JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN Edisi … Falak Jabatan Mufti... · Sejarah Kaedah Penetapan...
Transcript of JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN Edisi … Falak Jabatan Mufti... · Sejarah Kaedah Penetapan...
Edisi Perdana Raya 2015
JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH
www.muf t i .kedah.gov.my
7Kolum PenulisTamu
JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMANAras 3, Bangunan Mahkamah Syariah & Jabatan Mufti,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Mu'adzam Shah,Anak Bukit, 06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel (04) 731 2800 Faks (04) 732 0807 Email [email protected]
10Program Falak BersamaMasyarakat & Pelajar
12Sisipan 2014
17Pengajian KitabTurath
21Falak dan Media
Istimewa
Di Bulan Ini
Edaran Percuma
al-FalakB u l e t i n
BU
LETI
N A
L-FA
LAK
| E
disi
Per
dana
Ray
a 20
15
2
Semoga apa yang disampaikan dan niat baik
ini mendapat keredhaan dan rahmat Allah
SWT. Seterusnya akan melahirkan masyarakat
yang berilmu, bertamadun dan dapat
memartabatkan ilmu yang telah ditinggalkan
ulama terdahulu untuk kita bangkit kembali.
Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat
Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
Rayakan Aidilfitri dengan penuh rasa syukur.
Jauhi diri dari melakukan dosa di hari mulia ini.
Penolong EditorNur Jazmina Binti RosliMuhammad Ashraf Bin Jamaluddin
Fotografi & EdaranEn. Shahrul Husni Bin Mohd SaadEn. Abdul Wahab IdrisStaf Jabatan Mufti Negeri Kedah
Pelajar PraktikalMohd Sulhi bin Abd Aziz (USIM)Nur Faizah Binti Kamal (UKM)Nor ‘Afifah Binti Abd Rahman (UKM)
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan
limpah dan kurnia-Nya, Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri
Kedah telah berjaya mengambil inisiatif dalam menerbitkan
Buletin Falak Edisi Perdana Raya 2015. Saya mengambil
kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan tahniah kepada semua kakitangan di Jabatan Mufti
Negeri Kedah yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan penerbitan buletin ini.
Buletin ini adalah salah satu medium dalam memberikan
informasi terkini mengenai aktiviti Bahagian Falak yang
telah dilaksanakan pada tahun 2014 dan 2015. Selain itu,
ia merupakan medan dalam memberi dan menyebarkan
informasi tentang ilmu falak tradisional dan moden serta
memberikan pencerahan kepada masyarakat umum tentang
ilmu-ilmu yang berkaitan astronomi Islam.
DATO’ PADUKA SYEIKH MUHAMAD BADERUDIN BIN HAJI AHMADDHMS., DSDK., BKM.Mufti NegeriKedah Darul Aman
PenaungDato’ Paduka Syeikh Mohamad Baderudin bin Haji Ahmad(DSDK.DHMS, BKM )Mufti Negeri Kedah Darul Aman
PenasihatSyeikh Marwazi bin DziyauddinTimbalan Mufti
Ketua Editor / PengarangSyeikh Mohd Firdaus Bin Mohd KhalilPegawai Falak
Sidang Pengarang
Seuntai Bicara Sahibus Samahah Mufti 2
Muqadimah : Sejarah Permulaan Takwim Hijrah 3
Sejarah Kaedah Penetapan Arah Kiblat di Negeri Kedah 4
Kaedah Permohonan & Penentuan Arah Kiblat 5
Bengkel Penetapan Arah Kiblat 6
Program Falak MSAHD 6
Bengkel Pengendalian Teleskop & Astrofotografi 7
Himpunan Peminat & Pemilik Teleskop 2015 7
Cerapan Gerhana Bulan Penuh 7
Sisipan 2014
Program Falak Bersama Pelajar
Program Cerapan Kota Aur Bersama Maahad Mahmud
Padang Terap 8
Kulminasi Langkawi 8
Program Falak di SMA Darussaadah 8
Program Falak di MMAS 8
Program Falak Bersama Masyarakat
Cerapan di Masjid Lepai 9
Program Falak di Surau Perumahan Polis 9
Program Dalaman Bahagian Falak
Kajian Kiblat Kubur Langkawi 10
Kuliah Tafaquh Ustaz Hanafiah 10
Cerapan Zuhrah Bulan 11
Kuminasi Matahari Pontianak 11
Pengajian Kitab Turath (Sullamun Niyrain)
Media Falak 14
Sinopsis Kitab Turath Falak (Risalah Al-Musimiah
Al-Ahmadiah Li Ahli Az-Zira’ah Al-Wataniah Khususon
Ahli Al-Berlis Wa Al-Qadah) 16
BU
LETI
N A
L-FA
LAK
| E
disi
Per
dana
Ray
a 20
15
3
atau selesai daripada mengerjakan ibadah
haji. Hal ini kerana, ibadah haji dilakukan pada
bulan Zulhijjah. Ia adalah perhimpunan besar-
besaran umat Islam seluruh dunia. Sudah
tentu banyak pengalaman menarik sepanjang
perhimpunan agung yang boleh mencorakkan
keperibadian Muslim dan juga umat Islam
yang lebih baik. Kepulangan mereka ke
kampung halaman masing-masing selalunya
pada bulan Muharam. Mereka kembali pula
dengan keperibadian baru selepas mendapat
pengampunan dosa hasil daripada ibadah
haji. Justeru, ia sangat sesuai dijadikan sebagai
bulan pertama kalendar Islam. Dengan itu,
bermulalah penggunaan tahun hijrah dengan
dijadikan Muharam sebagai bulan pertama,
seterusnya Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir,
Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban,
Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah
sebagai bulan yang ke-12.
Semenjak daripada itu, ia mula menjadi
sandaran umat Islam dalam meneruskan
kelangsungan hidup berdasarkan Takwim
Hijrah atau Takwim Islam. Takwim ini digunakan
secara meluas oleh kebanyakan negara umat
Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam,
sekali gus pencetus kepada penyusunan
takwim berdasarkan falak syarii.
iaitu setiap kali surat sampai pada kami, ia
tidak mempunyai tahu. Kami tidak pasti bilakah
ianya dihantar kepada kami. Lantaran itu,
Sayidina Umar menjemput para sahabat untuk
membincangkan tentang penentuan tahun.
Mereka bersetuju bahawa penentuan tahun
perlu dibuat berdasarkan peristiwa besar yang
berlaku. Persoalannya ialah, apakah peristiwa
yang boleh dijadikan asas kalendar Islam?
