Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

105
SOALAN DAN JAWAPAN LATIHAN BUKU TEKS TINGKATAN 4 BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA Latihan muka surat 4. 1. Bagaimanakah masyarakat pada Zaman Prasejarah berubah daripada Zaman Mesolitik kepada Zaman Neolitik? Jawapan - Berubah secara evolusi disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhinya, antaranya: - Manusia mula hidup secara menetap di sesuatu tempat dan tidak berpindah-randah. - Bercucuk tanam dan menternak binatang. - Hidup secara berkelompok dan membina kediaman yang lebih kukuh. - Kesuburan tanah di lembah sungai membolehkan mereka mengusahakan tanaman makanan untuk keperluan harian. - Perkampungan berubah menjadi bandar, seterusnya wujud sistem undang- undang atau peraturan bagi menjamin kestabilan dan keharmonian hidup mereka. - Seorang ketua dilantik untuk menguatkuasakan undang-undang bagi kesejahteraan hidup. - Kehidupan yang lebih tersusun menyebabkan manusia mempunyai lebih banyak masa untuk memikirkan cara-cara meningkatkan hidup mereka. - Menghasilkan pelbagai ciptaan seperti roda, bajak, peralatan tembikar, dan sebagainya. - Hasil ciptaan alatan membolehkan lebihan makanan dikeluarkan dan mendorong kepada aktiviti perdagangan dengan kawasan-kawasan lain melalui pertukaran barangan (sistem barter). 2. Jelaskan bagaimana masyarakat pada Zaman Neolitik menyara hidup mereka. Jawapan - Bercucuk tanam, seperti tanaman gandum, jagung dan sebagainya. - Menternak binatang sepeti lembu dan kambing - Aktivti perdagangan dengan kawasan-kawasan lain melalui sistem barter. 1

Transcript of Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Page 1: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

SOALAN DAN JAWAPAN LATIHAN BUKU TEKS TINGKATAN 4

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

Latihan muka surat 4.

1. Bagaimanakah masyarakat pada Zaman Prasejarah berubah daripada Zaman Mesolitik kepada Zaman Neolitik?

Jawapan

- Berubah secara evolusi disebabkan beberapa faktor yang mempengaruhinya, antaranya:- Manusia mula hidup secara menetap di sesuatu tempat dan tidak berpindah-randah.- Bercucuk tanam dan menternak binatang.- Hidup secara berkelompok dan membina kediaman yang lebih kukuh.- Kesuburan tanah di lembah sungai membolehkan mereka mengusahakan tanaman makanan untuk keperluan harian.- Perkampungan berubah menjadi bandar, seterusnya wujud sistem undang-undang atau peraturan bagi menjamin kestabilan dan keharmonian hidup mereka.- Seorang ketua dilantik untuk menguatkuasakan undang-undang bagi kesejahteraan hidup.- Kehidupan yang lebih tersusun menyebabkan manusia mempunyai lebih banyak masa untuk memikirkan cara-cara meningkatkan hidup mereka. - Menghasilkan pelbagai ciptaan seperti roda, bajak, peralatan tembikar, dan sebagainya.- Hasil ciptaan alatan membolehkan lebihan makanan dikeluarkan dan mendorong kepada aktiviti perdagangan dengan kawasan-kawasan lain melalui pertukaran barangan (sistem barter).

2. Jelaskan bagaimana masyarakat pada Zaman Neolitik menyara hidup mereka.

Jawapan

- Bercucuk tanam, seperti tanaman gandum, jagung dan sebagainya.- Menternak binatang sepeti lembu dan kambing- Aktivti perdagangan dengan kawasan-kawasan lain melalui sistem barter.

3. Terangkan keadaan masyarakat pada Zaman Logam.

Jawapan

- Kepandaian manusia melebur logam khususnya besi menyebabkan manusia pada zaman berjaya mencipta perahu dan rumah.- Di sesetengah tempat, pada zaman ini telah muncul petempatan besar dan kota pertahanan. Petempatan besar ini kemudian berkembang menjadi bandar atau kota.- Manusia sudah pandai merekodkan peristiwa yang berlaku dalam bentuk tulisan.- Mengetahui cara-cara mengebumikan mayat dengan iringan bekalan kubur seperti tembikar, makanan, alatan besi dan sebagainya.- Alatan batu diganti dengan logam.- Pandai membuat tembikar daripada tanah liat dengan ukiran-ukiran yang cantik.

1

Page 2: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Latihan muka surat 5.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan “tamadun”?

- Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran seperti sosial, budaya, politik, ekonomi, serta

perkembangan pemikiran seperti sosial, budaya, plitik, ekonomi, perbandaran dan sebagainya.

2. Nyatakan maksud tamadun pada pandangan Islam.

Jawapan

- Tamadun bukan hanya pencapaian atau kejayaan manusia dalam pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga aspek rohaniah yang menjadi tunjang kepada ketamadunan menurut Islam.

Latihan muka surat 8.

1. Senaraikan ciri tamadun.

Jawapan

1. Petempatan kekal.2. Kehidupan berorganisasi.3. Sistem pemerintahan.4. Pengkhususan pekerjaan.5. Agama dan pekerjaan.6. Bahasa dan sistem tulisan.

2. Terangkan ciri-ciri tamadun awal manusia.

Jawapan

- Petempatan kekal – membawa kepada corak kehidupan yang sistematik.- Kehidupan berorganisasi – memastikan kestabilan dan kemakmuran.- Sistem pemerintahan – untuk menjadi panduan dalam menjamin kesjahteraan.- Pengkhususan pekerjaan – membawa kepada peningkatan dan perkembangan ekonomi.- Agama dan pekerjaan – manusia cuba memahami dan menyesuaikan kehidupan dengan alam sekelilig.- Bahasa dan sistem tulisan – penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan, pentadbiran.

2

Page 3: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

3. Mengapakah petempatan kekal menjadi ciri penting dalam proses pembentukan tamadun? Jawapan

Langkah permulaan untuk sesuatu masyarakat menumpukan kepada kegiatan pertanian, penternakan, struktur pemerintahan yang lebih teratur dan berorganisasi serta mempraktikkan ritual-ritual tersendiri dengan mendirikan rumah-rumah ibadat.

Mendorong kepada pertambahan penduduk akibat lebihan makanan dan hubungan dengan kawasan lain.

Membolehkan sesebuah masyarakat mempunyai masa untuk berfikir bagi menyesuaikan kehidupan mereka.

Manusia sentiasa berusaha untuk membaiki kehidupan mereka, dengan itu, mereka telah mencipta pelbagai ciptaan untuk memudahkan kehidupan harian mereka. Mereka juga berfikir bagaimana untuk mengatasi halangan/cabaran yang melanda hidup mereka seperti banjir, kemarau, cuaca panas/sejuk, dan sebagainya.

Membina sistem pengairan yang baik, mencipta roda, dan sebagainya.

Latihan dalam buku teks, muka surat 9.

1. Senaraikan tamdun awal yang terbentuk di lembah sungai.

Jawapan

Tamadun Mesopotamia – Sg. Tigris dan Sg. Euphrates (3500 S.M.) Tamadun Mesir Purba – Sg. Nil (3000 S.M.) Tamadun Indus – Sg. Indus (2500 S.M.) Tamadun Hwang Ho – Sg. Hwang Ho (1800 S.M.)

2. Mengapakah tamadun awal bermula di lembah sungai?

Jawapan Sungai sebagai sumber ekonomi asas. Sungai merupakan kawasan pertanian subur. Sungai sumber bekalan air untuk pertanian. Sungai sebagai sumber protein. Sungai mempunyai iklim yang sesuai. Kesuburan tanah.

Latihan dalam buku teks, muka surat 17.

1. Dimanakah terbentuknya tamadun Mesopotamia?

Jawapan Tamadun Mesopotamia terbentuk di antara dua batang sungai, iaitu Sungai Tigris dan Sungai

Euphrates. Kawasan ini dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagian timur laut, Dataran Tinggi Arab di

barat daya dan Teluk Parsi di bahagian selatan.

3

Page 4: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

2. Apakah peranan raja dalam sistem pemerintahan beraja di Mesopotamia?

Jawapan Raja sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota. Raja sebagai ketua pentadbir dan, ketua pendita serta berkuasa dalam hal-hal

keagamaan. Raja berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di zigurat serta

menentukan bentuk pentadbiran. Raja berkuasa terhadap soal tanah, percukaian, hasil pertanian dan perniagaan. Walaupun raja dianggap sebagai wakil tuhan tetapi masyarakat Mesopotamia tidak

menyembah raja, kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291 – 2255 S.M.).

3. Huraikan Kod Undang-Undang Hammurabi.

Jawapan

Digubal semasa pemerintahan Raja Hammurabi yang memerintah kerajaan Babylon. Undang-undang berteraskan hak rakyat terhadap keadilan. Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan yang berbeza mengikut susun lapis

masyarakat. Kod ini mengandungi 282 indang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar supaya

rakyat boleh membacanya. Undang-undang ini berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan rakyat pelbagai

kaum dan juga di kalangan susun lapis masyarakat. Undang-undang ini dapat mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam

masyarakat. Undang-undang ini membantu tamadun Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang

panjang, iaitu dari tahun 3500 S.M. – 539 S.M..

4. Senaraikan kegunaan tulisan dalam masyarakat Mesopotamia.

Jawapan Tulisan membawa kepada kewujudan sistem pendidikan yang bertujuan melahirkan

jurutulis. Kewujudan jurutulis membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan direkodkan. Kewujudan tulisan membolehkan semua urusan jual beli disertakan dengan resit, nota,

dan surat kredit. Tulisan melahirkan tradisi kesusasteraan seperti epik Gilgamesh yang merupakan hasil

kesusasteraan yang tertua di dunia yang mengandungi falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia.

Latihan dalam buku teks, muka surat 23.

4

Page 5: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

1. Senaraikan nama bandar yang menjadi pusat pemerintahan penting dalam kerajaan Mesir Purba.

Jawapan

Bandar Thinis. Bandar Memphis. Bandar Thebes.

2. Nyatakan peranan firaun dalam bidang pemerintahan dan agama.

Jawapan

Firaun adalah raja berkuasa mutlak dan dianggap suci. Ketua pendeta, pemilik semua tanah, ketua hakim, dan ketua pahlawan. Jawatan Firaun diwarisi secara turun-temurun. Firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus. Firaun digelar Raja Matahari kerana dipercayai anak Tuhan matahari iaitu Amon-Re.

3. Terangkan fungsi tulisan hieroglif.

Jawapan

Merekodkan segala aktiviti pertanian, percukaian. Tujuan keagamaan, amalan-amalan ritual dan kepercayaan.

4. Jelaskan pencapaian tamadun Mesir Purba dalam bidang perubatan.

Jawapan

Pengamal perubatan diberikan status tinggi oleh masyarakat Mesir dan berkhidmat di istana.

Kebolehan mengubati penyakit, memberikan rawatan kecantikan. Mengawetkan mayat menjadi mumia. Mahir dalam ilmu pembedahan.

Latihan dalam buku teks, muka surat 28.

1. Bagaimanakah tamadun Indus terbentuk?

Jawapan

Penduduk nomad membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus. Kesuburan tanah dan sumber air membentuk masyarakat pertanian yang bercucuk tanam

dan menternak binatang. Berjaya menyesuaikan diri dengan alam sekeliling dan membawa kepada pertambahan

jumlah penduduk. Penempatan kekal membentuk satu sistem perancangan bandar yang teratur.

2. Apakah keistimewaan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa dalam tamadun Indus?

5

Page 6: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Jawapan

Bandar terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian utama merupakan pusat keagamaan dan pentadbiran, tempat mandi awam digunakan untuk upacara ritual dan tempat penyimpanan hasil pertanian.

Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan. Dikelilingi oleh tembok-tembok. Bandar disusun atur dengan begitu rapi berasaskan blok-blok berbentuk segi empat. Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalan raya yang lurus. Sistem kumbahan yang terancang. Bandar dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan. Menggunakan batu-bata daripada tanah liat yang melalui proses pembakaran dengan

suhu yang tinggi untuk membina rumah. Pengetahuan mendalam dari aspek geometri, matematik dan kesenian.

3. Nyatakan sebab-sebab masyarakat Indus dapat membina bandar terancang.

Jawapan

Pengetahuan tinggi dalam ilmu geometri, matematik, kesenian dan teknologi pembakaran batu-bata.

Pengetahuan yang diperoleh hasil hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir.

Latihan dalam buku teks, muka surat 33.

1. Senaraikan tiga dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho.

Jawapan

Dinasti Hsia (2205 S.M. – 1766 S.M.) Dinasti Shang (1766 S.M. – 1050 S.M.) Dinasti Chou (1050 S.M. – 256 S.M.)

2. Mengapa Dinasti Shang mengalami kejatuhan?

Jawapan

Pemberontakan yang dilancarkan oleh golongan hamba yang tidak berpuas hati dengan kezaliman pemerintahan Dinasti Shang.

Menyebabkan suku kaum Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei mengambil kesempatan untuk menjatuhkan pemerintahan Shang dan menggantikan dengan Dinasti Chou.

3. Apakah fungsi tulang oracle dalam kehidupan masyarakat tamadun Hwang Ho?

Jawapan

Fungsi tulang oracle adalah sebagai alat untuk meramalkan sesuatu keadaan. Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan akan meletakkan tulang ini di atas api

sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.

4. Nyatakan fungsi tulisan ideogram.

6

Page 7: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Jawapan

Bentuk tulisan awal di China Pada awalnya digunakan dalam penilikan nasib berdasarkan rekahan-rekahan yang terdapat

pada tulang oracle. Bentuk tulisan ini asalnya berbentuk simbol dengan gambar seperti kanak-kanak, bulan,

matahari dan sungai. Tulisan ini kemudiannya berubah lepada bentuk yang lebih kompleks seperti yang terdapat

pada hari ini dan digunakan dalam bidang tulisan harian seperti buku dan media cetak dan diajar di sekolah-sekolah China.

5. Nyatakan sumbangan Dinasti Shang dalam bidang pertanian.

Jawapan

Membina sistem pengairan untuk pembangunan sektor pertanian. Sistem kawalan banjir diperkenalkan dan sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk

mengairi kawasan pertanian. Petani menggunakan teknologi pembajakan serta mencipta cangkul dan sabit. Batas-batas

untuk pertanian mula diperkenalkan pada masa pemerintahan Dinasti Shang. Peralatan pertanian telah dibuat menggunakan logam besi bagi menggantikan peralatan

daripada kayu

A. Soalan esei dalam buku teks, muka surat 36.

1. Sebelum terciptanya tulisan, manusia tamadun awal telah menggunakan pelbagai cara untuk menyimpan rekod.

a. Dengan mengambil contoh daripada tamadun awal dunia, nyatakan jenis sistem tulisan yang telah dicipta.

Jawapan

Tulisan cuneiform – tamadun Mesopotamia. Tulisan heiroglif – tamadun Mesir Purba. Tulisan piktograf – tamdun Indus. Tulisan ideogram – tamadun Hwang Ho.

b. Jelaskan kepentinagan tulisan pada ketika itu.

7

Page 8: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Jawapan

Merangsang kepada perkembangan pendidikan. Merekodkan semua urusan pentadbiran, seperti aktiviti pertanian, kutipan cukai, upacara

keagamaan dan amalan ritual kepercayaan. Menyertakan resit, nota dan surat kredit dalam urusan perniagaan. Kelahiran tradisi kesusasteraan seperti epik Gilgamesh yang mengandungi falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia. Merakam sejarah kegemilangan dan keagungan sesebuah tamadun dan menjadi sumber

sejarah yang amat berharga. Penilikan nasib seperti tulisan ideogram. Menulis titah perintah raja dan undang-undang seperti kod undang-undang Hammurabi. Asas kepada perkembangan ilmu pengetahuan seperti geometri, matematik, sains, astronomi, dan perubatan.

2. Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai “Hadiah daripada Sungai Nil”.

Buktikan penyataan di atas dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Jawapan

Tamadun Mesir dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean.

Sungai Nil berpuca daripada dua batang anak sungai, iaitu Sungai Nil Biru yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia dan Sungai Nil Putih yang bermula dari Tasik Victoria diUganda.

Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta padang pasir telah berjaya menukar kawasan gersang kepada dataran lanar yang subur.

Tanah lanar yang dibawa membentuk sebuah delta yang sangat subur untuk aktiviti pertanian dan petempatan manusia.

Kewujudan Sungai Nil merupakan nadi kepada kelahiran tamadun Mesir, kerana tanpa Sungai Nil, sudah pasti tidak wujud tamadun Mesir.

Bekalan air yang didapati daripada Sungai Nil berjaya mewujudkan komuniti-komuniti penduduk untuk menetap di situ.

Sungai Nil sebagai sumber air bagi aktiviti pertanian dan penternakan. Sistem kawalan banjir yang sistematik dibina bagi mengelakkan kemusnahan tanam-tanaman

pertanian. Pengangkutan dan perhubungan air yang teratur merupakan asas kepada pembentukan

tamadun Mesir. Peranan Sungai Nil sangat penting dan merupakan satu anugerah Tuhan kepada kewujudan

tamadun Mesir.

3. “Pemimpin cemerlang, negara gemilang.”

8

Page 9: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Raja dianggap sebagai pemimpin berwibawa yang menjadi pemangkin terhadap pembentukan sesebuah tamadun. Rasionalkan pendapat ini dengan mengambil contoh peranan raja dalam tamadun awal dunia.

Jawapan

Kebanyakan tamadun awal dunia meletakkan raja sebagai individu yang berada di puncak hierarki sosial dalam susun lapis masyarakat.

Raja dianggap sebagai ketua pentadbir, ketua hakim, ketua panglima, ketua paderi, dan mempunyai kuasa mutlak.

Sistem beraja dalam tamadun Mesopotamia adalah berbentuk teokrasi, raja berperanan sebagai ketua agama dan berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan penting di zigurat.

Raja berperanan sebagai penasihat dan berkuasa penuh ke atas soal tanah, percukaian, hasil pertanian dan perdagangan. Kesemua ini menunjukkan raja bertanggungjawab untuk memastikan kemajuan dan perkembangan tamadun di bawah kekuasaannya.

Raja Hammurabi contohnya, telah memperkenalkan kod undang-undang Hammurabi untuk dijadikan panduan dalam pemerintahan dan kehidupan harian.

Raja juga turut memberi sumbangan dalam bidang perubatan, pendidikan, ekonomi, pertahanan, perancangan bandar dan sebagainya. Contohnya Raja Sargon telah berjaya menyatupadukan seluruh Mesopotamia dan membentuk konsep empayar yang pertama di dunia.

Pembinaan perpustakaan di raja di bandar Niniveh oleh Ashurbanipal pula merupakan sumbangan yang amat penting dan merupakan khazanah negara yang tidak ternilai kepada generasi sekarang.

Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana pemerintahan begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya. Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya. Ini menunjukkan keperihatinan raja terhadap masyarakatnya.

Pembinaan pinut-pintu gerbang mencerminkan identiti negara kota dan menjadi lambang kemegahan dan mercu tanda sesebuah negara kota. Pembinaan pintu gerbang dibuat atas arahan raja untuk mencantikkan bandar, di samping untuk menanamkan taat setia lepada pemrintah. Ini adalah kerana di sebelah pintu gerbang tersebut ada terdapat patung raja yang menjadi simbol perpaduan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah.

Kota-kota pertahanan dibina untuk menjadi benteng prtahanan daripada ancaman musuh dan merupakan lambang kegigihan dan ketekunan raja bagi menjamin kelangsungan dan kecemerlangan sesebuah tamadun.

Pembinaan sistem pengairan amat penting bagi menjamin aktiviti pertanian dapat diusahakan secara berterusan. Raja berperanan sebagai arkitek dan penasihat dalam pembinaan sistem pengairan, saliran serta kawasan banjir. Pembinaan Taman Tergantung Babylon pula merupakan mercu tanda ketinggian dan kegemilangan aspek seni bina.

Pemerintahan Mesir telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukar kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian. Hal ini terbukti semasa firaun Senuusret III menjadi pemerintah, sebuah tembok pengairan sepanjang 123 meter telah diguna bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar. Ini membuktikan kebenaran bahawa pemimpin cemerlang, negara gemilang.

4. Dengan merujuk kepada struktur organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang, huraikan peranan yang dimainkan oleh setiap lapisan masyarakat dalam perkembangan tamadun Hwang Ho.

9

Page 10: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Jawapan

Dalam organisasi sosial Dinasti Shang, masyarakat dibahagikan kepada empat lapisan iatu:

I. Raja

Raja berperanan sebagai pemerintah berkuasa mutlak, mendapat kuasa hasil mandat daripada Tuhan dan tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka daripada keturunan pemerintah agama, berkuasa dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan agama.

