Jawapan Esei Buku Teks Ting 5

download Jawapan Esei Buku Teks Ting 5

of 33

Transcript of Jawapan Esei Buku Teks Ting 5

BAB 1 : KEMUNCULANPERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARABAB 1 : Latihan & aktiviti I ( m.s 7 ) 1. Apakah yang anda paham tentang imperialisme ?Jawapan: - Dasar atau tindakan sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah. Dilakukan dengan menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya terhadap negara-negara lain.

2. Lengkapkan jadual dibawah. Kuasa Barat Sepanyol, Amerika Syarikat Britain Belanda Perancis Tanah Jajahannya Filipina Tanah melayu, Sarawak dan Sabah Indonesia Indochina

3. Nyatakan kepintangan Terusan Suez dalam memesatkan imperialisme Barat.Jawapan: - Memendekkan jarak Barat-Timur. masa pelayaran barat-Timur bertambah singkat. menjimatkan kos pengangkutan.

4. Faktor yang membawa kepada imperialisme Barat di Asia Tengara.Jawapan: i. ii. iii. iv. Revolusi perindustrian Memerlukan bahan mentah yang banyak dan berterusan. Memerlukan kawasan pasaran barangan kilang Barat. Kekayaan bahan mentah Asia tenggara kaya dengan hasil pertanian Asia Tenggara kaya dengan hasil perlombongan. Sistem pengangkutan dan perhubungan. Pengunaaan kapal wap dan pembukaan Terusan Suez. penciptaan telegraf. Beban Orang Putih dan :tugas menyebarkan Tamadun Bertanggungjawab memimpin kesejahteraan orang Timur. Tugas Barat adalah untuk menyebarkan tamadun.

Latihan & Aktiviti II ( m.s 13 ) 1

1.Secara berkumpulan, lengkapkan jadual di bawah dengan memilih nam-nama negara di Asia Tenggara. FilipinaPERUBAHAN PENTADBIRAN Sebelum penjajahan - Terdiri daripada unit-unit politik kecil yang tidak bersatu. - Undang-undang tempatan diamalkan - datu merupakan pemerintah barangay Selepas penjajahan - Pemusatan kuasa berlaku. - Undang-undang Barat diamalkan - Birokrasi/jabatan kerajaan diperkenalkan. - Datu kehilangan kuasa.

- Pegawai bangsa penjajah mengetuai setiap biro.

Indochina PERUBAHAN PENTADBIRAN Selepas penjajahanKerajaan pusat diketuai Gabenor Jeneral. Birokrasi Barat diperkenalkan. Pegawai Barat mengetuai birokrasi Barat. Leftenan Gabenor ialah ketua wilayah.

Sebelum penjajahan

- Terdiri daripada beberapa kuasa berasingan. - Setiap kerajaan diperintah oleh raja berkuasa mutlak. - Birokrasi tradisional(Vietnam Tua) - Golongan Mandarin merupakan ketua birokrasi tradisional.

Indonesia PERUBAHAN PENTADBIRAN Selepas penjajahan- Kerajaan pusat di bawah Gabenor Jeneral. - Pentadbiran secara tidak langsung melalui raja dan pembesar tempatan. - Jabatan-jabatan diperkenalkan. - Penubuhan Dewan Tempatan dan Volskraad tetapi kuasa di tangan Belanda.

Sebelum penjajahan

- Terdiri daripada kerajaan-kerajaan berasingan.- Setiap kerajaan diperintah oleh raja. - Bupati merupakan pemerintah tempatan.

Burma PERUBAHAN PENTADBIRAN Selepas penjajahan- Pesuruhjaya Tinggi ialah ketua kerajaan. - Institusi beraja dihapuskan. - Undang-undang barat menaungi sami Buddha. - Majlis Perundangan menjadi penasihat Pesuruhjaya Tinggi. - Pegawai-pegawai Inggeris mengetuai biro-biro. - Undang-undang Barat diperkenalkan.

Sebelum penjajahan-

Raja ialah pemerintah kerajaan. Raja penaung sami Buddha. Hluttaw merupakan majlis penasihat raja. Pembesar tradisional tempatan. Undang-undang tradisional diamalkan.

Tanah Melayu PERUBAHAN PENTADBIRAN Selepas penjajahan 2

Sebelum penjajahan

- Terdiri daripada negeri-negeri Melayu. - Raja sebagia pemerintah kerajaaan. - Pembesar tradisional ialah pemerintah tempatan. - Mengamalkan undang-undang sendiri atau tempatan.

- Pemusatan kuasa di bawah Pesuruhjaya Tinggi. - Menjalankan pemerintahan tidak langsung melalui raja menggunakan Sistem Residen dan Sisitem Penasihat. - Residen/Penasihat sangat berpengaruh dalam pemerintahan. - Pegawai-pegawai Inggeris merupakan pemerintah birokrasi Barat. - Undang-undang Barat diperkenalkan.

2.Jelaskan sistem pemerintahan pentadbiran tradisional di Burma dan di Indochina.Jawapan:

BURMA Sebelum kedatangan British, Burma diperintah oleh Dinasti Kounbaung. Raja ialah pemerintah kerajaan. Raja penaung sami Buddha. Hluttaw merupakan majlis penasihat raja. Raja dibantu oleh pembesar-pembesar tradisional tempatan. Pembesar-pembesar tradisional tempatan terdiri daripada wun (pegawai tinggi kerajaaan) myothugyi (ketua bandar), ahmudan (pegawai diraja) dan athi (pegawai bukan raja). Undang-ungang tradisional diamalkan.

INDOCHINA Terdiri daripada beberapa kerajaan berasingan. Kerajaan tersebut ialah Vietnam, Kemboja dan Laos. Setiap kerajaan diperintah oleh kerajaan pusat. Pembesar tempatan diberikan kuasa mutlak oleh kerajaan pusat. Di Vietnam, sistem birokrasi tradisional telah diamalkan. Golongan Mandarin merupakan ketua birokrasi tradisional.

3. Huraikan kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di Asia Tenggara?Jawapan:

-

Pengurangan kuasa raja / penyingkiran institusi raja. Pengurangan / penyingkiran kuasa pembesar. Penggunaan sumber ekonomi tempatan untuk kepentingan penjajah. Penbahagian negarara yang dijajah kepad beberapa daerah. Peminggiran undang-undang tradisional. Penggabungan wilayah-wilayah menjadi sebuah kerajaan pusat.

