Jabatan Perikanan Negeri Perak, Tingkat 8 & 9, Kompleks ... · Dengan menggunakan pelbagai jenis...

4
Jabatan Perikanan Negeri Perak, Tingkat 8 & 9, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30628 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tel : 05-2554061/62 | Fax : 05-2542148 | Laman Web : http://www.dof.gov.my | Emel : [email protected] Diterbitkan Oleh Unit Pengembangan Dan Pemindahan Teknologi

Transcript of Jabatan Perikanan Negeri Perak, Tingkat 8 & 9, Kompleks ... · Dengan menggunakan pelbagai jenis...

Page 1: Jabatan Perikanan Negeri Perak, Tingkat 8 & 9, Kompleks ... · Dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan yang biasanya digunakan oleh nelayan dan turut mendapat kerjasama dari nelayan

Jabatan Perikanan Negeri Perak, Tingkat 8 & 9, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30628 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tel : 05-2554061/62 | Fax : 05-2542148 | Laman Web : http://www.dof.gov.my | Emel : [email protected]

Diterbitkan Oleh Unit Pengembangan Dan Pemindahan Teknologi

Page 2: Jabatan Perikanan Negeri Perak, Tingkat 8 & 9, Kompleks ... · Dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan yang biasanya digunakan oleh nelayan dan turut mendapat kerjasama dari nelayan

PROGRAM INVENTORI JABATAN PERIKANAN NEGERI PERAK Artikel & Foto : Mariady Binara Bin Omar

(Unit Pengembangan Dan Pemindahan Teknologi, PPN Ipoh)

Program Inventori Jabatan Perikanan Negeri Perak telah diadakan pada 26-

27 November 2017 di Tasik Bukit Merah, Kerian. Program yang telah diada-

kan ini bertujuan mengutip data berkenaan spesis ikan yang terdapat di

sekitar Tasik Bukit Merah.

Dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan yang biasanya digunakan

oleh nelayan dan turut mendapat kerjasama dari nelayan sekitar, pelbagai

spesis ikan telah dikenalpasti menjadi sumber kepada nelayan-nelayan

Bukit Merah. Antara spesis-spesis tersebut adalah seperti lampam, tilapia,

bujuk, ketutu dan bermacam-macam lagi. Spesis ini akan direkodkan bagi

tujuan rujukan untuk data perairan umum Negeri Perak.

Kakitangan dari setiap daerah, cawangan dan wakil dari Ibupejabat Peri-

kanan Putrajaya turut bersama-sama menjayakan program tahun ini.

Page 3: Jabatan Perikanan Negeri Perak, Tingkat 8 & 9, Kompleks ... · Dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan yang biasanya digunakan oleh nelayan dan turut mendapat kerjasama dari nelayan

MOH SANTAI DI TELUK SENANGIN Artikel & Artikel : Mariady Binara Bin Omar

(Unit Pengembangan Dan Pemindahan Teknologi, PPN Ipoh)

Program Moh Santai Di Teluk Senangin merupakan kolaborasi antara Jabatan Perikanan Negeri Perak dan Perak fm bersama-sama dengan EAFM Teluk Senangin sempena Program Permukiman YB Menteri Besar Perak Daerah Manjung. Program yang berlang-sung pada 24-25 Oktober 2017 ini telah berjaya mengeratkan hubungan diantara jabatan dan agensi kerajaan lain bersama masyarakat nelayan.

Pelbagai aktiviti telah Berjaya dilaksanakan sepan-jang 2 hari program berlangsung. Antaranya adalah lawatan ke sekitar perairan Teluk Senangin, lawatan ke rumah api, lawatan ke kawasan pendaratan penyu, gotong royong membersihkan pantai, sukaneka dan bermacam-macam lagi.

Tujuan utama program ini diadakan adalah memberi pendedahan kepada masyarakat awam mengenai kepentingan pengurusan perikanan melalui pen-dekatan ekosistem disamping mempromosikan Teluk Senangin sebagai salah satu Eko Pelancongan Negeri Perak.

Program ini telah dirasmikan sendiri oleh YB Dato’ Shaarani bin Mohamad iaitu Pengerusi Jawa-tankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Per-ladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Perak yang turut melepaskan 30 ekor anak penyu agar sebagai simbolik kepada Perasmian Penutup program ini.

Page 4: Jabatan Perikanan Negeri Perak, Tingkat 8 & 9, Kompleks ... · Dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan yang biasanya digunakan oleh nelayan dan turut mendapat kerjasama dari nelayan

PROGRAM PERMUKIMAN 3 YB PARLIMEN LENGGONG Artikel & Artikel : Mariady Binara Bin Omar

Diantara program-program yang telah diadakan oleh Jab-

atan Perikanan Negeri Perak sempena Program Permukiman

3 YB Parlimen Lenggong adalah Kursus Insitu Penyeleng-

garaan Enjin Sangkut 2 Lejang yang telah berlangsung pada

11 Disember 2017 bertempat di Dewan Kuala Kenderong.

Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang nelayan dari

kawasan sekitar. Kursus ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj.

Mohd Tarmizi Bin Hj. Idris, ADUN Kenering yang turut me-

nyerahkan bantuan Touch Point kepada peserta terpilih se-

bagai kemuncak program yang diadakan pada hari tersebut

disamping gotong royong membersihkan kawasan sekitar

Dewan Kuala Kenderong.

Disamping itu, Jabatan Perikanan turut menganjurkan Kursus

Insitu Ternakan Ikan Air Tawar. Kursus yang telah diadakan

pada 14 Disember 2017 bertempat di Pusat Pemindahan

Teknologi Perikanan Lenggong ini dihadiri oleh penternak-

penternak sekitar Daerah Lenggong. Turut diadakan adalah

penyerahan bantuan Touch Point berupa beg makanan ikan

dan gotong royong. Program ini telah dirasmikan oleh En.

Mohamad Iruan Bin Zulkefli, Pegawai Khas YB Menteri Belia

Dan Sukan.

Buletin Perikanan Negeri Perak bagi sepanjang tahun 2017 telah diterbitkan sebanyak 6 siri yang juga boleh didapati di

laman facebook Jabatan Perikanan Negeri Perak iaitu http://www.facebook.com/perikananperak

Untuk sebarang info dan maklumbalas, hubungi kami di

Unit Pengembangan Dan Pemindahan Teknologi

Jabatan Perikanan Negeri Perak,

Tingkat 8 & 9, Kompleks Islam Darul Ridzuan,

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,

30628 Ipoh,

Perak Darul Ridzuan

Tel : 05-2554061/62

Faks : 05-2542148