J4012 pneumatik dan hidraulik unit9

12
PENGAWALAN TEKANAN DAN ALIRAN PADA PENGGERAK J4012 / UNIT 9/1 Objektif Am : Melakarkan dan menerangkan pengawalan tekanan dan aliran pada penggerak-penggerak sistem hidraulik Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:- Melakarkan kaedah-kaedah pengawalan tekanan dan aliran penggerak-penggerak sistem hidraulik Menerangkan kaedah-kaedah pengawalan tekanan dan aliran penggerak-penggerak sistem hidraulik UNIT 9 PENGAWALAN TEKANAN DAN ALIRAN PADA PENGGERAK OBJEKTIF

description

JJ512: Pneumatic n Hidraulic dlm BM..smoga brmanfaat..:)

Transcript of J4012 pneumatik dan hidraulik unit9

Page 1: J4012 pneumatik dan hidraulik unit9

PENGAWALAN TEKANAN DAN ALIRAN PADA PENGGERAK

J4012 / UNIT 9/1

Objektif Am : Melakarkan dan menerangkan pengawalan tekanan dan aliran pada penggerak-penggerak sistem hidraulik

Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

Melakarkan kaedah-kaedah pengawalan tekanan dan aliran penggerak-penggerak sistem hidraulik

Menerangkan kaedah-kaedah pengawalan tekanan dan aliran penggerak-penggerak sistem hidraulik

UNIT 9

PENGAWALAN TEKANAN DAN ALIRAN PADA PENGGERAK

OBJEKTIF

Page 2: J4012 pneumatik dan hidraulik unit9

PENGAWALAN TEKANAN DAN ALIRAN PADA PENGGERAK

J4012 / UNIT 9/2

9.0 PENGENALAN

uba anda bayangkan apa yang akan terjadi kepada motosikal anda jika aliran minyak tidak boleh dikawal, pastilah ianya akan membahayakan anda. Kawalan dalam sistem adalah satu kemestian untuk memastikan

keselamatan pengguna dan jangkahayat sesuatu peralatan dapat dipanjangkan. Di dalam sistem hidraulik, pengawalan tekanan dan aliran dapat dilakukan menggunakan injap kawalan aliran tetapi kedudukan injap tersebut yang menentukan bahagian yang hendak dikawal. Bahagian kawalan ini dikenali sebagai Meter - Out, Meter - In dan Bleed – Off.

C

9.1 PENGAWALAN TEKANAN DAN ALIRAN PADA PENGGERAK-PENGGERAK SISTEM HIDRAULIK

Litar yang mengawal kelajuan rod bergantung kepada kedudukan injap kawalan aliran pada sesuatu litar hidraulik. Ini kerana pengawalan kelajuan rod silinder bergantung kepada keperluan sesuatu kerja tersebut. Terdapat 3 cara kelajuan rod dikawal semasa ia keluar iaitu:-

Meter - OutMeter - InBleed – Off

9.1.1 Litar Meter – Out

Injap kawalan pada litar ini dipasang pada bahagian keluaran minyak hidraulik ke penggerak seperti silinder atau motor. Untuk membolehkan tiada gangguan pada kelajuan rod silinder semasa gerakan masuk, injap sehala dipasang seperti Rajah 9.1 (a) di bawah. Apabila tekanan silinder mencapai ke tekanan maksimum minyak akan dialirkan ke tangki. Apabila beban berkurangan atau kecil, tekanan balikan lebih besar dari tekanan keluaran pam.

INPUTINPUTINPUTINPUT

Page 3: J4012 pneumatik dan hidraulik unit9

PENGAWALAN TEKANAN DAN ALIRAN PADA PENGGERAK

J4012 / UNIT 9/3

9.1.2 Litar Meter – InInjap kawalan aliran pada litar ini dipasang pada bahagian masukan minyak hidraulik ke penggerak seperti silinder atau motor. Untuk membolehkan tiada gangguan pada kelajuan rod silinder semasa gerakan masuk, injap sehala dipasang seperti Rajah 9.1 (b) di bawah . Apabila tekanan silinder mencapai ketekanan maksimum minyak hidraulik akan dialirkan ke tangki.

9.1.3 Litar Bleed – Off

Injap kawalan aliran boleh laras pada litar ini dipasang pada bahagian masukan minyak hidraulik di antara injap kawalan aliran dan silinder seperti di tunjukkan dalam Rajah 9.1 (c) di bawah.. Kelajuan boleh dikawal dengan melaraskan injap kawalan aliran. Sekiranya semua minyak dialirkan balik ke tangki, rod silinder tidak akan bergerak disebabkan kejatuhan tekanan sistem.

Rajah 9.1 di bawah menunjukkan ketiga-tiga litar yang tersebut di atas.