Latihan & Aktiviti III ( m.s 23 ) 1. Nyatakan ciri-ciri perbezaan gerakan nasionalisme antara tahap pertama dengan tahap kedua di Asia Tenggara?Jawapan:

3

TAHAP PERTAMA - Tidak berorganisasi. - Bercorak sederhana (tidak radikal). - Dipimpin oleh golongan berpendidikan Barat / Timur Tengah. - Bermatlamat menuntuk hak mereka dikembalikan dan taraf hidup dibaiki. - Menekankan kesedarn politik dan bukannya tindakan politik. - Tidak menuntut kemerdekaan dengan segera. TAHAP KEDUA - Berorganisasi. - Bercorak radikal. - Dipimpin oleh golongan berpendidikan luas dalam kenudayaan dan ilmu Barat. - Menekankan tindakan politik kesan daripada kesedaran politik. - Bermatlamat menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri.2. Jelaskan bagaimana kuasa-kuasa Barat Menangani gerakan nasionalis radikal di Asia Tenggara. Jawapan:

-

Mengharamkan parti-parti politik radikal. Menangkap erti-parti radikal. Menjatuhkan hukuman berat kepada pemimpin radikal seperti buang negeri dan hukuman mati. Contohnya di Indonesia, Parti Nasionalis Indonesia (PNI) diharamkan dan Soerkarno ditangkap.

3. Bandingkan gerakan nasionalis yang berlaku di Thailand dan yang berlaku di Indonesia. Indonesia - Mengusir penjajah. Aspek perbandingan Matlamat Thailand - Menyingkirkan penguasaan ekonomi oleh orang Cina dan Kapitalis Barat. - Raja berpelembagaan. - Raja berkuasa mutlak. - Kerabat di raja. - Ekonomi.

-

Kemerdekaan. Sosiobudaya. Ekonomi. Penindasan oleh penjajah.

Isu

- Kerajaan Belanda A. Soalan esei (halaman 26)

Sasaran

- Raja. - Orang Cina.

1.Apakah reaksi Belanda dalam menghadapi gerakan nasionalisme tahap kedua di Indonesia? Jawapan: Menangkap pemimpin radikal. Mengharamkan parti politik radikal.

2. Huraikan kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat di Burma. 4

Jawapan: - Berakhirnya dinasti Kounbaung.Runtuhnya sistem beraja. Terhapusnya jawatan pembesar tradisional. Terhapusnya sistem pentadbiran tradisional. Pesurujaya tinggi menjadi pemerintah Burma. Penaung sami Buddha beralih daripada raja kepada undanr-undang Barat. Sistem undang-undang Barat diperkenalkan. Jabatan-jabatan ditubuhkan.

3.Bandingkan pengenalan birokrasi Barat di Thailand dengan di Burma.Jawapan:

-

Di Burma, pengenalan birokrasi Barat oleh imperialis Barat. Birokrasi Barat telah mengambil alih sistem pemerintahan tradisonal. Di Thailand, pengenalan birokrasi Barat dilaksanakan oleh raja Thailand itu sendiri. Tujuan pengenalan Birokrasi Barat adalah untuk memodenkan pentadbiran Thailand supaya kuasa Barat tidak mempunyai alasan untuk menjajah Thailand.

4. Pada pandangan anda, apakah iktibar yang dapat diperolehi daripada gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.Jawapan:

-

Ilmu pengetahuan penting dalam sesuatu perjuangan. Sesuatu perjuangan memerlukan pemimpin berwibawa. Perjuangan secara radikal kurang berkesan. Kemerdekaan merupakan sesuatu yang sangat berharga. Kemerdekaan perlu dipertahankan. Kemerdekaan perlu diisi dengan kemajuan.

BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUALATIHAN & AKTIVITI I ( m.s 44 ) 2.Jelaskan sebab-sebab pemimpin tempatan menentang British. British ingin menjajah kawasan-kawasan setempat. British memaksa system perundangannya kepada orang tempatan. pemimpin tempatan hilang kuasa terhadap kawasannya.British memaksakan sistem nilai dan budaya Barat terhadap masyarakat tempatan. 5

-

British mengeksploitasi ekonomi tempatan.

2. Huraikan penentangan Rentap di Sarawak terhadap British. Rentap ialah ketau kaum Iban. Sebab menentang: - Tidak bersetuju dengan penguasaan James Brooke di Sungai Skrang. - James Brooke menganggap mereka sebagai lanun kerana menyerang dan merampas kapal-kapal British yang melalui Sungai Skrang. - James Brooke merosakkan kampung halaman mereka. - Rentap menyerang pasukan James Brooke di Kubu Nanga Skrang pada tahun 1853. - Rentap berjaya mengusir British. - James Brooke bertindak balas dengan menyerang dan membakar kampung pengikutpengikut Rentap. - Rentap berundur ke Bukit Sadok. - James Brooke dan askarnya meneruskan serangan terhadap Rentap dan pengikutpengikutnya. - James Brooke berjaya menguasai daerah Rentap pada tahun 1861. - Rentap berundur ke Ulu Sungai Entabai dan semakin lemah. LATIHAN & AKTIVITI II ( m.s 54 ) 1. Senaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Gerakan Kaum Muda. Jawapan: - Syed Sheikh al-Hadi - Sheikh Tahir Jalaluddin - Haji Abbas Taha - Dr. Burhanuddin al-Helmy - Tok Kenali 2. Huraikan isu yang dibangkitkan oleh salah sebuah majalah yang dinyatakan dalam teks ini. Jawapan: - Menekankan pendidikan anak-anak Melayu. - Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu. - Meniupkan semangat mencintai negara dan menentang penjajahan. - Membaiki taraf hidup orang Melayu. - Memajukan bahasa dan sastera Melayu. - Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa Melayu. 3. Tulis sebuah esei tentang peranan akhbar sebagai agen gerakan nasionalisme Jawapan - Mengkritik british kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu. - Mengkritik para pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana tidak memberikan kepimpinan yang sewajarnya kepada rakyat. - Menolak dasar pilih kasih british dalam pentadbiran kerajaan. - Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S.). - Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan. - Menentang tuntutan orang dagang terhadap kuasa politik tempatan. LATIHAN & AKTIVITI III ( m.s 60 ) 6

