JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.2 Syarikat Kawalan Keselamatan adalah...

27
1 JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN) SEMENANJUNG MALAYSIA DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)05/2017 KERAJAAN MALAYSIA JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN) SEMENANJUNG MALAYSIA BAGI NO. SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)05/2017 SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS DOKUMEN SEBUT HARGA

Transcript of JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA ... · 1.2 Syarikat Kawalan Keselamatan adalah...

1

JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN)

SEMENANJUNG MALAYSIA

DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)05/2017

KERAJAAN MALAYSIA JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN)

SEMENANJUNG MALAYSIA

BAGI

NO. SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)05/2017

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT PENDIDIKAN

BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA

2

PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN

i) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau

menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Any act or attempt to corruptly offer or give, solicit or receive any gratification to and from any person in connection with this procurement is a criminal offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

ii) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran.Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). If any person offers or gives any gratification to any members of the public service, the latter shall at the earliest opportunity thereafter lodge a report at the nearest office of the Malaysia Anti-Corruption Commission or police station. Failure to do so is an offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

iii) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Without prejudice to any other action, disciplinary action against a member of the public service and blacklisting of the contractor or supplier may be taken if the parties are involved with any act of corruption under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

iv) Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Any contractor or supplier who makes a claim for payment in relation to this procurement although no work was carried out or no goods were supplied or no services rendered in accordance with the specifications and any member of the public service who certifies the claim commits an offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

3

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT PENDIDIKAN

BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA : JPHL&TN(Ps) : SH(B)05/2017

JADUAL KANDUNGAN

PERKARA NO. DOKUMEN MUKA SURAT

NOTIS SEBUT HARGA 1 4 LAMPIRAN Q 5

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA 2 7 ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA 3 14 PENENTUAN SPESIFIKASI BORANG JADUAL HARGA

4 5

17

24 BORANG PENGISYTIHARAN STATUS PENDAFTARAN GST

6 26

SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA (LAMPIRAN A)

27

4

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT PENDIDIKAN

BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA : JPHL&TN(Ps) : SH(B)05/2017

NOTIS SEBUT HARGA DOKUMEN NO. 1 ___________________________________________________________________________________

Semua keterangan mengenai sebut harga ini atau butir-butir lengkap mengenai syarat-syarat dan penentuan spesifikasi dikemukakan bersama-sama ini.

AGENSI YANG MEMANGGIL TAWARAN

: Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis

NO. SEBUT HARGA : JPHL&TN(Ps) : SH(B)05/2017

TAJUK SEBUT HARGA : Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang Perlis

KOD BIDANG PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF)

: 220801 Perkhidmatan Kawalan Keselamatan – (perlu Lesen KDN)

TARIKH IKLAN : 23 November 2016 (Rabu)

TARIKH TUTUP PETI :

28 November 2016 (Isnin)

KAEDAH MENGEMUKAKAN TAWARAN SEBUT HARGA

:

a) Serahan tangan/Pos :

Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang pinang 02000 Kuala Perlis, Perlis.

b) Faks : 04-977 0689

c) Emel : [email protected]

5

LAMPIRAN Q

(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

(Kew. 284-Pin. 5/94)

KERAJAAN MALAYSIA

NEGERI PERLIS

SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN

Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga.

Kepada (nama syarikat) Pelawaan sebut harga dikeluarkan oleh : ........................................................ ....................................................... Jabatan PERHILITAN ....................................................... Negeri Perlis Persiaran Wawasan No. Telefon........................................ 01000 Kangar, Perlis No. Pendaftaran dengan Kementerian No. Telefon : 04-976 1813 /04-9855530 Kewangan……………………………… Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan perkhidmatan ini: 220801 Tarikh : 23 November 2016 1. Sila beri sebut harga untuk bekalan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-

syarat yang ditetapkan:-

1.1 Syarat penyerahan/penyempurnaan seperti di Dokumen No. 2. 1.2 Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki seperti di Dokumen No. 1. 1.3 Arahan pengiriman seperti di Dokumen No. 2. 1.4 Sebut harga boleh dikemukakan melalui surat, faks atau emel seperti yang dinyatakan dalam

Dokumen No.1 (notis sebut harga) pada atau sebelum 28 November 2016 (Isnin).

1.5 Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: 23 November 2016 Tandatangan : t.t

Nama Pegawai : Mohamad Affendi bin Ibrahim Jawatan : Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis

No. Sebut Harga: JPHL&TN(Ps) : SH(B)05/2017

6

Bil Perihal bekalan dan Syarat-

syarat Khas Unit

Ukuran Kuantiti /

Kekerapan Kadar (RM) Harga (RM)

Untuk diisi oleh Kementerian/Jabatan Untuk diisi oleh Penyebut Harga

1.

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis Tarikh penyerahan / penyempurnaan ditawarkan adalah selama dua belas (12) bulan * Sila sertakan sesalinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Seperti di Dokumen

NO. 4

Seperti di Dokumen

NO. 4

JUMLAH

………………..

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih dan hendaklah dikemukakan tanpa kenaan

GST; dan (ii) Tarikh penyerahan/penyempurnaan ialah 12 bulan.

Saya /kami dengan ini menawarkan untuk melaksanakan perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Tarikh: ……………………..

Mustahak – Lihat Syarat-syarat Am Di Belakang

Tandatangan Penyebut Harga : ………………………..….…. Nama : ………..………………….…. No. K/P : ………….…….…….…….… Alamat Syarikat : …………….…………….…..

