JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku...

42
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH PENYEJUK RUMAH AUTOMATIK NAMA NO. PENDAFTARAN MUHAMMAD ZULHILMIEY 02DKM17F1012 MUHAMMAD RUZINI MUHAMMAD AIMAN IZZUDIN 02DKM17F1049 BIN ZULKIFPLI SITI AISYATUL UMAIRAH 02DKM17F1057 BINTI ANUAR ESWAR A/L W. RAJAN 02DKM17F1097 JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019

Transcript of JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku...

Page 1: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

PENYEJUK RUMAH AUTOMATIK

NAMA NO. PENDAFTARAN

MUHAMMAD ZULHILMIEY 02DKM17F1012

MUHAMMAD RUZINI

MUHAMMAD AIMAN IZZUDIN 02DKM17F1049

BIN ZULKIFPLI

SITI AISYATUL UMAIRAH 02DKM17F1057

BINTI ANUAR

ESWAR A/L W. RAJAN 02DKM17F1097

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

JUN 2019

Page 2: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

PENYEJUK RUMAH AUTOMATIK

NAMA NO. PENDAFTARAN

MUHAMMAD ZULHILMIEY 02DKM17F1012

MUHAMMAD RUZINI

MUHAMMAD AIMAN IZZUDIN 02DKM17F1049

BIN ZULKIFPLI

SITI AISYATUL UMAIRAH 02DKM17F1057

BINTI ANUAR

ESWAR A/L W. RAJAN 02DKM17F1097

Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Diploma

Kejuruteraan Mekanikal

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

JUN 2019

Page 3: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

ii

AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK

TAJUK : PENYEJUK RUMAH AUTOMATIK

SESI : JUN 2019

1. Kami, 1. MUHAMMAD ZULHILMEY BIN MUHAMMAD RUZINI

(02DKM17F1012)

2. MUHAMMAD AIMAN IZZUDIN BIN ZULKIFPLI (02DKM17F1049)

3. SITI AISYATUL UMAIRAH BINTI ANUAR (02DKM17F1057)

4. ESWAR A/L W. RAJAN (02DKM17F1097)

Adalah pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan

Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, yang

beralamat di Semambu, 25350 Kuantan, Pahang. (Selepas ini dirujuk sebagai

“Politeknik tersebut’)

2. Kami mengakui bahawa ‘Projek tersebut di atas’ dan harta intelek yang ada di dalamnya

adalah hasil karya/ reka cipta asli kami tanpa mengambil atau meniru mana-mana harta intelek daripada pihak-pihak lain.

3. Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek ‘Projek tersebut’ kepada ‘Politeknik

tersebut’ bagi memenuhi keperluan untuk penganugerahan Diploma Kejuruteraan

Mekanikal kepada kami.

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui oleh yang tersebut;

a) MUHAMMAD ZULHILMIEY BIN MUHAMMAD RUZINI ………………….

(No. Kad Pengenalan:- 990419-06-6283) ZULHILMIEY

b) MUHAMMAD AIMAN IZZUDIN BIN ZULKIFPLI …………………. (No. Kad Pengenalan:-920925-06-5267) AIMAN

c) SITI AISYATUL UMAIRAH BINTI ANUAR ………………….

(No. Kad Pengenalan:-991210-06-5604) AISYATUL

d) ESWAR A/L W.RAJAN .…………………

(No. Kad Pengenalan:-991221-01-6867) ESWAR

Di hadapann saya, MOHD RIDHUAN BIN ISMAIL (810710-08-5593) …………….........

Sebagai penyelia projek pada tarikh: …………… MOHD RIDHUAN

Page 4: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

iii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah,bersyukur kehadrat illahi kerana limpah kurnianya dapat juga kami

menyiapkan serta menyelesaikan projek PENYEJUK RUMAH AUTOMATIK ini

sebagai projek semester akhir kumpulan kami. Disini kami ingin mengambil kesempatan

untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan-raka n

dan pensyarah-pensyarah polisas yang banyak memberi bantuan maklumat dan tunjuk

ajar sepanjang kami menyiapkan projek ini. Tanpa kerjasama mereka mungkin

perjalanan projek ini tidak begitu lancar. Antara pensyarah yang turut membantu ialah

penyelia kami iaitu En. Mohd Ridhuan Bin Ismail. Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan

dan rakan-rakan yang banyak memberi idea dan cadangan yang bernas untuk kami

menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan

keluarga kami yang banyak memberi sokongan dan juga turut menyumbang sedikit

banyak dari segi kewangan untuk menjayakan projek akhir kami ini. Pengalaman dan

pengetahuan yang berguna telah diperolehi ini tidak akan disia-siakan dan sedikit

sebanyak akan membantu kami menyiapkan projek ini mengikut perancangan yang telah

dibuat. Akhir sekali, kami memohon maaf jika terdapat kesukaran,masalah dan kesilapan

yang mungkin kami lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja sepanjang kami

menjalani proses menyiapkan projek kami ini. Terima kasih kami ucapkan sekali lagi

kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini sekian terima kasih.

Page 5: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

iv

ABSTRAK

'Penyejuk Rumah Automatik' adalah inovasi mudah yang dapat mengurangkan kos

elektrik dan memaksimumkan keselesaan rumah pendinginan tanpa bergantung kepada

penghawa dingin. Salah satu kelebihan adalah pengurangan bil elektrik dari rm50 hingga

rm1 berdasarkan penggunaan standard udara 1.5hp berbanding dengan sistem ini. Suhu

dan masa boleh ditetapkan mengikut kesesuaian dan keselesaan pengguna sendiri. Alat

ini dapat dihidupkan dengan menggunakan aplikasi dari telefon pintar iaitu eWeLink

yang boleh di dapati di google play store dan Apps Store. Alat ini juga menggunakan

sistem ventilasi rumah untuk pengeluaran haba dari dalam bilik dan siling terus keluar

rumah. Disebabkan alat ini masih didalam prototaip, alat ini telah dibina khas untuk

kegunaan 10x8 kaki sesuai hanya untuk bilik. Alat ini juga mempunyai cara-cara untuk

menghidupkannya iaitu yang pertama muat turun eWeLink di dalam telefon pintar.