1. Jelaskan faktor-faktor kebangkitan nasionalisme di negara kita. Jawapan: - Penjajahan British menafikan kepentingan system pentadbiran orang tempatan. System pentadbiran dan politik British telah diperkenalkan sehingga memusnahkan system politik dan pentadbiran tempatan. - Kemunculan golongan inteligensia atau intelektual Melayu yang mempunyai kesedaran untuk memajukan bangsa. - Dasar British telah menggalakkan kemasukan imigran hingga mengurangkan jumlah orang Melayu. Orang Melayu terus terpinggir di luar bandar apabila Bandar-bandar dibuka dengan kemudahan prasaranan yang baik. - Penduduk Jepun, walaupun begitu singkat tempohnya, telah melahirkan semangat antiBarat melalui slogan Jepun Kawasan Kesemakmuran Asia dan Asia untuk Asia . Jepun juga hamper memerdekakan Tanah Melayu ke dalam Indonesia Raya. - Penguasaan dan kekejaman Parti Komunis Malaya dan Bintang Tiga atau MPAJA terhadap orang Melayu telah menyebabakan orang Melayu menentang penguasaan luar. - Perkembangan mesin cetak telah memperluas lagi penyebaran buku, majalah, akhbar dan novel yang membawa idea-idea baru dan mencabar penindasan tehadap orang Melayu. - Gerakan Pan- Islamisme Sedunia telah membuka fikiran anak-anak Melayu yang telah belajar di Asia Barat. Kesedaran bahawa Islam merupakan addin dunia dan akhirat telah disebarkan oleh cerdik pandai Islam dan ini kemudian diperluaskan oleh pelajar-pelajar Melayu apabila kembali ke Tanah Melayu. Mereka menyebarkannya melalui akhbar, madrasah,dan ceramah. - Kesedaran politik di Asia Tenggara terutama di Indonesia, menjadi faktor pendorong kesedaran nasionalisme orang Melayu. Melalui perhubungan perdagangan, persaudaraan, perkahwinan, lawatan, pendidikan dan penghijrahan orang Indonesia ke sini, kesedaran nasionalisme orang Melayu terutama mereka yang berpendidikan Melayu dan keluaran SITC telah dipengaruhi oleh gerakan nasionalisme Indonesia. 2. Nyatakan isu pendidikan yang terdapat dalam akhbar-akhbar pada tahun 1930-an Jawapan: - Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu. - Menggalakkan pendidikan anak-anak perempuan. - Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak. - Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris. - Meminta taraf dan kualiti pendidikan sekolah Melayu dibaiki. - Memartabatkan nilai ekonomi bahasa Melayu dalam pentadbiran kerajaan British. - Menyeru orang melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam.

BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSALATIHAN & AKTIVITI I (m.s 72 )1. Terangkan usaha kearah pembinaan negara bangsa di Eropah.Jawapan: Idea negara bangsa wujud di Eropah pada penghujung abad ke-18 dan ke-19 ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789. Konsep hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan ciri-ciri negara bangsa moden telah muncul. Di Eropah Barat, zaman moden awal dianggap bermula pada sekitar pertengahan atau penghujung abad ke-16. Kebangkitan nasionalisme telah mengancam empayar Austria, Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa. Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk mewujudkan negara bangsa masing-masing.

7

-

-

Penyatuan dan pembentukan negara bangsa merupakan matlamat akhir para nasionalis. Perang Dunia Pertama yang tercetus pada tahun 1914 hingga tahun 1918 berakhir dengan kekalahan Jerman dan sekutunya. Melalui Persidangan Damai Paris, Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson mencadangkan dua prinsip, iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa. Ekoran itu, empayar Austria-Hungary dan Turki yang berada di pihak yang kalah telah dibahagibahagikan. Dengan itu muncullah negara bangsa baru. Negara Itali dan negara Jerman merupakan contoh pembinaan negara bangsa pada abad ke-19. Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa negeri yang berasingan. Beberapa wilayah di utaranya seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai oleh Austria. Orang Itali mahu menyatukan Itali di bawah satu pemerintahan dan menghalau orang Austria dari bumi Itali. Dengan menggunakan amalan realpolitik, Count Camillo Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara. Di Jerman, Otto Eduard von Bismarck juga menggunakan amalan realpolotik dan politik darah dan besi untuk menyatukan Jerman pada tahun 1871. Beliau melancarkan tiga peperangan melawan Denmark, Austria dan Perancis.

2.Senaraikan nama-nama bangsa baru yang muncul diEropah selepas Perang Dunia Pertama (1914-1918)Jawapan: - Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia.

3.Mengapakah usaha pembinaan negara Islam di Madinah berbeza daripada pembinaan negara bangsa di Eropah?Jawapan: Kerajaan Islam di Madinah dibentuk oleh Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan agama Islam sebagai asas penyatuan. Politik Islam mengutamakan permuafakatan, etika, moral dan penghormatan terhadap hak orang lain. Islam tidak mengutamakan rumpun bangsa dalam membentuk negara tetapi berdasarkan ikatan ummah, iaitu semua orang Islam adalah bersaudara. Konsep kerajaan Islam Madinah berbeza daripada konsep negara bangsa yang wujud pada penghujung abad ke-18 dan ke-19 selepas Revolusi Inggeris 1688, perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789. Kewujudan sesebuah negara disebabkan oleh rasa persamaan rumpun bangsa dan bahasa. Contohnya, pembentukan negara Itali dan Jerman. Itali disatukan oleh Count Camillo Benso di Cavour setelah beliau menewaskan Austria dan menguasai Venetia dan Rom. Jerman disatukan oleh Otto Eduard von Bismarck setelah berperang dengan Denmark,

8

-

Austria dan Perancis. Islam menentang sebarang bentuk paksaan dalam penyatuan ummah kecuali untuk mempertahankan kedaulatan negara.

LATIHAN & AKTIVITI II (m.s 79 )1. Senaraikan ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka Jawapan: Terdapat enam asas ciri Kesultanan Melayu Melaka, iaitu wilayah pengaruh, kedaulatan, lambang, keunggulan undang-undang, rakyat dan kerajaan.

2. Jelaskan kepentingan Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Laut Melaka kepada Kesultanan Melayu Melaka. Jawapan: Kepentingan utama Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Laut Melaka ialah menjaga keamanan dan kesejahteraan penduduk Melaka. Hukum Kanun Melaka Hukum Kanun Melaka ( Undang-undang Darat Melaka) mengandungi 44 fasal yang menyentuh kuasa dan bidang pemerintahan raja dan pembesar, pantang larang di kalangan anggota masyarakat, hukuman terhadap kesalahan jenayah awam, undang-undang keluarga dan sebagainya Undang-undang Laut Melaka Undang-undang Laut Melaka dipercayai wujud pada abad ke-15. Undang-undang ini disusun pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah untuk dijadikan rujukan kepada hukuman pelayaran di laut. Tokoh yang bertanggungjawab menyusun undang-undang ini ialah Patih Harun dan Patih Alias yang bermuafakat dengan Nakhoda Zainal, Nakhoda Dewi dan Nakhoda 9

Ishak. Undang-undang Laut Melaka memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran dan perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah.

