JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

20
JPS UPDATES EDISI MEI – JUN 2020 JPS JPS JPS JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA MENARIK DI DALAM : LAWATAN YB MENTERI KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR KE JPS LAWATAN YBTM KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR KE JPS PROGRAM INFAQ RAMADHAN "DEKAT DI MATA, KASIH DI HATI" facebook.com/ JPSMalaysia http;//water.spab.gov.my instagram.com/ JPSMalaysia twitter.com/ DID_Malaysia

Transcript of JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

Page 1: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

JPS UPDATES │

EDISI MEI – JUN 2020 JPSJPSJPS JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA

MENARIK DI DALAM :

LAWATAN YB MENTERI KEMENTERIAN

ALAM SEKITAR DAN AIR KE JPS

LAWATAN YBTM KEMENTERIAN ALAM

SEKITAR DAN AIR KE JPS

PROGRAM INFAQ RAMADHAN

"DEKAT DI MATA, KASIH DI HATI"

facebook.com/

JPSMalaysia http;//water.spab.gov.my

instagram.com/

JPSMalaysia

twitter.com/

DID_Malaysia

Page 2: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

2 │ JPS UPDATES

Isi kandungan

Menaraik didalam

PROGRAM INFAQ RAMADHAN

LAWATAN TKP SEKTOR BISNES KE KAWASAN PROJEK

ROL

LAWATAN RASMI YBM KASA KE JPS MALAYSIA

KUNJUNGAN HORMAT YBM KASA KE ATAS YAB MB

KEDAH

KUNJUNGAN HORMAT YBM KASA KE ATAS YAB MB

PERLIS

DARI TINTA KETUA EDITOR 3

4

6

8

10

12

LAWATAN RASMI YBTM KASA KE JPS MALAYSIA 14

LAWATAN TEKNIKAL KSU KASA KE KOLAM

TAKUNGAN BANJIR, SRI RAMPAI 16

18 BENGKEL PENYEDIAAN PELAPORAN PENILAIAN

OUTCOME

SIDANG

REDAKSI

PENASIHAT

DATO' Ir. HJ. NOR HISHAM BIN MOHD GHAZALI

PENYELARAS

Ir. HJ. AZMI BI IBRAHIM

KETUA EDITOR

WAN MARHAFIDZ SHAH BIN WAN MOHD. OMAR

EDITOR

NORAZIZAH BINTI ABDUL KADIR

PENOLONG EDITOR

KHADJIJAH BINTI NAWAWI

MUHAMAD BAZLI BIN YAHAYA

MOHD FIRDAUS B. MOKHTAR

SHAHARULINA BINTI ISMAIL

Page 3: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

JPS UPDATES │ 3

A lhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kehadrat ilahi dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita telah

berjaya mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 akibat penularan pandemik COVID-19. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan memperlihatkan kadar jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan semakin rendah dan terkawal. Kebanyakan kes yang dicatatkan sejak kebelakangan ini adalah kes import dan kes-kes yang melibatkan pendatang asing tanpa izin di depot-depot tahanan imigresen. Kita bersyukur kerana tindakan pantas para petugas barisan hadapan telah berjaya membendung penularan COVID-19. Ini menunjukkan Malaysia telah berjaya membendung penularan COVID-19 dengan berkesan dan kini sedang melalui fasa pemulihan. Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada para petugas barisan hadapan yang telah menyumbang kepada kejayaan kita membendung wabak COVID-19 terutamanya pegawai-pegawai JPS di pejabat operasi yang sentiasa komited menjalankan tugas semasa Negara sedang dilanda pandemik COVID-19 bagi memastikan semua operasi Jabatan ini tidak terhenti. Tidak lupa juga kepada pegawai-pegawai yang sentiasa komited melaksanakan kerja di rumah (WFH). Kejayaan ini juga adalah kejayaan kita semua dengan memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa dengan mematuhi semua SOP yang ditetapkan sepanjang PKP dan PKPB dilaksanakan. Sepanjang PKP dan PKPB juga kita telah berjaya melaksanakan beberapa aktiviti dan program bagi memastikan kelangsungan operasi Jabatan tidak terjejas terutamannya lawatan rasmi YB Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) yang diiringi YBhg Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha KASA ke Kompleks JPS Malaysia, Cawangan Jalan Ampang pada 12 Mei 2020 yang pertama kali semenjak beliau dilantik sebagai Menteri KASA. Seterusnya, YB Menteri menyokong penuh akan penekanan dalam penentuan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu berdasarkan konsep Building with Nature, Make Room for Water, Developing Resilience dan Bring Back the Beaches. YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) juga telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia pada 3 Jun 2020 buat pertama kalinya selepas beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri KASA. YB Timbalan Menteri telah diberikan penerangan terperinci oleh Ketua Pengarah JPS berkenaan fungsi utama JPS serta hala tuju Jabatan khususnya dalam merealisasikan RMKe-12.

