JAMADILAKHIR 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mac2017.pdf · Ilmu Di Mesir...

13
Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 | EDARAN PERCUMA | Bil 180 MS/11 Kilang Baru Buka Peluang Kerja YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan turut meluangkan masa minum bersama rakyat di kedai kopi, ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada rakyat yang uzur, ziarah mantan Adun Kadok tahun 90an, ziarah kampung yang ditenggelami banjir dan turut berdialog bersama rakyat. Lihat muka 3 MS 6-7 Guna Peluang Timba Ilmu Di Mesir MENARIK DI DALAM PROGRAM PEMUKIMAN MENTERI BESAR KELANTAN BERSAMA RAKYAT

Transcript of JAMADILAKHIR 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mac2017.pdf · Ilmu Di Mesir...

Page 1: JAMADILAKHIR 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mac2017.pdf · Ilmu Di Mesir ARIK ALA M ... Kuliah Maghrib Perdana di Masjid ... Adun Manek Urai, Mohd Fauzi

JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 1

Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 | EDARAN PERCUMA | Bil 180

MS/11

Kilang Baru Buka Peluang Kerja

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan turut meluangkan masa minum bersama rakyat di kedai kopi, ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada rakyat yang uzur, ziarah mantan Adun Kadok tahun 90an, ziarah kampung yang ditenggelami banjir dan turut berdialog bersama rakyat.

Lihat muka 3

MS 6-7

Guna Peluang Timba Ilmu Di Mesir

MENARIKDI DALAM

PROGRAM PEMUKIMAN MENTERI BESAR KELANTAN BERSAMA RAKYAT

Page 2: JAMADILAKHIR 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mac2017.pdf · Ilmu Di Mesir ARIK ALA M ... Kuliah Maghrib Perdana di Masjid ... Adun Manek Urai, Mohd Fauzi

JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 2 3

Sidang RedaksiPENAUNGYB DATO’ HJ MOHD NASSURUDDINB. HJ. DAUDPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta

PENASIHATMD ASHARI MAMATPengarah Urusetia PeneranganKerajaan Negeri Kelantan

PENYELARASABD. RAHIM MUHAMMADPenolong Pengarah Penerbitan dan Dokumentasi

SUSUN ATURAHMAD KARIEMULLAH B. SAIPUL BAHRIN

WARTAWANNIK AZMAN NIK [email protected]

CHE MAZIAH BINTI [email protected]

JURUFOTOMOHD ASRI HAMATABDUL AZIZ BIN [email protected] KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB)

PENGEDARUNIT EDARAN UPKN

PERCETAKANUNIPRESSLot 140, Jalan Pencawang TNB Lundang,Off Jln Sultan Yahya Petra,15150 Kota Bharu, Kelantan.Tel: 09 743 4924Faks: 09 743 4925Email: [email protected]

ALAMAT SURAT MENYURATURUSETIA PENERANGAN KERAJAANNEGERI KELANTANPejabat Setiausaha KerajaanTingkat Atas, Blok 7 Kompleks Kota Darulnaim15503 Kota Bharu Bandar Raya Islam,Kelantan DarulnaimTel 09-7483529(DL), 09-7481957 samb, 7810Faks: 09-7433529

KEBERKATAN | KEMAKMURAN | KEBAJIKAN

Merakyatkan Membangun Bersama Islam

Website: [email protected] (Berita Adun)www.facebook.com/upknkelantan(sila email untuk sebarang pertanyaan)

Pena Pengarah

Pindaan Akta 355 Lagi..

Payah sangat nampaknya untuk membuat pindaan akta ini kali ini. Sudah banyak akta sejak negara ini mengadakan bermacam-macam akta, dipinda sejak ujudnya sistem perundangan di negara ini . Tak pernah dengar pun bila nak buat pindaan terhadap satu-satu akta, kena buat road show seantero negara, memerlukan consent dari rakyat terbanyak, barulah ianya boleh dilaksanakan. Sampai masa parlimen bersidang, memindalah para YB-YB ahli parlimen yang diamanahkan untuk melakukannya. Lepas itu barulah rakyat tahu, dan sejumlah majoritinya tak tahu sampai sudah.

Pewar-waran terhadap peri pentingnya akta 355 ini untuk dipinda sudah tak payah diterangkan lagi. Kalau ada yang masih kelabu mengenainya, memang dia memilih untuk menjadi makhluk kelabu sampai sut. Muslim yang jahil, baik dari golongan mana mereka, sah, dengan usaha dan kenyataan-kenyataan yang mereka buat, kalaulah ianya menyumbangkan ke arah untuk menggagalkannya, akan meletakkan mereka ditebing neraka. Penentang yang terdiri dari muslim yang ‘alim dan diberi taraf ulama’ pula sahih akan berenang dalam lautan api di akhirat nanti jika nawaitu mereka adalah untuk membingungkan umat manusia, menanam rasa ragu, takut dan tidak yakin kepada keunggulan undang-undang ciptaan Ilahi yang dijamin olehnya, bahawa undang-undang ini akan mencegah manusia dari terus melakukan kefasadan di muka bumi ini.

Agenda siapakah yang memayahkan perlaksanaan ini? apakah golongan yang menentang pindaan ini, baik dari mereka yang bukan Islam, lebih-lebih lagi yang

beragama Islam sedar bahawa kepayahan ini sabenarnya semata-mata untuk menafikan kesyumulan agama Islam dan kesempurnaan undang-undang ciptaan Ilahi untuk diamalkan oleh manusia di muka bumi ini. Terlalu amat malang lagi kalau ada dari kalangan para tok lebai, ustaz, al-fadhil, ulama’, sahibussamahah, yang berPhD dalam pengajian agama tergolong dikalangan mereka yang tidak sedikit pun menyumbang ke arah berlakunya pindaan yang menjurus kepada perlaksanaan sebahagian dari perundangan Islam ini, bahkan terus-terusan, dengan segala kemampuan yang mereka ada, mencari alasan untuk menggagalkannya. Janganlah, dengan ilmu yang dianugerahkan Allah kepadamu, yang dengannya meletakkan kamu sebagai manusia yang dipercayai di mata rakyat terbanyak, kamu gunakan untuk menambahkan kesangsian manusia terhadap undang-undang Allah ini.

Tidak adakah sekelumit rasa kebertanggungjawaban di hati para ulama’ yang menentang ini dan terdetik di hati mereka bahawa tugasnyalah untuk mendekatkan perundangan Islam ini ke dalam masyarakat, bukan menjauhkannya.

Kepada mereka yang hanya mencari jalan menggagalkannya, ketahuilah anda sudah terjerat oleh jerat bingkas bertali pintalan dawai besi, yang tak akan terungkai dan terlucut kiranya kamu tidak melepaskan diri hari ini. Jerat bingkas ini akan terus menjeratmu sehingga ke alam kubur dan seterusnya ke alam baqa’ nanti, dan terus menjerut, menjerut, dan menjerut. Kulit, isi dan tulang belulangmu akan terus-terusan dijerut semakin kemas setiap saat, dengan kesakitan yang tidak terperi. Aduh!. Menggelupas kulit tergesel grill pintu pun sudah beberapa hari peritnya.

Bebaskan diri kamu hari ini, kerana hari ini masih ada sanak saudara, teman taulan, kenalan dan jiran tetangga yang bersedia membantu melonggarkan ikatan dan jerutan itu, sebelum tiba hari esok yang tiada siapa yang boleh menghulurkan pertolongan tapi dikelilingi oleh malaikat yang amat patuh kepada perintah Allah. Allah memerintahkan mereka untuk mengazab mereka yang menyelewengkan perintahnya, dan mereka amat mematuhinya. Rintihan mereka yang diazab tidak sedikit pun melembutkan hati para malaikat azab, malah umpama nyanyian merdu untuk mereka menambah- kemaskan lagi jerutan.

Berapa pun, apa pun imbuhan yang kamu dapat hasil dari usaha ke arah menggagalkan RUU355 ini daripada berjaya dilakukan, wajib tidak berbaloi.