7

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT

PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA : JPHL&TN(Ps) : SH(B)05/2017

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA DOKUMEN NO. 2

SYARAT-SYARAT AM Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.

1. Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Dan Kementerian Dalam Negeri

Penyebut harga hendaklah membuktikan bahawa syarikatnya telah berdaftar dengan Bahagian Pengurusan Dan Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang serta masih sah dan belum tamat tempoh (salinan disertakan) serta tidak muflis dan tidak pernah disenarai hitam.

220801 – Kawalan Keselamatan (Perlu Lesen Kementerian Dalam Negeri)

2. HARGA 2.1 Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan

kos tambahan yang berkaitan; dan 2.2 Harga hendaklah dikemukakan tanpa kenaan GST.

3. PERSETUJUAN 3.1 Kerajaan adalah tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau

mana-mana sebut harga; dan 3.2 Penyebut harga adalah disifatkan telah membaca sebut harga ini dan telah

berpuas hati tentang perkhidmatan yang perlu, risiko dan segala hal yang mempengaruhi dan menjejaskan tawaran sebut harga, sebelum mengambil bahagian dalam sebut harga ini.

4. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI

Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawaian yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

5. PENGIKLANAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.

8

6. TAFSIRAN

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

7. Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

8. CUKAI 8.1 Penyebut harga hendaklah menawarkan harga sebut harga tanpa mengambil

kira bayaran cukai di bawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014

(Goods and Services Tax Act 2014 – Akta GST 2014) (selepas ini dirujuk

sebagai Harga Sebut Harga Tanpa GST). Meskipun demikian penyebut harga

masih bertanggungan untuk mengambil kira dalam Harga Sebut Harga Tanpa

GST tersebut bagi bayaran kos yang berkaitan dengan pematuhan kepada

mana-mana peruntukan undang-undang, peraturan-peraturan, undang-undang

kecil atau mana-mana perintah atau arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana

Pihak Berkuasa Tempatan atau Syarikat Perkhidmatan Awam berkaitan

dengan perolehan ini.

8.2 Penyebut harga hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran GST dengan

Jabatan Kastam DiRaja Malaysia pada tarikh tutup sebut harga. Untuk

pengisytiharan tersebut, satu salinan surat kelulusan pendaftaran GST

daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia beserta dengan nombor

pendaftarannya hendaklah dikemukakan bersama dengan Dokumen Sebut

Harga pada tarikh tutup sebut harga.

8.3 Sekiranya penyebut harga yang berjaya didapati berdaftar di bawah Akta GST

2014, maka Kerajaan akan mengeluarkan Surat Setujuterima (SST) dengan

menawarkan Harga Sebut Harga Tanpa GST yang dicampurkan dengan kos

kenaan cukai GST. Sebaliknya sekiranya Penyebut harga yang berjaya tidak

berdaftar di bawah Akta GST 2014, maka hanya Harga Sebut Harga Tanpa

GST sahaja akan disetujuterima melalui SST.

8.4 Bagi Penyebut harga yang mengisytiharkan tidak berdaftar di bawah Akta GST

2014, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar di bawah Akta GST 2014

setelah Harga Sebut Harga Tanpa GST tersebut disetujuterima oleh Kerajaan,

maka Penyebut harga yang berjaya tersebut hendaklah memohon kepada

Kerajaan bagi pelarasan harga berkaitan dengan kenaan GST semasa bagi

baki Harga Kontrak yang dikenakan GST.

9

SYARAT-SYARAT KHAS UNTUK PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

Syarikat kawalan keselamatan dikehendaki mematuhi syarat-syarat di bawah dan juga mengemukakan butir-butir yang dikehendaki dalam syarat-syarat (yang mana perlu sahaja). 1. Umum:-

1.1 Secara umumnya kerja-kerja perkhidmatan kawalan keselamatan bangunan dan kawasan adalah merangkumi perkara-perkara seperti berikut:-

1.1.1 Menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa bersenjata

api bagi bangunan dan kawasan di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis dua belas jam (12) jam pada hari biasa (bekerja) dari 7.00mlm – 7.00pg manakala dua puluh empat (24) jam pada cuti hujung minggu, cuti umum dan kelepasan am.

1.1.2 Bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan bangunan dan semua

peralatan termasuk kenderaan yang terdapat di dalam kawasan bangunan, dan rumah kakitangan.

1.2 Syarikat Kawalan Keselamatan adalah dikehendaki mengadakan sendiri

pekerja-pekerja, membekalkan segala jenis peralatan dan kenderaan sendiri dalam menjalankan tugas setakat mana yang perlu.

2. Cara dan Waktu Bekerja

2.1 Mengadakan rondaan kawasan bangunan pejabat,asrama, kawasan sekitar Pejabat dan rumah kakitangan. Perlu membuat rondaan setiap dua (2) jam sekali sepanjang waktu bertugas dan merekodkan maklumat rondaan dalam buku yang disediakan. Pengawal dibenarkan masuk ke dalam kawasan bangunan sekiranya berlaku kecemasan dengan menggunakan kunci kecemasan.

2.2 Pengawal juga perlu mengunci 3 unit “Morse Watchman Clock

(WMC)”/Punch Clock setiap dua (2) jam yang disediakan oleh pihak kontraktor di tiga lokasi yang berlainan.

2.3 Merekodkan semua kenderaan keluar/masuk ke kawasan bangunan pada

waktu bertugas.

