Jangan Lupa Namaku3 - facebook.ereportz.com fileKalau ada protokol lain untuk cakap dengan peguam...

45
1 1 SUASANA dalam mahkamah syariah itu sunyi. Semua mata tertumpu pada lelaki itu. Aiman. Aiman Anthony Joseph yang masih duduk diam di kerusinya dengan air mata berlinang tanpa mempedulikan orang sekeliling. Dia bukan Aiman yang selalu. Yang tenang dan sentiasa tersenyum. Aiman ini cengeng. Aiman ini sudah mati kata-kata. Aiman ini tak kenal lagi siapa dirinya. “Saya tak boleh Yang Arif.” Aiman hanya mampu cakap macam tu selepas lama berdiam. Selepas lama hakim tunggu dia bercakap dan semua mata tertumpu pada dia dengan penuh rasa simpati. Lepas dia tak henti-henti tarik dan hembus nafas tapi dia masih tak mampu buat apa yang dia sepatutnya buat waktu ini. Waktu semua mata tertumpu pada dia. Waktu dia dah bawa Julia dan Fuad sama-sama terjebak masuk dalam mahkamah tu. Selama ini dia tak pernah pergi ke

Transcript of Jangan Lupa Namaku3 - facebook.ereportz.com fileKalau ada protokol lain untuk cakap dengan peguam...

1

Hananee Amir

1

SUASANA dalam mahkamah syariah itu sunyi.

Semua mata tertumpu pada lelaki itu. Aiman.

Aiman Anthony Joseph yang masih duduk diam

di kerusinya dengan air mata berlinang tanpa

mempedulikan orang sekeliling. Dia bukan

Aiman yang selalu. Yang tenang dan sentiasa

tersenyum. Aiman ini cengeng. Aiman ini sudah

mati kata-kata. Aiman ini tak kenal lagi siapa

dirinya.

“Saya tak boleh Yang Arif.” Aiman hanya

mampu cakap macam tu selepas lama berdiam.

Selepas lama hakim tunggu dia bercakap dan

semua mata tertumpu pada dia dengan penuh

rasa simpati. Lepas dia tak henti-henti tarik dan

hembus nafas tapi dia masih tak mampu buat

apa yang dia sepatutnya buat waktu ini. Waktu

semua mata tertumpu pada dia. Waktu dia dah

bawa Julia dan Fuad sama-sama terjebak masuk

dalam mahkamah tu.

Selama ini dia tak pernah pergi ke

Jangan Lupa Namaku

2

mahkamah pun. Atas alasan apa pun tak pernah.

Memang tak pernah terfikir pun akan sampai

waktu ini, di mana semuanya berhimpun dalam

mahkamah! Macam mimpi. Tapi bukan mimpi

sebab dia ingat, pagi tadi dia dah sedar, mandi

dan solat. Dia ingat dia berdoa semoga Allah

memberi kekuatan kepadanya untuk melalui

semua ni. Dia ingat dan dia pasti sangat dia tak

mimpi!

“Kamu bertenang dulu. Istighfar.

Mahkamah berehat sebentar.” Hakim memberi

arahan. Suasana mahkamah kembali bising.

Julia pandang Fuad yang duduk tidak jauh

daripada dia. Dia cuba nak sampaikan mesej

melalui tentangan mata. Telefon bimbit dah

dimatikan awal-awal tadi. Hakim dah bagi

amaran. Jadi, Julia cuma harap Fuad boleh

faham mesej mata dia tu! Walaupun duduk

selang dalam lima atau enam kerusi aje, kalau

nak bercakap, kena kuat sikit dan Julia tak

naklah satu mahkamah tahu apa yang dia nak

sampaikan pada Fuad tu.

Fuad bangun menghampiri hakim.

“Boleh saya jumpa kawan saya sekejap? Dia

mungkin perlukan saya.” Dia cakap begitu pada

hakim. Dia rasa dia buat benda yang betul. Nak

cakap macam mana lagi? Memang niat dia nak

jumpa Aiman dan nak cakap dengan Aiman.

Kalau ada protokol lain untuk cakap dengan

peguam atau hakim, kena buat surat ke, kena isi

borang ke, kena dapatkan cop mohor ke, dia

tak tahu. Tak sempat nak belajar sebab masa

suntuk sangat. Semuanya tiba-tiba aje.

3

Hananee Amir

Hakim tadi yang tengah tulis sesuatu atas

kertas tu pandang muka Fuad. Dia betulkan

cermin mata tebal dia dan cakap, “Silakan….”

Dia senyum.

Fuad balas senyuman itu dan lepas tu pergi

ke tempat Aiman. Aiman masih macam tu.

Tekup muka dengan tapak tangan. Mata dia

masih merah. Muka dia yang putih melepak tu

pun merah. Fuad letak tangan atas bahu Aiman.

Aiman tak balas apa-apa. Diam aje macam batu.

Lepas tu Fuad pegang tangan Aiman. Sejuk.

Yalah sebab dalam bilik tu memang sejuk pun!

Tapi tangan Aiman lebih sejuk sebab Fuad boleh

rasa kesejukan tu.

“Aku tak boleh.” Aiman kata macam tu

dengan suara serak. Rasa sebak pula. Bukan

senang lelaki nak menangis. Depan orang ramai

pula tu. Kalau belakang orang, dalam bilik ke,

dalam tandas ke, lain cerita. Lagipun dah lebih

sepuluh tahun dia kawan dengan Aiman ni,

Aiman memang tak pernah menangis pun. Dulu

jatuh motosikal, patah tulang rusuk pun dia tak

menangis. Sempat bagi pesanan lagi, kalau dia

mati tolong bayar hutang nasi lemak dia kat

gerai makcik depan hostel tu RM3.10! Fuad

ingat lagi. Dia tak bayar sebab makcik tu tak ada

duit kecil nak pulangkan kat Aiman. Padahal

Aiman bagi RM5 aje. Melayu kalau berniaga,

macam tulah. Balik-balik tak ada duit kecil.

Tahun 2020 dah nak sampai dah, mentaliti

masih tak berubah.

Fuad toleh pada Julia balik. Sebelah Julia,

Amira. Dia pun menangis. Tapi lebih banyak

Jangan Lupa Namaku

4

mata tertumpu kepada Aiman daripada Amira.

Dah macam drama Hindustan babak sepuluh

minit terakhir. Hero dengan heroin pakat-pakat

menangis. Pelakon pembantu duduk terkebil-

kebil. Dalam cerita ni Fuad dengan Julialah

pelakon pembantunya! Kalau tahu macam ni

punya susah nak menjiwai watak pelakon

pembantu, sumpah dia tak nak. Tapi ni terpaksa,

nak tak nak memang dia kena buat.

“Sabar… Allah tentu ada sebab. Allah

sedang menguji. Kita kena banyak-banyak

bersabar. Allah dah tulis semua ni. Kita kena

reda.” Dia pujuk lagi sambil tepuk-tepuk bahu

Aiman. Tak pernah sekali pun dia pujuk Aiman

sebelum ni. Yalah, lelaki tak buat kerja-kerja

macam ni. Nanti macam ada skandal pula. Tapi

hari tu Fuad tahu memang Aiman perlukan

sangat dia. Dia aje yang Aiman ada. Ada keluarga

pun dah sisihkan dia. Keluarga mertua memang

Aiman tak ada kecuali Mak Long tapi Mak Long

tak tahu bahawa dia, Aiman, Julia dan Amira

sedang bertarung emosi dalam mahkamah hari

tu. Mak Long ingat semuanya okey-okey aje.

Mak Long mungkin ingat mereka berempat,

berlima campur Johanna tengah bergelak

ketawa kat Templer Park macam selalu tu.

Apabila Mak Long telefon tanya kat mana, mesti

kat Templer Park, berkelah. Macam tak ada

tempat lain aje.

“Aku tak boleh.” Aiman cakap lagi.

Kemudian dia menangis lagi. Tadi pun dia cakap

perkataan tu dekat sepuluh kali. Hakim sabar

aje tunggu. Agaknya hakim pun dah biasa

5

Hananee Amir

sangat dengan kes-kes macam ni. Tengok dalam

akhbar tu macam senang aje orang cerai-berai.

Sampai mahkamah denda kalau cerai luar

mahkamah. Rupanya susah juga nak bercerai

ni.

“Kalau kita tak buat hari ni, nanti kena

tangguh. Nak tunggu panggil semula, lambat.”

Fuad cakap macam tu. Entah betul ke tak cara

dia, dia pun tak tahu. Cuma dia tahu Aiman

perlukan dia dan dia kena cakap sesuatu untuk

tenangkan Aiman dan bagi keyakinan kat

Aiman. Dia pun tak yakin dengan diri dia. Boleh

ke orang berkeyakinan rendah macam ni bagi

keyakinan kat orang? Masa ni baru nak rasa

pentingnya baca buku-buku motivasi Dr. HM

Tuah Iskandar ke, Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah

ke, Dr. Spenser Johnson ke. Tapi sekarang nak

baca satu muka pun dah tak sempat dah.

Semuanya cepat sangat. Macam kilat. Sedar-

sedar semua dah ada dalam mahkamah ni.

Aiman toleh belakang pandang kat Julia.

Julia senyum tawar. Dia tengok Amira. Amira

tak senyum pun, lepas tu Amira tunduk pandang

lantai. Amira lap kelopak mata dengan tisu.