3: Jawapan: Penyajak meminta kita mengenang semula zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Pada masa itu Melaka terkenal kerana kemajuan perdagangan entrepotnya, mempunyai pemerintah dan pentadbir yang bijaksana dan empayarnya begitu luas sehingga berjaya menjalin hubungan diplomatik dengan China.

LATIHAN & AKTIVITI III (m.s 89 )1. Apakah persamaan dan perbezaan antara undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895 dengan undang-undang Tubuh Negeri Terengganu pada tahun 1911? Jawapan:

Persamaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895 dengan Undangundang Tubuh Negeri Terengganu pada tahun 1911.Syarat menjadi Sultan Berbangsa Melayu, lelaki, beragama Islam dan berketurunan pemerintah Sultan dan Menteri-menteri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain. Agama Islam menjadi agama negeri. 10

Tanggungjawab Sultan dan Menteri Agama Islam

Pelantikan Menteri Besar

Raja berhak memilih Menteri Besar manakala jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri Berbangsa Melayu, beragama Islam dan merupakan rakyat raja.

Syarat menjadi Menteri

Perbezaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895 dengan Undangundang Tubuh Negeri Terengganu pada tahun 1911Johor Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor Tahun 1895 Sultan Abu Bakar Unsur Perbezaan Nama Perlembagaan Tahun Diperkenalkan Tokoh yang memperkenalkannya Terengganu Ittiqan ilmuluk bi-tadil ilsuluk Tahun 1911 Sultan Zainal Abidin II

2.Huraikan sistam pentadbiran jemaah Menteri di Kelantan Jawapan: Jemaah Menteri Jemaah Penasihat Raja Jemaah Menteri Istana Jemaah Menteri Kehakiman Keadilan dan Bidang Tugas Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia. Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri Kelantan. Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman. Menjaga keamanan negeri Mengendalikan dasar dan hal ehwal luar negeri Menegndalikan harta benda da hal mahsul Mengurus pertahanan dan keamanan negeri. Menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri

Jemaah Menteri Dalam Negeri Jemaah Menteri Luar Jemaah Menteri Perbendaharaan Jemaah Menteri Peperangan Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri

11

1.

Sistem pentadbiran dalam persekutuan Negeri Sembilan dikatakan mempunyai unsur demokrasi. Jelaskan perlaksanaan sistem tersebut. Jawapan: - Sistem pemilihan pemimpin bersifat demokrasi. - Keputusan dibuat secara muafakat dan mengunakan suara majoriti. - Rakyat berhak memilih pemimpin mengikut kriteria yang tertentu. - Pelantikan pemimpin dibuat melaui peringkat paling bawah, iaitu: Anak Buah memilih Buapak Buapak memilih Lembaga Lembaga memilih Undang Undang memilih yang Dipertuan Besar Yang Dipertuan Besar menerajui Negeri Sembilan

4. Senaraikan unsur-unsur penting warisan Kesultanan Melayu Melaka yang diamalkan di negerinegeri Melayu sehingga hari ini. Jawapan: Gelaran pemerintah Semua raja kecuali Raja Perlis dan Negeri Sembilan menggunakan gelaran Sultan. Jurai keturunan Dikira daripada sebelah bapa. Sistem Pembesar Empat Lipatan Terdapat empat lapisan golongan pembesar yang dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Walau bagaimanapun wujud adaptasi dan penyesuaian antara satu negeri dengan negeri yang lain berdasarkan budaya tempatan. Kitab Undang-undang yang teratur Setiap negeri mempunyai undang-undangnya sendiri Contohnya, Perak (Undang-0undang 99 Perak), Johor (Udang-undang Laut Johor), Pahang(Undang-undang Pahang). Bahasa, sastera, peralatan budaya, adat istiadat, gelaran pemerintah dan gelaran pembesar di negeri Melayu yang beraja mempunyai banyak persamaan dengan Kesultanan Melayu Melaka.

12

BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIALATIHAN & AKTIVITI I (m.s 102) 1. Nyatakan ciri-ciri Perjanjian Malayan Union. Jawapan: - Jawapan boleh didapati daripada tajuk kecil Ciri-ciri Malayan Union 1946, iaitu: Semua Negeri Melayu (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor) serta Negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka diletakkan di bawah sebuah pentadbiran pusat. Gabenor British yang dilantik oleh Baginda Ratu England akan mengetuai Malaya Union . Singapura tidak termasuk dalam Malayan Union. Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli diguna pakai. Gabenor Malayan Union menjadi Pengerusi Majlis Raja- Raja Melayu. Raja-Raja Melayu menjadi ahli dalam majlis ini yang hanya membincangkan adat-istiadat dan agama Islam. Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri dan sebuah Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan sebagai jentera pembuat dasar negeri. 13

2. Senaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam penentangan terhadap Malayan Union. Jawapan: Dato Onn bin Jaafar Dato Nik Ahmed Kamil Dato Panglima Bukit Gantang Zaba dan lain-lain lagi termasuklah Raja-Raja Melayu

3. Huraikan faktor-faktor yang mendorong orang Melayu menentang Malayan Union. Jawapan: Ugutan Sir Harold MacMichael terhadap Raja-Raja Melayu bahawa baginda semua akan diturunkan daripada takhta jika tidak menyokong Malayan Union. Penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union. Pemberian kerakyatan yang terlalu liberal kepada orang dagang. Kehilangan warisan tamadun Melayu yang gemilang daripada Kesultanan Melayu Melaka.

LATIHAN & AKTIVITI II (m.s 110) 1. Senaraikan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 Jawapan: Pembentukkan sebuah persekutuan dengan gabungan 11 buah negeri. Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Beliau dibantu oleh dua buah majlis, iaitu Majlis Eksekutif Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu bagi membincangkan hal ehwal Raja-Raja Melayu dan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu secara umum. Pentadbiran negeri diuruskan oleh Menteri Besar dan dibantu oleh Majlis Eksekutif Negeri dan Majlis Perundangan Negeri. Pelindungan khas orang Melayu diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British Pewujudan Konsep Raja Berpelembagaan . Pewujudan Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. Pemberain kewarganegaraan diketatkan. 2. Nyatakan faktor-faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 Jawapan: Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union . 14

Perpaduan orang Melayu telah dapat mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan. Sokongan bekas pegawai-pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Sokongan daripada pegawai-pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent dan L.D. Gammans. Sikap politik orang Melayu yang sederhana dalam menentang Malayan Union . UMNO tidak menuntut kemerdekaan daripada British. LATIHAN & AKTIVITI III (m.s 112) 1. Senaraikan ciri-ciri perlembagaan 1941 Jawapan: Perlembagaan bertulis pertama di Sarawak. Vyner Brooke berjanji melalui perlembagaan ini, Sarawak akan mempunyai kerajaan sendiri. Kuasa mentadbir akan diberikan kepada Majlis Negeri. 2. Jelaskan rukun tiga belas Jawapan: Sebuah pakatan kaum terpelajar dan orang muda Sarawak. Satu tindak balas terhadap tekanan politik British. Kumpulan yang menentang penyerahan Sarawak kepada kerajaan British. Dianggotai oleh golongan muda Pergerakan Pemuda Melayu Sibu.

