JATUHNYA KUBU JERAM AMPAI PADA 1894: SUATU PERISTIWA ...

10
JATUHNYA KUBU JERAM AMPAI PADA 1894: SUATU PERISTIWA PENTING DALAM SEJARAH PAHANG oleh Dr. J. Chandran Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia Menjelang penghujung abad kesembilan belas perluasan kuasa penjajah British di Semenanjung Tanah Melayu telah menghadapi gangguan Sementara di negeri Pahang dengan tercetusnya suatu peristiwa yang dikatakan "Pem- berontakan Pahang". Sungguhpun di dalam pensejarahan penjajah penentangan orang-orang Melayu terhadap kuasa British lazimnya dianggap sebagai "pemberontakan" namun tidak dapat dinafikan bahawa di dalam peristiwa di negeri Pahang itu terdapat beberapa masaalah penafsiran yang khusus. Pada dasarnya dapatlah dikatakan bahawa penyelidikan secara ilmiah yang telah dilakukan baharu-baharu ini lebih mirip kepada pendapat bahawa perjuangan pahlawan- pahlawan Pahang itu adalah bersifat anti-asing. 1 Seharusnya patut juga diakui bahawa perjuangan ber- senjata yang tercetus di negeri Pahang pada tahun-tahun 1890an itu melibatkan persaingan politik bumiputera akibat pengenalan unsur-unsur baharu oleh kuasa penjajah yang mempunyai nilai-nilai politiknya yang tersendiri. Namun demikian tujuan asal makalah ringkas ini adalah untuk menghurai- kan suatu aspek ketenteraan di dalam peristiwa itu dengan menum- pukan kepada pertempuran di Jeram Ampai pada pertengahan tahun 1894. Aspek ini jarang diberi perhatian khas oleh pengarang- pengarang lain. Sesungguhnya per- gerakan-pergerakan ketenteraan bukan sahaja mempengaruhi sikap politik British terhadap peranan mereka di negeri Pahang bahkan menjejaskan perjuangan pahlawan- pahlawan Melayu sendiri secara langsung. Perlawanan antara orang- orang Melayu dengan pihak British dapat dianggap sebagai salah satu perang gerila yang ulung pernah berlaku di Tanah Semenanjung rnemandangkan kawasan per- tempuran di hutan belantara dan 1. Lihat khasnya Yang Aisyah Muttalib, Pem- berontakan Pahang, 1891-1895, Pustaka Aman Press, Kota Bharu, 1972. Karya ini adalah berasaskan tisis yang dikemukakan kepada Universiti Malaya untuk Sarjana Sastra pada tahun 1970. Antara penulis- penulis Inggeris yang terkenal mengenai perkara ini W. Linehan menyebutkannya sebagai "The Revolt of the Orang Kaya Semantan". Lihat "A History of Pahang" [Sejarah Pahang], Journal of the Malayan Branch, Royal Asiatic Society [Jernal Persatuan Asiatik Diraja, Cawangan Malaya ] (Singapura), JiL 14, Bahagian 2, Mei 1936, m.s. 1 - 256. Karya-karya Melayu juga pernah menyebutkan per- juangan pahlawan-pahlawan Pahang itu sebagai penderhakaan terhadap Sultan yang sah. Lihat, Umpamanya, Hikayat Pahang dan Ustaz Mohd. Mokhtar Daud, Singgahsana Negeri Pahang, Pekan, 1957. Sementara dua buah karya yang lain pula cuba menyarankan bahawa pergerakan Toh Bahaman itu adalah berpunca dari- pada semangat kebangsaannya. Lihat Abdul Rahman Talib bin Haji Ahmad, Sejarah Dato' Bahaman Orang Kaya Semantan, Pustaka Garuda, Kuala Lumpur, 1960 dan Haji Buyong bin Adil, Sejarah Pahang, Siri Sejarah Nusantara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1972. 29 Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Transcript of JATUHNYA KUBU JERAM AMPAI PADA 1894: SUATU PERISTIWA ...

Page 1: JATUHNYA KUBU JERAM AMPAI PADA 1894: SUATU PERISTIWA ...