Aduhai, betul-betul rasa macam tengah

berlakon cerita Tamil ni! Tapi hero dia putih

melepak! Patut Fuad yang jadi hero sebab kulit

dia gelap sikit. Tapi apabila fikir balik fasal hero

yang kena harung perceraian ni, Fuad rasa elok

lagi dia jadi pelakon ekstra aje. Babak pun lebih

kurang aje dengan hero ni. Kalau adegan ekstra

dia tak ada, cerita ni masih belum boleh jual.

Sempat lagi Fuad nak merapu dalam keadaan

Jangan Lupa Namaku

6

tegang macam ni.

“Ini bukan apa yang aku nak.” Aiman cakap

lagi. Hakim tadi dah keluar. Mungkin nak bagi

masa Aiman bertenang. Dalam bilik tu masih

ramai orang. Tak tahu siapa. Yang pasti Aiman,

Julia atau Fuad memang tak kenal pun orang-

orang tu. Amira pun rasanya tak kenal. Dia

orang ni sengaja nak datang menyibuk jaga tepi

kain orang atau nak belajar prosiding

mahkamah? Fuad pun malas nak ambil tahu. Tak

sempat nak tanya orang sebelah-sebelah dia

tadi. Kalau sempat pun dia takkan tanya. Macam

tak ada kaitan aje.

Tapi ada beberapa orang kat bahagian

depan tu datang dengan baju segak-segak

dengan kot segala, bawa fail, tulis-tulis sesuatu

masa prosiding berlangsung. Rasanya pelajar

undang-undang kut. Kalau tak kerana dia datang

sebab Aiman dan Amira, dia memang nak tanya

juga sepatah dua kat budak-budak yang

semestinya cun tu. Tapi sebab tu bukan tujuan

utama, dia tutup mata ajelah. Karang lepas dia

dengan Julia teman Aiman dalam mahkamah

ni, Aiman dengan Amira pula kena teman dia

dengan Julia. Huh, jauhkanlah! Kesian kat

Johanna. Karang kena pula sambung episod

berebut-rebut harta dengan berebut-rebut

anak. Membazir kertas kat mahkamah aje.

Hakim banyak lagi benda nak buat.

“Tapi Amira nak.” Fuad cakap dengan nada

serba salah. Memang rasa bersalah pun. Tapi

nak cakap macam mana lagi. Dah memang tu

yang Amira nak. Fuad tahu Aiman memang

7

Hananee Amir

sayang Amira separuh nyawa. Lebih separuh

kut kalau tengok gaya dia layan Amira tu. Kalau

tak, takkan Aiman nak tinggalkan keluarga dan

agama dia tu sebab Amira? Sampai sekarang

keluarga Aiman tak terima Aiman balik. Dah

putus saudara dah. Semua pun sebab Amira.

Aiman tak nampak menyesal pun. Padahal

sebelum ni Aiman bahagia aje dengan keluarga

dia. Memang macam keluarga bahagia tu. Masa

studi dulu, hari-hari telefon mak ayah dia.

Sebelum letak telefon siap ‘I love you’, ‘I miss

you’. Memang bahagia sangat.

Mak ayah dia pun Fuad kenal. Mereka

pernah datang kolej dulu. Dan paling tak sangka

Aiman tinggalkan agama dia sebab Amira.

Banyak sangat yang masuk dalam kategori ‘tak

sangka’ dalam hubungan Aiman dengan Amira

tu. Sekarang duduk dalam mahkamah ni pun

masih kategori ‘tak sangka’. Rasa nak merayu

aje, berhentilah buat kejutan yang boleh

meninggikan risiko sakit jantung ni!

“Sabarlah… Allah akan tunjuk jalan keluar

nanti.” Fuad cakap macam tu lepas lama Aiman

tak bagi reaksi. Kesian tengok muka Aiman.

Macam kena tinggal dengan bini. Memang dah

nak kena tinggal dengan bini pun ni. Fuad urut-

urut belakang Aiman yang dah menangis balik.

Rasanya pujuk Julia pun tak macam ni punya

teruk. Julia memang jarang kena pujuk sebab

dia kan kategori ‘wanita maco’. Mana ada

adegan pujuk-pujuk, dialah kata.

Tak lama lepas tu Julia datang kat bangku

Fuad dengan Aiman, lepas tengok Fuad macam

Jangan Lupa Namaku

8

tak berjaya aje pujuk Aiman. Julia dah agak dah.

Dia duduk sebelah Aiman dan hulur tisu. Aiman

sambut tapi tak lap air mata. Dia genggam saja

tisu tu. Tisu tu pun basah sebab tangan dia pun

dah basah dengan air mata. Sedih sangat

melihatnya. Tak tahu nak jelaskan macam mana.

Rasa faham perasaan Aiman cuma tak tahu nak

tolong macam mana.

“Semua ni memang menyakitkan. Tapi

yang menyakitkan tu selalu jadi ubat. Kita

semua kena reda dan sabar. Hari ni kita basah

dalam hujan lepas lama kita hidup dalam

redupnya. Hari ni Allah kirim petir, siapa tahu

esok lusa Allah hantar pelangi? Mungkin ada

yang kita terlupa, Allah kirim pesan untuk kita.

Itu kan tanda Allah sayang kita.” Fuad pandang

Julia macam nak tembus. Tak sangka Julia

pandai ayat-ayat manis macam tu. Tak sangka

isteri dia yang mengaku maco tu ada aura

memujuk tahap pelangi tujuh warna punya. Tak

sangka dia rupanya belum cukup kenal isteri

dia tu.

Julia pandang Fuad. Dia jegil mata sebab

dia perasan Fuad tengok dia macam tak percaya

aje. Jangan kata Aiman, dia sendiri pun tak

percaya dia boleh kata macam tu.

“Aku tak tahu macam mana nak mulakan

hidup tanpa Amira. Aku sayang dia.” Aiman

menangis balik. Rasa macam pujuk budak-

budak yang menangis hentak-hentak kaki nak

aiskrim kat kompleks membeli-belah aje. Fuad

pandang Julia balik. Harap Julia boleh

keluarkan lagi ayat-ayat power dia. Bukan Fuad

9

Hananee Amir

tak sanggup nak teman Aiman kat situ. Tapi

sanggup ke hakim? Peguam? Dan Amira tu

sendiri? Lebih cepat selesai, lebih senang. Nak

tak nak, hidup baharu tetap kena mulakan.

Memang sakit. Tapi kalau tunggu kat sini pun

apa bezanya? Sakit juga. Lama-lama nanti

mungkin jadi biasa.

“Kita mula semula. Aku dengan Fuad ada.

Kita sama-sama teruskan hidup ni. Amira dah

pilih jalan dia. Kita kena hormat. Semua ni

urusan Allah. Kau mungkin perlukan Amira.

Tapi Amira dah tak nak. Dia dah pilih jalan dia.

Aku tahu kau sayang Amira dan kalau kau

sayang dia, kau kena berkorban untuk dia.

Percaya janji Allah. Dia lebih tahu.” Julia pujuk

lagi. Tapi kali ni tak ada ayat-ayat manis, warna-

warni macam pelangi. Agaknya tu aje ayat yang

dia jumpa sebelum datang mahkamah untuk

teman Aiman dengan Amira tadi. Aiman dengan

Amira yang bercerai, Fuad dengan Julia yang

kalut tak tentu fasal. Macam dia orang berdua

yang kena panah petir. Malam tidur tak lena,

pagi tadi nak sarapan pun tak lalu.

Rasa macam baru semalam mereka

berempat pergi bersuka ria kat air terjun

Templer Park tu. Dengan anak Julia yang sorang

tu. Aiman dan Amira tak pula nampak macam

ada masalah. Makan pun siap suap-suap lagi.

Entahlah, kadang-kadang susah nak faham.

Ingatkan teori-teori ekonomi dengan segala

keluk-keluknya tu dah habis susah nak fahamlah

dalam dunia ni. Tapi kes yang satu ni lagi susah

nak faham rupanya.

Jangan Lupa Namaku

10

Hakim dah masuk dan duduk semula kat

tempat dia.

“Macam mana?” tanya hakim tu pada

Aiman. Masa tu Fuad dah duduk tempat dia

balik kat belakang. Selang dua kerusi aje dari

Aiman yang duduk kat depan sekali. Julia dah

duduk sebelah Amira. Dia pegang tangan Amira.

Tak tahu nak cakap apa. Dua-dua pun kawan.

Nak kesian kat Amira, dia pun kesian kat Aiman.

Nak kesian kat Aiman, Amira pun dia kesian

juga. Rasa serba salah sangat. Rasa lupa nak

kesian kat diri dia sendiri aje sebab terbabit

dengan babak dalam mahkamah ni.

Inilah kali pertama masuk mahkamah. Rasa

nak beli diari dan tulis dalam diari aje hari ni

masuk mahkamah sebab selama ni tak pernah

pun ada diari. Rasa tak berapa rajin dan menulis

dan mencatat itu ini. Kalau tak kerana dia

datang tengok babak sedih Amira dengan Aiman

nak bercerai, memang nak ambil gambar tadi,

buat kenangan. Tapi rasa tak sesuai pula dengan

mood sekarang ni, orang tengah sedih, kita nak

bersuka ria ambil gambar buat kenangan. Ingat

apa? Hari Kantin sekolah ke?

Aiman berdiri. Dia toleh pada Amira lama

sebelum dia pandang ke depan semula. Dia tarik

nafas panjang. Dia mengucap, dia beristighfar.