BAB 5: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKALATIHAN & AKTIVITI I (m.s 119 ) 1. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem ahli ? Suatu sistem yang melatih pemduduk tempatan menerajui pentadbiran Tanah Melayu. Dicadangkan oleh Dato Onn Jaafar. British menyetujuinya sebagai satu dasar dekolonisasi. Disokong oleh Majlis Raja-Raja Melayu. 2. Huraikan ciri-ciri Sistem Ahli. Satu sistem kabinet bayangan. Anggota Sistem Ahli dikenali sebagai Ahli. Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu. Sistem ini dianggotai sembilan orang ahli (4 pegawai British,3 Melayu, 1Cina, 1 India). Ahlinya diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British. 3. Bincangkan kepentingan Sistem Ahli kepada pentadbiran negara. Asas bagi melatih orang tempatan untuk berkerajaan sendiri. Gabungan kaum-kaum dalam pentadbiran negara. Asas penting untuk menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai akan dapat didukung oleh seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

15

LATIHAN & AKTIVITI II (m.s 125 ) 1. Apakah makna pakatan murni ? Diertikan sebagai semua pihak atau kaum yang ada di Tanah Melayu ini berganding bahu untuk menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan. 2. Huraikan langkah-langkah DatoOnn Jaafar untuk melaksanakan pakatan murni. -Mendokong Jawatankuasa Hubungan Kaum (JHK) atau Communities Liaison Committee(CLC). Menerima kerakyatan jus soli bersyarat bagi bukan Melayu. Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA). Mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada bukan Melayu. Menubuhkan Independence of Malayan Party (IMP). Menyokong penubuhan Persidangan Kebangsaan. 3. Bincangkan kejayaan Parti Perikatan dalam melaksanakan pakatan murni. Mengadakan kerjasama antara UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Selangor dalam pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Kerjasama UMNO-MCA mebawa kemenangan kepada Parti Perikatan dalam pilihan raya Majlis Perbandaran di beberapa bandar utama di Tanah Melayu. Gabungan UMNO-MCA membawa kemenangan parti dalam pilihan raya negeri pada tahun 1954. Menubuhkan Parti Perikatan secara rasmi menjelang pilihan raya MPP pada tahun 1955 dengan menerima kemasukan MIC. Mewakili tiga kaum terbesar Melayu, Cina, dan India melalui Perikatan. Mengadakan manifesto yang umum. Memenangi pilihan raya MPP dengan menguasai 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. LATIHAN & AKTIVITI III (m.s 132 ) 1. Nyatakan peranan Suruhanjaya Reid. - Membincangkan dan menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. - Menimbangkan beberapa isu penting dalam perlembagaan seperti pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat , mengadakan kuasa autonomi negeri, kedudukan khas Raja-Raja Melayu, hak istimewa Melayu dan pewujudan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu. 2. Huraikan isi-isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. - Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan. - Pemisahan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. - Kerakyatan secara kuatkuasa undang-undang, secara permohonan dan secara naturalisasi. - Hak istimewa Melayu dikekalkan. - Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu. - Tanah Simpanan Melayu dikekalkan . - Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan . - Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. - Perdana Menteri sebagai pengurus pentadbiran negara. - Pentadbiran negara adalah bersifat demokrasi berparlimen. - Pada peringkat negeri, pentadbiran dilaksanakan oleh Menteri Besar dengan bantuan Dewan Undangan Negeri dan EXCO. 16

3. Senaraikan tokoh-tokoh yang terlibat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. (a) Pemimpin Perikatan -Tunku Abdul Rahman -Tunku Abdul Razak -Tun V.T. Sambanthan - Tun H.S. Lee (b) Bagi pihak Raja-Raja Melayu pula ialah; - Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan juga merupakan Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu pertama. (c) Pemimpin terdahulu; - Dato Onn Jaafar - Dato Panglima Bukit Gantang

BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIALATIHAN & AKTIVITI I (m.s 140 ) 1.Galurkan secara ringkas cadangan-cadangan ke arah pembentukan Malaysia. Jawapan. Pihak Penjajah Britain. - Lord Brassey, Pengarah Syarikat Borneo Utara pada tahun 1887 mencadangkan gabungan antara Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat. - Sir Malcolm Mac Donald, Gabenor Jeneral Asia Tenggara (1949-1952), pada tahun 1948 mencadangkan gabungan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu. Pemimpin Singapura. - David Marshall(1955) - Lee Kuan Yew(1959) Pemimpin Tanah Melayu - Dato Onn Jafar(1956) - Tunku Abdul Rahman(1961) 2.Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan Malaysia Jawapan. Faktor politik. - Masalah keselamatan. - Pengaruh Barisan Sosialis di Singapura - Pengaruh Komunis di Persekutuan Tanah Melayu dan Sarawak. - Usaha-usaha mendapatkan kemerdekaan secara automatik Sarawak, Sabah dan Singapura. 17

Faktor ekonomi. - Kerjasam ekonomi. - Keuntungan kepada semua pihak kerana hasil mahsul Negeri-Negeri Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Brunei sekiranya dijana bersama dapat menyediakan pasaran yang luas dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi. Faktor social. -Menyeimbangkan jumlah penduduk Melayu dan bukan Melayu. LATIHAN & AKTIVITI II (m.s 148 ) 1.Nyatakan faktor yang menyebabkan Indonesia dan Filipina menentang pembentukan gagasan Malaysia. Jawapan. Indonesia - Pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk penjajahan baru yang mengancam Indonesia, di samping penggaruh Parti Komunis Indonesia yang menentang cadangan pembentukan ini. Filipina. - Menetang pembentukan Malaysia kerana mereka menuntu hak terhadap Sabah yang didakwa oleh mereka merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.