Masyarakat China percaya sekiranya raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerintah direstui Tuhan. Mereka percaya bahawa pemerintah Shang akan kehilangan mandat sekiranya raja melakukan kezaliman ke atas rakyat. Kemurkaan Tuhan ini ditandai dengan berlakunya kejadian-kejadian seperti banjir, kemarau, dan peperangan yang berpanjangan.

Raja juga berperanan membahagikan tanah kepada golongan bangsawan yang bertanggungjawab untuk mentadbir wilayah tersebut.

II. Bangsawan – terdiri daripada pembesar dan pegawai-pegawai kerajaan. Golongan bangsawan mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar di dalam

wilayah yang dikurniakan oleh raja dan membentuk sistem pentadbiran sendiri seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang. Mereka juga mempunyai pasukan tenteranya sendiri dan bertanggungjawab melindungi golongan pembesar dan membantu raja sekiranya diperlukan untuk menentang musuh.

III. Golongan petani, artisan, pedagang Lapisan yang paling ramai adalah petani, artisan, dan pedagang. Golongan ini

berperanan dalam menghasilkan keperluan harian seperti makanan serta menghasilkan barang-barang seperti gangsa untuk dibuat senjata, perisai, hiasan dan sebagainya.

Kebanyakkan petani tinggal di kawasan luar bandar dan membekalkan makanan kepada penduduk bandar. Mereka merupakan tunggak ekonomi negara untuk menghasilkan barang makanan bagi menampung keperluan golongan atasan.

Golongan artisan pula berperanan mereka cipta pelbagai brangan tembaga seperti perhiasan, barang tembikar, bekas minuman dan makanan.

IV. Hamba Hamba berada di lapisan paling bawah dan kebanyakan mereka menjadi tentera

paksaan di samping membantu kerja-kerja perburuhan dan untuk tujuan korban dalam upacara pentembahan.

BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN

Latihan muka surat 42.

10

Page 11: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

1. Nyatakan ciri-ciri istemewa pemerintahan negara kota atau polis yang terdapat dalam tamadun Yunani.

Jawapan

- Negara kota dapat didefinisikan sebagai sebuah institusi politik yang merdeka dan bebas dalam menjalankan undang-undangnya sendiri lengkap dengan pasukan tentera dan berpusat di sebuah kota atau bandar serta mempunyai kedaulatannya sendiri. Masyarakat dalam setiap negara kota itu sentiasa bersatu padu serta sanggup mempertahankan negara kota mereka daripada ancaman negara kota lain. Dalam tamadun Yunani terdapat lebih kurang 150 buah negara kota, tetapi yang lebih menonjol ialah Athens dan Sparta.- Setiap negara kota mempunyai acropolis, iaitu puncak tertinggi yang menempatkan bangunan kerajaan dan keagamaan, agora merupakan tempat pertemuan rakyat dan pusat ekonomi bagi sesebuah negara kota.- Kawasan di luar kota merupakan kawasan pertanian yang menyediakan keperluan makanan kepada penduduk kota.- Setiap negara kota mempunyai Tuhan masing-masing dan purata penduduk setiap negara kota adalah kecil. Negara kota, Athens pada kemuncaknya hanya mempunyai penduduk 40 000 orang.- Negara kota berperanan memelihara ketertiban dalam menyusun masyarakat serta menjamin hak setiap rakyat di samping melindungi negara kota daripada ancaman luar.- Setiap negara kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan pertanian dan di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil dan istana.

2. Jelaskan peranan majlis pembandaran dalam tamadun Rom.

Jawapan

- Majlis Pembandaran Rom wujud pada abad kedua Masihi.- Majlis ini mempunyai kuasa tersendiri dalam menjalankan urusan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat Rom.- Majlis ini berperanan memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada penduduk bandar.- Antara peranannya, memastikan pengurusan dan perancangan bandar yang lebih terancang dan sistematik seperti menyediakan kemudahan bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, sarkas, tempat berdialog, rumah mandi awam dan istana.- Segala keperluan penduduk bandar disediakan oleh Majlis Pembandaran bagi memberikan keselesaan kepada penduduk bandar.

Latihan dalam buku teks, muka surat 45.

1. Nyatakan ciri-ciri sistem demokrasi yang diperkenalkan oleh Athens.

11

Page 12: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Jawapan

- Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis.- Semua warganegara lelaki Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun.- Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan dan setiap ahli Dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.- Segala keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis.- Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan Perhimpunan.-- Dewan Perhimpunan mempunyai kuasa penuh ke atas Majlis, Majistret dan Juri.

2. Nyatakan peranan Dewan Senat dan Dewan Perhimpunan dalam sistem Republik dalam tamadun Rom.

Jawapan

- Dewan Senat melantik dua orang konsul untuk sesuatu tempoh tertentu. Perlantikan dua orang konsul memastikan tidak ada di antara mereka yang lebih berkuasa.- Dewan Senat diwakili oleh golongan bangsawan bagi membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan.- Sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagai konsul, mereka biasanya seorang praeotor iaitu pemerintah tentera.- Di bawah Dewan Senat adalah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom.- Semua keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.

3. Nyatakan pengajaran yang boleh dicontohi daripada Maharaja Asoka.

Jawapan

- Peperangan akan membawa banyak kemusnahan, penderitaan dan kematian.- Penaklukan juga boleh dibuat secara diplomasi, contohnya melalui penyebaran agama Buddha.- Kemajuan dan kestabilan politik dalam sesebuah negara memerlukan satu bentuk pentadbiran yang cekap.- Pembentukan satu birokrasi pentadbiran amat perlu bagi melaksanakan dan melicinkan pentadbiran.- Kerjasama, tolak ansur dan toleransi perlu diperaktikkan dalam kehidupan supaya dapat menghindari dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.- Undang-undang dan peraturan merupakan satu cara kawalan sosial untuk menjamin kesejahteraan/keamanan negara.

4. Terangkan kedudukan raja dalam sistem pentadbiran berpusat dalam tamadun China.

Jawapan

12

Page 13: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Sistem pentadbiran pusat membolehkan raja menguasai semua wilayah dan membolehkan lahirnya konsep empayar.

Pembentukan empayar telah menukarkan status dan gelaran raja kepada maharaja. Penguasaan pusat yang kuat membolehkan raja membentuk satu sistem birokrasi yang teratur

terdiri daripada pegawai-pegawai yang dilantik oleh maharaja. Perlantikan pegawai berasaskan pencapaian mereka dalam peperiksaan awam yang

dikendalikan oleh sesebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Hon Kao Tsu.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 47.

1. Nyatakan undang-undang yang diperkenalkan oleh:

a. Tamadun Rom

Jawapan

Undang-undang tamadun Rom diperkenalkan oleh Maharaja Justinian yang mengasaskan empayar Byzantine. Dalam usaha untuk menyeragamkan undang-undang yang rumit, beliau telah memperkenalkan kod undang-undang Rom pada tahun 527 M. yang juga dikenali sebagai Undang-undand Justinian.

Sebelum Undang-undang Justinian diperkenalkan, terdapat undang-undang Rom pertama yang dikenali sebagai Hukum Kanun 12 yang dipahat pada kayu yang dikenali sebagai Papan Dua Belas dan diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat. Undang-undang ini diperkenalkan tahun 449 S.M.. Undang-undang Rom mengandungi tiga aspek utama, iaitu:

1. Undang-undang sivil.2. Undang-undang rakyat.3. Undang-undang natural (natiral law).

Prinsip-prinsip undang ini menegaskan bahawa:

1. Semua manusia sama di sisi undang-undang.2. Seseorang tidak bersalah sehimgga terbukti bersalah.3. Keadilan terhadap setiap individu.4. Hukuman berasaskan bukt yang cukup.

Prinsip undang-undang di atas menjadi asas kepada undang-undang yang terdapat pada hari ini.

b. Dinasti Maurya

Jawapan

13

Page 14: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Undang-undang dalam dinasti Maurya berasaskan titah perintah raja. Semua titah perintah raja akan diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan sungai supaya undang-undang tersebut dapat dibaca oleh rakyat.

Tiang-tiang tersebut dikenali sebagai Tiang Asoka kerana undang-undang tersebut dibuat semasa pemerintahan Maharaja Asoka dan undang-undang tersebut mementingkan kesejahteraan dan keadilan rakyat.

c. Dinasti Chin

Jawapan

Dinasti Chin memperkenalkan undang-undang yang berasaskan dua prinsip utama, iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif. Undang-undang ini digubal dan diperkenalkan oleh ahli falsafah bernama Han Fei Tzu. Mengikut falsafah ini, undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia dan dalam menjalankan undang-undang tidak harus wujud belas kasihan.

Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara dalam semua keadaan. Ini adalah perlu untuk membendung tindakan liar manusia dan oleh itu raja mesti memiliki kuasa yang utuh. Undang-undang ini berteraskan falsafah legalisme.

2. Jelaskan perbezaan prinsip undang-undang berasaskan falsafah legalisme dengan prinsip undang-undang berasaskan Confucius dalam tamadun China.

Jawapan

- Legalisme berasaskan penguatkuasaan undang-undang yang tegas bagi menjamin keharmonian negara. Undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia. Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan.- Confucius menekankan keperluan membentuk budi pekerti baik dalam menjaga keharmonian manusia dan masyarakat serta tidak mementingkan kekerasan.

3. Secara berkumpulan, bincangkan kepentingan sistem undang-undang pada zaman Rom, Maurya dan Chin.

Jawapan

Kepentingan undang-undang zaman Rom.

Mewujudkan keseragaman undang-undang bagi membentuk kehidupan yang aman dan sejahtera.

Menjamin keadilan undang-undang terhadap semua rakyat Rom, hukuman berasaskan bukti yang kukuh.

Memastikan semua rakyat Rom mengetahui undang-undang yang dikuatkuasakan dan diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat.

Membentuk undang-undang bertulis yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada hakim-hakim.

Kepentingan undang-undang zaman Maurya.

Undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah diraja. Menjamin kesejahteraan rakyat dan pemerintahan yang adil.

14

Page 15: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Memastikan rakyat mengetahui titah perintah raja yang diukir di tiang batu yang didirikan ditepi jalan untuk tatapan rakyat yang dikenali sebagai Tiang Asoka.

Kepentingan undang-undang zaman Chin.

- Mengawal tingkah laku manusia dan hukuman berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman berat dan bersifat kolektif.- Undang-undang berteraskan falsafah legalisme menekankan penguatkuasaan undang-undang yang tegas bagi mengawal tindak tanduk manusia, dan dalam menguatkuasakan undang-undang tidak harus wujud belas kasihan.- Undang-undang Confucius pula menekankan raja perlu mempunyai pekerti yang baik bagi menjaga keharmonian masyrakat.

Latihan dalam buku teks, muka surat 50.

1. Nyatakan sumbangan Alexander the Great dalam perluasan empayar Yunani.

Jawapan

Meneruskan usaha-usaha perluasan kuasa selepas kematian ayahnya Raja Philip II. Berjaya meluaskan empayar Yunani sehingga ke wilayah jajahan Parsi, Mesir, Lembah Tigris

dan Euphrates, serta lembah Indus. Muncul bandar-bandar dan pusat ilmu pengetahuan, kebudayaan baru, iaitu bandar

Iskandariah di Mesir. Menyebarkan kebudayaan hellenistik – campuran kebudayaan Yunani dan Parsi.

2. Senaraikan faktor yang menyebabkan Dinasti Maurya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya berjaya meluaskan kuasanya.

Jawapan

Kejayaan menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seluicid di Syria dan kawasan sempadan India Barat.

Wujud pemerintahan pusat yang kuat. Penubuhan unit-unit perisik khas untuk memastikan tidak berlaku sebarang penentangan

terhadap kuasa pusat. Pembahagian wilayah kepada beberapa bahagian utama yang diketuai oleh wizurai. Menyatupadukan beberapa buah kerajaan kecil di utara India dan menjadikan Pataliputra

sebagai ibu kota pemerintahannya. Mempunyai pasukan tantera yang besar iaitu 600 ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda, dan

10 000 orang tentera infantri.

Latihan dalm buku teks, muka surat 53.

1. Mengapakah Athens memberikan tumpuan kepada kegiatan ekonomi perdagangan?

15

Page 16: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Jawapan

Keadaan geografi yang bergunung-ganang tidak sesuai untuk pertanian. Athens menjadi pusat pengumpulan barangan keperluan yang datang dari Timur. Terletak di kawasan yang berhampiran dengan jalan laut utama/kawasan persisiran pantai.

2. Apakah tujuan penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan pada Zaman Vedik dalam tamadun India?

Jawapan

Persatuan perdagangan dikenali sebagai sresthin. Antara persatuan tersebut termasuklah persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit. Tujuannya adalah untuk mengawal harga dan kualiti barangan serta gaji pekerja.

3. Senaraikan sumbangan tamadun China terhadap kemajuan pertanian.

Jawapan

Memperkenalkan tenggala untuk membuat batas tanaman. Kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong

beroda. Sistem tanaman bergilir untuk menjaga kesuburan tanah. Membuat teres di kawasan berbukit untuk tanaman. Sistem pengairan untuk sektor pertanian. Sistem kawalan banjir yang sistematik.

Latihan dalam buku teks, muka surat 63.

1. Apakah usaha-usaha oleh pemerintah Athens untuk mengembangkan bidang pendidikan?

Jawapan

Melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari sudut rohani dan jasmani. Pendidikan sukan, muzik, kesusasteraan, seni orator, membaca dan menghafal dititikberatkan. Menubuhkan banyak sekolah sehingga banyak melahirkan golongan sofis serta, ahli falsafah

seperti Plato, Aristotle dan Socrates.

2. Apakah sumbangan Herodotus dalam bidang sejarah?

Jawapan

Herodotus merupakan Bapa Sejarah di samping ahli falsafah yang terkenal. Menghasilkan karya History of Persians Wars.

3. Jelaskan pencapaian seni bina:

a. Kompleks kuil di Gua Ellora dalam tamadun India.

16

Page 17: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Jawapan

Terdapat 28 buah kuil gua yang dibina antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi. Kuil ini memperlihatkan seni bina Buddha yang menampakkan kemahiran menggunakan elemen geometri, iaitu bentuk segi empat dan bulat.

b. Kuil Pantheon.

Jawapan

Binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia, iaitu bergaris pusat 44 meter. Dibina pada zaman Maharaja Hadrian (117-138M.) dan berfungsi sebagai tempat

memuja serta menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.

4. Senaraikan perkembangan sains dan teknologi dalam tamadun China dari zaman Dinasti Chin (tahun 221 S.M.) hingga zaman empayar Han (tahun 200 M.)

Jawapan

Pembuatan kertas, tembikar, layar perahu dan kapal. Konsep keseimbangan dua kuasa, iaitu Yang (kuasa aktif) dan Yin (kuasa pasif) yang

menjadi asas kepada perubatan tradisional China.

5. Apakah kepentingan bahasa Sanskrit pada Zaman Vedik dalam taadun India?

Jawapan

Bahasa yang mempengaruhi perkembangan dalam bidang penulisan dan kesusasteraan seperti kitab veda, epik, sejarah, sajak.

Mempengaruhi sastera agama Hindu dan Buddha antaranya epik Ramayana dan Mahabrata. Bahasa Sanskrit kemudiannya melahirkan bahasa Hindu, Urdu, Punjabi dan Kasmiri.

6. Terangkan sistem sosial dalam tamadun berikut.

a. Yunani

Jawapan

Sistem sosial tamadun Yunani, iaitu Athens terbahagi kepada tiga kumpulan utama.- Warganegara.- Bukan warganegara.- Golongan hamba.

Warganegara mempunyai hak berpolitik dalam negara kota sementara golongan kedua dan ketiga tidak memiliki hak tersebut.

Negara kota Sparta terbahagi kepada sistem sosial.- Warganegara tulen- Pekerja, artisan, pedagang.- Golongan Helot yang mengusahakan tanah dan merupakan golongan majoriti.

b. Rom

Jawapan

Sistem sosial di Rom dapat dibahagikan kepada – warganegara Rom, bukan warganegara, hamba.

17

Page 18: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Warganegara Rom merupakan mereka yang terdiri daripada orang Rom dan bukan warganegara ialah penduduk yang ditakluki.

Latihan dalam buku teks, muka surat 68.

1. Jelaskan maksud Hukum Karma dalam agama Hindu.

Jawapan

Hukum Karma merupakan kepercayaan penganut agama Hindu Yang berkait dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati.

Kelahiran semula adalah bergantung pada Karma dan tujuan hidup pula adalah untuk mencapai Moksya iaitu kebebasan mutlak.

Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia.

Seseorang perlu berbuat baik semasa hidupnya agar dapat mencapai Moksya.

2. Lakarkan dan labelkan lokasi tempat kemunculan agama dan ajaran

A. Soalan Esei dalam buku teks, muka surat 70.

1. Alexander the Great - Empayar Yunani Julius Caeser - Empayar RomShih Huang Ti - Empayar ChinaAsoka - Empayar Maurya

Senarai tokoh di atas terkenal dalam sejarah dunia kerana sumbangan mereka dalam perluasan kuasa dan pembentukan empayar.

a. Huraikan ketokohan dan kewibawaan seorang daripada mereka.

Jawapan

Alexander the Great – Empayar Yunani

Merupakan penakluk dan meneruskan usaha ayahnya Raja Philip II membentuk empayar yang luas.

Menawan Parsi, Mesir, Turkistan, Samarkand, dan seluruh kawasan Laut Mediterranean.

Berusaha menyatukan benua Asia dan Eropah berdasarkan kebudayaan Hellenistik (campuran kebudayaan Yunani dan Parsi).

Menyebarkan kebudayaan Hellenistik dan menjadikan bandar Iskandariah sebagai pusat ilmu pengetahuan utama.

Julius Ceaser – Empayar Rom.

Dilahirkan pada 100 S.M. dan terkenal sebagai ketua tentera yang agung kerana kejayaan beliau dalam beberapa peperangan. Pada tahun 62 S.M. beliau telah dilantik menjadi praeotor dan pada tahun 59 S.M. beliau dilantik menjadi konsul.

Berjaya menjadikan Rom sebuah empayar yang kuat dan berjaya membentuk sistem pentadbiran pusat yang kuat.

Menamatkan sistem republik di Rom dan menggantikannya dengan diktator. Menguasai

18

Page 19: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

angkatan tentera dan Senat serta menggunakan gelaran maharaja. Jajahan taluk Rom merangkumi Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Britain, dan

beberapa kawasan di Jerman.

Shih Huang Ti – Dinasti Chin

Beliau berjaya menyatupadukan seluruh kerajaan kecil di China. Beliau melaksanakan pemerintahan autokratik, iaitu tegas dan berkuasa mutlak.

Antara sumbangan beliau ialah pembinaan Tembok Besar China yang bertujuan untuk mempertahankan serangan orang Hun (nomad) yang sering mengancam empayarnya. Tembok Besar China berukuran lebih kurang 5000 kilometer dan lebarnya 4.5 meter hingga 9 meter serta ketinggiannya mencapai 7.5 meter.

Pembinaannya menggunakan tenaga manusia yang ramai, iaitu lebih daripada 30 000 orang. Semasa pemerintahan Shih Huang Ti, empayarnya merangkumi sebahagian besar wilayah Szechuan hingga ke Vietnam. Beliau memakai gelaran maharaja dan menghapuskan sistem feudal untuk mengukuhkan sistem kerajaan pusat.

Semua gabenor yang mentadbir wilayah-wilayah dalam empayar China dilantik oleh Shih Huang Ti dan bukan lagi diwarisi oleh golongan bangsawan.

Beliau mengamalkan sistem undang-undang yang tegas dan ketat berasaskan fahaman legalisme yang berjaya mengawal pentadbiran seluruh empayarnya. Ini menyebabkan buku-buku Confucius dibakar kerana bertentangan dengan dasar undang-undang yang diamalkan semasa pemerintahannya.

Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pemerintahan atau pemtadbiran birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja. Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam.

Asoka - Dinasti Maurya

Pemerintah Maurya yang tidak menekankan kekuatan tentera sebagai asas untuk memperluaskan kuasa, sebaliknya, menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk meluaskan pengaruh dan kedudukan empayar Maurya. Dasar ini dikaitkan dengan memberikan penekanan kepada ajaran Buddha. Keadaan tersebut wujud akibat daripada Perang Ketiga yang yelah mengorbankan ribuan tentera.

Semasa pemerintahan Asoka, segala titah perintah dan undang-undang diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi-tepi jalan supaya undang-undang tersebut dapat dibaca oleh rakyat. Tiang tersebut dikenali sebagai Tiang Asoka dan beliau sentiasa berpegang kepada konsep kesejahteraan rakyat dan konsep keadilan.

Beliau telah berusaha menyebarkan agam Buddha secara aman dan bukan secara ketenteraan dengan menghantar utusan-utusan Sri Lanka, Asia Barat, Mesir dan Eropah Timur. Hubungan diplomatik juga dilaksanakan dengan kerajaan Mesir, kerajaan Chola dan sebagainya.

b. Terangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan pemerintahannya.