JATUHNYA KUBU JERAM AMPAI PADA 1894: SUATUPERISTIWA PENTING DALAM SEJARAH PAHANG

olehDr. J. Chandran

Jabatan SejarahUniversiti Kebangsaan Malaysia

Menjelang penghujung abadkesembilan belas perluasan kuasapenjajah British di SemenanjungTanah Melayu telah menghadapigangguan Sementara di negeriPahang dengan tercetusnya suatuperistiwa yang dikatakan "Pem-berontakan Pahang". Sungguhpundi dalam pensejarahan penjajahpenentangan orang-orang Melayuterhadap kuasa British lazimnyadianggap sebagai "pemberontakan"namun tidak dapat dinafikanbahawa di dalam peristiwa di negeriPahang itu terdapat beberapamasaalah penafsiran yang khusus.Pada dasarnya dapatlah dikatakanbahawa penyelidikan secara ilmiahyang telah dilakukan baharu-baharuini lebih mirip kepada pendapatbahawa perjuangan pahlawan-pahlawan Pahang itu adalah bersifatanti-asing. 1 Seharusnya patut jugadiakui bahawa perjuangan ber-senjata yang tercetus di negeriPahang pada tahun-tahun 1890anitu melibatkan persaingan politikbumiputera akibat pengenalanunsur-unsur baharu oleh kuasapenjajah yang mempunyai nilai-nilaipolitiknya yang tersendiri. Namundemikian tujuan asal makalahringkas ini adalah untuk menghurai-kan suatu aspek ketenteraan didalam peristiwa itu dengan menum-pukan kepada pertempuran diJeram Ampai pada pertengahantahun 1894. Aspek ini jarang diberiperhatian khas oleh pengarang-pengarang lain. Sesungguhnya per-

gerakan-pergerakan ketenteraanbukan sahaja mempengaruhi sikappolitik British terhadap perananmereka di negeri Pahang bahkanmenjejaskan perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu sendiri secaralangsung. Perlawanan antara orang-orang Melayu dengan pihak Britishdapat dianggap sebagai salah satuperang gerila yang ulung pernahberlaku di Tanah Semenanjungrnemandangkan kawasan per-tempuran di hutan belantara dan

1. Lihat khasnya Yang Aisyah Muttalib, Pem-berontakan Pahang, 1891-1895, PustakaAman Press, Kota Bharu, 1972. Karya iniadalah berasaskan tisis yang dikemukakankepada Universiti Malaya untuk SarjanaSastra pada tahun 1970. Antara penulis-penulis Inggeris yang terkenal mengenaiperkara ini W. Linehan menyebutkannyasebagai "The Revolt of the Orang KayaSemantan". Lihat "A History of Pahang"[Sejarah Pahang], Journal of the MalayanBranch, Royal Asiatic Society [JernalPersatuan Asiatik Diraja, CawanganMalaya ] (Singapura), JiL 14, Bahagian 2,Mei 1936, m.s. 1 - 256. Karya-karyaMelayu juga pernah menyebutkan per-juangan pahlawan-pahlawan Pahang itusebagai penderhakaan terhadap Sultanyang sah. Lihat, Umpamanya, HikayatPahang dan Ustaz Mohd. Mokhtar Daud,Singgahsana Negeri Pahang, Pekan, 1957.Sementara dua buah karya yang lain pulacuba menyarankan bahawa pergerakanToh Bahaman itu adalah berpunca dari-pada semangat kebangsaannya. LihatAbdul Rahman Talib bin Haji Ahmad,Sejarah Dato' Bahaman Orang KayaSemantan, Pustaka Garuda, KualaLumpur, 1960 dan Haji Buyong bin Adil,Sejarah Pahang, Siri Sejarah Nusantara,Dewan Bahasa dan Pustaka, KualaLumpur, 1972.

29

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 2: JATUHNYA KUBU JERAM AMPAI PADA 1894: SUATU PERISTIWA ...

cara-cara perjuangan yang diamal-kan oleh Toh Bahaman danpasukan pejuangnya. Oleh yangdemikian adalah dirasai huraian initentang bagaimana kubu Melayu diJeram Ampai dapat ditawan olehBritish pada bulan Jun 1894 akanmenarik minat orangramai kepadaaspek-aspek ketenteraan di dalamsejarah perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu.2