2.4 Memastikan orang awam tanpa kebenaran tidak memasuki bangunan, dan kawasan sekitar pada setiap masa dan sentiasa memeriksa kenderaan yang keluar/masuk.

2.5 Pengawal yang bertugas perlu memotong dan menampal pita clock di dalam

buku yang disediakan setiap hari dan diserahkan kepada pengurusan Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis setiap 1 minggu bagi pengesahan pegawai.

2.6 Mengadakan kawalan di pos keselamatan dipintu masuk utama.

2.7 Memeriksa semua pintu dan tingkap ditutup dan dikunci selepas waktu pejabat dan mengemukakan laporan jika didapati ianya tidak ditutup dan dikunci kepada pegawai Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis.

10

2.8 Melaporkan kepada pegawai pengawal atau wakilnya iaitu pegawai yang bertugas (Jabatan PERHILITAN) jika berlaku kecemasan atau sebarang kejadian yang tidak diingini dengan serta merta.

2.9 Mengawal dan memastikan setiap kenderaan hendaklah diletakkan di

kawasan letak kereta sahaja.

2.10 Mematuhi sebarang arahan tambahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Pengawal atau wakilnya dari masa ke semasa.

3. Pekerja-pekerja

3.1 Penyebutharga hendaklah memastikan pengambilan pekerja bagi memastikan perkhidmatan ini adalah seperti mana yang digariskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Jabatan berhak untuk meminta Penyebutharga menukar pekerja apabila didapati syarat-syarat yang digariskan oleh KDN tidak dipatuhi.

3.2 Perkhidmatan kawalan keselamatan hendaklah diadakan dua belas (12) jam

dari 7.00mlm – 7.00pg seorang (1) pada hari biasa (bekerja), manakala dua puluh empat (24) jam pada hari cuti kelepasan am, cuti hujung minggu dan cuti umum, dan mengandungi sekurang-kurangnya seorang (1) orang pada waktu yang telah ditetapkan.

3.3 Tempat bertugas adalah di bilik (pos) kawalan disamping membuat rondaan dalam kawasan pejabat dan kawasan sekelilingnya termasuk kawasan kuarters.

3.4 Pekerja kawalan keselamatan perlu memakai pakaian seragam serta

tanda/pas nama yang mempunyai nama pekerja. Pekerja-pekerja yang mendapat kelulusan jabatan sahaja yang dibenarkan bekerja dan pihak jabatan berhak menarik balik pas pekerja diatas sebab-sebab keselamatan atau kesalahan yang bercanggah dengan peraturan kerajaan yang berkuatkuasa.

3.5 Pengawal keselamatan hendaklah warga Malaysia dan hendaklah berumur

tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun. Pengawal keselamatan juga hendaklah tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Senarai nama pekerja, nombor kad pengenalan dan maklumat yang berkenaan hendaklah disertakan kepada pihak jabatan untuk kelulusan. Sebarang penggantian pekerja hendaklah melalui proses yang sama.

3.6 Syarikat Kawalan Keselamatan bertanggungjawab terhadap kemalangan

yang berlaku kepada kakitangan atau pelawat jabatan akibat kecuaian sengaja atau tidak sengaja oleh pihak syarikat.

3.7 Pihak Syarikat Kawalan Keselamatan adalah bertanggungjawab ke atas

disiplin pekerja setiap masa bertugas. Sebarang tindakan pekerja yang menjatuhkan nama baik Jabatan, syarikat mestilah menukarkan pekerja tersebut dengan segera.

3.8 Jika ketiadaan atau ketidakhadiran pekerja, Jabatan berhak membuat

pemotongan dengan kiraan jam mengikut Borang Jadual Harga (Dokumen 5) pekerja-pekerja yang terlibat.

11

4. Bayaran

4.1 Bayaran akan dibuat secara bulanan. Pada akhir setiap bulan syarikat kawalan dikehendaki mengemukakan bil tuntutan bagi tujuan pembayaran selewat-lewatnya pada 5 haribulan bulan berikutnya.

4.2 Pembayaran ini tertakluk kepada perkara 1 hingga 3 dan perkara-perkara lain

yang berkaitan dalam penentuan kerja ini.

5. Tempoh kontrak 5.1 Kontrak ini adalah untuk tempoh selama dua belas (12) bulan. 6. Sub-kontrak

6.1 Penyebutharga yang berjaya tidak dibenarkan sama sekali memberi atau menyerahkan sebahagian daripada kerja ini kepada mana-mana pihak lain.

7. Pemeteri Setem Perjanjian

7.1 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki membiayai sendiri perbelanjaan pemeteri setem perjanjian ( stamping aggrement ) dan yang berkaitan dengannya.

8. Polisi Insurans

8.1 Sebelum memulakan kerja, Penyebutharga yang berjaya dikehendaki mengambil suatu polisi insurans Ganti Rugi Pekerja dengan ”Endorsement” ”A” dan ”B” (Workmen’s Compensdation Insurance With Endorsement ”A” dan ”B”).

8.2 Polisi Insurans ini hendaklah berkuatkuasa sepenuhnya sepanjang tempoh

perkhidmatan ini berjalan atau dalam tempoh lanjutan perkhidmatan jika berkaitan.

9. Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

9.1 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki dan bertanggungjawab mematuhi semua Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang sedang berkuatkuasa seperti yang dikanunkan termasuk semua syarat dan peraturan pindaannya.

9.2 Penyebut harga yang berjaya adalah bertanggungjawab sepenuhnya

membayar semua caruman yang dikendaki di bawah Ordinan tersebut bagi semua kakitangan/pekerja yang diambil.