Jawapan

Golongan bangsawan telah dihapuskan dan digantikan dengan pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik untuk mentadbir wilayah-wilayah dalam empayar. Sistem feudal cuba dihapuskan oleh Shih Huang ti, sokongan bangsawan telah dilumpuhkan dengan memindahkan mereka ke wilayah lain.

19

Page 20: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Kuasa kerajaan pusat semakin mantap, pengaruh golongan bangsawan semakin merosot. Pembakaran buku-buku Confucius kerana bertentangan dengan amalan Shih Huang Ti yang mengamalkan undang-undang legalisme.

Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sangat tegas bagi membendung kebangkitan rakyat menetang sistem pemerintahannya. Bagi mengatsi masalah pemberontakan rakyat, Shih Huang Ti melantik pemerhati diraja bagi membuat laporan dan mengawasi pergerakan dan pentadbiran wilayah.

Bagi mengatasi ancaman dari luar, Shih Huang Ti membina Tembok Besar China bagi menghalang serangan orang gasar. Pembinaan Tembok Besar ini telah dapat menyelamatkan negeri China daripada ancaman musuh.

Bagi menguatkan penguasaan sistem pentadbirannya dalam kerajaan pusat, Shih Huang Ti telah memperkenalkan satu sistem kakitangan awam yang dilatih dan dilantik untuk menjawat jawatan gabenor di wilayah-wilayah. Sistem peperiksaan awam diperkenalakan untuk memilih pegawai-pegawai yang layak untuk dilantik sebagai gabenor di wilayah.

Pemusatan kuasa merupakan matlamat utama dalam Dinasti Chin, maharaja akan dibantu oleh penasihat-penasihat yang berpengaruh seperti Canselor yang menjadi penasihat utama maharaja dan Marshall sebagai setiausaha maharaja yang bertanggungjawab dalam bidang ketenteraan.

2. Huraikan ciri-ciri perbezaan sistem pemerintahan dan pentadbiran antara Yunani dan Rom.

Jawapan

- Yunani (Athens dan Sparta)

Athens

Sistem beraja (monarki) – raja dibantu oleh konsul, raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.

Oligarki – kuasa pemerintahan terletak dalam tangan beberapa orang konsul. Aristokrasi – pemerintahan oleh golongan bangsawan yang kaya. Diktator (tirani) – pemerintahan yang zalim, berkuasa mutlak, memperlihatkan kekuasaan

digunakan dengan sewenang-wenangnya, terdiri daripada golongan kaya atau tentera. Demokrasi – tedapat Dewan Perhimpunan dan Majlis, semua warganegara lelaki dewasa

diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun, Dewan Perhimpunan bersidang tiga kalli dalam sebulan, setiap ahli Dewan boleh mengemukakan cadangan, segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis, Ahli Majlis, Majistret dan Juri yang telah dilantik oleh Dewan.

Sparta

Amalkan sistem pemerintahan tentera. Anak lelaki dilatih untuk jadi askar yang baik dan melahirkan tentera yang mempunyai

semangat patriotik yang tinggi.

- Rom

Sistem beraja – berkuasa mutlak, keturunan Etruscan. Republik – tiada pemerintah berkuasa mutlak, kuasa tertinggi terletak pada dua orang

konsul yang dilantik oleh Dewan Senat untuk sesuatu tempoh. Dua orang konsul yang menyebabkan tidak ada yang lebih berkuasa. Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang diwakili golongan bangsawan bagi

membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan. Di bawah Dewan Senat adalah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat

Rom. Segala

20

Page 21: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

keputusan dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan.

3. Kemuncak kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada zaman pemerintahan Asoka.

(a) Huraikan kemunculan empayar Maurya

Jawapan

Empayar Maurya diasaskan oleh Chnadragupta Maurya apabila beliau berjaya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India dari tahun 321 – 185 S.M.

Pembentukan empayar Maurya ini telah mengubah status raja kepada maharaja. Empayar Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu

Kush dan ibu kotanya terletak di Patalipura. Kemunculan empayar Maurya adalah disebabkan oleh kejayaan Chandragupta

Maurya menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seleucid di Syria dan kawasan sempadan India Barat. Mempunyai pasukan tentera yang besar iaitu 600 ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda dan 10 000 orang tentera infantri.

(b) Mengapakah Dinasti Maurya runtuh.

Jawapan

Dinasti Maurya merosot selepas kematian Asoka tahun 232 S.M.. Empayar Maurya berpecah belah akibat ketidakcekapan pemerintah selepas Asoka dan

perebutan kuasa sesama sendiri. Wilayah-wilayah yang jauh daripada pusat pemerintahan membebaskan diri daripada

penguasaan kerajaan pusat. Berlaku banyak pemberontakan oleh ketua-ketua tempatan. Tentangan daripada golongan Brahmin yang tidak berpuas hati dengan dasar-dasar

pemerintahan Asoka, yang menjadikan agama Buddha sebagai dasar pemerintahan negara dan mengabaikan golongan Brahmin.

Kelemahan kerajaan pusat menyebabkan timbulnya banyak kekacauan dan menjejaskan keupayaan tentera untuk mengembalikan keamanan.

Kerajaan pusat tidak berupaya memperoleh cukai daripada wilayah-wilayah dan ini menjejaskan usaha-usaha pembangunan negara sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat.

Empayar Maurya berkhir dengan pembunuhan Maharaja Birhadratha dan diganti dengan Dinasti Sunga, tetapi dinasti baru ini hanya berkuasadi sekitar Pataliputra sahaja.

Keagungan tamadun India hanya muncul kembali setelah kemunculan empayar Gupta kemudiannya.

4. Dinasti Chin dan Dinasti Han merupakan dua buah dinasti yang terkenal dalam tamadun China.

(a) Bincangkan sumbangan Dinasti Han dan Dinasti Chin dalam bidang falsafah dan pendidikan.

Jawapan

Pendidikan sangat penting dalam proses perkembangan tamadun manusia. Pendidikan didalam kedua-dua dinasti lebih menumpukan kepentingan untuk mengisi jawatan dalam pentadbiran.

Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap iaitu Hsiu Tai setaraf dengan ijazah pertama yang dijalankan di daerah-daerah China. Tahap kedua Chun – Jen setaraf dengan sarjna yang diadakan di ibu kota daerah, dan tahap ketiga Chin Shih setaraf

21

Page 22: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

dengan doktor falsafah dan dijalankan di ibu kota empayar, bertempat di istana dan di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga layal menjadi pendidik.

Peperiksaan awam tahap pertama diaidakan dua kali dalam tempoh tiga tahun peperiksaan awam tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali.

Untuk menyatupadukan negara China, Dinasti Chin telah memperkenalkan satu sistem tulisan yang sama untuk seluruh China.

Perkembangan falsafah bermula pada zaman Dinasti Handan falsafah yang penting pada zaman tersebut adalah Confucianisme dan Taoisme. Confucianisme dijadikan agama rasmi Empayar Han. Karya-karya Confucius menjadi bahan kajian utama di sekolah-sekolah dan menjadi asas peperiksaan perkhidmatan awam dalam memilih pegawai-pegawai baru dalam pentadbiran. Pengaruh Confucianisme yang meluas telah mewujudkan kumpulan cerdik pandai yang sangat berpengaruh dalam bidang pentadbiran.

Falsafah peperangan juga dihasilkan pada zaman Dinasti Han oleh seorang penulis bernama Sun Tzu. Beliau mengarang sebuah buku mengenai strategi peperangan iaitu “The Art of War” yang menjadi rujukan dan pedoman dalam menghadapi peperangan dan kajian oleh akademi ketenteraan seluruh dunia.

Dinasti Chin menekankan falsafah legalisme yang diperkenalkan oleh Han Fei Tzu menyarankan bahawa undang-undang yang tegas perlu untuk mendisplinkan rakyat. Falsafah ini percaya undang-undang yang tegas dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban dlam masyarakat.

Falsafah lain ialah Mencius yang berpendapat manusia berakhlak baik dan menjadi sebaliknya kerana pengaruh alam sekitar.

(b) Huraikan perkembangan seni bina yang terdapat dalam tamadun China.

Jawapan

Dalam tamdun China reka bentuk dan seni binanya agak unik dan berlainan daripada tamadun lain. Salah satu seni bina yang mengagumkan dunia adalah pembinaan Tembok Besar China yang berukuran lebih kurang 5000 km panjang. 4.5 meter hingga 9 meter lebar, dan 7.5 meter tinggi.

Pembinaan tembok ini dimulakan oleh Maharaja Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin bertujuan untuk menghalang serangan orang-orang Hun (nomad).

Semasa Dinasti Ming, tembok tersebut telah disambung sehingga 6400 km panjang dan pembinaan tembok ini menggunakan tenaga pekerja yang melebihi 30 000 orang.

Tamdun China juga memperlihatkan kemajuan dalam membuat tembok-tembok daripada batu-bata dan tanah liat di kawasan bandar seperti Cangan, Anyang, Peking dan Loyang. Di kampung-kampung terdapat tembok yang dibina daripada tanah lumpur. Setiap tembok ini mempunyai pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara yang tinggi.

Kesemua ciptaan seni bina tersebut digunakan untuk tujuan keselamatan dan menghalang

22

Page 23: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

ancaman daripada pihak musuh. Kawasan kediaman maharaja dibina berasingan dengan tembok yang tinggi dan sebuah istana

maharaja yang masih kekal hingga kini, iaitu Kota Larangan yang mempunyai dewan dan taman.

Untuk seni bina yang penting masalah kuil dan pagoda. Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tamu dan pusat pemujaan.

Bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar manakala pagoda pula mempunyai bentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Pagoda mempunyai bentuk oktagon atau segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bergantung pada tempat didirikan.

5. Setiap tamadun mempunyai organisasi sosialnya tersendiri.

a. Bandingkan organisasi sosial antara masyarakat Athens dengan masyarakat Sparta.

Jawapan

Organisasi sosial masyarakat Athens terbahagi kepada tiga kumpulan utama.

- Wargenegara- Bukan warganegara- Golongan Hamba

Warganegara Athens mementingkan kebebasan diri dan hak-hak individu, dan berfikiran terbuka secara logik.

Terlibat secara aktif dalam soal-soal pemerintahan negara (sistem demokrasi). Organisasi sosial masyarakat Sparta terbahagi kepda tiga kumpulan utama.

- Warganegara Sparta tulen- Pekerja, artisan, pedagang- Helots – yang mengusahakan tanah dan golongan majoriti

Menekankan kepada sumbangan setiap lapisan masyarakat bagi menjamin ketenteraman negara kota.

Kanak-kanak lelaki yang sihat diberikan latihan ketenteraan dari kecil bagi membolehkan mereka menjadi anggota tentera yang berdisiplin dan patuh kepada negara.

Disiplin yang ketat dan latihan yang lasak membolehkan Sparta melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi.

b. Mengapakah organisasi sosial bagi masyarakat dalam tamadun India dikatakan unik?

Jawapan

Dikaitkan dengan agama Hindu dan pembahagian sosial di kalangan masyarakat ke dalam lapisan-lapisan yang tertentu.

Pembahagian masyarakat lebih menitikberatkan perbezaan warna kulit antara orang-orang Dravidia dan orang-orang Indo-Aryan.

Keadaan atau perbezaan warna kulit menyebabkan timbulnya sistem kasta yang mendominasi sistem sosial dalam tamadun India.

Pembahagian masyarakat ini diterajui oleh golongan Brahmin (terlibat dalam ritual keagamaan, Ksyatriya (golongan hulubalang), Vaisya (golongan pedagang dan peniaga), Sudra (petani) dan golongan yang berkhidmat kepada ketiga-ketiga golongan di atas). Pembahagian masyarakat berdasarkan sistem kasta mengukuhkan agama Hindu. Kedudukan seseorang dalam kasta tertentu menentukan peranan dan fungsi individu dalam masyarakat. Sistem kasta dalam tamadun India agak rigid dan menghalang pergerakan seseorang individu dari satu kasta ke kasta yang lain.

6. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang membolehkan sesuatu tamadun meningkat 23

Page 24: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

dan terus berkembang?

Jawapan

Kestabilan politik – pemimpin yang berwibawa dan dinamis. Hubungan dengan tamadun lain – perdagangan, diplomatik. Perkembangan pemikiran dan kemahiran – agama, pendidikan, falsafah, sains dan

teknologi. Perkembangan ilmu pengetahuan. Penjajahan/penaklukan wilayah/negara.

BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

LATIHAN DAN AKTIVITI

Latihan dalam buku teks, muka surat 74.

1. Berdasarkan sumber dari China, nyatakan pendapat anda tentang kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara.

Jawapan

- Sumber dari China menyatakan tentang kewujudan kerajaan Funan pada pertengahan abad ketiga. Membuktikan kerajaan Funan ialah kerajaan terawal wjud di Asia Tenggara – berkemugkinan telah wujud sejak abad kedua Masihi.- Data arkeologi menunjukkan jumpaan seni arca berunsur Hindu dan Buddha yang langgamnya dipengaruhi oleh langgam seni arca Amaravati dri India.- Wujud hubungan perdagangan dan diplomatik antara kerajaan awal Asia Tenggara dengan China

24

Page 25: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

berdasarkan jumpaan artifak gendang gangsa Dongson di Vietnam Utara, di Batu Buruk, Besut (Terengganu) dan di Sungai Tembeling (Pahang).- Sumber dari China mencatatkan Kang Tai dan Chu Ying pernah dihantar sebagai Utusan China ke Funan pada tahun 245-250 Masihi. Raja Funan pada masa itu bernama Kaundinya atau Houen- Tien dalam sebutan China.- Sejarawan G. Coedes menyatakan Funan ialah kerajaan Melayu tertua di Asia Tenggara yang muncul pada abad pertama Masihi.- G. Coedes berpendapat karajaan Melayu kedua tertua ialah Champa yang wujud pada sekitar abad kedua dan dikenali sebagai LinYi. Pada abad ketujuh, barulah kerajaan ini dikenali sebagai Champa.

2. Apakah bukti yang menunjukkan perdagangan maritim telah berkembang di Asia Tenggara pada abad ke lima Sebelum Masihi?

Jawapan

- Wujud hubungan perdagangan antara Rom dengan kawasan penempatan Asia Tenggara. Ini dibuktikan dengan persamaan artifak manik yang dijumpai di Kuala Selinsing (Perak) Kota Tinggi dan Muar (Johor) serta di pantai barat dan selatan Thailand.- Berperanan sebagai pembekal bahan mentah seperti timah untuk diproses menjadi gangsa Dongson, dan juga sebagai pelabuhan pembekal kerana terletak berhampiran dengan sungai.- Perdagangan maritim berkembang seiring dengan kemahiran dalam pembuatan kapal layar dan perahu.- Bukti arkeologi seperti jumpaan manik dan tembikar mununjukkan bahawa perdagangan maritim di Asia Tenggara telah berkembang semenjak abad kelima Sebelum Masihi.

3. Senaraikan faktor yang membawa kepada kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara.

Jawapan

- Kedudukan dan lokasi yang strategik, laluan perdagangan antarabangsa di antara India dan China.- Mempunyai pelabuhan entrepot, pelabuhan pembekal – pusat perdagangan, pusat pengumpulan dan penyebaran barang-barang dagangan.- Hubungan perdagangan, diplomatik, dan keagamaan dengan tamadun China dan India.- Mempunyai bahan mentah dan bahan logam yang banyak untuk tujuan perdagangan. - Kawasan yang subur untuk aktiviti pertanian.- Jaminan keselamatan untuk perdagangan.

Latihan dalam buku teks, muka surat 77.

1. Senaraikan tiga ciri utama kerajaan agraria.

Jawapan

- Menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai.

25

Page 26: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

- Terletak dan terbentuk di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai, kawasan pedalaman dan berbukit serta dilereng-lereng gunung berapi.- Pembinaan sistem pengairan yang baik.

2. Senaraikan hasil kegiatan ekonomi kerajaan agraria.

Jawapan

- Padi sawah dan padi huma.- Jagung, keledek, pisang.- Hasil-hasil hutan seperti damar, kayu gaharu, cendana.- Penternakan lembu, kerbau, kambing, ayam.- Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai.

3. Jelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada kemajuan pertanian agraria.

Jawapan

Kawasan pertanian yang subur. Sistem pengairan yang baik. Pemerintah/raja yang mengambil inisiatif dalam pembinaan sistem pengairan/terusan untuk

kemajuan pertanian. Bekalan air yang mencukupi untuk kegiatan pertanian/keperluan harian. Sumber protein (ikan) dan iklim panas lembap sepanjang tahun sesuai untuk aktiviti pertanian. Sistem pengangkutan/perhubungan sungai yang baik dan teratur.

4. Mengapakah Tasik Tonle Sap penting kepada masyarakat Angkor?

Jawapan

Membekalkan sumber air untuk pertanian dan minuman. Membekalkan sumbber makanan atau protein (ikan kepada penduduk). Sistem kawalan banjir yang sistematik. Mendapan tanah sungai yang subur untuk aktiviti pertanian. Alat perhubungan dan pengangkutan utama.

Latihan dalam buku teks, muka surat 83.

1. Nyatakan tiga ciri utama kerajaan maritim.

Jawapan

Menjalakan kegiatan ekonomi berasaskan kegiatan perdagangan dan kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan.

Terletak berhampiran dengan kawasan persisir pantai, lembah sungai dan kepulauan. Penduduk terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan pedagang luar. Penggunaan lebih daripada satu bahasa, tetapi bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan

atau lingua franca.

26

Page 27: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Menjadi pelabuhan pembekal, pelabuhan kerajaan dan akhirnya menjadi pelabuhan entrepot apabila menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan besar seperti China dan India.

Menyediakan pelbagai kemudahan perdagangan di pelabuhan seperti tempat menyimpan barang, kawasan berniaga, ruang membaiki kapal, tempat penginapan, kemudahan memunggah dan mengangkut barangan dari kapal, serta keselamatan para pedagang.

Barang dagangan merupakan hasil rempah ratus, hasil hutan, ubat-ubatan tradisional, damar, rotan, beras, hasil logam dan pusat pengumpulan barangan dari kawasan pedalaman dan kepulauan yang berhampiran.

2. Jelaskan peranan pelabuhan kerajaan maritim.

Jawapan

Pelabuhan kerajaan – asalnya merupakan pelabuhan pembekal. Berubah menjadi pelabuhan kerajaan apabila petempatan tersebut berkembang dan menjadi sebuah negeri. Berperanan membwkalkan segala barangan yang diperlukan ke[ada pedagang yang singgah di pelabuhan seperti rempah, timah, emas, hasil-hasil hutan dan laut serta makanan.

Mempumyai kedudukan yang strategik. Pelabuhan kerajaan kemudian menjadi pelabuhan entrepot, iaitu pelabuhan yang berperanan membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluknya kepada pedagang-pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya.

Pelabuhan entrepot juga berperanan membeli barangan daripada pedagang antarabangsa dan mengedarkannya kepada pedagang yang datang dari pelabuhan sekitarnya dan kawasan takluknya.

3. Mengapakah penduduk kerajaan maritim mampu menjadi pelaut yang hebat?

Jawapan

- Didorong oleh semngat untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat luar.- Mempunyai kemahiran membuat perahu dan perahu layar untuk perdagangan.- Perahu yang dibina mempunyai keupayaan untuk pelayaran jarak jauh kerana penggunaan kayu-kayan yang baik untuk membuat perahu.- Mempunyai kemahiran untuk mengetahui kaedah menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit.

4. Terangkan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan Srivijaya untuk menjadi kuasa maritim utama di Asia Tenggara.

Jawapan

- Menediakan satu angkatan laut yang besar dan kuat yang dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat termasuklah orang laut. Fungsi orang laut adalah untuk mengawal perdagangan di Selat Melaka dan memastikan pedagang serta barang dagangan yang dibawa selamat sampai ke pelabuhan.- Pemerintahan Srivijaya juga melakukan dasar perluasan kuasa terhadap kawasan-kawasan berhampiran seperti menakluki Kedah Tua dan Jambi. Penguasaan terhadap negeri-negeri ini

27

Page 28: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

mebolehkan Srivijaya menguasai perdagangan di Asia Tenggara serta laluan perdagangan antarabangsa di Selat Melaka dan Selat Sunda.- Berkemampuan menghasilkan kapal-kapal yang besar sebagai kapal dagang atau untuk kegunaan Orang Laut.- Menyediakan kemudahan untuk pedagang-pedagang yang singgah serperti tempat membaiki kapal, tempat menyimpan barangan, tempat tinggal, tempat berniaga, serta makanan dan bekalan air.- Melantik pegawai yang bertanggungjawab dalam segala hal yang berkaitan dengan perdagangan yang dikenali sebagai Tuhan Vatakuurah (Penyelia Perdagangan) bagi menguruskan kegiatan perdagangan di Srivijaya.