Sebagaimana diceritakandalam karya-karya sejarah mengenai"Pemberontakan" Pahang itu,kekacauan bersenjata mula tercetuspada akhir tahun 1891 apabila OrangKaya Setia Perkasa PahlawanSemantan, Abdul Rahman atauBahaman, bangkit menentangpemerintahan British akibat per-ubahan-perubahan politik yang di-lakukan oleh kuasa penjajah ke atassistem politik bumiputera.3 Per-juangan ini mendapat sokonganpenuh dari orang-orang tempatan diSekitar Ulu Pahang dan jugasokongan Imam Perang InderaGajah dari Pulau Tawar. Meskipunmereka berjaya mengganggukeamanan di negeri Pahang buatSementara waktu akhirnya pejuang-pejuang bersama seisi keluargamereka terpaksa melarikan diri kependalaman negeri Terengganupada akhir tahun 1892 rnemandang-kan bertambahnya kekuatan askar-askar British. Dengan berpindahnyaToh Bahaman dan pengikut-pengikutnya dari daerah Semantandan Pulau Tawar pembesar yangmuncul sebagai tokoh politik yangberpengaruh di Ulu Pahang ialahOrang Kaya Indera Maharaja PerbaJelai. Seorang pembesar lagi yangberuntung dari segi kuasa politikakibat perubahan, di Ulu Pahang ituialah Datuk Panglima Garang Yusufdi Pulau Tawar.

Menjelang awal tahun 1894pihak British menerusi jasa baikToh Raja Jelai yang sanggup beker-jasama sebagai orang perantaraancuba membuat perdamaian denganToh Bahaman agar ancamankekacauan dapat dibasmikan. Usahaini bagaimanapun tidak berhasiloleh kerana Toh Bahaman dan TohGajah yang berada di Terengganupada ketika itu tidak percaya padakata-kata wakil Toh Raja Jelai.Sementara itu ketua-ketua Melayuitu telah pun dipengaruhi olehseorang wali yang terkenal diPagoh, dekat Kuala Terengganu,bernama Ungku Saiyid, yangmemberi nafas baharu kepadam e r e k a b u a t melanjutkanperjuangan mereka terhadap kuasapenjajah di Pahang. Akibat ilhamdan galakan yang mereka dapatdaripada Ungku Saiyid itu makaToh Bahaman mula membuatketetapan baharu untuk menerus-kan penentangan bersenjata di UluPahang.

Pada subuh pagi 14 harihulanJun 1894 pertempuran antarapahlawan Melayu dengan kekuatanBritish tercetus semula dengan

2. Sumber asasi bagi makalah ini adalahrekod-rekod Pejabat Tanah Jajahan Britishyang tersimpan di Pejabat Rekod Awam diLondon yang diberi rujukannya sebagaiNegeri-negeri Selat dan Negeri-negeriMelayu, Persuratan Asal, CO. 273, Jilid196. Salinan sumber tersebut dalambentuk mikrofilem kini "boleh didapati dibeberapa perpustakaan di Malaysia ter-masuk Arkib Negara. Sumber tambahankhusus mengenai pertempuran di JeramAmpai dipetik daripada "The PahangExpedition 1894" oleh Benar, MalayanPolice Magazine [Majalah Polis Malaya],(Kuala Lumpur), Jilid IL Bil. 7, Julai1929, ms. 240-245.

3. Untuk keterangan selanjutnya lihat YangAisyah Muttalib, Pemberontakan Pahang,BablV.

30

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 3: JATUHNYA KUBU JERAM AMPAI PADA 1894: SUATU PERISTIWA ...

DUA LUKISAN MEMPERLIHATKAN KUBU-KUBUMELAYU DI JERAM 1894.

oleh Lu KoL R.S.F. WALKER.

Kubu-kubu di sebelah tebing kiri Sungai Tembeling.

Kawasan kecil dengan dua buah anak kubu di sebelahtebing kanan Sungai Tembeling.

Penghargaan Sidang Pengarang di-ucapkan kepada Malayan PoliceMagazine, Vol. II, No. 7, Julai1929.

31

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 4: JATUHNYA KUBU JERAM AMPAI PADA 1894: SUATU PERISTIWA ...

serangan tergempar yang dilancar-kan oleh Toh Bahaman bersamalebih kurang 200 orang pengikut-nya termasuk beberapa pahlawanyang termasyhur seperti Mat Kilau,Teh Ibrahim dan Awang Nong.Serangan mereka mencapaikejayaan muktamad apabila balaipolis di Kuala Tembeling dikuasaioleh mereka dengan mudah.Memang tidak dapat dinafikanbahawa tindakan Toh Bahaman itusungguh menggemparkan pihakBritish yang pada saat itu tidakbersedia untuk membalasnya dankedudukan pemerintahan British diPahang pula agak genting olehkerana Residen yang memainkanperanan penting setakat itu, HughClifford, berada di KepulauanKokos-Keeling. Memandangkansegala kelemahan tersebut bagipihak British tidak ada sebarangalasan mengapa pasukan TohBahaman akan gagal menguasaiseluruh Ulu Pahang.

