JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN · PDF fileDi Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia...

download JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN  · PDF fileDi Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Berasaskan ... Jemaah Menteri dalam ... 10.6 Memastikan peranan,

If you can't read please download the document

Transcript of JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN · PDF fileDi Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia...

  • 1

    PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN

    PENYEDIA LATIHAN DI LUAR NEGARA BAGI SISTEM PERSIJILAN

    KEMAHIRAN MALAYSIA

    JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

    KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

    MALAYSIA

  • 2

    KANDUNGAN

    KANDUNGAN ....................................................................................... 2

    SENARAI KEPENDEKAN .................................................................... 3

    PANDUAN DAN PERATURAN YANG SEDANG BERKUATKUASA .. 4

    1.0 TUJUAN ....................................................................................... 5

    2.0 TARIKH BERKUAT KUASA ........................................................ 5

    3.0 LATAR BELAKANG .................................................................... 5

    4.0 TAFSIRAN .................................................................................... 6

    5.0 PROSIDUR PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN DI LUAR

    NEGARA ...................................................................................... 8

    6.0 KRITERIA PB TEMPATAN BAGI PENTAULIAHAN PROGRAM

    LATIHAN DI LUAR NEGARA ...................................................... 8

    7.0 KAEDAH PERMOHONAN PELAKSANAAN PROGRAM

    LATIHAN DI LUAR NEGARA ...................................................... 9

    8.0 PERMOHONAN PENAMBAHAN PROGRAM LATIHAN DI LUAR

    NEGARA .................................................................................... 11

    9.0 PERMOHONAN PEMBAHARUAN PENTAULIAHAN PROGRAM

    LATIHAN PB ANTARABANGSA ............................................... 12

    10.0 TANGGUNGJAWAB PB TEMPATAN DAN PB

    ANTARABANGSA ..................................................................... 12

    11.0 LAWATAN PEMANTAUAN ....................................................... 17

    12.0 KELULUSAN PERMOHONAN PENTAULIAHAN PROGRAM

    LATIHAN DI LUAR NEGARA .................................................... 18

    13.0 TEMPOH LATIHAN .................................................................... 18

    14.0 PENILAIAN ................................................................................ 18

    15.0 JAMINAN MUTU ........................................................................ 19

    16.0 PERSIJILAN ............................................................................... 19

    17.0 FI DAN CAJ ................................................................................ 19

    18.0 PENGGANTUNGAN ATAU PEMBATALAN SIJIL

    PENTAULIAHAN ........................................................................ 19

  • 3

    SENARAI KEPENDEKAN

    DKM Diploma Kemahiran Malaysia

    DLKM Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia

    JPK Jabatan Pembangunan Kemahiran

    KPPK Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran

    KSM Kementerian Sumber Manusia

    NOSS National Occupational Skill Standard

    PB Pusat Bertauliah

    PLK Penyedia Latihan Kemahiran

    PP-AB Pegawai Penilai Antarabangsa

    PPD-AB Pegawai Pengesah Dalaman Antarabangsa

    PPB-AB Pengurus Pusat Bertauliah Antarabangsa

    SKM Sijil Kemahiran Malaysia

    SPKM Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia

  • 4

    PANDUAN DAN PERATURAN YANG SEDANG BERKUATKUASA

    1.0 Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah

    Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Berasaskan

    Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan;

    2.0 Panduan Permohonan dan Syarat-Syarat Personel Pusat

    Bertauliah, Pusat Latihan dan Syarikat SLDN;

    3.0 Panduan dan Peraturan-peraturan Pentauliahan Persijilan

    Kemahiran Malaysia Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian;

    4.0 Panduan Pendaftaran Pelatih Sistem Persijilan Kemahiran

    Malaysia Melalui Sistem Pentauliahan; dan

    5.0 Mana-mana panduan dan peraturan yang berkaitan.

  • 5

    1.0 TUJUAN

    Dokumen ini memperjelaskan panduan pelaksanaan dan syarat

    pentauliahan bagi pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran

    Malaysia di luar negara oleh Pusat Bertauliah.

    2.0 TARIKH BERKUAT KUASA

    Syarat dan panduan ini mula berkuatkuasa pada 25 Julai 2012

    dan hendaklah dibaca bersekali dengan Panduan Pelaksanaan

    dan Syarat Pentauliahan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia

    yang sedang berkuatkuasa dan Akta Pembangunan Kemahiran

    Kebangsaan 2006 (Akta 652).

    3.0 LATAR BELAKANG

    3.1 Selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai

    Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Vokasional di

    peringkat antarabangsa, Jemaah Menteri dalam

    mesyuaratnya pada 2 Disember 2005 telah meluluskan

    cadangan mengembangkan program-program latihan

    kemahiran yang ditauliahkan oleh JPK ke peringkat

    antarabangsa.

    3.2 Sejajar dengan matlamat Kerajaan ke arah

    mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada

    pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) yang

    berkualiti, di bawah Entry Point Project 5 (EPP5), Kerajaan

  • 6

    telah mensasarkan peningkatan bilangan pelajar asing bagi

    mengikuti Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).