Seterusnya, sambungkan telefon pintar pada WIFI serta pastikan lampu pada Sonoff TH16

menyala. Kemudian, pastikan Sonoff TH16 dan telefon pintar disambung menggunakan

WIFI yang sama untuk mengaktifkan alat ini. Setelah itu, masukkan nilai suhu yang

ditetapkan oleh pengguna mengikut keselesaan pengguna rumah. Dengan ini, alat

penyejuk rumah automatik boleh berfungsi dengan baik walaupun pengguna tidak berada

berdekatan kawasan rumah mereka selagi Sonoff TH16 disambungkan dengan WIFI.

Page 6: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

v

ABSTRACT

'PENYEJUK RUMAH AUTOMATIK' is a simple innovation that can reduce

electricity costs and maximize home comfort without relying on air conditioning. One of

the advantages is the reduction of electricity bills from rm50 to rm1 based on standard

1.5hp air usage compared to this system. The temperature and time can be set at the

convenience and convenience of the user. This tool can be turned on by using the

smartphone application eWeLink, which is available in the google play store and the

Apps Store. It also uses the home's ventilation system to remove heat from the room and

the ceiling directly out of the house. Because this tool is still in prototype, it has been

specially designed for use with 10x8 feet suitable for room only. This tool also has ways

to turn it on, the first Download eWeLink in a smartphone. Next, connect your

smartphone to WIFI and make sure the Sonoff TH16 light is on. Then, make sure the

Sonoff TH16 and the smartphone are connected using the same WIFI to activate this tool.

Next, enter the user-defined temperature value according to the convenience of the home

user. With this, automatic home coolers can work well even when the user is not near

their home while the Sonoff TH16 is connected to WIFI.

Page 7: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

vi

SENARAI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

PERAKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

SENARAI KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH xix

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.1.1 Penyataan Masalah 2

1.1.2 Objektif Kajian 2

1.1.3 Skop Kajian 2

1.1.4 Kepentingan Kajian 3

1.1.5 Kesimpulan 3

BAB 2 KAJIAN LITERATURE 4

2.1 Pendahuluan 4

2.1.1 Pemindahan Haba 6

2.1.2 Loteng 7

2.1.3 Turbin Ventilator 8

2.1.4 Siling 9

2.1.5 Kipas Ekzos 10

2.1.6 Sonoff 11

2.2 Kajian Terdahulu 13

Page 8: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

vii

2.2.1 Kajian Terdahulu 1: Kipas Angin 13

2.2.2 Kajian Terdahulu 2: Penghawa Dingin 15

2.2.3 Kajian Terdahulu 3: Air Cooler 17

2.2.4 Kajian Terdahulu 4: Kajian Altenatif Mengurangkan Suhu

Rumah Beratap Zink Di Waktu Tengahari 18

2.3 Kesimpulan 19

BAB 3 METODOLOGI 20

3.1 Pengenalan 20

3.2 Carta Alir 21

3.3 Konsep Kerja Primier 22

3.4 Kesimpulan 30

BAB 4 HASIL DAPATAN 31

4.1 Pengenalan 31

4.2 Spesifikasi Terhadap Kajian Yang Dijalankan 32

4.3 Kajian Terhadap Sonoffth16 32

4.4 Kajian Terhadap Turbin Ventilator 33

4.5 Hasil Dapatan Kajian 34

4.6 Kesimpulan 36

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 37

5.1 Pengenalan 37

5.2 Perbincangan 37

5.3 Cadangan 38

5.4 Kesimpulan 38

RUJUKAN 39

Page 9: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

viii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Pemilihan barang dan kos 28

2.1 Hasil dapatan hari pertama 33

2.2 Hasil dapatan hari kedua 33

2.3 Hasil dapatan hari ketiga 34

Page 10: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

ix

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku

diloteng

7

2.2 Sonoff slamper 11

2.3 Sonoff power 11

2.4 Sonoff temperature & humidity monitoring 13

3.1 Carta alir

3.2 Rekabentuk 1 24

3.3 Rekabentuk 2 25

3.4 Rekabentuk 3 26

3.5 Rekabentuk 4 27

4.1 Lakaran sebenar menggunakkan inventor 31

Page 11: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

x

SENARAI SIMBOL

SIMBOL

Page 12: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

xi

SENARAI SINGKATAN

Page 13: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Pada ketika musim panas ini, cuaca di skawasan kuantan semakin meningkat.

Terutamanya sekarang sedang mengalami cuaca panas yang melampau sehingga suhu

mencapai 38 darjah celcius dan perkara ini boleh menyebabkan terjadinya strok haba

ketika terdedah di kawasan yang panas.

Disebabkan oleh perkara ini masyarakat lebih selesa berada di dalam rumah

berbanding berada di luar rumah kerana cuaca yang panas dan tidak menentu. Namun

keadaan didalam rumah juga menjadi panas kerana haba yang terperap didalam rumah.

Perkara ini terjadi kerana di dalam rumah tidak mempunyai pengudaraan yang baik tanpa

pengaliran udara yang baik, haba panas akan terkumpul di waktu siang dan boleh

berpanjangan ke waktu malam menyebabkan rasa rimas dan tidak selesa.

Oleh sebab perkara ini ramai yang memasang kipas yang banyak didalam dan di

setiap bilik ada juga yang memasang penghawa dingin di dalam rumah mereka untuk

memastikan keaadan kekal sejuk dan lebih selesa ketika berada di dalam rumah mereka.

Namun memasang penghawa dingin secara berterusan boleh menyebabkan kos bil

elektrik akan meningkat. Maka alat ini di cipta tanpa memerlukan penggunaa bil elektrik

yang tinggi.

Page 14: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

2

1.1.1 Penyataan Masalah

1. Keselesaan kos: Kini aircond adalah suatu keharusan untuk digunakan oleh setiap

pemilik rumah untuk menikmati keselesaan. Tetapi kos pemasangan dan

penyelenggaraan mahal dan boleh menjadi membe bankan kepada pemilik rumah

terutamanya kepada kumpulan B40. Kos bil elektrik bulanan juga akan

meningkat.

2. Go Green: Airconditoning boleh menyebabkan pengurangan lapisan ozon dan gas

yang dilepaskan boleh menjadi lingkungan polutan.

3. Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di rumah atau ruang bumbung

yang menyebabkan panas pada waktu malam.

1.1.2 Objektif Kajian

1. Reka bentuk sistem penyejukan rumah menggunakan konsep bolong

2. Bina sistem penyejukan rumah menggunakan sensor suhu, kipas pengudaraan dan

bumbung.