Allaahu akbar!.

KOTA BHARU- Sekitar aktiviti-aktiviti YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad B. Yakob, Menteri Besar Kelantan di Program Pemukiman Menteri Besar dan Kepimpinan Kerajaan Negeri Bersama Rakyat di Jajahan Kota Bharu. Majlis dimulakan seawal jam 9.00 pagi di Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam dengan amanat YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan kepada pimpinan Kerajaan Negeri dan pegawai yang hadir.

YAB Ustaz Dato’ kemudiannya

merasmikan Pasar Ketereh dan turut bergotong-royong bersama rakyat mengecat pasar berkenaan. Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri turut turun menziarahi rakyat yang sakit dan menyampaikan sumbangan dalam program pemukiman tersebut. YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan turut meluangkan masa minum bersama rakyat di kedai kopi, ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada rakyat yang uzur, ziarah mantan Adun Kadok tahun 90an, ziarah kampung

yang ditenggelami banjir dan turut berdialog bersama rakyat.

Program pemukiman Menteri Besar Kelantan dan Kepimpinan Kerajaan Negeri bermula sejak semalam dengan Kuliah Maghrib Perdana di Masjid Melor yang disampaikan oleh Pengarah Yayasan Amanah Tok Kenali. Turut hadir di Program Pemukiman Ketua Jajahan Kota Bharu, Ketua-Ketua Jabatan dan kepimpinan setempat.

PROGRAM PEMUKIMAN MENTERI BESAR KELANTAN BERSAMA RAKYAT

Page 3: JAMADILAKHIR 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mac2017.pdf · Ilmu Di Mesir ARIK ALA M ... Kuliah Maghrib Perdana di Masjid ... Adun Manek Urai, Mohd Fauzi

JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 4 5

KUALA KRAI: Gagasan ‘Bertani Satu Ibadah’ yang diperkenalkan sejak beberapa tahun lepas memberi momentum bagi meningkatkan lagi sektor pertanian di Kelantan.

Pengerusi Jawankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri, YB. Dato’ Haji Che Abdullah B. Mat Nawi berkata, kini semakin ramai anak-anak muda yang suka dan melibatkan diri dalam sektor pertanian.

Katanya, bagi memperkembangkan

lagi sektor pertanian, kerajaan negeri memberi geran projek pertanian kepada lebih 100 petani di Kuala Krai dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM307,246.

“Ia merupakan salah satu penghargaan terhadap usaha petani, nelayan dan peladang bagi meningkatkan lagi hasil pertanian,” katanya pada majlis penyampaian bantuan tersebut di Pejabat Pertanian Kuala Krai.

KOTA BHARU – Negeri Kelantan merupakan di antara negeri yang dilengkapi dengan sejarah tertua di Malaysia dan mempunyai peradaban serta ketamadunan yang tersendiri yang telah diwarisi dari zaman ke zaman.

Hasil daripada itu, pengaruh-pengaruh daripada ketamadunan ini telah memberikan kesan kepada adat resam, kepercayaan sehinggalah kepada sistem pentadbiran dan pemerintahan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan, Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam Ab. Rahman berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Majlis Pelancaran Buku Sejarah Setiausaha Kerajaan Kelantan di Gelenggang Seni dekat sini baru lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri Kelantan berkata, jika disusuri sejarah pentadbiran dan pemerintahan kerajaan Negeri Kelantan, ia merupakan satu warisan yang telah diwarisi daripada sistem politik Melayu tradisional yang sistematik bermula daripada zaman pemerintahan Long Yunus yang berpusat di Kota Kubang Labu.

“Walaupun begitu, tidak terdapat catatan secara khusus berkenaan tarikh sebenar kewujudan sistem Kesetiausahaan di Negeri Kelantan yang difahamkan elemen-elemen pentadbiran itu sudah mula dikesabn dan dipraktikkan pada abad ke-19 di Negeri Kelantan.

Sistem pentadbiran di Negeri Kelantan secara keseluruhannya di ketuai oleh Menteri Besar, manakala jentera pentadbiran diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan dibantu oleh pegawai-pegawai kanan yang berkhidmat di beberapa bahagian dan unit.

Tambahnya, agensi-agensi utama yang berfungsi memberikan perkhidmatan dan melaksanakan pembangunan di peringkat negeri

terdiri daripada jabatan-jabatan negeri dan persekutuan yang berperanan memudahkan perjalanan pentadbiran sesebuah Kerajaan Negeri dan dipertanggungjawabkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Melihat kepada peranan dan tanggungjawab Setiausaha Kerajaan Negeri, tugas SUK tidak hanya menjadi Pegawai Tadbir Utama Negeri, tetapi juga merancang dan menyelaras dasar-dasar Kerajaan Negeri serta memastikan agensi-agensi negeri melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri sepertimana yang telah digariskan oleh Menteri Besar, sementara peranan seorang Setiausaha Kerajaan Negeri juga berfungsi sebagai Ketua Perkhidmatan Awam Negeri dan Setiausaha kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

Kemajuan dan kemakmuran yang dikecapi oleh Negeri Kelantan adalah lahir daripada sokongan dan dokongan padu sebuah jentera pentadbiran yang berjalan secara dinamik, proaktif, progresif dan profesional. Setiap dasar dan program utama kerajaan pastinya tidak akan dapat digerakkan secara menyeluruh dan bersepadu tanpa penglibatan secara holistik oleh jentera pentadbiran negeri. Kebersamaan dan kerjasama erat antara penggubal dasar dan jentera pentadbiran telah membawa Negeri Kelantan ke tahap yang seperti sekarang ini,” katanya.

Katanya lagi, menyedari jasa dan sumbangan yang telah dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan bermula daripada SUK yang pertama dan kini, pihak Perbadanan Muzium

Negeri Kelantan telah mengambil satu langkah yang proaktif dengan melakukan penyelidikan dan kajian tentang sejarah pentadbiran awam negeri Kelantan dan menjudulkan sebuah buku yang bertajuk Sejarah Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

“Dengan penerbitan buku ini memberikan ruang dan peluang kepada semua rakyat di Negeri Kelantan untuk mengenali dengan lebih rapat sejarah dan tokoh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang telah memainkan peranan yang besar di dalam memajukan negeri Kelantan.

Di bawah pentadbiran YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan sangat menekankan tentang ciri-ciri pentadbiran Islam dalam pentadbiran awam dengan meneruskan Dasar Membangun Bersama Islam. Dasar ini pastinya tidak dapat dicapai seandainya tidak disahut perlaksanaannya oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan barisan jentera pentadbiran negeri,” tambahnya.

Pada majlis tersebut, dua buah buku terbitan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dilancarkan iaitu Sejarah Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Memoir Seorang Budak Kampung yang ditulis oleh Haji Wan Johari Wan Daud.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Faudzi Che Mamat, Timbalan Pengerusi Perbadanan Muzium Negeri, Dato’ Haji Hassan Mahmood, Dato’ Ismail Hassan, Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan.

Dibuku Sejarah Setiausaha Kerajaan Kelantan

Turut hadir Timbalan Speaker, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah Adun Guchil, Roslan Puteh dan Pengarah Pertanian Kelantan, Mohd Khairi Yusof.

Tambahnya lagi kerajaan negeri baru-baru ini mengadakan perbincangan dengan Agro Bank bagi menyelaras bantuan kewangan kepada petani.

Pegawai Pertanian Kuala Krai, Encik Azih Mamat berkata, peruntukan tersebut diberikan kepada lapan kategori pertanian.

Ia merangkumi pembangunan tanah terbiar RM102,400, pembangunan industri padi (RM18,000), pembangunan pelbagai komoditi (RM33,000) dan pembangunan industri sayuran (RM28,000).

Selain itu pembangunan industri buah-buahan (RM26,000), industri asas tani (RM19,000), pembangunan usahawan tani (RM30,000) dan pembangunan industri kelapa (RM45,000).