Lepas tu dia cakap dengan tenang.

“Dengan ini, saya Aiman Anthony Joseph

menceraikan isteri saya Amira Zulkifli dengan

talak satu.” Dia cakap senafas aje. Lepas tu dia

terduduk. Fuad pandang hakim. Hakim tu

angguk dan Fuad menghampiri tempat Aiman.

11

Hananee Amir

“Sabar….” Hanya itu yang dia tahu cakap

dan dia sendiri tak tahu dah berapa juta kali dia

cakap. Masa tu dia dah peluk Aiman pun. Tak

pernah dia peluk Aiman selama lebih sepuluh

tahun mereka kawan. Tak pernah tengok Aiman

menangis macam tu sekali. Tak pernah tengok

Aiman serabut macam dapat surat esok nak

mati aje. Tapi separuh hidup Aiman dah mati

hari tu. Dia toleh ke tempat Amira. Amira dah

tak ada. Julia pun dah tak ada kat situ.

“Aku tak nak. Tapi aku cuma nak yang

terbaik untuk dia.” Aiman cakap lagi. Fuad tahu

Aiman tak pernah rela nak buat semua tu. Kalau

tak sebab Amira, dia memang takkan buat. Fuad

tahu betapa Aiman sayangkan Amira. Julia pun

tahu. Semua orang tahu. Tapi yang orang tak

tahu, kenapa Amira nak sangat bercerai.

Jangan Lupa Namaku

12

2

“AIMAN BAIK.” Tu aje kata Amira malam tadi

apabila Julia telefon dan tanya dia kenapa nak

bercerai. Masa tu rumah Aiman dan Amira dah

kosong. Amira tidur di hotel. Aiman tak tahu

tidur kat mana. Telefon banyak kali, tapi tak

berangkat. Rasa nak repot polis tapi macam tak

kena gaya. Bukan orang culik pun. Ni kira kes

gaduh laki bini aje. Kalau sampai repot polis,

itu sengaja nak tambahkan kerja polis. Lainlah

kalau kena pukul bantai sampai lebam ke, patah

ke, kira ada kes jugalah nak buka report.

Lepas balik dari mahkamah semalam,

Johanna tanya fasal Aunty Amira dia. Usia

Johanna baru nak masuk empat tahun. Johanna

tanya sebab selalu petang-petang balik kerja,

Amira akan bawa dia mandi di kolam renang

kat bawah kondo tu. Kalau hujan, Amira layan

Johanna main basikal kat dalam rumah dia.

Johanna memang terkesan walaupun baru

sehari Amira tak ada. Tak tahu nak terangkan

13

Hananee Amir

macam mana. Takkan nak cakap, “Uncle dengan

aunty dah cerai.” Faham ke budak umur tu fasal

cerai? Kalau dia tanya cerai tu apa, nak jawab

apa pula? Nanti mesti banyak soalan lain yang

keluar. Mesti lagi susah nak bagi jawapan.

Sampai pukul empat pagi Fuad dengan

Julia tak boleh tidur. Mata mengantuk, tapi

memang tak boleh tidur. Rasa tak percaya

sangat. Kejap-kejap Fuad tengok kat tempat

parkir. Kereta Aiman tak ada kat situ sebab

kereta ada dengan Amira. Rumah Julia dengan

Fuad menghadap lot tempat letak kereta.

Memang nampak jelas dari situ sebab rumah

Fuad cuma di tingkat lima aje. Rumah Aiman

pun di tingkat lima. Beli rumah pun sebelah-

sebelah aje. Kondo 30 tingkat tu dulu masa beli

Aiman dapat tingkat 15, tapi dia berkeras nak

tingkat lima sama dengan Fuad. Kalau tak dapat,

dia pun tak nak beli. Fuad pun pakat tak nak

beli. Akhirnya entah apa agen hartanah buat,

mereka dapat juga rumah sebelah-menyebelah

tu.

Dekat pukul lima pagi, ada dengar bunyi

pintu gril dibuka. Cepat-cepat Fuad kejar ke

pintu. Aiman masih kat muka pintu masa Fuad

berdiri tegak kat daun pintu rumahnya, tak tahu

nak cakap apa sampailah Aiman hilang

daripada pandangan dengan daun pintu dan gril

masih terbuka. Fuad melangkah keluar,

sarungkan selipar jepun biru di kaki. Bunyi

pintu ditarik kedengaran lagi. Pandangan Aiman

dan Fuad bersatu.

“Aku belum nak cakap apa-apa.” Kata

Jangan Lupa Namaku

14

Aiman sebelum Fuad buka mulut pun. Kopiah

atas kepala dibetulkan kedudukannya sambil

kakinya terus melangkah ke surau kat blok

belakang. Fuad tengok aje. Tak nak paksa.

15

Hananee Amir

3BARU DUA hari berlalu selepas babak dalam

mahkamah tu. Aiman ambil cuti sakit sehari.

Dah tujuh tahun dah dia kerja kat situ, sehari

pun tak pernah ambil cuti sakit. Tiap-tiap tahun

dapat anugerah pekerja contoh sebab tak

pernah cuti sakit. Tahun ni Human Resources

(HR) kena cari orang lain pula sebab Aiman dah

tak layak dapat anugerah tu lagi. Tak fasal-fasal

dah menambahkan kerja HR aje. Patutlah Allah

tak suka cerai-berai ni, banyak yang dapat susah

apabila perceraian berlaku. Selalunya dia kalau

demam bertampal koyok pun datang ofis. Pakai

baju dua tiga lapis pun dia datang ofis. Nama

nak ambil cuti sakit ni memang taklah. Ke dia

tak tahu cuti sakit atau medical certificate (MC)

tu wujud? Mustahil. Sebab kalau dia tak tahu,

dia datang hari ni. Ni dia tak datang, maknanya

dia tahu. Cuma mungkin hari ni sakit dia tu dia

tak dapat nak tahan sangat.

“Kau okey ke?” Fuad telefon dari ofis tanya

Jangan Lupa Namaku

16

Aiman lepas Cecilia yang duduk sebelah Aiman

tu kata Aiman cuti sakit. Rasa macam pelik

sebab dia ni tak pernah tak datang ofis walau

sakit macam mana pun. Yalah, badan dia tak

sakit. Hati dia kut sakit.

“Okay… I just need some rest.” Aiman kata

dengan suara serak. Cakap orang putih lagi

walaupun dia ni kebiasaannya cakap Melayu.

Dengan Madam Fong pun dia bantai cakap

Melayu aje walaupun bahasa Inggeris dia

berhabuk dan Madam Fong balas dalam bahasa

Inggeris kat dia! Memang betullah, banyak

benda yang tak kena. Fuad agak dia mesti

sambung menangis sepanjang malam tadi. Fuad

rasa juga mesti mata dia dah bengkak pagi ni

dan Fuad rasa juga dia mesti tak boleh tidur

malam tadi. Banyaknya yang Fuad rasa. Sama

macam rasa dia nak jengah Aiman kat rumah

Aiman malam tadi tapi Julia tak bagi.

“Biarlah dia rehat. Dia perlu masa untuk

diri dia sendiri.” Julia kata malam tadi sambil

hidang makan malam. Lauk ayam goreng

dengan kangkung belacan. Tu aje yang dia

mampu nak buat. Padahal sebelum tu dia kata

nak buat rendang ayam. Rempah rendang, serai

dengan segala macam bahan dia dah siap-siap

beli pun. Tapi Fuad dengan Julia, dua-dua tak

selera nak makan. Lepas bagi Johanna makan,

Fuad angkat semua makanan ke dapur. Julia cuci

pinggan. Lepas tu dua-dua duduk depan TV,

tengok rancangan Raja Lawak tapi dua orang

tu rasa tak lawak pun. Bukan tengok TV,

17

Hananee Amir

sebenarnya termenung. Lepas tu Julia pandang

Fuad, Fuad pandang Julia. Lepas tu sama-sama

pandang Johanna.

“Bila Aunty Amira nak balik?” Johanna

tanya macam tu pada Aiman yang nak keluar

pergi surau asar semalam. Masa tu pintu

terbuka, pintu gril aje yang berkunci. Jadi

Johanna boleh nampak ke luar dan boleh

nampak Aiman keluar rumah tapi Amira tak ada.

Dia mungkin tunggu Amira sebab waktu-waktu

macam tu selalu Amira datang ambil dia.

Johanna ni baru nak masuk empat tahun tapi

bijak. Ada aje yang nak ditanya.

“Aunty balik kampung.” Aiman jawab

macam tu sambil mencangkung depan Johanna

dari luar pintu gril. Tipu!

“Masuklah.” Julia capai kunci dari atas rak

kasut. Lepas tu Fuad pula terjongol kat muka

pintu entah dari mana.

“Tak apalah. Aku nak ke surau.” Kata

Aiman. Dia senyum.

“Bila aunty balik?” Johanna tanya lagi

dengan gaya pelat dia. Aiman tak jadi bangun.

Mana dia nak terangkan pada Johanna, mana

nak layan perasaan dia lagi. Tapi Johanna kecik

sangat untuk faham. Dia bukan niat nak lukakan

hati Aiman pun. Dia cuma nak tahu.

“Nanti aunty balik.” Aiman cakap macam

tu lepas tu pandang Fuad dengan Julia yang

sama-sama berdiri kat pintu gril tu. Macam kena

penjara aje. Balik? Bila Amira nak balik? Amira

takkan balik. Johanna tunggu Amira, Aiman pun

sama. Fuad pandang Julia lepas tu Johanna.

