JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST...

18
2008 MAY—AUGUST TWO X DATUK AZMAN UJANG, JASAMU DIKENANG .... 2 X ABANG WAN, TERUSKAN PERJUANGAN MU................................ 9 X TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA ... 12 TO ENSURE ACCURATE AND EFFICIENT SERVICES ACCORDING TO CUSTOMERS NEEDS. Tabiat membaca buku yang menarik minat, dua atau tiga petang seminggu boleh membantu meningkatkan IQ persaraan. Sekiranya boleh, pilihlah bahan yang menghiburkan. InfoLib InfoLib alert Mereka yang telah meninggalkan BERNAMA/InfoLib, selain bekas Pustakawan InfoLib ialah Sdra./Sdri. - Wan Bakar, Sobrey, Sohor, Rizal, Zaleha, Nor Esah, Asha Dewi, Faridah, Rajoo (NRP002 - Petugas pertama InfoLib bersara pilihan dalam usia 40 tahun), Mustapha, Ahmad Fuad Onah, Juriah, Mendiang Muthusamy, Yiew dan Siew Kim Meng. Petugas InfoLib yang masih bertugas di Bah./Jab. di BERNAMA adalah Sdra./Sdri. - Roszita (Biro Selangor), Azmi (Biro Melaka), Fadzilah (BESSAR), Ahmad Zuber (Bah. Kop. Kom.), Jamaliah (Bah. Harta), Jenah (BTV) dan Mad Halid (BTV), Ambia (Bah. PDMK), Jamaludin Ismail, Haidazira (Bah. PDMK), Mohd Faidz Sanusi (Media & Agensi Berita Asing) dan Nor Aini Abd Rashid (Jab. Pengarang). Sambungan ke m/s 3 InfoLib seiring BERNAMA 40 tahun Perpustakaan BERNAMA wujud seiring dengan penubuhan BERNAMA pada 30 Ogos 1967 di bawah Akta Parlimen 1967 dan telah memulakan operasi pada 20 Mei 1968. Bersesuaian dengan fungsinya menyisih berita dan maklumat maka bermula 15 Januari 2001, Perpustakaan BERNAMA dikenali sebagai Pusat Maklumat dan Perpustakaan (InfoLib) BERNAMA. Mengimbas kembali operasi Perpustakaan BERNAMA yang bermula dalam sebuah garaj di banglo lama No. 222, Jalan Pekeliling (sekarang dikenali Jalan Tun Razak) pada tahun 1968; sebelum berpindah ke Wisma Belia, Jalan Syed Putra pada tahun 1971; Bangunan MCOBA (Malay College Old Boys Association), Jalan Syed Putra (1978); dan kemudian pada 2 Mei 1984 telah memulakan operasi di Wisma BERNAMA. Setelah 40 tahun wujudnya InfoLib, ia kini mempunyai bilangan petugas seramai 22 petugas walaupun pada tahun 1968 hanya dengan Sdri. Ng Poh Tip (sekarang bergelar Datuk) sebagai pustakawan yang pertama. Sdri. Lim Lee Eng, yang menyertai BERNAMA semenjak 1968 sebagai Pembantu Perpustakaan, dilantik menjadi Penolong Pegawai Perpustakaan pada tahun 1974 dan bersara pada 2006 setelah berjasa selama 38 tahun di BERNAMA khususnya InfoLib. Sdra. Ishak yang menyertai BERNAMA pada 3 Disember 1968, merupakan petugas InfoLib pertama yang bersara pada 30 Jun 2005 setelah 36 tahun menabur bakti. Petugas yang masih meneruskan khidmat di BERNAMA/InfoLib ialah Sdra./Sdri. - Arif (1974); Rohani (1975); Wahid (1976); Radzak (1976); Lalitha (1978); Raghavan (1980); Halim (1980); Rohana (1982); Mohamod (1983); Baharuddin (1991); Liza (1994); Hasnita (2000); Masfaliza (2001); Cik Nur Ilyana (2003); Siti Nur Azahani (2004); Rozlen (2006); Fikri (2005); Tadzman (2008); dan Rubaina (2008). Manakala mereka yang pernah bertugas dalam jangka masa pendek/sambilan seperti Sdra./ Sdri. - Unaizah, Siti Salmiah, Mohd Zaki, Fikri Aziz, Norazura, Mohd Al Hafidz, Muhammad Nasrul, Rozlin, Azli, Yazid, Syed Ahmad, Mohd Arief, Muhamad Zubir, Khairul Afifah, Mohd Azrul, Ab Aziz dan Shahrozereen.

Transcript of JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST...

Page 1: JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST …infolib.bernama.com/equip-bernama/images/infoalert/alert2008_02.pdf · WHO’S WHO IN BERNAMA DATUK AZMAN UJANG, jasamu dikenang... Dipetik

2008 MAY—AUGUST TWO DATUK AZMAN UJANG,

JASAMU DIKENANG ....2

ABANG WAN, TERUSKAN PERJUANGAN MU................................9

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA ...12

TO EN SUR E AC CUR ATE AND EFF IC IEN T SER VIC ES ACCORD IN G TO CUSTOMERS NEED S.

Tabiat membaca buku yang menarik minat, dua atau tiga petang seminggu boleh membantu meningkatkan IQ persaraan. Sekiranya boleh, pilihlah bahan yang menghiburkan.

InfoLib InfoLib alert

Mereka yang telah meninggalkan BERNAMA/InfoLib, selain bekas Pustakawan InfoLib ialah Sdra./Sdri. - Wan Bakar, Sobrey, Sohor, Rizal, Zaleha, Nor Esah, Asha Dewi, Faridah, Rajoo (NRP002 - Petugas pertama InfoLib bersara pilihan dalam usia 40 tahun), Mustapha, Ahmad Fuad Onah, Juriah, Mendiang Muthusamy, Yiew dan Siew Kim Meng.

Petugas InfoLib yang masih bertugas di Bah./Jab. di BERNAMA adalah Sdra./Sdri. - Roszita (Biro Selangor), Azmi (Biro Melaka), Fadzilah (BESSAR), Ahmad Zuber (Bah. Kop. Kom.), Jamaliah (Bah. Harta), Jenah (BTV) dan Mad Halid (BTV), Ambia (Bah. PDMK), Jamaludin Ismail, Haidazira (Bah. PDMK), Mohd Faidz Sanusi (Media & Agensi Berita Asing) dan Nor Aini Abd Rashid (Jab. Pengarang).

