j - TAJUK 8 Edited
-
Upload
mohd-firdaus-muhamad-hanafi -
Category
Documents
-
view
232 -
download
0
Transcript of j - TAJUK 8 Edited
-
8/14/2019 j - TAJUK 8 Edited
1/10
Prinsip Perakaunan KBSM
Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 51
TAJUK 8 : PERAKAUNAN UNTUK TUNAI
(c) Perbandingan antara belanjawan dengan urus niaga sebenar
Pengurusan sesebuah organisasi perniagaan memerlukan maklumat berguna untuk
membuat keputusan, merancang dan mengawal perniagaan. Laporan berdasarkan
maklumat berguna perlu dibawa oleh akauntan atau pegawai kewangan ke pihak
pengurusan antaranya ialah varian yang melebihi had tertentu.
Varian merujuk kepada perbezaan antara belanjawan dengan hasil dan
belanja yang sebenar telah berlaku. Varian boleh ditunjukkan dalam bentuk amaun
atau peratusan.
Menghitung varian
Rumus
a) Varian = angka sebenar angka belanjawan
b) Varian dalam peratus boleh ditentukan dengan cara menghitung:
angka varian ________________ X 100
angka belanjawan
Berikut adalah sebahagian daripada data maklumat item kos dalam belanjawan dan
item kos yang sebenar.
Item kos
Belanjawan
(RM)
Sebenar
(RM)
Sewa 20 000 21 200
Kadar bayaran 18 700 18 200
Promosi 12 300 15 100
JADUAL A
8.3 Belanjawan Tunai dan Varian
Hasil Pembelajaran
Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat:
Menghitung varian dengan membandingkan belanjawan
dan prestasi sebenar.
-
8/14/2019 j - TAJUK 8 Edited
2/10
Prinsip Perakaunan KBSM
Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 52
Berdasar maklumat di atas, varian dalam bentuk amaun (angka) dan peratus boleh
ditentukan.
Item KosBelanjawan
RM
Sebenar
RM
Varian Catatan
Angka
(RM)Peratus + / -
Sewa 20 000 21 200 1 200 6.0% +
Kadar bayaran 18 700 18 200 500 2.7% -
Promosi 12 300 15 100 2 800 22.8% +
JADUAL B
Contoh kiraan varian dalam bentuk angka:
Varian bagi sewa = Angka sebenar Angka belanjawan
= RM21 200 RM20 000
= RM1 200
Varian bagi sewa (peratus) = (Angka varian Angka belanjawan) x 100
= (RM1200 RM20 000) x 100
= 6.0%
Info :
Apabila varian item pembayaran atau kos adalah positif bermaksud kos bagi item
berkenaan yang telah sebenar dibayar atau ditanggung oleh perniagaan telah
melebihi apa yang telah dibelanjawankan. Jika varian bagi item itu negatif
bermaksud perniagaan berjaya menjimatkan pembayaran atau perbelanjaan seperti
yang dirancang dalam belanjawan.
-
8/14/2019 j - TAJUK 8 Edited
3/10
Prinsip Perakaunan KBSM
Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 53
Contoh penyediaan belanjawan tunai dan varian :
Persatuan Generasi Kedua Gedangsa bercadang untuk mengusahakan projek
pertanian bermula pada bulan Oktober 2009. Persatuan telah menyediakan
belanjawan tunai untuk tiga bulan berakhir 31 Disember 2009 seperti berikut:
PERSATUAN GENERASI KEDUA GEDANGSA
Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Disember 2009
Oktober
RM
November
RM
Disember
RM
Jumlah
RM
Baki awal 39 880 33 850
PENERIMAAN
Modal 38 800 38 800
Pinjaman TEKUN 20 000 20 000
Jualan Hasil pertanian 12 000 12 000
Jualan Benih 2 200 2 200
Sewaan tapak 550 550 1 100
Jumlah Terimaan 58 800 550 14 750 74 100
PEMBAYARAN:
Mesin dan peralatan 7 200 7 200
Belian benih 5 600 1 350 6 950
Input pertanian 1 200 3 000 3 400 7 600
Gaji dan upah 4 200 2 600 2 600 9 400
Penyelenggaraan 200 600 800 1 600
Kos angkutan 120 200 250 570
Pelbagai belanja 400 180 600 1 180
Jumlah Pembayaran 18 920 6 580 9 000 34 500
LEBIHAN/ (KURANGAN) 39 880 (6 030) 5 750 39 600
Baki akhir 39 880 33 850 39 600 39 600
-
8/14/2019 j - TAJUK 8 Edited
4/10
Prinsip Perakaunan KBSM
Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 54
Pada 1 Jan 2010, persatuan mendapati keputusan sebenar bagi penerimaan dan
pembayaran untuk tempoh tiga bulan berakhir 31 Disember 2009 adalah seperti berikut.
