Jadual Tugas Penyelaras Ict

download Jadual Tugas Penyelaras Ict

of 1

description

tugasan ict

Transcript of Jadual Tugas Penyelaras Ict

Azhan Othmanyang merupakan guru di Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Ahmadi, Gemencheh di sini memperoleh Mumtaz (cemerlang) dalam lima mata pelajaran yang diambilnya dalam peperiksaan itu.Lima mata pelajaran itu ialah Al-Quran dan Tajwid, Fiqh, Nahu dan Sarf, Arudh dan Qafiyah serta Tafsir.Menurut bapa kepada tiga orang anak itu, dia mengambil peperiksaan tersebut kerana mahu mencabar para pelajar di sekolah itu supaya berusaha bersungguh-sungguh serta membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk berjaya.Saya tidak pernah belajar di sekolah agama dan cemburu melihat mereka yang berpeluang mendapat pendidikan agama secara formal. Sebab itu saya menanam tekad sejak 10 tahun lalu untuk mengambil peperiksaan STAM.Peperiksaan itu memang sukar dan saya hanya memanfaatkan masa terluang untuk mengulangkaji. Selain itu, guru-guru di sekolah ini banyak membantu saya.Insya-Allah pada tahun ini saya akan mengambil lima lagi mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STAM dan berharap mendapat keputusan cemerlang, katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sijil STAM kepada pelajar SMA Maahad Ahmadi di sini hari ini.Sebanyak 24 daripada 99 pelajar sekolah itu yang mengambil peperiksaan tersebut mendapat keputusan Mumtaz.Sementara itu, salah seorang pelajar cemerlang,Nurhusna Nabihah Abdul Halim, 19- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/azhan-bukti-kemampuan-tanpa-8232-latar-belakang-pendidikan-agama-1.182072#sthash.7NAO2lhn.dpuf