JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA · mewarna kategori kanak-kanak, pertandingan pukul bantal,...

16
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA EDISI KOMBO OGOS-SEPTEMBER 2019 menarik didalam : WWW.WATER.GOV.MY MAJLIS SAMBUTAN KORBAN DAN AQIQAH SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1441H LAWATAN TEKNIKAL OLEH KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA AKTIVITI PENILAIAN INSPEKTORAT (API) twitter.com/ JPS Malaysia facebook.com/ Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - DID instagram.com/ jpsmalaysia http://water.spab.gov.my “waterways in our communities” Sambutan Hari Sungai Sedunia 2019

Transcript of JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA · mewarna kategori kanak-kanak, pertandingan pukul bantal,...

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN, MALAYSIA

EDISI KOMBO OGOS-SEPTEMBER 2019

menarik didalam :

W W W . W A T E R . G O V . M Y

MAJLIS SAMBUTANKORBAN DAN AQIQAH

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1441H

LAWATAN TEKNIKAL OLEHKETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

AKTIVITI PENILAIAN INSPEKTORAT(API)

twitter.com/JPS Malaysia

facebook.com/Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - DID

instagram.com/jpsmalaysia http://water.spab.gov.my

“waterways in our communities”

Sambutan Hari Sungai Sedunia2019

Isi Kandunganmenarik didalam

03 Dari Tinta

04Hari Sungai Sedunia 2019

07 - MOU JPS dan USM- MOU JPS dan Universiti Nilai- Temuramah Hari Sungai Sedunia 2019

08-Program JKKP JPS Malaysia-Mesyuarat JET kali Ke-35-Seminar Ukur Bahan

10 - Majlis Perhimpunan KATS- Majlis Perhimpunan JPS- Research Colloquium 2019

11- Technical Visit oleh Ketua Pengarah- Pembentangan Idea SIstem Ez-P- Sambutan Maal Hijrah 1441H

12 - Majlis Korban dan Aqiqah

13- POP di Lembangan Sungai Linggi- JPS@Komuniti

14 - Mesyuarat Pembangunan Perpustakaan Bil. 2- Bengkel Pemukiman SME- Mesyuarat JPPP Bil. 5

15- Aktiviti Penilaian Inspektorat- Ekspedisi Sumber Air Negara 2019

SIDANG REDAKSIPENASIHATYBhg. DATO’ Ir. HJ. ABDULLAH B. ISNIN

PENYELARASYBrs. Ir. HJ. AZMI BIN IBRRAHIM

KETUA EDITORHJ. MAT SUPRI BIN KASA

EDITORNORAZIZAH BINTI ABDUL KADIR

PENOLONG EDITORNADIAH BT. ABD. KADIRMOHAMAD YASSIN BIN SALIKANINTAN SURAYA BINTI AYOBMOHD. FIRDAUS B. MOKHTAR

DariTintaKETUA EDITOR

Hj. Mat Supri B. KasaPengarah Korporat, JPS Malaysia

Selamat menyambut Hari Sungai Sedunia kepada semua warga JPS. Pada tahun ini hari sungai sedunia disambut dengan jayanya Dataran Sungai Selangor, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor pada hari Ahad, 29 September 2019 dengan tema sambutan pada tahun ini adalah “Waterways In Our Communities”. Hari sungai sedunia telah ditetapkan pada hari ahad terakhir dalam bulan September pada setiap tahun sebagai acara tahunan yang dianjurkan oleh agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang tanggungjawap serta keperluan memelihara sungai agar sentiasa bersih dan indah.

Di Malaysia, sungai menyumbang 97 peratus daripada keperluan sumber air Negara. Kemerosotan kualiti air sungai pada masa sekarang berada pada tahap membimbangkan berikutan pembangunan pesat yang dialami oleh Negara. Keadaan ini terbukti sejak kebelakangan ini iaitu isu alam sekitar diancam dari pelbagai sudut disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak beretika. Antara punca-punca lain yang menyumbang kepada pencemaran ini adalah tindakan manusia yang gemar membuang sampah di merata-rata tempat. Pencemaran dan kerosakan sungai juga adalah berkait rapat dengan sikap pelbagai lapisan masyarakat sama ada pengilang, penternak, petani, peladang dan penduduk setempat yang tidak menghargai sungai sebagai sumber asas yang penting. Sudah tiba masanya masyarakat mengubah mentaliti ke arah yang lebih optimis agar mereka tidak sewenang-wenangnya melakukan pencemaran alam sekitar yang akan memberi kesan buruk kepada sungai. Masyarakat seharusnya mempunyai rasa tanggungjawap terhadap aspek penjagaan alam sekitar dengan menguruskan pembuangan sampah secara lebih sistematik.

