Jabatan Pendidikan Teknikal - Module 3

download Jabatan Pendidikan Teknikal - Module 3

of 12

Transcript of Jabatan Pendidikan Teknikal - Module 3

  • 8/7/2019 Jabatan Pendidikan Teknikal - Module 3

    1/12

    Sistem Rawatan

    Kumbahan.

    Modul 3: Tangki Septik dan SistemMendapan lain.

  • 8/7/2019 Jabatan Pendidikan Teknikal - Module 3

    2/12

    Tandas

    Tangki Septik

    Lapisan Turas

    Longkang

    RuangPemeriksaan

    Dapur

    Enapcemar

    SISTEM TANGKI SEPTIK INDIVIDU

  • 8/7/2019 Jabatan Pendidikan Teknikal - Module 3

    3/12

    Tangki septik individu (IST)

    Sistem paling ringkas dan mula dibangunkan di Perancis pada tahun 1860.

    Rekabentuk yang diluluskan bagi tangki septik adalah menepati MS 1228,

    1991 Kod Amali bagi Rekabentuk dan Pemasangan Sistem Pembetungan.

    Mempunyai dua ruang yang bersambung secara bersiri.

    Ruang pertama - pepejal akan mendap dan membentuk enapcemarmanakala gris dan minyak akan terapung di permukaan dan membentuk

    lapisan skum.

    Ruang ke dua - Efluen yang mengalir ke ini akan terus mendap dan

    efluen akan dilepaskan ke longkang atau dibenarkan untuk menyerap ke

    dalam tanah.

  • 8/7/2019 Jabatan Pendidikan Teknikal - Module 3

    4/12

    Proses pencernaan anaerobik berlaku dan kumbahan ditukarkan kepada sebatianorganik yang lebih stabil dan gas-gas seperti karbon dioksida (CO2), metana

    (CH4) and hidrogen sulfida (H2S).

    Selalunya, IST direkabentuk untuk Tempoh Penahanan 24 jam.

    Muatan simpanan yang cukup disediakan supaya skum dan enapcemar najis

    boleh disimpan di dalam tangki selama 2 tahun yang mana selepas itu ia perludikosongkan untuk tangki itu beroperasi dengan baik.

    Sesuai untuk kediaman atau bangunan individu dengan penduduk setara (PE)

    sehingga 150 orang yang tidak mempunyai sistem pembetungan terpusat dan

    pengaliran efluennya tidak akan memberikan kesan buruk kepada persekitaran.

    IST hanya merawat enapcemar secara separa dan tumpuan dari kumpulan tangki-tangki ini akan membebankan kapasiti penerimaan alam sekeliling mengakibatkan

    masalah-masalah kesihatan dan bau.

  • 8/7/2019 Jabatan Pendidikan Teknikal - Module 3

    5/12

    Sebuah rumah dengan 5 orang penghuni memerlukan sebuah

    tangki septik dengan kapasiti 2000 liter atau 2 meter padu. Setiap

    orang dianggarkan akan menghasilkan 0.2 meter padu enapcemar

    setahun. Dengan lima orang, enapcemar yang dihasilkan akan

    berjumlah 2 meter padu dalam tempoh 2 tahun.

    Sekiranya tangki tidak dikosongkan, tempoh penahanan 24 jam tidak akan

    tercapai dan pencernaan serta rawatan tidak akan berlaku. Air kumbahan

    yang keluar akan mencemar Alam Sekitar

  • 8/7/2019 Jabatan Pendidikan Teknikal - Module 3

    6/12

    Sistem Tangki Imhoff.

  • 8/7/2019 Jabatan Pendidikan Teknikal - Module 3

    7/12

    Loji rawatan kumbahan yang paling ringkas dan memerlukan kemahiran pengendaliyang sedikit. Tiada perkakasan mekanikal untuk diselenggarakan dan operasi

    meliputi penyingkiran skum, penukaran arah aliran untuk penyebaran enapcemar

    yang sama rata dan juga penyingkiran enapcemar.