Malahan sebagaimana GabenorSir Charles Mitchell di Singapurasendiri menyatakan samada gerakananti-British itu akan berjaya atautidak bergantung kepada sikap dantindakan Toh Raja Jelai selanjut-nya. Ini sangat terbukti dalamlangkah yang diambil oleh TohBahaman seterusnya. Pasukannyamudik Sungai Jelai hingga sampaiKampung Kedondong dari manabeliau menghantar Utusan ke PulauTawar buat memujuk Toh RajaJelai dan Panglima Garang Yusofsupaya menyertai perjuangan ter-hadap kuasa penjajah. Menjelang20hb. Jun setelah jelas kepada TohBahaman bahawa pembesar Jelai itutidak mungkin bersamanya dalamtujuan menentang kuasa Britishmaka pasukannya pun berundur ketapak pertahanan mereka di Jeram

Ampai di sebelah tebing kiri SungaiTembeling sejauh 3 batu dari KualaTembeling. Di Jeram Ampai merekamendirikan sebuah kubu 50 kakipersegi dengan bentengnya setinggi10 kaki diperbuat dengan tanah.Kubu besar ini dikelilingi oleh duabuah anak kubu kesemuanya ber-hadapan dengan hutan rimbunSementara bahagian belakang kubupula membuka kepada tebingsungai yang curam. Jarak jauhantara kubu adalah lebih kurang 35ela dan lebat dengan belukar.Bahagian depan tiap-tiap kubudipasang dengan ranjau untukmenghalang sebarang seranganmusuh. Di Seberang sungai selaridengan tapak kubu-kubu di tebingkiri terdapat suatu kawasan hutanyang dibersihkan buat menegakkandua buah kubu kecil berukuran 16kaki panjang dan 10 kaki lebar.4

Sementara ketetapan parap a h l a w a n Pahang u n t u kmempertahankan kedudukanmereka di Jeram Ampai walaupunmereka tidak menghadapi sebarangtindakan balas dari pihak Britishsejak 14hb. Jun itu ialah suatukeputusan yang sungguh anihsekali. Sekiranya mereka telah terusmenyerang kampung-kampung yangenggan menyertai mereka, besarlahkemungkinan kekacauan itu akanlebih berkesan dan Temerlohsendiri akan terancam. KesilapanToh Bahaman dalam percubaan

4. Lihat Gambarfoto I dan II dan peta tapakJeram Ampai yang disalin daripadalampiran di dalam Lt. KoL Walker (KualaTembeling) kepada Setiausaha KerajaanPenjajah (Singapura), 29hb. Jun 1894,Lampiran di dalam Sir Charles Mitchellkepada Lord Ripon (Setiausaha Penjajah),No. 199, 9hb. Julai 1894 (diterima diLondon pada 8hb. Ogos 1894), CO.273/196.

32

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 5: JATUHNYA KUBU JERAM AMPAI PADA 1894: SUATU PERISTIWA ...

yang sia-sia hendak menariksokongan Toh Raja Jelai danmenegakkan benteng pertahanan-nya di Jeram Ampai merupakansebab yang penting mengapa pihakBritish akhirnya dapat mengalahkanpasukan Melayu itu. Sejak balaipolis di Kuala Tembeling ditawanoleh Toh Bahaman pegawai-pegawaiBritish di Pahang dan negeri-negeriyang berhampiran telah pun ber-usaha dengan serta-merta untukmemperkuatkan lagi kedudukanaskar-askar penjajah di Sekitar UluPahang. Peluang berbuat demikiantanpa sebarang gangguan hanyaterdapat oleh kerana Toh Bahamantidak bertindak terlebih dahulumeskipun pada peringkat awal itudaya utama masih dalam tangannyasendiri.