3. Uji sistem penyejukan rumah pada pengurangan kos suhu dan elektrik.

1.1.3 Skop Kajian

Dalam menghasilkan alat ini kami telah menyediakan beberapa skop, antaranya ialah:

a) Menggunakan Sonoff TH16 sebagai switch untuk menghidupkan kipas

b) Sonoff TH16 akan menghidupkan Penyejuk Rumah Automatik mengikut suhu

dan masa yang akan di tetapkan.

c) Dibina khas di loteng tetapi pada skala yangg telah ditetapkan iaitu 5x4x5 kaki

Page 15: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

3

1.1.4 Kepentingan Kajian

Dunia semakin membangun dan pelbagai alatan berteknologi tinggi telah dicipta

bagi meminimumkan tenaga, masa dan kerja manusia. Sebagai contoh ialah Penyejuk

Rumah Automatik yang akan memaksimumkan tenaga, masa dan kerja manusia kerana

dengan menetapkan masa dan suhu sahaja ianya akan terbuka secara automatic tanpa

menunggu lama dan tidak perlu untuk meyelaraskan suhu dan masa yang di inginkan

banyak kali.

1.1.5 Kesimpulan

Dalam bab ini ialah dapat mengenalpasti masalah yang dilalui oleh penghuni di

dalam rumah yang berkaitan dengan haba panas yang terperangkap di dalam siling

rumah. Seterusnya, objektif projek ini ialah untuk mengurangkan tenaga kerja dan masa

pengguna dan lebih memudahkan kerana ianya dihidupkan secara automatik.

Page 16: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

BAB 2

KAJIAN LITERATURE

2.1 PENDAHULUAN

Keselesaan ialah suatu penilaian subjektif yang berbeza-beza mengikut persepsi

seseorang. keselesaan lazimnya merujuk kepada empat faktor iaitu suhu, pendengaran,

pencahayaan dan kualiti udara. Keselesaan termal khususnya merujuk kepada aspek

pengkajian tentang refleks tubuh badan manusia terhadap kesan iklim (zulkifli hanafi,

1999). Fanger, p (1973), menyatakan dari sudut fahaman subjektif, keselesaan termal

wujud daripada keseimbangan faktor psikologi, biologi, fizikal dan fisiologi.

Apabila membincangkan berkenaan termal, ianya melibatkan reaksi sistem dalam

badan manusia terhadap perubahan suhu sama ada dalam badan mahupun suhu

persekitaran. Trost J (1999), juga menyatakan bahawa keselesaan fizikal (tubuh badan

manusia) memerlukan pembuangan haba badan bagi mengelakkan implaksi overheat

manusia normal memerlukan suhu badan pada takat suhu 37°c bagi memastikan sistem

dalam badan manusia berjalan secara normal. Zulkifli hanafi (1999), pula menyatakan

proses pertukaran haba antara badan manusia dan persekitaran melalui sinaran/pancaran

(45%), perolakan (35%), penyejatan (20%) dan pengaliran (1%). Kebiasaannya,

kajian berkenaan proceeding of the international conference on social science research,

icssr 2013. 4-5 june 2013, penang, malaysia. E-isbn 978-967-11768-1-8. Organized by

worldconferences.net 358 keselesaan termal lebih bermatlamat untuk mewujudkan “zon

selesa” atau julat suhu di mana sebahagian besar penghuninya merasa selesa (angus,

1968).

Page 17: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

5

Dalam konteks sebuah rumah kediamanan, keadaan keselesaan terma dinilai

melalui corak aliran udara dan halaju, taburan suhu dan kualiti udara dalaman. (A.

Stamou, and I Katsiris, 2010). Iklim tertutup yang baik bukan sahaja akan membuat

penghuninya selesa tetapi juga menggalakkan penjimatan tenaga (J.F. Nicol, and M.A.

Humphreys, 2002). Pengudaraan semula jadi menunjukkan bahawa udara dibekalkan dan

dikeluarkan dari ruang dalaman bangunan dengan cara semula jadi. Keberkesanan

pengudaraan semula jadi itu amat bergantung kepada ciri-ciri reka bentuk rumah A. T.

(Balasbaneh, 2010). Pengudaraan semula jadi biasanya ditambah dengan penggunaan

sistem pengudaraan mekanikal seperti kipas siling untuk memberi pengudaraan yang

lebih baik dan itu keadaan keselesaan terma.

Oleh itu, Penyejuk Rumah Automatik dicipta untuk menyejukkan rumah secara

automatik menggunakan sonoff TH16 dan diletakkan di dalam loteng.

Penyejuk Rumah Automatik meggunakan sonoff TH16 dan lain dari alat penyejuk

rumah yang sedia ada kerana ianya mengesan suhu secara automatik dan keluarkan haba

panas yang terkumpul menggunakan kipas ekzos dan turbin ventilator.

Page 18: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

6

2.1.1 Pemindahan Haba

Dalam proses kimia berlaku pemindahan tenaga berbentuk haba. Pemindahan haba

berlaku secara bergabung dengan operasi unit lain seperti pengeringan, penyulingan,

pembakaran dan peruapan. Ia berlaku kerana perbezaan suhu dan haba mengalir dari

bahagian suhu tinggi ke bahagian suhu rendah. Pada asasnya prosess pemindahan haba

terbahagi kepada tiga mekanisme iaitu :

I. Pengaliran

Pengaliran haba adalah satu proses yang mana haba meresap melalui bendalir yang

bergenang. Haba boleh dikonduksikan melalui pepejal , cecair dan gas. Haba di konduksi

melalui pemindahan tenaga gerakan molekul bersebelahan. Tenaga boleh berpindah

melalui electron bebas seperti dalam pepejal logam.

II. Pengolakkan

Pemindahan haba melalui perolakan melibatkan pemindahan haba secara pukal dan

pencampurn unsur makroskopik bahagian panas dengan bahagia sejuk gas atau cecair.

Pemindahan haba melalui perolakan paksaan berlaku apabila cecair dipaksa mengalir

melalui pemukaan pepejal melalui permukaan pepejal menggunakan pam, kipas atau

kaedah mekanikal yang lain. Perolakan semulajadi atau bebas dimana cecair sejuk atau

panas pada permukaan pepejal menyebabkan peredaran (circulation) kerana perbezaan

suhu.

III. Sinaran

Sinaran haba ialah satu proses pemindahan haba yang terjadi daripada jasad ke jasad

yang lain dengan cara pergerakan gelombang electromagnet.