Beberapa cadangan telah diberikan, antaranya
ialah berasaskan tarikh kelahiran Nabi SAW atau
berasaskan tahun kenabian Rasulullah SAW
atau berasaskan tarikh kewafatan Rasulullah
SAW. Namun, Sayidina Umar bersetuju
dengan tahun penghijrahan Rasulullah SAW
sebagai asas bermulanya penggunaan tahun
hijrah dengan hujah hijrah itu membezakan
antara kebenaran dan kebatilan. Dengan itu,
diisytiharkan peristiwa hijrah sebagai asas
permulaan pengiraan tahun hijrah bagi umat
Islam. Tahun perbincangan itu telah berlaku
pada 17 tahun selepas berlakunya hijrah
Rasulullah SAW, ini bererti ia merupakan tahun
17 Hijrah.
Seterusnya, timbul pula persoalan tentang
bulan manakah yang akan dimulakan tahun
hijrah. Dalam hal ini, beberapa pandangan
telah dilontarkan oleh kalangan sahabat.
Antaranya adalah bulan Ramadhan, Syawal
dan Muharam. Sayidina Umar pula memilih
bulan Muharram dengan hujah bahawa bulan
Muharam adalah bulan orang ramai bersurai.
Dengan maksud lain, orang ramai mula bersurai
Penggunaan takwim hijrah bermula selepas
kewafatan Rasulullah SAW. Permulaan takwin
bermula pada 17H sewaktu pemerintahaan
Khalifah Islam Kedua iaitu Sayyidina Umar Al-
Khattab. Sebelum zaman itu, mereka hanya
menggunapakai hari dan bulan sahaja tanpa
disebut tahun. Bulan yang telah digunaakan
sejak zaman Rasulullah SAW iaitu Muharam,
Safar, Rabiul Awwal, Rabiul Akhir, Jamadil
Awwal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban,
Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah.
Penentuan hari dikira mengikut bulan yang
timbul pada malam hari.
Sebelum kemunculan Takwim Islam ini, di
kalangan bangsa Arab sudah menggunakan
pelbagai jenis takwin seperti kalender Tahun
Gajah, Kalender Persia, Kalender Romawi
dan kalender-kalender lain yang berasal dari
peristiwa- peristiwa besar yang berlaku pada
zaman jahiliyyah.
Abu Nuaim Al-Asbahani ada meriwayatkan dua
kisah tentang sejarah penggunaan tahun pada
zaman Sayyidina Umar. Dalam satu riwayat, ia
menyebut tentang satu dokumen kewangan
bertulis padanya bulan Syaaban sahaj tanpa
menyebut tahun. Lalu timbul pertanyaan
dalam diri Sayyidina Umar, Ini Syaaban bila?
Adakah yang baru ataupun sebelumnya?
Satu lagi riwayat menyebut bahawa ada di
kalangan gabenor wilayah Islam pada zaman
Sayidina Umar telah mengadu kepada beliau
Oleh : Syeikh Mohd Firdaus Bin Mohd Khalil Pegawai Falak Jabatan Mufti Kedah
MUQADIMAH :
S E J A R A H P E R M U L A A NTAKWIM HIJRAH
BU
LETI
N A
L-FA
LAK
| E
disi
Per
dana
Ray
a 20
15
4
Sejarah Kaedah PenetapanArah Kiblat di Negeri Kedah
Oleh : Ustaz Mohd Isa Bin Abdul Rahman Pegawai Pengurusan Masjid Negeri Kedah ( JHEAIK)
Kaedah ini adalah dinamakan Tongkat Istiwa di samping alat
Rubu’Mujayyab. Titik-titik yang ditandakan itu adalah bagi mendapatkan
arah timur dan arah barat (arah naik matahari dan jatuh matahari).
Kemudian dari arah itulah didapati arah utara. Rubu’ digunakan bagi
mengukur sudut jatuh matahari . Manakala tali yang direntangkan
itu adalah sebagai penanda arah kiblat yang telah didapati. Kayu akan
dipacak mengkut arah tali tersebut dan bangunan yang bakal didirikan
kemudian adalah mengikut arah kayu yang telah dipacak.
Sekitar tahun 1960an masyarakat Islam di negeri Kedah menggunakan
kompas yang dibekalkan oleh Majlis Agama kepada Qadi-qadi Daerah.
Cara melaksanakannya ialah dengan cara menggunakan sebuah rajah
seperti dibawah:
Rajah lakaran arah ke Kaabah dengan azimuth 291º
Gambar kompas yang dimaksudkan
Sekitar tahun 1950an masyarakat Islam di Kedah menggunakan kaedah
tongkat istiwa untuk menandakan arah kiblat. Hal ini diterangkan oleh
Ali Ahmad sseorang ahli falak terkenal di negeri Kedah sebagai berkata:
” depa pakat-pakat tunggu dari pagi sampai petang atas tanah lapang
yang nak buat surau masjid tu. Depa lukih bulatan ataih tanah, pacak kayu
betui satu tengah-tengah bulatan tu. Biasanya lukih ataih kertas kerana
senang lipat bila nak dapat sudut tepat nanti, atau ada jugak yang hentam
lukih ataih tanah saja. Lepas tu depa tunggu matahati bergerak sikit-sikt
depa tanda sampai la petang lepas tu bila depa dah dapat arah barat, depa
pakai tetap dengan ambik arah berat sebelah kanan sikit dari tempat jatuh
matahari, macam tuu saja..”
(Wawancara, Ali Ahmad, 12 Ogos 2007)
Kaedah ini menjadi popular sekitar tahun 1950an sehingga awal 1960an.
Ia dilakukan oleh golongan ahli falak dan Qadi Daerah yang mempunyai
kepakaran dalam ilmu falak. Salah satu kaedah lain yang digunakan
oleh masyarakat Islam pada masa itu juga ialah Kompas Gala. Hal ini
diterangkan juga oleh Ali Ahmad sebagai berikut:
” kompas gala ni dia ada tanda warna hitam putih dan apa-apa warna nak
bagi senang cam arah. Depa mai ke Masjid Zahir, buka kompas gala tu dan
ambik cam arah kiblat masjid zahir lepas tanda depa bawak balik ke tempat
nak buat masjid surau di kampung depa dan pakai tanda ikut kompas gala
tu. Kompas tu hanya tunjuk utara saja...Masjid Zahir tu asainya Pak Wan
Seleman (Haji Wan Sulaiman Sidik- 1874-1935 Syaikhul Islam Kedah) yang
buat tanda aghah kiblat...”
(Wawancara, Ali Ahmad, 12 Ogos 2007)
Kompas Gala adalah merupakan alat yang moden dalam era itu. Arah
kiblatnya adalah merujuk kepada arah kiblat Masjid Zahir. Ia boleh
digunakan oleh sesiapa sahaja walaupun tidak mempunyai kepakaran
dalam bidang falak sekalipun.