Maka pada 25 harihulan Junpasukan-pasukan tambahan askarBritish telah pun mengepung JeramAmpai dengan berpusat di KualaTembeling. Di Kuala Tembelingmisalnya terdapat 90 anggota polisSikh dengan pegawai-pegawaiBritish seperti Egerton dan Wise,kedua-duanya pegawai pentadbirPahang, Kapten Lyons dari PasukanPolis Sikh Selangor, dan KaptenMc A n d r e w dar i Pa sukanLincolnshire. Di Kuala Lipis pulatelah ditempatkan 84 anggota Sikh.Suatu pasukan yang terdiri daripada85 orang askar-askar di bawahKapten H.L. Talbot, InspektorGraham dan seorang pegawai Sikhtelah dikejarkan ke Ulu Pahang.Mereka ini ialah sumbangan dari-pada Pasukan Polis Sikh Perak yangtelah bertolak dari Markas Besarnyadi Taiping pada 20hb. Jun dengans e b u a h k a p a l a p i bernama"Horsburgh" melalui PelabuhanWeld. Pasukan itu telah tiba diKuala Lumpur pada 22hb. Jun.

Dari Kuala Lumpur mereka telahmenaiki keretapi ke Serendah dankemudiannya mereka telah berjalankaki ke Kuala Kubu dan Tras, dantiba di Raub pada lewat petang24hb. Jun.6 Seramai 25 anggotaPasukan Polis Sikh Singapura telahdihantar ke Temerloh di bawahperintah Penolong PenguasaStewart Sementara pasukan-pasukankeselamatan di Kuantan dan Pekantelah ditambah. Pada 28hb. Junkekuatan askar British bertambahmenjadi seramai 223 anggota terdiridari 6 pegawai British, 15 pegawaiyang tidak bertauliah, dan 174Lans-Korporal dan soldadu dengan3 orang peniup terompet, kese-luruhannya di bawah arahanLeftenan Kolonel Walker, PegawaiPemerintah Pasukan Polis SikhPerak, yang datang ke negeriPahang dari Taiping khas untukmengetuai pasukan Britishmenentang pejuang-pejuang TohBahaman. Tambahan pula Toh RajaJelai dan Panglima Garang Yusufkedua-duanya mempunyai pasukanmasing-masing yang siap sediauntuk membantu askar-askarBritish.

Mengikut perintah-perintahyang dikeluarkan oleh Kol. Walkerserangan atas Jeram Ampai akanberpandukan dua gerakan, iaituserangan beramai-ramai melaluitebing kiri yang akan mendekatikubu-kubu Melayu dari depanSementara suatu lagi pasukan akanbergerak di sebelah tebing kanandengan tujuan menyerang bahagiankubu-kubu di Jeram Ampai dariSeberang sungai. Pasukan penyerangdi sebelah tebing kiri diketuai olehKapten Lyons dan mengandungi

5. "The Pahang Expedition 1894", MalayanPolke Magazine, mi. 240.

33

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 6: JATUHNYA KUBU JERAM AMPAI PADA 1894: SUATU PERISTIWA ...

seramai 24 anggota dari PasukanPolis Sikh Selangor, 40 anggota dariPasukan Polis Sikh Perak di bawahKapten Talbot, 20 anggota dariPasukan Polis Sikh Perak juga sertasebuah meriam gunung, dan seramai6 orang lagi sebagai pengiring(escort). Penguasa Polis dariPahang, R.W. Duff, mengetuaipasukan penyerang dari tebingkanan yang terdiri daripada 45anggota Pasukan Polis Sikh Pahang

. dan 31 anggota dari Pasukan PolisSikh Selangor. Sementara itu Pang-lima Garang Yusuf dengan 70 orangpengikutnya turut serta denganserangan dari tebing kiri dan ImamPerang Toh Muda Akhir mengiringiDuff. Kedua-dua pasukan diikutioleh 6 orang Dayak sebagaipemandu.

Pada pukul 6.30 pagi 29 hari-hulan Jun pasukan Kapten Lyonsbertolak dari Kuala Tembelingmenuju ke Jeram Ampai diikutirapat oleh KoL Walker dan bakianggota Sikh yang tidak termasukdalam pasukan Lyons atau Duff.Mereka menghadapi masaalah yangpertama apabila pada 9.20 pagididapati bahawa meriam gunungyang ditarik itu begitu berat sekalihingga perjalanan seluruh pasukanterlalu perlahan. Mengikut kataorang Panglima Garang Yusufpasukan tidak mungkin tiba diJeram Ampai sebelum lewat petangsekiranya meriam itu hendakdibawa bersama. Oleh yangdemikian KoL Walker membuatkeputusan untuk menghantarkembali meriam tersebut. Setelahitu dalam masa kurang satu jamsahaja pasukan Lyons telah dapatmelihat kubu-kubu Jeram Ampai.Pada ketika itu Panglima GarangYusuf dan pengikut-pengikutnyabersama 10 orang Sikh dipisahkan

dari pasukan Lyons untuk menujuke sebuah sungai di sebelah utaraJeram Ampai sebagai langkahmenghalang pelarian orang-orangToh Bahaman ke arah sungai ter-sebut.

