JADUAL SPESIFIKASI - kkmm.gov.my 5-Jadual ¢  SULIT BAB 5 : JADUAL SPESIFIKASI 29 5 JADUAL...

download JADUAL SPESIFIKASI - kkmm.gov.my 5-Jadual ¢  SULIT BAB 5 : JADUAL SPESIFIKASI 29 5 JADUAL SPESIFIKASI

of 22

  • date post

    21-Jan-2021
  • Category

    Documents

  • view

    5
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of JADUAL SPESIFIKASI - kkmm.gov.my 5-Jadual ¢  SULIT BAB 5 : JADUAL SPESIFIKASI 29 5 JADUAL...

  • SULIT BAB 5 : JADUAL SPESIFIKASI

    29

    5 JADUAL SPESIFIKASI

    SYARAT-SYARAT TAMBAHAN I :

    1. Pembekal wajib melengkapkan semua maklumat yang diperlukan. Pernyataan yang ditandakan dengan * menunjukkan kriteria

    yang mempunyai impak ke atas harga bekalan yang dicadangkan. Cadangan Pembekal adalah tidak lengkap sekiranya meninggalkan mana-mana medan tanpa sebarang maklumat, dan cadangan tersebut akan ditolak dan tidak dipertimbangkan. Sekiranya ruang tidak mencukupi, sila lampirkan Lampiran dalam format medan yang sama.

    2. Pembekal wajib mengisi semua medan ‘PEMATUHAN’ dan ‘CADANGAN PEMBEKAL’ dengan lengkap dan sempurna.

    Sekiranya tidak berkaitan, isikan ‘TIADA’. Penyebut harga wajib melengkapkan perincian di medan CADANGAN PEMBEKAL. Penggunaan istilah seperti “AMBIL MAKLUM”, “MEMAHAMI”, “BERSETUJU”, “SEPERTI DINYATAKAN” atau apa jua istilah/ayat yang ditakrifkan sebagai bukan perincian cadangan adalah tidak akan diterima dan boleh menyebabkan cadangan Pembekal ditolak dan tidak dipertimbangkan.

    3. Pembekal perlu menyertakan spesifikasi yang dicadangkan pada ‘CADANGAN PEMBEKAL’. Pembekal tidak dibenarkan membuat

    catatan “rujuk brosur/risalah” atau seumpamanya, tanpa sebarang catatan lain. Brosur/risalah hanya akan dirujuk oleh Kerajaan menilai untuk mendapatkan maklumat tambahan. Kegagalan Pembekal menyatakan spesifikasi yang jelas akan menjejaskan penilaian terhadap Pembekal.

    4. Pembekal tidak dibenarkan untuk mengubah atau meminda mana-mana kriteria yang ditetapkan di dalam medan

    ‘KETERANGAN SPESIFIKASI’ yang ditetapkan.

    5. Semua maklumat yang dibekalkan hendaklah jelas dan difahami. Kerajaan berhak untuk menolak dan tidak mempertimbangkan cadangan Pembekal sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu, tidak lengkap, mengelirukan atau bercanggah dengan dokumen asal atau brosur/risalah yang dibekalkan atau disalin (copy) dari medan ‘KETERANGAN SPESIFIKASI’.

    6. Semua pentafsiran skop, spesifikasi dan dokumentasi perolehan ini adalah berdasarkan kepada tafsiran Kerajaan (Perkara 2.1.13). Semua set bagi satu jenis item (contoh Komputer Riba) hendaklah asli dan dibekal dari satu pembuat sahaja bagi tujuan liputan jaminan (termasuk semua aksesori di dalam jadual spesifikasi – beg, tetikus, cable security lock dan lain-lain).