Penetapan arah kiblat sekitar akhir 1960an sehingga 1970an mula
dilaksanakan oleh Qadi Daerah dengan menggunakan kombinasi
tongkat Istiwa dan dibantu dengan “rubu’ mujayyab”. Abd.Halim bekas
Qadi Besar dan mantan Yang Dipertua Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Kedah menerangkan hal ini dengan katanya :
” ana turun sendiri pi tempat nak buat kiblat, lepaih baca doa lebih kurang
kita mula lukih bulatan dan pacak kayu tengah tunggu matahari masuk
dalam kawasan bulatan dan buat tanda sampai matahari keluaq balik
masa petang dan buat tanda. Bila dah dapat arah timuq barat, baru kita
cari utara selatan dan pakai rubu’ mujayyab dengan ambik sudut 22 1/3
dalam rubu’...lepaih tu sughuh depa pasang tali dan pacak ikut arah rubu’
tuuu...”
(Wawancara, Abd.Halim, 10 Julai 2007)
Abd.Halim,(2007) menerangkan cara-cara kompas ini dikendalikan dan
operasi penandaan arah kiblat dilakukan dengan katanya:
” ..orang yang bagi rajah tu nama dia Syeikh Hamzah, qadi yang lama
bertugas di Kota Staq masa tu. Kompas tu pejabat yang bagi, nak bagi
senang pi buat kiblat surau masjid dalam daerah. Masa tu tak banyak
sangat surau masjid baru nak buat selang tujuh lapan bulan sebiji surau ,
ada masa sampai setahun sebiji dua saja. Cara dia ambik rajah tu letak atas
tanah, tempat yang nak buat surau atau masjid tu, kemudian letak kompas
tu atas rajah dan pusing rajah tu bagi tunjuk arah utara biaq sama dengan
utara kompas. Arah 291º adalah arah kiblat dan pulas skru tepi kompas
nak bagi samarata badan kompas tu supaya dapat kedudukan kiblat yang
tepat. Kompas tu ada 2 gelembong air. Lepas tu maka gerak rajah dengan
cermat dan perlahan-lahan rajah tersebut agar menyamai kedudukan
utara dalam rajah dengan kedudukan utara dalam kompas tu sama. Tarik
tali panjang melintaih atas arah kiblat tu dan pacak kayu memanajang
didepan dan dibelakang. Arah yang ditunjukkan oleh anak panah ke arah
gambar Kaabah itulah arah kiblat tempat berkenaan.”
(Wawancara, Abd.Halim, 2007)
BU
LETI
N A
L-FA
LAK
| E
disi
Per
dana
Ray
a 20
15
5
Penandaan arah kiblat menggunakan kaedah
ini adalah dilakukan dengan di saksikan
oleh Qadi Daerah di tempat berkenaan.
Menurut Abd.Halim (2007), kebanyakan Qadi
Daerah dalam era tahun 1960an dibekalkan
dengan sedikit kemahiran dalam selok belok
penandaan arah kiblat sebelum dilantik
menjawat jawatan tersebut oleh Majlis Agama
Islam Kedah. Justeru, masyarakat lebih yakin
dengan setiap penandaan arah kiblat yang di
sahkan oleh mereka.
Kaedah ini mudah dan ringkas. Ia boleh
diaplikasi dengan berpandukan waktu
istiwa (gelincir matahari) iaitu dengan cara
mendapatkan arah utara matahari sewaktu
istiwa berlaku. Kemudian rajah dipusing
mengikut bayang matahari yang pada ketika
istiwa menunjukkan arah timur. Ia ditunjukkan
dengan rajah berikut :
Berpandukan arah bayang ketika istiwa yang
menunjukkan arah timur maka dengan mudah
rajah ini dapat menunjukkan arah kiblat yang
betul. Walaupun ia tidak digunakan oleh
golongan yang terdahulu kaedah ini masih
boleh diberikan nafas baru dalam era moden.
Oleh : Syeikh Mohd Firdaus Bin Mohd Khalil Pegawai Falak Jabatan Mufti
Kedah menyediakan borang permohonan
sekiranya pemohon hadir sendiri ke jabatan.
Setelah kebenaran untuk pengesahan dibuat
oleh Mufti, pegawai berkenaan akan membuat
temujanji dengan pemohon dan menetapkan
tarikh untuk dilaksanakan penandaan.
Pemeriksaan peralatan akan dibuat sebelum
bertolak ke lokasi dan segala peralatan
penandaan seperti dua batang paku, penukul
dan dua batang kayu hendaklah disediakan
bagi tujuan ini oleh pihak jabatan atau oleh
pemohon.
Pengiraan Kiblat adalah berdasarkan pungutan
bacaan latitud dan longitud kawasan dan
dikira berdasarkan formula kiraan arah kiblat
yang telah dimuktamadkan kaedahnya dalam
bengkel atau kursus ilmu falak anjuran Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain Itu,
pengiraan kiblat berdasarkan kepada peta
yang dibekalkan oleh Pejabat Ukur Negeri.
Maklumat yang dikutip dari peta berkenaan
adalah dalam bentuk longitud dan latitud
tempat berkenaan yang disebut sebagai titik
kordinat.
Terdapat beberapan alatan yang digunapakai
dalam pengukuran arah iaitu penggunaan
kompas prismatik, teodolit dan kaedah
menggunakan bayang matahari sebagai
bantuan dalam pengesahan arah kiblat.
Sekiranya dalam penentuan arah kiblat yang
hadir bersama juruukur bertauliah, penetapan
arah kiblat adalah berdasarkan kiraan dari
Jabatan Mufti Kedah dan dimasukkan data
azimut kiblat oleh juruukur seterusnya
pengesahan akan dibuat oleh pegawai jabatan
yang hadir.
Pegawai yang hadir dalam penetapan arah
kiblat akan menyediakan laporan kerja dan
ditandatangani menandakan pengesahan dan
penetapan telah dibuat dan dihantar kepada
pemohon berserta Sijil Penetapan Arah Kiblat.
Sorotan Sejarah
Penentuan Arah Kiblat di Negeri Kedah
semenjak perkembangan Islam di negeri ini
di tentukan oleh individu yang mempunyai
pengetahuan asas dalam ilmu falak seperti
ustaz dan tuan guru. Namun sekitar tahun
60-an ia telah diambil alih oleh Majlis
Agama Islam Negeri Kedah yang di beri
kuasa kepada Pejabat Agama Daerah untuk
melaksanakan pengesahannya. Kaedah yang
digunapakai juga tidak diselaraskan. Ada yang
menggunakan kompas ringan, prismatik dan
ada juga yang menggunakan kaedah tongkat
istiwa. Tidak kurang juga yang hanya berijtihad
dengan melihat kepada arah matahari jatuh.
