JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

36
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA PELAN OPERASI LATIHAN (POL) TAHUN 2020 (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2005) JANUARI 2020

Transcript of JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

Page 1: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

PELAN OPERASI LATIHAN (POL) TAHUN 2020

(Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2005)

JANUARI 2020

Page 2: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

2 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Mukasurat

1.0 LATARBELAKANG JABATAN 4

1.1 VISI JABATAN 6

1.2 MISI JABATAN

1.3 OBJEKTIF JABATAN

1.4 FUNGSI JABATAN

2.0 OBJEKTIF LATIHAN JABATAN 7

3.0 STRATEGI LATIHAN 8

3.1 SIGNIFIKAN PERANCANGAN LATIHAN DALAM

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

3.2 KUMPULAN SASARAN 12

3.3 KAEDAH PENYAMPAIAN LATIHAN 13

3.4 KEMUDAHAN PUSAT LATIHAN JABATAN

4.0 PELAKSANAAN LATIHAN 15

4.1 PEMATUHAN SISTEM MS ISO 9001:2015 –

PENGURUSAN KURSUS BERJADUAL, BPMI JPS

MALAYSIA

4.1.1 OBJEKTIF KUALITI 16

4.1.2 KANDUNGAN DOKUMEN KUALITI

4.2 KAJIAN KEPERLUAN PEMBELAJARAN (LNA) 17

4.3 PELAKSANAAN LATIHAN 19

4.4 PENILAIAN PROGRAM LATIHAN 20

4.5 PEMANTAUAN PELAKSANAAN LATIHAN JABATAN 23

5.0 PERANCANGAN LATIHAN 25

5.1 KURSUS BERJADUAL

5.2 LATIHAN LUAR JADUAL

6.0 BAJET LATIHAN 26

7.0 FAEDAH LATIHAN 26

8.0 KESIMPULAN 27

Page 3: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

3 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

SENARAI LAMPIRAN

Bil. Perkara Mukasurat

1.0 LAMPIRAN A : CARTA STRUKTUR ORGANISASI

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

MALAYSIA

28

2.0 LAMPIRAN B : SENARAI KURSUS BERJADUAL TAHUN

2020

29-32

3.0 LAMPIRAN C : BORANG PENILAIAN PENGURUSAN

KURSUS MENGIKUT MS ISO

9001:2015

33

4.0 LAMPIRAN D1 dan D2 : BORANG PENILAIAN PENCERAMAH

MENGIKUT MS ISO 9001:2015

34-35

5.0 LAMPIRAN E : BORANG PENILAIAN KEBERKESANAN

KURSUS MENGIKUT MS ISO

9001:2015

36

Page 4: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

4 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

PELAN OPERASI LATIHAN JPS MALAYSIA TAHUN 2020

1.0 LATARBELAKANG JABATAN

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 telah menerangkan

dengan jelas akan keperluan pelaksanaan Dasar Latihan Sumber

Manusia Sektor Awam (DLSMSA) untuk semua pegawai Perkhidmatan

Awam. DLSMSA menetapkan bahawa setiap anggota perkhidmatan

awam perlu melengkapkan diri dan dilengkapkan dengan sikap

(attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang

bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang

terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan

pembelajaran berterusan.

Oleh itu, Pelan Operasi Latihan (POL) Tahun 2020 bagi Jabatan Pengairan

dan Saliran Malaysia dirangka berdasarkan pendekatan Pengurusan

Sumber Manusia Berasaskan Kompetensi (Competency Based Human

Resources Management – CBHRM).

Struktur latihan yang digubal melalui POL akan dapat membangunkan

kompetensi yang bersesuaian di kalangan warga kerja JPS bagi

penyampaian perkhidmatan yang tinggi melalui kursus/ latihan dengan

penetapan kehadiran sekurang-kurangnya empat (4) hari berkursus

setahun.

Page 5: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

5 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

JPS terdiri kepada tiga (3) sektor utama dan setiap sektor pula terdiri

daripada beberapa bahagian iaitu:-

i. Sektor Bisnes

a) Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai;

b) Bahagian Pengurusan Zon Pantai;

c) Bahagian Projek Khas;

d) Bahagian Saliran Mesra Alam;

e) Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi; dan

f) Bahagian Pengurusan Banjir

ii. Sektor Pakar

a) Bahagian Rekabentuk dan Empangan;

b) HTC Kuala Lumpur;

c) Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal;

d) Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak; dan

e) Bahagian Bangunan dan Infrastruktur

iii. Sektor Pengurusan

a) Bahagian Khidmat Pengurusan;

b) Bahagian Pengurusan Maklumat;

c) Bahagian Pembangunan Modal Insan;

d) Bahagian Korporat;

e) Bahagian Audit Prestasi; dan

f) Bahagian Pengurusan Fasiliti & GIS

(Sila rujuk kepada LAMPIRAN A – Carta Struktur Organisasi Jabatan

Pengairan dan Saliran Malaysia).

Page 6: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

6 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

1.1 VISI JABATAN

Peneraju Perkhidmatan Kepakaran Kejuruteraan dan Pengurusan

Sumber Air Negara

1.2 MISI JABATAN

Menyediakan perkhidmatan kepakaran kejuruteraan dan

pengurusan sumber air merangkumi pengurusan lembangan sungai,

zon pantai serta pengurusan banjir dan kemarau secara bersepadu

bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan memastikan sekuriti

air dan kelestarian alam sekitar.

