Page 28: J qaf

MASALAH-MASALAH DALAM j-QAF

2.PelajarTahun 2-5 terpaksa mengikut

sukatan bacaan al-Qur’an walaupun

tidak menguasai bacaan

1.Tempoh 6 bulan untuk murid

Tahun 1 menguasai bacaan al-

Qur’an tidak mencukupi

Page 29: J qaf

3.Model tasmik di luar waktu sekolah

membebankan guru, pelajar dan

pentadbiran sekolah

4.Ibu bapa tidak lagi menghantar anak

mereka ke kelas mengaji

5.Kekurangan bahan (buku Iqra’

dan al-Qur’an) dalam kelas

Page 30: J qaf

ISU-ISU DAN CABARAN DALAM

PELAKSANAAN j-QAF

1.Mengubah kaedah belajar mengaji

secara tradisional ke arus pendidikan

perdana

2,Tempoh waktu mengajar yang

singkat berbanding pelajar yang

ramai

Page 31: J qaf

3.Cuti sekolah yang lama

mengganggu penguasaan pelajar

4.Tiada keselarasan kurikulum

antara sekolah kebangsaan dan

kelas KAFA

5.Guru j-QAF tidak fasih Bahasa Arab

Page 32: J qaf

Program j-QAF merupakan satu perancangan yang

memberikan impak semerta dan jangka panjang. Ia

bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan sahaja,

bahkan meliputi amalan dan penghayatan

Setakat ini, program j-QAF ini dianggap berjaya dan

mampu melahirkan pelajar yang lebih baik, berdisiplin

dan taat pada agama.

Meskipun terdapat kelemahan di sana sini, juga isu-

isu yang membelenggu pelaksanaannya, namun

kelebihan dan kebaikannya lebih banyak

RUMUSAN

Page 33: J qaf

SEKIAN TERIMA KASIH

MEK SITI

W.ZAINAB

NOR AIZAN