10. PENAMATAN KONTRAK

10.1 Kerajaan boleh memberikan notis tiga puluh (30) hari secara bertulis

kepada Syarikat untuk menamatkan Kontrak ini jika Syarikat :-

12

a. melaksanakan perkhidmatan yang tidak memuaskan; atau

b. melakukan pelanggaran terhadap mana-mana terma dan syarat yang terdapat dalam kontrak ini; atau

c. jika Syarikat itu sebagai seorang perseorangan atau apabila Syarikat itu adalah suatu firma mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah penerimaan atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat sesuatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah pemiutang atau membuat sesuatu pindah hak atau penyerah hak bagi faedah pemiutang-pemiutang itu atau jika ia adalah suatu Syarikat, meluluskan suatu ketetapan atau mahkamah membuat satu perintah bahawa Syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau jika seseorang penerimaan atau pengurus bagi pihak seseorang pemiutang itu dilantik, atau timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada mahkamah atau seseorang pemiutang melantik seorang penerima atau pengurus, atau yang memberi hak kepada mahkamah membuat suatu perintah penggulungan; atau

d. jika Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Syarikat atau

sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya sama ada dengan atau di luar pengetahuan Syarikat melakukan perbuatan yang akan terjumlah kepada suatu kesalahan menurut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] berhubung dengan Perjanjian ini atau mana-mana kontrak lain daripada Kerajaan.

10.2 Dengan syarat sentiasa bahawa penamatan Perjanjian ini di bawah perkara

10 tidak akan menyentuh hak-hak lain Kerajaan untuk mendapatkan ganti

rugi atau pampasan yang terakru di bawah Perjanjian ini.

11. DENDA

11.1 Pengarah Jabatan PERHILITAN berhak untuk memotong sebarang bayaran sama ada sebahagian atau sepenuhnya daripada bayaran bulanan, jika pada pendapat Pengarah Jabatan PERHILITAN, perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan seperti yang dipersetujui.

11.2 Sekiranya apa-apa kerosakan yang dilakukan oleh pengawal keselamatan

baik kepada Bangunan dan segala harta benda Jabatan PERHILITAN termasuk mencedera, menganiaya atau menyebabkan kematian, Pengarah Jabatan PERHILITAN berhak menuntut bayaran ganti ruginya dengan membuat deposit cagaran atau meminta Penyebutharga menggantikannya.

11.3 Sekiranya jumlah kerosakan yang berlaku kepada harta benda Jabatan lebih

besar jumlahnya daripada deposit cagaran yang ada, maka pihak Syarikat Kawalan adalah bertanggungjawab membayar ganti rugi seperti mana yang dinilaikan.

11.4 Syarikat Kawalan bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat kes-kes

kehilangan atau kecurian yang berlaku dalam kawasan Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis. Tindakan mengikut Perundangan Malaysia terhadap Syarikat Kawalan atau pekerjanya atau wakilnya boleh diambil sekiranya pekerja didapati bersalah melakukan sebarang tindakan yang boleh menjatuhkan nama baik Jabatan.

13

12. Undang-undang

12.1 Kontrak perkhidmatan ini adalah dibuat dan dikawal dibawah Undang-undang Malaysia.

Saya / Kami bersetuju dengan dengan syarat–syarat di atas.

……………………………………................. (Tandatangan Penyebut Harga)

Nama : ……………………………………………………… Jawatan : ...……………………………………………….......

Cop Syarikat :

Tarikh : ...…………………………………………………..

14

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT

PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA : JPHL&TN(Ps) : SH(B)05/2017

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA DOKUMEN NO. 3

1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUTHARGA

1.1 Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima Sebut Harga yang terendah

atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas

penolakan sesuatu Sebut Harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga

adalah muktamad.

1.2 Caj perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi yang dijana melalui Sistem e-Perolehan akan dikemukakan kepada syarikat yang dilantik, tertakluk kepada had maksimum RM9,600.00 bagi setiap transaksi yang melebihi RM1.2 juta.

1.3 Harga-harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos seperti

pengangkutan, perkhidmatan, penyelenggaraan, peralatan dan lain-lain. 1.4 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan tidak

boleh dipinda selepas sebut harga ini ditutup. 2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyediaan Sebut Harga

Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi segala maklumat berikut dengan sepenuhnya: a) Tawaran Harga dan tandatangan Penyebut Harga dalam Lampiran Q b) Tandatangan dalam Syarat-Syarat Sebut Harga (Dokumen No. 2) c) Tandatangan dalam Penentuan Spesifikasi (Dokumen No. 4) d) Harga dan tandatangan penyebut harga di Borang Jadual Harga

(Dokumen No. 5) e) Mengisi dengan lengkap Borang Pengisytiharan Status Pendaftaran

GST (Dokumen No. 6) f) Mengisi dan menandatangani Surat Akuan Penyebut Harga (Lampiran

A) g) Profil Syarikat :

i. Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); ii. Salinan sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan

Malaysia (MOF) dalam kod bidang 220801 yang masih sah tempoh;

iii. Salinan sijil Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang masih sah tempoh;

iv. Salinan sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (MOF) (sekiranya ada)

v. Salinan Pendaftaran GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (sekiranya ada)

vi. Ringkasan Eksekutif Syarikat

15

vii. Latar Belakang Syarikat viii. Carta Organisasi Syarikat ix. Salinan penyata bank bagi satu (1) bulan terkini

Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas, penyebut harga hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan. Tawaran akan DITOLAK sekiranya Penyebut Harga tidak menandatangani ringkas

terhadap pembetulan.