1.3 OBJEKTIF JABATAN

Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang di luar kemampuan

sesuatu kumpulan sasar dan seterusnya memastikan penggunaan

tanah yang optimum dan pengurusan air negara yang cekap.

1.4 FUNGSI JABATAN

Menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam

perancangan, rekabentuk dan pelaksanaan program-program

pengurusan banjir, lembangan sungai, zon pantai, saliran mesra

alam serta sumber air dan hidrologi. Perkhidmatan kami akan

berdasarkan amalan kejuruteraan terbaik dengan mengambilkira

kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial.

Page 7: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

7 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

2.0 OBJEKTIF LATIHAN JABATAN

Program latihan JPS dibangunkan bertujuan untuk mencapai objektif

Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), JPS Malaysia iaitu

melahirkan warga yang kompeten melalui latihan yang sistematik dan

berkesan.

Program Latihan JPS dibangunkan bertujuan untuk mencapai objektif-

objektif berikut:-

i. PEMBENTUKAN SIKAP dengan melahirkan warga kerja yang

mempunyai nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif dalam

melaksanakan tugas;

ii. PENINGKATAN PENGETAHUAN dengan menyediakan anggota yang

berkelayakan dan mempunyai pengetahuan yang diperlukan

dalam menjalankan tugas bagi mencapai objektif organisasi;

iii. PENINGKATAN KEMAHIRAN dengan melahirkan pekerja yang

berkebolehan, berkemahiran dalam mencapai hasil kerja yang

bermutu, berkualiti tinggi bagi meningkatkan produktiviti dan prestasi

organisasi;

iv. MEWUJUDKAN NILAI CIPTA (value creation) dan NILAI TAMBAH (value

added); dan

v. Menyediakan HALA TUJU KEMAJUAN KERJAYA

Page 8: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

8 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

3.0 STRATEGI LATIHAN

3.1 SIGNIFIKAN PERANCANGAN LATIHAN DALAM PEMBANGUNAN MODAL

INSAN

Bagi mencapai objektif latihan yang ditetapkan serta bersesuaian

dengan model kompetensi Jabatan, program latihan yang akan

dianjurkan adalah meliputi beberapa kategori kompetensi seperti

berikut :-

i. Fungsian;

ii. Generik;

iii. Tingkahlaku;

iv. ICT & Bahasa;

v. Teknikal; dan

vi. Teknikal Generik

Pelaksanaan latihan berdasarkan kompetensi fungsian, ICT, teknikal

generik dan teknikal menjurus kepada bidang utama JPS serta

Bahagian-bahagian manakala pelaksanaan kursus berdasarkan

kompetensi generik dan tingkahlaku bertujuan menyemai dan

membudayakan nilai-nilai murni, memupuk semangat kerja

berpasukan, meningkatkan motivasi diri dan program-program yang

dapat membantu job-enrichment, job-enhancement serta

multitasking.

Page 9: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

9 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

Perincian bagi program pembangunan kompetensi/ kategori latihan

yang disediakan oleh jabatan adalah sebagaimana berikut :-

i. Fungsian

Pelaksanaan kursus fungsian menjurus kepada core business

JPS serta Bahagian-bahagian contohnya seperti :-

a) Program Pengurusan Kewangan & Akaun;

b) Program Pengurusan Kualiti; dan

c) Program Pengkhususan Lain (mengikut Bahagian-

bahagian)

ii. Generik

Pelaksanaan kursus generik menjurus kepada program-

program bagi tujuan pembangunan nilai-nilai murni, semangat

kerja berpasukan, semangat motivasi dan program-program

yang dapat membantu job-enrichment, job-enhancement

serta multitasking. Antaranya seperti berikut:-

a) Penyeliaan dan Pengurusan Projek;

b) ‘Soft Skill’ seperti Penilaian Tender Kerja dan Kursus

Lantikan Terus, Requisition dan Sebutharga Kerja;

c) Kursus kemahiran seperti Kursus Project Management

Body of Knowledge (PMBOK); dan

d) Program umum untuk gred jawatan tertentu seperti

Kursus Pemantapan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam

Page 10: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

10 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

iii. Tingkahlaku

Dalam memastikan modal insan yang berkualiti, pegawai

bukan sahaja dilengkapi dengan pengetahuan teknikal dan

teknikal generik, Jabatan ini juga telah membangunan kursus

yang berkaitan tingkahlaku. Antara kursus yang berkaitan

tingkahlaku yang akan dilaksanakan adalah kursus yang

bercorak kepimpinan seperti Kursus School of Leadership (SOL).

iv. Information and Communication Technologies (ICT) & Bahasa

Pada zaman kecanggihan teknologi pada masa kini,

kemahiran dalam ICT adalah penting sebagai alat bagi

memudahkan tugasan harian di pejabat. Kursus ICT tidak

ketinggalan dalam pelaksanaannya. Kursus ICT yang akan

dilaksanakan di Jabatan ini adalah Kursus Penghasilan Slide

Presentation Menggunakan Microsoft Power Point dan

Pengurusan Maklumat InfoPortal dan Portal JPS.

v. Teknikal

Pelaksanaan kursus teknikal penting bagi penyampaian

perkhidmatan JPS secara effektif dan optimum dalam

mencapai misi dan visi JPS. Kursus teknikal yang menjurus

kepada teknologi dan situasi terkini yang menepati bisnes

utama JPS adalah seperti:-

a) Pengurusan banjir seperti Kursus Flood Risk and Flood

Damage Assessment dan Kursus Planning and Design of

Flood Mitigation System;