Projek tersebut melibatkan seramai 100 petani dengan keluasan 200 ekar.

‘BERTANI SATU IBADAH’TINGKAT MOMENTUM PETANI

Page 4: JAMADILAKHIR 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mac2017.pdf · Ilmu Di Mesir ARIK ALA M ... Kuliah Maghrib Perdana di Masjid ... Adun Manek Urai, Mohd Fauzi

JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 6 7

GUNA PELUANG TIMBA ILMU DI MESIR

meletakkan harapan tinggi kepada semua penuntut di sana supaya menimba sebanyak mungkin ilmu yang ada untuk dimanfaatkan setelah kembali ke tanah air.

Selain itu, baginda juga bertitah agar pelajar di sana dapat menjadi duta kecil Kelantan secara khasnya dan Malaysia amnya bagi memastikan negara ini sentiasa dipandang tinggi di Mesir.

Sementara itu, baginda yang juga Yang Dipertua Maik bertitah, sebagai institusi induk pentadbiran agama di Kelantan, yang bertanggungjawab meningkatkan taraf sosio-ekonomi telah bertindak secara proaktif dan profesional dalam menguruskan hal ehwal Islam berteraskan sumber baitulmal dan zakat.

Dalam titah baginda, salah satunya

adalah agihan kewangan dalam lapangan pendidikan kepada anak Kelantan yang sedang menuntut di luar negara.

Menurut baginda, dalam tempoh 10 tahun, bermula 2006, Maik melalui Tabung Yayasan Pengajian Tinggi telah membelanjakan sebanyak RM21,011,100 juta kepada 8,089 penuntut yang sedang belajar dalam pelbagai bidang di universiti luar negara.

Daripada jumlah itu, baginda bertitah, pada tahun 2016 sahaja Maik telah membelanjakan sebanyak RM4,784,000 juta dengan menyalurkan bantuan pengajian kepada 1,103 pelajar di luar negara.

“Gambaran ini menunjukkan bahawa Maik terus mengorak langkah

ke hadapan dalam merealisasikan peranannya sebagai badan induk yang mementingkan pembangunan ummah Islam dalam konteks ekonomi dan pembangunan modal insan umat Islam.

“Dalam usaha berterusan dan kesinambungan pembangunan modal insan kepada umat Islam Kelantan melalui program pendidikan, Maik telah merangka cadangan bagi program pengajian Islam di universiti Timur Tengah,” titah baginda.

Baginda bertitah, pengenalan program biasiswa itu adalah satu usaha Maik bertujuan membantu pelajar dalam kalangan asnaf keluar daripada putaran kemiskinan dan bersemangat untuk membina kehidupan ke tahap lebih baik.

MESIR - Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra mahu penuntut yang belajar di Mesir menggunakan peluang menimba ilmu di negara itu.

Ketika bertitah di Majlis Perasmian Wisma Sultan Muhammad V dan Wisma Tengku Mahkota Kelantan di Kaherah Mesir, baginda mengharapkan semua penuntut Kelantan di negara itu dapat memberikan tumpuan dan komitmen kepada pengajian tanpa melibatkan diri dalam kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang.

“Beta mengharapkan semua pelajar Kelantan di Lembah Nil ini tidak mencampuradukkan dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh penuntut ilmu yang berfikiran matang.

“Tumpukan sepenuhnya perhatian kepada pelajaran di samping dapat menguasai bahasa Arab dengan sebaik-baiknya kerana bahasa Arab menjadi bahasa sumber rujukan utama bagi ilmu Islam,” titah baginda.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad B. Yakob, Mufti Negeri,

Dato’ Syukri Mohamad dan barisan kepimpinan Kerajaan Kelantan.

Wisma Sultan Muhammad V setinggi 11 tingkat itu dapat memuatkan seramai 288 penuntut dan dibiayai oleh kerajaan negeri sebanyak RM12 juta, sementara Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) membelanjakan sebanyak RM5 juta.

Manakala, bangunan 11 tingkat yang dimasyhurkan dengan Wisma Tengku Mahkota Kelantan dapat menampung 360 penuntut dan dibiayai sepenuhnya oleh Maik dengan kos RM12 juta.

Dalam pada itu, baginda juga

Page 5: JAMADILAKHIR 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mac2017.pdf · Ilmu Di Mesir ARIK ALA M ... Kuliah Maghrib Perdana di Masjid ... Adun Manek Urai, Mohd Fauzi

JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 8 9

KOTA BHARU- Di atas kesedaran pentingnya ilmu agama, satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), telah mengambil inisiatif untuk turun menyantuni dan menyebar luas ajaran agama Islam kepada seluruh masyarakat Orang Asal. Misi Kembara Dakwah (MKD) telah berkolaborasi dengan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK), yang berperanan membantu MKD menggalas perjuangan Islam dan menyebar luas dakwah kepada masyarakat Orang Asal untuk mendapat pendidikan dan pendedahan terhadap agama Islam.

Hadir sama dalam sidang media Program Tautan Kasih Yeq dan Haq bersama orang asal ialah Ketua Eksekutif PKINK Dato Dr. Haji Wan Zawawi B. Wan Ismail, En. Muhammad Azlin Hafeez Pegawai Hal Ehwal Islam (MAIK), serta Pengerusi MKD, Encik Mohd Kalik Mat Zaki. Dalam Ucapan pendahuluan Ketua Eksekutif PKINK berkata, kumpulan yang terlibat (MKD) perlu mempunyai jiwa yang kuat untuk berada di kawasan

Orang Asal kerana cara kehidupan mereka berbeza dengan masyarakat biasa.

Terdahulu, program ini bermula di Pos Brem Baru, Gua Musang pada penghujung tahun 2015, kemudian diteruskan ke Pos Mendroid, Lojing dan Pos Pasik, Jeli sebanyak 11 siri sepanjang tahun 2016 yang telah diadakan dengan pelbagai gerak dakwah yang lebih kontemporari dan santai. 2017, MKD terus mengorak langkah dengan menganjurkan program Tautan Kasih Yeq dan Haq siri 12 bersama masyarakat Orang Asal Pos Mendrod, Lojing.

Program ini menekankan elemen-elemen berkaitan dengan penghayatan

cara hidup Islam untuk dipraktikkan dalam tatacara kehidupan harian mereka. Selain itu pelbagai acara sampingan turut dilakukan untuk menarik minat penduduk Orang Asal untuk melihat orang Islam itu sebagai satu agama yang universal, antaranya riadah bersama kanak-kanak, ceramah kesihatan dan kebersihan serta pelbagai lagi acara menarik disediakan sepanjang program berlangsung. Melalui kerjasama ini juga secara tidak langsung mengajak kita lebih peka kepada masyarakat Orang Asal yang masih jauh dengan informasi orang Islam dan mengajar kita untuk memperhalusi seni dakwah itu sendiri.

NGO BAWA AJARAN ISLAM KEPADA ORANG ASAL

KUALA LUMPUR- Majlis Amanat Menteri Besar dan Perlantikan Duta anak Kelantan di perantauan, anjuran Unit Hubungan Seranta, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di Hotel Putra dihadiri oleh 14 pimpinan PAS Kawasan. Program yang mendapat sambutan baik dari kalangan anak muda di perantauan dengan kehadiran hampir 500 ratus orang memenuhi Dewan Putra 2, Hotel Putra.

Dalam majlis tersebut seramai 544 dilantik sebagai duta kecil kerajaan negeri dengan watikah pelantikan disampaikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan YB. Dato’ Haji Nik Mohd Amar B. Haji Nik Abdullah. Ia merupakan pelantikan bagi zon pertama yang melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Wilayah Persekutuan, Selangor, Putrajaya dan bahagian Selatan Perak.

Beberapa zon lain seperti zon timur yang meliputi Terengganu dan Pahang akan dilaksanakan bagi melantik wakil yang dicadangkan oleh cawangan masing-masing. Kemudian ia akan disusuli dengan Zon Utara, Selatan, Sarawak dan Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan sehingga akhir bulan Mac.