Duff pula bertolak dari KualaTembeling pada pukul 8 pagidengan pasukannya seramai 78orang anggota Sikh, PenolongPenguasa Stewart dan tiga orangpemandu yang diberikan oleh TohRaja Jelai, iaitu Mat Tahir, Yacobdan Dabeb. Mereka sepatutnyadikehendaki singgah sebentar diKuala Dehang, tidak jauh dariJeram Ampai, sebelum meneruskanperjalanan mereka ke tebing kanan.Akan tetapi menjelang tengaharipemandu-pemandu Melayu yangdihantar oleh Toh Raja Jelai itutelah sesat di dalam hutan dan Duffterpaksa mengikuti jalan yang jauh.Kononnya mereka tidak tahubagaimana hendak berpatah balikke tebing sungai. Oleh sebabkesilapan ini pasukan Duff tidaksempat membuat serangan serentakdengan pasukan Lyons dari sebelahtebing kiri dan sebahagian besardaripada rancangan Walker telahterjejas. 6

Pada pukul 11 pagi pasukanLyons tiba di kawasan belukar yangberukuran lebih kurang 300 elalebar dan 400 ela panjang dengansebuah lorong yang menuju kesuatu kawasan kira-kira 50 ela darianak kubu yang pertama. Apabilapasukan ini tiba sahaja di tempatitu Pasukan Toh Bahaman punmelepaskan tembakan terhadapkumpulan pertama menyebabkanmereka mara ke hadapan lalu

& R.W. Duff kepada Panglima Gerakan Khat .(Lt. KoL Walker), 3Ohb. Jun 1894,Lampiran di dalam Mitchell kepada Ripon,9hb. Julai, 1894, CO. 273/196.

34

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 7: JATUHNYA KUBU JERAM AMPAI PADA 1894: SUATU PERISTIWA ...

•.V

PASUKAN TOHGARANG YUSUF PASUKAN BRITISH

DI BAWAH KEPTEN LYON,

Tembok Kubu 10 kakiTinggi dan 3 Kaki Tebal

TEBING KIRI

Anak Kubu16 kaki x 10 kaki

PASUKAN BRITISHDI BAWAH DUFFDIJANGKA MENYERANG

Kawasan hutan yang sudah dibersihkan

35

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 8: JATUHNYA KUBU JERAM AMPAI PADA 1894: SUATU PERISTIWA ...

dihalang pula oleh ranjau-ranjau.Walker yang telah menyedari akankesulitan yang dihadapi olehkumpulan pertama di bawah Lyonsitu telah menyuruh kumpulankedua yang berikutan supayamelancarkan serangan ke atas anakkubu tersebut daripada hala yanglain. Akibat gerakan baharu initembakan yang ditujukan kepadakumpulan pertama tadi terpaksadikurangkan kerana pejuang-pejuang Melayu harus menghalangkumpulan kedua yang sedang marake hadapan. Dalam sedikit masasahaja selepas serangan kumpulankedua dilancarkan penghuni-penghuni anak kubu yang palingterhadapan sekali telah dapat diusirdaripada tempat mereka danmereka terpaksa melarikan diri keanak-anak kubu yang berhampirandengan tebing sungai.

Sungguhpun pasukan Britishmelakukan suatu serangan yangberjalan dengan lancar hinggahampir kesemua pihak TohBahaman terpaksa berlindung dikubu yang terbesar di tepi sungai,perjalanan kumpulan-kumpulanaskar British yang terdiri darianggota-anggota Pasukan Polis SikhSelangor khasnya sangat kelam-kabut. Ini disebabkan merekaingkar menurut perintah pegawai-nya dan sebaliknya melepaskantembakan membabi-buta hinggaWise yang berjalan bersama-samamereka telah tertembak di bahagianlututnya. Setelah pertempuran diJeram Ampai tamat dan Walkerkembali ke Kuala Tembeling beliaumelapurkan kepada Gabenorbahawa tembakan liar oleh anggota-anggota Pasukan Polis SikhSelangor begitu tidak terkawalsekali hingga hampir terkena beliausendiri. Bagaimanapun serangan

British telah diteruskan dan adalahdikatakan bahawa orang-orangMelayu telah menentang berhabis-habisan hingga saat akhir sebelummereka terpaksa berundur darikubu mereka dan melarikan diri ketebing sungai di mana perahu-perahu mereka sudah bersiap sediauntuk membawa mereka keSeberang sungai. Pasukan Britishmengejar mereka sampai ke tebingsungai dan oleh kerana tebing padatempat itu terlalu curam merekahanya dapat melepaskan tembakanke arah perahu-perahu yang telahpun menjauhkan orang-orangMelayu ke tempat yang selamat.Mulai saat itu dapatlah dikatakanpihak British telah berjayamenawan kubu Jeram Ampai.Hanya 11 orang sahaja pejuangMelayu yang terbunuh manakalayang lain berjaya melepaskan diri.Kematangan di pihak British pulaialah 5 orang terbunuh, iaitutermasuk Wise dan 4 orang askarSikh.

Lebih kurang setengah jamsetelah jatuhnya kubu Jeram Ampaibaharulah Panglima Garang Yusufdan pasukannya tiba di sebelahsungai yang terletak di utara kubuitu. Sebenarnya mereka telahdiperintah mengawal sebelah utarakubu Jeram Ampai oleh keranakemungkinan pengikut-pengikutToh Bahaman akan cuba melarikandiri mengikut hala sungai yang ter-letak di utara itu. Di tepi sungai ter-sebut pihak British dapat menawanbeberapa perahu antaranya suatuyang dipercayai kepunyaan TohBahaman yang mengandungibekalan peluru dan kopiah resmi-nya yang dikatakan "diperbuatdengan akar dan dihiasi denganmanik." Perahu Toh Gajah jugadijumpai di tepi sungai itu dan

36

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 9: JATUHNYA KUBU JERAM AMPAI PADA 1894: SUATU PERISTIWA ...

antara barang-barang yang dirampasialah senapang "Winchester"kepunyaan Toh Gajah dan bekalanmakanan. Berbagai jenis makanantelah pun ditinggalkan oleh pihakMelayu apabila mereka melarikandiri dari Jeram Ampai dan pasukanBritish telah merampas guni-guniyang mengandungi tepung, berasdan ikan kering di dalam dua buahpondok berhampiran dengan sungaiyang terletak di utara Jeram Ampai.Selain daripada itu di dalam kubu-kubu yang ditawan didapatipasukan Melayu telah meninggalkan10 pucuk senapang, 3,000 butirpeluru senapang "Snider" dan1,500 butir peluru "buckshot".

Pasukan Duff sama sekalitidak sempat menyertai pertem-puran di Jeram Ampai oleh keranamengikut kata-kata pemandu-pemandu Melayu mereka telah sesatdalam hutan di sebelah tebingkanan Sungai Tembeling. Duffsendir i pernah melapurkankemudian bahawa pemandu-pemandu itu telah berbuatdemikian disebabkan mereka takutterlibat dalam pertempuran diJeram Ampai dan hanya setelahdiberi amaran keras oleh Duffsahaja baharulah mereka membawapasukannya ke arah Jeram Ampai.Akhirnya Duff tiba di Jeram Ampaipada pukul 2.30 petang setelahmengambil masa enam jam setengahbagi jarak jauh yang lazimnya akanmemakan masa selama 3 jam sahaja.Pihak Pejabat Tanah Jajahan diLondon sangat menyesali sikappemandu-pemandu Melayu yangdipercayai telah memutarbelitkanDuff. Mereka juga tidak puashatiterhadap kejayaan di Jeram Ampaiyang agak tidak sempurna iturnemandangkan ramainya orang-orang Melayu yang berjaya melari-