Jangan Lupa Namaku

18

“Dahlah, jom kita masuk dalam.” Julia

dukung Johanna sebelum lebih banyak Johanna

tanya soalan pada Aiman. Dan lebih banyak

Aiman tipu Johanna. Bukan dia marah Aiman

tipu Johanna. Dia kesian aje kat Aiman sebab

menambahkan dosa menipu.

“Nanti kalau aunty balik uncle cakap Jo nak

mandi swimming pool tau. Aunty janji nak ajak

makan aiskrim mahal tu.” Johanna sempat

cakap lagi padahal masa tu Julia dah dukung

dia. Aiskrim mahal yang dia sebut tu

sebenarnya aiskrim Malaysia yang Amira selalu

buat. Yang dalam plastik panjang tu. Amira buat

macam-macam perisa, Milo, strawberi, laici.

Masa kecil-kecil dulu, aiskrim tu sepuluh sen

aje sebatang. Selalu dipatahkan tengah dan

dikongsi berdua. Johanna kata aiskrim tu

aiskrim mahal.

“Kalau kau perlukan aku, bila-bila masa aje.

Kau tahu kan mana nak cari aku? Insya-Allah…

aku ada.” Fuad cakap macam tu lepas lama

Aiman diam kat hujung talian. Nanti cakap lagi

banyak, Aiman menangis lagi. Banjir pula kondo

30 tingkat tu. Karang masuk kat Buletin Utama

pula. Tu belum kira kes merayu-rayu minta

bantuan kemanusiaan. Huh! Tak sanggup.

Lepas tu Fuad letak telefon. Dia pergi ke

meja Aiman. Kemas, bersih, wangi. Siap ada

penyegar udara lagi kat atas meja tu.

“Siapa kemas meja ni?” Fuad tanya pada

Cecilia. Cecilia tu duduk sebelah Aiman.

Dipisahkan pengadang rendah warna biru aje.

19

Hananee Amir

Kalau nak sembang memang boleh sangat. Fuad

duduk jauh sikit. Tapi masih kompeni sama.

Punya rapat mereka berdua ni. Beli kondo sama,

kerja pun sama-sama.

“Dialah kemas sendiri. Dia mana suka orang

kemas meja dia.” Cecilia cakap macam tu sambil

tangan dia ligat tekan papan kekunci komputer.

Fuad senyum. Aiman takkan berkemas kalau dia

tak serabut. Dia berkemas masa dia tengah

serabut aje. Kalau tempat dia berselerak tu

maknanya dia senang hatilah tu. Dia memang

spesies pelik sikit.

“Minggu lepas, hari-hari dia berkemas.

Sembur perfume sekali. Sampai nak mabuk aku

kat sebelah ni. Hari ni dia MC pulak. Penat

berkemas seminggu kut. Ke dia pun mabuk

perfume!” Cecilia gelak. Dia tak ada niat apa-

apa. Dia tak tahu pun apa yang jadi pada Aiman.

Aiman tak bagi tahu sesiapapun. Gadis Tionghua

tu bangun dan menyandar kat pengadang

Aiman. Dia pandang Fuad.

“Dia kenapa?” Cecilia tanya pula lepas tu.

Fuad sengih. Dia tekan butang on kat PC Aiman.

Cecilia pun sedar agaknya ada benda yang tak

betul dalam hemisfera kepala otak Aiman tu.

Dia kerja dengan Aiman kan dah lama. Cuma

dia segan nak tanya aje. Sebab Aiman memang

jarang cerita hal-hal bukan kerja pada rakan

sekerja kecuali Fuad. Fuad lain. Dia bukan rakan

sekerja aje.

“Kenapa apa?” Fuad tanya balik walaupun

dia tahu maksud Cecilia. Gadis tu jongket bahu.

Fuad pula tengah ligat putar kepala otak dia fikir

Jangan Lupa Namaku

20

nak bagi jawapan apa kalau Cecilia tanya fasal

isu cerai tu. Mungkin patut tanya balik mana

dia tahu fasal cerai tu. Sebab ikut logik, dia

memang belum patut tahu sebab Fuad dengan

Julia tak buka mulut pada sesiapapun. Takkan

hakim kat mahkamah hari tu yang buka mulut

kut!

“Yelah… dia macam pelik seminggu dua

lepas.” Cecilia sambung sambil perhati Fuad

tekan-tekan papan kekunci komputer Aiman.

Cecilia kalau dengan Fuad memang tak segan,

sebab miring Fuad tu senada aje dengan dia.

Sama naik aje, bak kata Aiman. Aiman lain, bab

kerja dia serius, sopan santun sikit, skema aje.

Memang pemuda harapan bangsalah!

“Banyak kerja kut.” Fuad pilih jawab macam

tu. Dia memang tak nak cakap pun. Kalau Cecilia

bayar sejuta pun dia takkan cakap.

“Banyak kerja? Aiyooo kerja sini dah nak

masuk lapan tahun. Sini memang banyak

kerjalah. Aku rasa… dia ada hiding

somethinglah.” Dia siap senget-senget mulut

lagi nak mengata Aiman. Fuad rasa nak gelak

aje tapi dia tahan. Dia tengok meja Aiman. Ada

gambar Aiman dengan Amira kat sisi kanan

meja dia. Banyak. Bukan sekeping dua. Kat latar

skrin komputer pun gambar dia dengan Amira.

Kat pen dia atas meja tu pun siap tulis nama

AIMAN_AMIRA. Semuanya Amira. Macam

mana Aiman tak separuh gila apabila Amira nak

bercerai?

Nasib baiklah Fuad tak buat macam tu. Dia

tak letak gambar Julia kat meja. Dia tak letak

21

Hananee Amir

gambar Julia kat latar skrin komputer. Yang ada

pun gambar mereka bertiga dengan Julia dan

Johanna dalam dompet, tu pun Julia yang letak

lama dulu. Kalau tak, memang tak adalah. Julia

tak bagi dia keluarkan gambar tu dari dompet

dia dengan alasan Fuad memang patut tengok

gambar dia dengan Johanna hari-hari supaya

mode gatal dia tu kurang!

“Penatlah. Dia pun manusia. Penatlah

juga.” Fuad balas macam tu. Rasa macam tak

logik aje sebab Aiman tu memang cinta betul

dengan kerjaya dia tu. Memang dia tak pernah

kata penat pun. Aiman tu kerja remisier.

Remisier ni kerjanya jual beli saham untuk para

pelabur dan dia orang dapat komisen daripada

jual beli tulah. Aiman kerja di sini sejak mula-

mula habis belajar. Dia tak cari kerja lain. Dia

memang suka gila dengan kerja dia tu.

“Tapi Madam Fong sayang dia wooo.”

Cecilia separuh berbisik. Cakap sambil pandang

kiri kanan macamlah Madam Fong akan lalu.

Madam Fong tu orang atasan Aiman. Staf

panggil ‘Fong Tai Chi’ padahal nama dia Fong

Lai Meng. Nama Tai Chi tu sebab konon-konon

dia pandai Tai Chilah. Kononnya.

“Gosip je kau ni. Dahlah, pergi buat kerja.”

Fuad baling gelang getah yang dia capai atas

meja Aiman pada Cecilia. Dia gelak lepas tu.

“Ooo... aku kena buat kerja, yang kau ni

duduk kat sini buat apa?” dia tanya Fuad balik.

Masa tu Fuad tengah buka prospektus syarikat

yang ada atas meja Aiman tu.

“Aku kerjalah ni.” Selamba dia jawab, tak

Jangan Lupa Namaku

22

angkat muka pun. Mata masih kat prospektus

tu tadi. Memang muka tak bersalah gila.

“Buat kerja siapa? Aiman?” Cecilia kerut

dahi. Fuad angkat muka pandang Cecilia.

“Oh ya! Lupa aku kat tempat Aiman.” Lepas

tu dia gelak besar. Dia bangun, matikan

komputer Aiman. Serius lupa. Dia ingat Aiman

aje tengah terganggu mental dan fizikal. Dia pun

sama rupanya. Boleh pula lupa yang dia tengah

duduk kat tempat Aiman dengan penuh

bahagianya.

“Tengok ni...” Cecilia kata sambil jari

telunjuk dia ketuk-ketuk kat tanda nama Aiman

kat sudut kanan pengadang tu.

“Yelah… Aiman Anthony Joseph.” Fuad

tekan suara. Masa tu dia dah berdiri tapi masih

gelak tengok muka Cecilia.

“Okay... good. Your name is?” dia tanya

lagi.

“Fuad Saifuddin!”

“Okay… good. Go back to your place

okay….” Dia gelak lagi lepas tu duduk tempat

dia.

“Kerek gila… aku hasut Aiman nanti jangan

promote kau, jangan rekomen kau punya

kenaikan gaji.” Dia usik Cecilia sebelum

melangkah ke tempat dia.

“Cubalah. Aku simbah cat merah kat kereta

kau tu.” Dia balas dengan ketawa besar ala-ala

puntianak harum sundal malam aje.

Mentang-mentang Madam Fong cuti.

Bersuka ria aje semua. Macam baru menang

loteri. Madam Fong cuti? Aiman… MC? Macam

23

Hananee Amir

ada unsur-unsur keraguan aje ni. Isy!

Takkanlah. Aiman tu ada cita rasa juga tau.

