Jangan cakap besar adlina

3
SJKC SIN MIN JANGAN CAKAP BESAR Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada tuan pengacara majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Jangan Cakap Besar”. Sang Gajah berasa bangga kerana badannya terlalu besar. Oleh itu, ia merasakan dirinya paling kuat dalam hutan. Kalau aku besar dan kuat tentulah aku boleh menjadi raja. Takkan ada yang berani mencabar aku. Sang Gajah berkata kepada haiwan-haiwan lain. Oleh sebab terlalu megah, Sang Gajah berkata kepada haiwan- haiwan di dalam hutan, “Badan saya besar dan kuat. Kamu mesti menghormati saya!” Banyak haiwan berasa kurang senang mendengar kata-kata Sang Gajah. Bagi mereka, walaupun Sang Gajah berbadan besar dan kuat ia tidak boleh bercakap besar. Sang Rusa memberitahu kepada Sang Kura-kura bahawa walaupun besar dan kuat, tetapi Sang Gajah tetap ada kelemahannya. Sang Kura-kura pula bersetuju dengan kata-kata Sang Rusa. Bagaimanapun Sang Gajah masih megah akan badannya itu. Kalau ada haiwan yang tidak menghormatinya, ia mahu memijak haiwan itu.

Transcript of Jangan cakap besar adlina

Page 1: Jangan cakap besar adlina

SJKC SIN MIN

JANGAN CAKAP BESAR

Assalamualaikum wbt, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada tuan pengacara majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Jangan Cakap Besar”.

Sang Gajah berasa bangga kerana badannya terlalu besar. Oleh itu, ia merasakan dirinya paling kuat dalam hutan.

Kalau aku besar dan kuat tentulah aku boleh menjadi raja. Takkan ada yang berani mencabar aku. Sang Gajah berkata kepada haiwan-haiwan lain.

Oleh sebab terlalu megah, Sang Gajah berkata kepada haiwan-haiwan di dalam hutan, “Badan saya besar dan kuat. Kamu mesti menghormati saya!”

Banyak haiwan berasa kurang senang mendengar kata-kata Sang Gajah. Bagi mereka, walaupun Sang Gajah berbadan besar dan kuat ia tidak boleh bercakap besar.

Sang Rusa memberitahu kepada Sang Kura-kura bahawa walaupun besar dan kuat, tetapi Sang Gajah tetap ada kelemahannya. Sang Kura-kura pula bersetuju dengan kata-kata Sang Rusa.

Bagaimanapun Sang Gajah masih megah akan badannya itu. Kalau ada haiwan yang tidak menghormatinya, ia mahu memijak haiwan itu.

Banyak haiwan menjadi takut. Mereka terpaksa hormat kepada Sang Gajah. Walau bagaimanapun mereka bertambah benci kepada haiwan yang suka bercakap besar itu.

“Dari hari ke hari Sang Gajah semakin bercakap besar. Sang Rusa dan Sang Kura-kura mengeluh kesal akan perbuatan Sang Gajah.

Page 2: Jangan cakap besar adlina

Rupa-rupanya, keluhan kesal mereka didengar oleh Sang Tikus. Sang Tikus merasakan ia boleh melakukan sesuatu terhadap Sang Gajah.

Tanpa berlengah lagi ia segera mencari Sang Gajah. Sang Tikus ingin memberi pengajaran kepada Sang Gajah yang suka bercakap besar.

Sang Tikus bertemu Sang Gajah di suatu tempat. Ia pun berkata,” Hei, sang Gajah! Kamu mememang besar dan kuat. Tapi, saya tak takutkan kamu!”

Sang Gajah amat marah. Ia mahu memijak Sang Tikus. Namun Sang Tikus melompat di belakang Sang Gajah. Sang Gajah menjadi cemas.

Sang Gajah berpusing-pusing untuk menjatuhkan Sang Tikus. Akhirnya, ia menjadi mabuk lalu tumbang ke tanah.

Haiwan lain yang melihat kejadian itu, ketawa geli hati. Sejak itu, Sang Gajah tidak berani bercakap besar lagi. Ia amat malu kerana dikalahkan oleh Sang Tikus yang berbadan kecil.

Demikianlah tadi kisah Jangan Bercakap Besar. Kawan-kawan, setiap orang ada kelemahan dan kelebihan sendiri. Janganlah kita terlalu megah akan kelebihan diri yang kita miliki. Diharapkan kawan-kawan, dapat mengambil iktibar daripada cerita yang telah saya sampaikan,

Sekian, terima kasih.