2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga

a) Dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan bilangan sebut harga serta tajuk sebut harga.

b) Dokumen sebut harga boleh atau dikemukakan melalui fax, surat, emel atau diserahkan dengan tangan dan mestilah tiba pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan. (Sebarang kelewatan adalah tanggungjawab penyebut harga).

c) Sebut harga yang diserahkan selepas tarikh yang ditetapkan berbangkit

dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan. 3. TAWARAN DAN DOKUMEN SEBUT HARGA

3.1 Dokumen tersebut mestilah mengandungi dan mengikut susunan perkara-

perkara di bawah. Pihak Jabatan berhak untuk menolak sebarang cadangan sebut harga yang tidak mematuhinya:-

a) Lampiran Q b) Syarat-Syarat Sebut Harga (Dokumen No. 2) c) Penentuan Spesifikasi (Dokumen No. 4) d) Borang Jadual Harga (Dokumen No. 5) e) Borang Pengisytiharan Status Pendaftaran GST (Dokumen No. 6) f) Surat Akuan Penyebut Harga (Lampiran A) g) Profil Syarikat

3.2 Kegagalan mengemukakan cadangan sebut harga seperti dinyatakan

perenggan 3.1 akan menyebabkan cadangan sebut harga yang dikemukakan DITOLAK.

4. PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan urusan sebut harga ini hendaklah dirujuk kepada:

Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis Persiaran Wawasan 01000 Kangar, Perlis (u/p: Osman Bin Bakar) No .Tel : 04 976 1813 (Kangar) / 04-9855530 (PPBD Wang Pinang) No. Fax : 04 977 0689

16

5. TEMPOH SIAP Perkhidmatan hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan.

6. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA

Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh penyebut harga sendiri.

7. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

Sebut harga ini sah selama 90 hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya penyebut harga menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.

8. PERINGATAN

(a) Tawaran sebut harga yang lewat tidak akan dipertimbangkan; (b) Sebarang kelewatan yang melibatkan penghantaran melalui perkhidmatan

pos adalah tanggungjawab penyebut harga; (c) Dokumen yang tidak lengkap, tidak mengikut arahan dan tidak teratur akan

DITOLAK; dan (d) Jabatan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran daripada

Penyebut Harga. Keputusan yang dikeluarkan adalah muktamad.

17

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT

PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA : JPHL&TN(Ps) : SH(B)05/2017

PENENTUAN SPESIFIKASI DOKUMEN NO. 4

1. AM

Perkhidmatan kawalan keselamatan yang diperlukan di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis meliputi tugas:- a) Menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan 12 jam (tidak bersenjata api)

manakala 24 jam pada hari cuti hujung minggu, cuti umum dan kelepasan am di keseluruhan bangunan serta keseluruhan kawasan Pejabat dan kuarters Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang Perlis, semasa dan selepas waktu pejabat, hari cuti dan kelepasan am.

b) Bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan semua bangunan, peralatan

termasuk kenderaan yang terdapat di dalam kawasan serta pelawat yang berada dalam kawasan dan kawasan sekitarnya berada di dalam keadaan baik.

c) Menjalankan segala bentuk tugas kawalan keselamatan yang diarahkan oleh

Jabatan ini dari semasa ke semasa.

2. TEMPAT DAN WAKTU BEKERJA

a) Tempat dan waktu bekerja adalah seperti berikut:-

i. Keseluruhan kawasan Pejabat, Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang Perlis yang meliputi bangunan-bangunan, peralatan, kenderaan dan lain-lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh pengurusan Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang Perlis.

ii. Pos utama adalah di pintu masuk utama Pusat Pendidikan Biodiversiti

Wang Pinang Perlis. iii. Waktu bekerja adalah dua belas (12) jam satu (1) orang setiap hari

manakala dua puluh empat (24) jam pada cuti hujung minggu, cuti am dan kelepasan am dengan satu (1) orang pegawai keselamatan yang telah ditetapkan.

3. PENGGUNAAN PERATURAN

a) Peraturan-peraturan kerja bagi semua pengawal keselamatan yang ditetapkan selepas ini berkuatkuasa dari tarikh sebut harga ini bermula.

b) Peraturan-peraturan yang dinyatakan selepas ini adalah merupakan peraturan

kerja rasmi. Penggunaannya adalah merupakan peraturan kerja yang wajib dilaksanakan oleh pengawal keselamatan.

18

4. PERATURAN KERJA

Pada keseluruhan senarai tugas pengawal keselamatan meliputi bidang-bidang pelaksanaan tugas seperti yang dinyatakan. a) Pengawal keselamatan bertanggungjawab kepada Pengarah Jabatan

PERHILITAN, dan mana-mana pegawai yang menjalankan tugas bagi pihaknya. b) Pengawal keselamatan hendaklah hadir 10 minit lebih awal mengikut jadual

yang ditetapkan dan mengganti giliran jika pengawal keselamatan yang bertugas bercuti / tidak hadir.

c) Semua pengawal keselamatan setiap lapisan pangkat dikehendaki menunjukkan

budi pekerti yang baik, disiplin yang tinggi, kelakuan, tutur kata, pakaian seragam yang lengkap dan berkeadaan kemas dan berambut pendek. Pengawal keselamatan yang tidak berdisiplin dilarang masuk atau bekerja di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang Perlis.

