JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/6657-JANGAN TIMBULKAN... ·...
-
Upload
truonglien -
Category
Documents
-
view
217 -
download
0
Transcript of JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/6657-JANGAN TIMBULKAN... ·...
1 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو
جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TAJUK : “JANGAN TIMBULKAN KEMURKAAN ALLAH ”
18 MAC 2016M / 9 JUMADA AL-AKHIRAH 1437H
ٱل
ه ال
ائل :حمد لل
ق
ىئ مئ حئ جئ ی ی ی ی ىئ ىئ ىئ
(an-Nur :52)
شن أ
هد أ
ا ل
ــإل
ه إل ه ده هلل
ريك ل
ش
ل
ش
أ ن محمدا ،
هد أ
ه دهعب رسول
م سل
هم صل ى آله . الل
عل ا محمد
دن
ى سي عل
ص أ ےحابه بعهم بإ
من ت ى يو
ين.سان إل
م الد
ما بع يا عباد هللأ
اتهد، ف
ت وا هلل نتم ے، ات
أ
ن إل
موت
ت
ل ،
س لمون.م
SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,
Khatib menyeru marilah bersama-sama kita bertaqwa kepada Allah
dengan sebenar-benar taqwa, agar kita dapat melaksanakan segala
perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Sesungguhnya melalui
ketaqwaan kita dapat mengisi kehidupan dengan sifat-sifat yang baik dan
2 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو
جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص
menghindari diri daripada sifat-sifat yang keji dan tercela. Marilah kita
mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan dengan meningkatkan amal
ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Allah serta
menjalin-eratkan hubungan kita sesama manusia. Semoga, hidup kita
sentiasa dicucuri rahmat serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Firman Allah di dalam surah Ali ‘Imran petikan ayat 103:
ڃڃڃچچ
ڦڄڄڄڄڃڃ
Maksudnya : “Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada agama
Allah, dan janganlah berpecah belah”.
Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk
“JANGAN TIMBULKAN KEMURKAAN ALLAH ”.
SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,
Kita hidup di dunia ini atas kehendak dan ketentuan Allah yang telah
memberi nikmat kehidupan, keseronokan pergaulan, kesejahteraan,
keamanan, keharmonian dan sebagainya. Namun adakalanya kita
terlupa malah leka atas segala peringatan dan amaran Allah kepada
kita yang mengingkari petunjuk-Nya. Sejak zaman para Nabi sehingga
sekarang, manusia, iaitu hamba Allah yang dicipta untuk menjadi
khalifah di bumi ini sering ingkar dan menimbulkan kemurkaan Allah .
Ketika zaman Nabi Musa , Firaun menentang dan tidak mahu
beriman kepada Allah . Menidakkan kekuasaan Allah sehingga
3 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو
جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص
membawa kepada kehancuran. Zaman Nabi Nuh pula, beliau
berdepan dengan keingkaran anak, isteri dan pengikut-pengikutnya
sehingga membawa kepada kebinasaan. Manakala pada zaman
Rasulullah , ramai dalam kalangan orang yang mengingkari keta’atan
kepada Allah dan Baginda Rasulullah telah ditimpa bencana.
Gambaran ini jelas diperlihatkan oleh Allah dalam al-Quran untuk
memberi peringatan terhadap kekuasaan-Nya. Kita masih terus-terusan
melakukan dosa dan maksiat, kita dilarang keras menyekutukan Allah
tetapi masih ada yang membiarkan aqidah masing-masing rosak dan
dicemari dengan perlakuan syirik.
Allah telah menjanjikan azab yang pedih bagi mereka yang ingkar
sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat 124-127 surah Thaha:
ی ی ىئ ىئ ىئ ېئ ېئ ېئ ۈئ ۈئ ۆئ
ٻ ٻ ٱ مب خب حب جب يئ ىئ مئ حئ جئ ی ی
ٺ ٺ ٺ ٺ ڀ ڀ ڀ ڀ پ پ پ پ ٻ ٻ
ٹ ٹ ٹ ٿ ٿ ٿ ٿ
Yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada
ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya
kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari qiamat
dalam keadaan buta”. Dia berkata: “Wahai Tuhanku! Mengapakah
Engkau himpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulu
4 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو
جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص
celik?” Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-
ayat keterangan Kami kepada kamu, lalu engkau melupakan serta
meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta
ditinggalkan.” Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui
batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya; dan
demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.
SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,
Tidak wajar kita nafikan bahawa segala perkara yang menjadi punca
kemurkaan Allah semakin banyak berlaku dalam masyarakat kita
pada hari ini. Antaranya ialah:
1. Berlaku kemungkaran dan kemaksiatan seperti perbuatan
membunuh, mencuri, merompak, merogol dan sebagainya.
2. Pergaulan bebas semakin berleluasa dalam kalangan anak-anak
muda sehingga mencetuskan perlakuan zina yang membawa
kepada kelahiran bayi. Lebih menyedihkan kebanyakan bayi ini
dibuang tanpa rasa bersalah.
3. Berlaku penderhakaan anak-anak kepada ibu bapa, isteri kepada
suami dan seumpamanya. Malah ada dalam kalangan anak-anak
yang menjalani kehidupan mewah tidak memperdulikan ibu bapa
dan sanggup meninggalkan mereka terbiar di rumah orang-orang
tua atau pusat-pusat kebajikan. Manakala suami isteri pula bebas
melakukan kecurangan terhadap pasangan masing-masing. Ada
juga ibu bapa yang tidak ambil peduli terhadap anak-anak dan
tidak melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.
5 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو
جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص
4. Amalan rasuah semakin menjadi-jadi, sama ada berlaku di
peringkat bawahan mahu pun peringkat atasan. Kekuasaan yang
dimiliki oleh seseorang individu di dunia ini semakin
disalahgunakan.
5. Pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagaikan cendawan telah
mengundang fenomena gila-gila kepada anak-anak muda
khususnya. Melampau dalam memuja seseorang sehingga tidak
mengendahkan teguran dan nasihat pihak berkuasa agama.
6. Kemunculan pihak-pihak yang bersandar di sebalik Islam untuk
menegakkan pendirian mereka berkaitan hak institusi agama
semakin membimbangkan. Wujudnya sekumpulan 25 orang yang
menggelarkan diri mereka ‘muslim moderate’ secara terbuka
menjelaskan pendirian mereka dan sanggup berdebat berhubung
sistem perundangan Malaysia, hak institusi agama, perkara
berkaitan hukum fiqh dan perkara yang menyentuh sensitiviti umat
Islam.
SIDANG JUM‘AT YANG BERBAHAGIA,
Kehidupan kita sebagai hamba di dunia ini akan lebih indah jika kita
mendapat redha Allah di dunia dan di akhirat. Umat Islam yang
beriman wajib mengetahui mengapa Allah murka kepada hamba-Nya.
Pertama : Kita tidak menggunakan anugerah yang diberi untuk
memahami keterangan-keterangan ayat-ayat Allah tentang perintah
dan larangan-Nya. Diberi anugerah mata tidak digunakan untuk melihat
bukti kebesaran dan keagungan Allah . Diberi telinga pula tidak mahu
patuh mendengar ajaran dan nasihat Allah dan Rasul-Nya.
6 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو
جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص
Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 179:
ڀ ڀ ڀ پ پ پ پ ٻ ٻ ٻ ٻ ٱ
ڤ ٹ ٹ ٹ ٹ ٿ ٿ ٿ ٿ ٺ ٺ ٺ ٺ ڀ
ڄ ڦ ڦ ڦ ڦ ڤ ڤ ڤ
Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami jadikan penghuni neraka
Jahannam banyak daripada kalangan jin dan manusia yang mempunyai
hati yang tidak (mahu) memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan
mempunyai mata yang tidak (mahu) melihat dengannya (bukti
kekuasaan Allah), dan mempunyai telinga yang tidak (mahu) mendengar
dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternakan,
bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
Kedua : Tidak mensyukuri nikmat-nikmat yang telah dikurniakan
oleh Allah kepada kita. Seronok menerima tetapi sebaliknya tidak
mahu memberi balas.
Kesan daripada menimbulkan kemurkaan Allah ini bukan sahaja
menimpa diri individu, malah turut membawa akibat yang besar kepada
anak, isteri, kerabat, tetangga, masyarakat dan juga kepada bumi
negara yang kita cintai ini. Justeru, marilah terus mempertahankan
akidah di samping menguatkan keimanan dan ketaqwaan kerana
dengan kekuatan iman dan taqwa, Allah akan memberi ganjaran
yang paling besar di sisi-Nya.
7 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو
جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص
SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,
Kehidupan seharian kita perlu kepada panduan dan peraturan.
Melaluinya kita akan mencari yang betul serta mengikut yang lurus dan
terbaik. Rasulullah seharusnya dijadikan contoh dalam kita mengurus
kehidupan di dunia untuk mendapatkan kejayaan di akhirat. Segala
tunjuk ajar dan larangannya perlu diikuti dan dipatuhi sebagaimana
firman Allah dalam surah al-Hasyar petikan ayat 7:
ھ ھ ھ ھ ہ ہ ہ ہ ۀ ۀ ڻ ڻ ڻ ڻ.......
ۓ ے ے
Maksudnya: .......dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah
kepada kamu maka ambillah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang
kamu melakukankannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah
kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amat berat azab siksa-Nya
(bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).
Hamba-hamba Allah, marilah segera bertaqwa dan menta‘ati Allah .
Laksanakan segala perintah dan tinggalkan larangan-Nya. Ingatlah
apabila manusia leka dan membiarkan kemaksiatan bermaharajalela, itu
merupakan isyarat bahawa kehancuran semakin menghampiri. Kita tidak
lepas daripada melakukan kemungkaran, namun Allah sentiasa
membuka ruang dan peluang kepada kita untuk bertaubat dan memohon
keampunan agar beroleh kebahagiaan.
Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sekali lagi kita saling ingat
mengingatkan agar kita tidak melakukan perkara yang berikut:
8 بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو
جابتن حال إحول اڬام اسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص
Pertama : Menyekutukan Allah .
Kedua : Mengkufuri nikmat Allah .
Ketiga : Bersangka buruk dengan Allah .
Keempat : Menimbulkan kemurkaan Allah .
Kelima : Berputus asa dengan ujian Allah .
Firman Allah dalam surah as-Sajadah ayat 22:
ٹ ٹ ٿ ٿ ٿ ٿ ٺ ٺ ٺ ٺ ڀ ڀ ڀ
ٹ ٹ
Maksudnya: Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi
ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling (dan tetap
mengingkarinya); sesungguhnya Kami tetap membalas orang-orang
yang berdosa (apalagi orang-orang yang lebih zalim).
م ك
بارك هللا لي ول
ر في ال
ق
م ءان ال
اك عني وإي
ف
ا فيه من بم عظيم، ون
ال ك
ك وال يا
م ر ال
ي ومنك
كل من ب
ق
ميع حكيم، وت ه هو الس
ه إن
وت
تل
و ال
ول ق
ق
عليم، أ س
ا وأ
لي ه
غ
ت
م فر هللا ال
ك
ئر عظيم لي ول
، ولسا
ال س
وال
لمين س
، وال لما
ؤ
منين
وال
ؤ اس
، ف ا
من
غ
يات
و فروه ف
ف
ز
ال س
غ
ت
ا الت
جاة
.فرين ويا ن
ئبين