Jan Panduan Kerja Pjj Korek 2013

download Jan Panduan Kerja Pjj Korek 2013

of 9

Transcript of Jan Panduan Kerja Pjj Korek 2013

  • 7/30/2019 Jan Panduan Kerja Pjj Korek 2013

    1/9

    Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

    opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopadfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf

    ghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq

    wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqweryuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbqwertyuiopasdfghklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbnmqw

    ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopa

    KBK 3053

    KO-KURIKULUM DAN

    REKREASI

    [PANDUAN KERJA KURSUS BAGIPELAJAR PJJ]SEMESTER 2 2012/2013

  • 7/30/2019 Jan Panduan Kerja Pjj Korek 2013

    2/9

    PENGENALAN

    Kursus KBK 3053 ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami asaspergerakan dan jenis-jenis aktiviti kokurikulum dan rekreasi suaian. Kursus ini jugaakan menyentuh beberapa aspek peranan mainan, kaedah pengajaran pergerakan

    dan cara mengendalikan kegiatan rekreasi suaian yang bersesuaian untuk muridkhas.

    2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

    Setelah mengikuti kursus ini, pelajar dapat:

    i. mengetahui dan menyenaraikan aktiviti kokurikulum dan rekreasiyang sesuai untuk kanak- kanak berkeperluan khas.

    ii. mengetahui pelbagai kemudahan aktiviti kokurikulum dan rekreasiyang disediakan oleh pelbagai agensi.

    iii. mengubahsuai, mengurus dan menjalankan aktiviti kokurikulum danrekreasi mengikut kategori murid berkeperluan khas.

    3.0 PENILAIAN KURSUS

    3.1. Pemberatan

    Kategori PemberatanKerja kursus 60%

    Peperiksaan Akhir 40%

    JUMLAH 100%

    3.2. Agihan Pemberatan Kerja Kursus

    Bentuk KerjaKursus

    JenisTugasan

    Agihan Markah(Peratus)

    Individu Esei Ilmiah 40%

    E-Forum 20%JUMLAH 60%

    4.0 BENTUK KERJA KURSUS SECARA INDIVIDU

    Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapatkefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus

    anda.

  • 7/30/2019 Jan Panduan Kerja Pjj Korek 2013

    3/9

    ARAHAN

    1. Kursus KBK 3053 ini mengandungi 1 (SATU) tugasan yang terpecah kepada 2 (DUA)bahagian:

    i. Bahagian A: Esei

    ii. Bahagian B: E-Forum

    2. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar dalam bentuk soft-copy danhard-copykepada Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing.

    3. Sila baca semuaperkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya andamendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursusanda.

    KATEGORI TUGASAN

    PECAHANTUGASAN

    ARAHAN MARKAH TARIKH

    AKHIR

    BAHAGIAN A

    (TUGASANINDIVIDU)

    Tugasan 1:

    Olahraga merupakan acara sukan yang melibatkankejohanan berlari, melompat, melontar dan berjalan.Antara sukan olahraga yang diminati ramai ialah

    acara balapan dan acara padang, merentas desadan juga lumba jalan kaki.

    Olahraga juga merupakan sukan yang paling selaludipertandingkan di kalangan kanak-kanakberkeperluan khas kerana ia ringkas dan tidakmemerlukan peralatan sukan yang mahal .Pilih satu (1) jenis sukan olahraga kanak-kanakberkeperluan khas samada dari kategori bermasalahpembelajaran, bermasalah penglihatan atau

    bermasalah pendengaran.

    Bincangkan dengan jelas tentang :a) Definisi olahraga dalam konteks pendidikan

    khas.b) Syarat dan peraturan sukan olahraga

    pendidikan khas di peringkat kebangsaandan antarabangsa.

    c) Pengubahsuaian peraturan dan undang-undang sukan olahraga pendidikan khas.

    d) Peralatan dan kemudahan yang perlu

    diubahsuai dalam sukan olahragapendidikan khas.

    20 markah

  • 7/30/2019 Jan Panduan Kerja Pjj Korek 2013

    4/9

    e) Sekatan dan kawalan yang dikenakansemasa sukan olahraga pendidikan khasdijalankan.

