jam 2.45 petang - majlis- Images/reports...  jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua:...

download jam 2.45 petang - majlis- Images/reports...  jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir

of 28

  • date post

    03-Aug-2019
  • Category

    Documents

  • view

    224
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of jam 2.45 petang - majlis- Images/reports...  jam 2.45 petang Yang Berhormat Di-Pertua:...

  • PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 33

    Majlis Mesyuarat disambung pada

    jam 2.45 petang

    Yang Berhormat Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat petang. Ahli-Ahli Yang Berhormat Persidangan Majlis Mesyuarat Negara di peringkat Jawatankuasa masih lagi membincangkan Jadual di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama. Untuk membolehkan perbincangan di peringkat Jawatankuasa disambung semula, maka saya tangguhkan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini.

    (Majlis Mesyuarat Ditangguhkan)

    (Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa)

    Yang Berhormat Pengerusi: Bismillahir Rahmanir Rahim. Ahli-Ahli Yang Berhormat perbincangan di peringkat Jawatankuasa disambung semula. Perbincangan Jawatankuasa yang telah diadakan di sebelah pagi tadi masih lagi membincangkan Tajuk SJ - Kementerian Hal Ehwal Ugama dan seramai 16 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat telah membuat pernyataan berkenaan dengan tajuk ini. Mengikut catatan daripada Jurutulis sebanyak 59 soalan dan juga cadangan yang telah diajukan. Mungkin bukan semuanya berkehendakkan jawapan secara terperinci tetapi saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama untuk mengulas. Terima kasih. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Pengerusi,

    Ahli-Ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu kaola mengucapkan terima kasih kerana memberi kaola peluang untuk menjawab 60 soalan kurang satu (59) dan daripada 16 Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya gembira dengan sambutan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Kepada persoalan mengenai dengan agama ini, saya kira bukan menunjukkan banyaknya kelemahan, walaupun memang ada kelemahan tetapi juga menunjukkan minat dan ghairah kita sama-sama untuk menjunjung agama di Negara ini. Soalan yang datang daripada Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal yang menerangkan minat beliau kepada adanya kelas-kelas ugama di Negara ini. Alhamdulillah beliau telah memberikan penjelasan yang jelas megenai dengan kedudukan belajar ugama di masjid-masjid yang mana beliau menerangkan bahawa perempuan-perempuan yang datang haid, maka haram bagi mereka itu untuk berada di dalam masjid. Ini menjadi satu ingatan dan nasihat yang baik daripada ahli ugama kita Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal, mudah-mudahan diambil perhatian khasnya golongan kaum wanita kita yang mana kaola merasa perkara ini telah dimaklumi oleh kaum wanita kita, tetapi mungkin juga ada yang memerlukan dan kaola rasa insya-Allah akan mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Masjid untuk menyediakan garis panduan mana apa-apa yang boleh dan apa-apa yang tidak boleh pada kaum wanita.

  • PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 34

    Kemudian Yang Berhormat itu menjelaskan supaya usaha-usaha seperti ini hendaklah diperluaskan lagi di seluruh Negara dan insya-Allah memang itulah juga niat Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Mengenai dengan Fardu Haji supaya diusahakan tambang haji biasanya dulu mencukupi ataupun hampir-hampir mencukupi tidak banyak lagi untuk ditambah. Itu dahulu, tetapi sekarang sudah jauh beza, supaya diusahakan peningkatan tambang itu. Setelah bermesyuarat di Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan pihak-pihak yang tertentu, Alhamdulillah Kementerian Hal Ehwal Ugama telah mendapat warkah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam supaya tambang haji yang $3,500.00 ditambah menjadi $4,500.00 bagi pegawai-pegawai Kerajaan. Di samping itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengurniakan supaya diberi top up sebanyak $600.00 kepada orang-orang dewasa dan $475.00 kepada kanak-kanak bagi yang membuat haji kali yang pertama dan kali yang kedua sahaja, yang sudah itu tidak diberikan. Bermakna jika sekiranya tambang itu $4,000.00, maka $6,000.00 itu ditanggung oleh Kerajaan yang mana ia akan membayar $3,400.00 sahaja. Jadi top upnya $600.00 bagi orang dewasa. Syukur Alhamdulillah kita mendapat kurnia sebegini. Seperti firman Allah Subhanahu Wataala,

    Jika kamu bersyukur, Aku akan tambah lagi kurnia-Ku kepada kamu. Walaupun tidak dapat penuh tetapi kata orang perlahan-lahanlah kita akan berusaha dari semasa ke semasa. Walaupun tidak dapat dulunya kita fikir supaya dapat tambang haji kepada pakej haji, mungkin kepada pakej haji itu terlalu drastik. Apa yang telah dikurniakan ini Alhamdulillah diterima dulu.

    Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Baginda berada di Kaherah iaitu mengumumkan dinaikan elaun bagi pelajar-pelajar di peringkat Ijazah lanjutan, dan ini juga kita bersyukur kehadrat Allah Subhana Wataala kerana yang demikian ini menjadi satu motivasi kepada para pelajar di peringkat Ijazah Lanjutan iaitu master, degree dan Ph.D. Kalau kaola boleh menambah di sini, kita cuma ada seorang sahaja yang memperolehi Ph.D daripada Universiti Al-Azhar iaitu Profesor Dato Mahmud Haji Saedon bin Haji Awang Othman. Memang bukan mudah untuk lulus PhD di Universiti Al-Azhar. Kalaulah sekiranya dapat diusahakan elaun khas bagi mereka yang berani untuk mencuba di Universiti Al-Azhar ini, memang kalau diberikan elaun yang istimewa, kaola rasa ada kemunasabahannya dan mungkin akan difikirkan pada masa akan datang, insya-Allah. Kemudian Yang Berhormat Datin Paduka Dayang Hajah Salbiah binti Haji Sulaiman ada menimbulkan mengenai dengan waktu persekolahan ugama. Penyelesaian yang dibuat oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama ini ialah mengadakan program Insyirah yang mana pelajar-pelajar dari Pra, Darjah 1, 2, 3. Jika belajar jika di

  • PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 35

    sebelah pagi dari pukul 7.30 hingga 10.45 pagi dengan mengambil kira bahawa pelajar di sebelah petang ialah pukul 12.00 tengah hari. Itulah usaha yang dapat dibuat pada masa ini walaupun barangkali tidak dapat memuaskan hati semua pihak tetapi kita akan usahakan lagi cara-cara yang terbaik pada masa hadapan. Mengenai kenderaan kita mengikut sebagaimana Kementerian Pendidikan iaitu sekolah rendah tidak disediakan elaun kenderaan begitu juga sekolah ugama kerana pelajar-pelajar di sekolah ugama itu juga bersekolah di sekolah rendah Kerajaan. Biasanya pelajar-pelajar itu berada tidak berjauhan daripada tempat pelajar-pelajar itu bersekolah rendah. Walau bagaimanapun, jika ada aduan atau keperluan, apa-apa pun masalah akan kita cuba atasi dan akan kita bantu sehingga kanak-kanak itu belajar dengan sempurna dan selesa. Mengenai dengan penjadualan seperti yang saya perkatakan tadi yang mana jadual itu akan diteliti dan diperbaiki lagi supaya kanak-kanak bersekolah pagi dan petang itu akan belajar dengan selesa dan teratur. Mengenai dengan penggunaan sekolah rendah, Kementerian Pendidikan juga digunakan oleh sekolah ugama. Ini adalah berdasarkan kepada titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam supaya dimanfaatkan sebaik-baiknya institusi-institusi yang ada itu jika dapat berkongsi, maka setelah membuat perundingan dengan Kementerian Pendidikan, Alhamdulillah sekolah di Kementerian Pendidikan juga dapat digunakan oleh sekolah ugama tetapi tidak mengganggu perjalanan sistem masing-masing. Untuk membina sekolah

    berasingan yang berdekatan dengan sekolah pendidikan, barangkali memandangkan situasi ekonomi kita belum lagi sesuai kerana setentunya ini akan membebankan ekonomi Negara kita jika diadakan setiap sekolah di Kementerian Pendidikan ada sekolah ugama di sebelahnya tentu akan membebankan buat masa ini. Mungkin di masa akan datang kita lihat macamana konsep itu dapat di jalankan di Negara kita. Mengenai dengan soalan daripada Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman Bin Haji Ahad mengenai dengan membanteras kesalahan syariah ataupun gejala sosial yang melakukan kesalahan-kesalahan jenayah syariah. Saya rasa ini tidak menimbulkan kerisauan kepada Yang Berhormat kerana kesalahan jenayah syariah di Daerah Temburong sangat rendah berbanding dengan kesalahan jenayah di daerah-daerah lain. Saya adalah sudah bertanya perkara ini kepada yang pihak Mahkamah dan pihak Pendakwaan Rendah di Daerah Temburong. Walau bagaimanapun, rendahnya kesalahan-kesalahan jenayah syariah itu adalah kemungkinan juga faktornya kerana mesyarakat di Daerah Temburong itu masih lagi merupakan mesyarakat yang belum terdedah kepada masalah-masalah sosial yang seperti yang melanda di bandar-bandar, masyarakatnya masih lagi perihatin kepada keadaan dan keolahan, perlakuan anak-anak muda mungkin segan silu untuk melakukannya. Walau bagaimanapun, saya menyeru kepada mesyarakat di seluruh Negara supaya memberi perhatian dalam mengawal gejala sosial dan mengawal kesalahan jenayah syariah ini bukan sahaja dibebankan kepada Kementerian Hal

  • PETANG HARI SELASA, 7 JAMADILAWAL 1434 / 19 MAC 2013 36

    Ehwal Ugama ataupun pihak kuatkuasa ugama tetapi juga seluruh mesyarakat mengambil perhatian, sama-sama membuka mata dan membanteras. Kalau kita memahami konsep Negara kitani MIB, dan Negara Zikir maka sama-samalah kita mendukung. Jangan bersikap diam dan lihat sahaja. Kita bukan hidup di masyarakat Barat di mana apa yang dilakukan di hadapan orang tidak menjadi masalah tapi kita di dalam masyarakat Timur dan dalam keadaan berugama Islam. Satu lagi cara membanteras setentunya mencukupkan Pegawai Penguatk