d) Pengawal keselamatan hendaklah melaporkan serta merta kepada Jabatan dan

agensi lain yang berkaitan (Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan hospital) jika berlakunya hal-hal kecemasan.

e) Pengawal keselamatan dikehendaki mahir dalam penggunaan peralatan

pencegahan kebakaran dan bertanggungjawab membantu mencegah kebakaran. Menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan bersedia untuk mengambil tindakan kecemasan “emergency response” jika

berlaku kebakaran.

f) Menyediakan laporan keselamatan setiap hari dan menyerahkannya kepada Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) atau pegawai Jabatan untuk pengesahan dan semakan dari semasa ke semasa.

g) Peraturan kerja dan lain-lain perubahan peraturan boleh digubal dari semasa ke

semasa bergantung kepada hasil dari perundingan dan perbincangan di antara Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis dan penyebut harga. Ini adalah bertujuan untuk memperbaiki sistem sedia ada kepada sistem yang lebih baik dan memperbaiki sebarang kelemahan.

h) Mematuhi sebarang arahan tambahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pusat, Pusat

pendidikan Biodiversiti Wang Pinang Perlis dari semasa ke semasa. i) Mengawal semua bangunan dan kawasan yang dipertanggungjawabkan

termasuk isi kandungannya dan menguatkuasa semua peraturan yang berkaitan bagi menjaga kepentingan setiap kawasan yang ditugaskan.

j) Membuka dan menutup pintu-pintu pagar dan pintu-pintu keluar/masuk yang lain

jika diperlukan.

k) Memastikan orang awam tanpa kebenaran tidak memasuki kawasan pejabat serta kawasan larangan pada setiap masa.

l) Memeriksa kenderaan dan bungkusan yang keluar masuk serta menghalang

setiap orang yang masuk atau keluar tanpa kebenaran.

19

m) Tidak membenarkan penjaja, penjual, (termasuk wakil mana-mana insuran/ bank) atau peminta derma dari memasuki Pejabat Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang Perlis KECUALI dengan kelulusan Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis atau wakilnya terlebih dahulu.

n) Menyediakan laporan kes kecurian, kehilangan, kebakaran dan lain-lain yang

diarahkan kepada Ketua Pusat dan Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat, Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis dengan serta merta.

o) Melapor serta mengesan kejadian-kejadian jenayah dan penyalahgunaan dadah

yang melibatkan kakitangan dan pelawat kepada Jabatan.

p) Memasang lampu-lampu keselamatan termasuk lampu pagar, lampu koridor dan spotlight dan memeriksa dan memastikan semua lampu dalam bangunan ditutup (switch off), kecuali tempat-tempat tertentu dan diperlukan sahaja.

5. RONDAAN Apabila tugas rondaan dijalankan peraturan-peraturan dan tatacara berikut hendaklah diikuti dan diawasi. Rondaan hendaklah meliputi sekitar kawasan berpagar dan juga dalam blok-blok bangunan di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang Perlis. a) Memastikan kawasan Pejabat, Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang

Perlis selamat dari sebarang bentuk pencerobohan (intrusion) dengan memastikan semua pintu pagar dan pintu masuk tertutup dan berkunci. Bagi kawasan bangunan pastikan pintu dan tingkap berkunci dan dalam keadaan baik.

b) Menutup lampu, paip air, kipas angin, pendingin udara atau sebarang alat

elektrik di mana penggunaannya tidak diperlukan.

c) Memeriksa jika terdapat sebarang bunyi yang mencurigakan dan memeriksa punca bunyi tersebut. Bunyi yang berkenaan mungkin menggambarkan percubaan pecah masuk, bunyi peralatan dan jentera yang rosak atau sebarang kemungkinan masalah penggunaan.

d) Memeriksa jika terdapat sebarang kerosakan pintu. Jika didapati pintu terbuka

hendaklah diperiksa dan dikunci dan laporkan kepada Jabatan.

e) Memeriksa jika terdapat sebarang bau yang luar biasa dan melaporkan dengan segera jika sumbernya tidak diketahui. Bau yang sedemikian mungkin berpunca dari kebocoran gas, kebakaran atau sebagainya.

f) Memastikan semua alat pencegah kebakaran berada di tempat yang betul atau

sesuai dan perjalanan ke tempat tersebut tidak terhalang.

g) Membuat laporan jika didapati sebarang kerosakan atau keadaan yang membahayakan tidak kira sama ada ianya boleh diperbetulkan atau pun tidak.

h) Semasa rondaan hendaklah mengunci Morse Watchmen Clock (MWC)/Punch

Clock di blok-blok bangunan, pos kawalan atau kawasan di mana ianya dipasang. Morse Watchmen Clock (MWC)/Punch Clock disediakan oleh penyebut harga.