Amalan sebegini berjalan sekitar tahun 80-
an apabila ada beberapa orang pegawai
yang bertugas di Majlis Agama Islam yang
diberikan kursus secara intensif kaedah
penetapan kiblat yang disampaikan oleh
pakar falak yang bernama Ustaz.Haji.Khir Taib
al-Falaki dan hasilnya penetapan arah kiblat
mula dilaksanakan secara bersistem dan
menggunakan kompas prismatik.
Jabatan Mufti mula melaksanakan penandaan
arah kiblat di Negeri Kedah bermula dari
tahun 2000. Walaupun unit falak masih belum
beroperasi tetapi seorang pegawai telah dipilih
untuk melaksanakan tugas tersebut.
Kaedah Permohonan & Penentuan Kiblat
Surat permohonan perlulah dikemukan oleh
pihak pemohon jika ingin membuat penandaan
arah Kiblat untuk masjid, surau atau lain-lain
tempat yang memerlukan penandaan arah
kiblat. Surat berkenaan kebiasaan dimohon
diatas nama Jawatankuasa masjid/surau atau
pengurusan syarikat jika surau itu didirikan oleh
syarikat kontraktor. Surat tersebut hendaklah
terlebih dahulu diminitkan oleh mufti dan
kemudianya diarahkan hadir ke lokasi yang
dimohon. Selain itu, Jabatan Mufti Negeri
Penetapan & PenentuanArah Kiblat
Kaedah Permohonan
Kompas yang diletakkan di atas rajah lakaran arah Kaabah
BU
LETI
N A
L-FA
LAK
| E
disi
Per
dana
Ray
a 20
15
6
Program Falak MSAHD Tarikh : 6 Julai 2015
Tempat : Anjung Barokah, Maahad Mahmud Alor Setar
Berita Ringkas
Kelab Astro-Falak Maahad Sultan Abdul Halim Ad-Dini Alor Setar
(MSAHD telah menjemput Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri
Kedah untuk berkongsi dengan para pelajar tentang ilmu Falak. Slot
Ceramah “Pendidikan Asas Ilmu Falak” telah disampaikan oleh Syeikh
Mohd Firdaus Bin Mohd Khalil. Difahamkan juga pada hari yang sama
dianjurkan serentak Program Nuzul Al-Quran peringkat sekolah.
Tahniah kepada MSAHD atas penubuhan KELAB ASTRO-FALAK.
Program Bersama Pelajar
Bengkel Penetapan Arah Kiblat Tarikh : 5 Februari 2015
Tempat : Kolej Komuniti Bandar Darul Aman
Berita Ringkas
Unit Latihan Staf Kolej Komuniti Bandar Darul Aman (KKBD) dengan
kerjasama Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Kedah telah
menganjurkan Bengkel Penetapan Arah Kiblat serta Penentuan Arah
Kiblat bagi Surau di KKBD. Satu slot bengkel telah disampaikan oleh
Syeikh Mohd Firdaus Bin Mohd Khalil, Pegawai Falak Jabatan Mufti.
Bengkel itu disertai oleh Staf KKBD dan juga sebahagian pelajar.
BU
LETI
N A
L-FA
LAK
| E
disi
Per
dana
Ray
a 20
15
7
Bengkel Pengendalian Teleskop dan Astrofotografi Tarikh : 16-17 Februari 2015
Tempat : Pusat Falak Syeikh Tahir, Pulau Pinang
Berita Ringkas
Bahagian Falak telah menganjurkan bengkel Pengendalian Teleskop yang dikendalikan
sepenuhnya oleh Staf Pusat Falak Syeikh Tahir. Bengkel 2 hari tersebut telah didedahkan kaedah
dan teknik pengendalian teleskop secara betul. Pada sebelah malamnya diadakan pengajaran
teknik sesi astrofotografi dalam mengambil gambar objek langit dengan lebih baik.
Cerapan Gerhana Bulan Penuh Tempat : Dataran Menara Telekom
Alor Setar
Tarikh : 4 April 2015
Berita Ringkas
Gerhana bulan penuh berlaku pada 4 April
2015 yang lalu melibatkan kawasan Asia,
Australia, Pasifik dan Amerika. Pihak Menara
Alor Setar telah menjalinkan kerjasama dengan
Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Kedah
dalam penganjuran Solat Sunat Gerhana serta
Cerapan Gerhana Bulan Penuh di Dataran
Menara. Pada malam tersebut cerapan tidak
dapat dijalankan kerana langit berawan tebal
dan sedikit hujan. Solat Sunat Gerhana pula
disertai ramai pengunjung dan diimamkan
oleh Ustaz Mohd Hazli Bin Ismail, Pensyarah
Kolej Universiti Insaniah KUIN
Tarikh : 19 Mac 2015
Tempat : Dataran Jubli Emas,
Alor Setar
Berita Ringkas
Penganjuran julung kalinya Program Himpunan
Peminat dan Pemilik Teleskop 2015 telah berjaya
menarik ramai pengunjung. Himpunan ini
mengumpulkan lebih 10 agensi serta orang
perseroangan yang mempunyai teleskop
khususnya negeri Kedah Darul Aman. Penyertaan
bersama daripada negeri luar iaitu Pulau Pinang
yang disertai Kelab Astronomi USM dan Bahagian
Falak Jabatan Mufti Pulau Pinang. Pada malam
tersebut dilancarkan Kelab Astro-Falak dan Kelab
Falak Cilik di bawah Jabatan Mufti Negeri Kedah.