Page 11: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

11 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

b) Pengurusan zon pantai seperti Kursus Hakisan Pantai dan

Pemuliharaan Muara Sungai;

c) Pengurusan saliran mesra alam seperti Kursus

Rekabentuk Sistem Saliran Mesra Alam; dan

d) Pengurusan sumber air seperti Kursus Ramalan dan

Amaran Banjir dan Kursus Pengurusan Data Hidrologi dan

Analisis

vi. Teknikal Generik

Kursus Teknikal Generik diperlukan bagi melancarkan tugasan

harian di Jabatan. Pelaksanaan Kursus kompetensi Teknikal

Generik perlu dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan

atau tugasan yang dipertanggungjawabkan dilaksana

dengan mengikut tatacara yang betul berdasarkan amalan

yang sedang berkuatkuasa. Antara kursus Teknikal Generik

yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:-

a) Pengurusan projek seperti Kursus Advanced Project

Monitoring & Control (How To Manage Project Changes,

EOT Application & Justification & Handling Delay); dan

b) Pengurusan nilai seperti Kursus Value Management

Module I

Page 12: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

12 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

3.2 KUMPULAN SASARAN

Penetapan kumpulan sasaran bagi sesuatu kursus adalah

berdasarkan modul dan outcome pembelajaran yang telah

ditetapkan. Kumpulan sasaran yang ditetapkan mengikut kategori

seperti berikut:-

i. Untuk kakitangan Teknikal

a) H11 - JA40

b) H11 ke atas

c) JA29 - J44

d) JA29 ke atas

e) JA38 ke bawah

f) J41 ke atas

g) J44 ke atas

ii. Untuk kakitangan bukan teknikal

a) Gred 19 - 44

b) Gred 29 ke atas

iii. Terbuka

a) Kakitangan JPS Malaysia

b) Kakitangan Jabatan/ Agensi selain JPS Malaysia

iv. Dipilih

Bermaksud peserta kursus yang telah ditentukan oleh sesuatu

entiti samada penyelaras/ jawatankuasa/ organisasi

Page 13: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

13 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

3.3 KAEDAH PENYAMPAIAN LATIHAN

Antara kaedah penyampaian latihan yang dipraktikkan di Jabatan

adalah seperti pada jadual di bawah:-

Bil Jenis Latihan Kaedah Latihan

1. Latihan Peningkatan

Pengetahun

Kuliah, Ceramah, Seminar,

Symposium, Audio-visual,

Persidangan

2. Latihan Peningkatan

Kemahiran

On Job Training, Work

Attachment, Role Play, Tunjuk

Cara, Lawatan Tapak

3. Latihan Pembentukan Sikap Sensitivity Training, Team Building,

Management Games

3.4 KEMUDAHAN PUSAT LATIHAN JABATAN

JPS Malaysia mempunyai tiga (3) buah Institut Latihan yang dikenali

sebagai Institut Pembangunan Modal Insan (IPMI) iaitu:-

i. IPMI (Zon Tengah), Kuala Lumpur;

ii. IPMI (Zon Utara), Ipoh, Perak; dan

iii. IPMI (Zon Timur), Kota Bahru, Kelantan

Lokasi ketiga-tiga institut ini terletak di kawasan strategi sekitar

bandar utama di tiga (3) negeri semenanjung Malaysia (Kuala

Lumpur, Perak dan Kelantan) bertujuan untuk memudahkan para

peserta atau pelanggan mendapatkan accessability khususnya

Page 14: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

14 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas,

keretapi, kapal terbang dan sebagainya.

Persekitaran kawasan institut juga dikelilingi bangunan-bangunan

kerajaan dan pusat-pusat aktiviti perniagaan seperti kedai

serbaneka, medan selera, pejabat pos, bank, mesin ATM dan

kemudahan hospitaliti lain bagi memudahkan para peserta yang

mempunyai sebarang urusan harian.

Selain itu, institut turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk

kegunaan peserta kursus antaranya seperti:-

i. Dewan Kuliah

ii. Makmal Komputer

iii. Dewan Makan

iv. Dewan Serbaguna

v. Asrama Penginapan Penceramah

vi. Asrama Penginapan Peserta

vii. Tempat Riadah

viii. Gelanggang Sukan (tenis, badminton, futsal, padang bola

sepak)

ix. Gimnasium

x. Bas Jabatan

Page 15: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

15 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

4.0 PELAKSANAAN LATIHAN

4.1 PEMATUHAN SISTEM MS ISO 9001:2015 – PENGURUSAN KURSUS

BERJADUAL, BPMI JPS MALAYSIA

BPMI melalui Seksyen Pembangunan Latihan telah

dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan dokumen Sistem

Pengurusan Berkualiti MS ISO dengan skop pendaftaran “Pengurusan

Kursus Berjadual, BPMI JPS Malaysia” untuk digunapakai oleh ketiga-

tiga Institut dalam melaksanakan kursus berjadual di Jabatan bagi

memastikan sistem pengurusan berkualiti mencapai standard

antarabangsa.

Secara amnya, tujuan dokumen terkawal ini diwujudkan adalah

untuk memberi penerangan yang lengkap dalam pelaksanaan

sistem pengurusan berkualiti di Institut, BPMI JPS Malaysia. Sistem

Kualiti MS ISO ini menyediakan asas-asas ke arah usaha-usaha

penambahbaikan dan peningkatan sistem kualiti dalam organisasi

secara berterusan.