Takkan nak Madam Fong yang lagi dua tiga

tahun nak pencen tu. Punya terdesak. Mahunya

Amira gelak guling-guling kalau tahu. Tak

mencabar langsung! Jangan kata Amira, Fuad

pun nak tumpang gelak guling-guling. Kesianlah

Johanna, dapat makcik baharu yang dah boleh

panggil nenek. Gila imaginasi terlampau ni.

“Eh! Nanti kalau Aiman datang, kau call aku

tau.” Fuad bagi pesan lepas dua tiga langkah

tinggalkan meja Cecilia.

“Kan MC… takkan datang pulak.” Cecilia

jawab sambil kemas meja dia. Letak bunga segar

dalam bekas kaca warna putih yang dia baru

gantikan airnya. Wangi aje bau. Ke ni bau

penyegar udara kat tempat Aiman tadi? Macam

confuse aje.

“Manalah tahu dia datang. Dia kan gila

kerja.” Suara Fuad separuh jerit sebab masa tu

dia dah jauh daripada Cecilia. Cecilia tak jawab

pun. Dia teruskan kerja dia. Telefon atas meja

Aiman berbunyi. Cecilia panjangkan tangan

capai telefon tu. Malas nak angkat pakai telefon

dia sebab telefon dia tu kadang-kadang ada

masalah nak jawab talian Aiman daripada

telefon dia.

“Yes, Aiman Anthony Joseph’s extension.

May I help you?” dia cakap laju. Dia kepit telefon

tu kat telinga sambil susun bunga tadi.

“Aiman ni.” Aiman balas dua patah dengan

nada paling tak bersemangat.

“Yes Mr Aiman...” Cecilia pegang telefon

Jangan Lupa Namaku

24

tu. Tak kepit lagi. Muka macam serius aje nak

terima arahan.

“Ada dokumen atas meja I tu tolong pass

kat Madam Fong. I nak semula after lunch.” Dia

bagi arahan macam selalu. Cecilia panjangkan

leher tengok dalam in-tray Aiman. Ada satu aje

dokumen atas tu. Dia capai guna skil tangan

panjang dia tadi.

“Madam Fong cuti.” Cecilia jawab. Dia

dengar Aiman mengeluh kat hujung talian.

“Tak apalah kalau macam tu… okey…”

“Are you coming today?” Cecilia tanya

sebelum Aiman letak telefon.

“After lunch.” Dia jawab dua patah sebelum

dia kata bye dan letak telefon.

“Fuad… Aiman masuk ofis lepas lunch.”

Cecilia jerit dari tempat dia. Semua orang gelak

tengok gelagat Cecilia yang memang gila kalau

Madam Fong tak ada. Kalau Madam Fong ada,

dia duduk senyap aje kat tempat dia. Kalau

Madam Fong tak ada, boleh dia main jerit-jerit

dengan Fuad yang tempat duduknya jauh dari

dia tu. Kira kalau dia jerit tu, memang semua

kat tingkat tu boleh dengar apa yang dia jerit.

“Okey…” Fuad jawab sepatah dari tempat

dia. Pun jerit juga. Dah macam Pasar Pudu dah

rupa. Nampaknya memang Fuad lebih kenal

Aiman. Aiman memang masuk ofis walaupun

MC!

25

Hananee Amir

4

FUAD lepak kat sofa depan TV lepas balik dari

ofis. Hari tu kerja bertimbun kat ofis sebab dua

minggu ni, Fuad kena cover kerja Haris yang

cuti kahwin lepas tu nak pergi bulan madu kat

Venice katanya. Bulan madu sampai ke Venice.

Dulu dia dengan Julia pun bulan madu kat

Langkawi aje. Tu pun kompeni yang taja, kalau

tak, bulan madu kat Templer Park ajelah!

Sebut Templer Park, memang dia akan ingat

pada Amira dengan Aiman. Dia orang berdua

tu suka betul pergi Templer Park. Dari zaman

bercinta, sampai dah kahwin tujuh tahun. Asal

ada masa aje, pergi Templer Park. Yalah, zaman

bercinta dia orang tu berapa lamalah sangat.

Tak sempat kelip mata, dah nak kahwin. Cepat

betul. Kira tu antara kejutan paling hebatlah

yang Aiman buat. Aiman ni memang ‘kaya’

dengan kejutan. Orang yang jantung dia kuat

aje boleh kawan dengan Aiman ni.

Pernah dulu dia buat panggilan dari

Jangan Lupa Namaku

26

hospital kata dia kemalangan. Teruk katanya.

Fuad pun berkejarlah ke hospital. Sampai-

sampai, cari tempat nak parkir tak jumpa. Yang

jumpa pun kat belakang hospital. Tu pun

parkiran haram bawah pokok. Yalah, naik

motosikal buruk aje. Masa tu mana ada kereta

pun. Motosikal tu pun pinjam daripada Safuan,

budak perubatan tu. Motosikal sendiri mana

ada.

Dia masuk hospital ikut pintu belakang.

Lalu kat bilik mayat. Punya berderau darah

tengok nama Tony ada kat papan kenyataan tu.

Rasa nak pitam. Rasa darah kering satu badan.

Dia terduduk terus kat kerusi tepi bilik mayat

tu, siap menangis-nangis lagi. Mahunya tak

menangis? Kawan baik dah mati terlantar kat

bilik mayat. Tak sempat pula tu nak bawa pergi

jabatan agama, nak Islamkan. Tu paling

menyesal tu.

Padahal pagi tu baru bersuka ria kat dewan

kuliah kenakan Si Amelia budak jambu tu. Tup-

tup petang dah mati. Banyak jugalah air mata

jatuh kenangkan kawan baik yang dah tak ada

tu. Siap terfikir lagi macam manalah hidup hari

esok tanpa Tony. Sedih gila. Lepas ni siapa pula

nak kejutkan dia bangun pagi sembahyang

subuh apabila jam kat telefon bimbit dah

memekak dan dia tak bangun, yang bangunnya

Tony. Macamlah dia yang kena sembahyang.

Tiba-tiba Tony muncul dari pintu lif

sebelah kanan. Bertongkat dengan kaki berbalut

sambil sengih-sengih. Rasa nak angkat aje

tongkat kat ketiak kanan dia tu, hempuk kat kaki

27

Hananee Amir

kiri dia pula. Biar dua-dua patah. Buat susah hati

orang aje. Dahlah Fuad siap menangis-nangis

lagi. Tony boleh bantai gelak. Nasib baik masa

tu mak ayah Tony kat Scotland bercuti. Kalau

tak, Fuad telefon mak ayah Tony pula cakap anak

dia orang dah mati. Buat malu aje dia menangis

kat bilik mayat meratapi Tony yang entah siapa

tu.

“Aku nampak kau kat belakang tadi. Aku

tengok ikut tingkap. Tunggu-tunggu kau tak

sampai pun tempat aku. Tu yang aku cari kau.”

Dia kata sambil tahan gelak tengok Fuad

menangis.

Hei! Memang masa tu rasa nak hempuk Si

Tony sangat-sangatlah berkobar-kobar. Karang

Si Tony masuk hospital, dia pula masuk lokap.

Jadi dia tahan ajelah.

Yang bilik mayat tu pula, masa-masa tulah

nak ada nama sama dengan Tony. Tarikh mati

pun sama dengan tarikh Tony kena langgar.

Naya betul. Nasib baik Fuad tak ada sakit

jantung, kalau tak, bawah nama Tony tu, ada

nama dia pula, FUAD SAIFUDDIN.

“Apasal kau tak tanya tadi? Sia-sia je

nangis.” Dia gelak lagi. Fuad jeling aje. Niat hati

tu memang nak tolong pimpin Tony sebab kaki

kanan dia dah berbalut-balut dah. Tak tahulah

patah ke apa. Muka dia relaks aje. Siap boleh

gelak-gelakkan orang lagi. Tapi sebab dia gelak-

gelakkan Fuad, malas Fuad nak tolong. Rasa nak

tolak bagi jatuh adalah.

“Tak terfikir pulak nak tanya. Sebab masuk-

masuk tadi terus nampak nama tu.” Fuad jawab

Jangan Lupa Namaku

28

dengan muka menyampah. Memang kalau

bunuh orang tak salah, dia dah bunuh dah Si

Tony ni. Taklah membazir air mata dia

menangis.

“Sayang juga kau kat aku.” Tony gelak lagi.

Masa tu dah sampai kat katil dia pun. Dia susah

payah nak baring atas katil tu, Fuad tengok aje.

“Hoi! Tunjuklah prihatin sikit. Aku tengah

tahap OKU ni. Tak berkesan ke kempen

kerajaan?” dia jerit kat Fuad yang tak ada rasa

nak tolong tu. Fuad jegil mata.

“Pekik-pekik… ni hospital, bukan pasar

tani.” Fuad kata sambil tolong Tony angkat kaki

dia yang dah berbalut tu dengan perasaan

terpaksa bercampur dengan rasa tak ikhlas

sebab bengang kena gelak dengan Tony.

“Pelan-pelan sikit. Sakit.” Sempat lagi dia

buat permintaan. Fuad picit sikit kaki Tony yang

berbalut tu sambil buat muka lepas geram.

“Sakitlah.” Tony jerit kuat sampai misi yang

ada dekat-dekat situ buat isyarat senyap.

“Padan muka,” balas Fuad sambil gelak.

Tony pula jeling.

“Angkat sikit bantal… sakit leher.” Tony

buat permintaan lagi.

