JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA KEMENTERIAN … dan kenyataan SHB122015.pdf · Bot/Kapal/Barge/Kapal...

11
JTLM(S)SH(B)12/2015 JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE) KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang 220701-Bot/Kapal/Barge/Kapal Selam /Jet Ski/Sampan (Limbungan/Tanpa Limbungan) serta boleh membuat capaian penggunaan sistem ePerolehan (ep enabled) bagi sebut harga seperti berikut : BIL TEMPOH PELAWAAN NO. SEBUT HARGA TAJUK SEBUT HARGA KOD BIDANG 1. 28 Sept 2015 Hingga 1 Okt 2015 JTLM-SH (B) 12/2015 Perkhidmatan rutin servis 400 jam 2 unit enjin mercury 300HP Verado Jabatan Taman Laut Malaysia Negeri Kedah (Lihat syarat-syarat sebut harga) Spesifikasi seperti LAMPIRAN A 220701- Bot/Kapal/Barge/ Kapal Selam /Jet Ski/Sampan (Limbungan/Tan pa Limbungan) 1. Kenyataan Tawaran Sebut Harga dan Dokumen Sebut Harga ini boleh dimuat turun melalui laman web rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia http://www.dmpm.nre.gov.my 2. Dokumen Sebut Harga yang perlu dilengkapkan dan dikemukakan adalah seperti berikut : i. LAMPIRAN A ii. LAMPIRAN B iii. LAMPIRAN C iv. Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan v. Sijil Pendaftaran Bumiputera vi. Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) vii. Penyata bank yang terkini (3 bulan) viii. Brosur/ Katalog ix. Dokumen sokongan (yang berkaitan) 3. Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dihantar melalui Pos Berdaftar, Emel ATAU Faks kepada alamat dibawah. Dokumen yang tidak lengkap atau lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

Transcript of JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA KEMENTERIAN … dan kenyataan SHB122015.pdf · Bot/Kapal/Barge/Kapal...

Page 1: JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA KEMENTERIAN … dan kenyataan SHB122015.pdf · Bot/Kapal/Barge/Kapal Selam /Jet Ski/Sampan (Limbungan/Tanpa Limbungan) ... trim system - 92-8M0071838 2

JTLM(S)SH(B)12/2015

JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)

KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang 220701-Bot/Kapal/Barge/Kapal Selam /Jet Ski/Sampan (Limbungan/Tanpa Limbungan) serta boleh membuat capaian penggunaan sistem ePerolehan (ep enabled) bagi sebut harga seperti berikut :

BIL TEMPOH PELAWAAN

NO. SEBUT HARGA

TAJUK SEBUT HARGA KOD BIDANG

1.

28 Sept 2015

Hingga

1 Okt 2015

JTLM-SH (B) 12/2015

Perkhidmatan rutin servis 400 jam 2 unit enjin mercury 300HP Verado Jabatan Taman Laut Malaysia Negeri Kedah (Lihat syarat-syarat sebut harga) Spesifikasi seperti LAMPIRAN A

220701-Bot/Kapal/Barge/Kapal Selam /Jet

Ski/Sampan (Limbungan/Tanpa Limbungan)

1. Kenyataan Tawaran Sebut Harga dan Dokumen Sebut Harga ini boleh dimuat

turun melalui laman web rasmi Jabatan Taman Laut Malaysia http://www.dmpm.nre.gov.my

2. Dokumen Sebut Harga yang perlu dilengkapkan dan dikemukakan adalah seperti

berikut : i. LAMPIRAN A ii. LAMPIRAN B iii. LAMPIRAN C iv. Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan v. Sijil Pendaftaran Bumiputera vi. Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) vii. Penyata bank yang terkini (3 bulan) viii. Brosur/ Katalog ix. Dokumen sokongan (yang berkaitan)

3. Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dihantar melalui Pos Berdaftar, Emel ATAU Faks kepada alamat dibawah. Dokumen yang tidak lengkap atau lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.