Page 19: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

7

2.1.2 Loteng

Malaysia merupakan sebuah negara tropika, iaitu mengalami musim panas sepanjang

tahun. Oleh itu, Malaysia sentiasa menerima haba panas terutamanya di waktu kemuncak

(tengah hari). Banyak atap rumah menerima haba panas pada waktu tersebut kerana ini

adalah permukaan yang sering terkena radiasi daripada matahari.

Disebabkan itu, penebat diperlukan untuk meminimumkan fluks panas melalui

bumbung ke persekitaran dalam rumah untuk mengurangkan suhu, penggunaan tenaga,

dan memberikan persekitaran yang selesa kepada penghuni rumah. Rajah 2.1 di bawah

menunjukkan mekanisme pemindahan haba di dalam loteng.

Rajah 2.1 mekanisme pemindahan haba yang berlaku di dalam loteng rumah.

Rajah 2.1 menunjukkan bahawa sinaran matahari meyumbang kepada mekanisme

radiasi dimana gelombang pendek dihasilakan, kemudian gelombang pendek diserap dan

meyebabkan genting atap menjadi panas. Sebahagian lagi membentuk radiasi gelombang

panjang hilang dan dibebaskan ke persekitaran luar. Selebihnya pula diserap oleh genting

dan dihantar ke ruang dalam loteng. Haba yang diserap adalah dalam dalam dua bentuk

iaitu radiasi dan konveksi. Seterusnya, haba panas yang diserap oleh permukaan siling

akan menyebabkan permukaan siling menjadi panas dan sekali gus memindahkan haba

panas tersebut ke dalam persekitran rumah

Page 20: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

8

2.1.3 Turbin Ventilator

Turbin Ventilator adalah sejenis kipas ekzos atau kipas bumbung, di mana fungsi

alat ini untuk mengeluarkan udara panas, habuk, dan juga berfungsi sebagai alat

pengudaraan atau peredaran udara. Ventilator Turbin Automatik tidak menggunakan

elektrik, bebas penyelenggaraan, dan boleh bekerja selama 24 jam supaya ia jauh lebih

cekap daripada kipas ekzos dan kipas bumbung.

Turbin Ventilator akan berputar hanya dengan angin yang lemah, tetapi juga boleh

menahan kelajuan angin yang tinggi. Pusaran Turbin Ventilator juga disebabkan oleh

perbezaan tekanan udara di dalam dan di luar bilik, di mana secara semula jadi udara

panas di dalam bilik akan mengalir dan menolak melalui sirip Turbin dan membuat

Turbin Ventilator Secara automatik berputar. Oleh itu ada atau tidak ada angin, ventilator

turbin akan sentiasa berputar untuk menghisap udara panas di dalam bilik.

Page 21: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

9

2.1.4 Siling

Pembinaan siling dibuat di bawah bumbung untuk melindungi kayu – kayu kasau,

beroti gulung – gulung bumbung dan sebagainya. Selain itu, siling juga menghalang haba

panas atau sejuk daripada menembusi bumbung dan seterusnya masuk ke dalam rumah.

Lazimnya bahan yang digunakan untuk membina siling adalah terdiri daripada kepingan

papan lapis (plywood), kepingan asbestos, papan serpih, papan jalur,papan fiber keluli

dan lain – lain lagi.

Siling boleh dibina dibawah bumbung curam, rata atau dibawah lantai konkrit.

Pembinaanya juga boleh dilakukan secara mendatar atau mengikut curam bumbung. Pada

amnya, terdapat dua jenis sistem pembinaan siling yang sering digunakan iaitu siling

tetap dan siling gantung.

Siling tetap ialah siling yang tidak boleh diubah dan kedudukannya tetap. Ianya

dibina mendatar atau mengikut curam bumbung gelegar dan penjarak siling disokong

oleh tembok atau tiang. Pembinaanya adalah kukuh dan papan siling dipaku pada gelegar

daripada bawah. Gypsum board dan fibrous siling adalah salah satu daripada siling tetap.

Siling gantung adalah siling yang dibina dengansistem pengantungan menggunakan

dawai ataupun suspension rod penyanga. Siling ini tidak menerima sokongan daripada

dinding dan dikenali sebagai dinding palsu.

Page 22: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

10

2.1.5 Kipas Ekzos

Kipas ekzos berfungsi untuk mengeluarkan udara di dalam suatu tempat atau bilik

untuk dilepaskan ke luar, dan pada masa yang sama menarik udara segar di luar ke dalam

bilik. Di samping itu, kipas ekzos juga boleh menyesuaikan jumlah udara yang akan

diedarkan di dalam ruang. Untuk kekal sihat, bilik memerlukan peredaran udara supaya

sentiasa ada perubahan udara di dalam bilik dengan udara segar dari luar bilik. Kipas

ekzos adalah satu jenis kipas yang digunakan untuk peredaran udara di dalam bilik atau

rumah. Oleh itu, meletakkannya di antara dalaman dan luaran. Kipas ekzos jenis kipas,

digunakan secara meluas kerana ia boleh membuat bilik sejuk tanpa penghawa dingin.

Walaubagaimana pun, menggunakan penghawa dingin juga mesti memasang kipas

ekzos, untuk mengurangkan kelembapan di dalam bilik. Dalam memilih kipas ekzos,

perkara pertama yang perlu diperhatikan ialah kawasan bilik. Kemudian ketahui fungsi

bilik juga. Sebagai contoh, bilik kerja saya sebenarnya berfungsi sebagai bilik merokok.

Selepas itu, hanya pilih kipas ekzos dengan spesifikasi yang sesuai dengan kawasan dan

fungsi bilik.

Spesifikasi kipas ekzos yang perlu dipertimbangkan termasuk:

a) Penggunaan elektrik (watt).

Laraskan kuasa sambungan elektrik kami. Sekiranya terlalu besar, kadang-kadang ia

akan hancur.

b) RPM adalah putaran per minit atau putaran kipas setiap minit.

Semakin tinggi RPM, semakin cepat kipas ekzos menarik udara. Bunyi kebisingan

atau kebisingan bunyi kipas ekzos dalam desibel (db).

Page 23: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

11

c) Air Volume

Air volume atau jumlah udara ialah jumlah udara yang boleh ditarik oleh kipas ekzos.

Jumlah udara biasanya ditulis dalam unit CMM (meter padu per minit) atau CMH (meter

padu per jam).

2.1.6 Sonoff

Sonoff Ini adalah salah satu daripada modul yang digunakan dalam aplikasi rumah

pintar (rumah pintar). Modul ini adalah suis pintar yang dilengkapi dengan sambungan

WIFI. Oleh itu, modul ini juga dikategorikan sebagai peranti IOT atau Internet Perkara.