  • SULIT BAB 5 : JADUAL SPESIFIKASI

    30

    A. JADUAL SPESIFIKASI PERKHIDMATAN

    KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

    CADANGAN PEMBEKAL (SILA PERINCIKAN)

    1.0 KESEMPURNAAN PERALATAN BAGI PENYEMPURNAAN PERKHIDMATAN

    1.1 Pembekal hendaklah memberikan perhatian khusus kepada kesempurnaan peralatan yang ditawarkan merangkumi semua komponen yang diperlukan bagi melengkapkan sistem kerja sama ada jelas dinyatakan dan diperincikan di dalam spesifikasi ini atau tidak. Jika ada, komponen tersebut hendaklah diperincikan dalam Spesifikasi (Other Features). Sekiranya tidak dinyatakan atau tertinggal dari Jadual Peralatan dan Jadual Harga, tetapi kemudiannya didapati perlu bagi kesempurnaan dan fungsi sesuatu peralatan, maka kos peralatan tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh Pembekal.

    1.2 Peralatan yang dicadangkan hendaklah dibekalkan dengan aksesori input dan output untuk memastikan ia beroperasi dengan baik. Sebagai contoh, kabel USB dan kabel rangkaian yang diperlukan untuk persediaan rangkaian sambungan pencetak di lokasi-lokasi tertentu. Semua aksesori yang diperlukan mestilah dibekalkan bersama-sama dengan peralatan yang dicadangkan.

  • SULIT BAB 5 : JADUAL SPESIFIKASI

    31

    KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

    CADANGAN PEMBEKAL (SILA PERINCIKAN)

    2.0 KONTRAK PERJANJIAN PERKHIDMATAN

    2.1 Pembekal bersetuju untuk mengikat Kontrak Perkhidmatan Bertempoh dengan Kerajaan dan melaksanakan perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan seperti berikut :

    Fasa Pelaksanaan 60 Hari

    Fasa Penyewaan

    Workstation, Komputer Peribadi, Pencetak Monokrom A4, Pencetak Warna A4, Pencetak Warna A3, Projektor dan Endpoint Security 1

    56 Bulan

    Mobile Workstation, Komputer Riba dan Endpoint Security 2

    36 Bulan

    Fasa Pengambilan 2 Bulan

    2.2 Pembekal wajib mencadangkan jadual terperinci penghantaran dan pemasangan (Carta Gantt) peralatan ke Tapak Lokasi termasuk tempoh penghantaran, pemasangan, pengujian dan pentauliahan.

  • SULIT BAB 5 : JADUAL SPESIFIKASI

    32

    KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

    CADANGAN PEMBEKAL (SILA PERINCIKAN)

    2.4 Pembekal wajib mengemukakan draf Kontrak Perkhidmatan dalam tempoh satu (1) bulan dari Tarikh Surat Setuju Terima, meliputi Fasa Pelaksanaan sehingga Fasa Pengambilan berdasarkan kepada template kontrak yang dikemukakan oleh Kerajaan.

    2.5 Kerajaan berhak untuk menamatkan kontrak sekiranya Pembekal memberikan perkhidmatan yang tidak memuaskan, atau tidak mematuhi mana-mana spesifikasi yang ditetapkan atau melanggar terma-terma kontrak. Peringatan sebanyak tiga (3) kali akan diberikan sebelum denda/penalti dikenakan atau kontrak ditamatkan. Semua kos guaman akan ditanggung oleh Pembekal.

    3.0 KEUPAYAAN PEMBEKAL

    3.1 Pembekal wajib mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman dalam bidang ICT kepada mana-mana agensi Sektor Awam. Keutamaan diberikan kepada Pembekal yang mempunyai pengalaman pembekalan/penyewaan/perkhidmatan peralatan ICT dalam tempoh jangka panjang. Pembekal perlu melengkapkan di LAMPIRAN VI – MAKLUMAT TEKNIKAL PEMBEKAL.

  • SULIT BAB 5 : JADUAL SPESIFIKASI

    33

    KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

    CADANGAN PEMBEKAL (SILA PERINCIKAN)

    3.2 Pembekal wajib mempunyai cawangan /pejabat / perkhidmatan sokongan di setiap negeri di seluruh Malaysia atau sekurang-kurangnya di setiap rantau (Utara, Tengah, Timur, Selatan termasuk Sabah dan Sarawak) atau melalui khidmat sokongan pihak Agen Utama/ Prinsipal/ Pengilang/ Pembekal Utama/ Pembuat/ Pengeluar yang mempunyai cawangan sekurang-kurangnya di setiap rantau (Utara, Tengah, Timur, Selatan termasuk Sabah dan Sarawak). Sekiranya pembekal menggunakan khidmat sokongan pihak Prinsipal/Pembekal Utama, pernyataan tersebut wajib dinyatakan di dalam Surat Sokongan Agen Utama/ Prinsipal/ Pengilang/ Pembekal Utama/ Pembuat/ Pengeluar

    3.3

    Pembekal wajib memberikan perkhidmatan di kawasan bandar dan luar bandar termasuk di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mengikut BAB 8 - PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (SLA).