“Mengada-ada.” Dalam merungut tu Fuad

betulkan juga bantal Tony supaya dia selesa.

Dalam hati, geram tadi tak habis lagi. Simpan

aje ni. Tunggulah sihat nanti, tahulah dia nak

buat apa.

“Kau tak ada ke bawak buah ke? Makanan

ke?” Tony tanya dengan muka tak bersalah

apabila tengok tangan Fuad tadi kosong.

29

Hananee Amir

“Kalau kau mati tadi, aku dah bawak

bunga.” Fuad pula jawab selamba. Dia tarik

kerusi untuk duduk kat sebelah Tony. Tak lama

lepas tu ada misi datang bawa makanan.

“Kau kena langgar kat mana ni?” Fuad

tanya.

“Kat depan library tu. Aku tak nampak

kereta datang.” Tony cerita sambil mulut dia

penuh dengan makanan. Dia pelawa Fuad tapi

Fuad tengok makanan hospital memang tak

selera. Dulu pun dia pernah seminggu duduk

hospital. Kolera. Susut badan tiga kg. Siapa-

siapa nak kuruskan badan tu, elok la masukkan

diri dalam hospital! Tapi kalau spesies macam

Tony ni, masuk hospital pun tak boleh kurus.

Lagi gemuk ada. Makan selera aje. Tengok gulai

cair macam tu pun dia selera aje makan

mengalahkan makan nasi beriani lauk kari

kambing pula.

“Tulah… pergi tak ajak aku.” Fuad sambung

gelak. Rasa sampai hati aje nak gelakkan Tony

dengan keadaan kaki dia berbalut tu.

“Kan kau kata nak teman Julia pergi PC

Fair. Aku pergilah sorang.” Dia merungut lagi.

“Library UPM tu punya banyak buku, yang

kau nak pergi Perpustakaan Negara tu buat

apa?” Fuad soal balik walaupun dia tahu jawapan

Tony tu. Tony tu kalau boleh balik hari pergi

perpustakaan kat Kedah sana pun dia pergi. Dia

memang suka berjalan tak tentu hala ni. Ambil

angin kata dia. Sekarang dah kena ambil angin

hospital pulak. Ni berapa hari pula kena tahan

wad?

Jangan Lupa Namaku

30

“Berapa lama nak duduk sini?” Fuad tanya

lagi sambil mata meliar tengok misi yang banyak

kat keliling tu. Aiman duduk wad kelas tiga.

Sebenarnya, dia boleh duduk wad kelas satu

sebab ayah dia pegawai tinggi kerajaan.

“Kalau duduk wad kelas satu, tak ramai

misi. Kalau duduk wad kelas tiga, ramai sikit

misi. Kau boleh datang selalu jenguk aku sebab

ada ramai misi cantik.” Dia perli Fuad. Tahu

sangat perangai Fuad yang suka tengok

perempuan cantik tu. Eh! Ada ke lelaki tak suka

tengok perempuan cantik? Ni kategori boleh

mendatangkan syak wasangka ni.

“Tahu pun kau ye.” Mereka sama-sama

gelak. Fuad tengok jam.

“Waktu melawat dah nak habis. Aku balik

dulu. Esok aku datang.” Fuad kata sambil

bangun. Dia buat gaya nak pukul kaki Aiman

tapi Aiman jerit sebelum tangan Fuad cecah kaki

dia pun. Misi pandang kat dia orang berdua lagi.

“Aku balik dulu.” Fuad cakap separuh

berbisik.

“Weh, esok bawak buah tau. Pisang tak nak.

Anggur ke, strawberi ke…” Tony sambung gelak.

Macam tak sakit aje gaya. Tak padan kaki

berbalut-balut. Dah dapat status OKU dah tu.

“Papa… Aunty Amira dah balik?” Soalan

Johanna yang tiba-tiba muncul sambil pegang

lutut dia tu buat Fuad tersedar daripada

lamunan dia tadi. Dia senyum dan angkat

Johanna duduk kat pangku dia.

“Belum… kenapa? Jo rindu aunty?” Fuad

31

Hananee Amir

tanya sambil cium pipi Johanna. Julia sedang

hidangkan makan malam kat meja makan. Dia

toleh sekilas sambil geleng kepala dan sengih

tawar. Johanna tanya dia soalan yang sama pun

dah beribu kali. Dia tipu pun dah beribu kali.

Kalau dosa tu boleh nampak, dah sama tinggi

KLCC agaknya. Entah-entah lagi tinggi daripada

tu.

“Rindu…” Johanna balas, buat muka

comel. Budak tak pandai menipu. Dah dua

minggu Johanna tak jumpa Amira. Bukan tak

boleh bawa Johanna jumpa Amira. Cuma tak

nak nanti soalan-soalan Johanna akan ganggu

fikiran Amira. Macam selalu dia soal kat Aiman

tu.

“Nanti kita jumpa Aunty Amira okey?” Fuad

bagi janji. Entah boleh tunai ke tak. Boleh tu

boleh, tapi bila? Budak kalau kita janji, hari-hari

dia tuntut.

“Lamanya aunty nak balik. Aunty tak rindu

Jo ke?” dia tanya. Mata dia pandang tepat kat

mata Fuad.

“Rindu. Nanti aunty baliklah tu. Aunty ada

kerja.” Fuad bohong lagi. Terpaksa bohong.

“Aunty tak rindu Uncle Aiman? Kesian

Uncle Aiman. Termenung je.” Tiba-tiba Johanna

kata macam tu. Nak jatuh pinggan yang Julia

pegang untuk senduk nasi tadi. Dia dan Fuad

saling berpandangan.

“Semalam uncle termenung je kat kolam.”

Johanna tambah lagi. Petah aje budak tu

bercerita. Fuad telan air liur.

“Uncle penat.” Fuad jawab macam tu. Rasa

Jangan Lupa Namaku

32

macam logiklah jawapan tu untuk budak usia

Johanna.

“Kesian uncle.” Johanna tambah lagi.

Kalaulah budak kecil tu faham, Fuad boleh

cerita semua. Tapi Johanna takkan faham. Dia

sendiri pun tak berapa nak faham. Macam mana

dia nak bagi Johanna faham?

“Jo pergi main kat dalam ye, papa nak

makan.” Johanna lari ke bilik dia. Main anak

patung macam selalu. Dia dah boring dah sebab

dua minggu asyik menghadap benda tu. Hari-

hari tanya Amira bila nak balik bawa dia jalan-

jalan.

“Semalam Ju bawa Johanna pergi

swimming pool tu. Aiman ada kat situ.” Julia

cerita lepas Johanna masuk bilik dia. Fuad tarik

kerusi makan. Duduk, cuci tangan dan pandang

lauk satu-satu. Julia duduk berhadapan dengan

dia. Julia letak ayam goreng seketul dalam

pinggan Fuad.

“Termenung?” Fuad tanya lepas ingat ayat

Johanna tadi.

“Macam tulah. Ju tegur dua tiga kali. Dia

tak perasan. Johanna tepuk paha dia baru dia

perasan Ju dengan Johanna ada kat depan dia.”

Julia cerita lagi. Dia cedok lauk dalam pinggan.

Makan sesuap lepas tu sambung lagi. Memang

melamun teruklah kalau Julia dengan Johanna

yang besar macam tu kat depan Aiman, dia

boleh tak nampak.

“Kat ofis macam mana?” dia tanya pada

Fuad. Fuad yang baru habis telan nasi dalam

mulut jawab.

33

Hananee Amir

“Macam tulah. Kerja dia okey je. Cuma…

termenung sana, termenung sini.”

“Budak-budak ofis tahu?” Dia pandang

Fuad.

“Dah tahu. Benda macam ni cepat je

tersebar.” Fuad capai air kosong yang dah

dituang dalam gelas. Minum seteguk, lepas tu

sambung cerita.

“Yang ajak dating pun dah ada.” Dia gelak

lepas tu. Julia tersedak.

“Biar betul.” Kata Julia. Sengih masih ada

kat bibir.

“Macamlah awak tak kenal Aiman tu. Dari

zaman U dulu dia kan ramai peminat.” Fuad cuci

tangan kat singki. Nasi tadi dia makan separuh

aje. Kenyang lagi sebab tadi ada makan-makan

kat ofis. Julia tuang baki nasi Fuad dalam

pinggan dia dan habiskan sebelum Fuad akan

datang balik ambil pinggan kosong tu dan cuci.

Tu sebab badan Julia lagi ‘besar’ daripada badan

Fuad. Sebab dia memang tak boleh tengok

makanan tak habis ni. Hehehe.

“Yelah, tu dulu. Dah tujuh lapan tahun

dah….” Julia sambung gelak.

“Lauk ada lagi?” Fuad tanya sambil jengah

kat atas kabinet dapur.

“Ada Ju simpan sikit lauk dalam

microwave. Nak bagi Aiman kan?” Julia tanya

macam faham aje. Yalah, sejak Amira tak ada

ni, memang hari-hari Fuad hantar lauk kat

rumah Aiman. Entah Aiman makan ke tidak.

“Tak payahlah susah-susah. Aku boleh

masak kalau nak makan nanti.” Aiman kata

Jangan Lupa Namaku

34

macam tu setiap kali Fuad hantar lauk. Semalam

Fuad lepak rumah dia nak sembang-sembang

tapi Aiman masih macam tak ada mood. Rumah

bersih aje. Selagi rumah Aiman tak bersepah,

memang Fuad susah hati. Tu maknanya Aiman

masih serabut. Dia nak tengok rumah Aiman

bersepah, meja ofis dia bersepah. Tu baru

tandanya hati dia dah senang. Tapi… kalau ada

Amira dulu, Amira rajin berkemas kat rumah.

Dululah, sekarang Amira dah tak ada.

“Ada dengar cerita fasal Amira?” Fuad

tanya sambil tunggu Julia selesaikan nasi yang

masih berbaki tu.

“Semalam dia cuti. Balik Taiping katanya.”

Julia bangun dan cuci tangan, susun pinggan

dan mangkuk lauk yang masih berbaki tu dia

tutup dengan tudung saji.

“Balik Taiping?” Fuad kerut dahi.

“Tak ada maknanya Taiping. Adalah kat

rumah tu.”

35

Hananee Amir

5

AIMAN tengah sibuk buat laporan bulanan

masa Huda berdiri kat depan dia bawa pesanan

ni, “Ada orang nak jumpa you, Aiman. Dia kata

dia ibu you.”

Huda tu kerani team sebelah. Team Fuadlah

lebih tepatnya. Dia bawa pesanan tu sebab dia

baru balik dari kaunter penyambut tetamu

ambil surat dan penyambut tetamu tu minta

sampaikan mesej tu pada Aiman. Ya!

Penyambut tetamu tak telefon Aiman sebab

talian digunakan. Bukan sebab Aiman bergayut

tapi sebab Aiman tak letak telefon dengan betul.

Dia perasan pun masa Huda sampai tadi. Sebab

dia baru nak tanya kenapa tak telefon, Huda dah

muncung bibir pada telefon yang gagangnya

terjongket tu! Dia garu kepala yang tak gatal

lepas tu betulkan gagang telefon tu. Memang

tak terurus langsung dia ni sekarang. Pakaian

dia terurus tapi otak dia yang kucar-kacir!

“Ibu?” Dia kerut dahi. Sama ada dia dah lupa

Jangan Lupa Namaku

36

dia masih ada ibu ataupun dia tak percaya dia

masih ada ibu yang sudi datang jenguk dia. Dah

tujuh tahun ibu dia tak pernah cari dia. Dia balik

setiap kali Tahun Baru Cina tapi ibu dia tu tak

pernah buka pintu pun. Jangan kata nak cari.

Rasa macam ada sindiket aje yang cuba sebarkan

berita palsu ni. Takkan Huda kut. Apa dia dapat?

“Ha… ibu…” ulang Huda sambil gelak. Dia

ingat Aiman tengah buat lawak kut. Yalah! Dia

mana tahu benda-benda yang berlaku tu semua.

Aiman tak pernah cerita pun. Yang tahu pun

Fuad. Fuad pun takkan cerita kat siapa-siapa.

Jadi kira ni eksklusiflah gitu.

“Kat mana?” Aiman tanya balik dengan

muka masih tak percaya.

“Bawah. Kat lobi.” Huda jawab lepas tu

terus balik tempat dia. Aiman berdiri. Tengok

tempat Fuad, kosong. Mengular ke mana pulak

Si Fuad ni.

Aiman letak pen dia atas meja. Susun report

letak kat sebelah kanan meja, lepas tu tindih

dengan mug dia yang kosong. Mug tu memang

kosong dan memang selalu dia guna untuk tindih

dokumen dia. Sebab kadang-kadang dalam

keadaan yang sejuk membeku dengan

penyaman udara ni pun, Cecilia buka kipas. Jadi

kalau Cecilia buka kipas, kertas semua terbang.

Untuk mengelakkan benda-benda tu berlaku,

Aiman memang akan tindih semua dokumen

penting dia dengan mug kosong dia tu. Kalau

benda-benda tak penting, dia biar aje. Nanti

tahulah Cecilia kutip kalau terbang. Siapa suruh

dia buka kipas?

37

Hananee Amir

Lepas kemas meja dia, dia capai telefon

bimbit dari dalam laci. Masuk dalam poket dan

ambil access card dia yang dia letak dalam in-

tray dia tadi. Nak keluar dari bilik dia tu, kena

pakai access card. Cuma dia rimas nak gantung

access card tu kat leher dia. Macam budak

universiti aje. Padahal dah pangkat eksekutif

dah.

“I keluar kejap. Apa-apa hal, call my

handphone.” Kata Aiman pada Cecilia. Mereka

berselisih depan pintu sebelum Aiman masuk

tadi.

“Okey.” Cecilia cakap macam tu aje. Tak

tanya apa pun. Yalah, nak tanya apa kan. Sebab

selalu juga Aiman keluar. Macam-macam benda

dia kena buat. Jadi tak payahlah tanya itu ini,

nanti menambah kerja dia pula.

Sampai kat lobi, mata Aiman meliar tengok

orang yang ada kat situ. Dia tengok kat sofa

menunggu. Tak ada orang.

“Biar betul Si Huda ni. Mak siapa pulak cari

aku tadi?” Aiman merungut seorang diri

sebelum dia rasa ada sentuhan lembut kat bahu

dia. Dia toleh.

“Mama…” dia ucap sepatah. Sepatah tu aje

yang dia mampu ucap. Dia pandang mama dia

tu lama-lama sampai mama dia hulur tangan

baru dia terfikir yang dia perlu salam tangan

orang tua tu. Dia cium tangan tu buat pertama

kali sejak dia dan Amira kahwin. Dan dia cium

tangan tu selepas dia dan Amira dah pun

bercerai.

“Mama datang dengan siapa?” dia soal

Jangan Lupa Namaku

38

mama lepas tengok keliling tak ada pun sesiapa

lagi yang dia kenal.

“Mama datang sendiri.”

“Mana John?” Aiman tanya sambil senyum

sebab dia tahu mama tak akan bawa kereta

sendiri kalau dia tak terdesak. Pasti abangnya

tiada di rumah. Rasa rindu pada mama terubat

juga akhirnya. Entah apa yang menyeru mama

untuk datang ke sini.

“Keluar hantar Amber ke airport.” Mama

jawab. Mama masih pegang tangan Aiman.

“Amber?” Aiman ulang nama tu separuh

tanya. Dia tak boleh ingat siapa Amber. Takkan

dia ada adik baharu kut. Macam misi mustahil

aje. Lepas kahwin dengan Amira, dia selalu juga

tunggu mama kat depan ofis mama tu. Lepaskan

rindu kat mama. Cuma tak berani nak jumpa

aje. Rasanya nama Amber tu macam belum

pernah ada dalam senarai nama keluarga dia

ataupun senarai perempuan-perempuan yang

mama nak kahwinkan dengan dia masa dia cakap

nak kahwin dengan Amira dulu. Takkan dia dah

lupa kut. Rasanya daya ingatan dia masih kuat.

“John’s wife.” Mama jawab. Dia senyum.

“Oh….” Tu aje Aiman balas balik. Sampai

hati kahwin tak jemput. Mama sengaja ke sebab

mama masih sakit hati? Ke John yang tak nak?

Dulu masa dia kata nak masuk Islam dan kahwin

dengan Amira, John memang mengamuk gila.

Masih terasa kat pipi ni penampar John tu. Rasa

bergegar kepala otak. Bayangkan badan Aiman

yang besar tu boleh sampai tersandar kat kaki

meja kopi dek penangan John tu. Punya kuat.

39

Hananee Amir

Berbekas jugalah jari John kat pipi Aiman yang

putih tu. Berdarah jugalah bibir dia. Rasa sengal

sampai ke leher. Sakitnya sampai hari ni masih

terasa. Tapi Aiman tak ada niat nak berdendam.

Lama dah dia lupakan semua ni. Dah lama dia

maafkan John pun.

“Can we talk?” mama tanya lepas Aiman

lama diam. Aiman sengih. Dia tengok jam kat

tangan, 5.20 petang. Waktu pejabat habis 5.30

nanti.

“Tak apa. Mama tunggu.” Kata mama

macam faham apa yang terlintas di kepala

Aiman tu.

“Okey... mama tunggu kat sana. Sepuluh

minit lagi Aiman turun.” Dia pimpin tangan

mama untuk duduk kat sofa merah di sudut

kanan pejabat tu. Lepas tu dia berkejar naik ke

bilik dia dan berselisih dengan Fuad kat pintu.

“Hoi! Dari mana?” dia tanya lepas tengok

Aiman macam terkejar-kejar aje sampai tak

perasan muka dia.

“My mother just came.” Jawapan tu buat

dahi Fuad berkerut. Aiman tak perasan pun

sebab dia terus lari pergi tempat dia. Reaksi dia

tu macam happy semacam aje. Yalah, dah tujuh

tahun tak jumpa mama. Hari ni mama datang

ofis, siap dapat salam-salam lagi. Rasa nak peluk

cium aje mama tadi. Tapi takut mama

terperanjat pulak. Mahunya mama dia trauma

terus lari balik. Kena tunggu tujuh tahun lagi.

Tak naklah bagi kejutan sangat kan.

Fuad melangkah ke tempat Aiman. Dia

tengah sibuk kemas meja dan matikan PC. Dia

Jangan Lupa Namaku

40

letak mug air dia kat sudut tepi kanan supaya

senang tea lady ambil dan lepas tu matikan plag

elektrik bawah meja.

“Balik awal?” Fuad tanya. Aiman macam

terkejut. Maknanya dia tak perasan Fuad berdiri

depan dia tadi.