Sonoff menghantar data ke awan melalui penghala wifi yang membolehkan

mengawal semua peralatan dengan bantuan aplikasi eWeLink pada telefon. Aplikasi

eWeLink boleh dimuat turun di AppStore dan Google Play.Terdapat beberapa jenis sonoff

yang biasa digunakan antaranya sonoff slampher untuk mengakses lampu, sonoff power

untuk mengawal alat kawalan jauh dan mengawal penggunaan tenaga. Seterusnya ialah

sonoff Temperature & Humidity monitoring yang menetapkan pengawalan suhu dan

kelembapan.

i) SONOFF SLAMPHER

Rajah 2.1 sonoff slampher

Rajah 2.1 menunjukkan gambar dan komponen dalaman Sonoff Slampher yang

biasa digunakan pada lampu dan sebagainya.

Page 24: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

12

ii) SONOFF POWER

Rajah 2.2 Sonoff Power

Rajah 2.2 menunjukkan gambar dan komponen sonoff power yang biasanya

digunakan pada alat pengawalan kuasa.

iii) SONOFF TEMPERATURE & HUMIDITY MONITORING

Rajah 2.3 Sonoff Temperature & Humandity Monitoring

Rajah 2.3 menunjukkan gambar dan komponen sonoff TH16 yang biasa digunakan

untuk menetapkan pengawalan suhu.

Page 25: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

13

2.2 KAJIAN TERDAHULU

2.2.1 Kajian Terdahulu 1: Kipas Angin

Kipas angin adalah salah satu alat penyejuk rumah yang sering digunakan oleh orang

awam, malah di seluruh dunia, yang menggunakan motor sebagai daya penggerak sebagai

penjana angin. Walaupun penyaman udara telah ditemui, kipas masih digunakan, selain

daripada murah, penyelenggaraan dan peningkatan itu lebih mudah, kita juga boleh

memperbaikinya.

i. Bahagian Utama Kipas Angin ialah:

a) Motor Pengerak

Jenis motor elektrik yang digunakan adalah motor induksi kolam yang dibayangi,

kerana jenis motor ini mempunyai litar pintas yang melekat pada separuh tiang. Tiang ini

boleh menyebabkan tiang bayangan. Pemutar adalah jenis pemutar sangkar.

b) Bahagian bilah kipas

Bilah ialah bahagian yang berputar dan satu batang dengan pemutar motor. Bilah

kipas dilindungi oleh kipas angin berbentuk seperti grid atau trident.

c) Rumah-rumah bermotor

Rumah motor adalah tempat untuk meletakkan motor dan komponen lain dan dibuat

dari bahan ebonite.

Page 26: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

14

d) Stand kipas

Alat ini adalah untuk meletakkan kipas pemacu dan pemutar, dilengkapi butang

alat / kelajuan kawalan dan butang on / off motor.

i) Kebaikan:

a) harga yang murah

b) Mudah di selengara

c) Boleh dibawa kemana – mana

ii) Keburukan:

a) Cepat rosak

b) Menyejukkan kawasan yang kecil

Page 27: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

15

2.2.2 Kajian Terdahulu 2: Penghawa Dingin

Pendingin hawa ialah suatu sistem atau mesin yang mengeluarkan udara secara

tetap, biasanya di kawasan tertutup melalui kitaran penyejukan, di mana udara yang lebih

hangat akan disingkirkan dan digantikan dengan udara yang lebih sejuk lembap.

Dalam pembinaan, suatu sistem pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara

dirujuk sebagai HVAC. Sama ada di rumah, pejabat atau kenderaan, tujuan penyaman

udara adalah untuk memberi keselesaan dengan mengubah ciri udara biasanya melalui

penyejukan udara di dalam.

Dalam kitaran ini, haba dipindahkan dari suatu lokasi bersuhu sejuk kepada suatu

kawasan yang lebih panas menggunakan suatu bahan penyejuk (refrigerant) agar ia

bergerak ke arah yang berlawanan. Bahan penyejuk ini dialirkan masuk ke dalam

pemampat di mana suhu dan tekanan bahan tersebut dinaikkan sebelum ia dialirkan ke

penyejat, Udara bergerak melalui penyejat ini lalu tersejat menjadi bentuk cecair,

menyingkirkan haba dari sistem lalu haba tersebut dibawa keluar ke persekitaran luar.

Penyingkiran haba juga dapat ditingkatkan dengan melalukan air melalui lingkaran

penyejat lalu cecair penyejuk disejukkan lagi apabila mengena injap tersebut.

Bahan penyejuk yang masih panas ini kemudiannya dialirkan melalui injap

pengembangan yang sangat kecil, lalu mengalami pengurangan tekanan yang mendadak.

Penyejatan kilat (flash evaporation) sebahagian cecair penyejuk ini menyebabkan

pengurangan suhu dengan ketara. Bahan penyejuk dilalukan ke penyejat yang ditiupkan

angin panas melaluinya, lalu cecair penyejuk tersejat sekali menurunkan suhu udara

angin. Angin yang disejukkan ini seterusnya dipam masuk ke dalam bilik. Wap bahan

penyejuk disalurkan kembali ke dalam penebat untuk melengkapkan kitara penyejukan.

Bahagian penyejukan dan penyejatan dalam sistem dipisahkan agar kedua-dua

proses ini berada dalam keadaan cekap, dan setiap bahagian ini harus mempunyai sistem

pengaliran udara yang tersendiri (sama ada udara yang panas mahupun sejuk).

Page 28: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

16

i) kebaikkan:

a) Menyejukkan tempat yang luas

b) Tidak memerlukan saluran udara

c) Tidak memerlukan kerja kerja perpaipan

ii) keburukkan:

a) Boleh memudaratkan kesihatan

b) Perlu diselenggara

c) Kuantiti udara telah ditetapkan

Page 29: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

17

2.2.3 Kajian Terdahulu 3: Air Cooler

Air cooler adalah peranti elektronik yang berfungsi sebagai penghawa dingin, yang

juga boleh melembapkan udara melalui proses penyejatan. Sejuk udara boleh

menyejukkan udara, dan mengurangkan suhu udara hingga kira-kira 5 ° Celcius.

Air cooler mempunyai saiz yang kecil, dan umumnya mempunyai roda. Supaya

pendingin udara mempunyai tahap mobiliti yang tinggi, dan menjadikan alat ini mudah

untuk bergerak dan dibawa ke mana-mana.