5. Mengapakah kerajaan maritim mengamalkan sikap berbaik-baik dan bekerjasama dengan kerajaan agraria?

Jawapan

- Mendapatkan bekalan makanan (beras) daripada kerajaan agraria.- Mendapatkan bahan-bahan mentah seperti kayu-kayan, kenderaan seperti gajah daripada kerajaan agraria kayu amat penting kepada kerajaan maritim untuk membuat kapal-kapal dagang. Gajah pula merupakan kenderaan kepada pemerintah kerajaan maritim sebagai simbol kekuasaan dan kemegahan.- Ingin mendapatkan tukang-tukang kayu dan batu yang mahir daripada kerajaan agraria bagi membina kapal, tempat ibadat, candi, dan bangunan untuk kerajaan maritim.

Latihan dalam buku teks, muka surat 88.

1. Jelaskan bagaimana pengaruh India sampai ke Asia Tenggara.

Jawapan

Dibawa oleh golongan Ksyatria atau tentera dan disebarkan oleh penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan di Asia Tenggara.

Dibawa oleh golongan Vaisya atau pedagang. Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta. Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja yang

kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan dan diamalkan. Ramai sejarawan bersetuju da menerima pendapat keempat sebagai faktor utama

berdasarkan bukti-bukti arkeologi, jumpaan-jumpaan seni arca yang kasar serta mempunyai langgam bercirikan Asia Tenggara, seperti arca dengan ikatan tali kulit harimau yang hanya ditemui di Srivijaya.

Dalam proses pengambilan pengaruh dari India, aspek-aspek yang perlu diambil dari India ialah seseorang pemerintah dengan pemerintah lain di Asia Tenggara mungkin berbeza, walaupun pengambilannya berlaku pada waktu yang sama. Misalnya dalam aspek amalan dan kepercayaan, agama yang dianuti di Kedah Tua pada abad kelima Masihi ialah Buddha tetapi di Dieng (Indonesia), agama yang dianuti ialah agama Hindu.

28

Page 29: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

2. Senaraikan pengaruh India dalam masyarakat di Asia Tenggara.

Jawapan

Aspek pemerintahan dan pentadbiran. Aspek kesenian dan kesusasteraan. Aspek keagamaan.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 94.

1. Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha memasuki Asia Tenggara pada zaman kerajaan awal?

Jawapan

Melalui golongan Ksyatria atau tentera, melalui proses penaklukan terhadap kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara.

Dibawa oleh golongan Vaisya atau pedagang melalui aktiviti perdagangan, mereka juga turut menyebarkan pengaruh Hindu dan Buddha.

Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta, mereka berperanan dalam upacara pertabalan raja dan upacara keagamaan.

Pengambilan aspek-aspek kebudayaan India disesuaikan dengan budaya tempatan yang sedia ada untuk diamalkan.

2. Senaraikan aspek yang menerima pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.

Jawapan

Aspek pemerintahan – konsep raja, berkuasa mutlak, raja memiliki kesaktian, unsur-unsur mitos dan lagenda tentang asal-usul raja, adat istiadat raja seperti pertabalan raja. Rakyat takut menderhaka kepada raja. Konsep dewa-raja, orde kosmos – raja berkuasa terhadap seluruh alam (konsep cakravatin) diperkukuhkan lagi dengan lambang-lambang keagungan raja seperti pembinaan Angkor Wat, raja sebagai Anak Tuhan/Dewa Tuhan.

Aspek kesenian dan kesusasteraan – monumen, seni bina seperti candi, kuil, wat, stupa, arca, patung dan lain-lain.

- Candi – monumen keagamaan bgi agama Hindu dan Buddha sebagai rumah ibadat dan tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya; tempat menyimpan patung dewa; lambang keagungan seseorang pemerintah.Contoh candi ialah Candi Dieng, Candi Prambanan, Candi Borobodur.

- Aspek bahasa seperti bahasa Sanskrit yang terdapat pada batu bersurat seperti Batu Bersurat Kutei.

- Aspek kesusasteraan – Epik Ramayana dan Mahabrata mempengaruhi kesusasteraan Jawa seperti Nagarakertagama.

- Wayang kulit, teater.

29

Page 30: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

- Hikayat-hikayat tempatan mendapat pengaruh epik India seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Jaya.

3. Jelaskan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara.

Jawapan

Sistem beraja dalam kerajaan Awal Asia Tenggara merupakan pengaruh Hindu dan Buddha. Raja berada di puncak pemerintahan diikuti oleh kerabat diraja, pembesar termasuk ahli agama, iaitu Brahmin, rakyat dan hamba.

Raja berkuasa mutlak, perintah raja menjadi undang-undang, sesiapa melanggar perintah raja dianggap menderhaka, raja merupakan bayangan tuhan, konsep dewa raja, memiliki kesaktian.

Wujud pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja yang dikendalikan oleh Brahmin, bertujuan membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah.

Untuk menunjukkan keagungan dan kemegahan raja, didirikan kompleks kota dan melambangkan konsep alam semesta (orde kosmos), raja dan ibu kota merupakan pusat alam dan pusat pemerintahan. Golongan Brahmin memainkan peranan penting dalam upacara keagamaan. Di peringkat pentadbiran, raja dibantu oleh pembesar yang terdiri daripada pegawai tentera dan hakim.

Bagi mengukuhkan konsep dewa raja, diadakan upacara angkat sumpah, contohnya di Srivijaya, dalam upacara ini datu akan meminum air yang disiram di sebuah tempat suci bernama Telaga Batu di Palembang. Air yang disiram pada batu tersebut akan berkumpul di bahagian bawah batu bersurat itu dan kemudiannya akan diminum. Tujuannya adalah untuk menetapkan pembesar agar memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja. Upacara ini diketuai oleh Brahmin dan disertai dengan doa. Sesiapa yang mengkhianati sumpah akan ditimpa bencana.

Terdapat gelaran-gelaran pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan-kerajaan awal Asia Tenggara terutamanya di Srivijaya seperti Yuvaraja, Parvanda, Bhupati, Senapati, Raja Kumara, Tuhan Vatakuurah, dan Kumaramatya.

4. Nyatakan bentuk candi yang ditemui di Asia tenggara pada zaman awal keatangan agama Hindu dan Buddha.

Jawapan

Angkor Wat

Dibina untuk agama Hindu. Melambangkan orde kosmos, mempunyai ketinggian 213 meter dan keluasan kawasannya 208 hektar.

Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah yang tingginya sekitar 39 meter dengan berteres empat tingkat.

Setiap sudut mempunyai menara, di bahagian luarnya terdapat tembok yang dibina daripada batu laterit dan batu pasir dengan ukuran yang menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata.

Candi Borobodur

Mewakili agana Buddhan Mahayana. Terbahagi kepada tiga tingkat. Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha. Tigkat pertama terdapat ukiran yang menceritakan kehidupan Gautama Buddha.

Tiga tingkat ini melambangkan tiga tahap kehidupan, iaitu sila, samadhi, dan panna seperti terdapat dalam ajaran Buddha.

30

Page 31: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Candi di Lembah Bujang

Bersaiz kecil dan bahagian tapak sahaja ditemui. Candi agama Hindu ini terbahagi kepada dua bahagian uatam, iaitu Vimana dan Mandapa.

Viman ialah bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan dan Mandapa ialah bahagian luar candi.

Candi pengaruh Buddha pula memiliki pelan jenis cruciform.

5. Senaraikan perkataan Sanskrit yang terdapat dalam bahasa Melayu.

Jawapan

Sanskrit B. MelayuDosa Dukkha DorhakaManusaPhalaRupaSamsaraAksara

DosaDukaDerhakaManusiaPahalaRupaSengsara Huruf

A. Soalan esei dalam buku teks, muka surat 97.

Kerajaan agraria

Kerajaan maritim

FunanAngkor

SrivijayaKedah Tua

1. Kerajaan awal di Asia Tenggara dikategorikan pada kerajaan agraria dan kerajaan maritim.

a. Jelaskan konsep kerajaan agraria dan kerajaan maritim.

Jawapan

Kerajaan agraria bergantung pada aktiviti pertanian terutamanya tanaman padi, penternakan dan pungutan hasil hutan dan sungai.

Terletak di kawasan pertanian yang subur seperti lembah-lembah sungai, seperti kerajaan Dvaravati di Sungai Menam, sementara kerajaan Funan dan Angkor di lembah Sungai Mekong.

Terdapat juga di kawasan pedalaman seperti di kawasan berbukit dan di lereng tanah gunung berapi seperti kerajaan Taruma di Tanah Dieng (Indonesia).

Padi huma ditanam di kawasan yang tinggi yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat teres dan relung.

31

Page 32: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih, lada hitam, dan mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana serta pelbagai jenis buah-buahan.

Sarang burung diambil dari gua untuk tujuan perdagangan. Mereka juga menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam. Apabila terdapat lebihan, hasil ternakan dan pertanian tersebut akan dipasarkan untuk

memenuhi keperluan penduduk yang tidak terlibat dalam pertanian. Pembinaan sistem pengairan yang baik seperti yang terdapat di Angkor dan Funan

disebabkan terdapatnya sistem pengairan yang bersumberkan Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap.

Kerajaan maritim menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan kegiatan perdagangan dan kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan.

Terletak berhampiran dengan kawasan pesisir pantai, lembah sungai dan kepulauan. Pelabuhan dalam kerajaan maritim pada mulanya merupakan pelabuhan pembekal,

kemudian berubah kepada pelabuhan kerajaan apabila petempatan tersebut berkembang dan menjadi sebuah negeri.

Berlaku hubungan perdagangan dengan negara China dan India menyebabkan menjadi pelabuhan entrepot.

b. Bincangkan aspek saling bergantung dan melengkapi antara kerajaan agraria dan kerajaan maritim.

Jawapan

Kerajaan maritim memerlukan bekalan makanan terutama beras daripada kerajaan agraria.

Kerajaan agraria pula bergantung kepada kerajaan maritim untuk memperoleh barangan import (barang mewah).

Kerajaan agraria juga memerlukan pelabuhan dari kerajaan maritim bagi memasarkan barangan keperluan mereka.

Kerajaan maritim yang menjalankan perdagangan entrepot bergantung pada kerajaan agraria bagi membekalkan barangan dagangan.

Kerajaan maritim bergantung pada kerajaan agraria untuk mendapatkan bahan-bahan untuk membuat perahu/kapal dagang/tentera terutama kayu dan gajah daripada kerajaan agraria.

Kerajaan maritim bergantung pada kerajaan agraria untuk mendapatkan tukang-tukang mahir terutama tukang kayu dan tukang batu untuk membina monumen sebagai mercu tanda keagungan seperti Angkor Wat.

2. Andaikan anda ialah raja kerajaan Angkor pada abad kesembilan.

32

Page 33: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

a. Huraikan langkah-langkah anda untuk memajukan pertanian padi sawah.

Jawapan

Membina sistem pengairan yang baik kerana dapat membekalkan air ke kawasan pertanian.

Peranan pemerintah yang cekap – memastikan tanah yang subur/tanah lanar dapat digunakan dengan maksimum untuk tanaman padi sawah.

Memastikan lebihan tanaman padi sawah dapat dieksport ke kawasan-kawasan lain – untuk mendapatkan hasil bagi membangunkan kawasan-kawasan tanaman padi yang lebih luas.

Memastikan petani dapat mengusahakan tanaman padi dengan menggunakan benih padi yang bermutu dan dapat mengeluarkan hasil yang banyak.

Memastikan petani dapat menanam padi secara berterusan sepanjang tahun dengan menentukan bila/masa yang sesuai untuk menanam dan mendapatkan hasil.

Memberikan bantuan nasihat kepada petani tentang cara-cara menanam padi dengan sistematik supaya hasil pengeluaran padi dapat dipertingkatkan.

Menggunakan baja organik/semula jadi yang sesuai untuk tanaman padi.

b. Sebagai raja yang berfikiran strategik, berikan alasan anda untuk menukar status Angkor daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim.

Jawapan

Keupayaan kerajaan Angkor untuk membuat hubungan dengan negara-negara luar berdasarkan kedudukan Angkor yang berdekatan dengan Sungai Mekong.

Keupayaan Angkor menawan Funan menjadi faktor utama pendorong penukaran status kerajaan agraria kepada kerajaan maritim. Angkor juga boleh membekalkan hasil-hasil pertanian dari, kawasan pedalaman untuk keperluan pedagang-pedagang yang berkunjung ke pelabuhan Oc – Eo.

Kepentingan Tasik Tonle Sap serta peranan pelabuhan Oc – Eo menjadikan Angkor sebuah kerajaan yang maju dalam bidang pertanian.

3. Sistem kerajaan awal merupakan campuran sistem tempatan dengan pengaruh Hindu dan Buddha.

a. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai buktikan pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.

Jawapan

Kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha. Mengamalkan sistem pemerintahan beraja (kuasa mutlak).

33

Page 34: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Raja dianggap dewa-raja (wakil Tuhan di bumi). Adat istiadat pertabalan raja dikendalikan oleh Brahmin. Golongan Brahmin merupakan golongan tertinggi selepas raja. Kepercayaan agama Hindu dan Buddha – sebuah negara menggambarkan satu alam

semesta (orde kosmos) – pusat alam. Raja memimpin masyarakat selaras dengan peraturan alam semesta atau dharma. Terdapat banyak istilah pentadbiran menggunakan bahasa Sanskrit. Banyak candi seperti can Borobodur, Angkor Wat, candi di Lembah Bujang.

b. Terangkan penggunaan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara.

Jawapan

Digunakan dalam merekodkan ilmu pengetahuan. Mencatat mentera. Dibaca dalam upacara-upacara keagamaan. Pengaruh perbendaharaan kata seperti duka, raja, istana, derhaka, pahala, dosa,

neraka. Candi/monumen-monumen. Inskripsi-inskripsi batu bersurat di Lembah Bujang dan Kutei. Epik Ramayana dan Mahabharata melahirkan Hikayat Pendawa Lima dan Hikayat

Pendawa Jaya.

BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

LATIHAN DAN AKTIVITI

Latihan dalam buku teks, muka surat 102.

1. Apakah maksud “Jahiliah”?

Jawapan

- Jahil, tidak mengetahui, atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.- Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa runtuhnya Empangan Maarib hingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.

2. Nyatakan corak kehidupan sosial yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah.

Jawapan

- Perbuatan tidak bermoral seperti berjudi dan berzina, meminum arak.- Wanita dipandang rendah.- Terdapat kabilah yang menanam anak perempuan.- Tiada panduan yang khusus dalam perkahwinan.

34

Page 35: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

3. Mengapakah amalan Sistem Kabilah telah mendatangkan kesan yang buruk kepada kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?

Jawapan

- Kemunculan semangat assabiah.- Tercetusnya peperangan di kalangan masyarakat.- Perasaan kesukuan yang menebal.

Latihan dalam buku teks, muka surat 105.

1. Berasaskan Rajah Salasilah Keturunan Nabi Muhammad s.a.w. dalam buku teks, halaman 103, senaraikan nama moyang dan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.

Jawapan

a.Nama datuk/moyang Nabi Muhammad s.a.w.

Abd. Mutalib. Hasyim. Abd. Manaf. Qusai bin Qilab.

b. Nama bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Al Haris. Abu Talib. Abu Lahab. Abbas. Hamzah.

2. Mengapakah tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. disebut Tahun Gajah?

Jawapan

Mengambil sempena tahun berlakunya serangan tentera bergajah di Makkah yang diketuai oleh Abrahah dari Habsyah.

3. Nyatakan pengalaman Nabi Muhammad s.a.w. dalam bidang perdagangan.

Jawapan

Menjalankan perniagaan secara berseorangan. Berkongsi perniagaan dengan temannya. Mengikut rombongan bapa saudara baginda ke Syam sejak berumur 12 tahun. Menjalankan perniagaan Khadijah.

Latihan dalam buku teks, muka surat 107.

1. Senaraikan empat sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w.

Jawapan

- Siddiq (berkata benar).- Amanah (dipercayai).- Tabliq (menyampaikan).

35

Page 36: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

- Fatanah (bijaksana).

2. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. digelar al-Amin?

Jawapan

- Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai.- Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja terkenal sebagai pemimpin yang berkaliber malah sebagai pedagang yang jujur dan dipercayai.

3. Buat kajian tentang ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. dalam bidang perdagangan.

Jawapan

- Baginda pernah menjalankan perniagaan secara berseorangan dan berkongsi dengan teman baginda. - Semasa berumur 12 tahun baginda telah mengikuti rombingan ke perniagaan bapa saudara baginda, Abu Talib, ke Syam.- Baginda berkebolehan menjalankan perniagaan Khadijah sehingga memperoleh keuntungan yang tinggi.- Cara baginda berniaga adalah dengan menunjukkan sifat jujur, tutur kata yang baik, dan memberikan layanan yang sewajarnya kepada pelanggan.- Pedagang yang dihormati dan menjadi contoh kepada masyarakat.

Latihan dalam buku teks, muka surat 108.

1. Apakah wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan apakah kandungannya?

Jawapan

Ayat al-Quran surah al-Alaq ayat 1 hingga 5.Kandungannya:”Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, Tuhanmu yang teramat mulia yang mengajar dengan pena, yang mengajar manusia apa yang tidak diketahui”.

2. Nyatakan mengapa amalan membaca dikatakan sangat penting dalam Islam.

Jawapan

Menerusi pembacaan seseorang dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Menerusi pembacaan penyelidikan dapat dijalankan. Mencapai kejayaan yang cemerlang.

Latihan dalam buku teks, muka surat 114.

1. Senaraikan tokoh yang telah memeluk Islam selepas dakwah Islamiah dilaksanakan.

Jawapan

36

Page 37: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Khadijah binti Khuwailiid. Ali bin Abu Talib. Zaid bin Harithah. Abu Bakar al-Siddiq. Uthman bin Affan. Zubair bin Awam. Arqam bin Abu Arqam.

2. Mengapakah golongan bawahan merupakan golongan awal yang memeliuk Islam?

Jawapan

Tertarik terhadap ajaran Islam yang memberikan layanan yang sama kepada semua manusia. Mereka ditindas dan diseksa dengan kejam.

3. Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah di Makkah.?

Jawapan

Bermula secara rahsia selama tiga tahun. Secara rahsia dilakukan kepada keluarga baginda sendiri dan sahabat yang rapat. Diikuti secara terbuka selama 10 tahun. Secara terbuka kepada keluarga Abdul Mutalib dan orang ramai.

4. Rumuskan sebab-sebab orang Arab Quraisy menentang ajaran Islam.

Jawapan

- Perbezaan kepercayaan/agama.- Prinsip persamaan taraf sesama manusia.- Tanggapan yang salah terhadap tugas seorang nabi.- Ekonomi – terjejasnya perusahaan membuat patung.

5. Bincangkan reaksi masyarakat Arab Quraisy terhadap dakwah Islamiah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Makkah.

Jawapan

Pada peringkat permulaan penyabaran Islam di Makkah, orang Quraisy tidak mempedulikan penyebaran Islam. Mereka menyangka hal tersebut adalah urusan keluarga Nabi Muhammad s.a.w.

Terdapat ahli keluarga dan sahabat karib baginda yang menerima seruan Islam. Walau bagaimanapun, selepas Islam berkembang dengan meluas, orang Arab Quraisy

menetang Islam.

A. Soalan Esei dalam buku teks, muka surat 116.

1. Mengapakah masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. digelar sebagai masyarakat Arab Jahiliah?

37

Page 38: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Jawapan

Masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa tetapi mengamalkan animisme dan menyembah patung.

Kehidupan masyarakat kucar-kacir kerana tiada nabi atau rasul dan kitab suci. Akhlak mereka rendah, bersifat angkuh, degil dan kejam.

2. “Salah satu amalan hidup masyarakat Arab Jahiliah ialah mengamalkan semangat assabiah”

(a) Apakah maksud semangat assabiah?

Jawapan

Assabiah bermaksud semangat kesukuan yang melampau atau berpuak-puak dan saling bermusuhan antara satu sama lain.

(b) Bagaimanakah semangat ini boleh terbentuk dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?

Jawapan

Faktor geografi, iaitu tempat tinggal yang panas dan kering kontang. Struktur sistem kabilah yang berasaskan keturunan. Tinggal dalam kelompok masing-masing dan terikat kepada peraturan sendiri.

(c) Bincangkan kesan amalan semangat assabiah di kalangan masyarakat Arab Jahiliah.

Jawapan

Berlaku persengketaan dan pergaduhan. Peperangan berlaku walaupun sebab-sebab yang kecil. Kehidupan yang tidak aman. Tidak ada perpaduan di kalangan masyarakat Arab.

3. Penyebaran Islam di Makkah telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakatnya. Ada orang Arab yang menerima Islam dan ada juga yang menolaknya.

(a) Apakah sebab orang Arab dapat menerima ajaran Islam dengan mudahnya?

Jawapan

Kemurnian ajaran Islam Konsep persamaan taraf yang dianjurkan Islam. Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah, tidak memaksa orang ramai

memeluk Islam. Sifat dan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. terpuji. Pembaharuan-pambaharuan yang diperkenalkan oleh Islam.

(b) Mengapakah pula sebahagian masyarakat Arab tidak dapat menerima ajaran Islam?

Jawapan

Kepercayaan tradisi dan agama mereka berbeza daripada ajaran Islam.

38

Page 39: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Prinsip Islam yang mengamalkan konsep sama taraf sesama manusia sedangkan mereka mementingkan taraf dan kelas dalam masyarakat.

Dari segi politik, mereka mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas Nabi Muhammad s.a.w. sebagai nabi, sedangkan sejak dahulu mereka sentiasa bersaing untuk menjadi ketua.

Dari segi ekonomi, mereka khuatir perusahaan membuat patung terjejas kerana Islam tidak memerlukan perantaraan patung untuk beribadat kepada Allah.

4. Mengapakah perlantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul dianggap rahmat yang besar kepada masyrakat Arab Jahiliah dan masyrakat dunia umumnya?

Jawapan

- Dengan Islam terhapusnya nilai dan unsur-unsur Jahiliah.- Islam memperkenalkan ad-Din, satu cara hidup yang menyeluruh yang merangkumi soal ibadat dan kehidupan harian.- Islam membentuk tamadun manusia ke arah lebih maju dan cemerlang.- Islam membawa pembaharuan seperti pendidikan dan keadilan sosial.

BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

Latihan dalam buku teks, muka surat 119.

1. Nyatakan perbezaan antara kandungan Perjanjian Aqabah Pertama dengan kandungan Perjanjian Aqabah Kedua.

Jawapan

a. Kandungan Perjanjian Aqabah pertama mengandungi perkara berikut:

- Suku Aus dan Khazraj beriman kepada Allah dan Rasul.- Suku Aus dan Khazraj berjanji membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dan tidak melakukan amalan jahiliah seperti mencuri dan meminum arak.

c. Isi Perjanjian Aqabah kedua pula mengandungi jemputan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan orang-orang Islam Makkah ke Madinah. Mereka juga bersedia menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan bagi orang-orang Islam Makkah.

2. Apakah kesan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua yang dimetrai oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Madinah?

Jawapan

- Islam tersebar ke Madinah.- Berlakunya penghijrahan orang-orang Islam Makkah ke Madinah.

Latihan dalam buku teks, muka surat 124.

39

Page 40: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

1. Apakah maksud Hijrah dalam konteks Islam?

Jawapan

- Perpindahan oramg Islam dari kota Makkah ke Madinah.- Merupakan usha untuk memperkukuhkan Islam dan startegi baru menyebarkan Islam.- Hijrah juga merupakan perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan. Hijrah boleh dilambangkan dengan semangat ingin berubah dalam pelbagai keadaan.

2. Mengapakah hijrah berlaku dari kota Makkah ke Madinah?

Jawapan

- Perintah Allah melalui wahyu.- Penentangan hebat yang dilakukan orang-orang Quraisy terhadap Islam.- Merupakan satu strategi untuk mengembangkan Islam.- Pelawaan dan jemputan orang Islam Madinah terhadap orang Islam Makkah.

3. Senaraikan beberapa contoh yang menunjukkan bahawa konsep “hijrah” boleh diamalkan dalam kehidupan pelajar.

Jawapan

Berusaha untuk mencapai kejayaan yang cenerlang jika kejayaan yang dicapai masih pada tahap sederhana.

Berusaha untuk mengubah tingkah laku yang buruk kepada yang lebih baik.

4. “Tahun 622 M. bersamaan 1 H.”. berasaskan pengetahuan anda dalam matematik, tukarkan tahun Masihi berikut kepada tahun Hijrah.

Jawapan

(a) 2000 M. = 1421 H.(b) 2005 M. = 1426 H.(c) 3000 M. = 1521 H.

Latihan dalam buku teks, muka surat 129.

1. Apakah piagam Madinah?

Jawapan

Sebuah perlembagaan bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan panduan wahyu Allah.

Piagam Madinah menjadi asas dan panduan pemerintahan kerajaan Islam di Madinah.

2. Bina peta minda untuk menggambarkan kandungan Piagam Madinah.

40

Page 41: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Jawapan

1. Politik Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin

2. Agama Masyarakat bebas memilih agama

3. Sosial Hidup sebagai satu ummah

4. Perundingan

Undang-undang Islam diguna pakai

5. Ekonomi Penipuan dan riba dihapuskan dan kerjasama ekonomi diperlukan

6. Pertahanan

Semua masyarakat mempertahanakan agama

7. Kedudukan Yahudi

Keselamatan bukan Islam terjamin selagi mereka petuh kepada pemerintah Madinah

Peta minda menggambarkan kandungan Piagam Madinah

Latihan dalam buku teks, muka surat 134.

1. Apakah tujuan utama rombongan Islam ke Makkah pada tahun 628 M.?

Jawapan

- Orang Islam bercadang untuk menziarahi kota Makkah.- Orang Islam rindu akan kampung halaman mereka (Makkah) kerana Makkah merupakan tempat tumpah darah mereka dan tempat turunnya wahyu pertama.- Orang Islam ingin menunaikan umrah.

2. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan sebagai utusan ke Makkah?

Jawapan

- Ingin menerangkan tujuan sebenar kedatangan orang Islam Madinah ke Makkah, iaitu ingin mengerjakan umrah.

3. Apakah sebabnya Perjanjian Hudaibiah dimetrai?

Jawapan

- Untuk menyelesaikan permasalahan yang ditimbulkan oleh orang Quraisy Makkah yang tidak membenarkan kemasukan orang Islam ke Makkah pada tahun 628 M..- Bagi pihak Islam, Nabi Muhammad s.a.w. inginkan perdamaian sentiasa wujud antara orang Islam dengan orang bukan Islam.- Bagi pihak Quraisy pula, mereka gentar dengan ikrar dan sumpah setia (baiah al-Ridwan) orang Islam untuk membela kematian Uthman bin Affan.

41

Page 42: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

4. Nyatakan Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah.

Jawapan

Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya (629 M.). Memberi kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah dan melakukan ibadat

di Kaabah pada bila-bila masa. Nabi Muhammad s.a.w. dapat merangka program dakwah Islamiah ke seluruh

Semenanjung Tanah Arab secara aman. Selepas dua tahun Perjanjian Hudaibiyah ini dimetrai, bilangan penganut Islam bertambah. Pengislaman tokoh-tokoh penting Arab Quraisy seperti Khalid bin al-Walid, Amru al-As dan

Uthman bin Talhah menjadi ikutan kepada orang Arab Quraisy yang lain. Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang dikagumi. Menunjukkan orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.

5. Lukis sebuah carta kronologi yang sesuai dan susun peristiwa yang tersenarai di bawah ini mengikut urutan masa yang betul. Carta kronologi yang dibina mestilah ada ruangan tarikh dan ruangan peristiwa.

Jawapan

Pertama : Perang Badar. Kedua : Perang Uhud. Ketiga : Perang Khandak Keempat : Perjanjian Hudaibiyah. Kelima : Pembukaan semula kota Makkah.

Latihan dan aktiviti dalam buku teks, muka surat 137.

1. Apakah sebabnya Nabi Muhammad s.a.w. bertindak membuka semula kota Makkah pada tahun 630 M.?

Jawapan

Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah dengan tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui.

Membunuh beberapa orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam. Sebagai strategi jangka panjang bagi penyebaran agama Islam;

– Sekiranya Makkah dapat dikuasai, kerajaan Islam di Madinah akan bertambah mantap.

2. Mengapakah kota Makkah mudah dibuka semula oleh tentera Islam?

Jawapan

Bilangan tentera Islam begitu ramai (10 000 orang). Tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan. Tenetra Islam masuk ke Makkah mengikut empat arah untuk membuat kepungan.

42

Page 43: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

3. Nyatakan kepentingan pembukaan semula kota Makkah.

Jawapan

Pertambahan penganut agama Islam. Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah. Masyarakat Islam mula mendalami ilmu Islam. Kerajaan Islam di Madinah semakin mantap. Islam tersebar ke seluruh Semenanjung Tanah Arab.

A. Soalan Esei dalam buku teks, muka surat 140.

1. “Perjanjian Aqabah telah merintis jalan ke arah berlakunya hijrah dari Makkah ke Madinah dan perkembangan Islam ke seluruh Semenanjung Tanah Arab”. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Berikan alasan-alasan anda.

Jawapan

- Setuju.- Selepas Perjanjian Aqabah Pertama, Nabi Muhammad s.a.w. telah menghantar pendakwh bebas, Mus’ab bin Umair ke Madinah untuk menyebarkan Islam.- Dakwah Islamiah telah tersebar di Madinah sebelum kehadiran Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.- Jemputan dan jaminan keselamatan dari orang Madinah terhadap orang Islam, menggalakkan penghijrahan ke Madinah.- Kesanggupan orang Madinah mempertahankan Ilslam telah menjadi pendorong utama berlakunya penghijrahan dan tersebarnya Islam ke seluruh dunia.

2.

Bincangkan asas-asas kerajaan Islam yang telah dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. sehingga

terbentuknya masyarakat Islam yang sempurna.

Jawapan

Nabi Muhammad s.a.w. telah membina sebuah masjid – Masjid al-Nabawi. Masjid dijadikan tempat beribadat dan belajar/berbincang tentang masalah yang dihadapi

oleh orang Islam. Pembentukan Piagam Madinah yang merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di

dunia. Piagam Madinah menjadi asas kepada sebuah negara yang berdaulat. Dari segi politik dan pentadbiran, Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai kerajaan Madinah

43

Perkara yang penting dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah ialah penubuhan sebuah

kerajaan Islam yang pertama di dunia

Page 44: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

yang mempunyai penduduk berbilang kaum, agama, dan budaya. Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing. Masyarakat Madinah dianggap sebagai ummah yang hidup bersatu padu, tolong-

menolong, dan bekerjasama. Dari segi ekonomi, amalan riba, penipuan, rasuah, dan penindasan tidak dibenarkan.

2. Peristiwa “Hijrah” sangat penting dalam sajarah perkembangan agama Islam.

a. Apakah yang anda faham tentang konsep Hijrah?

Jawapan

Hijrah – pindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah. Memperkukuhkan kedudukan Islam serta strategi baru untuk menyebarkan Islam. Semangat ingin berubah.

b. Pada pandangan anda, mengapakah peristiwa Hijrah dikatakan sangat penting dalam sejarah perkembangan Islam?

Jawapan

Dakwah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi. Mendamaikan suku Arab di Madinah yang sering bersengketa – Aus dan Khazraj. Menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan

agama. Membina Masjid al-Nabawi sebagai tempat beribadat, belajar dan bebrbincang. Wujud kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam. Menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawarah. Hijrah membuktikan sikap tolong-menolong dalam sebuah negara perlu diamalkan. Hijrah membuktikan wanita juga memainkan peranan penting dalam kemajuan

sesebuah negara.c. Apakah teladan yang anda peroleh daripada peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah?

Jawapan

Sentiasa berusaha melakukan perubahan ke arah kebaikan. Islam mengkehendaki umatnya sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan

bersungguh-sungguh. Islam mengajar penganutnya agar sanggup berkorban demi melaksanakan perintah

Allah. Persaudaraan dan hubungan baik sesama manusia sangat digalakkan oleh Islam.

4. “Islam tersebar berasaskan kekuatan dakwah Islamiah bukan kerana peperangan:. Berikan alasan-alasan anda.

Jawapan

Nabi Muhammad s.a.w. tidak memaksa mereka memeluk agama Islam. Menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik. Dalam Islam, peprangan tidak dibenarkan kecuali untuk mempertahankan diri, agama dan

bangsa. Peperangan hanya boleh dilakukan dengan izin Allah, iaitu setelah wahyu diturunkan oleh

Allah. Islam ialah agama yang menganjurkan perdamaian, oleh itu orang Islam harus memilih

perdamaian. Sejarah membuktikan Islam berkembang secara sukarela dan toleransi, misalnya dalm Perang

44

Page 45: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Badar, walaupun Islam beroleh kemenangan, Nabi Muhammad s.a.w. mengamalkan dasar pengampunan kepada tawanan Arab Quraisy.

Tentera Islam yang berjuang di medan peperangan juga dilarang membunuh sesuka hati. Kandungan Perjanjian Hudaibiyah menggambarkan bahawa Islam tersebar dengan aman.

BAB 6: PEMBENTUKKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

LATIHAN DAN AKTIVITI

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 149.

1. Apakah maksud khalifah.

Jawapan

- Khalifah ialah pemerintah yang dilantik selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. (632 M.).- Khalifah (khulafa) bererti pengganti, iaitu pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w..

2. Bagaimanakah Saidina Abu Bakar al-Siddiq menjadi khalifah?

Jawapan

- Beliau dilantk hasil cadangan yang dikemukakan oleh Saidina Umar walaupun pada mulanya orang Ansar mencadangkan Saad bin Ubadah.- Atas pemuafakatan dan persetujuan kaum Ansar dan atas pertimbangan kepentingan Islam dan perpaduan.

3. Nyatakan maksud syura.

Jawapan

- Syura bermaksud bermusyawarah, iaitu sesuatu keputusan yang dibuat berasaskan perundingan dan perbincangan.- Pada Zaman Khulafa al-Rasyidin pendekatan ini dilakukan dalam hal memilih pemimpin, mengatasi masalah-masalah masyarakat dan juga negara.

4. Jelaskan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar bin al-khatab dalam pentadbiran dan ketenteraan.

Ketenteraan Pentadbiran1. Menyusun sistem ketenteraan dengan 1. Membaiki dan meningkatkan

45

Page 46: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.

2. Membina markas tentera di bandar-bandar utama.

3. Mendirikan kubu pertahanan di sempadan– Menghadapi negara musuh seperti

di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.

4. Meningkatkan semangat perjuangan dan memberikan latihan strategi perang kepada tentera Islam (membina kekuatan psikolgi tentera/ perang).

kecekapan sistem pentadbiran.

2. Perlantikan pegawai pengurusan dan pentadbiran.

3. Menubuhkan majlis syura yang dianggotai wakil golongan mujahirin dan ansar.

4. Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan melantik gabenor atau wakil sebagai ketua yang bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima tentera.

5. Apakah sumbangan Saidina Uthman bin Affan dalam memelihara al-Quran?

Jawapan- Membaiki dan menyeragamkan bacaan al-Quran.- Mengiktiraf sebuah naskhah al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani.- Menjadikan al-Quran asas panduan menegakkan negara Islam.- Mengadakan kelas pembelajaran al-Quran.- Mendokumentasikan dan menyusun semula juzuk-juzuk/ayat al-Quran yang dijadikan kitab al-Quran.- Menyebarkan Islam bersama al-Quran ke negara-negara yang ditakluki.- Al-Quran sebagai asas mengukuhkan lagi aqidah umat Islam.- Mengkaji dan mendalami kandungan ayat al-Quran.- Memberi insentif kepada guru atau pengajar al-Quran.- Memuliakan golongan ulama yang menghafal dan pakar dalam mentafsir ayat al-Quran.

6. Secara berkumpulan, buat rujukan tentang biodata Khalifah Ali bin Abu Talib. Maklumat yang telah dikumpulkan boleh dipaparkan pada papan penyataan di kelas anda.

Jawapan Lahir pada tahun 602 M.. Berketurunan bani Hashim. Sepupu Nabi Muhammad s.a.w.. Terkenal dengan keberanian dan kepahlawanan. Tegas, berpengetahuan luas dalam bidang perundangan Islam. Pakar dalam bidang hukum-hakam. Dilantik sebagai Khalifah al-Rasyidin keempat selepas Uthman bin Affan.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 154.

1. Apakah maksud sistem warisan dalam kerajaan bani Umaiyah?

Jawapan

- Pemerintahan yang diwarisi dan dikuasai oleh golongan Bani Umaiyah.

2. Senaraikan sumbangan Khalifah Muawiyah dalam bidang pemerintahan dan ilmu pengetahuan.

46

Page 47: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Jawapan

- Mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah di Damsyik.- Menerima penyerahan kuasa daripada Hassan bin Ali.- Mendapatkan sokongan ramai dengan memberikan jawapan kepada mereka yang tidak menyokongnya.- Menggalakkan perkembangan ilmu pengetahuan dan mengiktiraf kepakaran para intelektual.

3. Apakah peranan baitulmal dalam pemerintahan kerajaan bani Umaiyah?

Jawapan

- Baitulmal merupakan badan kewangan yang mengumpulkan sumber pendapatan seperti cukai, sumbangan, dan lain-lain bentuk bayaran yang dikenakan atau yang diperoleh.- Peranan baitulmal dalam pelbagai bidang mendorong pertumbuhan ekonomi, menyedialkan pinjaman dan pelbagai bentuk bantuan serta merancang pelaburan sosial dan ekonomi bagi menangani masalah sosial.- Sumber pendapatan baitulmal yang dibelanjakan untuk tujuan kebajikan telah memberikan kesan yang positif kepada perkembangan ekonomi umat Islam dan mengukuhkan kedudukan politik pemerintahan Islam di bawah Bani Umaiyah.- Konsep “perkongsian kemakmuran” telah diasaskan melalui peranan baitulmal sepertimana yang dilakukan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi.- Ini bermakna peranan orang berada dan orang-orang kaya tidak kira golongan peniaga, pedagang atau pengusaha membayar cukai dan menyumbang kepada baitulmal adalah dengan matlamat membantu negara dan umat Islam dalam bidang-bidang lain.

4. Apakah sumbangan penting kerajaan Banii Umaiyah dalam bidang keilmuan?

Jawapan

- Pada zaman ini, peranan Islam dalam penyebaran ilmu pengetahuan semakin maju dan amat disegani oleh masyarakat Eropah.- Kota Basrah telah muncul sebagai kota/pusat pengajaran dan penyebaran ilmu dlalam pelbagai bidang.- Pada zaman ini muncul tokoh-tokoh ilmuan yang terkemuka seperti Khalil ibn Ahmad (pakar bahasa dan fisiologi Arab), Sibawayhi (ahli nahu Arab), serta sasterawan seperti al-Farazdaq, Jarir, Umar ibn Rabia’h dan Jamil al-Uzri.- Pada masa ini bahasa Arab mencapai kemuncak bahasa ilmu dan bahasa rasni negara.- Ilmu agama mengalami perkembangan yang pesat pada era Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.- Bidang-bidang tertentu seperti hadis dikaitkan dengan tokoh Urwajh bin al-Zubair dan Ibn Zihat al-Zuhri. Manakala tokoh-tokoh lain seperti Ibn Jari (tafsir al-Quran), serta Hasan al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin).

Latihan dalam buku teks, muka surat 158.

1. Bagaimanakah kerajaan Bani Abasiyah ditubuhkan?

47

Page 48: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Jawapan

Kerajaan Bani Abasiyah ditubuhkan pada tahun 750 M. selepas gerakan atau revolusi Abasiyah yang berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.

Gerakan menumbangkan pemerintahan Bani Umaiyah ditaja oleh Ali bin Abdulllah yang bergerak secara sulit dan pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, telah bergerak sevara terbuka.

Kempen-kempen bagi menjatuhkan Bani Umaiyah dilakukan atas nama Ahlut Bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w.).

2. Apakah peranan baitulhiknah dalam perkembangan ilmu pengetahuan?

Jawapan

Baitulhikmah merupakan institusi keilmuan yang ditubuhkan pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid.

Institut ini berkembang pesat pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmun. Kegiatan utamanya ialah penterjemahan karya falsafah dan sains dari Yunani. Banyak hasil pengetahuan diterjemahkan dan menjadikan Islam maju dan terkenal. Penyebaran ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang berlaku dengan pesat. Baghdad menjadi pusat ilmu pengetahuan yang terkemuka. Baitulhikamh juga merupakan pusat pemgajian yang menjadi tumpuan para ilmuan dalam

pelbagai bidang.

3. Senaraikan ilmu pengetahuan yang muncul pada Zaman Abbasiyah.

Jawapan

Falsafah dan Sains Sejarah Bahasa Ilmu hadis dan al-Quran Fikah

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 163.

1. Bagaimanakah kerajaan Turki Uthmaniyah terbentuk?

Jawapan

Kerajaan Uthmaniyah telah diasaskan sekitar awal abad ke-14 dan berakhir awal abad ke-20. Kerajaan Uthmaniyah bermula dengan sebuah kerajaan kecil yang terletak di sebelah barat

Anatolia (Turki hari ini) dan kemudiannya berjaya menguasai kerajaan lain dan membentuk kerajaan Uthmaniyah.

Walaupun di bawah pengaruh Saljuk, Anatolia bebas daripada Kerajaan Saljuk. Pengasas kerajaan ini ialah Uthman bi Ertughrul bin Sulaiman Shah. Beliau memainkan

peranan penting menunpaskan tentera Byzantine. Dengan kejayaan ini, Uthman bin Urtughrul berjaya membentuk kerajaan Uthmaniyah dan

seterusnya meluaskan wilayahnya.

48

Page 49: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

2. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah berjaya menyeberkan ajaran Islam.

Jawapan

Pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam. Semangat ghazi (semangat kepahlawanan) yang tinggi dikalangan tentera Uthmaniyah. Sistem ketenteraan empayar Uthmaniyah yang sistematik. Peralatan perang yang moden dan

dapat menangkis serangan musuh. Kerajaan Uthmaniyah juga mempunyai kumpulan Janissari (kumpulan elit yang sangat terlatuh

dalam selok-belok peperanan). Kerajaan Uthmaniyah mempunyai armada laut yang kuat dan dapat mengawal keselamatan di

kawasan Laut Mediterranean.3. Apakah yang dimaksudkan dengan Janissari?Jawapan

Kumpulan tentera infantri elit yang sangat terlatih dalam selok-belok peperangan. Tentera ini merupakan kumpulan kanak-kanak yang diambil menerusi sistem devshirme dan

sebahagian daripada mereka akan diserapkan dalam bidang pentadbiran. Kanak-kanak ini telah diberi latihan fizikal dan ketenteraan serta selok-belok peperangan sejak

awal.

4. Jelaskan sistem pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyah.

Jawapan Kerajaan Turki Uthmaniyah mengamalkan sistem pemerintahan bercorak monarki

(warisan), pemerintah-pemerintahnya adalah dari keturunan yang sama. Ketua negara ialah sultan yang berfungsi sebagai ketua kerajaan, ketua tentera darat dan

laut, ketua agama dan hakim tertinggi. Sebarang perintah dianggap sebagai undang-undang yang wajib dipatuhi.

Dibawah sultan terdapat jawatan Wazir Agung (Perdana Menteri). Wazir bertanggungjawab kepada Dewan Kebangsaan Turki yang dianggotai oleh menteri-menteri.

Dewan Kebangsaan Turki beryamggungjawab menggubal undang-undang negara. Perkara berkaitan akidah dan ibadat adalah di bawah tanggungan Pengarah Urusan

Agama. Jawtan Kadi dan Mufti diadakan bagi menjalankan penghakiman dan menyelesaikan

masalah fatwa. Di peringkat daerah/kawasan, terdapat komander tentera, gabenor. Di peringkat pusat terdapat Wazir Agung (Perdana Menteri) diikuti dengan menteri-menteri

dan jabatan tertentu.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 169.

1. Nyatakan cara-cara tamadun Islam berkembang.

49Cara Tamdun

IslamBerkembang

Kemajuan Islam

(pengetahuan)

Hubungan Diplomatik

Dakwah

Perdagangan

Penjajahan

Page 50: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Grafik: Cara Tamadun Islam Berkembang

2. Bagaimanakah tamadun Islam pada zaman kerajaan Bani Umaiyah bertembung dengan tamadun lain di dunia melalui perniagaan?

Jawapan

Menerusi perniagaan jarak jauh, orang-orang Islam telah bertemu dengan pelbagai masyarakat dan agama.

Menerusi aktiviti berniaga tersebut mereka berinteraksi. Secara tidak langsung berlaku pertukaran budaya, bahasa dan kemahiran/kepakaran.

3. Apakah kesan kemasukan Islam ke Sepanyol?

Jawapan

Menerusi agama Islam, sistem kehidupan masyarakat turut berubah. Mereka berpegang pada kepercayaan kepada Allah dan nilai-nilai Islam.

Orang Islam dapat menguasai perdagangan di Eropah. Orang Sepanyol dapat bertutur dalam bahasa Arab dan berpakaian sperti orang Islam. Wujud golongan Mudejar, iaitu orang Islam tempatan yang tinggal di kawasan

pemerintahan orang Kristian. Wujud para pemikir dan intelektual Islam yang setanding dengan orang Barat. Pengaruh Islam dalam seni bina dan ukir, contohnya Masjid Cordova.

4. Nyatakan sumbangan tamadun Islam dalam bidang sains.

Jawapan

Pelbagai buku rujukan dalam bidang sains telah dikarang. Ibn al-Nafis mengarang buku al-Shamil fi Sina’ah al-Tabibiyah (Kajian Umum Profesion

Kedoktoran). Penulisan ensiklopedia sains oleh Mohamed al-Fanari dan Molla Lutfi.

5. Apakah sumbangan Ibn Sina.

Jawapan

Mengarang buku Qanun fil al Tib (Peraturan Perubatan). Beliau bukan sahaja pakar dalam bidang sains tetapi juga dalam bidang falsafah dan

agama (usuludin) dan mempunyai pemikiran kritis.

50

Kerasionalan agama Islam dengan fitrah

manusia

Tarikan ajaranIslam

Surat/warkah

Page 51: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

A. Soalan Esei dalam buku teks, muka surat 172.

1. Corak pemerintahan antara kerajaan Khulafa al-Rasyidin dengan kerajaan Bani Umaiyah adalah berbeza.

Buktikan kebenaran pernyataan ini.

Khalifah Al-Rasyidin Khalifah Bani Umaiyah

1. Pemilihan berdasarkan syura dan Baiah.Sistem pemilihan (4 cara);– Percalonan– Perundingan’– Wasiat– Kelompok kecil

1. Pemilihan berdasarkan sistem warisan.

2. Daripada orang Quraisy (terutama Bani Hashim).

3. Jizyah (cukai kepala) dikenakan kepada orang bukan Islam.

4. Pusat pemerintahan di 5. Madinah.

2. Daripada Bani Umaiyah.

3. Jizyah (cukai kepala) dikenakan juga kepada orang Islam berketurunan Arab.

4. Pusat pemerintahan di Damsyik (Syria).

2a. Huraikan perkembangan dan kemajuan ilmu matematik pada zaman Abbasiyah dan Umaiyah.

Jawapan

Pada zaman pemrintahan Abbasiyah dan Umaiyah, ilmu matematik telah berkembang dengan pesat.

Pengetahuan matematik bukan sahaja diperkenalkan dalam negara tetapi meluas sehingga ke negara Barat. Al-Khawarizmi misalnya, telah mengarang buku matematik dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan menjadi rujukan dan panduan masyarakat Barat.

51

Page 52: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Buku-buku al-Khawarizmi telah ditempatkan di uneversiti-universiti di eropah bagi rujukan pakar dai Barat.

Seorang ahli matematik barat telah terpengaruh dengan teori-teori matematik al-Khawarizmi.

Umar Khayyam pula telah mencipta takwim yamg lebih tepat berbanding takwim Gregorian. Beliau juga telah mewujudkan ilmu algebra.

2b. Bincangkan sumbangan Ibn Sina dan al-Khawarizmi dalam bidang ilmu pengetahuan.

IBN SINA AL KHAWARIZMI

1.

2.

3.4.

Menyumbang dalam bidang perubatan dan falsafahMenghasilkan buku falsafah yang terkenal al-Shifa.Menghasilkan buku al-Qanun fi al-Tib.Merupakan pakar perubatan yang menjadi rujukan doktor-doktor Barat.

1.

2.

3.

Menyumbang dalam bidang matematik.Mengasaskan ilmu algebra dan memberi perhatian dalam bidang persamaan kuadratik.Menulis tentang teori geometri dan teori asal usul angka

3. Pertumbungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia telah berlaku sejak zaman awal Islam lagi.

(a) Jelaskan bentuk pertembungan itu.

Jawapan

Menerusi perdagangan dan perniagaan. Hubungan diplomatik. Penaklukan dan ketenteraan. Kebudayaan. Intelektual.

(b) Apakah implikasi terhadap tamadun Islam dalam pertembungan tersebut?

Jawapan

Tamadun Islam tersebar meluas ke serata dunia. Berlaku asimilasi antara tamadun Islam dengan tamadun lain. Tamadun Islam semakin kukuh dengan agama Islam sebagai asasnya. Ilmu pengetahuan Islam telah dipelajari oleh negara Barat dan mereka telah

mengembangkannya. Misalnya, ilmu perubatan Sains dan Matematik.

4. Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang besar kepada dunia Barat dab Timur.

(a) Jelaskan sumbangan tamadun Islam dalam bidang keilmuan.

Jawapan

Wujud pusat penterjemahan.

52

Page 53: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Terbina perpustakaan seperti baitulhikmah pada zaman Harun al-Rasyid di Baghdad. Dengan ilmu banyak buku disimpan dan dikaji.

Zakaria al-Razi telah menghasilkan 20 karya dalam bidang perubatan termasuk al-Hadi.

Al-Farabi, al-Miskawayh dan al-Mawardi menghasilkan buku undang-undang, pemikiran dan politik.

Pakar dalam bidang falsafah, seperti Ibn Sina, Fakhral-Din, Ibn al-Arabi, Ibn Rushd dan Imam Ghazali.

(b) Bagaimanakah ciri-ciri kehidupan sosial yang dicadang oleh Islam?

Jawapan

Dasar sosial Islam berasaskan kecemerlangan individu bukan berasaskan keturunan.

Tidak ada perbezaan taraf antara seseorang individu dengan individu yang lain kecuali taqwa.

Setiap perlakuannmanusia perlu mengikut landasan Islam yang ditetapkan. Setiap individu termasuk suami, isteri, ibu bapa, rakyat dan pemimpin mempunyai

tanggungjawab masing-masing. Sifat berdisiplin sangat penting diamalkan bagi mengawal diri dan perasaan.

53

Page 54: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA

LATIHAN DAN AKTIVITI

Latihan dalam buku teks, muka surat 178.

1. Senaraikan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Jawapan

- Tiga teori kedatangan Islam ke Asia Tenggra, iaitu Teori Islam berkembang ke Asia Tenggara dari Arab, dari China dan dari India.

2. Senaraikan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Jawapan

- John Crawford berpendapat bahawa Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi aktiviti perdagangan.- Bukti yang digunakan untuk menyokong pendapatnya adalah berdasarkan bukti catatan China yang mengatakan bahawa orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di Canton.- Mereka seterusnya berdagang di Lautan Hindi dan terdapat di kalangan mereka yang berdagang ke Asia Tenggara seperti di Selat Melaka.- Selain itu, Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas menggunakan bukti wujudnya persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Arab.- Beliau juga menggunakan alasan bahawa kebanyakan karya tempatan menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Arab.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 185.

1. Senaraikan cara Islam berkembang di Asia Tenggara.

Jawapan

- Perdagangan- Perkahwinan- Pengislaman raja dan golongan bangsawan- Kelahiran kerajaan Islam- Peranan pusat kebudayaan- Peranan mubaligh- Keistimewaan Islam

2. Berdasarkan peta pada halaman 182, senaraikan kerajaan Islam di Asia Tenggara.

54

Page 55: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Jawapan

- Samudera – Pasai- Perlak- Acheh- Melaka - Patani- Brunei

3. Nyatakan cara-cara yang digunakan oleh para pedagang untuk menyebarkan Islam.

Jawapan

Pedagang berdakwah semasa menjalankan aktiviti perdagangan. Pedagang menunjukkan sikap dan akhlak yang baik semasa berdakwah. Hubungan baik dengan pemerintah tempatan diamalkan oleh pedagang. Berkahwin dengan gadis (penduduk) tempatan.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 191.

1. Nyatakan peranan surau dan madrasah untuk memberikan pendidkan awal kepada masyarakat Islam Asia Tenggara.

Jawapan

Surau telah dijadikan sebagai tempat pengajaran al-Quran secara tidak formal. Madrasah pula dijadikan sebagai pusat pendidikan secara tidak formal.

2. Secara berkumpulan, bincangkan pengaruh Islam di Asia Tenggara dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran, bahasa dan kesusasteraan, budaya dan cara hidup serta ekonomi. Hasil perbincangan anda hendaklah dirumuskan dalam bentuk grafik klasifikasi. Anda boleh mencipta grafik berdasarkan kreativiti ahli kumpulan anda.

55

Pemerintahan dan pentadbiran

Institusi Kesultanan Sultan Ketua Negara Mufti dilantik sebagai penasihat

sultan Pegawai seperti kadi, pemungut

zakat Islam agama rasmi Nama negara seperti Acheh Darul

Salam Undang-Undang Syariah Semangat jihad

Pengaruh Islam di

Asia TenggaaraBudaya dan cara hidup

Cara hidup Islam diasimilasikan dalm budaya seperti bertudung kepala

Islam sebagai Addin Konsep persaudaraan Islam Nilai akhlak Islam Gotong-royong Semangat bekerjasama

Ekonomi

Zakat Baitulmal Rajin bekerja Mencari rezeki halal, mlerang

perbuatan mengemis Unsur-unsur halal semasa

berurusniaga Riba dan penipuan dilarang Berjimat cermat

Bahasa dan Kesusasteraan

Kewujudan tulisan jawi Tulisan rasmi dalam pentadbiran

kerajaan Islam Istilah bahasa Arab digunakan

dalam bahasa Melayu seperti “sultan”

Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua-franca

Hasil kesusasteraan dipengaruhi Islam

Page 56: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Grafik: Pengaruh Islam di Asia Tneggara

A. Soalan Esei dalam buku teks, muka surat 194.

3. Pada pandangan anda, mengapakah agama Islam dapat disebarkan dengan meluas di Asia Tenggara pada abad ke- 13 hingga ke-16?

Jawapan

Kemurnian ajaran Islam yang menerapkan konsep persamaan taraf sesama manusia. Agama Islam juga menekankan moral dan akhlak yang baik seperti bekerjasama, tolong-

menolong dan bertoleransi. Agama Islam juga merupakan satu cara hidup yang lengkap yang merangkumi soal ibadat dan

peraturan hidup dalam politik, ekonomi dan sosial. Islam merupakan agama yang tidak statik yang menganjurkan manusia berfikir secara

rasional. Dalam agama Islam, Tuhan yang disembah ialah Allah yang Maha Esa dan hal ini agak

bebrbeza datipada agama-agama yang terdapat di Aisa Tenggara sebelum kedatangan agama Islam yang mempunyai banyak Tuhan.

4. Dengan memberikan contoh tertentu, bincangkan pengaruh yang dibawa oleh Islam kepada masyarakat Asia Tenggara.

Jawapan

Pengaruh Islam terhadap masyarakat di Asia Tenggara dapat dilihat dalam pegangan agama dan cara hidup yang diamalkan.

Dari segi agama dan kepercayaan, mereka telah memeluk agama Ilslam dan meninggalakan kepercayaan tradisi seperti memuja semangat.

Cara hidup yang berorientasikan Islam ke rantau ini juga telah mengubah sistem sosial masyarakat kepada kehidupan tanpa kelas.

Nilai-nilai akhlak dalam Islam seperti tolong-menolong, bersatu padu dan bekerjasama telah menjadi budaya masyarakat.

56

Page 57: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

LATIHAN DAN AKTIVITI

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 200.

1. Senaraikan nama pelabuhan di Asia Tenggara yang menjadi tumpuan pedagang Islam dari abad ke-13 hingga abad ke- 14?

Jawapan

- Perlak, Pasai, Sulu, Acheh, Patani, Brunei, Melaka, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

2. Nyatakan pengaruh Islam dalam institusi kesultanan di negara kita.

Jawapan

- Kebesaran dan kemulian.- Kedaulatan.- Kuasa da pengaruh.- Nama dan gelaran.- Naungan rakyat.- Kekebalan raja.- Kuasa turun-temurun.- Istiadat pertabalan.- Penganugerahan kebesaran.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan daulat?

Jawapan

- Kedudukan yant tinggi, berkuasa, dimuliakan, disanjung tinggi dan dimartabatkan. Daulat juga bermaksud konsep ikatan antara rakyat dengan raja/pemimpin yang berkuasa yang menjadi penaung kepada rakyat.

57

Page 58: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

4. Nyatakan perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung.

Jawapan

Adat Perpatih Adat Temenggung

1. Mementingkan perempuan dari segi status, warisan harta dan sebagainya.

2. Pengaruh adat Minangkabau.3. Undang-undang adat yang mencorakkan

masyarakat di Negeri Sembilan – Naning.4. Bersifat matrilineal, iaitu nasib keturunan

adalah melalui ibu.5. Falsafahnya melindungi kaum wanita dan

peranan wanita dalam urusan keluarga.

1. Meletakkan taraf lelaki lebih tinggi walaupun memberi persamaan kepada wanita.

2. Pengaruh sistem/adat Temenggung.3. Undang-undang adat yang mencorakkan

kehidupan masyarakat di Negeri-negeri Melayu.

4. Jurai keturunan bapa lebih dipentingkan.5. Falsafahnya meletakkan tanggungjawab

keluarga kepada lelaki.

- Kedua-dua adat mempunyai kecenderungan memihak kepada sesuatu pembahagian gender (lelaki atau perempuan).

Latihan dalam buku teks, muka surat 208.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan formal dalam masyarakat Melayu tradisional?

Jawapan

Pendidikan formal berkaitan dengan keagamaan yang diterima secara langsung dan malaui perantaraan institusi tertentu.

Corak pendidikan ini telah lama berkembang sebelum kedatangan Islam dan berasaskan tradisi Hindu dan Buddha.

Bidang pendidikan terbatas dan didominasi oleh golongan atasan dan golongan istana. Istana menjadi pusat pengajian yang penting.

Pendidikan biasanya diberikan oleh golongan ulama atau Tok Guru yang ditugaskan khas untuk bakal pemerintah dan pembesar kerajaan.

Kedatangan Islam menyemarakkan pendidikan formal – pendidikan dijalankan di sitana, masjid, rumah, surau, madrasah serta pondok.

2. Nyatakan contoh pengaruh Islam dalam seni khat, seni persembahan dan seni bina.

Jawapan

(A) Seni khat

Satu kesenian yang menonjolkan penulisan jawi dalam bentuk ukiran, pahatan dan reka cipta sesuatu hasil seni. Tulisan khat pengaruh Arab dan Parsi mencorakkan perkembangan kesenian yang penting di bangunan yang berunsurkan Islam dan di masjid-masjid ternama dan terkemuka.

58

Page 59: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Ukiran epigrafi seperti batu bersurat dan batu nisan masih lagi dominan sehingga ke hari ini. Batu Bersurat di Terengganu ialah hasil seni tulisan yang tinggi kemahiran kebudayaannya.

Seni tulisan khat dikenali juga sebagai kaligrafi. Ayat-ayat yang digunakan untuk tulisan khat di masjid, madrasah, dan surau ialah

petikan ayat al-Quran seperti surah Yasin, surah al-Fatihah dan lain-lain.

(B) Seni Persembahan

Tarian,drama, muzik, nyanyian dan wayang kulit. Muzik, nyanyian, dan tarian disepadukan dalam sesuatu persembahan. Seni Persembahan telah berkembang sejak sebelum kedatangan Islam dan diteruskan serta

disesuaikan dengan pengaruh Islam. Pengaruh Islam dan Arab menyebabkan seni persembahan diwarnai oleh pengaruh Arab

seperti tarian dabus yang mengandungi unsur keagamaan dan kepahlawanan. Begitu juga dengan alat-alat muzik yang digunakan seperti rebana.

Kesenian persembahan seperti ghazal (di Johor) tarian mak inang di istana Melaka, dan nazam adalah pengaruh Islam.

Di Terengganu, persembahan tarian dilakukan oleh wanita dan dinyanyikan dalam majlis perkahwinan, berkhatan dan dalam upacara lain yang bersifat keagamaan.

(C) Seni bina

Jawapan

- Tulisan khat (kaligrafi) dan tulisan epigrafi yang terdapat dengan meluas pada binaan masjid, istana dan bangunan-bangunan berunsur Islam mencerminkan pengaruh Arab-Parsi dan pengaruh Islam.- Bentuk-bentuk seni bina Islam juga agak unik. Ada pengaruh Minangkabau, pengaruh Jawa dan pengaruh masyarakat Thai. Perkembangan seni bina dan ukiran berkembang pesat di Terengganu, Kelantan dan Johor.- Mesjid mempunyai ciri-ciri khas seperti mihrab, mimbar dan bumbung khusus.

3. Nyatakan pengaruh Islam dalam bidang kesusasteraan pada zaman Kerajaan Melayu Melaka.

Jawapan

- Setelah kedatangan Islam di Melaka, penulisan karya sastera telah berkembang. Karya yamg dihasilkan terbahagi kepada bentuk prosa dan puisi.- Antara kesusasteraan bentuk hikayat yang dihasilkan adalah seperti Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, dan Hikayat Nabi-nabi seperti Hikayat Nabi Yusuf dan Hikayat Nabi Musa.- Cerita-cerita tentang para sahabat seperti Hikayat Abu Bakar dan Hikayat Hasan dan Husin. Hikayat-hikayat lain seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah telah menjadi karya yang penting dan disimpan di istana Melaka.