Sistem Pengurusan Kualiti versi MS ISO 9001:2008 sedia ada yang

digunapakai sebelum ini telahpun dimigrasikan kepada versi MS ISO

9001:2015 berkuatkuasa pada 1 September 2018.

Oleh itu, skop pendaftaran BPMI, JPS Malaysia dalam siri MS ISO

9001:2015 ialah “Pengurusan Kursus Berjadual, BPMI JPS Malaysia”.

Page 16: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

16 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

4.1.1 OBJEKTIF KUALITI

BPMI telah menggariskan tiga (3) objektif kualiti dalam

melaksanakan kursus berjadual di Jabatan iaitu :-

i. Pencapaian objektif kursus berjadual tahunan yang

dijalankan mencapai tahap 75.0%;

ii. Pencapaian pelaksanaan kursus berjadual tahunan

sekurang-kurangnya 90.0%; dan

iii. Peratusan kehadiran peserta kursus berjadual tahunan

mencapai sekurang-kurangnya 75.0%.

4.1.2 KANDUNGAN DOKUMEN KUALITI

Kandungan dokumen kualiti meliputi beberapa perkara

berikut iaitu :-

i. Manual Kualiti

ii. Prosedur Kualiti (Pengurusan)

iii. Prosedur Kualiti (Operasi)

iv. Daftar Induk Dokumen Terkawal (DIDT)

v. Dokumen Induk Rekod Kualiti (DIRK)

vi. Senarai Fail berkaitan

vii. Senarai Borang-borang berkaitan

(Sila rujuk kepada Dokumen MS ISO 9001:2015 “Pengurusan Kursus

Berjadual, BPMI JPS Malaysia” untuk perincian lanjut).

Page 17: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

17 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

4.2 KAJIAN ANALISIS KEPERLUAN PEMBELAJARAN (LNA)

Pengenalpastian keperluan latihan pegawai JPS adalah

berdasarkan hala tuju dan keperluan Jabatan melalui Pelan

Strategik Jabatan (PSJ) dan Pengurusan Strategik Sumber Manusia

(PSSM).

Kajian Analisis Keperluan Pembelajaran (LNA) yang dahulunya

dikenali sebagai Kajian Analisis Keperluan Latihan (TNA) akan

dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI)

selaras dengan Model Kompetensi Jabatan serta analisis yang telah

dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian-bahagian di Jabatan

bagi membangunkan kursus-kursus yang diperlukan oleh pegawai

pengurusan & profesional dan juga kumpulan pelaksana.

Skop Pindaan/ Penggubalan Program Latihan sedia ada yang

diambil perhatian dalam bengkel ini adalah seperti berikut :-

i. Kesesuaian tajuk sedia ada;

ii. Sambutan serta maklumbalas peserta kursus;

iii. Semakan terhadap modul sedia ada;

iv. Berkaitan dengan tugas harian;

v. Berkaitan dengan “Business” Jabatan;

vi. Kajian Kes / Rekabentuk / Perkiraan; dan

vii. Lawatan Tapak

Page 18: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

18 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

Hasil Kajian Analisis Keperluan Pembelajaran (LNA) ini seterusnya

akan diangkat ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan

Modal Insan (JPMI), JPS Malaysia yang dipengerusikan oleh

Pengarah Kanan (Sektor Pengurusan) untuk diputuskan bagi

mendapatkan keputusan terbaik berkenaan subjek atau tajuk-tajuk

kursus yang bersesuaian berdasarkan keperluan kompetensi semasa.

Justeru, pada akhir Disember akan terhasil Takwim/Jadual Kursus

Berjadual bagi tahun seterusnya untuk dilaksanakan.

Pada tahun 2020, Bengkel Analisis Keperluan Pembelajaran (LNA)

telahpun disenaraikan sebagai Kursus Berjadual Jabatan dan

peserta kursus adalah terdiri daripada pegawai-pegawai JPS

Bahagian yang terlibat secara langsung dan bertangggungjawab

berkaitan latihan dan kompetensi (dikenali sebagai Pengurus

Pembangunan Modal Insan (PMI) JPS dan juga Pegawai Latihan dan

Pembangunan Kompetensi (PLPK) JPS) merujuk kepada SPJPS Bil.

4/2019 : Dasar Latihan dan Pembangunan Kompetensi JPS Malaysia

yang berkuatkuasa pada 3 Jun 2019.

(Sila rujuk kepada “Buku Dasar Latihan dan Pembangunan

Kompetensi JPS Malaysia” untuk perincian lanjut).

Page 19: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

19 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

4.3 PELAKSANAAN LATIHAN

Pihak penganjur latihan sepertimana di ketiga-tiga IPMI akan dibantu

oleh Penyelaras Kursus untuk merancang dan mengenalpasti

beberapa perkara utama sebelum sesi pembelajaran/ latihan

dilaksanakan antaranya ialah :-

i. Pengenalpastian Peserta dan Penceramah Program

Penganjur program perlu mengenalpasti penceramah dan

peserta bagi tujuan latihan berkenaan. Dokumen tuntutan

bayaran penceramah (sekiranya melibatkan bayaran

penceramah) perlu dikemukakan kepada BPMI sebelum 10

hari bulan setiap bulan.

ii. Pelantikan Penceramah Swasta/ Bebas

Pelantikan penceramah swasta/ bebas perlu dikemukakan

kepada BPMI dengan menyertakan dokumen lengkap seperti

kelayakan akademik sekurang-kurangnya lima (5) hari

sebelum program bermula bagi tujuan permohonan Pesanan

Tempatan atau Local Order (LO) ke Seksyen Kewangan,

Bahagian Khidmat Pengurusan, JPS Malaysia.