Himpunan Peminat dan Pemilik Teleskop 2015
Program Dalaman Bahagian Falak
Program Bersama Masyarakat
BU
LETI
N A
L-FA
LAK
| E
disi
Per
dana
Ray
a 20
15
8
Program Cerapan Kota Aur BersamaMaahad Mahmud Padang Terap
Program Falak di SMA Darussaadah
Program Falak di MMAS
Program Bersama Pelajar
Tarikh : 21 Februari 2014
Tarikh : 25 April 2014
Tarikh : 06 April 2014
Tarikh : 19 Jun 2014
Kulminasi Langkawi
Program ini melibatkan penyertaan dari
1. Balai Cerap Negara Langkawi
2. Maktab Mahmud Langkawi
3. MRSM Langkawi
BU
LETI
N A
L-FA
LAK
| E
disi
Per
dana
Ray
a 20
15
9
Program Falak di SMA Darussaadah
Program Falak di MMAS
Cerapan di Masjid Lepai, Langgar
Program Bersama Masyarakat
Program Falak di SurauPerumahan Polis
Tarikh : 04 Jun 2014
Tarikh : 23 Mei 2014
Tempat : Jalan Dato’ Kumbar, Alor Setar
BU
LETI
N A
L-FA
LAK
| E
disi
Per
dana
Ray
a 20
15
10
Kerjasama JAKIM, Pejabat Agama Daerah Langkawi & Jabatan Mufti Negeri Kedah
Prog
ram
Dal
aman
Bah
agia
n FA
LAK
Tempat : Aras 4, Bangunan Mahkamah Syariah & Jabatan Mufti
Tarikh : 05 - 08 Mei 2014
Tempat : Pulau Langkawi
Tarikh : 05 - 06 Februari 2014
BU
LETI
N A
L-FA
LAK
| E
disi
Per
dana
Ray
a 20
15
11
Prog
ram
Dal
aman
Bah
agia
n FA
LAK
Tempat : Dataran Timah Tasoh, Perlis
Tarikh : 26 Februari 2014
Tempat : Pontianak Indonesia (Kalimantan Barat)
Tarikh : 20 - 23 Mac 2014
Tempat : Pulau Langkawi
Tarikh : 05 - 06 Februari 2014
BU
LETI
N A
L-FA
LAK
| E
disi
Per
dana
Ray
a 20
15
12
Kitab Sullamun Niyrain (kadangkala disebut Sullamun
Naiyirain) merupakan kitab efemeris
atau almanak yang mengandungi
jadual (table) yang dipetik daripada Zij
Ulugh Beg iaitu data-data pergerakan dan
posisi benda-benda langit dari waktu ke waktu.
Sistem hisab Sullam adalah sistem hisab hakiki
taqribi (pendekatan asli) yang bermaksud ia
menggunakan perhitungan jadual semata-mata
manakala dapatan daripada hasil perhitungan
akan diperbandingkan dengan sistem cerapan.
Lazimnya sistem ini diketahui mempunyai banyak ralat dan
keperluan pembetulan ini akan diperbincangkan dalam
usaha-usaha perintis bagi penyelidikan dalam pengajian
ini kelak. Keseluruhan teks adalah dalam bahasa Arab dan
mempunyai sekian banyak jargon iaitu istilah falak Arab yang biasanya
hanya akan dapat difahami apabila dibuat rujukan silang dengan istilah
astronomi moden.
Menyorot sejarah Sullamun Niyrain, kitab ini dikarang oleh Kiyai Haji
Manshur Al Falaki atau nama lengkapnya ialah Haji Muhammad Manshur
bin ’Abdul Hamid bin Muhammad Damiri bin Muhammad Habib bin
Abdul Muhit Al Batawi yang terkenal dengan sebutan Guru Manshur
Jembatan Lima kerana di sinilah beliau mendirikan Madrasah Khairiyah
Manshuriyah di Jalan Sawahlio 1/27, Jembatan Lima, Jakarta Barat,
Indonesia. Beliau dilahirkan di Jakarta pada tahun 1878 M dan meninggal
dunia pada hari Jumaat, 2 Safar 1387 H bersamaan dengan 12 Mei 1967.
Karya monumentalnya di bidang ilmu falak yang masih dipakai sehingga
sekarang adalah ‘Sullamun Nayyirain fi Ma’rifati Al Ijtima’i wal Khusufain’
dan ‘Khulashah Al Jadawil li ’Amali Al Ijtima’i wal Istiqbali wal Khusuf wal
Kusuf’.
Guru pertamnya dalam menuntut ilmu agama adalah daripada bapanya
sendiri iaitu Kiyai Haji (KH) Abdul Hamid. Beliau juga adalah salah seorang
murid Sayyid Usman iaitu ulama falak di Betawi. Setelah dewasa beliau
pergi ke Mekkah dan belajar ilmu falak. Di sinilah beliau mempelajari
sistem jadual Zij Ulugh Beg kepada Abdur Rahman Al Mishri, ulama
yang berasal dari Mesir. Setelah empat tahun di Mekah maka beliau
kembali ke tanah air dan mendirikan majlis ta’lim, yang utamanya ialah
pelajaran ilmu falak. Di masa-masa terkemudian, pewaris beliau yang
meneruskan legasi keahlian falaknya adalah K.H. Fathillah Ahmadi.
Seorang perintisnya yang lain iaitu Ustaz Yusuf Manshur juga merupakan
salah seorang pendakwah muda yang terkenal dengan “Wisata Hati”.
Kitab Sullamun Niyrain hanya mengandungi tiga bab sahaja selain
tambahan lapan helaian halaman jadual Zij Ulugh Beg. Salinan zij induk
oleh KH Manshur adalah disesuaikan dengan suasana tempatan. Data
telah ditukarkan dari data bulan dan matahari di Samarkand ke Betawi
tetapi menurut Manshur Mu’thy A Kafy (2011), masih menjadi persoalan
sama ada data ini merupakan pemindahan saat ijtimak dari Betawi ke
kota lain iaitu ke tempat seseorang melakukan perhitungan. Di sana
disebutkan bahwa jikalau akan mengetahui saat ijtimak di bandar
lain caranya adalah dengan menambah atau mengurangi Al ’Alamah
Mu’addalah yang ada dengan Fadlu thulain. Fadlu thulain adalah selisih
garisan bujur (longitud) antara dua buah bandar iaitu di antara bandar
yang dilakukan perhitungan dengan bandar Betawi (Jakarta). Namun, ini
hanya akan tepat jika perhitungan saat ijtimak dengan waktu zawal yakni
perhitungan jam apabila matahari berada dititik kulminasi atas atau
bawah sebagaimana waktu antarabangsa padahal waktu yang gunakan
dalam Sullam adalah waktu hakiki ghurubi (terbenam matahari).
Oleh yang demikian maka sebetulnya pembetulan (koreksi) bukanlah
dengan fadluthulain (beza garisan bujur dua buah bandar) tetapi adalah
fadhlu mahgribay baladain iaitu selisih waktu ghurub matahari dua buah
bandar. Kita sedar bahawa antara dua bandar, selisih zawal syamsi (waktu
kulminasi) hanya ditentukan oleh perbezaan garisan bujur sahaja tetapi
bagi ghurub syamsi, ia dipengaruhi juga oleh perbezaan garisan lintang
tempat dan deklinasi matahari pada waktu itu. Akibat dari kekeliruan ini
maka nantinya sama-sama di pindahkan ke Waktu Indonesia Barat (WIB)
yang pada misalnya ialah hasil hisab di Jakarta dan di Yogya akan juga
berlainan. Padahal untuk kes ijtimak tidak biasa begini.