Syukur jua dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana bermula 10 Jun 2020 Kerajaan Malaysia telah menggantikan PKPB ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Kerajaan telah memberi kelonggaran kepada hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya dan mula beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP. Dianggarkan lebih 70 peratus pegawai-pegawai di JPS telah memulakan tugas masing-masing di pejabat. Dikesempatan ini juga, tidak terlambat lagi saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Jabatan Pengairan dan Saliran yang beragama Islam. Maaf Zahir & Batin. Kedatangan Syawal kali ini benar-benar berbeza. Namun, kita tetap meraikan ketibaannya bersama walaupun dengan pergerakan terbatas. Ketibaan Syawal ini menandakan bulan kemenangan setelah kita berjaya melaksanakan perintah Allah SWT, seterusnya akan disusuli dengan kemenangan kita dalam menghadapi penularan COVID-19. Saya juga menggesa tuan-tuan dan puan-puan agar sentiasa mematuhi SOP dan saranan Kementerian Kesihatan terutamanya menjaga jarak sosial, memakai pelitup muka dan sentiasa basuh tangan dengan sabun atau cecair pembunuh kuman. Semoga kita berjaya dan menang melawan Covid-19. Sekian. #Kitajagakita #Staysafe #Stayathome #Sosialdistance #Pakaipelitupmuka #Pakaihandsanitizer

Dari TintaDari TintaDari Tinta

Wan Marhafidz Shah bin Wan Mohd. Omar Pengarah Bahagian Korporat

KETUA EDITOR

Page 4: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

4 │ JPS UPDATES

P ada 12 Mei 2020, YB Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam

Sekitar dan Air (KASA) telah mengadakan sesi lawatan rasmi ke Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia bertempat di Kompleks JPS Malaysia, Cawangan Jalan Ampang. Turut hadir semasa lawatan tersebut adalah YBhg Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air. YB Menteri telah memulakan sesi dengan menekankan aspek air sebagai sumber kehidupan. Pemeliharaan sumber air adalah satu keberkatan dalam berkhidmat kepada masyarakat. YB Menteri turut mengingatkan akan kepentingan menjaga integriti sebagai penjawat awam.

Seterusnya, YB Menteri menyokong penuh akan penekanan dalam penentuan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-12 Jabatan berdasarkan konsep:- i. Building With Nature - Perancangan

infrastruktur yang mesra alam.

ii. Make Room For Water - Perancangan infrastruktur yang bersinergi dengan saliran air semulajadi.

iii. Developing Resilience - Perancangan infrastruktur yang berdaya tahan.

iv. Bring Back the beaches - Perancangan infrastruktur pantai yang mesra ekonomi dan riadah.

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

Page 5: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

JPS UPDATES │ 5

Page 6: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

6 │ JPS UPDATES

P rogram Infaq Ramadhan 2020 / 1441H "Dekat Di Mata, Kasih Di Hati". Program

ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan ikhlas warga JPS kepada anak-anak yatim/ warga emas/ golongan asnaf yang terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di samping menerapkan rasa simpati dan kasih sayang warga JPS kepada mereka yang memerlukan. Alhamdullilah melalui program ini, PUSPANITA JPS telah menerima sumbangan sebanyak RM7455 daripada warga JPS. Jumlah kutipan ini telah disalurkan ke Pusat Jagaan Kasih Murni Taman Keramat Kuala Lumpur, Rumah Kasih Nurul Hasanah Ulu Klang Selangor, Rumah Anak Yatim Persatuan Kebajikan Al-Islam Huzai Kijal Terengganu, golongan fakir miskin/ asnaf sekitar Kuantan dan Sumbangan kepada