Timbalan Menteri Besar dalam ucapannya, mengucapkan tahniah

atas usaha mewujudkan duta bagi pengurusan pengundi diperantauan. Selain itu katanya, usaha berkenaan turut membantu menyebarkan maklumat kerajaan negeri dan juga parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. Beliau menyifatkan maklumat yang benar dan telus dari kerajaan negeri yang diibaratkan seperti penapis dari sebarang kekotoran serta bahan merosakan.

“Isunya banyak maklumat yang tidak sampai, bukan sahaja kepada penduduk Kelantan sendiri malah penduduk kita yang bermustautin di luar Kelantan. “Kita harap ia berperanan menyalurkan maklumat tanpa perlu merujuk kepada pimpinan dalam isu-isu yang bersifat benda kecil,” kata beliau. Beliau turut mengalu-alukan pandangan dari golongan perantauan terhadap kerajaan negeri dapat disalurkan menerusi wadah berkenaan yang dipilih.

Dalam perkembangan berkaitan, satu ikrar yang dibacakan oleh Ustaz Mohd Farhan Mohd Hassan yang melaungkan agar pemerintahan PAS Kelantan dipertahankan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan dan Majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Amar Bin Abdullah, Timbalan

Menteri Besar Kelantan dan turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Negeri serta Penyelia DUN dan Parlimen Negeri Kelantan.

Sesi dialog antara pimpinan kerajaan negeri bersama anak perantau mendapat sambutan baik yang berlangsung selama 1 jam. Antara objektif lain perlantikan duta adalah sebagai medium penyaluran maklumat daripada kerajaan negeri untuk memastikan maklumat yang diterima adalah sahih dan betul, sekali gus menapis tuduhan yang dileparkan kepada kerajaan negeri oleh pihak yang berkepentingan. Selain itu, untuk memastikan kebajikan anak Kelantan di perantauan terbela dan terjaga.

ANAK PERANTAUAN Sebagai Duta Kecil Kerajaan Negeri

Lensa

Himpunan 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur. YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar mengimamkan solat Asar di Padang Merbok sebelum sama-sama mengikuti ucapan-ucapan dari pemimpin parti, kerajaan & NGO pada hari itu.

Page 6: JAMADILAKHIR 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mac2017.pdf · Ilmu Di Mesir ARIK ALA M ... Kuliah Maghrib Perdana di Masjid ... Adun Manek Urai, Mohd Fauzi

JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 10 11

KOTA BHARU – Muallaf atau saudara baru merupakan golongan yang sangat perlu diberi perhatian oleh masyarakat kerana pengorbanan besar mereka memeluk agama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Dato’ Haji Abdul Fattah Mahmood berkata demikian sewaktu berucap mewakili Menteri Besar pada Majlis Mahrajan Amal Islami Muallaf di Balai Islam Lundang dekat sini baru lalu.

Katanya, ramai di kalangan mereka menghadapi dugaan besar setelah memeluk Islam dan ada di antara mereka dibuang dari keluarga sebahagiannya hilang pekerjaan, hilang mata pencarian, ada yang terpaksa merempat, menagih kasih dan memohon bantuan dari pihak-pihak yang sudi menghulurkan bantuan.

“Saudara-saudara baru ini adalah mereka yang dahagakan motivasi, penerimaan dan pemahaman yang baik dari masyarakat Islam serta bantuan yang sewajarnya. Kelemahan-kelemahan mereka dari aspek tertentu dalam akidah dan ibadah, janganlah jadikan suatu kekurangan yang boleh dijadikan suatu penghinaan buat mereka apatah lagi mencerca mereka atas kelemahan-kelemahan mereka.

Agensi-agensi agama dan badan-badan NGO yang terlibat adalah antara institusi yang menguruskan hal ehwal kebajikan mereka dan segala masalah yang berkaitan dengan saudara baru. Kerjasama yang erat di kalangan jabatan-jabatan, NGO, pemimpin-pemimpin masyarakat dan jawatankuasa masjid-masjid adalah penting dalam usaha mendidik mereka termasuklah usaha-usaha dakwah kepada masyarakat bukan Islam,” katanya.

Tambahnya, bantuan dalam aspek kebajikan, keselamatan dan pendidikan Islam yang sempurna adalah tunggak yang menjadi teras kepada keteguhan pegangan akidah mereka seterusnya mencegah dari berlakunya kes-kes murtad di kalangan saudara baru.

“Masyarakat juga harus peka dan bertanggungjawab dalam melaporkan

kepada pihak berwajib sekiranya ada mana-mana orang Islam yang menerima bantuan dan tajaan badan-badan agama tertentu yang cuba mendakyah secara halus mahupun terang-terangan, khususnya kepada golongan sasaran seperti fakir miskin dan ibu tunggal. Gerakan-gerakan seperti ini biasanya berjaya merosakkan pegangan akidah seterusnya memurtadkan orang Islam.

Sepatutnya kita mengisytiharkan serta memperkenalkan tentang saudara-saudara baru yang baru memeluk Islam dalam karyah dan dalam kampung kita kepada jemaah masjid dan jiran tetangga sebagai meraikan kehadiran mereka. Juga dicadangkan agar setiap masjid mewujudkan lajnah kebajikan muallaf bagi mengenal pasti keperluan mereka serta merancang aktiviti yang bersesuaian, khususnya pemahaman terhadap Islam,” katanya.

Katanya lagi, dengan adanya program sebegini dapatlah kita memperluaskan lagi peranan dakwah Islamiah kepada semua masyarakat bagi merapatkan lagi ukhuwwah di samping meneguhkan kekuatan akidah kepada Allah SWT dan jangan kita lupa dan leka terhadap tanggungjawab sebagai muslim.

“Kerana hanya dengan pegangan akidah yang kukuh kita dapat membela agama Islam yang tercinta ini. Hanya dengan kekuatan akidah sahajalah dapat kita menghindari musuh-musuh yang cuba merosakkan umat Islam, apatah lagi yang cuba menghina dan mempersendakannya.

Justeru bagi melaksanakan tugasan dakwah kepada muallaf, sudah pasti kita tidak dapat lari daripada kaedah yang telah digariskan oleh Allah SWT, iaitu dengan cara berhikmah dan dengan nasihat yang baik,” tambahnya.

Tambahnya lagi, pelaksanaan dakwah muallaf perlu dimainkan oleh semua pihak dan bukan terpikul oleh agensi atau individu tertentu sahaja. Ia menjadi tanggungjawab kita bersama, sama ada NGO, masjid, surau, rakan sekerja, pasangan hidup, ahli keluarga dan pemimpin masyarakat.

“Sifat peka dan mengambil berat

akan kebjikan muallaf perlu dipupuk di kalangan kita semua, memandangkan ada sebahagian daripada muallaf yang disisihkan oleh keluarga kandung apabila mengambil keputusan untuk kembali kepada fitrah semula jadi kita iaitu islam.

Ada juga yang kehilangan kekayaan dan harta benda, bahkan lebih dahsyat daripada itu ada juga yang menghadapi ancaman dan kecaman, maka kita perlu memperlihatkan keindahan Islam itu dengan menyediakan perlindungan dan bantuan yang sewajarnya kepada mereka,” tambahnya lagi.

Tambahnya lagi, NGO muslim juga perlu bergerak aktif dalam melaksanakan dakwah ini dengan melaksanakan program dan aktiviti bagi membina kesedaran dan penghayatan muallaf terhadap Islam. Kepakaran-kepakaran tertentu seperti bahasa, budaya dan pengalaman tertentu dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) hendaklah dikongsi bersama muallaf. Ini penting bagi memudahkan mereka menerima maklumat dengan jelas dan mudah difahami apabila orang yang berdakwah dan memberikan tunjuk ajar itu datang daripada bangsa mereka sendiri dan bertutur dengan menggunakan bahasa mereka.