Page 2: JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA KEMENTERIAN … dan kenyataan SHB122015.pdf · Bot/Kapal/Barge/Kapal Selam /Jet Ski/Sampan (Limbungan/Tanpa Limbungan) ... trim system - 92-8M0071838 2

JTLM(S)SH(B)12/2015

Urusetia Sebutharga & Tender Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Taman Laut Malaysia Aras 11, Wisma Sumber Asli No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4 62574 PUTRAJAYA, MALAYSIA Faks : 03-8888 0489

Tel : 03-8886 1390 / 1374 Emel : [email protected]

4. Penyebut harga dinasihatkan supaya menghubungi pegawai yang berkenaan

seperti alamat di bawah jika memerlukan penjelasan lanjut berkenaan sebut harga ini sebelum tamat tempoh penyerahan tawaran sebutharga :-

Spesifikasi a) Muhammad Nur Ashry bin Bassari

Emel : [email protected] Tel : 04-733 9086

b) Sabri Bin Jaafar Emel : [email protected] Tel : 04-733 9086

Tarikh: 28 Sept 2015

Page 3: JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA KEMENTERIAN … dan kenyataan SHB122015.pdf · Bot/Kapal/Barge/Kapal Selam /Jet Ski/Sampan (Limbungan/Tanpa Limbungan) ... trim system - 92-8M0071838 2

JTLM(S)SH(B)12/2015

SYARAT-SYARAT AM Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga. 1. KEADAAN BARANG

Semua barang yang dibekalkan hendaklah tulen, baru dan belum digunakan.

2. HARGA Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang berkaitan. Sebut harga oleh penyebut harga juga hendaklah mengambil kira fi perkhidmatan bagi perolehan secara elektronik sebanyak 0.8% bagi setiap nilai Pesanan Kerajaan.

3. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN Sebut harga bagi sebahagian bilangan item tidak boleh ditawarkan dan akan ditolak.

4. BARANG SETARA

Sebut harga boleh ditawarkan bagi barang setara yang sesuai dengan syarat butir-butir penuh diberi.

5. PERSETUJUAN

(i) Kerajaan tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau

mana-mana sebut harga; dan

(ii) Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga yang berasingan.

6. PEMERIKSAAN

(i) Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa

dan menguji bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut; dan

(ii) Penyebut harga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan atau

pengujian apabila dikehendaki.

7. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI

Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa bekalan/ perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

Page 4: JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA KEMENTERIAN … dan kenyataan SHB122015.pdf · Bot/Kapal/Barge/Kapal Selam /Jet Ski/Sampan (Limbungan/Tanpa Limbungan) ... trim system - 92-8M0071838 2

JTLM(S)SH(B)12/2015

8. PENOLAKAN (i) Barang yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada bekalan

yang telah dipersetujui sebut harganya boleh ditolak; (ii) Apabila diminta, penyebut harga hendaklah menyebabkan barang yang

ditolak itu dipindahkan atas tanggungan dan perbelanjaannya sendiri, dan ia hendaklah membayar balik kepada Kerajaan segala perbelanjaan yang telah dilakukan mengenai bekalan yang ditolak itu; dan Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi obligasi kontrak.

9. PENAMATAN

Jabatan berhak untuk membatalkan kontrak perkhidmatan sekiranya penyebut harga berada dalam situasi berikut dan setelah menerima surat amaran daripada Jabatan;

9.1 Sekiranya penyebut harga gagal membuat pembekalan seperti yang dipersetujui dalam Surat Setuju Terima tanpa sebab yang munasabah;

9.2 Kemajuan kerja terlalu lembap tanpa apa-apa sebab yang munasabah;

9.3 Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja, tanpa apa-apa sebab yang munasabah;

9.4 Tidak mematuhi arahan Pegawai Jabatan tanpa apa-apa alasan yang munasabah; dan

9.5 Apabila penyebut harga diisytiharkan muflis oleh pihak yang sah. Sekiranya pelantikan penyebut harga ditamatkan, tindakan tatatertib akan diambil terhadap penyebut harga tersebut;

10. PENGIKLANAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Ketua Pengarah JTLM terlebih dahulu.

11. TAFSIRAN Sebut Harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan Penyebut Harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai Sebut Harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

12. INSURANS Tiada apa-apa insurans atas barang dalam perjalanan daripada negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam sebut harga.