Pengawal Keselamatan serta pekerja pembersihan di JPS. Sumbangan kepada Pusat Jagaan Kasih Murni Taman Keramat, Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ulu Klang dan Sumbangan poket raya kepada Pengawal Keselamatan serta pekerja pembersihan di JPS telah diadakan pada 20 Mei 2020 dan telah disampaikan oleh Pengerusi PUSPANITA JPS Malaysia, YBhg Datin Ir. Noriah binti Abu Bakar diiringi oleh YBhg. Datin Foziah binti Haji Ahmad dan barisan AJK PUSPANITA JPS Malaysia. Sumbangan ke rumah fakir miskin/ asnaf sekitar Kuantan telah dijalankan pada 17 Mei 2020, manakala sumbangan ke Rumah Anak Yatim Persatuan Kebajikan Al-Islam Huzai, Kijal Terengganu telah dilakukan pada 18 Mei 2020.

PROGRAM INFAQ RAMADHAN 2020 / 1441H PROGRAM INFAQ RAMADHAN 2020 / 1441H PROGRAM INFAQ RAMADHAN 2020 / 1441H

"DEKAT DI MATA, KASIH DI HATI""DEKAT DI MATA, KASIH DI HATI""DEKAT DI MATA, KASIH DI HATI"

OLEH : PUSPANITA JPS

Page 7: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

JPS UPDATES │ 7

Page 8: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

8 │ JPS UPDATES

P ada 8 Mei 2020 (Jumaat), satu lawatan telah diadakan oleh YBhg Dato' Ir. Mohd

Azmi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) JPS Malaysia, dengan diiringi oleh Ir. Ratna Rajah, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPSWPKL), bersama pegawai kanan yang lain, Pn. Ir. Hasnizan, Ketua Penolong Pengarah Mekanikal dan Elektrikal JPSWPKL, Pn. Lily Azyyati, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Sungai dan Saliran JPSKL dan Encik Mohamad Razali selaku Pegawai Hidrologi Negeri JPSWPKL ke Sungai Gombak di Jalan Tun Razak dan Sungai Batu di Putra World Trade Centre (PWTC) bagi melihat penambahbaikan kualiti air semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada bulan Mac tempohari. Dato' TKP (Sektor Bisnes) juga dibawa melawat ke tapak pembinaan D4 dan D5 di Sungai Klang bagi menilai keadaan sedia ada projek tersebut. Bagi melihat keberkesanan penambahbaikan kualiti air, JPSWPKL telah menjalankan beberapa pensampelan air sungai bagi mendapatkan bacaan Water Quality Index (WQI). Analisis sampel air sungai dilaksanakan dengan bantuan pihak NAHRIM.

LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (SEKTOR BISNES) JPS MALAYSIA KE KAWASAN PROJEK RIVER OF LIFE

W orld Quran Hour merupakan kempen yang diinisiatifkan oleh Yayasan

Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bertujuan menggalakkan setiap individu berinteraksi dengan Al-Quran melalui baca, faham dan amal. Ia adalah usaha menjadikan nilai-nilai mulia daripada Al-Quran membentuk jiwa berbudi dan penyayang sehingga menjadi cara hidup seharian setiap insan.

Sebagai tanda sokongan terhadap World Quran Hour, Bahagian Korporat melalui Unit Perpustakaan telah mengadakan Program Jom Ngaji@JPS. Warga JPS digalakkan membaca Surah Ar-Rahman pada 13 Mei 2020 (Rabu) bersamaan 20 Ramadhan 1441H.

Sebagai tanda solidariti warga JPS yang mengalunkan bacaan Al-Quran bersama-sama, semua yang terlibat telah merakamkan gambar aktiviti membaca ayat suci Al-Quran bersama keluarga di rumah mahu pun secara atas talian iaitu e-tadarus oleh ahli-ahli PUSPANITA JPS.