Pada majlis tersebut, Dato’ Abdul Fattah menyampaikan hadiah kepada pemenang yang terdiri dari Johan Tilawah Al-Quran (Lelaki), Muhammad Syamsul Huat Abdullah, Johan Tilawah Al-Quran (Perempuan), Akifa Naila Muhammad Hilman, Johan Hafazan (Lelaki), Abdul Mutalib Veera Abdullah, Johan Hafazan (Perempuan) Nur Rafina Abdullah, Johan Syarahan (Lelaki), Muhammad Firdaus Abdullah, serta Johan Syarahan (Perempuan), Nur Fatimah Az Zahra Abdullah.

Mahrajan Amal Islami Muallaf

PENGKALAN CHEPA – Perasmian Bangunan Baharu 3 tingkat milik kilang Rohm Wako dilihat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada golongan muda mudi di negeri ini. Kilang tersebut telah dirasmikan oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Kelantan. Kilang baru itu terletak di Padang Tembak, Pengkalan Chepa.

“Dengan siap bangunan baharu 3 tingkat ini, akan dapat memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan turut memberi kesan yang baik kepada pembangunan ekonomi di Bandar Kota Bharu.

“Setakat ini saya difahamkan lebih 1,800 orang pekerja warganegara

yang bekerja disini. Ini adalah suatu peluang yang sangat baik khasnya bagi rakyat Negeri Kelantan disamping mempelajari pengalaman pengurusan daripada teknologi Jepun”. Katanya dalam sidang media.

Rhom Wako sebelum ini telah berjaya mengeluarkan produk diod melebihi 7 bilion unit sebulan sehingga melonjak kepada 14 bilion unit. Turut hadir dimajlis berkenaan, YB Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, TYT Duta Jepun ke Malaysia, CEO Mida dan Pengerusi Rhom Wako.

KILANG BARU BUKA PELUANG KERJA

Bangunan Baharu 3 tingkat milik kilang Rohm Wako yang terletak di Padang Tembak, Pengkalan Chepa

Page 7: JAMADILAKHIR 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mac2017.pdf · Ilmu Di Mesir ARIK ALA M ... Kuliah Maghrib Perdana di Masjid ... Adun Manek Urai, Mohd Fauzi

JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 12 13

Penyelia DUN Kok Lanas, Ustaz. Nik Mahadi Nik Mahmood menyampaikan sumbangan Beras al-it’ am

kepada penduduk dalam dun kok lanas

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan menerima kunjungan hormat Yang Amat Terhormat Victoria Treadell CMG, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia di Pejabat Menteri Besar. Turut bersama YB Mejar (B) Dato’ Hj Md Anizam Ab Rahman, Exco Kerajaan Negeri.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan merasmikan pembukaan minggu Gerakan Usahawan

Kelantan 2017.

YB Dato’ Haji Dr. Ramli Bin Mamat, menziarahi mantan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Hj Abdul Halim Abd. Rahman di kediaman beliau, Penambang Kota Bharu. Beliau yang kelihatan sihat berkongsi pandangan berkait isu semasa, pentadbiran dan isu politik.

YB Dato’ Haji. Anuar Tan Abdullah menyampaikan pendahuluan Skim Takaful Kifaalah kepada wasi dalam program ziarah di Dun Kota Lama.

YB Dato’ Haji Che Abdullah Mat Nawi, merasmikan Majlis Pelancaran Usrah peringkat sekolah di Dataran Thobur Maahad Muhammadi Pasir Mas.

YB Dato’ Haji. Abdul Fattah Mahmood menyampaikan sumbangan pendahuluan Skim Takaful Kifaalah dan pesakit

kronik kepada penerima dalam Dun Bukit Panau.

Penyelia Dun Semerak, Tuan Haji. Wan Hassan Wan Ibrahim, menyampaikan sumbangan cek Kifaalah kepada wasi dalam Dun Semerak.

Skuad oku muqarabun dibawah MPPOK besama penyelia dun selising menyampaikan sumbangan kerusi roda untuk oku terlantar adik Asyraf Fitri.Bantuan ini melalui skim borang ma’ruf dibawah urusetia pembangunan wanita kelantan.

YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, meraikan pelancong dari Jepun yang berkunjung ke

Gelanggang Seni, Kota Bharu.

YB Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Hj Daud, menyampaikan sumbangan pesakit kronik dan Skim Takaful Kifaalah

peringkat DUN Meranti.

YB Dato’ Haji Che Abdullah Mat Nawi, diiringi Penyelia DUN Pengkalan Kubor ,Tuan Haji Muhammad Deraman menyampaikan sumbangan peralatan gotong-royong kepada Imam mukim untuk kegunaan pembaikan Tanah Perkuburan

di Kubur Dato’ Tumpat.

Lensa

YB Hjh Mumtaz binti Md. Nawi turut serta dalam Program Riadah Berbasikal bersama penjawat awam Negeri Kelantan 2017 bermula di perkarangan SUK baru-baru ini.

YB Dato’ Haji Mohd Amar B. Nik Abdullah Timbalan Menteri

Besar Kelantan bersama - sama dengan Exco Kerajaan Negeri

Kelantan melawat Pondok Tuan Guru Haji Wan Mat Jal, yang

terbakar baru-baru ini.

YB Dato’ Hj Che Abdullah Mat Nawi menziarahi Encik Mat Yusof bin Daud Penghulu Mukim (JKKP) Bunohan yang turut terlibat dalam kemalangan di depan Sekolah Kebangsaan Bunohan. Penghulu Mat Yusof patah kaki kanan dan merupakan saksi utama kejadian.

YB Dato’ Timbalan Menteri Besar, menyampaikan sumbangan kepada pelajar OKU cemerlang, adik Ahmad Faiz Ibrahim dan Mohd Qayim Nizar bin Sarimi di dalam majlis ringkas selepas pembukaan Sidang Dun Kelantan.

Lensa

Page 8: JAMADILAKHIR 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mac2017.pdf · Ilmu Di Mesir ARIK ALA M ... Kuliah Maghrib Perdana di Masjid ... Adun Manek Urai, Mohd Fauzi

JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 14 15

KOTA BHARU – Yayasan Ahmad Albab menyasarkan untuk membantu sekurang-kurangnya 100 pelajar miskin di peringkat sekolah rendah, menengah dan institut pengajian tinggi (IPT) di Kelantan sepanjang tahun ini.

Menurut pengurusnya, Encik Muhammad Akram Md Anas berkata, ia selaras dengan misi yayasan yang mahu melahirkan lebih ramai generasi muda yang berilmu tanpa mengira bangsa dan agama pada masa akan datang.

Tambahnya, walaupun usaha itu baru bermula namun permohonan yang diterima amat menggalakkan, di mana proses pemilihan akan dilakukan dengan teliti bagi memastikan hanya yang betul-betul layak terpilih.

“Kita amat memberi penekanan kepada pendidikan kerana ia asas kepada kejayaan dalam kehidupan setiap individu, buat permulaan kita akan pilih dan bantu 100 pelajar miskin

tahun ini.“Kita akan jaga kebajikan pelajar

miskin ini dari segi pendidikan dengan menyediakan biasiswa atau pembiayaan untuk menampung kos pembelajaran bergantung kepada keperluan mereka,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Yayasan Ahmad Albab.

Hadir merasmikan Majlis tersebut,

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK), Dato’ Mohd Faudzi Che Mamat dan artis jemputan, Datuk Ramli Sarip.

Encik Muhammad Akram berkata, bagi memastikan bantuan itu tetap berjalan sepanjang masa, pihaknya bercadang menjalankan aktiviti perniagaan bagi menjana dana kepada tabung pendidikan.

SASAR BELA NASIB PELAJAR MISKIN PINTAR

TASEK RAJA – Hasil dari rungutan peniaga dan pengunjung Pasar Bandar Tasek Raja berhubung tahap kebersihan yang tidak memuaskan, telah membuka mata orang ramai untuk mengadakan program gotong-royong perdana.