Page 20: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

20 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

4.4 PENILAIAN PROGRAM LATIHAN

Penilaian akan dilaksanakan ke atas semua Program Latihan sama

ada anjuran BPMI, Bahagian ataupun kursus-kursus anjuran agensi

luar yang dihadiri oleh peserta bagi tujuan penambahbaikan dan

penilaian keberkesanan program tersebut. Laporan tersebut

hendaklah direkodkan dan disimpan bagi tujuan pengauditan.

Selaras dengan pematuhan kepada Manual Kualiti MS ISO 9001:2015

- Pengurusan Kursus Berjadual, BPMI JPS Malaysia, semua kursus

berjadual yang telah dilaksanakan perlu dibuat penilaian

keberkesanan kursus. Penilaian terbahagi kepada tiga (3) iaitu:

i. Penilaian Pengurusan Kursus;

ii. Penilaian Penceramah; dan

iii. Penilaian Keberkesanan Kursus

Sebanyak enam puluh dua (62) kursus berjadual yang akan

dijalankan pada tahun 2020 dan menggunapakai Borang-borang

Penilaian versi MS ISO 9001:2015 - Pengurusan Kursus Berjadual, BPMI

JPS Malaysia.

Page 21: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

21 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

Borang-borang Penilaian yang diedarkan kepada peserta adalah

seperti berikut :-

i. BPMI-BPPK : Borang Penilaian Pengurusan Kursus

Borang ini perlu dilengkapkan oleh peserta kursus

sebagaimana yang ditetapkan dalam prosedur MS ISO

9001:2015 sebaik sahaja tamat kursus. Penyelaras Kursus di IPMI

kemudian akan menyediakan Laporan Analisa Penilaian

Kursus (LAPK) bagi kursus yang telah dilaksanakan dan

seterusnya mengemukakan oleh Penyelaras Kursus Institut

kepada Seksyen PL, BPMI selewat-lewatnya satu (1) bulan

selepas tamat kursus.

(Sila rujuk kepada LAMPIRAN C – BPMI-BPPK : Borang Penilaian

Pengurusan Kursus)

ii. BPMI-BPP : Borang Penilaian Penceramah

Borang ini perlu diisikan oleh peserta kursus dan seterusnya

dikumpulkan oleh Penyelaras Kursus Institut bagi tujuan

penyediaan Laporan Penilaian Penceramah untuk dimajukan

kepada Seksyen PL, BPMI selewat-lewatnya satu (1) bulan

selepas tamat kursus.

(Sila rujuk kepada LAMPIRAN D1 dan D2 – BPMI-BPP : Borang

Penilaian Penceramah)

Page 22: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

22 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

iii. BPMI-BPKK : Borang Penilaian Keberkesanan Kursus

Borang ini perlu diisikan dan dilengkapkan oleh Penyelia

Peserta selepas enam puluh (60) hari kursus tamat bagi tujuan

menilai impak kursus kepada peserta.

(Sila rujuk kepada LAMPIRAN E – BPMI-BPKK : Borang Penilaian

Keberkesanan Kursus)

Page 23: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

23 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

4.5 PEMANTAUAN PELAKSANAAN LATIHAN JABATAN

Pemantauan pelaksanaan Program Latihan dilaksanakan menerusi

kaedah seperti berikut:-

i. Mesyuarat Sektor Pengurusan

Pemantauan latihan juga dibuat melalui Mesyuarat Sektor

Pengurusan.

ii. Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan (JPMI)

JPMI merupakan jawatankuasa tertinggi di peringkat JPS

dalam pemantauan dan pelaksanaan Program Latihan

Jabatan. Jawatankuasa ini akan bersidang tiga (3) kali setiap

tahun bagi meluluskan Perancangan Program Latihan tahun

semasa dan memantau Keberkesanan Program Latihan

Jabatan.

Ahli Mesyuarat JPMI diketuai oleh Pengarah Kanan (Sektor

Pengurusan) sebagai Pengerusi, Pengarah BPMI sebagai

Urusetia dan semua Pengurus Pembangunan Modal Insan

(dahulunya dikenali sebagai Penyelaras Latihan) daripada

pejabat JPS Bahagian/ Negeri/ Projek.

Maklumbalas pemantauan prestasi kehadiran latihan empat

(4) hari setahun warga kerja JPS dan prestasi pelaksanaan

Program Latihan di JPS turut dilaporkan dalam mesyuarat ini.

Page 24: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

24 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

iii. Laporan Prestasi Perbelanjaan dan Pelaksanaan Kursus

BPMI juga turut menjalankan pemantauan ke atas prestasi

perbelanjaan dan pelaksanaan kursus Jabatan. Laporan

tersebut perlu dikemukakan kepada BPMI sebelum 10 hari

bulan setiap bulan bagi tujuan pemantauan perbelanjaan

dan prestasi latihan mengikut jadual yang telah diluluskan

dalam JPMI.

Page 25: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

25 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

5.0 PERANCANGAN LATIHAN

Perancangan pembangunan modul kursus dan learning outcome telah

disediakan berdasarkan Laporan Training Need Analysis (TNA) dan

peruntukan yang diperolehi. Perancangan latihan untuk kursus berjadual

tahun 2020 akan merangkumi program-program seperti dinyatakan di

para 3.1 sebagaimana di LAMPIRAN B.