PERSATUAN GENERASI KEDUA GEDANGSA
Penerimaan dan Pembayaran bagi 3 bulan berakhir 31 Disember 2009
(Bagi tempoh Oktober hingga Disember 2009)
RM
Modal 38 800
PENERIMAAN
Pinjaman TEKUN 20 000
Jualan Hasil pertanian 13 800
Jualan Benih 1 700
Sewaan tapak 1 300
Jumlah Terimaan 36 800
Jumlah Modal dan Penerimaan 75 600
PEMBAYARAN:
Mesin dan peralatan 8 500
Belian benih 8 950
Input pertanian 9 800
Gaji dan upah 9 400
Penyelenggaraan 1 450
Kos angkutan 450
Pelbagai belanja 1 200
Jumlah Pembayaran 39 750
Baki akhir 35 850
-
8/14/2019 j - TAJUK 8 Edited
5/10
Prinsip Perakaunan KBSM
Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 55
Berdasarkan maklumat keputusan dijangkakan (belanjawan) dan keputusan sebenar yang
telah diberikan maka Belanjawan tunai (jumlah besar 3 bulan) dan Varian boleh disediakan
seperti berikut:
PERSATUAN GENERASI KEDUA GEDANGSA
Belanjawan Tunai dan Varian bagi 3 bulan berakhir 31 Disember 2009
BELANJAWAN SEBENAR VARIAN
RM RM JUM % +/-
Baki awal
PENERIMAAN:
Modal 38 800 38 800 0 0 tiada
Pinjaman TEKUN 20 000 20 000 0 0 Tiada
Jualan Hasil pertanian 12 000 13 800 1 800 15 +
Jualan Benih 2 200 1 700 500 22.7 -
Sewaan tapak 1 100 1 300 200 18.2 +
JUMLAH PENERIMAAN 74 100 75 600 1 500 2.02 +
PEMBAYARAN:
Mesin dan peralatan 7 200 8 500 1 300 18.1 +
Belian benih 6 950 8 950 2 000 28.8 +
Input pertanian 7 600 9 800 2 200 28.9 +
Gaji dan upah 9 400 9 400 0 0
Penyelenggaraan 1 600 1 450 150 9.4 -
Kos angkutan 570 450 120 21.1 -
Pelbagai belanja 1 180 1 200 20 1.7 +
JUMLAH PEMBAYARAN 34 500 39 750 5 250 15.2 +
LEBIHAN/ (KURANGAN) 34 500 35 850 1 350 3.9 +
Baki akhir 39 600 35 850 3 750 9.5 _
Dari jadual belanjawan tunai di atas, varian positif (+) bagi item penerimaan menunjukkan
kesan baik bagi perniagaan kerana berjaya menjana hasil penerimaan sebenar melebihi
angka penerimaan yang dibelanjawankan. Manakala varian yang positif (+) bagi item
pembayaran atau perbelanjaan menunjukkan kesan yang kurang baik bagi perniagaan
kerana telah melebihi perbelanjaan yang dijangkakan.
-
8/14/2019 j - TAJUK 8 Edited
6/10
Prinsip Perakaunan KBSM
Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 56
Perhatikan juga varian bagi jumlah penerimaan (meningkat RM1 500) adalah (+)
positif yang membawa maksud perniagaan berjaya menjana hasil penerimaan melebihi
yang dijangka. Walau bagaimanapun varian bagi jumlah pembayaran yang menunjukkan
varian positif (+) bermaksud telah berlaku peningkatan (RM5 250) dalam pembayaran .
Bagi baki akhir pula, variannya negatif (-) dan ini menunjukkan baki akhir tunai adalah
kurang daripada baki yang dijangkakan.
Info:
Daripada data Belanjawan dan Varian di atas, dapat dirumuskan seperti berikut:
KATEGORI ITEM KESAN VARIAN
Positif (+) Negatif (-)
Item Penerimaan Baik: penerimaan bagi item
berkenaan melebihi daripada
yang dijangka
Kurang baik: penerimaan bagi
item berkenaan kurang daripada
yang dijangka
Jumlah Penerimaan Baik: Jumlah penerimaan
melebihi yang dijangka
Kurang baik: Jumlah penerimaan
kurang daripada yang dijangka
Item Pembayaran Kurang baik: pembayaran bagi
item berkenaan melebihi angka
yang dibelanjawankan
Baik: pembayaran bagi item
berkenaan kurang daripada
angka yang dibelanjawankan.
Lebihan Baik: Jumlah lebihan
adalah melebihi daripada angka
yang dijangka
Kurang baik: Jumlah lebihan
adalah kurang daripada angka
yang dijangka
Baki akhir Baik: baki akhir tunai telah
melebihi baki yang dijangka
Kurang baik: baki akhir tunai
adalah kurang daripada baki
yang dijangka
-
8/14/2019 j - TAJUK 8 Edited
7/10
Prinsip Perakaunan KBSM
Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 57
LATIHAN
1. Terangkan maksud varian.
2.