    Ia menyediakan rawatan kumbahan yang terhad dan tidak sesuai untuk jangka

    masa panjang. Efluen daripada tangki Imhoff boleh menjadi semakin teruk dengan

    pantas jika tangki-tangki tersebut tidak diselenggarakan dengan betul.

    Sebuah IT mempunyai 2 ruang diletakkan di atas satu sama lain. Di ruang atas,

    pemendapan berlaku dengan pepejal melalui pembukaan ke ruang yang di bawah.

    Pepejal termendap akan membentuk enapcemar di ruang di bawah dan akan

    melalui pencernaan anarobik. Gas-gas daripada tangki-tangki dibawah akan

    dilepaskan ke udara. Skum pula dikumpul di bahagian atas tangki.

  • 8/7/2019 Jabatan Pendidikan Teknikal - Module 3

    8/12

    Efluen cecair daripada tangki pemendapan akan menitis menerusi tapak

    penuras batu-batan. Tangki pemendapan ini perlu dikosongkan selalu.Organisma-organisma yang tinggal di dalam penuras batu-batan itu akan

    memakan kumbahan dan merawatnya pada masa yang sama. Efluen terawat

    akan diambil dan dilepaskan ke saliran. Selalunya, proses pemendapan di

    ruang atas akan disusuli dengan efluen penelusan ke atas media batu kasar

    sebelum dilepaskan ke perairan.

    IT selalunya digunakan untuk komuniti-komuniti kecil sehingga kesetaraanpenduduk (PE) 1,000. Tangki ini murah untuk dipasang, dikendalikan dan

    diselenggarakan. Walau bagaimanapun, IT juga seperti IST. Ia hanya merawat

    kumbahan secara separa. Efluen daripada tangki-tangki ini tidak akan

    memenuhi syarat-syarat persekitaran yang ditetapkan oleh Jabatan Alam

    Sekitar (JAS). Kaedah yang popular masa kini untuk memberikan perkhidmatan

    kepada komuniti yang kecil adalah dengan menggunakan loji-loji rawatan pakej

    kecil

  • 8/7/2019 Jabatan Pendidikan Teknikal - Module 3

    9/12

    efluen

    Kolam Oksidasi / Loji RawatanStesenPam

    Kumbahan dariPremis Komersil

    Kumbahan dariPremis Domestik

    Paip Pembetung

    Awam

    SISTEM KOLAM PENGOKSIDAAN (OXIDATION POND).

  • 8/7/2019 Jabatan Pendidikan Teknikal - Module 3

    10/12

  • 8/7/2019 Jabatan Pendidikan Teknikal - Module 3

    11/12

    Tindakbalas Biologi Asas di dalam Kolam Pengoksidaan.

    Tindakbalas Fakultatif aerobik di bahagian atas dan anaerobik di

    bahagian dasar.

    Alga menggunakan CO2 yang terhasil dari proses anaerobik di bahagian

    dasar dan mengeluarkan O2 (fotosintesis) yang akan diguna pula oleh

    bakteria aerobik yang mencerna kumbahan di bahagian atas.

    Pada hari yang cerah dan baik, sebanyak 1.6 kg O2 boleh dihasilkan

    oleh 1 kg Alga.

    Alga menggunakan O2 di waktu malam dan menghasilkan variasi diurnal

    pada pH kumbahan. (Siang pH naik dan kurang waktu malam).

    Bakteria Pengeluar Asid mencerna bahan organik menjadi asid organik,

    CO2 dan N2. Bakteria Pengeluar Gas pula akan meguraikan asid organik

    kepada metana, CO2 dan air.Proses pencernaan ini akan mengurangkan kandungan pepejal organik

    dalam kolam.

  • 8/7/2019 Jabatan Pendidikan Teknikal - Module 3

    12/12

    Kedalaman = 1.5 hingga 2 meter.

    Tempoh Tahanan = 14 hari.

    Enapcemar dikeluarkan setiap 10 tahun.