5.1 KURSUS BERJADUAL

Pada tahun 2020, sebanyak 62 kursus dengan anggaran kos

sebanyak RM519,250.00 yang melibatkan kompetensi fungsian,

generik, ICT, teknikal dan teknikal generik akan dilaksanakan. Senarai

kursus berjadual yang akan dilaksanakan pada 2020 adalah seperti

di LAMPIRAN B - Senarai Kursus Berjadual Tahun 2020.

5.2 LATIHAN LUAR JADUAL

Manakala kursus luar jadual dilaksanakan mengikut keperluan dan

arahan daripada pengurusan atasan. Latihan ini dilaksanakan

mengikut jumlah peruntukan yang diterima dan keperluan

pelaksanaannya. Antara latihan luar jadual yang telah cadangkan

untuk dilaksanakan pada tahun 2020 adalah seperti berikut:-

i. Kursus kepimpinan seperti School of Leadership (SOL); dan

ii. Program On Job Training (OJT)

Page 26: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

26 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

6.0 BAJET LATIHAN

Bagi tahun 2020, peruntukan emolumen JPS Malaysia ialah sebanyak

RM54,617,000.00. Amaun sebanyak RM546,170.00 dicadangkan bagi

tujuan latihan iaitu bersamaan dengan 1% selaras dengan Dasar Latihan

Sumber Manusia Sektor Awam yang telah ditetapkan.

7.0 FAEDAH LATIHAN

Melalui Pelan Operasi Latihan (POL) 2020, JPS akan dapat memberikan

faedah dan mencapai impak pembangunan sumber manusia seperti

berikut:-

i. Menyediakan warga JPS yang berkelayakan, berkebolehan dan

berkompetensi;

ii. Mencapai hasil kerja yang berkualiti dan bermutu tinggi;

iii. Meningkatkan kompetensi dan produktiviti pegawai dan organisasi;

iv. Membentuk nilai-nilai murni dan sikap positif;

v. Mewujudkan nilai cipta dan nilai tambah dalam sektor awam;

vi. Menerapkan budaya kerja yang bernilai tinggi; dan

vii. Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya pegawai

Page 27: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

27 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

8.0 KESIMPULAN

Pelan Operasi Latihan (POL) 2020 ini telah disediakan bagi memberikan

panduan serta penerangan secara menyeluruh dan tersusun mengenai

program latihan yang telah dirancang pada tahun 2020. Ia juga telah

mengambilkira keperluan latihan bagi semua warga kerja JPS dalam

Pemantapan Pembangunan dan Pengurusan Organisasi. Menerusi POL

ini, diharap ia dapat dijadikan panduan pelaksanaan program latihan di

JPS di samping memberi manfaat kepada semua warga kerja JPS bagi

mencapai objektif dalam menambah kemahiran dan pengetahuan

ketika mana menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti.

Hasil POL ini juga diharap dapat melahirkan pekerja yang mahir dan

terlatih dalam berbagai bidang di samping meningkatkan kecekapan

prestasi dan produktiviti organisasi.

Bahagian Pembangunan Modal Insan

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

Januari 2020

Page 28: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

28 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

LAMPIRAN A

Rajah 1 : Carta Struktur Organisasi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

Page 29: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

29 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

LAMPIRAN B

Rajah 2 : Senarai Kursus Berjadual Tahun 2020

BIL. BAHAGIAN NAMA KURSUS KUMPULAN SASARAN

TARIKH/ TEMPAT

KATEGORI LATIHAN

STRUKTUR LATIHAN

1. BPMI Pengenalan Pegawai Lantikan Baru JPS (Siri 1/ 2020)

Dipilih 21 - 23 Jan 2020 IPMI Tengah, KL

Generik Asas

2. BAP Horizon Baharu Kumpulan Kreatif & Inovatif (KIK)

Dipilih (Penyelaras

Inovasi Bahagian dan

Negeri)

03 - 04 Mac 2020 IPMI Tengah, KL

Fungsian Asas

3. BUBPK Penilaian Tender Kerja JA29 ke atas 10 - 11 Mac 2020 IPMI Tengah, KL

Generik Asas

4. BPSAH Sistem Ramalan Dan Amaran Banjir

JA29 ke atas 24 - 26 Mac 2020 IPMI Tengah, KL

Teknikal Asas

5. BPFG Asas Geographic Information System (GIS)

Terbuka 24 - 26 Mac 2020 IPMI Tengah, KL

Teknikal Asas

6. BPFG Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan

Terbuka 07 - 09 April 2020 IPMI Tengah, KL

Teknikal Asas

7. BPB Flood Risk and Flood Damage Assessment

JA29 ke atas 07 - 09 April 2020 IPMI Tengah, KL

Teknikal Asas/ Pertengahan/

Lanjutan

8. BPMI Bengkel Pra Persediaan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan Bagi Penolong Jurutera JA29 Tahun 2020 JPS Malaysia