Kemungkinan kekeliruan ini telah terjadi sejak awal lagi iaitu semenjak
Mu’allif (KH Manshur) memindahkan data sama ada dari bandar
Samarkand (mungkin juga dari bandar Mekah) ke Betawi di Jakarta Barat.
Kekeliruan dahulu ini biasa terjadi pada salah satu dari dua kemungkinan
iaitu:
1. Ulugh Beg yang asli adalah menghitung dengan standard jam
zawali tetapi oleh Mu’allif Sullamun Niyrain telah diubah begitu
saja menjadi jam ghurubi, atau
2. Ulugh Beg sudah mendasarkan pada waktu ghurubi tetapi Mu’allif
Sullamun Niyrain yang terkhilaf dengan hanya menambah fadhlu
thulain untuk menjadi waktu Betawi. Beliau telah mengabaikan
faktor lintang tempat dan deklinasi matahari.
Maka kemungkinan besar pihak kami akan membuat semakan semula
terhadap nilai asal dari Zij Ulugh Beg kepada nilai yang telah diubah ke
Jakarta Barat itu.
Penjelasan Manshur Mu’thy A Kafy (2011) lagi ialah tentang perbezaan
antara fadhlu thulain dan fadhlu maghribay baladain yang dapat
dibuktikan misalnya di antara Yogya dan Jakarta (Betawi) yang walau
selisih longitudnya adalah tetap iaitu longitud Yogyakarta ialah 110º 22’
Timur dan longitud Jakarta ialah 106º 49’ Timur, maka selisihnya ialah 3º
33’ atau 14 minit 12 saat; tetapi selisih waktu maghribnya pada tarikh 22
Jun tidak sama dengan tarikh 22 Disember. Pada 22 Disember, waktu
maghrib di Jakarta adalah pada jam 18:08 WIB sedangkan di Yogyakarta
ialah pada jam 17:57, iaitu perbezaan masa selama 11 minit. Manakala
pada tarikh 22 Jun di Jakarta ialah pada jam 17:50 dan di Yogya ialah
pada jam 17:33 dengan perbezaan waktu 17 minit. Padahal perbezaan
garisan lintang (latitud) Yogyakarta di 7º 48’ Selatan dengan garisan
lintang Jakarta di 6º 10’ Selatan hanya berselisih 1º 38’ sahaja. Dapatlah
dibayangkan bagaimana kekeliruan ini terjadi ketika Mu’allaf (KH
Manshur Al Batawi) memindahkan data dari waktu Samarkand ke Betawi
(Jakarta Barat).
Satu lagi yang amat perlu disentuh ialah Irtifa’ Hilal (Ketinggian Hilal)
yang diertikan dengan Bu’duhu yakni Bu’dul Qamar minal ’Ardhi waqtul
Ghurub (Kejauhan Bulan dari Bumi ketika Terbenam Matahari). Pengertian
ini sudahpun tepat kerana ia bermaksud jarak di antara Bulan dengan
ufuk (horizon) tetapi cara perhitungannya dengan menghitung berapa
lama jarak waktu antara saat ijtimak dengan ghurub, kemudian dibahagi
dua (atau umur Bulan dibahagi dua) adalah tidak tepat.
Umur Bulan dibahagi dua adalah perhitungan kasar sahaja atas jarak di
antara Matahari dan Bulan atau berapa jauh Matahari telah meninggalkan
Bulan (di mana sebelumnya mereka adalah sejajar di posisi ijtimak).
Sesungguhnya adalah tidak sama jarak Bulan dengan Bumi (ufuk) di saat
Matahari terbenam jika dibandingkan dengan jarak antara Matahari dan
Bulan di saat matahari terbenam kerana jarak terdekat antara Bulan dan
Bumi adalah di sepanjang lingkaran vertikal sedangkan jarak di antara
Matahari dan Bulan tidak selalu berada pada lingkaran vertikal yang
sama. Oleh itu apa yang selama ini difahamkan sebagai Irtifa Hilal dalam
Sullamun Niyrain sebenarnya adalah Al Bu’du Bainan Nayirain iaitu jarak
di antara Matahari dan Bulan di sepanjang ekliptik; bukan jarak di antara
Bulan dengan ufuk (Manshur Mu’thy A Kafy, 2011).
Justeru sistem hisab Sullamun Niyrain adalah sistem hisab hakiki
taqribi yang banyak digunakan di Indonesia khususnya di lingkungan
pondok pesantren tradisional. Sistem hisab ini agak “istimewa” kerana
sering menghasilkan ramalan ketinggian hilal yang lebih besar apabila
dibandingkan sistem hisab lainnya sama ada yang tergolong dalam
sistem hisab hakiki tahqiqi mahupun kontemporeri. Sebagai contohnya
dalam penentuan 1 Syawal 1428 H (Sabtu, 13 Oktober 2007) telah
muncul dakwaan terlihatnya hilal pada hari Khamis, 11 Oktober 2007 (29
Oleh :
Noor Azam Bin Mat Noor ([email protected])
Senimas Trading (Pembekal Artifak Astronomi)
Ramadhan 1428 H) padahal bulan berada di bawah ufuk laut. Sejumlah
pihak beranggapan dakwaan tersebut adalah nyata dan benar kerana
sistem hisab Sullamun Niyrain memberikan ramalan tinggi hilal sebanyak
3º 37’ dan umur hilal (selisih waktu terbenam Bulan dengan waktu
terbenam Matahari) ialah 14 minit 28 saat untuk Indonesia.
Perbandingan ketinggian (irtifa’) hilal menurut sistem Sullamun Niyrain
selalu lebih besar dari sistem lain tetapi selalu hampir sama dengan
jarak Matahari dan Bulan (selisih Right Ascension Matahari dengan
Bulan). Setelah dilakukan koreksi, sistem hisab Sullamun Niyrain kembali
memperolehi hasil sebagai berikut:
Ini bermaksud sistem hisab Sullamun Niyrain bekerja berdasarkan
pendekatan tinggi hilal adalah umur Bulan (selisih waktu sejak ijtima’
hingga saat Matahari terbenam semasa merukyah) didarabkan dengan
kecepatan menjauhnya Bulan dari Matahari yang sebesar 0.5 darjah
setiap jam (purata). Sementara umur hilal adalah tinggi hilal didarabkan
dengan kecepatan pergerakan langit yang besarnya 4 darjah setiap
minit. Apabila dibandingkan definisi tinggi hilal versi Sullamun Niyrain
adalah tidak sama dengan tinggi hilal dalam astronomi moden. Oleh
yang demikian untuk kesejajaran dengan astronomi moden maka ia
harus dilakukan koreksi.