2.Huraikan reaksi Sarawak dan Sabah terhadap pembentukan Malaysia. Jawapan. - Pada peringkat awal, kedua-dua buah negeri menolak cadangan pembentukan Malaysia kerana belum begitu yakin untuk berkerajaan sendiri. - Kemudian, kedua-dua buah negeri menyokong cadangan ini.Contohnya di Sarawak, Parti Sarawak United Front yang terdiri daripada Parti PANAS, SNAP, BERJASA, SCA, dan PESAKA telah memberikan sokongan terhadap cadangan ini. Di Sabah pula, lahir parti-parti politik yang menyokong pembentukan Malaysia seperti Parti USNO, Pasok Momugun, Parti Bersatu, dan Parti Demokratik yang seterusnya mengikat kerjasama melalui penubuhan Parti Perikatan. LATIHAN & AKTIVITI I II (m.s 153 ) 1.Jelaskan secara ringkas peranan yang dimainkan oleh Suruhanjaya Cobbold. Jawapan. - Membuat tinjauan terhadap pendapat penduduk Sarawak dan Sabah berhubung dengan cadangan pembentukan Malaysia, membuat penilaian terhadap cadangan tersebut dan mengemukakan cadangan. - Membuat tinjauan dengan mendengar pandangan rakyat kedua-dua buah negeri berkenaan berhubung cadangan pembentukan Malaysia, disamping menerima memorandum daripada pelbagai pertubuhan. Menilai cadangan pembentukan itu yang memperlihatkan: - 1/3 daripada rakyat kedua-dua negeri menyokong cadangan ini. - 1/3 lagi menyokong dengan syarat kepentingan mereka harus dijaga. - 1/3 lagi menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu. Mengemukakan cadangan - Perlembagaan Malaysia berasaskan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. - Dasar imigresen ditentukan sendiri oleh Sarawak dan Sabah. - Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 18

- Hak istimewa rakyat bumiputera dipelihara. - Nama Malaysia digunakan untuk penggabungan negeri-negeri berkenaan. - Tarikh penubuhan Malaysia. 2.Apakah langkah-langkah yang diambil bagi menangani penetangan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia? Jawapan. Indonesia dan Filipina menentang gagasan Malaysia dan penentangan yang lebih serius datangnya daripada Indonesia.Langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia ialah: - Mendapatkan bantuan tentera Komanwel. - Mengadakan perjanjian pertahanan dengan Britain. - Menghantar bantahan rasmi kepada PBB. - Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke negara Dunia Ke-3 bagi menjelaskan permasalahan antara Indonesia dengan Malaysia. - Menubuhkan MAPHILINDO.

LATIHAN & AKTIVITI I (m.s 156 ) 1.Huraikan peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Malaysia 1963. Jawapan. - Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. - Parlimen British meluluskan Akta Malaysia dan akta ini diperkenankan oleh Ratu Elizabeth II. - Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, serta Majlis Perundangan Sarawak dan Sabah meluluskan Perjanjian Malaysia pada bulan Ogos 1963. - Pada 26 Ogos 1963, Yang di Pertuan Agong memperkenankan Akta Malaysia. - 19 September 1963 Persekutuan Malaysia ditubuhkan secara rasmi. 2.Apakah yang dimaksudkan dengan Akta Malaysia? Jawapan - Akta Malaysia merujuk pada akta yang telah menggabungkan negeri-negeri anggotaMalaysia. - Akta ini kemudian memberikan cadangan-cadangan penting yang harus dipertimbankan untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia demi kepentingan negeri-negeri anggota. - Antaranya termasuklah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, serta kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, dan bumiputera.

Soalan esei halaman 1581.Jelaskan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi menjayakan penubuhan Malaysia. Jawapan. - Lawatan menteri-menteri Persekutuan ke negeri-negeri terbabit bagi menerangkan konsep dan tujuan penubuhan Malaysia. - Rundingan dan mesyuarat antara para pegawai Persekutuan dengan pegawaipegawai British di Sarawak, Sabah, dan Singapura menghasilkan penubuhan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum(JPPK). - JPPK yang terdiri daripada wakil-wakil negeri yang terlibat ditugaskan untuk 19

memberikan penerangan kepada rakyat dan mengumpulkan/mencatatkan semua reaksi mereka. - Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bagi meninjau dan menilai pendapat rakyat serta mengemukakan cadangan tentang pembentuka Malaysia. - Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK) memberikan penerangan kepada rakyat Sarawak dan Sabah tentang penubuhan Malaysia. 2.Huraikan cirri-ciri penting Perkara 20 yang memelihara kepentingan Sarawak dan Sabah. Jawapan. - Manifesto yang dikemukan oleh Parti Perikatan sabah mengandungi 20 perkara yang dituntut supaya dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia bagi menjaga kepentingan rakyat Sabah. Perkara 20 ini kemudiannya telah dipersetujui oleh Sarawak juga. - Antara tuntutan penting itu termasuklah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan agama Islam dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah. -Tuntutan ini menjadi asas penbahagian kuasa antara Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri di Semenanjung yang dkenali sebagai Hak Wilayah Asingan.

3.Senaraikan perkara-perkara penting yang dicadangkan oleh Akta Malaysia. Jawapan. -Hal ehwal luar negara merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. -Agama Islam ialah agama rasmi dan agama-agama lain bebas diamalkan. -Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi bahasa-bahasa lain masih terus digunakan. -Sarawak dan Sabah mempunyai kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam masing-masing. -Kewarganegaraan bagi penduduk Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura adalah secara automatik. -Peribumi Sarawak dan Sabah diberikan taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.

20

BAB 7

: SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA

LATIHAN DAN AKTIVITI (M/S 166) 1. Apakah maksud perlembagaan? - Perlembagaan merupakan dokumen rasmi yang mengandungi peraturan dan undang-undang tertinggi atau luhur yang menjadi rujukan kepada kerajaan untuk memerintah dan mentadbir sebuah Negara moden. - Secara umum, perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip-prinsip asas yang mengasaskan sesebuah Negara. - Perlembagaan memastikan bagaimana sesuatu keputusan kerajaan dibuat dan bagaimana kuasa antara institusi kerajaan diagih-agihkan. - Perlembagaan dikatakan luhur kerana kekukuhan undang-undang dasarnya memandu arah kepimpinan, menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial sesebuah Negara. 21