    3.3 Untuk mengembangkan latihan kemahiran di peringkat

    antarabangsa, JPK memperkenalkan program kerjasama di

    antara PB dalam negara dengan Penyedia Latihan

    Kemahiran luar negara.

    4.0 TAFSIRAN

    Dalam syarat dan panduan ini, tafsiran yang dimaksudkan adalah

    seperti berikut:

    Daftar Standard ertinya satu dokumen yang

    menyenaraikan tajuk-tajuk pekerjaan bagi semua Standard

    yang telah diluluskan oleh JPK;

    KPPK ertinya mana-mana pegawai awam yang dilantik

    sebagai Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran di

    bawah seksyen 17 Akta 652;

    pusat bertauliah ertinya suatu penyedia latihan

    kemahiran yang telah diberi kuasa oleh Ketua Pengarah

    untuk menjalankan suatu program bertauliah sehingga

    kepada penganugerahan suatu Sijil;

    pelatih ertinya seseorang yang menerima latihan

    kemahiran yang disediakan oleh penyedia latihan kemahiran

  • 7

    penyedia latihan kemahiran ertinya suatu pertubuhan

    perbadanan, organisasi atau lain-lain kumpulan orang yang

    mengendalikan program latihan kemahiran yang maksud

    utamanya adalah bagi memenuhi kehendak Standard

    berkaitan.

    pentauliahan ertinya suatu tatacara yang Ketua

    Pengarah menilai dan meluluskan sesuatu program latihan

    kemahiran;

    personel pentauliahan antarabangsa ertinya PPB-AB,

    PPD-AB dan PP-AB yang berkelayakan dan diperakukan

    oleh JPK;

    program latihan ertinya suatu kumpulan aktiviti latihan

    dan penilaian, dan hasil pembelajaran bagi suatu pekerjaan

    tertentu;

    Sijil ertinya kelayakan kemahiran yang dianugerahkan

    kepada seseorang oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen

    34;

    Standard ertinya Standard Kemahiran Pekerjaan

    Kebangsaan yang diwujudkan di bawah Bahagian IV Akta

    652.

  • 8

    5.0 PROSIDUR PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN DI LUAR

    NEGARA

    Prosidur pelaksanaan program latihan di luar negara adalah

    seperti berikut:

    5.1 PB tempatan hendaklah membuat permohonan

    pentauliahan program latihan di luar negara;

    5.2 PB tempatan hendaklah membuat permohonan program

    yang hendak dipohon

    5.3 Program yang akan dilaksanakan adalah berdasarkan

    Standard;

    5.4 Pelaksanaan latihan hendaklah mematuhi sistem jaminan

    mutu yang ditetapkan; dan

    5.5 Pelatih yang berjaya menamatkan latihan akan

    dianugerahkan Sijil.

    6.0 KRITERIA PB TEMPATAN BAGI PENTAULIAHAN PROGRAM

    LATIHAN DI LUAR NEGARA

    Mana-mana PB tempatan yang ingin menjalankan program

    bertauliah di luar negara hendaklah memenuhi kriteria berikut:

    6.1 Telah mendapat pentauliahan program bagi program yang

    dipohon;

    6.2 Mempunyai rekod pencapaian dan prestasi yang baik bagi

    tempoh sekurang-kurangnya tiga (3) tahun melalui

    (a) Mendapat sekurang-kurangnya taraf empat (4) dalam

    penarafan program bertauliah; dan

    (b) Laporan Audit Ketakuran; atau

    (c) Rekod pengambilan pelajar; atau

    (d) Laporan lawatan verifikasi ;

  • 9

    6.3 Mengadakan kerjasama dengan PLK antarabangsa atau

    membuka cawangan PLK di luar negara;

    6.4 Memastikan PB tempatan atau PLK antarabangsa telah

    mematuhi syarat-syarat di negara berkaitan untuk

    melaksanakan program latihan kemahiran;

    6.5 Memastikan PLK antarabangsa telah bersedia memenuhi

    syarat-syarat pentauliahan yang telah ditetapkan;

    6.6 Laporan penyata kewangan yang telah diaudit untuk tiga (3)

    tahun terakhir yang berbaki sekurang-kurangnya RM 200

    000.00; dan

    6.7 Nama PB antarabangsa hendaklah mencerminkan sebuah

    institusi latihan kemahiran dan menepati perkara-perkara

    berikut :

    (a) tidak boleh menyamai nama PB yang lain;

    (b) tidak berkait dengan nama JPK atau istilah khusus yang

    dikeluarkan oleh JPK; atau

    (c) tidak mencerminkan entiti perniagaan atau syarikat

    seperti ABC Pte.Ltd atau ABC Co.Ltd.

    6.8 PB tempatan hendaklah mengemukakan surat akujanji yang

    mengesahkan kebertanggungjawaban sepenuhnnya

    terhadap apa-apa tindakan perundangan di bawah Akta 652

    atau peraturan dan undang-undang negara PB

    antarabangsa.

    7.0 KAEDAH PERMOHONAN PELAKSANAAN PROGRAM

    LATIHAN DI LUAR NEGARA

    Pada asasnya pentauliahan di luar negara akan dikendalikan

    mengikut peraturan dan prosidur pentauliahan yang

  • 10

    dik