Hasil dari tinjauan pihak media, rata-rata pengunjung kecewa apabila banyak najis kucing, air kencing, sampah dan sisa perniagaan memenuhi tangga, lantai dan kaki lima pasar berkenaan. Malah pengunjung menyamakan tahap kebersihan pasar baharu dibuka hujung tahun ini, tidak ubah seperti pasar lama Pasir Mas.

Selepas beroperasi kurang setahun, pengunjung mendesak pihak berkenaan lebih cakna dan mengambil inisiatif untuk menangani isu terbabit. Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Mas, Encik Mohamed Nor Husin

berkata, proses pemilihan kakitangan bagi kerja pembersihan masih dalam peringkat pengurusan tender. Katanya, sebaik proses pemilihan selesai, kerja menjaga kebersihan kawasan pasar berkenaan akan dilaksanakan secepat mungkin.

“Buat masa ini peniaga membersihkan premis masing-masing dan memastikan kawasan perniagaan sentiasa terhindar daripada kotoran. “Kita dah sediakan semua kemudahan asas di pasar ini antaranya tong sampah, paip, penyapu dan banyak lagi,” katanya.

Selepas hampir tiga minggu dilaporkan, Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Siti Zailah Mohd Yusoff mengambil tindakan pantas dengan menganjurkan program gotong-royong perdana. Program yang dihadiri lebih

300 peniaga ini merupakan anjuran bersama Persatuan Peniaga Pasar Baharu Tasek Raja dan sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Selain itu, mereka juga mendapat bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Mas. Antara sukarelawan terlibat adalah Skuad Bersih daripada Permuafakatan Majlis Ayahanda-ayahanda Malaysia (Permas), dan Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Islam Prihatin Malaysia, selain ahli Majlis Daerah Pasir Mas.

Hadir sama, Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Nik Abduh Nik Abdul Aziz; Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadli Shaari dan Adun Bukit Tuku, Abdul Rasul Mohamed.

YB PASIR MAS DAN RANTAU PANJANGGOTONG-ROYONG BERSIH PANTAI

KOTA BHARU - Pihak yang berkaitan perlu berhenti menuding jari menyalahkan Kerajaan Kelantan berhubung isu penularan virus HIV, sebaliknya mereka disarankan beri cadangan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, YB Dato’ Haji Abdul Fattah B. Haji Mahmood berkata, isu penularan virus tersebut tidak perlu difokuskan kepada Kelantan sahaja kerana ia adalah isu global.

“Pembangunan internet, aplikasi seperti WhatApps, WeChat antara faktor membuatkan pergaulan jadi tidak terkawal dan seluruh negara menghadapi masalah sama.

“Sekarang bukan masa untuk mana-mana menteri dan ahli politik menuding jari kepada mana-mana pihak, kita cuma minta bagaimana nak harmonikan masyarakat dengan kaedah dan gerak kerja bagi selamatkan generasi akan datang,” katanya kepada media ketika ditemui pada Majlis Pecah Tanah Pasar Binjai.

Mengulas lanjut, YB Dato’ Haji Abdul Fattah B. Haji Mahmood berkata, sikap menyalahkan mana-mana pihak

itu tidak akan menguntungkan bangsa dan negara.

“Kalau Kelantan tinggi kes HIV, dekat luar sana lagi tinggi, kita sepatutnya bersama dalam memberikan cadangan dan langkah-langkah yang perlu diambil,” katanya.

Bercakap mengenai majlis pecah tanah Pasar Binjai, YB Dato’ Haji Abdul Fattah B. Haji Mahmood berkata, kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM4.5 juta bagi membangunkan sebuah pasar yang lengkap kemudahan infrastruktur bagi menjamin keselesaan peniaga dan pembeli.

“Pasar yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 500 peniaga dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 10 hingga 11 bulan,” katanya.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Ahmad B. Yakob Menteri Besar Kelantan hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Pasar Binjai dan Hari Terbuka MPKB-BRI di Tapak Pasar Binjai. Projek bagi memajukan lembah Binjai berkenaan telah pun diadakan MoU antara MPKB-BRI dengan Syarikat AUEI Teras Holdings Sdn Bhd pada 20 Januari 2017 lalu.

Dengan pembangunan Bandar Institusi Pelancongan Lembah

Binjai, dijangka bakal merancakkan pembangunan ekonomi di sekitar Parlimen Kubang Kerian, khasnya di Dun Demit. Turut berucap di majlis berkenaan, YB Dato’ Hj Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia Dan Sukan Negeri dan YB Hajah Mumtaz Md Nawi, Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Demit. Turut serta Adun Pasir Tumboh, YDP MPKB-BRI, Pengarah JAHEIK, Pengarah Urusan dan Penasihat AUEI Teras Holdings dan beberapa pimpinan setempat.

HIV ISU GLOBAL

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Ahmad B. Yakob Menteri Besar Kelantan hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah

Pasar Binjai

Page 9: JAMADILAKHIR 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mac2017.pdf · Ilmu Di Mesir ARIK ALA M ... Kuliah Maghrib Perdana di Masjid ... Adun Manek Urai, Mohd Fauzi

JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 16 17

MARHAENISME – PENYELESAIAN ISU GOLONGAN MISKIN DI INDONESIA

Marhaenisme bukanlah istilah yang baru dalam bahasa kehidupan sehari-hari terutama dalam konteks bermasyarakat dan bernegara. Istilah Marhaenisme bahkan lebih tua dibandingkan dengan usia Republik Indonesia, kerana istilah tersebut telah muncul pada masa sebelum diproklamasikan kemerdekaan Republik Indonesia sebagai sebuah alat sekaligus teori perjuangan yang digunakan untuk mewujudkan kemerdekaan dan terbentuknya Negara Kesatuan Republik Indonesia.

Dalam konteks ini, rejim Orde Baru memiliki peranan penting dalam usaha menghancurkan Soekarno berserta pemikirannya dengan mengaitkannya dengan Parti Komunis Indonesia (PKI). Soekarno adalah tokoh yang pertama kali mencetuskan istilah Marhaenisme. Kerana Marhaenisme merupakan rumusan teori perjuangan Soekarno, maka dari itu, antara Soekarno dan Marhaenisme merupakan suatu hal yang tidak dapat dipisahkan.

Namun, istilah tersebut sudah jarang terdengar apalagi untuk mengenal makna kata Marhaenisme. Istilah Marhaenisme mencapai puncak kepopularitinya pada saat Soekarno tampil di panggung politik serta memiliki kekuasaan sebagai Presiden pertama Republik Indonesia. Setelah Soekarno surut dari panggung politik, maka lama kelamaan istilah Marhaenisme jarang kedengaran.

Istilah Marhaenisme pertama kali diawali dengan munculnya istilah marhaen yang dicetuskan oleh Soekarno dalam pidato-pidatonya di pelbagai tempat ketika memimpin Parti Nasional Indonesia (PNI) pada tahun 1927, dan sering dicetuskan oleh Soekarno pada tulisan-tulisannya di beberapa media cetak waktu itu seperti Suluh Indonesia Muda, Fikiran Rakyat dan Pemandangan.

Marhaenisme sebagai teori perjuangan dirumuskan oleh Soekarno untuk membebaskan rakyat Indonesia waktu itu dari penderitaan dan kesengsaraan akibat praktek feudalisme oleh bangsa sendiri dan kapitalisme, imperialisme dan selain itu, PNI sebagai kekuatan politik di luar Soekarno yang menggunakan Marhaenisme sebagai asasnya telah berfungsi ke dalam Parti Demokrasi Indonesia pada tahun

1975.Hal tersebut merupakan salah satu faktor

penting mengapa istilah Marhaenisme semakin jarang kedengaran. Meskipun sampai saat ini masih ada beberapa Ormas (Organisasi Kemasyarakatan) yang masih menggunakan Marhaenisme sebagai asasnya seperti Gerakan Pemuda Marhaenis (GPM), Gerakan Rakyat Marhaen (GRM) dan Gerakan Mahasiswa Nasional Indonesia (GMNI), namun peranan beberapa Ormas tersebut dalam panggung politik masih lemah, maka apa yang menjadi asas dan tujuan mereka pun kurang bergema dalam percaturan politik di Indonesia.