    Tugasan 2:

    Konsep terapi dalam Pendidikan Khas adalahberdasarkan konsep kepelbagaian kategoriindividu berkeperluan khas. Murid-muridberkeperluan khas yang mengalami masalah darisegi ketidakupayaan, kecacatan, halangan ataurintangan untuk mencapai perkembangan dari segikognitif, emosi, sosial atau psikomotor memerlukanterapi yang sesuai.

    Huraikan tentang :

    a) definisi terapi dalam konsep pendidikan khasb) sejarah Terapi Snoezelanc) jenis-jenis peralatan yang terdapat di bilik

    Terapi Snoezelan dan fungsinya kepadakanak- kanak berkeperluan khas

    d) kesan Terapi Snoezelan terhadap kognitif,tingkah laku dan emosi kanak-kanakberkeperluan khas

    e) aktiviti pembelajaran yang boleh dijalankandi bilik Terapi Snoezelan tersebut. (pilih satu

    jenis peralatan dan rancang satu aktiviti)

    20 markah

    BAHAGIAN B

    (E-FORUM)

    Terdapat 4 soalan untuk dibincangkan secara on-linemenerusi laman MyGuru3:

    1. Halangan persekitaran sering menghadkan OKU(Orang Kelainan Upaya) untuk berekreasi.Bincangkan tentang jenis-jenis halanganpersekitaran yang mereka hadapi..

    2. Mengapa rekreasi inklusif perlu dilaksanakan?Bincangkan tentang kebaikan dan keburukan

    rekreasi inklusif ini.

    3. Undang-undang mempengaruhi perkhidmatanrekreasi inklusif dan rekreasi khas.Berikan komenanda dengan jelas.

    4. Permainan lasak atau ekstreem tidak sesuaibagi kanak-kanak berkeperluan khas. Berikankomen anda tentang perkara ini beserta faktanya.

    5 markah

    5 markah

    5 markah

    5 markah

    MINGGU2

    MINGGU4

    MINGGU7

    MINGGU9

  • 7/30/2019 Jan Panduan Kerja Pjj Korek 2013

    5/9

    JUMLAH 60

    Perhatian: Segala perkara yang berkaitan merujuk dan mengikut arahan Tutor E-Learning anda.

    BAHAGIAN A: FORMAT PENULISAN1. Tugasan Individu:

    i. Jawab SEMUA dua soalan yang dikemukakan.

    ii. Jawapan anda mestilah asli dari idea anda sendiri.

    iii. Panjang bagi satu esei tersebut ialah 20 muka surat (Minimum).

    iv. Font: Arial; Saiz 11; Spacing 1.5 line

    v. Ada rujukan dari mana-mana buku rujukan & journal (minimum 6 rujukan) yang ditulismengikut format APA yang betul.

    BAHAGIAN B:2. Forum E-Learning:

    i. Jawab semua soalan perbincangan (ada 4 soalan semuanya) yang diupload di ruangangroup forum di MyGuru3.

    ii. Jawapan bagi setiap soalan ialah lebih kurang 150 patah perkataan.

    iii. Selain dari memberikan jawapan terhadap soalan tersebut, anda wajib memberikan responatau berinteraksi sekurang-kurangnya 4 kali kepada mana-mana jawapan rakan kumpulananda bagi setiap soalan perbincangan.

    iv. Ini bermakna setiap pelajar dimestikan upload 1 jawapan dan 4 respon bagi setiap soalanperbincangan.

    v. Anda perlu mencetak SEMUA jawapan dan respon/interaksi anda di dalam e-forum untukdimasukkan ke dalam tugasan anda.

    Panduan Penyerahan Tugasan

    1. Tugasan MESTI lengkap dengan mengandungi 2 komponen di dalamnya:(a) Esei ilmiah bagi pecahan tugasan 1 (a) dan (b)(b) Jawapan dan respon/interaksi anda melalui e-forum.

    2. Tugasan yang telah lengkap mestilah disusun mengikut susunan:(a) Cover atau muka hadapan (Gunakan format seperti di LAMPIRAN 1)(b) Mempunyai isi kandungan dan halaman (Rujuk format dalam LAMPIRAN 2)(c) Tugasan (1) dan (2).(d) Cetakan bagi jawapan dan respon/interaksi untuk 4 soalan perbincangan.(e) Lampiran (jika ada)

    3. Setiap pelajar MESTI memuat naik (upload) tugasan masing-masing menerusi tapakpenghantaran tugasan mengikut kumpulan masing-masing menerusi laman MyGuru3. Lawatilaman Assingment dan uploadkan mengikut tapak dalam kumpulan masing-masing..