20

i) Pengawal keselamatan hendaklah menyoal, memeriksa atau menahan orang-orang yang mencurigakan, dan sekiranya perlu laporan hendaklah dibuat kepada Jabatan atau pihak polis.

j) Pengawal keselamatan hendaklah memastikan semua pintu utama pejabat dan

lain-lain bangunan yang berkaitan sentiasa dikunci selepas waktu pejabat. 6. TUGAS-TUGAS TERTENTU

a) Pos Pengawal / Kaunter Pengawal

i. Jabatan berhak untuk menentukan dan menempatkan pengawal keselamatan

ke tempat/lokasi serta kawasan sekitar Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang Perlis yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa, setelah perbincangan dibuat dengan penyebut harga mengikut keperluan semasa.

ii. Memastikan pos pengawal/kaunter pengawal berada dalam keadaan bersih,

kemas dan teratur setiap masa.

iii. Memastikan buku laporan, buku pelawat dan lain-lain buku sentiasa ditulis dengan terang, kemas dan teratur setiap masa.

iv. Memastikan bahawa lampu di pos pengawal / kaunter pengawal sentiasa

dipasang sepanjang malam.

v. Memastikan Pengawal Keselamatan berada di pos pengawal/ kaunter pengawal sepanjang masa.

vi. Pengawal keselamatan dikehendaki mengambil dan merekod butiran

kontraktor lain serta memberi pas kontraktor. (rujuk format di bawah). Contoh format

BIL NAMA NO. KAD PENGENALAN

NO. KENDERAAN

WAKTU MASUK

WAKTU KELUAR

CATATAN

b) Kakitangan Jabatan

i. Orang-orang tertentu yang dibenarkan masuk ke kawasan Pejabat tanpa pas kebenaran harian ialah kakitangan Jabatan dan kakitangan Jabatan PERHILITAN sahaja.

ii. Walau bagaimanapun pekerja-pekerja kontraktor penyelenggaraan akan

dibenarkan masuk tanpa pas kebenaran harian

d) Kontraktor

i. Tiada seorang kontraktor pun yang dibenarkan untuk membuat kerja-kerja pembinaaan / atau penyelenggaraan melainkan dengan arahan bertulis daripada Pengarah.

21

d) Kenderaan

i. Kenderaan yang keluar/masuk mesti diperiksa dengan teliti terutama sekali yang membawa barang-barang Kerajaan.

ii. Memastikan bahawa semua jenis kenderaan diletakkan di tempat letak

kenderaan yang disediakan.

e) Keluar/Masuk Barang-barang

i. Kenderaan yang membawa keluar/masuk barang-barang mesti diperiksa dengan teliti.

ii. Barang-barang atau harta benda Kerajaan hanya boleh dibawa keluar

sekiranya ada surat kebenaran daripada Pegawai Keselamatan Jabatan yang dilantik secara bertulis oleh Jabatan.

iii. Pengawal dikehendaki menghubungi pegawai yang berkenaan terlebih dahulu

sebelum barang-barang dibenarkan dibawa masuk ke kawasan Pejabat, Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang Perlis atau keluar dari Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang Perlis.

f) Buku Laporan

i. Buku laporan seperti dinyatakan dan alatulis perlu disediakan oleh penyebut harga dan dilengkapkan setiap hari oleh Pengawal Keselamatan yang bertugas.

Buku kehadiran; Buku laporan harian; buku laporan keluar/masuk kenderaan dan lain-lain; Buku laporan kebenaran masuk kontraktor / pelawat; Buku rekod kunci Morse Watchmen Clock (MWC)/Punch clock; dan Buku penerimaan / penyerahankunci.

ii. Buku laporan hendaklah ditulis setiap jam dan dikemukakan oleh Penyelia Keselamatan kepada pegawai Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang Perlis yang bertanggungjawab sekurang-kurangnya empat (4) kali sebulan untuk tujuan pengesahan.

iii. Penyelia juga bertanggungjawab mengemukakan buku rekod kunci Morse Watchmen Clock (MWC)/Punch Clock setiap hari pada sebelah pagi keesokan

harinya. 7. SENARAI TUGAS TAMBAHAN UNTUK KETUA PENGAWAL/PEGAWAI RONDA

a) Bertindak sebagai pengantaraan antara pengurusan Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang Perlis dan syarikat.

b) Bertanggungjawab terus bagi pihak syarikat kepada Pengarah atau wakil

berhubung dengan pelaksanaan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat.

22

c) Menentukan bahawa setiap pengawal keselamatan di bawah jagaan sentiasa bertugas di tempat kawalan dan melaksanakan tugas dengan sempurna dan memuaskan.

d) Membuat rondaan ke tempat-tempat kawalan di bawah jagaan setiap jam di

setiap pos dan mencatit kehadiran di dalam buku laporan.

e) Menyediakan jadual bertugas untuk semua pengawal keselamatan.

f) Mendapatkan kelulusan dari Pejabat,Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang Perlis jika timbul keperluan untuk meminta pengawal keselamatan menjalankan tugas tambahan dalam masa kecemasan.

g) Menentukan setiap pengawal keselamatan dilengkapi dengan peralatan bertugas

yang diperlukan dan memakai pakaian seragam selengkapnya pada setiap masa.

h) Mendapatkan pengesahan Pengarah atau pegawai bertanggungjawab mengenai

jumlah kos yang layak dituntut (bil) oleh penyebut harga dan dihantar kepada pegawai di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang Perlis pada 5 haribulan setiap bulan beserta dengan laporan-laporan yang diperlukan.

i) Melaksanakan arahan-arahan lain dan tugasan yang berkaitan dengan kawalan keselamatan yang diarahkan oleh Pengarah/ Wakil dari semasa ke semasa.

8. PERTUKARAN PENGAWAL

8.1 Setiap pos kawalan mestilah mempunyai bilangan anggota pengawal yang secukupnya seperti yang dikehendaki dan merupakan anggota tetap. Sebarang pertukaran pengawal keselamatan mestilah dirujuk dan mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis.