1. Umur hilal –6.5 minit (nilai awal 14 minit 28 saat)
2. Tinggi hilal hakiki –01º 37 ‘ (nilai awal 03º 37’)
3. Tinggi hilal mar’i –01º 27’
selisih longitudnya adalah tetap iaitu longitud Yogyakarta ialah 110º 22’
Timur dan longitud Jakarta ialah 106º 49’ Timur, maka selisihnya ialah 3º
33’ atau 14 minit 12 saat; tetapi selisih waktu maghribnya pada tarikh 22
Jun tidak sama dengan tarikh 22 Disember. Pada 22 Disember, waktu
maghrib di Jakarta adalah pada jam 18:08 WIB sedangkan di Yogyakarta
ialah pada jam 17:57, iaitu perbezaan masa selama 11 minit. Manakala
pada tarikh 22 Jun di Jakarta ialah pada jam 17:50 dan di Yogya ialah
pada jam 17:33 dengan perbezaan waktu 17 minit. Padahal perbezaan
garisan lintang (latitud) Yogyakarta di 7º 48’ Selatan dengan garisan
lintang Jakarta di 6º 10’ Selatan hanya berselisih 1º 38’ sahaja. Dapatlah
dibayangkan bagaimana kekeliruan ini terjadi ketika Mu’allaf (KH
Manshur Al Batawi) memindahkan data dari waktu Samarkand ke Betawi
(Jakarta Barat).
Satu lagi yang amat perlu disentuh ialah Irtifa’ Hilal (Ketinggian Hilal)
yang diertikan dengan Bu’duhu yakni Bu’dul Qamar minal ’Ardhi waqtul
Ghurub (Kejauhan Bulan dari Bumi ketika Terbenam Matahari). Pengertian
ini sudahpun tepat kerana ia bermaksud jarak di antara Bulan dengan
ufuk (horizon) tetapi cara perhitungannya dengan menghitung berapa
lama jarak waktu antara saat ijtimak dengan ghurub, kemudian dibahagi
dua (atau umur Bulan dibahagi dua) adalah tidak tepat.
Umur Bulan dibahagi dua adalah perhitungan kasar sahaja atas jarak di
antara Matahari dan Bulan atau berapa jauh Matahari telah meninggalkan
Bulan (di mana sebelumnya mereka adalah sejajar di posisi ijtimak).
Sesungguhnya adalah tidak sama jarak Bulan dengan Bumi (ufuk) di saat
Matahari terbenam jika dibandingkan dengan jarak antara Matahari dan
Bulan di saat matahari terbenam kerana jarak terdekat antara Bulan dan
Bumi adalah di sepanjang lingkaran vertikal sedangkan jarak di antara
Matahari dan Bulan tidak selalu berada pada lingkaran vertikal yang
sama. Oleh itu apa yang selama ini difahamkan sebagai Irtifa Hilal dalam
Sullamun Niyrain sebenarnya adalah Al Bu’du Bainan Nayirain iaitu jarak
di antara Matahari dan Bulan di sepanjang ekliptik; bukan jarak di antara
Bulan dengan ufuk (Manshur Mu’thy A Kafy, 2011).
Justeru sistem hisab Sullamun Niyrain adalah sistem hisab hakiki
taqribi yang banyak digunakan di Indonesia khususnya di lingkungan
pondok pesantren tradisional. Sistem hisab ini agak “istimewa” kerana
sering menghasilkan ramalan ketinggian hilal yang lebih besar apabila
dibandingkan sistem hisab lainnya sama ada yang tergolong dalam
sistem hisab hakiki tahqiqi mahupun kontemporeri. Sebagai contohnya
dalam penentuan 1 Syawal 1428 H (Sabtu, 13 Oktober 2007) telah
muncul dakwaan terlihatnya hilal pada hari Khamis, 11 Oktober 2007 (29
Rajah 2: Pengajian falak secara bertalaqqi di Madrasah Haji Wan Salleh, Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah. Kelihatan Ustaz Wan Muhammad hafiz sedang memberi kuliah kepada para perintis pengajian falak tradisional kitab Zij Ulugh Beg. Kursus diadakan mengikut permintaan dan perlu menghabiskan tiga bab keseluruhan kitab Sullamun Niyrain..
Kitab Sullamun Niyrain (kadangkala disebut Sullamun Naiyirain) merupakan
kitab efemeris atau almanak yang mengandungi jadual (table) yang dipetik
daripada Zij Ulugh Beg iaitu data-data pergerakan dan posisi benda-benda langit
dari waktu ke waktu.
BU
LETI
N A
L-FA
LAK
| E
disi
Per
dana
Ray
a 20
15
14
“Namun, setelah pengambilalihan status tanah dibuat dan geran
hak milik ditukar kepada Maik pada 2011, kami dapati terdapat
pencerobohan binaan kuil di atas tanah tersebut,” katanya. Katanya,
sejak itu, Maik mengambil tindakan secara rundingan, namun tidak
berhasil sehinggalah kini telah berada dalam pengetahuan exco kerajaan
negeri.”Bagaimanapun, tindakan tidak boleh diambil sewenang-
wenangnya memandangkan ia melibatkan isu agama,” katanya.
Sementara itu, Tajul Urus berkata, beliau mengucapkan tahniah atas
kesabaran jawatankuasa khairat kematian yang menunggu begitu lama
sebelum tanah perkuburan dibuka secara rasmi kelmarin.
Beliau berkata, biarpun pagar yang disiapkan melalui dana Maik berjumlah
RM33,000 dirosakkan akibat tindakan pihak tidak bertanggungjawab
dan kerajaan negeri membaiki semula dengan kos RM15,000, mereka
berharap selepas ini isu sama akan selesai. “Sekiranya masih belum
selesai, tindakan mahkamah bakal diambil,” katanya.
Sementara itu, Imam Masjid Taman Bandar Baru, Abdullah Taib berkata,
dengan adanya tanah perkuburan baharu yang boleh menempatkan 1,500
jenazah, memudahkan penduduk kariah menguruskan pengebumian
tanpa perlu ke Kampung Pinang Dalam yang terletak dekat Bandar
Laguna Merbok. “Selepas ini kariah terdekat boleh kebumikan jenazah
lebih dekat dengan rumah mereka namun diharapkan isu pencerobohan
kuil akan selesai dalam masa terdekat,” katanya.