kan diri. Perkara ini dipandangberat oleh pihak berkuasa Britishterutama sekali dari sudut pe-belanjaan bagi pasukan-pasukanaskar yang terpaksa ditempatkan diUlu Tembeling dan betapa sukarnyausaha untuk memburu pasukan TohBahaman itu.7 Gabenor danPejabat Tahan Jajahan sama-samamelahirkan rasa tidak puashatimereka terhadap kejadian kurangbertatatertib di kalangan anggota-anggota Pasukan Polis SikhSelangor yang telah menyebabkankematian Wise dan mengeluarkanarahan agar perkara itu disiasattindakan selanjutnya terhadapmereka yang bertanggungjawab.Pada kesimpulannya tidak bolehdinafikan juga bahawa pihak be-kuasa British sangat khuatir akankemungkinan pengikut-pengikutToh Bahaman terus mengancamkedudukan di Pahang disebabkanaskar-askar Sikh sama sekali tidaksesuai dengan perang gerila dalamhutan rimbun Sementara orang-orang Melayu sungguh mahir dalamsegala selok-belok penghidupan didalam kawasan pendalaman.

Hal yang sungguh menarikdalam peristiwa Jeram Ampai ituialah betapa mudahnya pahlawan-pahlawan Melayu dapat melepaskandiri sekalipun pasukan-pasukanyang menyerang mereka begitukuat dan lengkap. Kesan peristiwaJeram Ampai sangat ketara ber-dasarkan beberapa perkara yangagak anih sekiranya ditinjau denganlebih mendalam. Misalnya pihakBritish dapat tahu sejurus selepasmereka menguasai kubu JeramAmpai bahawa Toh Gajah telah pun

7. Mitchell kepada Ripon, No. 213, 17hb.Julai, 1894, (diterima di London padaIShb. Ogos), CO. 273/196.

57

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 10: JATUHNYA KUBU JERAM AMPAI PADA 1894: SUATU PERISTIWA ...

bertolak ke hulu sehari sebelumserangan British berlaku dan TohBahaman sendiri telah mengikuti-nya pada pagi 29 haribulan itu juga.Apabila serangan berlaku ketuapasukan Melayu yang terkenal yangmasih berada di Jeram Ampai ialahhanya Mat Kilau, Awang Nong danTeh Ibrahim. Tambahan pulaapabila mereka terpaksa mengun-durkan diri dari Jeram Ampai tidakseorang pun di antara mereka yangcuba menuju ke utara kubu ter-sebut, di mana sebagaimana yangkita tahu, telah bersiap sediabeberapa perahu lengkap denganbekalan makanan dan peluru. Inimembayangkan seolah-olah merekatelah menyedari tujuan PanglimaGarang Yusuf yang Sebenarnyadiperintahkan mengawal bahagianutara itu. Ketiadaan pasukan Duffdi sebelah kanan Sungai Tembelinguntuk menyekat jalan keluar bagipahlawan-pahlawan Melayu dariJeram Ampai merupakan suatuperkara yang sungguh berkesandalam kejayaan mereka itu melepas-kan diri dari pihak British. Apayang sangat ternyata berhubungdengan kedua-dua perkara tersebut,iaitu ketetapan orang-orang Melayuuntuk keluar melalui tebing SungaiTembeling dan kegagalan pasukanDuff tiba di situ pada waktu yangditetapkan ialah pihak British sama-

sekali tidak terlibat secara langsungdalam kejadian-kejadian tersebut.Kedua-dua kejadian ini merupakanputar belit orang-orang Melayusendiri. Maka daripada perbicaraanini dan rnemandangkan kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh pihakBritish dalam usaha memburupasukan Melayu sampai ke negeriKelantan dan Terengganu padatahun 1895 tidaklah keterlaluansekiranya dirumuskan secararingkas bahawa peristiwa JeramAmpai pada 29 haribulan Jun 1894walaupun merupakan suatukejayaan ketenteraan yang terhadbagi pihak British adalah mem-punyai kesan politik yang lebihpenting. Perkara ini dinyatakansemata-mata kerana cara pem-bahagian masyarakat tempatan diUlu Pahang dalam kebanyakankarya-karya sejarah mengatakanbahawa orang-orang yang tidakturut serta dengan Toh Bahamansemasa beliau berada di Terengganutetap menaruh kesetiaan kepadaBritish. Dalam lingkungan politiktempatan di negeri Pahang padasuku akhir abad kesembilan belasbesar kemungkinan bahawa konsepkesetiaan yang terdapat di kalanganrakyat jelata sangat berbeda dariapa yang lazimnya dipercayai pada

zaman ini.

38

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1972 – Persatuan Sejarah Malaysia