Litar Meter – Out Litar Meter – In Litar Bleed – Off

Rajah 9.1 : Menunjukkan (a) Litar Meter-Out, (b) Meter-In dan (c) Bleed-Off

Page 4: J4012 pneumatik dan hidraulik unit9

PENGAWALAN TEKANAN DAN ALIRAN PADA PENGGERAK

J4012 / UNIT 9/4

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

SELAMAT MENCUBA……

Soalan 9-1Nyatakan TIGA cara mengawal kelajuan rod.

Soalan 9-2Isikan tempat kosong yang berikut :

a. Litar Meter – Out

Injap kawalan pada litar ini dipasang pada bahagian ________________minyak

hidraulik ke penggerak seperti _____________atau _____________________. Untuk

membolehkan tiada gangguan pada kelajuan rod silinder semasa gerakan masuk, injap,

sehala dipasang. Apabila tekanan silinder mencapai ketekanan

_______________minyak akan dialirkan ke_________________. Apabila beban

berkurangan atau kecil, tekanan balikan lebih besar dari tekanan keluaran pam.

AKTIVITI 9

Page 5: J4012 pneumatik dan hidraulik unit9

PENGAWALAN TEKANAN DAN ALIRAN PADA PENGGERAK

J4012 / UNIT 9/5

b. Litar Meter – In

Injap kawalan _____________pada litar ini dipasang pada bahagian

_______________minyak hidraulik ke penggerak seperti silinder atau motor. Untuk

membolehkan tiada gangguan pada _______________rod silinder semasa gerakan

masuk, injap sehala dipasang. Apabila tekanan silinder mencapai ketekanan

maksimum minyak hidraulik akan dialirkan ke tangki.

Page 6: J4012 pneumatik dan hidraulik unit9

PENGAWALAN TEKANAN DAN ALIRAN PADA PENGGERAK

J4012 / UNIT 9/6

Jawapan 9-1i. Litar meter – outii. Litar meter – iniii. Litar bleed – off

Jawapan 9-2a.KeluaranSilinderMotorMaksimumTangki

b.AliranMasukanKelajuan

MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 9

TAHNIAHTAHNIAH ! ANDA TELAH MENGHAMPIRI KEJAYAAN, PASTIKAN JAWAPAN ANDA BETUL SEBELUM BERPINDAH KEPADA INPUT YANG SELANJUTNYA.

Page 7: J4012 pneumatik dan hidraulik unit9

PENGAWALAN TEKANAN DAN ALIRAN PADA PENGGERAK

J4012 / UNIT 9/7

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…!SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

Soalan 1Terangkan kaedah-kaedah pengawalan tekanan dan aliran penggerak-penggerak sistem hidraulik seperti dibawah:

a) Metering inb) Metering outc) Metering off

Soalan 2Lukiskan kaedah-kaedah pengawalan tekanan dan aliran penggerak-penggerak sistem hidraulik dibawah:

a) Metering inb) Metering outc) Metering off

PENILAIAN KENDIRI

Page 8: J4012 pneumatik dan hidraulik unit9

PENGAWALAN TEKANAN DAN ALIRAN PADA PENGGERAK

J4012 / UNIT 9/8

Jawapan 1

Metering outInjap kawalan pada litar ini dipasang pada bahagian keluaran minyak hidraulik ke penggerak seperti silinder atau motor. Untuk membolehkan tiada gangguan pada kelajuan rod silinder semasa gerakan masuk, injap, sehala dipasang . Apabila tekanan silinder mencapai ketekanan maksimum minyak akan dialirkan ke tangki. Apabila beban berkurangan atau kecil, tekanan balikan lebih besar dari tekanan keluaran pam.

Metering InInjap kawalan aliran pada litar ini dipasang pada bahagian masukan minyak hidraulik ke penggerak seperti silinder atau motor. Untuk membolehkan tiada gangguan pada kelajuan rod silinder semasa gerakan masuk, injap sehala dipasang . Apabila tekanan silinder mencapai ketekanan maksimum minyak hidraulik akan dialirkan ke tangki.

Metering OffInjap kawalan aliran bolelaras pada litar ini dipasang pada bahagian masukan minyak hidraulik diantara injap kawalan aliran dan silinder . Kelajuan boleh dikawal dengan melaraskan injap kawalan aliran. Sekiranya semua minyak dialirkan balik ke tangki, rod silinder tidak akan bergerak disebabkan kejatuhan tekanan sistem.

MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI

TAHNIAH!

ANDA TELAH BERJAYA MENCAPAI OBJEKTIF DAN LAYAK UNTUK

MENERUSKAN UNIT YANGSETERUSNYA.

Page 9: J4012 pneumatik dan hidraulik unit9

PENGAWALAN TEKANAN DAN ALIRAN PADA PENGGERAK

J4012 / UNIT 9/9

Jawapan 2Metering in

Metering out

Metering Off

Page 10: J4012 pneumatik dan hidraulik unit9

PENGAWALAN TEKANAN DAN ALIRAN PADA PENGGERAK

J4012 / UNIT 9/10