Sambungan ke m/s 3

InfoLib seiring BERNAMA 40 tahun Perpustakaan BERNAMA wujud

seiring dengan penubuhan BERNAMA pada 30 Ogos 1967 di bawah Akta Parlimen 1967 dan telah memulakan operasi pada 20 Mei 1968.

Bersesuaian dengan fungsinya menyisih berita dan maklumat maka bermula 15 Januari 2001, Perpustakaan BERNAMA dikenali sebagai Pusat Maklumat dan Perpustakaan (InfoLib) BERNAMA.

Mengimbas kembali operasi Perpustakaan BERNAMA yang bermula dalam sebuah garaj di banglo lama No. 222, Jalan Pekeliling (sekarang dikenali Jalan Tun Razak) pada tahun 1968; sebelum berpindah ke Wisma Belia, Jalan Syed Putra pada tahun 1971; Bangunan MCOBA (Malay College Old Boys Association), Jalan Syed Putra (1978); dan kemudian pada 2 Mei 1984 telah memulakan operasi di Wisma BERNAMA.

Setelah 40 tahun wujudnya InfoLib, ia kini mempunyai bilangan petugas seramai 22 petugas walaupun pada tahun 1968 hanya dengan Sdri. Ng Poh Tip (sekarang bergelar Datuk) sebagai pustakawan yang pertama.

Sdri. Lim Lee Eng, yang menyertai BERNAMA semenjak 1968

sebagai Pembantu Perpustakaan, dilantik menjadi Penolong Pegawai Perpustakaan pada tahun 1974 dan bersara pada 2006 setelah berjasa selama 38 tahun di BERNAMA khususnya InfoLib. Sdra. Ishak yang menyertai BERNAMA pada 3 Disember 1968, merupakan petugas InfoLib pertama yang bersara pada 30 Jun 2005 setelah 36 tahun menabur bakti.

Petugas yang masih meneruskan khidmat di BERNAMA/InfoLib ialah Sdra./Sdri. - Arif (1974); Rohani (1975); Wahid (1976); Radzak (1976); Lalitha (1978); Raghavan (1980); Halim (1980); Rohana (1982); Mohamod (1983); Baharuddin (1991); Liza (1994); Hasnita (2000); Masfaliza (2001); Cik Nur Ilyana (2003); Siti Nur Azahani (2004); Rozlen (2006); Fikri (2005); Tadzman (2008); dan Rubaina (2008).

Manakala mereka yang pernah bertugas dalam jangka masa pendek/sambilan seperti Sdra./Sdri. - Unaizah, Siti Salmiah, Mohd Zaki, Fikri Aziz, Norazura, Mohd Al Hafidz, Muhammad Nasrul, Rozlin, Azli, Yazid, Syed Ahmad, Mohd Arief, Muhamad Zubir, Khairul Afifah, Mohd Azrul, Ab Aziz dan Shahrozereen.

Page 2: JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST …infolib.bernama.com/equip-bernama/images/infoalert/alert2008_02.pdf · WHO’S WHO IN BERNAMA DATUK AZMAN UJANG, jasamu dikenang... Dipetik

WHO’S WHO IN

BERNAMA

DATUK AZMAN UJANG, jasamu dikenang...

Dipetik dari Modul “Who’s Who” (BLIS)

Majlis perpisahan Pengurus Besar BERNAMA, Datuk Azman Ujang telah berlangsung pada 30 Jun 2008, jam 11.45 pagi di Tingkat 12, Pusat Kecemerlangan BERNAMA. Majlis ini telah dihadiri oleh ramai petugas BERNAMA termasuk dari BESSAR, NNN, Radio 24 dan BERNAMA TV. Bersempena dengan majlis perpisahan tersebut, satu tayangan multimedia diadakan bagi memaparkan mengenai segala detik penting sepanjang karier beliau yang bermula sebagai seorang pemberita kadet di Biro BERNAMA Kuching pada 1 Ogos 1971. Seterusnya beliau ditugaskan menjadi Ketua Biro BERNAMA Sabah selama setahun pada 1982. Pengalaman yang diperolehi ketika mengetuai pelbagai meja iaitu Meja Ekonomi, Meja Berita Am, Meja Rencana dan Luar Negara dan juga sebagai Eksekutif Editor bahagian Audio Visual dan Perkhidmatan Foto menggilap potensi beliau sehingga dilantik menjadi Ketua Pengarang BERNAMA dari 7 Julai 2004 sehingga 28 Februari 2007. Kemuncak kegemilangan kerjaya beliau adalah ketika dilantik sebagai Pengurus Besar BERNAMA pada 1 Mac 2007 dan berakhir pada 30 Jun 2008.

Rentetan sumbangan beliau dalam bidang kewartawanan, pada 14 November 2005, beliau dianugerahkan Tokoh Kewartawanan Negeri Sarawak, iaitu penerima pertama anugerah khas dalam Anugerah Akhbar Shell Kenyalang. Beliau juga dianugerahkan Darjah Mulia Seri

Melaka (DMSM) yang membawa gelaran “Datuk” oleh TYT Yang DiPertua Negeri Melaka. Pada 05 April 2007 Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memberi anugerah khas “Friends of Police Award” kepada beliau sebagai satu pengiktirafan perkhidmatan dan sumbangan beliau dalam pembangunan Polis DiRaja Malaysia. Selain menjadi Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Institut Akhbar Malaysia, beliau kerap kali muncul di dalam program-program TV sama ada sebagai moderator mahupun ahli panel. Pada 1 Julai 2008, beliau dilantik sebagai Pengarah Berjaya Media Berhad (BMedia) menjadi penasihat kepada BERNAMA TV dan seterusnya penasihat Jabatan Pengarang. Akhir kalam, meminjam kata-kata dari Pengerusi BERNAMA, Yg Bhg. Datuk Seri Panglima Mohd Annuar Zaini dalam ucapannya, Datuk Azman Ujang merupakan aset bagi BERNAMA, sumbangan dan bakat yang harus terus diberi perhatian dan diiktiraf. Beliau juga disifatkan sebagai seorang yang suka merendah diri, ikhlas, setia, dedikasi terhadap tugas dan tanggungjawabnya.

Pengalaman dan kepakaran Yg Bhg. Datuk dalam bidang media selama 37 tahun, tidak disia-siakan apabila beliau terus dipinang oleh BERNAMA sebaik sahaja bersara.

(BERNAMA) Datuk Azman Ujang mengetip kad perakam waktu buat kali terakhir selepas beliau bersara, di Wisma BERNAMA hari ini. Beliau memulakan khidmatnya di BERNAMA pada tahun 1971 sebagai Kadet wartawan di Biro Kuching dan merupakan pemenang pertama hadiah Tokoh Kewartawanan Negeri Sarawak 2005. Turut kelihatan isteri beliau Datin Siti Zalihan Amin. --foto BERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA

17 MEI 1974

Page 3: JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST …infolib.bernama.com/equip-bernama/images/infoalert/alert2008_02.pdf · WHO’S WHO IN BERNAMA DATUK AZMAN UJANG, jasamu dikenang... Dipetik

Sambungan dari m/s 1

Mohon maaf jika ada nama yang tertinggal daripada catatan ini. Terima kasih semua, jasa anda sekalian akan dikenang dan anda semua telah memakmurkan berita dan maklumat bagi kegunaan warga BERNAMA dan rakyat Malaysia yang melanggan BLIS.

Awal penubuhannya, peranan utama InfoLib ialah untuk menyisihkan berita BERNAMA yang dihasilkan secara harian oleh para wartawan BERNAMA dan menyisihkan berita dari surat khabar utama terbitan tempatan, agar dapat dirujuk semula oleh wartawan sahaja. Proses dijalankan secara manual mengikut ‘Reuter pattern’ yang disesuaikan dengan persekitaran Malaysia.

Semasa itu tiada kabinet dan fail disusun di atas meja mengikut abjad. Kemudian terdapat fail kabinet “sliding” dan seterusnya disimpan dalam kabinet besi.

Artikel dari keratan akhbar dipilih meliputi kebanyakan perkara/peristiwa sehingga pernah mencecah hampir 20,000 tajuk, personaliti dan syarikat yang tersenarai di bursa saham.

Pembelian buku bermula awal 1970an atas inisiatif Sdri. Anna Kennard sebagai perunding dan Sdri. Nithi Kandiah dan Sdri. Zaleha memprosesnya. Statistik tertinggi pinjaman buku adalah pada tahun 2007 (3,408 buah).

Bermula 1968 pustakawan mengindeks berita dan Pembantu Perpustakaan memotong, memfail dan mengendalikan permohonan para wartawan. Pada tahun 1968 penghasilan berita BERNAMA dianggarkan 4,133 berita, 15,058 (1969) sehingga mencecah 79,020 (2008) yang merupakan angka keluaran Berita BERNAMA tertinggi dalam tempoh 40 tahun.

Bilangan fail yang dikumpul semakin banyak dari tahun ke setahun dan fail tersebut tersimpan dalam setiap tingkat di bangunan BERNAMA. Fail tersebut sebahagiannya telah dipilih buang dan sebahagian telah diserahkan kepada Perpustakaan Negara Malaysia.

Berita BERNAMA yang dihasilkan dari tahun 1968 hingga 1995 telah dijilid. Aktiviti penjilidan dihentikan kerana melibatkan belanja yang tinggi, ruangan simpanan yang bertambah dan bermulanya evolusi komputer.

Pada awal tahun 1980an, Seksyen “Quick Reference Cards” telah diwujudkan dengan bantuan dan nasihat dari Editor, Sdra. Tan Tock Saik. Susulan daripada tindakan tersebut wujudnya dua Unit iaitu Unit Penyelidikan Perkara dan Unit Who’s Who. Inisiatif ini dijalankan memandangkan

berita BERNAMA dan keratan akhbar bertambah banyak dan semakin sukar untuk dirujuk disamping membantu para wartawan menjimatkan masa untuk mendapatkan fakta dengan segera.

Awalnya ia merupakan “subject research” yang sangat umum, kemudian lebih khusus. Pertengahan 1990 maklumat dihasilkan dalam bentuk “fact files” dan kemudian dalam Databank (BLIS).

Pada 1996, jumlah penyelidik ditambah bagi membantu mengemaskini maklumat yang diperolehi dari berita BERNAMA, surat khabar, majalah, buku dan Internet.

Asalnya data disemak oleh petugas sambilan dan melalui pelbagai penambahbaikan dalam modul “Databank” dan “Who’s Who” yang ada sekarang.

Mengenai berita BERNAMA, pada mulanya ia dihasilkan menggunakan mesin taip jenis Olympia atau Olivetti yang mana “newsprint” tersebut mempunyai 7 salinan (6 helai karbon). Berita dihantar kepada pelanggan menggunakan “teleprinter”.

Seiring dengan kemajuan dalam pengkomputeran, Sdra. Geoffrey Thomson selaku ketua perunding melaksanakan penggunaan “IMOS Newsmaster Mainframe” untuk memproses berita dan dinaiktaraf kepada IMOS DEC PDP 11/94 (1994) sebelum BEST (BERNAMA Editorial System Terminal) diperkenalkan pada 1 Mac 2007.

Pada pertengahan Jun 1984, berita telah dihantar melalui komputer kepada pelanggan dan BERNAMA merupakan agensi berita pertama di Asia yang menggunakan komputer sepenuhnya dan pada tahun yang sama mendapat hak eksklusif menyebarkan semua berita luar yang masuk ke dalam negara dan ditarik semula hak tersebut pada 20 Mac 1998 (rujukan Act A1011, BERNAMA (Amendment) Act 1998).

Pihak InfoLib juga telah mula menyimpan berita dalam bentuk “soft copy” pada Januari 1995 setelah IMOS dinaiktaraf menggunakan simpanan CD ISIS sehinggalah ke BLIS (BERNAMA Library & Infolink Service) yang membolehkan pelanggan mengakses secara atas talian dan global. Tindakan ini dapat menjimatkan masa memproses, tenaga pekerja dan mengelakkan pertindihan berita.

Usaha lebih drastik dilakukan semenjak 2000 lagi untuk menyelamatkan khazanah BERNAMA dan negara Malaysia ini yang dilakukan secara berterusan iaitu secara harian dan tugas lebih masa.

Sambungan ke m/s 5

Berita BERNAMA Keratan Akhbar

1.Menerima 6 salinan kemudian 4 salinan (semenjak 1989) berita BERNAMA dari Unit Percetakan, Jabatan Pengarang (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris).

2.Indeks artikel dengan mencatat tahun dan perkara. 3.Digunting dan disusun mengikut urutan “take” dan dikokot (staple) - salinan Bahasa Inggeris di sebelah atas dan Bahasa Malaysia di sebelah bawah. 4.Dimasukkan ke dalam raga yang disediakan. 5.Dimasukkan ke dalam “pigeon-hole” mengikut abjad. 6.Difail berdasarkan abjad dan perkara yang telah ditugaskan kepada

setiap petugas. 7.Artikel digam di atas kertas F4 agar mudah dirujuk kerana artikel itu terdapat dalam saiz yang berbeza. Kaedah gam menggunakan Banyak kertas F4 dan masa. Bagaimanapun, kaedah itu diubah kepada dikokot di atas kertas F4.

1.Diperlukan 2 (dua) naskah surat khabar. 2.Pilih/kenal pasti artikel akhbar dalam negeri yang perlu

diambil berdasarkan garis panduan yang telah disediakan.

3.Cop judul suratkhabar dan tarikh di ruangan kosong di artikel .

4.Indeks artikel dengan mencatat tahun, judul akhbar dan perkara/ personaliti / syarikat.

5.Fotokopi artikel jika perlu diletakkan ke dalam fail yang berbeza.

6.Gunting artikel yang sudah dipilih / fotokopi. 7.Masukkan ke dalam raga yang disediakan. 8.Masukkan ke dalam “pigeon-hole” mengikut abjad. Ulang no 6 & 7 bagi berita BERNAMA.

Page 4: JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST …infolib.bernama.com/equip-bernama/images/infoalert/alert2008_02.pdf · WHO’S WHO IN BERNAMA DATUK AZMAN UJANG, jasamu dikenang... Dipetik

NAMA TEMPOH

Datuk Ng Poh Tip 1968 - 1969

Sdri. Lee Chee Lee -

Sdri. Grace Yeoh -

Sdri. Nithi Kandiah -

Sdri. Cecilia Tan 1 Okt 1976 – 1 Sept 1989

Sdri. Nor Esah Mohd Said 1 April 1990 – 30 Sept 1997

Sdri. Lim Lee Eng/ Sdra. Ishak (menanggung tugas

secara bergilir-gilir).

Okt 1997 – Ogos 1999

Sdra. Jamali Salomom 1 Sept 1999 – 30 Nov 1999

Sdri. Lim Lee Eng/ Sdra. Ishak (menanggung tugas

secara bergilir-gilir).

Dis 1999 – 31 Mei 2000

Sdri. Hasnita Hj. Ibrahim 1 Jun 2000 – hingga kini

from InfoLib archive

Page 5: JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST …infolib.bernama.com/equip-bernama/images/infoalert/alert2008_02.pdf · WHO’S WHO IN BERNAMA DATUK AZMAN UJANG, jasamu dikenang... Dipetik

1.Dari surat khabar dua (2) naskah diterima, dicatat sehingga artikel digunting. 2.Imbas dan simpan imej artikel akhbar yang telah diimbas ke “server” menggunakan

sistem Watermark/Alchemy/Adobe. 3.Cop dan catatkan judul, tarikh akhbar, nama dan tandatangan pengimbas di sampul

surat. 4.Susun dan kelip artikel akhbar supaya kemas mengikut judul akhbar dan tarikh. 5.Masukkan artikel akhbar yang telah disusun ke dalam sampul surat yang telah

disediakan. 6.Susun sampul surat mengikut urutan tarikh ke dalam kabinet yang disediakan.

Lagi di m/s 7

Sambungan dari m/s 3 Artikel berita ini dibuat pilih buang buat kali kedua jika

terdapat pertindihan dan memilih artikel berita yang mempunyai nilai sejarah.

Projek digital bermula pada 1996 dan sehingga 2008, sebanyak 3.5 juta data bentuk digital terdapat dalam BLIS. Anggaran 1.5 juta artikel berita masih terdapat dalam simpanan untuk diproses. Artikel berita itu akan musnah mengikut masa jika tidak diselamatkan.

Menyedari bernilainya koleksi berita dan maklumat yang diproses selama ini terutama dari segi nilai penyelidikan, InfoLib telah membuka perkhidmatannya kepada pelanggan luar berbayar melalui perkhidmatan yang digelar BLIS (Bernama Library Information Service) bermula April 1986. Perkhidmatan BLIS merangkumi fotokopi bahan InfoLib, mencetak berita dan maklumat melalui Infolink dan pinjaman bahan kepada pelanggan yang berbayar. Bagaimanapun, perkhidmatan ini terpaksa ditamatkan kerana masalah hak cipta.

Infolink bertindak memberi laluan kepada pelanggan melalui Internet. Urusan jualan dikendalikan oleh Bah. Pangkalan Data Maklumat Korporat yang bekerjasama dengan InfoLib bermula dari era BLIS. Yang membanggakan ialah pelanggan dan pendapatan BLIS kian bertambah sehingga kini.

Antara cabaran yang dikenalpasti oleh unit ini ialah usaha meningkatkan pengunjung dan pinjaman buku, projek digital dan penggunaan BLIS. Oleh kerana kemajuan teknologi dan ketiadaan peruntukan untuk menaiktaraf BLIS dan IMOS serta kemudahan komputer ketika itu, BLIS juga menghadapi zaman kemurungan sehingga wujudnya BLIS versi baru. Latihan intensif akan terus diadakan bagi meningkatkan kemahiran pencarian dan penggunaan BLIS.

Cabaran yang turut dihadapi adalah berhubung kelajuan pencarian terutama BLIS versi lama dan ketepatan fakta dan ada kalanya kekurangan data untuk dikemaskini. Kami di InfoLib ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kesilapan, mungkin atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Walaupun begitu, pihak InfoLib sedaya upaya dan ikhlas ingin membantu pengguna. Oleh itu, bantulah kami agar kami sentiasa dapat membantu semua pengguna.

Kecemerlangan InfoLib turut mendapat pengiktirafan apabila meraih beberapa anugerah sempena Kempen Hari Q seperti Penggunaan ICT dalam tugas harian (2005);

Bahagian Terbaik (2006) dan Kumpulan Sokongan Terbaik (II) – Halim Ariffin (2007). Diharap anugerah ini dapat meningkatkan lagi keyakinan pengguna terhadap InfoLib.

Pelbagai usaha dijalankan bagi membantu para wartawan dengan adanya “InfoLib Corner” bermula 21 Februari 2008 serta “book drop” (pemulangan bahan) di Jabatan Pengarang, “Le Tour de InfoLib” (mengunjungi para wartawan setiap Khamis) dan melanjutkan waktu operasi InfoLib ke jam 11.00 malam bermula Mac 2007 hingga Julai 2008.

Aktiviti pembelian buku serta statistik pinjaman buku bertambah; aktiviti galakan membaca dijalankan dari masa ke semasa; pinjaman buku bacaan ringan dari Perpustakaan Negara Malaysia secara berkala; berjaya menganjurkan aktiviti bulan Julai semenjak 2001; aktiviti “Friendly InfoLib Card” yang menggalakkan pinjaman dengan pemberian hadiah; terlibat dengan pameran dalam dan luar BERNAMA; terlibat dengan latihan dan promosi BLIS; menerbitkan buletin – “InfoLib Alert” semenjak 2003; menghasilkan CD ROM Tun Dr Mahathir (2004) serta Berita BERNAMA(2008); BLIS versi baru (2008); dan InfoLib Portal (“opac” buku, maklumat mengenai InfoLib/BERNAMA) (2008) seharusnya membuatkan InfoLib lebih matang setelah dilahirkan 40 tahun yang lalu.

Maklum balas dan cadangan bernas daripada pengguna sangat dialu – alukan bagi meningkatkan perkhidmatan InfoLib.

Pihak InfoLib juga berpendapat langkah mengumpul maklumat mengenai petugas dan BERNAMA adalah penting agar 40 tahun lagi maklumat tetap terpelihara dengan tepat dan boleh diakses semula dengan mudah melalui Portal InfoLib.

Adalah menjadi harapan InfoLib dengan limpahan berita dan maklumat yang ada, ia dapat diakses oleh penyelidik, pelajar dan rakyat Malaysia secara keahlian berbayar selain melalui pelanggan BLIS yang terdapat di seluruh Malaysia tetapi secara fizikal, ia boleh direalisasikan dengan adanya tambahan kemudahan dan ruangan.

Jutaan berita dan maklumat dan pencapaian InfoLib, adalah hasil usaha sepasukan petugas InfoLib sejak 40 tahun lalu. Jutaan terima kasih juga dipanjangkan kepada pihak pengurusan BERNAMA dan pengguna InfoLib di atas sokongan selama ini.

Page 6: JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST …infolib.bernama.com/equip-bernama/images/infoalert/alert2008_02.pdf · WHO’S WHO IN BERNAMA DATUK AZMAN UJANG, jasamu dikenang... Dipetik

Encouraging Users at BERNAMA Library & Information Centre via

Organized Activities

ABSTRACT

A s part of its promotional programme, the Library & Information Centre (InfoLib) of BERNAMA has been organizing various activities not only to attract users to visit InfoLib but

as well as to utilize BLIS (BERNAMA Library & Infolink Service) and InfoLib Portal as reference. The users of InfoLib and BLIS are mainly BERNAMA staff and other users are from the libraries of the various universities, Government Departments and the private sector. The two main components available: collection of books, which cover mass media, journalism, broadcasting and various related fields and light reading materials including magazines, local newspapers, training notes which can all be accessed through ILMU system; while news and information via BLIS. The objectives of organizing various activities are to: attract the users to visit InfoLib; util-ize of InfoLib Portal and BLIS; inculcate reading habit; encourage the borrowing of reading materials; widen knowledge; enhance writing value; instill collection awareness; strengthen the management’s confidence and support; and to act as platform for advertisement. This paper will highlight the current and activities that have been carried out by InfoLib such as the Reading Campaign, BERNAMA Book Fair, Le Tour de InfoLib, Friendly InfoLib, InfoLib Corner, Hotline 202 and many others. Besides that it is also to share the challenges concerning allocation, participations, manpower, time constrains, limited space and others. Paper presented at the Conference on Customer – Focused Culture by Hasnita Hj. Ibrahim Organized by “Perpustakaan Sultanah Zanariah - Universiti Teknologi Malaysia”. 9 - 11 June 2008 The Zone Regency, Johor Baharu.

Panel pembentang kertas kerja Pembentangan kertas kerja

Pameran produk di ruangan legar Semasa majlis perasmian persidangan

Page 7: JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST …infolib.bernama.com/equip-bernama/images/infoalert/alert2008_02.pdf · WHO’S WHO IN BERNAMA DATUK AZMAN UJANG, jasamu dikenang... Dipetik

1968 - 1994 Secara manual, dalam bentuk fail Januari 1995 CD ISIS - Perisian Watermark – 257,925 berita Okt 1995 TOPIC 1999 - 2000 Perisian Adobe Acrobat – 257,925 berita Jan 1998 - April 2000

Infolink – Berita BERNAMA, sebahagian “Who’s who” dan “Factfiles” sahaja.

Mei 2001 – Feb 2008

Perisian Alchemy - Sistem yang digunakan untuk memproses berita dan maklumat, BLIS ADMIN - Perisian yang diwujudkan untuk mengambil data dari Alchemy, diproses dan dimasukkan ke dalam BLIS dan boleh mengakses melalui BLIS (BERNAMA Library & Infolink Service). Mengandungi “Databank”, “Who’s who”, berita BERNAMA dan artikel surat khabar terbitan tempatan yang utama.

1 Mac 2008 - kini BLIS versi baru CMS (Content Management System) – memproses data. “Customized system”, dibangunkan oleh BESSAR dengan bantuan Karthavya Technologies, India). - 3.5 Juta berita dan maklumat.

TAHUN KAEDAH SIMPANAN

NAMA TEMPOH

SYED ZAINAL ABIDIN BIN SYED HUSSEIN 1 JAN 1968 ’ 22 FEB 1972

DATUK MOHAMED SOPIEE BIN SHEIKH IBRAHIM

1 JUN 1972 ’ 30 OKT 1974 (MENINGGAL DUNIA ’ 14 APRIL 2003

TAN SRI HAJI DOL BIN RAMLI 1 JAN 1975 ’ 31 OKT 1980

AHMAD MUSTAPHA BIN MD. HASSAN 1 OKT 1981 ’ 30 NOV 1987

MOHAMED ALI BIN ISMAIL 1 MAC 1988 - FEB. 1990

MOHAMED RAUS BIN BORHAN 11 MAC 1991 ’ 10 MAC 1998

DATUK SYED JAMIL BIN SYED JAAFAR 23 OKT 2000 ’ 23 FEB 2007

VISVAKUMAR A/L SANGIAH (ACTING) 1 DIS 2006 ’ 28 FEB 2006

DATUK AZMAN BIN UJANG 1 MAC 2007 ’ 30 JUN 2008

VISVAKUMAR A/L SANGIAH (ACTING) 1 JUL 2008 ’

* Semua data dan fakta berdasarkan keluaran InfoLib Alert - sehingga Ogos 2008.

Page 8: JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST …infolib.bernama.com/equip-bernama/images/infoalert/alert2008_02.pdf · WHO’S WHO IN BERNAMA DATUK AZMAN UJANG, jasamu dikenang... Dipetik

National Service PLKN

“My level of commitment to the National Service is a reflection of my passion for the NS programme and within the confines of the role and functions of the council, I have done my utmost best. And I have always acted according to my conscience.” Tan Sri Dato’ Lee Lam Thye, 16 Mac 2007.

BACKGROUND

16 Feb. 2004 NS kicked off More than 26,000 youth left home as the pioneer group for National Service. The exercise brought together 18-year-olds of different ethnic and religious backgrounds for a three-month camp aimed at promoting national unity and patriotism.

CAMPS For address & contact number of the various camps, please refer to: http://www.khidmatnegara.gov.my/senaraikem.htm

NATIONAL SERVICE TRAINING DEPARTMENT

NATIONAL SERVICE TRAINING DEPARTMENT (NSTD) (JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA) (JLKN) http://www.khidmatnegara.gov.my/ Jabatan Latihan Khidmat Negara Aras 8, Menara TH Selborn 153, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur Tel: 03-2687 3400 Faks: 03-2687 3434

NATIONAL SERVICE TRAINING COUNCIL

Chairman, National Service Training Council (NSTC) (Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara) (MLKN) Datuk Dr Tekhee @ Tiki Lafe (w.e.f. 1/10/2008)

ARCHIVES National Service Training Council (NSTC) Chairman 1) Brig Jen Prof Datuk Dr Ahmad Fawzi Mohamed Basri ... (deceased 25/5/2005) 2) Tan Sri Dato' Lee Lam Thye (25/7/2005 - 22/6/2008)

DEATHS Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said in the Dewan Rakyat: until March, 12 trainees died - seven from natural causes and five due to accidents. "The death from natural causes were due to heart attack, asthma, brain cancer, epilepsy and bacterial infection while the accidents were drowning and road accidents," he said, adding that only two of the deaths occurred at the NS training camps. Source: BERNAMA 3 April, 2007

DODGERS Police reports will be lodged against 5,494 school-leavers who have failed to report for National Service (NS) training since its inception in 2004. DPM Datuk Seri Najib Razak said. Under the National Service Act 2003, those found guilty can be fined a maximum of RM3,000 or face a maximum six months' jail, or both. After serving their sentence, they will still have to undergo NS training. Up to last year, 11,874 school leavers had shirked NS training, but 6,380 had written in asking for a postponement or exemption. Source: NST 11 July, 2006

DATABANK CORNER

Page 9: JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST …infolib.bernama.com/equip-bernama/images/infoalert/alert2008_02.pdf · WHO’S WHO IN BERNAMA DATUK AZMAN UJANG, jasamu dikenang... Dipetik

Moga beliau berjaya dalam segala hal, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki

A l - K i s a h , t e r s e b u t l a h

k i s a h s eo r a ng petugas dari InfoLib

y a n g biasa dipanggil “Che Wan” atau “Wan Bakar” yang sebenarnya adalah Che Wan Abu Bakar bin Hussin. Beliau berasal dari Dungun, Terengganu, beristerikan Puan Rohani bt Sidik dan mempunyai 5 orang anak (2 putera dan 3

puteri) serta seorang cucu. Hobi beliau bermain bola sepak dan membaca akhbar. Lama bekerja di perpustakaan membuatkan beliau sentiasa mengikuti perkembangan semasa dalam dan luar negara. Che Wan Bakar memulakan tugas di bahagian percetakan kemudian diserapkan ke perpustakaan apabila bahagian percetakan dimansuhkan selari dengan adanya teknologi pengkomputeran. Di InfoLib, beliau menjalankan kerja pengimbasan berita yang ada dari tahun 1968 hingga sekarang dan keratan akhbar dari akhbar terpilih yang telah

d i s i m p a n s e b e l u m k e l a h i r a n BERNAMA lagi. Seorang yang

WHO’SWHO INFOLIB

Che Wan Abu Bakar Hussin

1977-2008

“Wan Bakar yang saya kenali…”

berdedikasi kerana setiap hari berdepan dengan komputer, mesin pengimbas jenis Ricoh Aficio ISO1, keratan akhbar dan habuk - habuk akhbar. Sifat dedikasi beliau ini tampak dicemburui oleh saudara termuda InfoLib, iaitu Sdra. Fikri. Pada lumrahnya, Che Wan boleh dikatakan seorang yang pendiam tetapi rajin bekerja. Kenangan menghadiri hari perkahwinan beliau di negeri Terengganu masih lagi hijau dalam ingatan saya. Kami berlima, tiga dari perpustakaan, Sdra Selvaraj bertugas sebagai pembantu am rendah yang kini sudah bersara,

attendan am, Sdra Robert Rudd (kini mendiang), serta saya sendiri bersama dua lagi petugas perpustakaan berbangsa Melayu bertolak menggunakan kereta BERNAMA model ‘Peugeot’ yang berpletkan nombor 9999. Orang putih kata ‘time flies’. Memang tidak dapat dinafikan ungkapan ini bila mengenangkan cepatnya masa berlalu, sedangkan saya rasa seolah-olah baru sahaja menghadiri kenduri perkahwinan Sdra. Wan Bakar. Kini beliau sudah pun bersara pada usia genap 56 tahun. Tahu-tahu beliau sudah bertugas selama 30 tahun (1977-2007). Pada umumnya Wan Bakar senang didampingi serta disenangi oleh hampir semua orang, khususnya di

BERNAMA. Beliau juga boleh dipanggil ‘pakar teh t a r i k ’ k e r a n a b i a s a membancuh teh yang sangat sedap semasa jamuan InfoLib. Sedar tidak sedar, sebenarnya hampir semua warga BERNAMA telah merasai kelazatan teh tarik Wan Bakar . Kami, warga InfoLib mengucapkan selamat m e n j a l a n i h a r i - h a r i persaraan buat Sdra. Wan Bakar.

Raghavan Khrisnan

Page 10: JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST …infolib.bernama.com/equip-bernama/images/infoalert/alert2008_02.pdf · WHO’S WHO IN BERNAMA DATUK AZMAN UJANG, jasamu dikenang... Dipetik

Bergambar kenangan bersama warga InfoLib

Cenderahati tanda kenangan dari InfoLib

Page 11: JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST …infolib.bernama.com/equip-bernama/images/infoalert/alert2008_02.pdf · WHO’S WHO IN BERNAMA DATUK AZMAN UJANG, jasamu dikenang... Dipetik

Petugas InfoLib yang turut “enjoy” Hari Keluarga BERNAMA

Page 12: JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST …infolib.bernama.com/equip-bernama/images/infoalert/alert2008_02.pdf · WHO’S WHO IN BERNAMA DATUK AZMAN UJANG, jasamu dikenang... Dipetik

More about DPM at

WHO’S WHO CORNER

NAJIB TUN RAZAK

Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (SPMS, SPMK, SSAP, SIMP, SSSJ, DP, SPDK, DUNM, SPNS, DPMS, DSAP, PNBS, DMK,SPSA)

Deputy Prime Minister of Malaysia Minister of Finance

Pahang (BN-UMNO) Member of Parliament (MP) for Pekan

DATE OF BIRTH

PLACE OF BIRTH

SPOUSE Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor (Seri Paduka Mahkota Selangor SPMS-11/12/2005)

23/07/1953

Kuala Lipis, Pahang

BOOK AUTHOR YEAR BOOK PUBLICATION

1996 For the Sake of Peace Pelanduk Publications

1998 Asia-Pacific's Strategic Outlook : Shifting of Paradigms

Pelanduk Publications

2001 Defending Malaysia: Facing the 21st Century

Coronet Books Inc

EDUCATION 1960 St John's Institution, Kuala Lumpur 1967 LCE

St John's Institution, Kuala Lumpur Malven Boys' College,

Worchestershire, England 1974 B.A. (Hons) Industrial Economics,

University of Nottingham, England

Children with Tengku Puteri Zainah binti Tengku Iskandar

1. Mohd Nizar, 29 (married Nur Sharmila Shahneen, 28 on June 27, 2004)(age in 2007)

2. Puteri Norliza

3. Mohd Nasifudin

Children with Datin Seri Rosmah binti Mansor

4. Nooriyana Najwa

5. Norashman Razak

RECORDS

27/07/1978 -15/09/1980 Deputy Minister of Energy, Telecommunications and Posts (youngest Deputy Minister in Malaysia at that time)

04/05/1982-10/08/1986 Menteri Besar, Pahang (the 11th and youngest Menteri Besar at age of 29)

11/08/1986 Minister of Culture, Youth and Sports (the youngest Cabinet member)

Feb 1976 Parliamentary by Election

Pahang (BN-UMNO) Member of Parliament (MP) for Pekan (won unopposed) (seat was last held by his father the late Tun Abdul Razak who won the seat unopposed) (the youngest MP at the age of 22)

HONORARY Apr 1987 Khalifah Kehormat (Honorary Vicegerent) - Melaka State Seni Silat Federated Council

1990 Doctorate (PhD) (Honoris Causa)

July 1991 International Honorary Doctorate in Sports Science - United States Sports Academy

14/08/1997 Honorary Fellowship - Limkokwing Institute of Creative Technology

20/10/1998 Honorary Fellowship - the Chartered Institute of Marketing of the United Kingdom (CIM)

21/07/2000 Honorary Doctorate of Letters - University of Sheffield, United Kingdom

20/09/2001 Honorary Doctorate of Laws - Monash University Malaysia (MUM)

05/09/2002 Honorary Doctorate - Swinburne University

31/01/2004 Honorary Doctorate of Laws - University of Nottingham

19/04/2008 Honorary Doctorate in Socio Transformation - LimKokWing University of Creative Technology for his role in transforming Malaysia Rural heartland

http://blis.bernama.com

Page 13: JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST …infolib.bernama.com/equip-bernama/images/infoalert/alert2008_02.pdf · WHO’S WHO IN BERNAMA DATUK AZMAN UJANG, jasamu dikenang... Dipetik

SELECTIVE ARTICLE CORNER The first flash from BERNAMA 20th May 1968

Page 14: JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST …infolib.bernama.com/equip-bernama/images/infoalert/alert2008_02.pdf · WHO’S WHO IN BERNAMA DATUK AZMAN UJANG, jasamu dikenang... Dipetik
Page 15: JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST …infolib.bernama.com/equip-bernama/images/infoalert/alert2008_02.pdf · WHO’S WHO IN BERNAMA DATUK AZMAN UJANG, jasamu dikenang... Dipetik

kalangan pengunjung dan kecekapan mendapatkan maklumat dalam tempoh masa yang diberikan. Kuiz BLIS ini juga bertujuan mempromosikan BERNAMA dan BLIS di samping dapat mendedahkan peserta dan pengunjung kepada bahan maklumat secara talian. Pada 3 Julai 2008, petugas InfoLib iaitu Sdri Hasnita dan Sdri Rubaina telah mengendalikan sesi Kuiz BLIS dan pada 4 Julai, sesi ini telah dikendalikan oleh Sdra Raghavan, Sdri Rohani dan Sdri Rubaina. Kuiz BLIS yang diadakan di kiosk Teknologi Maklumat PNM memerlukan para peserta menggunakan modul BLIS bagi menjawab soalan. Selain daripada itu juga, terdapat soalan mengenai Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) yang memerlukan peserta merujuk kepada laman web PPM menggunakan komputer yang disediakan. Pada 3 Julai, Kuiz BLIS mendapat sebanyak 12 penyertaan walaupun sesi hanya dimulakan pada pukul 3.30 petang dan berakhir pukul 5.30 petang. Pada 4 Julai, keesokan harinya sambutan yang diberikan amat menggalakkan iaitu sebanyak 46 penyertaan walaupun ia bermula pada pukul 3 petang dan tamat pukul 6 petang.

Penyertaan terbanyak adalah dari pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor di samping penyertaan dari golongan ibu bapa dan remaja. Setiap peserta akan dibantu oleh petugas InfoLib untuk mencari jawapan dan diberi tempoh masa 20 minit untuk menjawab soalan. Hadiah berupa buku diberikan kepada peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi bagi setiap sesi. Cenderahati turut diberikan kepada para peserta yang menyertai kuiz ini. Rata-rata peserta yang menyertai program ini melahirkan rasa seronok dan teruja kerana berpeluang menggunakan BLIS buat pertama kali dan mereka dapat mencari dan memperolehi maklumat yang tepat menggunakan modul BLIS. Diharapkan penglibatan InfoLib akan lebih proaktif dalam program yang s e c a r a l a n g s u n g d a p a t mendedahkan masyarakat mengenai B E R N A M A , f u n g s i d a n perkhidmatannya di samping dapat mempromosikan BLIS dengan lebih efektif pada masa akan datang.

P ada 2 hingga 4 Julai 2008 yang lalu, Kementerian Perpaduan,

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) menerusi Perpustakaan Negara M a l a y s i a ( P N M ) t e l a h menganjurkan Festival Membaca 2008 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Festival ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada 2 Julai 2008. Majlis perasmian turut menyaksikan pelancaran Kelab Membaca Kebangsaan. Turut hadir sama Menteri KPKKW, Dato’ Shafie Afdal, Ketua Setiausaha KPKKW dan Ketua Pengarah PNM, Encik Raslin Abu Bakar. S e p a n j a n g f e s t i v a l i n i berlangsung, banyak program telah dijalankan bagi menarik pengunjung ke festival ini. Antaranya sesi beramah mesra dengan penulis novel terkenal Sdra Ahadiat Akashah dan penulis “Siri Hikayat Amir Hamzah”, Sdra Abdul Latip Talib. PNM turut membuka kaunter pendaftaran ahli kelab PNM dan Kelab Membaca Kebangsaan s e c a r a p e r c u m a k e p a d a pengunjung festival ini . InfoLib turut memeriahkan festival ini dengan mengadakan Kuiz BLIS kepada pengunjung dengan kerjasama PNM. Ia diadakan bertujuan mengetahui tahap kemahiran mencari maklumat di

Adik Adi Putra menunjukkan bakatnya Peserta kuiz BLIS Semasa majlis pelancaran

Ahli panel semasa forum melibatkan ibu

yang berjaya, ibu Sheikh Muszaphar,

Datin Zuraida Sheikh Ahmad (berbaju merah)

Semasa majlis pelancaran

Rubaina Ayuni

Page 16: JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST …infolib.bernama.com/equip-bernama/images/infoalert/alert2008_02.pdf · WHO’S WHO IN BERNAMA DATUK AZMAN UJANG, jasamu dikenang... Dipetik

BIL NAMA JAWATAN TEMPOH 1. Mohd Azrul Iszuddin b Sairi Pembantu Perpustakaan 13 Mei – 22 Mei 2008

2. Rubaina Ayuni bt Hamzah Pembantu Perpustakaan 1 Feb. – 31 Julai 2008

3. Ab Aziz b Othman Pembantu Perpustakaan 24 Mac – 31 Julai 2008

4. Shahrozereen b Shahizan Pembantu Perpustakaan 1 April – 27 Ogos 2008

JASAMU DIKENANG...

Jutaan Terima Kasih kepada Pn Hjh Rosliwaty Ramly sebagai Penasihat & Editor kepada InfoLib Alert dari Keluaran 1 : 2003 hingga Keluaran 1 : 2008. Beliau banyak membantu menjayakan penerbitan InfoLib Alert dengan komited dan sentiasa bekerjasama dengan InfoLib selama ini. Jasa mu sentiasa dikenang. Semoga beliau berjaya dalam kerjaya

barunya.

Page 17: JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST …infolib.bernama.com/equip-bernama/images/infoalert/alert2008_02.pdf · WHO’S WHO IN BERNAMA DATUK AZMAN UJANG, jasamu dikenang... Dipetik

BIL Aktiviti TEMPAT TARIKH 1. Hari Keluarga BERNAMA Hotel Everly Resort,

Melaka 10 & 11 Mei

2. Bengkel “Greenstone Digital

Library Software” Universiti Malaya 12 – 15 Mei

3. Audit Dalam - ISO InfoLib 16 Mei (3.00 ptg.)

4. Ulang tahun BERNAMA ke 40 Perhimpunan di Pekarangan Wisma BERNAMA

20 Mei

5. Jamuan Makan malam sempena 40 tahun BERNAMA

Dewan Perdana FELDA 26 Mei

6. Bengkel Multimedia Ting. 12, Wisma BERNAMA 28 – 30 Mei 7. Latihan BLIS Perpustakaan JKR 5 & 19 Jun

(11.00 pagi) 8. Conference on customer –

Focused Culture Hotel The Zone Regency, Johor Baharu

9 - 11 Jun

9. Latihan BLIS Biro Johor 12 Jun (11.00 pagi)

10. Mesyuarat InfoLib Bilik Mesyuarat, InfoLib

18 Jun (2.30 ptg.)

11. Mesyuarat BLIS Bilik Mesyuarat, InfoLib

24 Jun (3.00 ptg.)

12. Majlis pelancaran Kelab

Membaca Kebangsaan dan

Festival Membaca 2008

Putra World Trade Centre 2 – 4 Julai

13. Latihan BLIS Perpustakaan UiTM, Melaka.

7 Julai (10.00 pagi)

14. Latihan BLIS UiTM, Shah Alam 7 Julai (10.00 pagi)

15. Waktu operasi – tutup jam 6.00 ptg.

InfoLib Bermula 1 Ogos

16. Latihan BLIS UiTM, Melaka 13 Ogos (11.30 pagi)

17. Latihan BLIS UiTM Terengganu 26 Ogos (3.00 ptg.)

18. Latihan BLIS Universiti Malaysia Terengganu

27 Ogos (10.00 pagi)

19. Sambutan Merdeka Pekarangan Wisma, BERNAMA

28 Ogos (9.00 pagi)

Page 18: JASAMU DIKENANG 2 2008 TWO MAY—AUGUST …infolib.bernama.com/equip-bernama/images/infoalert/alert2008_02.pdf · WHO’S WHO IN BERNAMA DATUK AZMAN UJANG, jasamu dikenang... Dipetik

REFERENCE CORNER @ JABATAN

PENGARANG

WAKTU BERTUGAS

ISNIN — KHAMIS 10 PAGI — 12 TGHRI

2.30 PTG — 4 PTG

JUMAAT 10 PAGI — 12 TGHRI

3 PTG — 4 PTG

Sidang Pengarang

Penasihat & Editor Hasnita Ibrahim (InfoLib)

Cik Rashidah Abd Ghani (Jab.Pengarang)

Penyumbang Artikel

Hasnita Ibrahim Masfaliza Masmuda Raghavan Krishnan

Rubaina Ayuni Hamzah

Pereka Grafik Masfaliza Masmuda

Edaran

Mohd Fikri Ahmad Norlizawati Yahya

Buku-buku menarik …. REFERENCE CORNER

H U B U N G I

420 439 432 203 167 169 206 171 271 168 275 587 185 588 379 589 565 206

Pengurus Maklumat Pn. Hasnita Hj. Ibrahim Norlizawati Yahya Unit Rujukan Masfaliza Masmuda Mohamod Nik Siti Nur Azahani Halim Ariffin Raghavan Krishnan Mohd Fikri Ahmad Unit Pangkalan Data Tokoh Rozlen Mustapa Rohani Bachee Rohana Mohd Noor Mohd Wahid Md. Som Arif Shamsuddin Raudzah Ismail Unit Pangkalan Data Berperkara N. Lalitha Radzak Ahmad Cik Nur Ilyana Che Mat Saiful Adli

INFOLIB Tingkat 8,

Wisma BERNAMA 28, Jalan 1/65A,

Off Jalan Tun Razak 50700, Kuala Lumpur

Hotline: 603-26962202

Faks: 603-26944203