9. HAL-HAL LAIN

a) Pengawal keselamatan yang tidak bertugas mestilah meninggalkan kawasan Pejabat, Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang Perlis dengan segera selepas bekerja.

b) Pengawal keselamatan TIDAK DIBENARKAN membuat laporan polis secara

terus tanpa melalui Jabatan PERHILITAN dan hendaklah menyerahkan semua barang-barang yang tercicir yang dijumpai kepada Pejabat Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang Perlis.

c) Pengawal keselamatan TIDAK DIBENARKAN membiarkan orang yang tidak

berkenaan berada di dalam pos pengawal.

d) Pintu masuk utama hendaklah dibuka pada jam 6.30 pagi dan ditutup pada jam 10.00 malam setiap hari dan ditutup pada hari minggu dan hari kelepasan am.

e) Pengawal keselamatan yang didapati cuai menjalankan tugas mesti ditukarkan serta merta; dan jika disabitkan kesalahan akan diambil tindakan perundangan.

23

Saya / Kami bersetuju dengan penentuan spesifikasi di atas. ……………………………………................. (Tandatangan Penyebutharga) Nama : ……………………………………………………… Jawatan : ...………………………………………………....... Cop Syarikat : Tarikh : ...…………………………………………………..

24

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT

PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA : JPHL&TN(Ps) : SH(B)05/2017

JADUAL HARGA DOKUMEN NO. 5

1.0 Jadual Harga

Hari Kawalan

Waktu Kawalan

Jumlah Pengawal

Tempoh

Masa (Jam)

Kadar Bayaran Sejam (RM)

Jumlah 1 Bulan

(RM)

Jumlah

12 bulan (RM)

Isnin hingga Jumaat

7.00pm - 7.00am (malam) (12 jam)

1 orang 12

Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Kelepasan

Am

24 jam 1 orang 24

JUMLAH KESELURUHAN : RM

NOTA : Jadual harga yang ditawarkan termasuk gaji bulanan, SOCSO, insuran, peralatan, bayaran lebih masa, cukai perkhidmatan, dan lain-lain perbelanjaan berkaitan. KADAR SEJAM : HARGA DUA BELAS (12) BULAN : JUMLAH PEKERJA SEPENUH MASA : *Saya/kami dengan ini menawarkan untuk perkhidmatan di atas dengan harga diatas serta memenuhi spesifikasi yang dinyatakan dan tertakluk kepada Syarat-Syarat Sebut Harga dan Syarat- syarat Khas Sebut Harga.(*) potong yang mana tidak berkenaan.

RINGGIT MALAYSIA (dengan perkataan):………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………………………………. Tempoh : Dua belas (12) Bulan …………………………… (Tandatangan Penyebut Harga) Nama :…………………………… Jawatan :…………………………… Cop Syarikat :

25

2.0 SENARAI BANGUNAN DAN KAWASAN YANG PERLU DIPASANG MORSE WATCHMAN CLOCK(WMC)/PUNCH CLOCK OLEH PENYEBUTHARGA.

1. Bangunan Pentadbiran/ Pejabat 2. Bangunan Asrama

3. Bangunan Kantin/ Stor

3.0 SENARAI PAKAIAN SERAGAM DAN ALAT KELENGKAPAN BERTUGAS

Pihak Syarikat Kawalan Keselamatan mestilah membekalkan setiap pengawal keselamatan dengan pakaian seragam dan lain-lain peralatan yang diluluskan mengikut Akta Agensi Persendirian Pakaian Seragam dan peralatan tersebut mestilah mengandungi perkara-perkara berikut :-

1. Dua (2) helai baju seragam (Bush Jacket), lengkap dengan lengan panjang untuk kegunaan waktu malam dan tanda nama. 2. Dua (2) helai seluar panjang (Warna hitam) 3. Tali pinggang kulit (Warna hitam) 4. Sepasang kasut kulit hitam 5. Lanyard 6. Wisel 7. Cota 8. Pakaian tutup kepala (berry) 9. Walkie-talkie 10. Lampu picit dan bateri yang secukupnya 11. Baju hujan 12. Baju pemantul cahaya 13. Alat tulis, buku harian, borang laporan harian, dairi dan lain-lain 14. Lain-lain yang difikirkan perlu mengikut keadaan.

26

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT

PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)05/2017 _________________________________________________________________________

BORANG PENGISYTIHARAN PENDAFTARAN GST DOKUMEN NO. 6

BIL PERKARA MAKLUMAT

1. Status Pendaftaran GST *Tidak Berdaftar/ Akan Berdaftar/ Telah Berdaftar

2. No. Pendaftaran GST (GST ID)

3. Tarikh Kuatkuasa Pendaftaran

4. Asas Perakaunan

5. Tempoh Bercukai

6. Stesen & Alamat Mengawal

Catatan : Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan Saya mengaku bahawa segala keterangan di atas adalah benar. ............................................... Tandatangan Penyebut Harga : Cop Syarikat : Nama : .............................................................. Jawatan : ..............................................................

Tarikh : ..............................................................

27

Lampiran A

SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA BAGI

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI PUSAT

PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)05/2017 Saya…………………………………………… nombor K.P………………….………….… yang

mewakili …………………………………………………..……………………………….…. nombor (Nama Syarikat) Pendaftaran ………………………………………………… dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi (Nama Kementerian/Agensi) rasuah kepada mana-mana individu dalam ………………………………………………………. atau mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebutharga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengistiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam (Nama Kementerian/Agensi) ……………………………………………………………. atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebutharga* seperti diatas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil: 2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebutharga* di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi tender/ sebutharga* di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan. 3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebutharga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Seruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang benar, ……………………………….. Nama: No K.P: Cop Syarikat: