JANGAN· PANDANG REMEH . MALAYSIA...Sebab itu jugalah golongan yang serupa ini merasa tiada apa yang...

1
1111 II "'"" II 1111 ""'" 1111 IIjil 1111 1111 '"" II '" 1111 1111 II '" II "'" 1111 II 1111 '" II 1111 1111 II '" II '" II JANGAN ·PANDANG REMEH MALAYSIA . , L.4-n--- J"oI'.h ,f ( \1) (If:\f"";f r,{, AZMIHASSAN M UNGKIN ramairakyat Malaysia yang merasa agak sinis dengan ke- mampuan negara iili. terutama sekali jika ia bersangkut-paut dengan pengamal- an dasar luar yang membabitkan isu sensitif dan kuasa besar dunia. Sebab itu jugalah golongan yang serupa ini merasa tiada apa yang perlu dibanggakan apabila Malaysia dipilih menduduki salah satu keru- si tidak tetap Majlis Keselamatan . Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dalam undian pada 16 Okto- ber tahun lalu. Mungkin juga dengan berbe- kalkan persepsi sedemikian, ada juga dalam kalangan rakyat Malay- sia sanggup menggunakan medan antarabangsa untuk memburukkan imej negara sendiri kerana mengan- d\iikan masyarakat antarabangsa sememangnya memandang remeh dan rendah terhadap Malaysia. Tetapi agak berbeza pula dengan pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mene- gaskan Malaysia adalah sebuah ne- gara hebat bukan di pentas ASEAN tetapi di arena antarabangsa. "Malaysia sebenarnya adalah se- buah negara yang hebat. Saya telah pergi ke banyak negara di dunia ... tiada yang dapat menandingi Malay- sia:' kata Najib ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama rakyat Malaysia di bangunan Misi Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber- satu (PBB) New York, dua hari lalu. Begitu ironis kerana ucapan terse- but disampaikan di hadapan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di AmerikaSyarikat (AS) yanglazirnnya mempunyai pandangan kritis ter- utama sekali yang bersangkut paut dengan Malaysia. Strategi Najib ber- hadapan dengan kelompok ini mem- pamerkan keyakinan beliau bahawa Malaysia sememangnya sebuah ne- gara yang disegani oleh negara lain. Satu perkara yang jarang dihar- gai oleh rakyat Malaysia .adalah pengamalan dasar luar negara ber- landaskan keadilan dan memperta- hankan kedaulatan negara walau- pun terpaksa berhadapan dengan kuasa besar dunia yang lain. Asasnya adalah pengamalan dasar luar negara berpaksikan ke- pada kepercayaan Malaysia adalah kuasa perantara dan bukannya se- buah negara kecil yang langsung tidak berpengaruh. Secara mu- dahnya negara kuasa perantara BEBE RAPA pelajar Malaysia yang menuntut di Amerika Syarikat (AS) berpeluang mengambil gam bar selfie dengan Naji b Tun Razak pada majlis ramah mesra di bangunan Misi Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). New York. baru-baru ini_ Turut hadir Duta Malaysia ke AS. Datuk Dr. Awang Adek Hussin (kanan). - BERNAMA mampu menjadi pengimbang ter- hadap negara kuasa besar seperti AS, Rusia dan China. Statusnya agak unik kerana negara kuasa perantara berada di antara negara kuasa besar dan negara lemah. Paling menyerlah Malaysia seba- gai kuasa perantara adalah dalam isu tuntutan sempadan maritim di Laut China Selatan yang turut melibatkan dua kuasa besar iaitu AS dan China. Malaysia tidak per- nah mempamerkan tindak-tanduk menyebelahi salah satu kuasa besar walaupun ten:lapat tekanan yang begitu hebat untuk mengikuti jejak langkah beberapa negara ASEAN lain yang turut terlibat dalam isu ini. Dasar luar Malaysia adalah unt uk berbaik dengan semua pihak tanpa membelakangkan kedaulatan nega- ra dan kadangkala strategi sebegini kurang difahami oleh sesetengah pihak termasuk jiran serantau. Ba- yangkan setiap tahun latihan ke- tenteraan Kerjasama Kesiagaan dan Latihan (CARAT) dilaksanakan se- cara bersama di antara Malaysia-AS di k9-wasan yang paling sensitif iai- tu Laut China Selatan. Sudah pasti Beijing memandang serong terha- dap niat sebenar latihan sebegini. Tetapi yang paling menakjubkan adalah Malaysia juga menjalankan latihan ketenteraan dengan China yang dinamakan 'Eksesais kea- manan dan persahabatan' dan pa- ling ironis di Selat Melaka yang di- ahggap oleh AS sebagai laluan yang paling sensitifbuat mereka. Dasar luar sebegini walaupun begitu sukar untuk diamalkan telah dilabel oleh Najib sebagai keter- libatan konstruktif iaitu berbaik dengan semua pihak tanpa me- ngorbankan prinsip dan kedaulatan negara. Melalui strategi ini Malay- sia dianggap sebagai sebuah negara yang mempunyai kepimpinan yang boleh dipercayai kerana setiap tin- ' dakan Kuala Lumpur adalah ter- buka dan berasaskan kepentingan Malaysia dan bukan negara yang berada di sebalik tabir. Sebab itu, ketika operasi men- cari dan menyelamat (SAR) MH370 dilakukan di perairan Laut China Selatan tahun lalu, ia disertai oleh 26 negara. Perlu ditekankan antara empat negara yang terlibat dalam operasi SAR iaitu AS, China, Filipi- na dan Vietnam, kesemua negara tersebut mempunyai kepentingan dalam tuntutan sempadan bertin- dih di perairan Laut China Selatan. Tidak keterlaluan jika diandai- kan mengapa negara tersebut sang- gup mengenepikan pertikaian buat sementara ada kena mengena den- gan konsep keterlibatan konstruktif dasar luar Malaysia. Malaysia juga hebat dengan pengamalan dasar luar demi men- cari keadilan dan cara Malaysia mengendalikan kemelut pener- bangan MH17 yang ditembak jatuh menjadi teladan utama dalam du- nia diplomasi global. Ketika hampir seluruh pemirnpin dunia menuduh pemberontak yang bertanggung- jawab menembakjatuh MH17, Najib secara senyap membuka laluan ko- munikasi dengan kumpulan ketua pemberontak. Strategi sebegini iaitu sebuah negara berdaulat berkomunikasi dengan kumpulan pemberontak di- anggap satu langkah yang menong- kah arlls perdana diplomasi. Tetapi ternyata strategi Najib telah mem- buahkan hasil apabila kotak hit am MH17 diserahkan kepada Malaysia dan kawasan kemalangan dibuka kepada penyiasat antarabangsa. Kemampuan negara untuk men- j,!-di negara kuasa perantara yang hebat sepatutnya menimbulkan rasa kebanggaan dalam kalangan rakyat kerana Malaysia hakikatnya hanyalah sebuah negara kecil dan mempunyai kekuatan tentera atau ekonomi yang amat terhad. Hasrat sebegini perlu disokong oleh' semua lapisan rakyat ' dan strateginya pula perlu diperhalusi terutama sekali oleh Wisma Putra kerana ia banyak berkaitan dengan pengamalan dasar luar negara yang mempunyai hubung kait dengan konsep keterlibatan konstruktif. Sebab itu, kekuatan kombo keru- si UNSC dan Pengerusi ASEAN tidak keterlaluan jika diandaikan tahun 2015 telah menjadi lebih menarik dalam hal geopolitik bukan hanya untuk Malaysia atau ASEAN sahaja tetapi juga untuk dunia. PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.

Transcript of JANGAN· PANDANG REMEH . MALAYSIA...Sebab itu jugalah golongan yang serupa ini merasa tiada apa yang...

Page 1: JANGAN· PANDANG REMEH . MALAYSIA...Sebab itu jugalah golongan yang serupa ini merasa tiada apa yang perlu dibanggakan apabila Malaysia dipilih menduduki salah satu keru si tidak tetap

1111 II "'"" II 1111 ""'" 1111 IIjil 1111 1111 '"" II '" 1111 1111 II '" II "'" 1111 II 1111 '" II 1111 1111 II '" II ' " II """","" " """"""""""""""",,,,""","",,,,"""""",~~~~~~,,,,m

JANGAN · PANDANG REMEH MALAYSIA . ,

L.4-n--- J"oI'.h

,f ( \1) (If:\f"";f r,{,

~

AZMIHASSAN

MUNGKIN ramairakyat Malaysia yang merasa agak sinis dengan ke­mampuan negara iili. terutama sekali jika ia

bersangkut-paut dengan pengamal­an dasar luar yang membabitkan isu sensitif dan kuasa besar dunia.

Sebab itu jugalah golongan yang serupa ini merasa tiada apa yang perlu dibanggakan apabila Malaysia dipilih menduduki salah satu keru­si tidak tetap Majlis Keselamatan

. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dalam undian pada 16 Okto­ber tahun lalu.

Mungkin juga dengan berbe­kalkan persepsi sedemikian, ada juga dalam kalangan rakyat Malay­sia sanggup menggunakan medan antarabangsa untuk memburukkan imej negara sendiri kerana mengan­d\iikan masyarakat antarabangsa sememangnya memandang remeh dan rendah terhadap Malaysia.

Tetapi agak berbeza pula dengan pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mene­gaskan Malaysia adalah sebuah ne­gara hebat bukan di pentas ASEAN tetapi di arena antarabangsa.

"Malaysia sebenarnya adalah se­buah negara yang hebat. Saya telah pergi ke banyak negara di dunia ... tiada yang dapat menandingi Malay­sia:' kata Najib ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama rakyat Malaysia di bangunan Misi Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber­satu (PBB) New York, dua hari lalu.

Begitu ironis kerana ucapan terse­but disampaikan di hadapan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di AmerikaSyarikat (AS) yanglazirnnya mempunyai pandangan kritis ter­utama sekali yang bersangkut paut dengan Malaysia. Strategi Najib ber­hadapan dengan kelompok ini mem­pamerkan keyakinan beliau bahawa Malaysia sememangnya sebuah ne­gara yang disegani oleh negara lain.

Satu perkara yang jarang dihar­gai oleh rakyat Malaysia . adalah pengamalan dasar luar negara ber­landaskan keadilan dan memperta­hankan kedaulatan negara walau­pun terpaksa berhadapan dengan kuasa besar dunia yang lain.

Asasnya adalah pengamalan dasar luar negara berpaksikan ke­pada kepercayaan Malaysia adalah kuasa perantara dan bukannya se­buah negara kecil yang langsung tidak berpengaruh. Secara mu­dahnya negara kuasa perantara

BEBERAPA pelajar Malaysia yang menuntut di Amerika Syarikat (AS) berpeluang mengambil gam bar selfie dengan Najib Tun Razak pada majlis ramah mesra di bangunan Misi Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). New York. baru-baru ini_ Turut hadir Duta Malaysia ke AS. Datuk Dr. Awang Adek Hussin (kanan). - BERNAMA

mampu menjadi pengimbang ter­hadap negara kuasa besar seperti AS, Rusia dan China. Statusnya agak unik kerana negara kuasa perantara berada di antara negara kuasa besar dan negara lemah.

Paling menyerlah Malaysia seba­gai kuasa perantara adalah dalam isu tuntutan sempadan maritim di Laut China Selatan yang turut melibatkan dua kuasa besar iaitu AS dan China. Malaysia tidak per­nah mempamerkan tindak-tanduk menyebelahi salah satu kuasa besar walaupun ten:lapat tekanan yang begitu hebat untuk mengikuti jejak langkah beberapa negara ASEAN lain yang turut terlibat dalam isu ini.

Dasar luar Malaysia adalah untuk berbaik dengan semua pihak tanpa membelakangkan kedaulatan nega­ra dan kadangkala strategi sebegini kurang difahami oleh sesetengah pihak termasuk jiran serantau. Ba­yangkan setiap tahun latihan ke­tenteraan Kerjasama Kesiagaan dan Latihan (CARAT) dilaksanakan se­cara bersama di antara Malaysia-AS di k9-wasan yang paling sensitif iai­tu Laut China Selatan. Sudah pasti Beijing memandang serong terha­dap niat sebenar latihan sebegini.

Tetapi yang paling menakjubkan adalah Malaysia juga menjalankan latihan ketenteraan dengan China yang dinamakan 'Eksesais kea­manan dan persahabatan' dan pa­ling ironis di Selat Melaka yang di­ahggap oleh AS sebagai laluan yang paling sensitifbuat mereka.

Dasar luar sebegini walaupun begitu sukar untuk diamalkan telah dilabel oleh Najib sebagai keter­libatan konstruktif iaitu berbaik dengan semua pihak tanpa me­ngorbankan prinsip dan kedaulatan negara. Melalui strategi ini Malay­sia dianggap sebagai sebuah negara yang mempunyai kepimpinan yang boleh dipercayai kerana setiap tin- ' dakan Kuala Lumpur adalah ter­buka dan berasaskan kepentingan Malaysia dan bukan negara yang berada di sebalik tabir.

Sebab itu, ketika operasi men­cari dan menyelamat (SAR) MH370 dilakukan di perairan Laut China Selatan tahun lalu, ia disertai oleh 26 negara. Perlu ditekankan antara empat negara yang terlibat dalam operasi SAR iaitu AS, China, Filipi­na dan Vietnam, kesemua negara tersebut mempunyai kepentingan dalam tuntutan sempadan bertin­dih di perairan Laut China Selatan.

Tidak keterlaluan jika diandai­kan mengapa negara tersebut sang­gup mengenepikan pertikaian buat sementara ada kena mengena den­gan konsep keterlibatan konstruktif dasar luar Malaysia.

Malaysia juga hebat dengan pengamalan dasar luar demi men­cari keadilan dan cara Malaysia mengendalikan kemelut pener­bangan MH17 yang ditembak jatuh menjadi teladan utama dalam du­nia diplomasi global. Ketika hampir seluruh pemirnpin dunia menuduh pemberontak yang bertanggung-

jawab menembakjatuh MH17, Najib secara senyap membuka laluan ko­munikasi dengan kumpulan ketua pemberontak.

Strategi sebegini iaitu sebuah negara berdaulat berkomunikasi dengan kumpulan pemberontak di­anggap satu langkah yang menong­kah arlls perdana diplomasi. Tetapi ternyata strategi Najib telah mem­buahkan hasil apabila kotak hit am MH17 diserahkan kepada Malaysia dan kawasan kemalangan dibuka kepada penyiasat antarabangsa.

Kemampuan negara untuk men­j,!-di negara kuasa perantara yang hebat sepatutnya menimbulkan rasa kebanggaan dalam kalangan rakyat kerana Malaysia hakikatnya hanyalah sebuah negara kecil dan mempunyai kekuatan tentera atau ekonomi yang amat terhad.

Hasrat sebegini perlu disokong oleh' semua lapisan rakyat ' dan strateginya pula perlu diperhalusi terutama sekali oleh Wisma Putra kerana ia banyak berkaitan dengan pengamalan dasar luar negara yang mempunyai hubung kait dengan konsep keterlibatan konstruktif.

Sebab itu, kekuatan kombo keru­si UNSC dan Pengerusi ASEAN tidak keterlaluan jika diandaikan tahun 2015 telah menjadi lebih menarik dalam hal geopolitik bukan hanya untuk Malaysia atau ASEAN sahaja tetapi juga untuk dunia.

PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.