4. Apakah fungsi surau dan masjid pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?

Jawapan

59

Page 60: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

- Sebagai institusi pendidikan formal, pusat pertemuan dan perkumpulan masyarakat serta tempat yang paling ideal untuk mengembangkan ilmu-ilmu Islam.- Kandungan pengajiannya merangkumi ilmu fikah, usuludin, hadis, tasawuf dan sebagainya.

Latihan dalam buku teks, muka surat 211.

1. Bagaimanakah pengaruh Islam dalam aspek perniagaan dalam Kesultanan Melayu Melaka.

Jawapan

Amalan riba tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam. Golongan kaya dan berkemampuan diperintah membayar zakat harta, kutipan zakat akan

disimpan oleh baitulmal.

2. Apakah ciri-ciri Islam yang terdapat pada mata wang negeri Johor pada abad ke- 16?

Jawapan

Mempunyai tulisan jawi/Arab seperti Malik atau Sulan al-Adil.

3. Nyatakan peraturan-peraturan cukai yang dikenakan kepada pedagang yang berdagang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Jawapan

Para pedagang yang berniaga diwajibkan membayar cukai tehadap barang dagangan mereka sebelum urusan perniagaan dapat dijalankan.

Terdapat beberapa jenis cukai, iaitu, cukai tetap (cukai import) yang jumlahnya ditetapkan oleh pemerintah.

– Pedagang dari India, tanah Arab, Siam, dan Pegu – enam peratus.– Jepun dan China – lima peratus.– Orang asing dari Kepulauan Melayu – cukai diraja sebanyak tiga peratus.– Orang asing lain – cukai diraja enam peratus.

Terdapat barang tertentu seperti beras dan makanan tidak dikenakan cukai.

60

Page 61: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

A. Soalan Esei dalam buku teks, muka surat 213.

1. Dua jenis undang-undang yang telah diamalkan oleh Kesultanan Melayu Mlelaka ialah Hukum

Kanun Melaka dan undang-undang Laut Melaka.

(a) Mengapakah undang-undang di atas digubal oleh pemerintah Melaka?

Jawapan

Kedua-duanya ialah undang-undang bertulis yang merupakan peraturan dan hukum bagi menjaga keamanan dan keadilan.

Hukum Kanun Melaka berkaitan dengan peraturan dan hukuman (jenis hukuman) yang dijatuhkan kepada mereka yang melakukan jenayah dan lain-lain bentuk kesalahan yang bersabit.

Undang-undang Laut Melaka berkaitan dengan hal dan tanggungjawab pengurus, pekerja mualim atau anak kapal sebagai makmum dan nakhoda sebagai kapten atau imam bagi mengekalkan keselamatan, keamanan, dan juga pembayaran cukai pelabuhan.

(b) Analisis kandungan fasal-fasal Hukum Kanun Melaka yang mempunyai pengaruh Islam.

Jawapan

Terdapat 44 fasal dalam Hukum Kanun Melaka dan hukum ini mempunyai 46 naskhah salinan yang disebut dengan pelbagai nama.

Hukum Kanun Melaka menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar (pemerintah),pantang larang di kalangan anggota masyarakat, hukuman terhadap kesalahan jenayah, undang-undang keuarga, permasalahan ibadah, serta jenis-jenis hukuman terhadap kesalahan tertentu.

61

Undang-undang Melaka

Undang-undang Laut Melaka

Hukum Kanun Melaka

Page 62: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

2. Bincangkan pengaruh Islam dlam bidang bahasa dan kesusasteraan di Tanah Melayu pada abad ke- 15 dan abad ke- 16.

Jawapan

Pengaruh Islam paling ketara dalam penggunaan tulisan jawi. Sebelum ini, tulisan lain seperti Pallava, Kawi (Jawa Kuno), Sunda Kuno, Batak dan Rencong digunakan.

Huruf Arab diperkenalkan dan disesuaikan dengan tulisan Melayu. Tulisan jawi amat berpengaruh dalam mencorakkan perkembangan literasi bahasa dari segi

bacaan dan penulisan. Tulisan jawi juga mencorakkan bahasa intelektual dalam pemgetahuan agama Islam dan

pelbagai pengetahuan lain seperti falsafah, undang-undang, fiqah, tauhid, sejarah, pengetahuan astronomi dan sebagainya.

Tulisan jawi menjadi tulisan komunikasi dan tulisan rasmi kerajaan Melayu di Tanah Melayu. Banyak istlah Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu. Kesusasteraan Islam berkembang pesat dan menjadi bahan bacaan dan pengetahuan yang

penting kepada masyarakat Melayu. Kesusasteraan ini berkembang bersama agama Islam di Nusantara dan di Asia.

Pada peringkat awal, kesusasteraan rakyat disebarkan secara lisan dan kebanyakkannya ialah cerita asal usul yang merakamkan kepercayaan tentang alam, nama tempat, tumbuh-tumbuhan dan binatang.

Setelah kedatangan Islam ke Melaka, penulisan karya sastera telah berkembang. Karya yang dihasilkan terbahagi kepada bentuk prosa dan puisi.

Antara kesusasteraan bentuk hikayat yang dihasilkan adalah seperti Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah dan Hikayat Nabi-nabi seperti Hikayat Nabi Yusuf dan Hikayat Nabi Musa.

Cerita-cerit tentang para sahabat seperti Hikayat Abu Bakar dan Hikayat Hasan dan Husin. Hikayat-hikayat lain seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah telah menjadi karya yang penting dan disimpan di istana Melaka.

Sastera berbentuk puisi antaranya Syair Dahulu Kala yang ditulis oleh Tengku Ampuan Mariam di Terengganu.

Banyak hikayat saduran bercorak Arab-Parsi seperti Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Hasan Damsyik menjadi bahan bacaan popular dalam masyarakat Melayu.

62

Page 63: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

BAB 9: PERKEMBANGAN DI EROPAH

LATIHAN DAN AKTIVITI

Latihan dalam buku teks, muka surat 217.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Gelap di Eropah?

Jawapan

- Zaman Gelap merupakan zaman selepas kejatuhan tamdun Rom di Eropah dan merupakan peringkat awal Zaman Pertemgahan.

2. Nyatakan ciri-ciri penting Zaman Gelap yang berlaku di Rropah.

Jawapan

- Kemerostan dalam bidang ilmu pengetahuan, pedagangan, dan kehidupan di bandar. - Tidak terdapat pentadbiran pusat yang kukuh dan berkesan.- Ekonomi dan kehidupan masyarakat merosot.- Kehidupan penuh dengan kacau-bilau dan peperangan sehingga petani mencari perlindungan daripada tuan-tuan tanah.- Institusi gereja memiliki harta yang banyak, tetapi mengongkong kehidupan masyarakat Eropah.- Kemunculan sistem feudal di Eropah.

3. Nyatakan ciri-ciri persamaan antara feudalisme di Eropah dengan masyarakat Melayu tradisional.

Jawapan

Sistem Feudal di Eropah.

- Terdiri daripada golongan pemerintah (raja) dan golongan yang diperintah (rakyat).- Raja memberikan perlindungan kepada tuan-tuan tanah.- Tuan-tuan tanha memberikan perlindungan kepada petani.- Raja mengurniakan tanah kepada tuan-tuan tanah untuk diusahakan, sebagai balasannya, mereka dikehendaki memberika khidmat kepada raja seperti menyertai pasukan tentera dan membayar cukai.- Tuan-tuan tanah boleh mengerahkan petani untuk memberikan khidmat semasa berlakunya peperangan.- Terdapat golongan hamba yang memberikan khidmat tenaga kepada golongan tuan tanah.

Sistem Feudal masyarakat Melayu Tradisional.

- Terdiri daripada golongan pemerintah (raja) dan golongan yang diperintah (rakyat).- Pembesar-pembesar dearah akan memberikan khidmat tenaga serta cukai kepada raja sebagai tukaran kepada perlindungan yang diberi oleh raja.- Sultan atau raja akan mengurniakan sesebuah kawasan kepada pembesar Melayu untuk ditadbir.- Terdapat golongan hamba yang memberikan khidmat tenaga kepada golongan pembesar.

63

Page 64: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

- Khidmat tenaga boleh diakukan melalui sistem kerah dan cukai pula melalui sistem serah.

Latihan dalam buku teks, muka surat 220.

1. Apakah maksud Renaissance?

Jawapan

- Renaissance berasal daripada perkataan Itali, iaitu renisciment yang bermaksud “kelahiran semula”. Istilah ini merujuk pada penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cindekiawan dan pejuang seni dalam tamadun Rom dan Yunani.- Kegemilangan tamadun tersebut telah tenggelam pada zaman gelap dan kegemilangan itulah yang telah muncul dan dikembangkan semula pada zaman Renaissance.

2. Apakah ciri-ciri yang terdapat pada di negara Itali sehingga menyebabkan tercetusnya Renaissance di situ?

Jawapan

Kedudukan Itali yang strategik kerana dikelilingi oleh Laut Mediteranean. Kemunculan bandar-bandar terkenal seperti Venice, Genoa, Florence, Rom, dan Milan

sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Berlakunya pertembungan budaya, bahasa, dan agama yang menjadikan Itali pusat

perkembangan idea-idea baru. Bandar-bandar pelabuhan terkenal seperti Venice dan Genoa merupakan pusat ekonomi

perdagangan utama yang berjaya menjadi pusat perkembangan budaya utama di Eropah.

3. Huraikan maksud Monarki Baru.

Jawapan

Kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan yang kuat dan kukuh melalui amalan pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat.

Kuasa raja semakin kukuh menyebabkan setiap raja di Eropah ingin menaikkan imej/status negara sehingga kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan bertambah kurang. Monarki baru terdapat di Portugal, Castile dan Aragon (Sepanyol), England, Perancis dan Belanda.

4. Nyatakan kesan Renaissance.

Jawapan

Kemunculan monarki baru. Kegiatan ekonomi sara diri semakin merosot. Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dengan meluas. Berlakunya kegiatan penjelajahn dan penerokaan hasil daripada kemajuan dalam bidang

matematikk, geografi, kartografi (teknik melukis peta) dan astronomi. Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia kerana manusia Renaissance bersedia

menzahirkan emosi mereka melalui muzik, lukisan dan ukiran. Melahirkan masyarakat yang mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri dan

menyuburkan persaan keyakinan diri. Masyarakat yang memikirkan pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah

dan metafizik. Merintis jalan kepada pembangunan dan perkembangan pelbagai ilmu sains seperti biologi,

fizik, kimia dan perubatan.

64

Page 65: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Mempunyai sifat inkuiri dan berani meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam semua bidang.

Latihan dalam buku teks, muka surat 223.

1. Apakah maksud Reformation?

Jawapan

Reformatiom berasal daripada perkataan reform yang bermaksud “melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau membentuk sesuatu yang baru.”

Reformation merupakan satu gerakan yang berlaku di Eropah Barat dalam tempoh antara tahun 1500 – 1600 M. dan mempunyai kaitan dengan agama Kristian.

2. Apakah idea-idea penting yang diperjuangkan oleh Martin Luther?

Jawapan- Menentang amalan institusi Gereja Katolik yang menjual Sijil Indulgences, iaitu surat pengampunan bagi penganut Kristian yang telah melakukan dosa.- Menentang amalan rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam Gereja Katolik.- Menentang cara dan gaya hidup penguasa Gereja Katolik yang tidak selari dengan apa yang terdapat dalam kitab Biblle.- Menentang gaya hidup penguasa Gereja yang mirip kepada gaya hidup pemerintah dan golongan bangsawan dan tidak mencerminkan kehidupan keagamaan.

3. Jelaskan kesan-kesan terpenting Zaman Reformation tehadap Eropah.

Jawapan

- Agama Kristian telah berpecah kepada dua mazhab utama, iaitu Katolik dan Protestan.- Negara Eropah telah berpecah dan berperang mengikut mazhab masing-masing, contohnya perang keagamaan yang berlaku di Peranchis antara tahun 1562 – 1598 dan Perang 30 tahun (1618 – 1648) yang melibatkan Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark dan Sweden.- Peperangan yang berlaku antara negara mengikut mazhab masing-masing telah mengakibatkan banyak kemusnahan.- Masyarakat Eropah tidak lagi dikuasai oleh satu mazhab saja.- Dalam jangka panjang, timbul sikap toleransi antara penganut pelbagai mazhab Kristian dari segi mempergiatkan pendidikan dan penyebaran fahaman mereka.- Kuasa institusi gereja telah dicabar dan dikritik secara terbuka. - Kuasa gereja terhadap kerajaan atau monarki baru semakin kurang kerana monari baru ingin membebaskan diri daripada penguasaan Paus di rom.- Raja England, Raja Henry VIII telah membebaskan diri daripada Paus di Rom dan mengistiharkan dirinya sebagai ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican.

Latihan dalam buku teks, muka surat 226.

1. Nyatakan kuasa-kuasa Eropah yang unggul pada zaman penjelajahan dan penerokaan.

Jawapan

Sepanyol, Portugal, Belanda dan Inggeris.

65

Page 66: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

2. Terangkan sebab-sebab utama berlakunya penjelajahan dan penerokaan orang Eropah ke Timur.

Jawapan

Faktor Ekonomi

– Orang-orang Eropah ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera, dan rempah dari Timur yang mendatangkan keuntungan besar kepada pedagang Eropah dan raja mereka. Ini juga nerupakan pendorong penting kuasa-kuasa Eropah menjelajah ke Timur.

Faktor Agama

– Keinginan untuk menyebarkan agama Kristian ke Timur.– Perang Salib yang berlaku antara orang Islam dengan orang Kristian mencetuskan hasrat

orang Kristian untuk menyebarkan agama mereka ke Timur.

Faktor Politik

– Kemunculan monarki baru di Eropah seperti England, Perancis dan Belanda turut menggalakkan penerokaan dan penjelajahan ke Timur. Secara tidak langsung hal ini dapat menaikkan imej negara bangsa.

– Penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa Eropah dapat dikaitkan dengan kata-kata gold, gospel dan glory.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 229.

1. Apakah sebab-sebab utama berlakunya Revolusi Pertanian?

Jawapan

Perubahan dalam sistem penggunaan dan pemilikan tanah. Penggunaan kaedah dan teknik saintifik dalam bidang pertanian. Kaedah dan penciptaan baru dalam bidang pertanian seperti tanaman bergilir, penggunaan

alatan pertanian moden serta alat menggali dan menugal. Kaedah pemasaran produk pertanian secara lebih meluas dan efisien.

2. Nyatakan kesan penguatkuasaan Akta Pemagaran Tanah pada zaman Revolusi Pertanian di eropah.

Jawapan

Kesan penguatkuasaan Akta Pemagaran Tanah pada zaman Revolusi Pertanian di Eropah ialah:

Terdapatnya kawasan yang lebih luas untuk digunakan bagi penanaman secara besar-besaran (ladang).

Rakyat biasa yang dahulunya bergantung pada tanah awam untuk menampung kehidupan mereka telah kehilangan punca rezeki.

Golongan petani kecil-kecilan menjadi buruh di ladang dan terdapat juga mereka yang berhijrah ke bandar dan menjadi buruh di kilang.

66

Page 67: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

3. Renungan dan perbandingan.

a. Bandingkan fenomena yang terdapat semasa Revolusi Pertanian di Britain dengan kejadian semasa yan terdapat di negara kita.

Jawapan

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Dasar Pertanian Negara bagi menggalakkan pengeluaran tanaman makanan yang mencukupi untuk keperluan negara dengan memperkenalkan perubahan dalam penggunaan tanah.

Tanah-tanah yang tidak ekonomik disatukan agar satu sistem penanaman yang lebih ekonomik dapat dilaksanakan dengan pengurusan ladang yang lebih cekap.

Tanah yang disatukan dapat diusahakan secara intensif agar produk pertanian dapat dipertingkatkan dengan penggunaan teknologi pertanian moden seperti traktor, jentera-jentera pembajak, sistem tanaman bergilir, penggunaan kerja organik yang dapat menghasilkan pulangan yang lumayan.

Kerajaan menerusi agensi-agensi yang berkaitan seperti Bank Pertanian, Kementerian Pertanian, MARDI, dan RISDA, memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf hidup petani seperti penanaman benih padi baru – PUTERI yang dijangka dapat menampung keperluan beras negara dan dengan itu kerajaan tidak perlu lagi mengimport beras dari luar negara.

Kaedah pemasaran yang lebih efisien seperti aspek pembungkusan dan pelabelan dapat mempertingkatkan pemasaran hasil pertanian ke seluruh negara dan untuk dieksport. Agensi seperti FAMA memainkan peranan penting untuk membantu golongan petani memasarkan hasil-hasil pertanian mereka.

Antara langkah yang dibuat termasuklah menyatukan tanah dan memulihkan tanah terbiar. Seterusnya ditanam dengan tanaman pertanian berbenuk mini estet. Contohnya, mini estet/tanaman berkelompok padi yang dilaksanakan oleh Lembaga Persatuan Peladang di Asam Jawa, Kedah, dan oleh syarikat-syarikat kerjasama. Perkara ini sama seperti yang berlaku dalam Revolusi Pertanian di Briratin yang melaksanakan Akta Pemagaran Tanah untuk mengusahakan tanaman pertanian dalam bentuk skala besar bagi mendapatkan pulangan yang lumayan.

Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia seperti di atas hampir sama denagn fenomena yang terdapat semasa Revolusi Pertanian di Britain seperti perubahan dalam sistem pemggunaan dan pemilikan tanah, penggunaan kaedah atau teknik saintifik dalam pertanian, [enggunaan alatan baru, penggunaan baja serta kaedah pemasaran produk pertanian secara berkesan. Di Tanjung Karang, Selangor, terdapat sawah padi yang telah disatukan bagi membolehkan jentera pembajak tanah dan penuaian digunakan. Dengan cara ini, kegiatan pertanian dapat dipercepat dan penghasilan dipertingkatkan. Kegiatan ini juga telah menyebabkan pekerjaan berkurangan di kawasan berkenaan kerana laedah penanaman dan penuaian padi ini tidak memerlukan terlalu ramai buruh seperti dahuku. Ini membolehkan anak-anak muda di kawasan tersebut berhijrah untuk bekerja di kilang-kilang di Shah Alam dan Petaling Jaya.

67

Page 68: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

b. Kenal pasti kejadian yang serupa atau hampir serupa yang berlaku di tempat lain di Malaysia.

Jawapan

Berdasarkan petikan di atas, kejadian yang sama turut berlaku di daerah Rembau, Negeri Sembilan, kerana kebanyakkan penduduk mempunyai tanah-tanah adat yang agak kecil keluasannya dan tidak diusahakan secara giat kerana tidak ekonomik.

Pihak kerajaan atau swasta dengan persetujuan tuan-tuan tanah berusaha menyatukan tanah-tanah yang kecil untuk menjalankan Projek Tanaman Kelompok supaya kawasan itu dapat diusahakan dengan lebih intensif seperti penggunaan jentera-jentera pembajak, sistem saliran yang baik dan kaedah penyiraman moden.

Ini meyebabkan tenaga manusia tidak banyak digunakan dalam proses penanaman, pemungutan hasil, pemasaran dan sebagaimya.

Ini meyebabkan buruh dalam sektor pertanian terpaksa berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Seremban untuk mendapatkan pekerjaan.

c. Bincangkan persamaan dan perbezaan fenomena di Tanjung Karang dengan apa yang berlaku di Britain semasa Revolusi Pertanian.

Jawapan

Persamaan Penggunaan teknologi moden – mesin pembajak dan mesin menuai dicipta bagi menggantikan

tenaga menusia dan binatang. Penggunaan bijih benih yang bermutu tinggi – dapat mengeluarkan hasil dengan cepat, tahan

ancaman penyakit. Sikap petani yang dapat menerima perubahan – pertanian memberikan pulangan yang

lumayan dan menjalin masa depan mereka. Bidang pertanian telah mewujudkan peluang pekerjaan baru dan hal ini dapat menghalang

penghijrahan penduduk ke bandar.

Perbezaan Dari segi pemodenan

– Britain – agak menyeluruh, mampu menghasilkan hasil pertanian yang mencukupi untuk seluruh penduduk Britain dan untuk eksport.

– Tanjung Karang – pengeluaran masih belum mencukupi untuk menampung keperluan negara.

Keluasan kawasan pertanian– Britain – pelbagai tanaman dapat ditanam secara berskala besar seperti buah-

buahan dan sayur-sayuran.– Tanjung Karang – hanya padi yang diusahakan secara intensif.

Latihan dalam buku teks, muka surat 233.

68

Page 69: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

1. Apakah faktor-faktor utama yang menyebabkan Revolusi Perindustrian berlaku di Britain?

Jawapan

- Penyedian modal dan dana oleh peladang kaya hasil daripada revolusi pertanian dengan melabur dalam bidang perindustrian.- Kesedian mengambil dan menanggung risiko akibat pelaburan dalam bidang perindustrian.- Rekaan dalam bidang sains dan teknologi dengan kaedah dan ciptaan baru dalam bidang perindustrian serta perubahan kepada teknik pengeluaran dalam skala yang lebih besar.- Semangat dan kegiatan keusahawanan.- Pengkhususan pekerjaan membolehkan kuantiti dan kualiti barangan dapat dipertingkatkan. Produk dapat dipasarkan secara meluas bukan sahaja di dalam negeri tetapi juga di luar negara.- Penggunaan teknologi baru seperti enjin berkuasa wap dapat menggantikan tenaga manusia dan binatang, mengakibatkan kerja dapat dikendalikan secara berterusan.- Kesediaan mengambil dan menanggung risiko akibat pelaburan dalam bidang perindustrian.

2. Nyatakan peralatan yang telah dicipta dalam usaha pemintalan benang dan penenunan kain.

Jawapan

Spinning Jenny – mesin pemintal benang ciptaan John Hargreaves (1770) dapat memintal lapan jurai benang dalam satu masa.

Water Frame – alat pemintal benang ciptaan Richard Arkwright (1769) – digerakkan dengan menggunakan kuasa wap serta dapat memintal benang dengan lebih banyak.

3. Apakah persamaan yang tedapat dalam proses Revolusi Pertanian dan Perindustrian?

Jawapan

Kedua-dua revolusi saling berkaitan kerana Revolusi Pertanian telah memberikan sumbangan kepada pertumbuhan dan perkembangan Revolusi Perindustrian dari segi penyediaan modal. Petani yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan keuntungan mereka dalam bidang perindustrian yang belum menjanjikan pulangan yang lumayan.

Revolusi Pertanian dapat menyediakan bahan makanan yang mencukupi dan tidak perlu mengimport makanan. Dana dan wang dapat diselamatkan dan dilabur bagi membantu menjana perkembangan industri dalam negara. Inilah yang dikatakan Revolusi Pertanian menyediakan asas kepada pencetusan Revolusi Perindustrian.

Dalam Revolusi Perindustrian, pengeluaran dapar dihasilkan dalam skala yang besar dan cepat.

Keadaan ini sama seperti Revolusi Pertanian apabila terdapat kaedah/teknik pertanian baru dan moden, pengeluaran hasil pertanian meningkat dengan mendadak. Lebihan pemgeluaran dalam bidang pertanian dan perindustrian dapat diperdagangkan atau dikomersialkan.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 236.

69

Page 70: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

1. Mengapakah Britain dapat menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa pada abad ke- 18 dan ke- 19?

Jawapan

Negara tersebut merupakan negara penjajah utama dan kuasa maritim yang ulung.

2. Jelaskan kesan penciptaan kereta api pada masa berlakunya Revolusi Perindustrian.

Jawapan

Dapat mengangkut barang lebih pantas dan kereta api menjadi kenderaan penganngkutan bagi pekerja kilang.

3. Mengapakah akta tertentu diperlenalkan dalam bidang perindustrian khususnya tentang penggunaan buruh?

Jawapan

Untuk memastikan kesejahteraan pekerja terbela. Menghalang eksploitasi buruh kanak-kanak di kilang. Mendapatkangaji atau layanan yang lebih baik daripada majikan.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks, muka surat 240.

1. Apakah maksud imperialisme?

Jawapan

Imperialisme merupakan penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap lain yang lebih lemah.

Penguasaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan ekonomi.

2. Bincangkan faktor ekonomi yang mendorong kedatangan kuasa Barat ke Asia Tenggara.

Jawapan

Ingin mendapatkan bahan mentah, dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan untuk keperluan perindustrian mereka.

Memasar hasil keluaran industri masing-masing ke Asia Tenggara. Penciptaan kapal wap memudahkan perhubungan dan mempercepatkan perjalanan. Britain mencari pasaran baru di Asia Tenggara memandangkan barangan keluaran Britain

tidak dapat dieksport ke Amerika dan Eropah kerana tarif diperkenalkan bagi melindungi industri mereka.

3. Apakah kesan imperialisme dari segi pendidikan?

70

Page 71: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Jawapan

- Pendidikan Barat diperkenalkan, tetapi tidak disebarkan dengan meluas dan berkesan.- Terhad di kawasan bandar untuk memberi pendidikan asas bagi melatih golongan pentadbir rendahan bagi memenuhi keperluan pentadbiran British.- Kepincangan sistem pendidikan, terpaksa dibaiki oleh pemerintah peribumi yang berkuasa selepas merdeka.

A. Soalan Esei dalam buku teks, muka surat 242.

1. Bincangkan peranan golongan seni pada Zaman Renaissance.

Jawapan

Golongan seni dinaungi oleh pedagang-pedagang kaya dan memainkan peranan penting untuk mencantikkan dan menghiasi bandar dan gereja dengan ukiran dan lukisan yang cantik.

Mereka melahirkan perasaan dan emosi melalui karya berbentuk tulisan, seni bina, seni ukir, seni muzik.

Berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang dapat menyuburkan perasaan keyakinan diri.

2. Bincangkan sebab-sebab utama berlakunya Revolusi pertanian.

Jawapan

Perubahan dalam sistem penggunaan dan pemilikan tanah. Penggunaan kaedah dan teknik saintifik dalam bidang pertanian. Teknik penanaman yang lebih efisien, penggunaan peralatan baru, serta penggunaan

baja. Kaedah pemasaran produk pertanian secara lebih meluas dan berkesan.

3. Huraikan pengajaran-pengajaran yang anda peroleh daripada Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian.

71

Page 72: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Jawapan

Semangat keusahawanan, kegigihan serta kesanggupan mengambil risiko merupakan asas kepada kejayaan dalam sesuatu bidang yang diceburi.

Bidang sains dan teknologi tidak dapat dipisahkan dalam menerokai dan menceburi bidang pertanian dan perindustrian.

Sesuatu perubahan yang cuba dilakukan sudah tentu akan mendapat tentangan dan segala tentangan tersebut akan dapat diatasi, sekiranya ditangani dengan fikiran yang bijak dan waras.

Sesuatu perubahan yang dilakukan sudah tentu membrikan kesan kepada bidang lain. Perubahan tersebut perlu ditangani dengan bijak supaya tidak menimbulkan sebarang masalah.

Bidang pertanian dan perindustrian hendaklah dijalankan secara besar-besaran supaya mendapat keuntungan.

4. Pada pendapat anda, bagaimanakah kemajuan bidang pengangkutan dapat meningkatkan perkembangan Revolusi Perindustrian di Britain.

Jawapan

Sistem jalan raya yang baik memudahkan barangan diangkut dari satu tempat ke tempat lain.

Pengenalan kereta api dapat menghubungkan kawasan bandar dan desa dan merupakan alat pengangkutan yang berkesan dan murah kerana dapat mengangkut barang dalam kuantiti yang banyak.

Rekaan enjin yang berkuasa wap dapat membantu pergerakan kereta api dengan laju. Sistem pengangkutan laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap dapat

mengangkut dan memasarkan barangan dengan lebih banyak, cepat dan dengan kos yang murah pada peringkat antarabangsa.

BAB 10: DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

72

Page 73: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

LATIHAN DAN AKTIITI

Latihan dalam buku teks, muka surat 246.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi tradisional?

Jawapan

- Ekonomi yang mempunyai hasil pengeluaran dalam skala yang kecil, menggunakan teknologi yang mudah, modal yang kecil, jumlah buruh yang terhad dan pasaran yang kecil.- Meliputi kegiatan ekonomi seperti melombong,, bercucuk tanam, memungut hasil hutan, menternak binatang, dan menangkap ikan secara kecil-kecilan untuk keperluan sara diri. - Sekiranya ada lebihan pengeluaran, biasanya, digunakan semula oleh keluarga atau kumpulan masyarakat untuk tujuan pertukaran barang, kenduri-kendara, pembayaran zakat, sedekah atau hadiah.- Lebihan pengeluaran disimpan untuk satu tempoh tertentu terutama aktiviti ekonomi yang bermusim seperti penanaman padi bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan.

2. Bagaimanakah masyarakat Melayu tradisioanal menjalankan aktiviti pertanian?

Jawapan

- Berbentuk sara diri untuk keperluan sendiri dan keluarga secara kecil-kecilan.- Tanaman yang diusahakan adalah seperti ubi, pisang, kelapa, sayur-sayuran.- Menggunakan teknologi yang mudah seperti tajak, cangkul, tugal, serta tenggala yang menggunakan tenaga kerbau.- Menggunakan sistem pengairan yang mudah dan ringkas berasaskan sumber air dari sungai atau hujan.- Aktiviti pertanian dijalankan secara bersama oleh sesebuah keluarga sahaja, tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas.- Teknologi pertanian lebih banyak digerakkan oleh tenaga binatang atau manusia, bukannya mesin.

Latihan dan Aktiviti dalam buku teks muka surat 258.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi dagangan?

Jawapan

- Kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pegeluaran untuk tujuan pemasaran.- Pengeluaran dalam skala yang besar, penggunaan tenaga buruh yang ramai, modal yang besar, teknologi yang lebih tinggi, pemasaran yang lebih luas, pengurusan ladang dan lombong yang cekap.

2. Apakah peranan pembesar Melayu dalam perlombongan bijih timah di Tanah Melayu sebelum kedatangan British?

73

Page 74: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Jawapan

- Menjadi pemilik lombong bijih timah yang diusahakan oleh buruh tempatan, seperti Long Jaafar, Ngah Ibrahim, Raja Jumaat di Selangor, Datuk Kelana Putra, Datuk Bandar,Datuk Muda Linggi di Sungai Ujong, Negeri Sembilan.- Memantau dan mengawal penglibatan orang-orang China dalam aktiviti perlombongan bijih timah.- Memberikan kebenaran/persetujuan kepada pengusaha China untuk mengusahakan kawasan perlombongan yang berada di bawah kawalan dan penguasaan pembesar Melayu.- Menjadi pembeli hasil bijih timah yang dilombong.- Menentukan harga belian bijih timah yang dijual oleh pengusaha lombong bijih timah kepada pembesar Melayu.

3. Senaraikan aktiviti pertanian komersial sebelum berkembangnya perusahaan getah di tanah Melayu.

Jawapan

- Ubi kayu - Tebu- Lada hitam- Gambir- Tembakau - Kopi

4. Nyatakan sumbangan Henry N. Ridley dalam perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.

Jawapan

Berusaha meyakinkan peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih getah secara percuma.

Memperkenalkan cara menoreh getah mengikut sistem torehan ibidem atau seperti bentuk tulang ikan kering yang tidak merosakkan pokok.

Latihan dalam buku teks, muka surat 262.

1. Apakah kesan dasar British dalam bidang pertanian kepada masyarakat Melayu?

Jawapan

Memperkenalkan tanaman baru seperti kopi, tembakau dan getah yang mendapat pasaran baik di peringkat antarabangsa.

Mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam. Tanaman komersial diusahakan secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh dari China

dan India. Undang-undang berhubung dengan pemilikan tanah diperkenalkan bagi melindungi tanah milik

orang Melayu daripada diceroboh oleh pemodal asing.

2. Apakah kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British kepada masyarakat Melayu?

Jawapan

74

Page 75: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Individu atau syarikat yang hendak mengusahakan sesuatu kawasan tidak lagi perlu mendapat kebenaran daripada pembesar Melayu, tetapi mesti membuat pemohonan di Pejabat Tanah.

Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah, damar dan rotan.

Residen di negeri-negeri Melayu mempunyai kuasa yang besar untuk menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal.

Membawa kepada perkembangan sistem ekonomi wang di kalangan masyarakat Melayu. Semua urusan seperti jual beli, cukai, sewa tanah, barang keperluan dan perkhidmatan

dibayar dengan wang.

3. Mengapakah Akta Tanah Simpanan Melayu dilaksanakan oleh British?

Jawapan

Mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang asing. Menyelamatkan tanah di sesuatu kawasan dari dijual, dipajakgadaikan atau ditukar milik

kepada orang bukan Melayu. Melindungi kepentingan ekonomi British kerana Tanah Simpanan Melayu tidak dibenarkan

sama sekali ditanam dengan tanaman komersial.

4. Apakah tujuan British mengadakan Enakmen Tanah Padi 1917?

Jawapan

Melarang penanaman getah di kawasan penanaman padi. Mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil Melayu dalam sektor perusahaan getah. Premium untuk permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah dinaikkan.

Latihan dalam buku teks, muka surat 270.

1. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan bandar-bandar baru.

Jawapan

- Perkembangan pesat ekonomi yang berasaskan perlombongan bijih timah.- Pertambahan penduduk di sesuatu kawasan serta berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perbankan, perniagaan dan sebagainya.- Perkembangan sistem pengangkutan dan aktiviti ekonomi berasaskan pertanian komersial.

2. Bagaimanakah masyarakat berbilang kaum terbentuk di Tanah Melayu?

Jawapan

- Dasar penjajah British yang menggalakkan penghijrahan buruh asing bagi memenuhi keperluan sumber tenaga manusia di Tanah Melayu.- Kekayaan sumber alam, kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik telah menarik minat imigran dari China dan India datang keTanah Melayu.

3. Apakah maksud sistem pendidiakan vernakular di Tanah Melayu?

Jawapan

- Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa pengantar.

75

Page 76: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

4. Terangkan faktor-faktor yang menyebabkan sistem pengangkutan dan perhubungan berkembang.

Jawapan

Perkembangan pesat dalam kegiatan perlombongan dan pertanian. Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan

perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport. Pembukaan tanah-tanah baru di kawasan pedalaman untuk penanaman getah.

A. Soalan Esei dalam buku teks, muka surat 272.

1. Jelaskan aktiviti pertanian komersial sebelum berkembangnya perusahaan getah di Tanah Melayu.

Jawapan

Aktiviti pertanian komersial bermaksud perdagangan atau jualan sama ada untuk permintaan dalam negara atau untuk tujuan pasaran ke luar negara.

Mencerminkan kemajuan dari segi peningkatan pengeluaran, jenis pertanian yang diusahakan, keluasan tanah yang digunakan, pengurusan ladang, penggunaan teknologi pertanian yang lebih cekap (sistem saliran, pembajaan, benih-benih yang baik), penggunaan tenaga buruh yang ramai dan lain-lain.

Melibatkan pemodal Eropah dan China. Orang Melayu tersisih daripada kegiatan ekonomi pertanian komersial. Oleh sebab itu tidak lahir usahawan di kalangan orang Melayu sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Penjajahan British terhadap Tanah Melayu menjadikan Tanah Melayu negara pertanian untuk kepentingan British di Tanah Melayu dari segi mendapatkan modal dan bekalan bahan mentah, serta membangunkan tanah dan kawasan yang berpotensi menjadi kawasan pertanian komersial.

Hasil pertanian komersial yang digalakkan pada abad ke-19 ialah ubi kayu, tebu, lada hitam, gambir, tembakau dan kopi. Tanaman ini diusahakan di Sabah, Sarawak dan Johor.

Di Johor, lada hitam dan gambir diusahakan dalam skala besar dan melibatkan Sistem Kangcu, iaitu buruh-buruh China sehingga tahun 1860-an, Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir.

Kejayaan yang dicapai oleh pemodal-pemodal Eropah dan China dalam ekonomi pertanian komersial adalah disebabkan oleh modal, teknologi, konsesi tanah yang luas dan tempoh pajakan yang lama.

Masyarakat Melayu masih terikat dengan ekonomi pertanian sara diri dan terpinggir daripada perubahan ekonomi pertanian komersial. Ini menyebabkan wujudnya dwi ekonomi dengan ekonomi komersial yang memberikan keuntungan dan kekayaan kepada golongan China dan pengusaha Eropah, sementara ekonomi tradisional yang ketinggalan melibatkan petani-petani Melayu yang dibelenggu oleh kemiskinan.

Pada abad ke- 20, pemodal British mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport.

2. Bincangkan sumbangan Henry N. Ridley dalam perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.

Jawapan

76

Page 77: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Bertanggungjawab memajukan dan memodenkan sektor penanaman getah di Tanah Melayu.

Dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura pada tahun 1888. Memperkenalkan sistem penorehan getah ibidem atau sistem torehan tulang ikan,

benih getah yang dapat mengeluarkan susu getah yang tinggi, pokok-pokok getah yang tahan lama dan yang mengeluarkan hasil dala iklim tropika.

3. Bincangkan tindakan kerajaan British dalam menghadapi kemerosotan harga getah sebelum perang Dunia Kedua.

Jawapan

Memperkenalkan rancangan Sekatan Stevenson 1922 yang menghadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.

Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934 di mana pekebun kecil getah diberi kuota yang lebih rendah dalam pengeluaran getah. Ini kerana mereka dilihat sebagai ancaman kepada pengusaha ladang.

4. Huraikan kemasukan imigran atau buruh asing di Tanah Melayu dari awal abad ke- 19 hingga awal abad ke- 20.

Jawapan

(a) Kemasukan buruh China

Berlaku dengan pelbagai cara seperti sistem kredit, sistem pengambilan kakitangan, dan sistem pengambilan rumah kongsi.

Sistem tiket kredit

Bakal buruh asing ke Tanah Melayu dikumpulkan dari kampung-kampung oleh kheh-thau (ketua). Ketua ini dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa. Bakal-bakal imigran ini dikenali sebagai Sin kheh.

Sin kheh tidak mampu membiayai perbelanjaan mereka ke Tanah Melayu, diletakkan di bawah pengawasan agensi buruh yang telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan.

Sin kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis bagi menjelaskan hutang mereka dengan cara bekerja dengan majikan berkenaan dalam suatu tempoh tertentu.

Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka tujui serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.

Apabila sampai ke pelabuhan,mereka akan diambil oleh pemborong buruh yang bertindak sebagai orang tengah yang akan mendapatkan majikan untuk mereka dengan bayaran tertentu.

Sistem pengambilan kakitangan

Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke negara China untuk mendapatkan buruh.

Segala tambang dan perbelanjaan buruh dibiayai oleh majikan. Pegawai berkenaan bertanggungjawab mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga

sampai di tempat majikan.

77

Page 78: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Sistem pengambilan rumah kongsi

Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.

Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh tersebut sehingga sampai di rumah kongsi di Tanah Malayu.

Apabila buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi, pembawa buruh dibayar dengan kadar tertentu seperti yang dipersetujui.

(b) Kemasukan buruh India

Kemasukan buruh India ke Tanah Melayu dibuat melalui bebrapa cara seperti sistem Buruh Bebas, Sistem Kontrak dan Sistem Kangani.

Sistem Buruh Bebas

Buruh India memasuki Tanah Melayu atas pembiayaan masing-masing. Kedatangan mereka diatur oleh orang atau kumpulan tertentu kerana kepentingan

ekonomi. Apabila tiba di Tanah Melayu mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang

dikehendaki.

Sistem Kontrak

Majikan akan membiayai tambang ke Tanah Melayu dan sebagai balasan, buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu (satu hingga tiga tahun) dengan bayaran minimum antara sembilan hingga tiga belas sen sehari.

Sistem Kangani

Seorang kangani (ketua/mandur/tandil) duberikan kepercayaan oleh majikan dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.

Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka tiba di Tanah Melayu.

Kangani merupakan pengurus agensi yang membawa masuk buruh-buruh India ke Tanah Melayu.

5. Huraikan peranan institusi kewangan dan insurans dalam perkembangan ekonomi di Tanah Melayu dari tahun 1859-1948.

Jawapan

Berperanan menyediakan kemudahan pinjaman ke[ada pelabur dan ini memesatkan lagi perkembangan industri getah dan bijih timah.

78

Page 79: Jawapan Esei Buku Teks Ting 4

Memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan dengan memperkenalkan kadar faedah yang tinggi.

Penubuhan dapat menjana perkembangan pesat ekonomi Tanah Melayu kerana dana dari luar negara dapat disalur terus ke Tanah Melayu dengan lebih mudah dan cepat.

Bank dapat bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport yang membolehkan urusan perdagangan antarabangsa berjalan dengan lebih licin dan teratur.

Peranan institusi insurans amat penting akibat daripada perkembangan ekonomi antarabangsa. Antara perkhidmatan insurans yang penting ialah insurans maritim, insurans kebakaran, insurans harta, insurans perniagaan dan kemalangan serta insurans nyawa.

Keperluan untuk melindungi kapal-kapal dagang daripada kebakaran. Institusi kewangan dan insurans memainkan peranan yang sangat besar dalam

perkembangan ekonomi di Tanah Melayu dengan menyediakan pinjaman, kemudahan urusan pedagangan import-eksport, menyalurkan dana, melindungi kepetingan pedagang-pedagang antarabangsa dalam urusan perniagaan.

79