2. Jelaskan kepentingan perlembagaan. - Perlembagaan Malaysia menjamin kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi kepada Negara. Rakyat berpegang kepada satu matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk. - Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan Negara lain akan dilucutkan kewarganegaraanya. - Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada Negara ini. Tujuannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identity Negara dan bangsa Malaysia. - Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di Negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti kebebasan berhimpun, kebebasan bercakap, kebebasan berpesatuan, kebebasan beragama, kebebasan memiliki harta, kebebasan menerbitkan akhbar, dan kebebasan daripada menjadi abdi atau melakukan kerja paksa. Rakyat berkepentingan untuk mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang. - Perlembagaan juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekututan dengan Kerajaan Negeri. Dengan cara ini sistem pentadbiran Negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. - Pembahagian ini menjelaskan bahawa Perlembagaan Negeri tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri. 3. Huraikan perkara yang tidak boleh dipersoalkan dalam Perlembagaan Malaysia. - Pindaan perlembagaan telah dibuat bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara umum. Antara perkara sensitif dalam perlembagaan dan yang tidak boleh dipersoalkan ialah pemerintahan beraja, kedudukan agama Islam dan bahasa Melayu, serta hak istimewa orang Melayu. - Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitif kerana perkara tersebut boleh menimbulkan kebencian atau perbalahan kaum di Negara ini. Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Negara kita. LATIHAN DAN AKTIVITI (M/S 171) 1. Bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong dilantik? - Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang Sultan daripada sembilan buah Negeri Melayu secara begilir-gilir. - Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. - Pemilihan ini dilakukan secara sulit dalam Mesyuarat Raja-raja Melayu. - Kaedah pemilihan seperti ini bertujuan memberiakn peluang kepada setiap Raja Melayu yang berkelayakan memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong. - Setiap Raja atau Sultan layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong kecuali baginda tidak cukup umur, tidak mahu dipilih, atau Majlis Raja-raja Melayu memikirkan baginda tidak sesuai kerana sebab tertentu. - Yang di-Pertuan Agong memegang jawatan selama lima tahun. - Walau bagaimanapun, baginda boleh meletakkan jawatan sebelum tamat tempoh perkhidmatannya dan baginda boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-raja Melayu. 22

2. Huraikan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong. - Sebagai Ketua Utama Negara Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan atau bahagian kerajaan, iaitu Badan Perundangan (Legislatif), Badan Pelaksana (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari) - Yang di-Pertuan Agong merupakan salah satu daripada tiga unsure Parlimen. Baginda mempunyai kuasa menerima atau menolak permintaan untuk memanggil dan membubarkan Parlimen. - Baginda merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata persekutuan Malaysia dan kuasanya dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera. Baginda berkuasa meringankan hukuman dan melengahkan hukuman berkaitan dengan kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera. - Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera atau dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. - Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Selain itu, baginda boleh menitahkan Majlis Raja-raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan, dan kemuliaan Raja-raja Melayu. Baginda merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. - Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalannya setelah mendapat nasihat Perdana Menteri. - Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah undang-undang X (10) jika mendapati keselamatan Negara terancam. - Yang di-Pertuan Agong menjalankan fungsi tertentu dalam perkhidmatan awam dan tertakluk kepada undang-undang Persekutuan. Baginda boleh mengawal selia kelayakan pelantikan dan syarat perkhidmatan bagi pekerja dalam perkhidmatan awam. - Baginda melantik Pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman serta Penegrusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda bertanggugjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong juga merupakan kuasa tertinggi yang mentauliahkan duta-duta Negara kita. LATIHAN DAN AKTIVITI (M/S 176) 1. Terangkan perbezaan fungsi antara Badan Perundangan dengan Badan Pelaksana sesebuah kerajaan. - Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan khas yang dipertanggugjawabkan oleh perlembagaan. - Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggugjawab menggubal undang-undang pada peringkat Persekutuan bagi Malaysia apabila pilihan raya diadakan kecuali dipilih semula dalam pilihan raya. - Tugas utama Dwan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Rang undang-undang di Dewan Rakyat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu rang undang-undang awam yang melibatkan undang-undang tentang dasar awam, rang undang-undang persendirian yang melibatkan rakyat, pertubuhan, persatuan atau perbadanan. Rang undang-undang ahli persendirian yang dikemukakan oleh ahli-ahli parlimen daripada parti pembangkang dan rang undang-undang hybrid, iaitu rang undangundang yang dibentangkan oleh parti pemerintah atau pembangkang yang difikirkan mempunyai kepentingan tertentu.

23

-

-

Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamaiAkta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen dan di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan. Jemaah Menteri atau Karbinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua dasar kerajaan dalam semua perkara dan memberikan arahan kepada jentera kerajaan pada peringkat Persekutuan untuk melaksanakan dasar tersebut. Perdana Menteri merupakan jawatang paling penting dalam sebuah system politik bersifat demokrasi berpalimen dan Raja Berperlembagaan. Sebagai Perdana Menteri, seseorang itu juga merupakan Ketua Jemaah Menteri. Beliau boleh mencalonkan sesiapa sahaja untuk diperkenankan oleh Yang diPertuan Agong untuk menyertai kabinetnya. Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga biasanya mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian yang penting.

2. Jelaskan bidang kuasa Badan Kehakiman. - Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. - Badan kehakimanboleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan eksekutif. Badan kehakiman juga berkuasa mentasir Perlembagaan Perekutun dan Perlembagaan Negeri. - Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di Negara ini. Mahkamah mempunyai kuasa yang besar terhadap badan perundangan dan badan eksekutif. - Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan Negara, undanundang, mengisytiharkan sesuatu undang-undang bertulis persekutuan atau negeri, serta berkuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. - Pihak mahkamah melaksanakan undang-undang. Mahlamah tidak boleh meminda undang-undang kerana kuasa itu merupakan kuasa badan perundangan atau parlimen. - Kuasa kehakiman di Malaysia terletak pada Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Badan Kehakiamn di Malaysia diketuai oleh Hakim Besar Malaya bagi Semenanjung dan Hakim Besar Borneo bagi Sabah dan Sarawak.

24

-

Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat perdana Menteri. Urusan pelantikan, kenaikan pangkat, dan perlucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

4. Bincangkan ciri-ciri Dewan Negara dan Dewan Rakyat. - Dewan Negara merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan Negara kita. - Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Keahliannya dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu dua orang ahli yang dipilih oleh setiap Dewan Undangan Negeri. Dua orang ahli yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang anggota mewakili Wilayah Persekutuan Labuan. - Ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong seramai 40 orang. Keahlian Dewan Negara terdiri daipada pelbagai peringkat dan golongan. Ahlinya terdiri daripada pelbagai peringkat dan golongan. Ahlinya terdiri daripada ahli politik, orang awam dan individu yang mempunyai penaglaman dalam pelbagai bidang. - Ahli Dewan Negara digelar Senator. Senator mewakili setiap negeri dan dilantik tanpa bertanding dalam pilihan raya. Seorang Senator memegang jawatan dalam tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlemen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. - Ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang-bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertnian, kesenian, dan kebajikan atau mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli. - Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. - Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh Negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah liam tahun. Tugas utama Dewan Rakyat adalh menggubal dan meluluskan undang-undang di peringkat Dewan Rakyat. LATIHAN DAN AKTIVITI (M/S 184) 1. Bidang tugas Suruhanjaya Pilihan Raya. - Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). - Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. - Tiga fungsi utama SPR ialah mempersempadankan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan menjalankan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. - SPR mengendalikan dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. Pilihan raya umum diadakan untuk memilih Ahli Dewan Rakyat dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Malaysia. Di Sarawak dan Sabah pula, pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan. - Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan oleh anggota Parlimen atau anggota Dewan Undangan Negeri. - Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu. 25

2. Proses pilihan raya.

Pegawai Pilihan Raya mengumumkan keputusan pilihan raya.