Kolonialisme bangsa asing, terutama Belanda, menurut Soekarno dalam tulisannya yang bertajuk “Mencapai Indonesia Merdeka”, salah satu langkah konkret yang dijalankan Soekarno guna merealisasikan konsep Marhaenisme tersebut adalah dengan membentuk parti politik pada tahun 1927 yang kemudian dinamakan Parti Nasional Indonesia (PNI). Untuk mencapai kemerdekaan Indonesia tersebut, Soekarno menegaskan bahawa PNI harus menyusun massa aksi dan bersikap non kooperasi terhadap pemerintah Kolonial Belanda.

Soekarno meyakini hanya dengan cara tersebut kemerdekaan dapat diraih. Namun ketika imperialisme Belanda berganti kepada imperialisme Jepun, sikap dan cara tersebut diubah oleh Soekarno. Soekarno justru bekerja sama dengan pemerintah Kolonial Jepun. Hal tersebut banyak mencetuskan kontroversi. Meskipun dihujat oleh beberapa kalangan radikal, Soekarno meyakini bahawa pilihan untuk bekerja sama dengan Jepun adalah cara paling baik untuk dijelaskan bahawa untuk membebaskan diri dari sistem yang menciptakan kesengsaraan bagi rakyat Indonesia tersebut adalah dengan jalan revolusi kemerdekaan.

Kemudian setelah kemerdekaan diraih maka jalannya revolusi diarahkan pada pembangunan suatu masyarakat yang adil dan makmur tanpa sistem yang menindas tersebut. Untuk mencapai kemerdekaan dan masyarakat yang adil dan makmur maka harus disusun suatu metode dan cara perjuangan yang revolusioner pula.

Maka dari itulah Soekarno merumuskan Marhaenisme sebagai teori perjuangan untuk mencapai cita-cita tersebut, memperjuangkan kemerdekaan Indonesia. Soekarno mencuba merasionalkan bahawa kekuatan Jepun diperlukan guna mempersiapkan revolusi.

Namun, akibat tindakan-tindakannya yang anti kapitalisme, Soekarno menjadi musuhnya kaum yang menjalankan sistem penindasan tersebut. Kaum kapitalis baik domestik maupun asing menilai tindakan Soekarno tersebut mengancam eksistensi sistem kapitalisme yang tentunya juga mengancam. Kemudian setelah kemerdekaan dicapai, Soekarno pun secara aklamasi diangkat menjadi Presiden pertama Republik Indonesia, Soekarno tidak mengatakan bahawa kapitalisme, imperialisme, dan kolonialisme telah lenyap seiring berhasil direbutnya kemerdekaan dari tangan imperialis.

Soekarno semakin lantang meneriakkan anti kapitalisme dalam bentuk apa pun. Soekarno sendiri tidak menyia-nyiakan kesempatannya sebagai Presiden Indonesia untuk menerapkan pemikirannya tentang Marhaenisme tersebut ke dalam perlaksanaan pemerintah, seperti dalam bidang politik menetapkan Demokrasi Terpimpin sebagai landasan politik dan konsep Nasakom (Nasionalis, Agama dan Komunis) dan sebagainya.

Dalam bidang ekonomi, Soekarno mencetuskan perlaksanaan pembangunan secara menyeluruh dengan dasar ekonomi berdikari. Bahkan dalam hubungan antarabangsa, Soekarno berani menyatakan Indonesia keluar dari PBB kerana dinilai pertubuhan antarabangsa tersebut menjadi kaki tangan kaum kapitalis. Kemudian dalam setiap kesempatannya tampil di muka umum, Soekarno tidak pernah lupa untuk mengajak rakyat untuk tetap bersatu melawan sistem yang menindas tersebut dalam bentuk apa pun dengan menjalankan cara perjuangan Marhaenisme.

Oleh : Azhar Che Lah

Bersambung

INFO GRAFIK SIDANG DUN

Page 10: JAMADILAKHIR 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mac2017.pdf · Ilmu Di Mesir ARIK ALA M ... Kuliah Maghrib Perdana di Masjid ... Adun Manek Urai, Mohd Fauzi

JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 18 19

BACHOK - Suatu tempat yang cantik boleh menjadi rosak dan hodoh jika kita tidak sama-sama bertanggungjawab menjaganya.

Penjagaan kebersihan boleh membawa kepada kesejahteraan kesihatan bukan sahaja kepada kita, tetapi kepada masyarakat keseluruhannya.

Demikian antara ingatan Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan, Datuk Dr Ramli Mamat sewaktu merasmikan program Setitis Darah Sekalung Jiwa peringkat DUN Perupok di Pantai Irama dekat sini.

“Daerah Bachok terutama di Pantai Irama ini dikenali sebagai bandar pelancongan Islam, namun suasana tidak bersih kerana sampah buatan manusia bukannya gambaran daripada Islam.

“Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar semata-mata untuk

mengurus sampah, sedang peruntukan itu boleh digunakan untuk tujuan lain untuk rakyat,” katanya.

Sejiwa kali pertama bagi tahun ini turut diserikan dengan acara basikalthon kelab basikal Bachok yang berbasikal sepanjang 5 kilometer menuju ke pantai tersebut.

Kelab ini ditubuh atas inisiatif ADUN Perupok, Mohd Huzaimie Che Husin yang berjaya mengumpulkan pelbagai peringkat usia menyertai aktiviti riadah ini.

Selain daripada acara rutin derma darah dan pelbagai kaunter pemeriksaan kesihatan menyeluruh secara percuma, Sejiwa kali ini turut diwujudkan mini zoo sekitar sepuluh ekor, pelbagai peliharaan termasuk kera duku, landak kecil dan burung hantu kecil.

Mini zoo yang diusahakan oleh kelab Street of Ukhuwwah (SoU) ini ternyata menarik perhatian pengunjung terutama golongan kanak-kanak.

Manakala acara pentas secara berterusan dimeriahkan dengan

PBT berbelanja besar untuk kebersihan

persembahan buskers OKU, nasyid kumpulan Iltizam, persembahan Ekspresi Kalam, selain tazkirah, ceramah kesihatan dan demonstrasi pertolongan cemas oleh Angkatan Pertahanan Awam.

Yang turut hadir dalam acara perasmian itu ialah ADUN Tawang, Datuk Hassan Mahmod dan ADUN Jelawat, Abdul Aziz bin Kadir.

KOTA BHARU - “Program Fragmen Kasih - Purnama Prihatin 2017” anjuran PURNAMA Prihatin telah mendapat sambutan yang menggalakan dari semua pelajar yang hadir. Program yang diadakan bertempat di Dewan Bunga Emas Hotel Perdana, Kota Bharu, Majlis penyampaian dermasiswa serta amanat telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.

Seramai 100 orang pelajar yang terpilih daripada 10 buah sekolah menerima dermasiswa pada majlis tersebut yang berupa wang tunai untuk bantuan persekolahan. Turut menyampaikan ucapan YABhg Datin Bentara Kanan isteri Menteri Besar Kelantan yang merupakan Pengerusi PURNAMA Kelantan. Turut hadir ahli-ahli purnama, serta YB. Hajjah Mumtaz Bt. Md Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan.

PURNAMA PRIHATIN 2017

Page 11: JAMADILAKHIR 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mac2017.pdf · Ilmu Di Mesir ARIK ALA M ... Kuliah Maghrib Perdana di Masjid ... Adun Manek Urai, Mohd Fauzi

JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 20 21

KOREA SELATAN- YB Dato’ Hj Che Abdullah b. Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau bersama delegasi melawat Institut Penyelidikan Tisu Kultur Plantopia bertempat di Chinju. Institut tersebut merupakan antara pusat penyelidikan terbaik dalam bidang penghasilan tisu kultur di Korea Selatan.