Sempena Sambutan Hari Sungai Sedunia ini, semua pihak seharusnya sedar bahawa sungai yang tercemar akan memberi kesan negatif dalam kehidupan seharian. Ini kerana, pencemaran sungai membawa kepada pencemaran dalam rantaian makanan dan akhirnya menyebabkan punca kepada pelbagai jenis penyakit. Oleh itu, pemeliharaan sungai menjadi tanggungjawap semua lapisan masyarakat di Malaysia.

JPS UPDATES | 3

“waterways in our communities”

Sambutan Hari Sungai Sedunia2019

Satu majlis sambutan dan perasmian Hari Sungai Sedunia peringkat kebangsaan yang bertemakan "Waterways in our Communities" telah diadakan di Dataran Sungai Selangor, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu pada 29 September 2019.

Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah & Sumber Asli. Majlis sambutan ini dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri, Agensi-agensi kerajaan negeri, pegawai-pegawai kanan JPS dan penduduk setempat. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah diadakan di sambutan ini antaranya pameran kesedaran, pertandingan mewarna kategori kanak-kanak, pertandingan pukul bantal, human tower dan lain-lain.

Melalui sambutan ini, JPS mensasarkan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan sungai di dalam kehidupan dan menyarankan masyarakat untuk bersama-sama menggalas tanggungjawab menjaga kelestarian alam sekitar dan sungai.

OLEH : BAHAGIAN PENGURUSAN LEMBANGAN SUNGAI

#worldriversday2019 #harisungaisedunia

4 | JPS UPDATES

pelbagai aktiviti -aktiviti yang dilaksanakan

JPS UPDATES | 5

sambutan sepanjang bulan Ogos dan September 2019

6 | JPS UPDATES

Pada 1 Ogos 2019 (Khamis), telah berlangsungnya Majlis Menandatangani 'Memorandum of Understanding' di antara Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) Dengan Universiti Sains Malaysia (USM). Pemeteraian Persefahaman ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPS Malaysia, Dato' Ir Hj Abdullah Isnin dan Naib Canselor USM, Professor Datuk Dr. Asma Ismail bertempat di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM OF UNDERSTANDING DI ANTARA JPS DAN USM

Majlis Menandatangani 'Memorandum Of Understanding' di antara Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia (JPS) dengan Universiti Nilai telah diadakan pada 17 September 2019 (Selasa) bertempat di Universiti Nilai. Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah JPS, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar), Pengarah Kanan, Pengarah Bahagian serta Pegawai-Pegawai JPS.

Pada 26 September 2019, Rancangan Selamat Pagi Malaysia di saluran RTM TV1 telah menemuramah Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, Tuan Haji Md. Khairi Bin Selamat bersempena Hari Sungai Sedunia 2019.

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

OLEH : BAHAGIAN PENGURUSAN LEMBANGAN SUNGAI

MAJLIS MENANDATANGANI 'MEMORANDUM OF UNDERSTANDING' DI ANTARA JPS DENGAN UNIVERSITI NILAI

TEMURAMAH SEMPENA HARI SUNGAI SEDUNIA 2019

JPS UPDATES | 7

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) JPS Malaysia Bil.3/2019 telah diadakan pada 23 September 2019 bertempat di JPS BPME Kuala Terengganu. Manakala Taklimat dan Lawatan Penandaarasan diadakan pada 24 September 2019 di Institut Teknologi Petronas (INSTEP), Bukit Rakit Terengganu. Taklimat DOSH & Bengkel Penyediaan Prosidur Kerja Selamat turut diadakan pada 24 & 25 September 2019 bertempat di JPS BPME Kuala Terengganu.

OLEH : BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

Pada 17- 18 September 2019 telah berlangsungnya satu mesyuarat Joint Evaluation Team (JET) Kali Ke-35 bertempat di Aseania Resort and Spa, Langkawi Kedah. Mesyuarat ini adalah di bawah ‘Projek Usahasama Antara Kerajaan Malaysia Dan Thailand – Pemuliharaan Muara Sungai Golok’ susulan daripada perjanjian kerjasama yang ditandatangani di bawah bidang pertanian pada 26 Feb 1979 dan perjanjian dibawah Projek Pembaikan Muara Sungai Golok di antara Kerajaan Malaysia dan Thailand yang telah ditandatangani pada 8 Mac 1997.