    4.0 PEMBEKALAN PERALATAN

    4.1 Pembekal wajib membekalkan peralatan dengan sempurna dalam kuantiti seperti yang dinyatakan di BAB 7 – JADUAL KUANTITI (Ruangan KUANTITI DITETAPKAN) bagi menyempurnakan perkhidmatan ini. Pembekal wajib menghantar peralatan tersebut ke Tapak Lokasi yang ditetapkan di LAMPIRAN VII - SENARAI TAPAK LOKASI MENGIKUT PAKEJ yang dilampirkan.

    4.2 Kerajaan mempunyai hak untuk mengubah kuantiti dan/atau spesifikasi mana-mana peralatan yang dinyatakan dalam dokumen tender ini, dengan memberikan notis bertulis kepada Pembekal.

  • SULIT BAB 5 : JADUAL SPESIFIKASI

    34

    KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

    CADANGAN PEMBEKAL (SILA PERINCIKAN)

    5.0 SKOP PERKHIDMATAN DAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (SLA)

    5.1 Pembekal bersetuju dan memperakukan akan menyempurnakan perkhidmatan seperti yang ditetapkan di dalam BAB 8 – PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN.

    5.2 Pembekal bersetuju untuk dikenakan denda, penalti, gantirugi, pampasan atau lain-lain caj seperti yang ditetapkan di dalam BAB 8 – PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN.

    6.0 PENGURUSAN PROJEK

    6.1 Pembekal hendaklah menyediakan satu (1) pasukan Pengurusan Projek untuk mentadbir, mengawalselia dan memberikan khidmat nasihat serta memastikan projek dilaksanakan di dalam tempoh yang ditetapkan.

    7.0 DOKUMENTASI

    7.1 Pembekal hendaklah menyediakan manual dan dokumentasi yang bersesuaian, jika diperlukan.

    7.2 Pembekal wajib menyediakan dokumentasi yang diperlukan oleh Kerajaan untuk menyokong urusan perolehan dan kontrak ini.

    8.0 PERAKUAN KESELAMATAN

    8.1 Pembekal bersetuju untuk melindungi semua maklumat terperingkat yang diketahui melalui perolehan ini.

    8.2 Pembekal bersetuju untuk tidak mendedahkan maklumat mengenai perolehan ini untuk apa jua kegunaan selain dari kegunaan menyempurnakan perolehan ini.

  • SULIT BAB 5 : JADUAL SPESIFIKASI

    35

    KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI PEMATUHAN (YA/TIDAK)

    CADANGAN PEMBEKAL (SILA PERINCIKAN)

    8.3 Pembekal bersetuju membekalkan maklumat-maklumat sokongan dan salinan-salinan dokumen bagi tujuan menyokong perakuan keselamatan.

  • SULIT BAB 5 : JADUAL SPESIFIKASI

    36

    KLAUSA KETERANGAN SPESIFIKASI CADANGAN PEMBEKAL

    (SILA PERINCIKAN)

    9.0 SKOP, BEKALAN DAN PERKHIDMATAN TAMBAHAN

    9.1 Pembekal boleh mencadangkan skop, bekalan dan perkhidmatan tambahan di dalam perolehan ini dengan semua kos ditanggung oleh Pembekal. Skop, bekalan dan perkhidmatan tambahan ini tidak boleh menjejaskan SLA yang ditetapkan dan tidak semestinya akan diterima oleh Kerajaan jika dicadangkan oleh Pembekal. Kos perkhidmatan ini hendaklah dinyatakan. Sekiranya Kerajaan berminat, Kerajaan akan mendapatkan maklumat terperinci daripada Pembekal. Kemudiann