Sumber petikan : http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/rumah-banyak-kubur-kurang-1.379533
RUMAH BANYAK, KUBUR KURANGWARTAWAN SINAR HARIAN14 APRIL 2015
SUNGAI PETANI – Kuala Muda tidak terkecuali berdepan masalah
kekurangan tanah perkuburan berbanding peningkatan pesat rumah
kediaman seperti yang turut dialami di Kulim dan Kota Setar. Ketua
Unit Wakaf Negeri Kedah, Syeikh Zaki Ghazali berkata, itu antara
masalah dihadapi di peringkat Majlis Agama Islam Kedah (Maik) dan
daerah apabila berlakunya pertambahan penduduk, tetapi berhadapan
kekurangan tanah perkuburan. Menurutnya, bagi mengatasi perkara
itu, Jabatan Perancang Bandar dan Desa menyenaraikan tanah hak
milik persendirian yang berpotensi dijadikan tanah perkuburan seluruh
daerah di negeri ini.
“Bagaimanapun untuk pelaksanaannya, kita memerlukan dana kerajaan
untuk proses pengambilan dan penukaran hak milik untuk dijadikan
tanah perkuburan berpusat,” katanya ketika hadir pada Majlis Pecah
Tanah dan Menentukan Arah Kiblat di Tanah Perkuburan Padang Lembu,
kelmarin. Syeikh Zaki berkata, setakat ini, terdapat dua tanah kubur yang
dilaksanakan secara berpusat iaitu di Tanah Perkuburan Taman Uda, Alor
Setar dan Tanah Perkuburan Semeling. “Pada asalnya status tanah ialah
hak milik persendirian di mana kerajaan buat pengambilan dan jadikan
tanah perkuburan berpusat. “Perkara sama akan dilaksanakan di daerah
lain namun memerlukan peruntukan kerajaan untuk pengambilan tanah
serta penukaran status hak milik kepada tanah perkuburan,” katanya.
Dalam pada itu katanya, Tanah Perkuburan Islam Padang Lembu kini
dibuka untuk orang awam setelah majlis pecah tanah disempurnakan
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain. Syeikh Zaki berkata, isu
pengambilalihan tanah perkuburan Padang Lembu berdepan cabaran
sejak Jawatankuasa Khairat Kematian Kariah Taman Bandar Baru, Sungai
Lalang menemui kawasan tanah kerajaan yang dirizab untuk perkuburan.
FA L A K DA NM E D I A
BU
LETI
N A
L-FA
LAK
| E
disi
Per
dana
Ray
a 20
15
15
(RISALAH AL-MUSIMIAH AL-AHMADIAH LI AHLIAZ-ZIRA’AH AL-WATANIAH KHUSUSON AHLI AL-BERLIS WA AL-QADAH)
S I N O P S I SKITAB TURATH FALAK
Secara ringkasnya buku kecil ini disusun iaitu :
• Terdapat 12 Tajuk di dalamnya serta tulisan nasihat khas Tuan Guru
Haji Ahmad di bawah tajuk Nikmat Yang Berfaedah Dunia dan
Akhirat. Di samping itu diselit pada akhir buku iaitu sebahagian
pemerhatian Tuan Guru dalam mengenal serta menghadapi hari-
hari awal tahun bermula.
• Setiap bab dimulai dengan matan hadith sebagai muqaddimah.
Maksud hadith tidak disertakan. Berkemungkinan sewaktu
pengajian kitab ini dilakukan akan dibacakan hadith dan
keterangannya oleh Tuan Guru.
• Setiap isi kandungan berkenaan dengan sesuatu bulan diterangkan
perihal kesesuaian atau jangkaan dalam aktiviti pertanian.
• Setiap bab terselit mutiara kata ringkas yang dinukilkan Tuan Guru.
Penggunaan takwim berasaskan pertanian ini jelas menunjukkan bahawa
masyarakat melayu khusunya negeri Kedah dan Perlis pada ketika itu.
Mereka telah menggunakannya untuk merancang kegiatan pertanian
seiring dengan faktor lain yang membantu dalam penanaman. Selain itu
juga membantu nelayan dalam aktiviti penangkapan ikan untuk melihat
kesesuaian tempat dan keadaan persekitaran.
Buku ini adalah satu pemerhatian yang boleh dikaji oleh para peminat
ilmu falak klasik ini untuk kita menilai kebaikan serta faedah yang boleh
diambil sekalipun terdapat beberapa perkara tilikan umum atau apa
yang telah diperhatikan beberapa tahun berlaku pengulangan perkara
yang sama oleh Tuan Guru. Walaupun buku ini semakin hilang dari
pandangan, Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Kedah dalam proses
menerbitkan kembali buku kecil sebagai satu menghargai jasa Tuan Guru
Haji Ahamd Othman dalam pengembangan ilmu falak di negeri Kedah.
(Risalah Musimiah)
Di Tanah Melayu, takwim piama atau bulan piama digunakan di kedah
suatu ketika dahulu. Pengamalannya pada zaman kini tidak lagi kelihatan
walaupun masih ada sebahagian kecil menggunakannya sebagai
menjangkakan fenomena musim dan kegiatan pertanian. Sehingga kini
masih tercatat di dalam Takwim Dan Waktu Ibadah Bagi Seluruh Negeri
Kedah Darul Aman mengekalkan penggunaan Takwim Piama dalam
kolum Takwim Pergerakan Matahari.
Satu karangan buku kecil yang diberi nama
Nama Buku :Al-Risalah Al-Musimiah Al-Ahmadiah li Ahli Al-
Zira’ah Al- Wataniah Khususon Ahli Al-Barlis Wal-Qadah
Karangan : Tuan Guru Haji Ahmad bin Osman.
atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Ahmad Keplu @ Hutan Palas
telah menunjukkan satu kajian pengamatan beliau tentang ilmu falak
alam Melayu. Ianya betujuan menjadi rujukan kepada masyarakat ketika
itu khusunya dalam bidang pertanian.
*Tuan Guru Haji Ahmad adalah bapa kepada Sahibus Samahah Dato’ Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Haji Ahmad iaitu Mufti Kedah Darul Aman ke-3.
Edisi Perdana Raya 2015
JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH
www.muf t i .kedah.gov.my
7Kolum PenulisTamu
JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMANAras 3, Bangunan Mahkamah Syariah & Jabatan Mufti,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Mu'adzam Shah,Anak Bukit, 06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Tel (04) 731 2800 Faks (04) 732 0807 Email [email protected]
10Program Falak BersamaMasyarakat & Pelajar
12Sisipan 2014
17Pengajian KitabTurath
21Falak dan Media
Istimewa
Di Bulan Ini
Edaran Percuma
al-FalakB u l e t i n