OLEH : BAHAGIAN JPSWPKL

PROGRAM JOM NGAJI @ JPS SEMPENA WORLD QURAN HOUR

OLEH : PERPUSTAKAAN JPS

Page 9: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

JPS UPDATES │ 9

7 Mei 20207 Mei 20207 Mei 2020

Page 10: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

10 │ JPS UPDATES

P ada 31 Mei 2020, satu kunjungan hormat telah diadakan oleh YB Dato’ Tuan

Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) ke atas YAB Tuan Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar Kedah bertempat di pejabat Menteri Besar Kedah.

Turut hadir Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KASA, pengurusan tertinggi dari KASA, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia (JPS), CEO Suruhanjaya Perhidmatan Air Negara (SPAN), dan CEO Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Seterusnya, YB Menteri turut melawat Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sg. Kedah/Anak Bukit serta mendengar taklimat yang disampaikan oleh wakil-wakil daripada jabatan di bawah KASA di Negeri Kedah.

KUNJUNGAN HORMAT YB MENTERI KASA KE

ATAS YAB MENTERI BESAR KEDAH

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

Page 11: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

JPS UPDATES │ 11

SelamatSelamat Hari Hari

RayaRaya AidilfitriAidilfitri

Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga kerja

JPS Malaysia dan semua umat islam di

seluruh negara.

Daripada

JPS Malaysia

Selamat Menyambut

2020/1441H

Maaf Zahir & Batin

24 Mei 202024 Mei 202024 Mei 2020

Page 12: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

12 │ JPS UPDATES

P ada 1 Jun 2020, satu kunjungan hormat telah diadakan oleh YB Dato’ Tuan

Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) ke atas YAB Dato' Seri Azlan Bin Man, Menteri Besar Perlis yang bertempat di pejabat Menteri Besar Perlis. Turut hadir YBhg Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KASA, pengurusan tertinggi dari KASA, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia (JPS), CEO Suruhan Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan CEO Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Seterusnya, YB Menteri turut mendengar taklimat daripada wakil-wakil Jabatan dibawah KASA di Negeri Perlis bertempat di Pejabat Pembangunan Negeri Perlis (ICU).

YBhg Dato' Ir. Hj. Nor Hisham bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah JPS Malaysia kemudiannya membuat lawatan susulan ke JPS Perlis untuk berjumpa kakitangan JPS Perlis.

KUNJUNGAN HORMAT YB MENTERI KASA KE KUNJUNGAN HORMAT YB MENTERI KASA KE KUNJUNGAN HORMAT YB MENTERI KASA KE

ATAS YAB MENTERI BESAR PERLISATAS YAB MENTERI BESAR PERLISATAS YAB MENTERI BESAR PERLIS

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

Page 13: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

JPS UPDATES │ 13

Titah Diraja,

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin

Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

Sempena Pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen Keempat

Belas Pada 18 Mei 2020

JPS Malaysia

Page 14: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

14 │ JPS UPDATES

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

P ada 3 Jun 2020, YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad, Timbalan

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia. Turut hadir semasa lawatan tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Air & Pembetungan), Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar) serta pegawai kanan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). YB Timbalan Menteri KASA telah diberikan penerangan terperinci oleh YBhg Dato' Ir. Hj. Nor Hisham bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah JPS Malaysia berkenaan fungsi utama JPS dan hala tuju Jabatan khususnya dalam merealisasikan RMKe-12.

Page 15: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

JPS UPDATES │ 15

Page 16: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

16 │ JPS UPDATES

P ada 05 Jun 2020 (Jumaat), telah diadakan satu Lawatan Teknikal ke Kolam Takungan

Banjir On-line Sri Rampai, Kuala Lumpur oleh YBhg Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan diiringi oleh YBhg Dato’ Ir. Nor Hisham bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah JPS Malaysia, YBhg Dato’ Ir. Mohd. Azmi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) dan Ir. Ratna Rajah Sivapiragasam, Timbalan Pengarah JPS WPKL. Lawatan ini juga turut dihadiri Setiausaha Bahagian Kementerian Alam Sekitar dan Air, Pengarah Bahagian Korporat dan Pengarah Bahagian Rekabentuk Dan Empangan JPS, Pegawai-Pegawai Jabatan Perkhidmatan Pembetungan serta Pegawai-Pegawai Indah Water Konsortium. YBhg. Dato’ Seri KSU dibawa melihat keadaan sekeliling Kolam Takungan Banjir On-Line Sri Rampai yang merupakan sebahagian Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bunus.

LAWATAN TEKNIKAL KSU KASA KE KOLAM TAKUNGAN BANJIR ON-LINE SRI RAMPAI

OLEH : JPS WPKL

LAWATAN PENGURUSAN JPS KE PENEMPATAN PELAJAR TAHFIZ DI AUDITORIUM JPS AMPANG

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

P ada 12 Mei 2020, YBhg Dato' Ir. Hj. Nor Hisham bin Mohd Ghazali, Ketua

Pengarah JPS Malaysia bersama Pengurusan Atasan dan Pengarah Korporat telah mengadakan lawatan untuk meninjau keadaan pelajar-pelajar Akademi Pengajian Islam Seri Petaling yang ditempatkan di Auditorium JPS Ampang.

Page 17: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

JPS UPDATES │ 17

1 Jun 20201 Jun 20201 Jun 2020

Page 18: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

18 │ JPS UPDATES

P ada 23 Jun 2020, Satu bengkel penyediaan pelaporan penilaian outcome

telah diadakan di Bilik Melati JPS Ampang. Bengkel ini merupakan persediaan kepada peserta untuk menyediakan pelaporan penilaian outcome bagi projek yang telah disenarai pendek untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Penilaian Outcome Projek (JKPO) peringkat JPS pada September 2020 akan datang. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan format dan kaedah penyediaan pelaporan Outcome program/projek pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2012 : Garis Panduan Pengukuran Pencapaian Program/Projek Pembangunan Melalui Penilaian Outcome.

Laporan Penilaian Outcome perlu disediakan untuk projek-projek yang telah siap di bawah seliaan setiap Bahagian. Pelaksanaan penilaian outcome ini mempunyai beberapa tujuan yang akan memberi faedah kepada Jabatan, antaranya seperti berikut:-

Dapat menilai keberkesanan sesuatu program/projek pembangunan terhadap kumpulan sasar.

Membantu pihak pengurusan mengenal pasti kelebihan atau kelemahan serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.

Sebagai lesson learnt atau best practices untuk program/ projek pembangunan akan datang.

Membantu pihak pengurusan merangka corrective action bagi mengatasi ketidakcapaian sasaran outcome.

B agi membudayakan nilai inovasi dan kreativiti di kalangan warga kerja, BPMI

telah mengadakan Program Tayangan Video Inovasi (Sesi 1) Untuk Warga BPMI, JPS Malaysia pada 10 Jun 2020 lalu bertempat di Bilik Teratai, JPS Cawangan Ampang, Kuala Lumpur. Tayangan video bertajuk How to Make a Non Stop Heron's Fountain merupakan penerangan terperinci mengenai sejenis mesin hidraulik yang dicipta oleh seorang ahli matematik dan fizik Yunani terkenal di kota Alexandria bernama Heron of Alexandria.

Sewaktu beliau meneliti dan mempelajari prinsip tekanan udara dan wap, beliau telah menciptakan sebuah alat permainan yang boleh mengalirkan air tanpa henti tanpa menggunakan sebarang sumber tenaga elektrik. Permainan ini digunakan beliau sebagai salah satu cara untuk menerangkan kepada masyarakat umum di Kota Alexandria tentang prinsip-prinsip matematik dan fizik serta potensi tenaga yang dapat menghasilkan graviti.

PROGRAM TAYANGAN VIDEO INOVASI (SESI 1) UNTUK WARGA BPMI, JPS MALAYSIA

OLEH : BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INDAN

BENGKEL PENYEDIAAN PELAPORAN PENILAIAN OUTCOME JPS BAGI TAHUN 2020

OLEH : BAHAGIAN AUDIT PRESTASI

Page 19: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

JPS UPDATES │ 19

Sembah Takzim daripada

Seluruh warga kerja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Page 20: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA JPS

20 │ JPS UPDATES

JPSJPSJPS EDISI MEI - JUN 2020

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIAJABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIAJABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA