jata negara

7
JATA NEGARA

description

:)

Transcript of jata negara

Slide 1

JATA NEGARA Versi asal jata negara kebangsaan negara kita pernah digunakan sejak dari zaman kerajan persekutuan tanah melayu lagi di mana pada asalnya melibatkan 4 negeri iaitu Pahang, Perak, Selangor and Negeri Sembilan. Ianya diperkenalkan pada tahun 1895. Motto ditulis dalam bahasa Jawi, Dipelihara Allah. (Under Allahs Protection)

Selepas Kerajaan persekutuan melayu dibentuk pada tahun 1948, lambang kebangsaan diubah selepas penambahan beberapa negeri dalam kerajaan persekutuan. Simbol Mahkota diubah kepada simbol bulan dan bintang. Perisainya pula mengandungi 5 keris dan lambang pulau pinang(Princess of Wales feathers)dan melaka(A Famosa). Motto diubah kepadaBersekutu Bertambah Mutu, kedua-duanya ditulis dalam bahasa melayu (Jawi) dan bahasa inggeris.

SEJARAH JATA NEGARA Lambang jata negara diubah buat kali keduanya selepas penggabungan Kerajaan persekutuan Malaysia, Singapura, negeri Sabah dan Sarawak diletakkan di sebelah bawah perisai tersebut. Lambang negeri Melaka dan Pulau Pinang pula diubah kepada pokok pinang dan pokok melaka. Ianya hanya diperkenalkan pada tahun 1963 dan bertahan selama dua tahun kemudian.

Selepas Singapura meninggalkan persekutuan, lambang tersebut diubah lagi dengan pengguguran lambang singapura. Lambang bunga raya pula digantikan.

Jata negara diubah lagi dengan rekaandua ekor harimauyang lebih realistik. Sedikit perubahan pada simbol negeri Sarawak, Pulau Pinang and Sabah. Simbol Jata negara terkini digunakan sehingga sekarang.

Kronologi Jata Negara Malaysia

1948189519651963

KINIJata Negara

Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.

Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia

Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.