Lawatan kerja ini memberi ruang kerjasama pengkomersialan antara pihak institut dan kerajaan Negeri Kelantan. Ia telah pun dikenal pasti khususnya dalam pembangunan benih tanaman yang berkualiti dan

pulangan hasil yang tinggi. Lawatan diteruskan ke Pusat Organik Nam Gyeong bagi meninjau pengeluaran dan pengkomersialan cendawan King Oyster.

Teknologi yang dimiliki pusat tersebut merupakan 30 tahun teknologi lebih terkehadapan berbanding kaedah yang diguna pakai di Malaysia. Delegasi dari Kelantan amat bertuah apabila diberi kesempatan memasuki ruang pemprosesan dari awal hingga akhir aliran produksi. Lawatan tapak pada hari kedua diakhiri dengan lawatan ke Ladang Pengeluaran Strawberi di Chinju.

LAWATAN KERJA KE KOREA SELATAN BERI RUANG KERJASAMA PENGKOMERSIALAN

KOTA BHARU – Kira-kira hampir 1000 orang peserta telah menyertai Program Riadah Berbasikal bersama Penjawat Awam, anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. Program Riadhah berbasikal adalah acara tahunan para Penjawat Awam dan disertai oleh beberapa peserta luar yang diadakan pada setiap tahun. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penjawat awam dalam melaksanakan kerja berpasukan disamping membentuk kecergasan fizikal dan mental.

Program sampingan juga diadakan iaitu pameran hari terbuka dan juga

satu segmen program pemakanan sihat. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kesenian dan kebudayaan Negeri Kelantan.

Pelepasan peserta dilakukan oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato Ahmad B. Yakob Menteri Besar Kelantan. Antara tetamu kehormat yang hadir dan turut menyertai aktiviti tersebut ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Pegawai Kewangan Negeri dan YB Hajah Mumtaz Md Nawi.

Rata-rata peserta yang menyertai program ini berharap agar program

JAYAKAN PROGRAM BERBASIKAL

1000 PENJAWAT AWAMsebegini lebih kerap diadakan kerana ia mampu mengurangkan tekanan kerja dalam kalangan penjawat awam. Hadiah yang berupa hamper dan basikal turut diberikan kepada pemenang bertuah. Kayuhan yang berjarak 33 KM itu, telah bermula di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan melalui jalan-jalan yang telah ditetapkan seperti Wakaf Che Yeh, Peringat dan Kubang Kerian.

Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah serta penyampaian cenderahati kepada semua peserta dan jamuan rakyat.

Page 12: JAMADILAKHIR 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mac2017.pdf · Ilmu Di Mesir ARIK ALA M ... Kuliah Maghrib Perdana di Masjid ... Adun Manek Urai, Mohd Fauzi

JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 22 23

தைப்பூசம் ைிருலிறா ‘Sambutan Hari Thaipusam’

‘Tumpat’ ஸ்ரீ முத்துாரிம்ன் ஆயத்ைில் ைாம் ஊர்லயம் நதைபபற்மது, அைில் கயந்பைபகாண்ை கிரந்ைான் ாநிய அசின் அசில் நினம் இனம் உமவுகள் கீழ் உள்ர, சீனா, இந்ைிர்கள் , ற்றும் சிாம் அைிகாரிகள் கயந்பைபகாண்ைார்கள். அங்கக லருதகைந்துர இந்ைிர்களுக்கு அலர்கரின் ைண்ணரீ் பந்ையில் உணவுகல் அள்ரித்ைார்கள்.

Tamil Sebutan Versi Melayu Penterjemahan ைாம் ஊர்லயம் Ratham Oorvalam Perarakan Kereta Berhias Sempena Hari

Thaipusam ஸ்ரீ முத்துாரிம்ன் ஆயத்ைில்

Sri Muthumariamman Alayam Tumpat

Kuil Sri Muthumariamman Tumpat

கிரந்ைான் ாநிய அசின் அசில் நினம் இனம் உமவுகள் கீழ்

Kelantan Manila Arasu Arasiyal Niyamanam Inam Uruvagal

Wakil Hubungan Antara Kaum Kerajaan Negeri Kelantan

அங்கக லகைத்துய இந்ைிர்களுக்கு அலர்கரின் ைண்ணரீ் பந்ையில் உணவுகல் அள்ரித்ைார்கள்.

Annge Varagaithanthula inthiyargalukku avargalin thannir panthalil unavugal alithargal

Mereka (Wakil Hubungan Antara Kaum) menyampaikan makanan serta minuman kepada para pengunjung yang turut serta dalam perarakan kereta berhias.

ைாம் ஊர்லயத்ைில் கயந்பைபகாண்ை கிரந்ைான் இந்ைிர்கள்

■ Sambutan tahun baru cina Peringkat Negeri Kelantan dirasmikan oleh YB Dato Hj Anuar Tan bin Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

吉兰丹州政府于话望生举办 2017年丁酉年新春大团拜

吉兰丹州政府宣传局于话望生民众礼堂举办的“2017 年丁酉年新春大团拜”活动。会上,吉兰丹州行政议员拿督陈升顿鼓励话望生小园主,除种植棕油及橡胶之外,不妨考虑种植毛山王榴梿,以开拓更大的海内外市场。因毛山王榴梿在海内外拥有很大的市场需求,而且价格很当高,相信毛山王榴梿在未来有很好的前景及发展。 有关活动获逾千名市民出席,场面热烈。当天也分派 700 封红包予年长者、单亲妈妈及残障人士。此外,在场的儿童们也各获一封红包。出席者包括话望生中华总商会会长林雅玖、布赖水月宫主席刘燕松、布赖体育休闲俱乐部主席甘运来、布赖青运主席黄添贵、话望生伊党国会议席协调人阿兹曼、加腊斯区伊党州议席协调人苏海米、伊党话望生区会署理主席兹拉、丹伊党支持者大会堂主席林光生、县议员胡迪文、李修凤、话望生村长曾屋松、叶大禄、梅格茉及傅美玲等人。 筹委会主席傅美玲指出,大会除有佳肴招待各界,也特别聘请来自马来西亚少林禅武馆表演团、中国河北杂技团前来呈现多项精彩表演。

Page 13: JAMADILAKHIR 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mac2017.pdf · Ilmu Di Mesir ARIK ALA M ... Kuliah Maghrib Perdana di Masjid ... Adun Manek Urai, Mohd Fauzi

JAMADILAKHIR 1438H | MAC 201724

Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 174

Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | JAMADILAKHIR 1438H | MAC 2017 | EDARAN PERCUMA | Bil 180

KOTA BHARU- Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan yang beroperasi sejak 4 Disember mempunyai empat tingkat termasuk bahagian bawah itu menempatkan 42 agensi yang terdiri daripada 11 Agensi Persekutuan, sembilan Agensi Negeri, tujuh Badan Berkanun dan 15 Agensi Swasta. Kewujudan UTC ini adalah untuk memudahkan orang ramai membuat pelbagai urusan, terutamanya selepas waktu pejabat. YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad B. Yakob, Menteri Besar Kelantan hadir dan menyampaikan ucapan di Perasmian Pusat Transformasi

Bandar (UTC) Kelantan. Turut hadir pegawai-pegawai pimpinan kerajaan Kelantan.

“Pada dasarnya, agenda G2G adalah satu tanggungjawab bersama diantara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, ianya dijalinkan bagi mendahulukan kehendak rakyat dan untuk manfaat sekalian rakyat bagi mencapai kesejahteraan dan objektif yang digariskan”. Katanya ketika majlis perasmian UTC tersebut.

Perasmian UTC petang tadi telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan

PUSAT TRANSFORMASI BANDARUTC PERTAMA DI KELANTAN

Antarabangsa dan Industri, Menteri Sumber Manusia, Timbalan-Timbalan Menteri, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan dan kepimpinan pelbagai peringkat.

UTC ke 18 itu merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru (NBOS) yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategi antara agensi kerajaan dan sektor swasta.

UTC Kelantan mula beroperasi pada 4 Disember 2016 dan terletak di bangunan yang sebelum ini dikenali sebagai KB Cyber Plaza dan berada di belakang KB Mall