Di dalam air cooler udara panas disedut melalui belakang air cooler menggunakan

kipas. Kemudian udara panas ini bersentuhan langsung dengan air yang berada di media

penyejuk di air cooler. Akibatnya, udara panas menyerap zarah air.

Jumlah air yang diserap bergantung kepada tahap kelembapan atau kandungan zarah

air di udara. Di sinilah proses penyejukan udara berlaku melalui penyejatan atau biasa

dipanggil penyejatan penyejatannya.

Di mana molekul air berubah menjadi molekul gas, dan pertukaran tenaga berlaku.

Maksudnya, tenaga panas di udara digunakan oleh zarah air kerana bahan bakar berubah

menjadi zarah gas. Sehingga suhu udara panas menurun, dan suhu udara yang dihasilkan

oleh udara sejuk menjadi lebih sejuk.

i) Kebaikkan:

a) Dapat menyejukkan kawasan persekitaran tanpa mengeringkan kulit

b) Senang dibawa kemana – mana kerana mempunyai roda

c) Menjimatkan elektrik

ii) Keburukan:

a) Perlu menambah air untuk mengekuarkan udara sejuk

b) Tidak menyejukkan kawasan yang luas

Page 30: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

18

2.2.4 Kajian Terdahulu 4: Kajian Altenatif Mengurangkan Suhu Rumah

Beratap Zink Di Waktu Tengahari

Sifat atap zink sebagai pengalir haba yang baik menyebabkan sesebuah rumah itu

cepat sejuk dan cepat panas serentak dengan suhu di luar rumah. Oleh itu air

mampu berfungsi sebagai medium yang dapat mengimbangi kadar perubahan suhu

yang terlalu cepat supaya melewatkan panas jika suhu luar semakin panas dan

mengekalkan cuaca sejuk jika hujan berterusan. Situasi ini membantu menurunkan

suhu di dalam rumah. Walaupun pemasangan siling boleh menjadi satu cara yang baik

namun kadangkala ia tidak mencukupi untuk mengubah suhu dalam rumah ke tahap yang

dikehendaki oleh isi rumah. Justeru itu, kajian alternatif untuk membantu mengatasi

masalah ini adalah dengan menggunakan kitaran semula air tadahan sebagai agen

penyejuk yang dialirkan ke atas atap zink di waktu panas tengahari. Kaedah ini

dilakukan dengan menyedut air tadahan naik ke atas bumbung rumah menggunakan

pam dan mengalir turun dalam bentuk curahan air yang meratai atap zink ke dalam

bekas tadahan air. Sebelum air tersebut dikitar semula, air panas akibat dari cahaya

matahari yang memanaskan zink akan melalui kotak kipas penyejuk yang berfungsi

sebagai agen penyejuk air yang membantu menurunkan kadar suhu air. Ujian

dilakukan dari 11.00 pagi hingga 3.00 petang dengan mencerap bacaan suhu di dua

lokasi bilik rumah yang salah satunya menggunakan curahan air kitaran. Keputusan

mendapati kaedah ini dapat menurunkan kadar suhu dalam rumah sehingga 6ºC.

i) Kebaikan:

a) Tidak menggunakan tenaga elektrik

b) Menyejukkan setiap kawasan didalam rumah

ii) Keburukan:

a) Jika rosak susah untuk diselenggara

Page 31: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

19

2.3 KESIMPULAN

Melalui kajian yang telah dilakukan, bab ini menerangkan dan menjelaskan semua

fungsi kerja dan cara kerja setiap komponen. Kajian terdahulu juga telah dilakukan dan

menerangkan beberapa unsur asal tentang projek ini.

Page 32: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metodologi merupakan kaedah-kaedah atau aturcara yang digunakan bagi

melaksanakan projek secara terperinci. Langkah - langkah ini amat penting dalam

melaksanakan projek ini bagi memastikan projek ini berjaya disiapkan pada masa yang

telah ditetapkan.Metodologi berkait rapat dengan kaedah-kaedah serta penggunaan carta

alir untuk menunjukan perjalanan sesuatu projek yang dilakukan sepanjang temopoh

projek dilaksanakan.

Dalam penghasilan sesuatu projek, beberapa langkah yang perlu dilalui sebelum

projek berkenaan siap.langkah-langkah ini perlu dilakukan dengan penuh ketelitian agar

dapat menghasilkan sesuatu projek yang bermutu tinggi dan berkualiti.

Penyejuk Rumah Automatik ini di cipta berdasarkan kajian yang telah dilakukan

pada beberapa alatan penyejuk rumah yang lain. Penyejuk Rumah Automatik ialah alatan

penyejuk rumah yang akan dihidupkan menggunakan Sonoff Temperature & humadity

monitoring/TH16. Sonoff TH16 akan menghidupkan alat ini apabila bacaan suhu dan

masa didalam rumah berada pada tahap yang akan ditetapkan.

Page 33: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

21

3.2 CARTA ALIR

Proses rekabentuk yang dilakukan mengikut langkah-langkah yang sepatutnya

dilakukan mengikut turutan agar tidak berlaku pesongan di mana terdapatnya jalan

kerja yang tertinggal atau tidak dilaksanakan. Proses ini disusun dalam bentuk

gambarajah seperti berikut:

tidak

ya

Mula

Penyataan masalah

Rekabentuk

Rekabentuk 1 Rekabentuk 2 Rekabentuk 3

Pemilihan idea

Pemilihan bahan

Penghasilan awal produk

pengujian

Pengubahsuaian

Pemasangan

Tamat

siap

Page 34: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

22

Rajah 3.1 Carta Alir

Rajah 3.1 menerangkan pada permulaan perbincangan untuk memilih tajuk projek.

Pemilihan projek ini, berdasarkan permasalahan yang berlaku di persekitaran yang

mendatangkan kepayahan atau kesusahan pada seseorang. Selepas banyak idea yang

diperkenalkan dan dibincangkan dengan penyelia. Selepas itu, mencari skop dan objektif

daripada penghasilan projek. Skop dan onjektif ini, berdasarkan permasalahan yang

berlaku. Perbentangan projek satu melibatkan beberapa perkara iaitu pengenala nprojek,

skop, objektif, pernyataan masalah, kajian literatur, metodologi, lukisan berbantu

komputer dan lain-lain. Selepas projek diluluskan atau diterima, pelaksanaan aktiviti

projek seperti proses merekabentuk dibuat untuk penghasilan projek. Apabila projek telah

siap, semakan projek dilakukan oleh penyelia supaya projek yang dilakukan berfungsi

seperti yang dirancangkan. Penghasilan laporan projek untuk menganalisis data-data

yang terdapat pada projek yang diciptakan. Selepas penghasilan ini, pembentangan kedua

diadakan untuk mengetahui tentang pelaksanaan projek dan penilaian projek. Penyerahan

projek dan laporan akhir adalah proses akhir selepas pembentangan diadakan.