“Ha… nak keluar dengan mak aku. Dia

tunggu kat bawah.” Aiman cakap sambil mulut

dia senyum. Sejak tiga minggu cerai dengan

Amira, ni kali pertama Aiman senyum. Macam

dah lupa aje gaya Aiman senyum. Dulu hari-

hari dia senyum. Apabila bercerai dengan

Amira, dia dah tak senyum. Macam Amira pergi

bawa senyuman dia sekali.

“Are you sure?” Fuad tanya. Aiman angkat

muka tergelak.

“Of course I am. Takkan aku lupa rupa

mama aku kut. Memang mama aku tu. Nak

jumpa? Say hi?” dia balas gelak lagi sambil

geleng-geleng kepala. Padahal maksud Fuad tu

lain.

“Err… oh tak pe… kirim salam je. A lot of

things to do.” Tiba-tiba dia pun terpengaruh

cakap mat salih dengan Aiman.

“Aku pergi dulu.” Aiman tepuk bahu Fuad

dua kali lepas tu terus berkejar ke pintu.

AIMAN ajak mamanya makan steamboat

malam tu. Dia bawa kereta mama ke restoran tu

sebab takkanlah dia nak suruh mama naik

motosikal dengan dia pula. Lagipun, manalah

41

Hananee Amir

tahu ini satu-satunya peluang dia nak berbaik

dengan mama. Dia tahu mamanya tu memang

suka sangat makan steamboat. Dia tak lupa.

Dah tujuh tahun dia tak jumpa mama.

Mama masih macam dulu. Masih cantik, rambut

aje makin hitam. Makin hitam? Bukan patutnya

makin putih ke? Sah-sah mama gunakan

‘teknologi’ untuk cantikkan diri dia tu. Mama tu

kira obsesi juga pada kecantikan. Beribu habis

duit setiap bulan demi nak nampak cantik.

Suntik apa saja, vitamin C, kolagen, sampai ke

botoks. Mama berani aje. Biarlah, mama bukan

Islam pun. Dalam agama dia tak haram pun nak

suntik botoks. Asal mama bahagia sudahlah. Dia

pujuk diri sendiri sambil mata dia dari tadi

merenung mama. Rindu sangat rasanya.

“Mama dah tahu.” Mama cakap macam tu

sambil tambah kuah steamboat dia. Tiba-tiba

Aiman rasa macam ada makanan tersekat kat

kerongkong. Rasa tercekik. Selalunya dia rasa

macam ni apabila keadaan tak best dan soalan-

soalan tak best akan keluar aje. Adakah…? Ah!

Malas nak sambung dan berteka-teki. Tunggu

ajelah.

“Tahu apa?” Dia buat-buat tak tahu sambil

dalam hati berdoa supaya mama memang tak

tahu sebab dia belum sedia nak cerita semuanya.

Dan dia masih berharap pada Amira. Mana tahu

kalau Allah dengar doa dia setiap hari tu. Dan

Allah kabulkan permintaan dia. Dia rasa macam

tak sanggup aje nak hidup tanpa Amira. Dia

dengan Amira ada masa tiga bulan nak tentukan

semua tu. Dia harap sangat Amira boleh fikir

Jangan Lupa Namaku

42

balik. Dia harap sangat Amira menyesal. Dia

harap sangat Amira boleh ingat semua kenangan

manis dia dengan Amira selama ni. Dia tak kisah

terima Amira semula. Tak kisah langsung!

“She divorced you.” Mama kata dengan tak

angkat muka. Pandang mangkuk dia aje. Macam

perkataan ‘divorce’ tu tak ada makna apa. Tak

rasa menyakitkan hati pun. Lepas tu dia ambil

kangkung secekak, sumbat dalam periuk

steamboat. Aiman tengok dengan pandangan

kosong. Tengah rasa kangkung tu tercekik kat

kerongkong aje.

“No… I yang divorce dia.” Aiman betulkan

ayat mama lepas dia rasa mama salah guna ayat.

Memang salah. Dia yang ceraikan Amira. Bukan

Amira ceraikan dia. Dia Islam, bukan Kristian.

Kristian lain, perempuan ceraikan lelaki. Tapi

selebihnya dia rasa tak selesa sebab ayat tu

macam salahkan Amira. Bukan Amira yang

salah. Jadi salah siapa?

“Sama jelah…” mama cakap dengan kat

bibir dia ada senyum. Steamboat tadi dah mula

rasa pahit. Rasa pedas, manis, masin yang tadi

tu semua dah hilang. Mama datang nak gelakkan

Aiman atau mama nak sindir Aiman sambil

datang ajak Aiman makan meraikan kegagalan

dia? Isy! Rasa dah susah nak fikir dah masa tu.

Dia letak penyepit atas meja. Dia sandar kat

kerusi sambil pandang mama.

“I told you…” mama tambah lagi.

“Benda dah nak jadi mama. Dah jodoh

sampai sini je.” Tu aje Aiman boleh cakap. Dada

rasa panas aje.

43

Hananee Amir

“Cuba dulu dengar cakap mama.”

“Mama….” Mama letak penyepit dia atas

mangkuk. Dia pun sandar kat kerusi macam

Aiman. Pandang Aiman.

“Kalau Tony nak balik, bila-bila masa aje

mama terima. John, papa pun tentu suka.”

‘Perisa’ mama kali ni macam lain. Pandangan

mama pun macam lain. Aiman rasa ada benda

yang tak kena. Tadi pun mama ajak dia makan

kat Restoran Pinggir Bandar tu. Tu restoran

kegemaran mama. Tapi dia rasa mama tahu

restoran tu tak halal. Kenapa nak ajak makan

kat situ padahal bersepah-sepah kedai makanan

halal kat KL ni? Ini Malaysia, negara Islam.

Bukan Nicaragua, bukan Ireland Utara yang

susah sangat nak dapat makanan halal sampai

masuk istilah darurat. Tapi Aiman tolak elok-

elok. Aiman cuba bersangka baik, mungkin

mama tak tahu dan tak faham tentang isu tu.

Dalam keluarga mama belum ada yang masuk

Islam, cuma Aiman.

Sebelum makan tadi Aiman minta

kebenaran nak solat maghrib kat surau atas

restoran tu. Aiman nampak ada tulis ‘SURAU’

kat tangga masa cuci tangan tadi. Mama buat

muka masa tu. Aiman tolak perasaan jahat dia

jauh-jauh. Tapi kali ni dia rasa naluri dia betul.

“Tony faham maksud mama kan?” mama

tokok lagi sementara kepala Aiman ligat berfikir

macam-macam. Selera makan dia pun dah

hilang dah. Padahal sejak tiga minggu ni, inilah

kali pertama dia rasa ada selera nak makan.

Rupanya lima minit aje. Sekarang semua dah

Jangan Lupa Namaku

44

rasa nak keluar balik dah. Rasanya tak makan

tadi pun elok.

“Mama… Aiman dah pilih jalan Aiman.” Dia

pandang mama minta simpati.

“My son is Tony, Anthony Joseph. I don’t

have any son named Aiman.” Mama jawab. Kali

ni Aiman rasa dah pasti sangat dah. Dia kerut

dahi pandang mama.

“Mama dah cakap, Amira tu bukan baik

sangat. Tony degil. Tengok sekarang. Cuba kalau

dulu Tony kahwin dengan Esther, tentu tak jadi

macam ni.” Mama sebut pula nama Esther. Rasa

macam dah lupa rupa Esther macam mana. Tapi

dia ingat nama tu dan beberapa lagi nama

perempuan yang mama cadangkan dulu.

Josephine, Erica, Bella. Hei, macam-macam

lagilah. Sengaja dia tak nak ingat. Daphne Iking

aje mama tak pernah cadangkan. Kut mama

cadangkan agaknya dia terimalah kut!

“Amira tak salah mama.” Kali ni dia rasa

satu badan panas. Dia memang panas kalau sebut

fasal Amira.

“Masih nak bela Amira?” mama soal dengan

senyum sinis.

“Sebab Amira memang tak salah. Semua ni

bukan salah Amira pun. Amira pun tak nak

semua ni.”

“Amira tak nak? Tapi Amira yang buat

tuntutan cerai kan?” Mama pandang Aiman. Tak

sangka pula mama tahu. Maknanya mama

memang ambil tahu fasal Aiman. Atau mama

pasang spy untuk Aiman. Sama macam dulu-

dulu masa Aiman bercinta dengan Amira. Mama

45

Hananee Amir

pakai spy juga.

“Keadaan dah berubah mama. Aiman tetap

anak mama. Tapi semua dah tak sama. Aiman

balik dulu.” Dia hulur tangan pada mama. Mama

tak sambut huluran tangan Aiman.

“I’m sorry.” Tu aje yang Aiman sempat

cakap sebelum dia keluar dari restoran tu. Rasa

sebak sangat. Baru tadi rasa gembira sebab

mama datang. Baru hari ni dalam masa tiga

minggu dia rasa dia ada sesuatu untuk hidup.

Rupanya sekejap aje.

Dia nak telefon Amira mengadu. Tapi dia

tak nak susahkan Amira. Lagipun dia dah janji

takkan ganggu Amira. Dia nak telefon Fuad tapi

dia rasa Fuad pun dah letih dengan segala

macam masalah dia tu. Dia ambil teksi untuk

balik ke ofis. Sampai di ofis, dia terus tunggang

motosikal buruknya tu ke Masjid Negara. Kat

sini, dia boleh mengadu pada Yang Esa.