Page 5: JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA KEMENTERIAN … dan kenyataan SHB122015.pdf · Bot/Kapal/Barge/Kapal Selam /Jet Ski/Sampan (Limbungan/Tanpa Limbungan) ... trim system - 92-8M0071838 2

JTLM(S)SH(B)12/2015

13. CUKAI GST

13.1 Semua tawaran harga oleh syarikat hendaklah dikemukakan tanpa kenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

13.2 Syarikat hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan mengemukakan nombor pendaftaran GST kepada Agensi.

13.3 Sekiranya syarikat yang berjaya adalah berdaftar GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri akan mengeluarkan SST/Pesanan Tempatan/Inden Kerja kepada syarikat dengan tawaran harga termasuk kenaan GST.

13.4 Bagi syarikat yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai di bawah Akta GST, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar GST setelah ditawarkan perolehan tersebut, maka syarikat hendaklah:

(i) memaklumkan dengan segera kepada Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkenaan perubahan status pendaftaran syarikat tersebut di bawah Akta GST; dan

(ii) membuat permohonan untuk pelarasan bagi kenaan GST. Pelarasan harga kenaan GST hendaklah dimuktamadkan oleh Pegawai Pengawal.

BARANG-BARANG EX-STOK ATAU BARANG-BARANG

KELUARAN MALAYSIA

13. CUKAI Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk cukai jika berkenaan 14. PEMBUNGKUSAN

(i) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja bungkusan dan belanja pembungkusan; dan

(ii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan

yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah diganti oleh penjual 15. PENGENALAN

Nama pembuat, jenama, nombor perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang itu, jika berkenaan hendaklah ditunjukkan.

BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA

16. CUKAI Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai termasuk semua cukai dan unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.

Page 6: JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA KEMENTERIAN … dan kenyataan SHB122015.pdf · Bot/Kapal/Barge/Kapal Selam /Jet Ski/Sampan (Limbungan/Tanpa Limbungan) ... trim system - 92-8M0071838 2

JTLM(S)SH(B)12/2015

17. MATA WANG Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM)

18. PEMBUNGKUSAN (i) Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai untuk dieksport ke Malaysia

melainkan jika mengikut norma perdagangan bekalan itu dieksport dengan tidak membungkus;

(ii) Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk belanja

bungkusan dan belanja pembungkusan; dan (iii) Apa-apa kerugian atau kerosakan akibat bungkusan atau pembungkusan

yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti oleh penyebut harga

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

Penyebut harga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai Sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan Sebut harga tersebut tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.

1. KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI SEBUTHARGA

Syarikat yang hendak menyertai Sebut harga ini hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Kod Bidang 220701-Bot/Kapal/Barge/Kapal Selam /Jet Ski/Sampan (Limbungan/Tanpa Limbungan) Salinan surat Kementerian Kewangan Malaysia hendaklah disertakan bersama-sama dengan tawaran. Jika tempoh pendaftaran telah atau pun hampir tamat, Penyebut harga hendaklah mengemukan salinan surat dari Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan telah dibuat; dan

2. HARGA TAWARAN

2.1 Harga-harga yang ditawarkan Penyebut harga adalah termasuk semua kos

seperti pengangkutan, perkhidmatan, peralatan, insuran dan lain-lain yang bersangkutan dengan Perkhidmatan rutin servis 400 jam 2 unit enjin mercury 300HP Verado Jabatan Taman Laut Malaysia Negeri Kedah;

2.2 Penyebut harga dinasihatkan supaya memahami butir-butir kerja/kawasan dan sebarang risiko yang mungkin berlaku yang boleh mempengaruhi harga Kawasan. JTLM tidak akan menanggung sebarang pertambahan kenaikan harga; dan

2.3 Harga-harga yang ditawarkan dalam Sebut harga ini adalah tetap dan tidak

boleh dipinda selepas Sebut harga in ditutup dan akan berkuat kuasa selama dalam tempoh sah laku Sebut harga. Penyebut harga yang berjaya ditawarkan Sebut harga ini hendaklah mematuhi sepanjang masa kontrak berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan.