3.3 KONSEP KERJA PRIMIER

Konsep kerja PRIME merangkumi lima fasa iaitu penyataan masalah, untuk

mengenal pasti masalah sesuatu kajian. Seterusnya, penyelidikan untuk membuat

penyelidikan produk terdahulu . Inovasi adalah naik taraf daripada produk terdahulu.

Pengujian dilakukan untuk memastikan produk yang dihasilkan berjaya.

a) PROBLEM STATEMENT (P) (PERNYATAAN MASALAH)

Merujuk kepada permasalahan diatas, kepanasan di rumah sering berlaku ketika

musim panas atau secara langsung pada tengah hari sebagai contohnya pada musim

kemarau .Hal ini menyebabkan pemanasan haba boleh berlaku di dalam rumah ketika

waktu siang mahupon malam . Hal ini berpunca dari udara panas yang terkumpul di

syiling pada waktu petang dan sukar untuk keluar dari rumah. Dengan adanya alat

penyejukan rumah ini pemanasan didalam rumah boleh dikurangkan dan boleh

meningkatkan keselesaan kepada penghuni rumah

Page 35: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

23

Sehubungan itu, alat penyejukan rumah ini sangat diperlukan pada musim kemarau

serta diakui dapat membantu mengeluarkan haba dari rumah dengan pengesan sensor

termistor dari penyenjuk rumah pada suhu yang ditetapkan.

b) RESEARCH (R) (PENYELIDIKAN)

Berdasarkan daripada penyelidikan yang dijalankan, didapati penyejuk rumah

memerlukan modal yang rendah untuk dibeli bagi pengguna.Penyejuk rumah ini juga

dicipta untuk mengeluarkan haba yang terkmpul di antara bahagian syiling rumah dan

atap rumah.Hal ini kerana pemilik rumah inginkan suhu rumah mereka sejuk dan dapat

menjimatkan kos tenaga elektrik.

Rekabentuk serta berat penyejuk rumah ini juga bersaiz besar dan mempunyai bilah

kipas yang ringan. Hal ini kerana bentuknya besar supaya penyejuk rumah ini dapat

mengeluarkan banyak haba yang terkumpul dalam syiling rumah.Selain itu,ia ringan

supaya bilah kipas bergerak lebih cepat dengan kelajuan yang tinggi.

c) INVENTION (I) (PEMBUATAN)

1) PERCAMBAHAN IDEA

Percambahan idea adalah satu teknik perbincangan bagi meningkatkan kreativiti

sesuatu produk. Kaedah ini dijalankan secara berkumpulan di mana idea-idea baru akan

dibincangkan dan idea tersebut dijana ke atas produk tertentu.

i) Analisis Konsep Rekabentuk

Dalam analisis konsep ini, projek ini mengetengahkan konsep dimana untuk

memberi keselesaan kepada pemilik rumah. Dari segi reka bentuk,penyejuk rumah ini

juga dapat membantu mengeluarkan haba yang lebih banyak yang terkumpul dalam

syiling rumah.Dengan itu timbulah satu idea untuk mereka bentuk penyejuk rumah yang

bersaiz besar dan ditambahb baikan dengan menambahkan termorsensor bagi mengesan

haba di dalam rumah.Reka bentuk ini bukanlah satu proses atau aktiviti yang terhasil

secara spontan atau tiba-tiba sebaliknya, ia adalah proses yang memakan masa

berminggu-minggu malah berbulan bulan sebelum ianya membuahkan hasil.Ini

termasuklah proses pemikiran, percubaan dan ujian sehingga terhasil produk yang

diingini.

Page 36: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

24

Rekabentuk 1

Rekabetuk satu berdasarkan kedudukan penyejuk rumah 90 darjah dan dilengkapi

tingkap bidai plastik pvc@roller blind untuk menghalang hujan masuk.Kebanyakan

komponen diperbuat daripada plastik PVC.Antara komponen-komponen utama yang

berada pada penyejuk rumah ialah bilah kipas,bidai plastik pvc@roller blind, sensor

suhu@termostat, dc motor dan besi. Saiz mesin ini iala 5x5 kaki

a) Kelebihan

Antara kelebihan reka bentuk berdasarkan kedudukan penyejuk rumah bentuk 90 darjah

ialah

1) Komponen dalaman tidak terkena air

2) Tahan dari cuaca panas atau hujan

b) Kekurangan

Antara kekurangan menggunakan rekabentuk berdasarkan susunan komponen yang

terdapat pada penyejuk rumah ialah:

1) Mempunyai berat antara 8kg-12kg

Lakaran rekabentuk 1

Rajah 3.2 Rekabentuk 1

Rajah 3.2 menunjukkan rekabentuk 1 yang berada dalam kedudukan exhausted fans

berada di atas bumbung dengan kedudukan 90 darjah.

Page 37: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

25

Rekabentuk 2

Rekabentuk seterusnya pula berdasarkan komponen yang berlainan dan susun atur

yang berbeza daripada rekabentuk sebelumnya. Rekabentuk ini bersudut 45 darjah

condong. Untuk kompenan pula, dilengkapi oleh hidraulik, bingkai tingkap aluminium

dan cermin plastik pvc. Reka bentuk yang menarik dan mudah untuk dibina.

a) Kelebihan

Antara kelebihan mengunakan rekabentuk berdasarkan sudut 45 darjah ialah:

1) Tiada kebocoran pada ruang atap sebagai contoh ketika hujan

2) Pengunaan hidraulik memudahkan pembukaan tingkap ketika pengeluaran udara

panas

b) Kekurangan

Antara kekurangan berdasarkan reka bentuk komponen ialah :

1) Pengunaan kos hidraulik yang mahal

2) Kos penyengaraan yang tinggi jika berlaku kerosakan

Lakaran rekabentuk 2

Rajah 3.3 Rekabentuk 2

Rajah 3.3 menunjukkan kedudukan rekabentuk 2 ialah exhausted fans yang berada di

dalam siling dan berkedudukan 45 darjah condong.