Jawatankuasa JET merupakan jawatankuasa kecil yang ditubuhkan untuk menjalankan penilaian terperinci di muara sungai golok dan mengesyorkan sebarang penyelarasan untuk di angkat ke Jawatankuasa JTWG dan seterusnya Jawatankuasa JSC. Rundingan bersama diantara Kerajaan Thailand dan Malaysia ini telah diadakan secara rutin pada setiap tahun bermula pada tahun 1979 secara bergilir-gilir sehingga ke hari ini.

OLEH : BAHAGIAN PENGURUSAN ZON PANTAI

Pada 18 hingga 19 September 2019, Bahagian Ukur Bahan & Pengurusan Kontrak Ukur Bahan telah menganjurkan Seminar Ukur Bahan JPS Malaysia Tahun 2019 di Akademi Perikanan Malaysia, Chendering, Kuala Terengganu.

Seramai 52 orang peserta termasuk pegawai BUBPK dan wakil dari setiap negeri telah menyertai seminar ini.

Perasmian penutupan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, YBhg. Dato' Ir. Sabri bin Abdul Mulok.

OLEH : BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK

PROGRAM PENANDAARASAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN (JKKP) JPS MALAYSIA 2019

MESYUARAT ‘JOINT EVALUATION TEAM (JET)’ KALI KE-35

SEMINAR UKUR BAHAN JPS MALAYSIA TAHUN 2019

8 | JPS UPDATES

Tahniah diucapkan kepada senarai penerima Pemangkuan Gred Utama Jusa C seperti berikut:

1. YBhg Datuk Ir. Gapar bin Asan - Pengarah JPS Selangor2. Ir. Amiruddin bin Alaldin - Pengarah Pengurusan Zon Pantai3. Ir. Tajudin bin Sulaiman - Pengarah HTC KL4. En. Mat Supri Bin Kasa - Pengarah Projek Khas5. Ir. Rozman bin Mohamad - Pengarah Rekabentuk dan Empangan6. Ir. Mohd. Nor bin Bidin - Pengarah JPS Pahang

Setinggi tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato' Ir. Jamil bin Shaari dilantik sebagai Pengarah Bahagian Saliran Mesra Alam dan juga kepada Ir. Hj. Mohd Razali bin Husain yang dilantik sebagai Pengarah Operasi Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara berkuatkuasa 19 Ogos 2019.

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

sekalung tahniah !sekalung tahniah !sekalung tahniah !

JPS UPDATES | 9

Pada 8 ogos 2019, Warga Kerja JPS menyertai Perhimpunan Bulanan KATS bersama Menteri Air Tanah dan Sumber Asli serta pelancaran Bulan Kebangsaan di Wisma Sumber Asli, Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli, Putrajaya. Sempena majlis tersebut juga, seluruh warga kementerian dan jabatan di bawah kementerian bersama sama menyokong program makan buah-buahan tempatan terutama 'raja buah'.

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

Pada 18 September 2019, Majlis Perhimpunan JPS Bil 5/2019 telah diadakan di Perkarangan Ibu Pejabat JPS Malaysia. Majlis juga diserikan dengan sambutan Hari Malaysia dimana warga JPS mengibarkan Bendera Malaysia dengan iringan lagu Jalur Gemilang.

Pada 4 hingga 5 September 2019, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah menganjurkan Program Research Colloquium 2019 dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Dengan tema Acculturation of Research in the Public Sector, program selama dua hari ini telah berlangsung di Auditorium INTAN Bukit Kiara dengan harapan dapat memangkin budaya penyelidikan dalam kalangan penjawat awam.

Objektif Research Colloquium 2019:1. Berkongsi ilmu dan hasil kajian.2. Mengenalpasti hasil kajian yang mempunyai implikasi ke atas dasar Kerajaan bagi cadangan penambahbaikan.3. Mengenal pasti kajian yang sesuai untuk diterbitkan.

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KATS

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JPS

RESEARCH COLLOQUIUM 2019

10 | JPS UPDATES

Pada 25 Ogos 2019, Ketua Pengarah JPS Malaysia bersama Delegasi KATS mengiringi YB Menteri KATS Dr Xavier Jayakumar melawat Solrodgard Wastewater Treatment Plant di Hillerod, Denmark. Lawatan kerja ini merupakan lawatan misi strategik Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli untuk pemantapan pengurusan Sumber air dan industri air.

OLEH : PEJABAT KETUA PENGARAH

TECHNICAL VISIT TO WASTEWATER TREATMENT PLANT IN HILLEROD,

DENMARK

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1441H PERINGKAT KEBANGSAAN

Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak (BUBPK) JPS Malaysia telah mengadakan satu (1) pembentangan idea bagi sistem pembayaran interim iaitu sistem Ez-P untuk penyediaan JKR 66. Ia telah berlangsung pada 28 Ogos 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat BUBPK dan telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari bahagian-bahagian di Ibu Pejabat JPS.

Pembentangan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas pengguna berkenaan potensi idea ini untuk dibangunkan di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

OLEH : BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK

Pada 1 Muharram 1441h bersamaan 1 September 2019, Ketua Pengarah bersama Pegawai-pegawai Ibu Pejabat JPS telah menghadiri Sambutan Maal Hijrah 1441h Peringkat Kebangsaan di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Slogan sambutan Maal Hijrah tahun 1441h ini ialah Menyantuni Ummah Membawa Berkat.

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

PEMBENTANGAN IDEA SISTEM Ez-P UNTUK PENYEDIAAN JKR 66

JPS UPDATES | 11

Pada 14 Ogos 2019, Jawatankuasa Pembangunan Islam (JPI) JPS Malaysia telah mengadakan Majlis Korban dan Aqiqah Peringkat JPS Malaysia bertempat di JPS Cawangan Ampang. Sambutan majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pengarah dan pengarah-pengarah JPS Malaysia serta disambut dengan begitu meriah.

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

Majlis Korban & Aqiqah JPS Malaysia

12 | JPS UPDATES

MERDEKA SG. LINGGI FUN RUN 2019 DAN PENANAMAN POKOK SEMPENA PUBLIC OUTREACH PROGRAMME JPSNS DI LEMBANGAN SUNGAI LINGGI

SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN MAJLIS METERAI USAHASAMA BERSAMA MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG

"Merdeka Sungai Linggi Fun Run 2019 " yang telah diadakan pada 17 Ogos 2019 adalah merupakan cetusan cadangan idea baharu diperkenalkan di bawah usaha Jabatan Pengairan dan Saliran sebagai salah satu cadangan mendekatkan rakyat dengan sumber air iaitu sungai. Lembangan Sungai Linggi , sepanjang 65km bermula daripada kawasan pantai sehingga ke Port Dickson . Lembangan Sungai Linggi juga merupakan “main spine’' kepada Negeri Sembilan dan pelbagai aktiviti dijalankan di sepanjang sungai tersebut. Kerajaan juga turut telah menjalankan kerja-kerja menaiktaraf sungai ini melalui RancanganTebatan Banjir di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran dan pada ketika ini telah disiapkan 30km panjang sungai berkenaan.

Cadangan program Fun Run ini adalah salah satu program di bawah Kelab Sukan dan Sosial JPS Negeri Sembilan bagi menarik minat rakyat dalam menghargai sumber air di Negeri Sembilan . lni juga diharap dapat mengalakkan semangat kesukanan dalam melahirkan penjawat awam yang aktif dan proaktif.

OLEH : JPS NEGERI SEMBILAN

Susulan daripada Mesyuarat JTJPS Bil.2/2019 pada 29 April 2019 yang lalu, Ybhg. Dato’ Ketua Pengarah JPS Malaysia telah bersetuju untuk menerima pakai penggunaan ArcGIS Online dalam pelaksanaan jps@komuniti sebagai satu langkah untuk memperkasakan peranan Jurutera Daerah dalam mengurus isu-isu bidang utama jabatan. Sehubungan dengan arahan Ybhg. Dato’ Ketua Pengarah tersebut, Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Fasiliti dan GIS (BPFG) telah mengadakan dua (2) sesi bengkel Pembangunan Laporan Profil Daerah JPS@Komuniti Menggunakan Sistem ArcGIS Online untuk daerah-daerah dalam Negeri Pahang, Pulau Pinang dan Terengganu pada 15 hingga 16 Ogos 2019 (Negeri Pahang) dan 21 hingga 22 Ogos 2019 (Negeri Pulau Pinang dan Terengganu) bertempat di Makmal Komputer Seroja, JPS Ampang dan di Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai bagi merealisasikan amanat YBhg. Dato’ Ketua Pengarah JPS Malaysia.

OLEH : JPS NEGERI SEMBILAN

BENGKEL PEMBANGUNAN LAPORAN PROFIL DAERAH JPS@KOMUNITI MENGGUNAKAN SISTEM ARCGIS ONLINE BAGI JPS DAERAH NEGERI

PAHANG, PULAU PINANG DAN TERENGGANU

JPS UPDATES | 13

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Perpustakaan Bil.2/2019 telah diadakan pada 13 September 2019 dan dipengerusikan oleh Pengarah Kanan (Sektor Pengurusan). Terima kasih kepada wakil bahagian yang telah hadir.

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Perpustakaan Bil.2/2019 telah diadakan pada 13 September 2019 dan dipengerusikan oleh Pengarah Kanan (Sektor Pengurusan). Terima kasih kepada wakil bahagian yang telah hadir.

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

OLEH : BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program Pembangunan (JPPP) Bil 5/2019 telah diadakan pada 19 hingga 20hb September 2019 bertempat di Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri Bangunan Sultan Ismail, Johor. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes).

Seterusnya ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Program Pembangunan JPS Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) telah dibawa melawat ke Projek Pembangunan Infrastruktur Sistem Saliran untuk Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC), Johor pada 19 September 2019.Terima kasih diucapkan kepada JPS Johor yang telah menjadi tuan rumah pada mesyuarat kali ini.

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN PERPUSTAKAAN BIL.2/2019

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROGRAM

PEMBANGUNAN (JPPP) BIL 5/2019

BENGKEL PEMUKIMAN SUBJECT MATTER EXPERT (SME)

#malaysiamembaca #jpsmembaca

14 | JPS UPDATES

Aktiviti Penilaian Inspektorat (API) oleh ICU, JPM telah dijalankan pada 4 hingga 19 September 2019 ke atas program/projek pembangunan RMKe-11 yang telah siap sepenuhnya untuk dinilai pematuhan kepada amalan terbaik pengurusan projek (best practices). Sebanyak tujuh (7) projek JPS telah terpilih untuk dinilai dan empat (4) daripadanya terlibat dengan lawatan tapak :

1. Projek Pembersihan Dan Pengindahan Sg Muar Bandar Di Raja, Muar, Johor (Parcel 1)2. Menaiktaraf Sistem Saliran Dan Pembinaan Pipe Jacking Untuk Projek Saliran Bandar Kulai Johor3. Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Jimah, Mukim Jimah, Port Dickson, Negeri Sembilan4. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Simin Pakej 2, Daerah Seremban5. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Linggi Fasa 36. Rancangan Tebatan Banjir Gemas7. Projek Pemuliharaan Muara Sungai Pahang (Fasa 3) Daerah Pekan, Pahang

Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan proses dan prosedur kerja yang betul mengikut pekeliling/garis panduan yang berkuat kuasa. Selain daripada itu, aktiviti ini juga dapat menjadi penanda aras (benchmark) terhadap organisasi serta berkeupayaan menambah baik kualiti perkhidmatan dan akauntabiliti untuk mewujudkan sebuah organisasi yang cemerlang.

Bersempena dengan bulan sambutan Hari Sungai Sedunia, satu program Ekspedisi Sumber Air Negara di Negeri Terengganu telah dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran, UNESCO-IHP dan Kerajaan Negeri Terengganu pada 9 – 12 September 2019. Program ini yang mengumpulkan peserta-peserta terdiri dari Pihak Media, Penyelidik-Penyelidik, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan bertujuan memberi pendedahan tentang senario semasa dan kepentingan untuk memelihara sumber air.

Para peserta dibawa mengembara dari permulaan Hulu Sungai Terengganu iaitu di Tasik Kenyir sehingga ke Muara Sungai Terengganu iaitu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Antara destinasi ekspedisi ini ialah Warisan Pahlawan Resort, Kelah Sanctuary Kenyir, Gua Bewah, Air terjun Lasir, Kenyir Elephant Village Conservation, Pusat Konservasi Tuntung, Stesen Janakuasa Empangan Kenyir, Muzium Negeri Terengganu, Loji Rawatan Air Sykt Air Terengganu, Bengkel pembuatan Bot Pulau Duyung dan Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu.

Di kesempatan ekspedisi ini juga para peserta diberi pendedahan mengenai tugas-tugas serta projek-projek pembangunan yang telah dilaksanakan oleh JPS Negeri Terengganu. Antaranya ialah Kenyir Elephant Conservation Village, Tembok Pemecah Ombak Tok Jembal dan Canopy Walk Kelah Sanctuary.

OLEH : BAHAGIAN KORPORAT

OLEH : BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

AKTIVITI PENILAIAN INSPEKTORAT (API)

EKSPEDISI SUMBER AIR NEGARA 2019

JPS UPDATES | 15

DEPARTMENT OF IRRIGATION AND DRAINAGE, MALAYSIA

JAYAKAN PERKHIDMATAN SEMPURNA