Page 7: JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA KEMENTERIAN … dan kenyataan SHB122015.pdf · Bot/Kapal/Barge/Kapal Selam /Jet Ski/Sampan (Limbungan/Tanpa Limbungan) ... trim system - 92-8M0071838 2

JTLM(S)SH(B)12/2015

3. TEMPOH BEKALAN/PERKHIDMATAN Tempoh bekalan/perkhidmatan bagi sebut harga ini adalah satu (1) bulan.

4. PERTIMBANGAN TAWARAN Tawaran ini akan dipertimbangkan berasaskan daya saing harga, keupayaan kewangan syarikat, pengalaman sebut harga dalam bidang kerja, rekod prestasi penyebut harga dan faktor-faktor tambahan lain yang mungkin berkaitan. Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak akan terikat untuk menawarkan kontrak kepada Penyebut harga yang menawarkan harga terendah

Page 8: JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA KEMENTERIAN … dan kenyataan SHB122015.pdf · Bot/Kapal/Barge/Kapal Selam /Jet Ski/Sampan (Limbungan/Tanpa Limbungan) ... trim system - 92-8M0071838 2

JTLM(S)SH(B)12/2015

LAMPIRAN A BORANG TAWARAN SEBUT HARGA

PERKHIDMATAN RUTIN SERVIS 400 JAM 2 UNIT ENJIN MERCURY 300HP VERADO

JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA NEGERI KEDAH

NO ITEM Quantity Unit Rate (RM)

Amount

1 Lubrication Points on steering and trim system

- 92-8M0071838

2

Unit

2 Replace all corrosion control anodes - 893404 Anode Plate - 880653 Anode plate - 97 76214Q 5 Anode Plate –

Gear Box - 826134Q Anode Plate- Gear

Box

4 2 2 4

Unit Unit Unit Unit

3 Replace engine fuel pre filter for contaminants

- 35-879885Q Fuel Pre Filter - 8M0060041 Fuel Filter

2 2

Unit Unit

4 Remove Powerhead salts deposits - 92-858080K03 Power Tune

Engine Cleaner

2

Unit

5 Replace Water Pump Impeller - 47-43026T2 Impeller

2

Unit

6 Replace Spark Plug - 33-889246Q39 Spark Plug

12

Unit

7 Replace the Drive Belting for the Altenator

- 57-880566Q14 Drive Belt

2

Unit

8 Remove all the fuel injector and pressure test for leaks

- 8M0006027 Fuel Injector (change if necessary)

2

Unit

9 Remove the propeller and replace the propeller hardware

- 835257Q 1 Flo Torq II

2

Unit

10 Remove the cooling system poppet assembly and replace diaphragm

- 64877-1 Diaphragm, Poppet Valve

Check wiring, harness and connectors Check tightness of bolts, nuts and other fasteners using DDT or CDS

2

Unit

Page 9: JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA KEMENTERIAN … dan kenyataan SHB122015.pdf · Bot/Kapal/Barge/Kapal Selam /Jet Ski/Sampan (Limbungan/Tanpa Limbungan) ... trim system - 92-8M0071838 2