Dipilih 21 - 22 April 2020 IPMI Tengah, KL

Teknikal Am dan

Teknikal Khusus

Asas

9. BPMI Program Transformasi Minda (PTM) Bil 1/2020 JPS Malaysia

Dipilih 22 - 26 Jun 2020 IPMI Tengah, KL

Generik Asas

10. BPMI Warga Sihat Aset Jabatan Gred 29 ke atas 14 - 16 Julai 2020 IPMI Tengah, KL

Generik Asas

11. BBI Asas Rekabentuk Bangunan JA29 ke atas 11 - 13 Ogos 2020 IPMI Tengah, KL

Teknikal Asas

12. BPMI Simposium Latihan Luar Negara 2020

Terbuka '18 Ogos 2020 IPMI Tengah, KL

Generik Asas

13. BPMI Pengenalan Pegawai Lantikan Baru JPS (Siri 2/ 2020)

Dipilih 15 - 17 Sept 2020 IPMI Tengah, KL

Generik Asas

14. BPMI Kolokium Pembentangan Hasil Kajian Pengajian Lanjutan Tahun 2020

Terbuka '24 Sept 2020 IPMI Tengah, KL

Generik Asas

15. BPME Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Tapak Bina

Penyelaras @ Wakil

Penyelaras J/K Penyelaras

Keselamatan & Kesihatan

(JPSK), JPS Malaysia

04 - 06 Feb 2020 IPMI Utara, Ipoh

Teknikal Asas

16. BPME Pengujian Sistem Pam JA29 ke atas 11 - 13 Feb 2020 IPMI Utara, Ipoh

Teknikal Asas

Page 30: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

30 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

LAMPIRAN B

Rajah 2 : Senarai Kursus Berjadual Tahun 2020

BIL. BAHAGIAN NAMA KURSUS KUMPULAN SASARAN

TARIKH/ TEMPAT

KATEGORI LATIHAN

STRUKTUR LATIHAN

17. BPME Pengenalan Permohonan Projek Pembangunan RMke12 Dan Pemantauan Kemajuan Kewangan Projek

JA29 - J44 19 - 20 Feb 2020 IPMI Utara, Ipoh

Fungsian Asas

18. BPME Rekabentuk Sistem Pintu Air J41 ke atas 03 - 05 Mac 2020 IPMI Utara, Ipoh

Teknikal Pertengahan

19. BPFG Pendaftaran Komponen Aset Tak Alih

Terbuka 10 - 11 Mac 2020 IPMI Utara, Ipoh

Teknikal Asas

20. BPME Pemantapan Peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK)

Ahli Jawatankuasa Keselamatan

dan Kesihatan

17 - 19 Mac 2020 IPMI Utara, Ipoh

Teknikal Asas

21. BKP Peraturan Pegawai dan Perintah Am - Kemudahan Cuti dan Kemudahan Perubatan Kepada Penjawat Awam

Terbuka 24 - 26 Mac 2020 IPMI Utara, Ipoh

Fungsian Asas

22. BUBPK Lantikan Terus, Requisition dan Sebutharga Kerja

JA29 ke atas 07 - 08 April 2020 IPMI Utara, Ipoh

Teknikal Asas

23. BPME Operasi dan Penyelenggaraan Sistem SCADA

H11 – JA40 14 - 16 April 2020 IPMI Utara, Ipoh

Teknikal Asas

24. BSMA Rekabentuk Sistem Saliran Mesra Alam Mengikut MS 2526-1:2012 - On Site Detention, Rain Water Harvesting and Detention Pond

J41 ke atas 09 - 11 Jun 2020 IPMI Utara, Ipoh

Teknikal Pertengahan

25. BPME Tatacara & Penyediaan Laporan Forensik di Tapak Kerja

JA29 ke atas 16 - 18 Jun 2020 IPMI Utara, Ipoh

Teknikal Asas

26. BPLS Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM)

JA29 ke atas 23 - 25 Jun 2020 IPMI Utara, Ipoh

Teknikal Asas

27. BPME Pemahaman Rekabentuk Sistem Kuasa Hidraulik Untuk Pam Selam JPS

JA29 ke atas 07 - 09 Julai 2020 IPMI Utara, Ipoh

Teknikal Asas

28. BPFG Pengurusan Kenderaan Kerajaan Terbuka 14 - 15 Julai 2020 IPMI Utara, Ipoh

Teknikal Asas

29. BPK Advanced Project Monitoring & Control (How To Manage Project Changes, EOT Application & Justification & Handling Delay)

J41 ke atas 21 - 22 Julai 2020 IPMI Utara, Ipoh

Teknikal Generik

Pertengahan

30. BPME Pengenalan Keperluan Perundangan Elektrik (Akta Bekalan Elektrik 1990 & Suruhanjaya Tenaga)

JA29 ke atas 04 - 06 Ogos 2020 IPMI Utara, Ipoh

Teknikal Asas

31. BPFG Pemeriksaan Aset dan Verifikasi Stor

Terbuka 11 - 12 Ogos 2020 IPMI Utara, Ipoh

Teknikal Asas

32. BPME Standard Testing & Commissioning Procedures Sistem M&E Dalam Bangunan Serta Quality Assurance

JA29 ke atas 25 - 27 Ogos 2020 IPMI Utara, Ipoh

Teknikal Asas

Page 31: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

31 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

LAMPIRAN B

Rajah 2 : Senarai Kursus Berjadual Tahun 2020

BIL. BAHAGIAN NAMA KURSUS KUMPULAN SASARAN

TARIKH/ TEMPAT

KATEGORI LATIHAN

STRUKTUR LATIHAN

33. BPME Penyeliaan & Pemantauan Sistem Mekanikal & Elektrikal di Tapak

JA29 ke atas 25 - 27 Ogos 2020 IPMI Utara, Ipoh

Teknikal Asas

34. BBI Asas Penyelenggaraan Bangunan JA29 ke atas 01 - 03 Sept 2020 IPMI Utara, Ipoh

Teknikal Asas

35. BSMA Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP)

JA29 ke atas 03 - 05 Feb 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Teknikal Pertengahan