BELANJAWAN
(Tempoh 6 bulan)
KOS SEBENAR
(Tempoh 6 bulan)
RM RM
PEMBAYARAN:
Gaji dan upah 36 000 39 600
Penyelenggaraan 9 600 8 544
Elektrik dan air 8 400 8 568
Berdasarkan jadual di atas, kirakan varian setiap satu item dalam angka dan peratus.
3. NSR Enterprise bercadang mengusahakan projek ternakan ikan dan udang harimau
dengan pelaburan tunai berjumlah RM8 000 sebagai modal. Projek tersebut meliputi
aktiviti membeli dan menghasilkan benih ternakan dan juga menjual hasil ternakan.
NSR Enterprise menjangkakan penerimaan dan pembayaran dalam perusahaannya
untuk tiga bulan berakhir 31 Disember 2009 adalah seperti berikut:
(i) Membuat pinjaman pertanian pada 5 November 2009 daripada AGRO BANK
berjumlah RM12 000. Pinjaman dikenakan faedah 3% setahun secara rata dan
perlu dibayar balik selama 5 tahun. Ansuran pinjaman bulanan berserta faedah
akan mula dibayar pada bulan berikutnya.
(ii) Pada bulan ketiga, sebahagian benih ikan dan udang akan dijual dengan nilai
RM1 500.
(iii) Sebuah kolam disewakan dengan kadar RM2 800 mulai Disember 2009.
(iv) Kos yang perlu ditanggung dan dibayar dalam projek ini adalah:
a) Kos penyediaan 6 buah kolam dengan kos RM800 sebuah dibayar pada
bulan Oktober 2009.
b) Belian benih induk ikan dan udang bagi bulan Oktober RM1 800 dan
November RM1 200.
c) Belian alatan dan mesin pada bulan November RM2 300.
d) Sewa bulanan tapak projek RM700 sebulan mulai Oktober.
e) Air dan elektrik RM400 bagi bulan Oktober dan November. Kos ini
dijangka meningkat 10% pada bulan Disember.
-
8/14/2019 j - TAJUK 8 Edited
8/10
Prinsip Perakaunan KBSM
Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 58
f) Upah tiga orang pekerja RM600 seorang bagi bulan Oktober dan
dijangka bertambah seorang lagi mulai bulan November dengan upah
sebanyak RM250 sebulan.
g) Pelbagai belanja RM200 sebulan.
Berdasarkan maklumat di atas, anda dikehendaki:
(a) Menyediakan belanjawan tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Disember 2009
(b) Mengira varian untuk upah dan kadar bayaran untuk tempoh 3 bulan sekiranya
kos sebenar ialah RM4 100 untuk kedua-dua item bagi tempoh yang sama.
Jawapan
(a) Jumlah penerimaan: Okt. RM20 000; Nov. Tiada; Dis. RM4 300 dan
Jumlah Besar untuk 3 bulan: RM24 300
Jumlah pembayaran: Okt. RM8 500; Nov. RM4 380; Dis. RM3 220 dan
Jumlah Besar untuk 3 bulan: RM18 400
(b) Jumlah jangkaan: upah dan kadar bayaran RM3 540
Varian dalam amaun : RM4 100 RM3540) = RM560
Varian dalam peratus: RM560 RM3 540 = 15.82% (positif)
-
8/14/2019 j - TAJUK 8 Edited
9/10
Prinsip Perakaunan KBSM
Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 59
4. Pada 1 Januari 2010, NSR Enterprise telah menyemak buku perniagaan dan
mendapati penerimaan (termasuk modal) dan kos sebenar bagi perniagaan untuk
tempoh tiga bulan berakhir 31 Disember 2009 adalah seperti berikut:
Penerimaan dan Pembayaran bagi 3 bulan berakhir 31 Disember 2009:
(Bagi tempoh Oktober hingga Disember 2009)
RM
Modal 8 000
PENERIMAAN
Pinjaman AGRO BANK 12 000
Jualan benih induk 1 950
Sewa kolam 2 660
PEMBAYARAN:
Ansuran pinjaman (pokok dan faedah) 2 060
Mesin dan peralatan 2 300
Belian benih induk 2 850
Sewa tapak 2 100
Kadar bayaran 1 426
Upah 2 760
Pelbagai belanja 500
-
8/14/2019 j - TAJUK 8 Edited
10/10
Prinsip Perakaunan KBSM
Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 60
Berdasarkan belanjawan yang disediakan dalam soalan 4 dan juga maklumat
sebenar di atas, anda dikehendaki melengkapkan jadual berikut:
(Catatan: pengiraan varian adalah berasaskan kepada angka belanjawan)
NSR ENTERPRISE
BELANJAWAN DAN VARIAN
Bagi tempoh 3 bulan berakhir 31 Disember 2009
Butir Jumlah
Dijangka
Jumlah
Sebenar
VARIAN
RM RM JUM % +/-
Modal/ Baki awal
PENERIMAAN:
JUMLAH PENERIMAAN
PEMBAYARAN:
JUMLAH PEMBAYARAN
LEBIHAN/ (KURANGAN)
PENERIMAAN
Baki Akhir