  • 7/30/2019 Jan Panduan Kerja Pjj Korek 2013

    6/9

    4. Tarikh akhir penerimaan tugasan ialah pada 30 JUN 2013 . Pelajar perlu peka dengan tarikhyang ditentukan dengan merujuk ruangan pengumuman dari semasa ke semasa.Penghantaran yang lewat tidak akan dilayan.

    5. Sebagai pilihan alternatif backup tugasan boleh dihantar melalui pos dalam bentuk berjilid danCD (hard copy & soft copy) kepada Tutor E-Learning.

    6. Sebarang masalah yang timbul sila berhubung dengan tutor E-learning anda.

    BAHAGIAN B: FORMAT MELAKSANAKAN E-FORUM

    1. Terdapat 4 soalan untuk aktiviti pelajar berforum secara on-line di laman MyGuru3 bersamatutor e-learning dan sesama pelajar yang lainnya.

    2. Pelajar d iminta menjawab SEMUA soalan forum tersebut dengan idea asli yang bernas.Minimum 150 patah perkataan bagi setiap satunya. ( 3 markah diperuntukkan bagi setiap

    jawapan kepada soalan yang dikemukakan)

    3. Pelajar juga dimestikan memberi pandangan, ulasan, penambahan dan komentar terhadapjawapan rakan-rakan yang lain (minimum 4 kali bagi setiap satu soalan perbincangaan). Lebihbanyak perbincangan adalah lebih baik. (2 markah diperuntukkan bagi perbincangan ini)

    4. Pemarkahan diberikan menerusi jawapan kepada soalan dan kekerapan penyertaan berforumdengan rakan-rakan pelajar yang lain. Secara keseluruhannya jawapan pelajar dalam e-forumpada aras minimum ialah 4 jawapan kepada soalan dan 20 kali respon/interaksi secara on-lineuntuk mendapatkan markah penuh (20 markah).

    =

    SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS

    TUGASAN INDIVIDU

    A Menepati format penulisan tugasan ilmiah IAITU pengenalan yang menarik,membincangkandengan jelas,isi kandungan dibincangkan dengan mencukupi, isi diolah dan dikembangkandengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis.Idea tersusun dengan kemas, ada maklumat sokongan dan kesimpulan dibuat dengan baik.Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.

    A- Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Adaidea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahanformat penulisan & bahasa.

    B+ Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik.Tiada kesalahan format & bahasa.

    B Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik.Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3 kesalahan).

    B- Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan adacontoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 4

  • 7/30/2019 Jan Panduan Kerja Pjj Korek 2013

    7/9

    kesalahan).

    C+ Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan adacontoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3perkara) & keslahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan).

    C Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. AdaIdea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa tidak melebihi 7 perkara.

    D Kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh.Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8 perkara.

    E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

    PERINGATAN!!!!!!!

    i. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.

    ii. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.

    iii. Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan.

    iv. Sentiasa rujuk pengumuman dari masa ke semasa.

    v. Berhubung dengan tutor E-Learning anda.

    vi. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

    vii. Kegagalan anda melengkapkan tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri.

    viii. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.

    ix. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi

    kumpulan masing-masing.

  • 7/30/2019 Jan Panduan Kerja Pjj Korek 2013

    8/9

    RIS

    SEMESTER 1 SESI 2010/2011

    KOD & NAMA KURSUS

    KBK 3053: KO-KURIKULUM DAN REKREASI

    TAJUK TUGASAN 1 dan 2

    PEMARKAHAN

    2. ESEI:(a)(b)

    3. FORUM

    JUMLAH

    LAMPIRAN 1

  • 7/30/2019 Jan Panduan Kerja Pjj Korek 2013

    9/9

    KUMPULAN

    _________

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________

    TARIKH SERAH: ________________

    ISI KANDUNGAN

    Halaman

    1.0 Pendahuluan

    2.0 Topik perbincangan

    2.1 Subtopik

    2.2 Subtopik

    3.0 Topik perbincangan

    4.0 Topik perbincangan

    5.0 Topik perbincangan

    FORUM E-LEARNING

    1 Tajuk Forum 1

    2 Tajuk Forum 2

    3 Tajuk Forum 3

    4 Tajuk Forum 4

    LAMPIRAN 2