JTLM(S)SH(B)12/2015

11 Change engine oil - 92-8M0078630 Four stroke

Outboard Oil - 888592005 Oil Drain Plug –

Engine Oil - 26-888593 Seal – Drain Plug –

Engine Oil

4 2 2

Unit Unit Unit

12 Change engine oil filter - 35-877769K01 Engine Oil

Filter

2

Unit

13 Change gear case lube oil - 92 858064Q01 Hi Performance

Gear Lube

- Replace seal and screw kit 10-880717A01

2 2

Unit Unit

14 Change thermostat visually for corrosion and broken spring

- 892864T04 Thermostat Hsy Assy- Cooling System

2

Unit

15 Workman service maintenance / Do auto test using DDT or CDS on all sensors and electronic components

1 Unit

16 To up slip and down slip 2 Unit

17 Change Corrosion control anode Inspect the propeller blades and change grease propeller shaft on installation, Change damaged Isolator (warranty) Change battery cable Inspect all belting for tightness and readjust as necessary Transport and accommodation

1

Lumpsum

JUMLAH

Page 10: JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA KEMENTERIAN … dan kenyataan SHB122015.pdf · Bot/Kapal/Barge/Kapal Selam /Jet Ski/Sampan (Limbungan/Tanpa Limbungan) ... trim system - 92-8M0071838 2

JTLM(S)SH(B)12/2015

LAMPIRAN B

NAMA SYARIKAT:

ALAMAT SYARIKAT:

SENARAI KUANTITI

BORANG TAWARAN SEBUT HARGA

PEROLEHAN BAGI PERKHIDMATAN RUTIN SERVIS 400 JAM 2 UNIT ENJIN MERCURY 300HP VERADO JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA NEGERI KEDAH

Perakuan Penyebutharga:

a. Tempoh yang ditawarkan untuk penghantaran perkhidmatan diatas adalah:

________________________

b. Harga yang ditawarkan untuk perkhidmatan diatas adalah :

RM___________________

(Ringgit Malaysia:…………………………………………………………………………)

c. Pembekalan dan perkhidmatan akan dibuat di :

Jabatan Taman Laut Malaysia Negeri Kedah Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Tingkat 1, Wisma Persekutuan Alor Setar Jalan Kampung Baru 05000 Alor Setar Kedah Darul Aman

Saya/Kami dengan ini bersetuju dan akan mematuhi Skop dan Spesifikasi Kerja (LAMPIRAN A) dan semua syarat-syarat yang dinyatakan pada dokumen sebut harga ini.

................................................ ............................................... (Tandatangan Penyebut harga) (Tandatangan Saksi) Nama : ....................................... Nama :……………………

No. K/P : ....................................... No. K/P :…………………….

Jawatan : ....................................... Jawatan :…………………….

Cop Syarikat

Page 11: JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA KEMENTERIAN … dan kenyataan SHB122015.pdf · Bot/Kapal/Barge/Kapal Selam /Jet Ski/Sampan (Limbungan/Tanpa Limbungan) ... trim system - 92-8M0071838 2

JTLM(S)SH(B)12/2015

LAMPIRAN C

(SAP bertarikh 1 April 2010) SURAT AKUAN PEMBIDA

JTLM-SH(B)12/2015

PEROLEHAN BAGI PERKHIDMATAN RUTIN SERVIS 400 JAM 2 UNIT ENJIN MERCURY 300HP VERADO JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA NEGERI KEDAH

Saya....................................................................... No KP :........................................ yang mewakili

syarikat ................................................................ No. Pendaftaran MOF

............................................... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu

yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu

dalam Jabatan Taman Laut Malaysia, atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk

dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan surat perwakilan

kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar

atau memberi rasuah kepada individu dalam Jabatan Taman Laut Malaysia atau mana-mana

individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya

sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 perkara balik tawaran kontrak bagi tender/ sebut harga* di atas; atau

2.2 penamatan kontrak bagi tender/ sebut harga* di atas; dan

2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan kerajaan yang

berkuatkuasa

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana

individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut

harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut

kepada pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) atau Balai Polis yang

berhampiran.

Yang benar,

........................................ Nama : No. Kp : Cop syarikat : Catatan: i) *potong mana yang tidak berkenaan ii) surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama surat perwakilan kuasa