36. BPMI Bengkel Kajian Semula Dokumen Pengenalpastian Kompetensi Sistem Competency Identification (CI) Siri 1/2020

Dipilih (PIC CI

Bahagian -Sektor

Pengurusan)

18 - 20 Feb 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Teknikal Generik

Asas

37. BPZP Hakisan Pantai dan Pemuliharaan Muara Sungai

JA29 ke atas 18 - 20 Feb 2020

IPMI Timur, Kota Bharu

Teknikal Asas

38. BPFG Asas Cerapan Data Menggunakan Unmanned Vehicle (UAV/USV)

Terbuka 25 - 27 Feb 2020

IPMI Timur, Kota Bharu

Teknikal Asas

39. BPMI Bengkel Pemurniaan Soalan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan Bagi Penolong Jurutera JA29

Dipilih (Penggubal

Soalan Bahagian)

25 - 27 Feb 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Teknikal Am dan

Teknikal Khusus

Asas

40. BRE Keselamatan Empangan H11 ke atas 02 - 05 Mac 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Teknikal (Awam)

Asas

41. BPLS Pembangunan Koridor Sungai JA29 ke atas 03 - 05 Mac 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Teknikal Asas

42. BPMI Urus Stress Cipta Sukses Dipilih 10 - 12 Mac 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Generik Asas

43. BPSP Pengurusan Sistem Pengairan JA29 ke atas 23 - 26 Mac 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Teknikal Asas

44. BPMI Bengkel Kajian Semula Dokumen Pengenalpastian Kompetensi Sistem Competency Identification (CI) (Sistem CI) Siri 2/2020

Dipilih (PIC CI

Bahagian -Sektor Bisnes)

24 - 26 Mac 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Teknikal Generik

Asas

45. BPM MyMesyuarat Terbuka 06 - 07 April 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

ICT Asas

46. BKP Pengurusan Kewangan - Bajet, Perolehan dan Pembayaran

Gred 19 - 44 06 - 08 April 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Fungsian Pertengahan

47. BPSP Rekabentuk Skim Pengairan JA29 ke atas 13 - 16 April 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Teknikal Pertengahan

48. BPMI Bengkel Kajian Semula Dokumen Pengenalpastian Kompetensi Sistem Competency Identification (CI) Siri 3/2020

Dipilih (PIC CI

Bahagian -Sektor Pakar)

13 - 15 April 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Teknikal Generik

Asas

49. BUBPK Bayaran Dalam Kontrak, Perubahan Kerja & Wang Peruntukan Sementara

JA29 ke atas 20 - 21 April 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Teknikal Pertengahan

Page 32: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

32 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

LAMPIRAN B

Rajah 2 : Senarai Kursus Berjadual Tahun 2020

BIL. BAHAGIAN NAMA KURSUS KUMPULAN SASARAN

TARIKH/ TEMPAT

KATEGORI LATIHAN

STRUKTUR LATIHAN

50. BPM Sistem Pengurusan Aset ICT Dipilih (Pegawai Meja

Aset)

20 - 21 April 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

ICT Asas

51. BPK Asas Pengurusan Kontrak dan Penyeliaan Pembinaan

JA29 ke atas 08 - 10 Jun 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Teknikal Generik

Asas

52. BKOR Value Management Module I J44 ke atas 08 - 10 Jun 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Teknikal Generik

Asas

53. BPSAH Pengurusan Data Hidrologi dan Analisis

JA29 ke atas 16 - 18 Jun 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Teknikal Asas

54. BPB Planning and Design of Flood Mitigation System

JA29 ke atas 16 - 18 Jun 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Teknikal Asas

55. BPM Penghasilan Slide Presentation Menggunakan Microsoft Power Point

JA38 ke bawah 23 - 25 Jun 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

ICT Asas

56. BPMI Bengkel Analisis Keperluan Pembelajaran (LNA)

Dipilih 23 - 25 Jun 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Fungsian Pertengahan

57. BPM Pengurusan Maklumat InfoPortal dan Portal JPS

Dipilih (Wakil ICT Bahagian)

07 - 08 Julai 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

ICT Asas

58. BRE Penyiasatan Tanah dan Interpretasi Data

JA29 ke atas 07 - 09 Julai 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Teknikal (Awam)

Asas

59. BKP Tatacara dan Teknik Penulisan Minit Mesyuarat dan Surat Rasmi

Gred 19 - 41 14 - 15 Julai 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Fungsian Asas

60. BPZP Pengurusan Garis Pantai Bersepadu ISMP dan Akta Pelantar Benua

JA29 ke atas 14 - 15 Julai 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Teknikal Asas

61. BPK Project Management Body of Knowledge (PMBOK)

J41 ke atas 20 - 23 Julai 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Teknikal Generik

Asas

62. UI Pemantapan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam

Terbuka 21 - 23 Julai 2020 IPMI Timur, Kota Bharu

Generik Asas

Page 33: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

33 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

LAMPIRAN C

Rajah 3 : Borang BPMI-BPPK : Borang Penilaian Pengurusan Kursus

Page 34: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

34 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

LAMPIRAN D1

Rajah 4 : Borang BPMI-BPP : Borang Penilaian Penceramah

Page 35: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

35 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

LAMPIRAN D2

Rajah 5 : Borang BPMI-BPP : Borang Penilaian Penceramah

Page 36: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

36 | PELAN OPERASI LATIHAN (POL) 2020

LAMPIRAN E

Rajah 6 : Borang BPMI-BPKK : Borang Penilaian Keberkesanan Kursus