Page 38: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

26

Rekabentuk 3

Reka bentuk seterusnya ialah berkonsepkan bentuk sudut tegak pada bumbung

loteng tetapi ia tidak mempunyai tingkap dan komponen sensor berada di tengah

bahagian loteng. Hal ini untuk mengesan haba yang terkumpul.

a) Kelebihan

Antara kelebihan reka bentuk bersudut tegak ialah:

1) Proses pemasangan yang mudah

2) Kos yang murah dan berbaloi

b) Kekurangan

Antara kekurangan reka bentuk bersudut tegak ialah:

1) Mudah dimasuki air ketika hujan

2) Pengeluaran haba yang lambat

Lakaran rekabentuk 3

Rajah 3.4 Rekabentuk 3

Rajah 3.4 menunjukkan rekabentuk 3 berbentuk sudut tegak dan exhausted fans

terus dilekatkan pada bumbung.

Page 39: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

27

Rekabentuk 4

Rekabentuk 4 ini ialah rekabentuk yang terletak di bahagian tepi loteng dan bersudut

tegak 90 darjah ianya juga mempunyai konsep yang sama dengan rekabentuk 1 tetapi

pada rekabentuk 4 sensor terletak di bahagian tepi kipas

a) Kelebihan

Antara kelebihan rekabentuk yang terletak di bahagian tepi loteng ialah

1) Tahan daripada cuaca panas

2) Tidak merosakkan bumbung rumah

b) Kekurangan

Antara kekurang pada rekabentuk yang terletak di bhagian tepi loteng ialah

1) Boleh terkena air sekiranya berlaku hujan lebat

2) Proses mengesan suhu lambat kerana suhu berada hamper dengan

bahagian luar rumah

Lakaran rekabentuk 4

Rajah 3.5 Rekabentuk 4

Rajah 3.5 menunjukkan rekabentuk 4 yang terletak di bahagian tepi loteng dan

bersudut tegak 90 darjah ianya juga mempunyai konsep yang sama dengan rekabentuk 1

tetapi rekabentuk 4 ini berada pada bahagian tepi bumbung.

Page 40: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

28

1) Pemilihan bahan

Berdasarkan analisis ekonomi oleh sumber rujukan, terdapat dua kos yang terlibat

dalam menentukan jumlah kos iaitu kos tetap dan kos berubah. Kos tetap bermakna

malar,bebas daripada output atau aktiviti peringkat. Contoh-contoh kos seperti cukai

hartanah, insurans,pengurusan dan gaji pentadbiran, bayaran lesen dan kos faedah ke atas

modal yang dipinjam dan sewa atau pajakan.

Kos ini tidak menyumbang kerana dalaman fabrikasi telah digunakan. Sementara

itu, kos berubah bermakna berkadar dengan output atau aktiviti peringkat seperti kos

bahan langsung dan kos buruh langsung. Persamaan untuk menentukan jumlah kos

berdasarkan analisis ekonomi kejuruteraan.

Bil Komponen Bil/saiz

Komponen

Harga

(Rm)

1 Exhausted fan 1 75.00

2 Ventilator 1 50.00

3 Perspek 4 135.00

4 Playwood 1 27.00

5 Baldi 1 15.00

6 Sonoff TH16 wifi smart

switch

1 66.00

7 Bolt nut bracket 1 17.00

Jumlah 385.00

Jadual 3.1 Pemilihan barang dan kos

Page 41: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

29

Jadual 3.1 menunjukkan kos atau perbelanjaan yang diperlukan dalam menjayakan

projek ini. Kos yang dikeluarkan untuk menyiapkan projek ini ialah Rm 385.00.

2) Pembuatan

Pembinaan model adalah bertujuan untuk mengenalpasti atau mendapat gambaran

reka bentuk dan susun atur komponen projek secara visual supaya pemahaman dan

imaginasi tentang reka bentuk system ini dapat menjana idea untuk terus ditambah baik

semaksima yang boleh.Ciri-ciri pemimlihan model yang terbaik mestilah bersesuaian

dengan bentuk dan kedudukan projek ini dengan mengambil kira terlebih dahulu saiznya

yang tidak menggangu langkah kerja pembuatan produk.

c) Modification(M)(Pengubahsuaian)

3) Pengubahsuaian

Untuk menghasilkan projek yang sesuai dan berguna pengubahsuaian perlulah

dilakukan. Pengubahsuaian dilakukan untuk memastikan projek lebih sesuai dan

berguna. Proses pengubahsuaian haruslah dilakukan dengan sempurna untuk mengelak

sebarang sebarang masalah kepada projek.

e) Evaluation (E)(pengujian)

4) Pengujian

Apabila siap reka bentuk, alat perlu diuji bagi mendapatkan keberkesanan

pengeluaran haba tersebut. Ujian terhadap produk yang dicipta ialah dengan

mengenalpasti suhu, motor kipas dan power window.

Page 42: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL JUN 2019 RUMAH... · 2.1 Mekanisme pemindahan haba yang berlaku diloteng 7 2.2 Sonoff slamper 11 ... Panas diserap dan terperangkap sepanjang hari di

30

5) Prosedur Ujilari

Prosedur ujilari adlah proses yang penting untuk dilakukan setelah projek telah siap

dibina. Prosedur ini dilakukan bagi menguji keselamatan ,ketahanan,kecekapan dan lain-

lain bagi sesebuah projek.Langkah-langkah ini perlu dijalankan sebelum dijual ke

pasaran luar.

i. Pastikan keadaan sekeliling selamat

ii. Pastikan bahan projek dalam keadaan selamat untuk proses pengujian dilakukan.

iii. Memastikan semua komponen berfungsi

iv. Mulakan pengujian dengan menghidupkan suis

v. Pengujian dimulakan.

3.4 KESIMPULAN

Kajian metodologi perlulah dikaji terlebih dahulu supaya kajian yang dikaji

mendapat metodologi kajian yang diingini. Metodologi projek ini menunjkkan kaedah

atau pendekatan atau kerangka yang digunakan didalam penyelesaian projek ini, kajian

metodologi menunjukkan kaedah dan pendekatanyang digunakan seperti kaedah

pengumpulan data, carta alir, membuat pemilihan idea, pemilihan kaedah dan dan bahan

pyang terbaik. Seterusnya, kajian metodologi projek ini juga menunjukkan faktor – faktor

yang perlu dipertimbangkandalam pemilihan sesuatu bahan.