Pengiraan Undi

Pengundi akan memangkah calon yang dipilih pada kertas undi dan memasukkan kertas undi dalam peti undi

Di tempat mengundi, pengundi diberikan kertas undian yang mengandungi lambang parti calon yang perlu dipilihnya. SPR mengumumkan tempat mengundi dan tempat pengiraan undi

Kempen pilihan raya26

Parti yang bertanding menyiapkan manifesto.

Penamaan calonSuruhanjaya Pilihan Raya(SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

3. Syarat yang membolehkan seseorang itu menjadi pengundi. - Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. - Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut. - Seseorang pengundi boleh mengundi dalam satu kawasan pilihan raya sahaja. - Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka didaftarkan sebagai pengundi.

LATIHAN DAN AKTIVITI (M/S 187) 1. Maksud Kerajaan Persekutuan? - Persekutuan bermaksud persatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri.

2. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. - Senarai Persekutuan (I) menyenaraikan bidang kuasa Kerajaa Persekutuan, iaitu Kerajaan Persekutuan sahaja mempunyai kuasa terhadapnya. - Senarai Negeri (II) menyenaraikan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri, iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya. Senarai Kerajaan Pusat Hal ehwal luar negeri (hubungan luar) Pertahanan Keselamatan dalam negeri Pentadbiran dan keadilan Kerakyatan negara Pilihan raya negara Kewangan Perniagaan, perdagangan dan perusahaan Perkapalan, pelayaran dan perikanan Perhubungan dan pengangkutan Senarai Kerajaan Negeri Undang-undang Islam Tanah Pertanian dan perhutanan Kerajaan tempatan Perkhidmatan tempatan Kerajaan negeri Hari cuti negeri Undang-undang negeri

27

Jabatan ukur, penyelidikan Kerja raya dan tenaga pusat Pelajaran Kesihatan Keselamatan buruh dan sosial Orang Asli Hal-hal lain

LATIHAN DAN AKTIVITI (M/S 192) 2. Maksud jata negara. - Jata negara ialah lambang kemegahan penduduk sesebuah negara. - Setiap lambang pada jata negara mempunyai maksud tertentu. 3. Kepentingan Jalur Gemilang. - Jalur Gemilang dapat menimbulkan rasa bangga dan patriotik terhadap negara kita. - Jalur Gemilang ialah simbol perpaduan, kebanggaan dan kadaulatan penduduk Malaysia. Jalur Gemilang berperanan untuk membangkitkan semangat perjuangan.

BAB 8 : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAANLATIHAN & AKTIVITI I (m.s 206) 1. Apakah matlamat rancangan Malaya pertama dan rancangan Malaya kedua? Pembangunan kawasan luar bandar; -merapatkan jurang perbezaan antara bandar dengan luar bandar -mengurangkan kadar kemiskinan Mempelbagaikan aktiviti ekonomi. Mempelbagaikan sumber pendapatan. 2. Nyatakan objektif dasar ekonomi baru. Membasmikan kemiskinan tanpa mengira kaum. Menyusun semula masyarakat. 3. Jelaskan fungsi agensi-agensi kerajaan dalam pembangunan luar Bandar. i. FELDA,FELCRA membuka tanah pertanian. menyediakan petempatan baru. menyediakan peluang pekerjaan menyediakan kemudahan infrastuktur. 28

ii. RIDA

iii. FAMA

memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil. membantu pemasaran hasil keluaran pertanian. menggalakkan penyertaan orang-orang Melayu dalam sektor perniagaan. melaksanakan pembangunan ekonomi, social, dan infrastuktur. merupakan agensi khidmat sokongan pemasaran pertanian. menyelaraskan pemasaran hasil pertanian. membangunkan pasaran hasil pertanian. memajukan pengurusan perusahaan pertanian.

iv. MARDI menjalankan penyelidikan pertanian. memperkenalkan teknologi baru bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian. v. Bank Bumiputrera menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan.

LATIHAN & AKTIVITI II (m.s 209) 1. Nyatakan matlamat dasar pertanian negara. Meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum menerusi pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap dan berkesan. Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil dengan menggunakan segala sumber yang ada. Memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport dengan menyediakan perkhidmatan sokongan dan penyelidikan. 2. Apakah rasionalnya dasar kependudukan negara terhadap kemajuan negara? Penduduk sebagai sumber penting dalam pembangunan negara. Pertambahan penduduk memastikan bekalan tenaga kerja. Pertambahan penduduk meningkatkan produktiviti. Pertambahan penduduk meluaskan pasaran. 3. Huraikan kelebihan dasar penswastaan. Memberikan peluang kepada sektor swasta membuat pelaburan, mengeluarkan produk dan menyediakan perkhidmatan. Dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan. Meningkatkan produktiviti. Meningkatkan kualiti barangan atau perkhidmatan. Mempercepat pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal oleh sektor swasta. LATIHAN & AKTIVITI I (m.s 219) 1. Huraikan prinsip-prinsip rukun negara. i. Kepercayaan kepada Tuhan Agama mendorong kebaikan. 29

Rakyat yang beragama mudah untuk menjadi warganegara yang baik.

ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara Raja sebagai simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. Penderhakaan merupakan kesalahan besar terhadap Raja dan negara. iii. Keluhuran Perlembagaan Meletakkan perlembagaan di tempat yang tinggi, agung dan suci. Rakyat perlu menerima dan mempertahankan perlembagaan. iv. Kedaulatan Undang-undang Rakyat perlu menghormati dan tidak melanggar undang-undang. Rakyat bertanggungjawab mendaulatkan undang-undang. v. Kesopanan dan Kesusilaan Sopan santun dan tatasusila perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan harian.

2.Jelaskan langkah-langkah ke arah pembentukan dasar pendidikan kebangsaan. Laporan Barnes 1950 Laporan Fenn-Wu 1951 Ordinan Pelajaran 1952 Penyata Razak 1956 Ordinan Pelajaran 1957 Kaporan Rahman Talib 1960 Akta Pelajaran 1961 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 3. Nyatakan kepentingan dasar kebudayaan kebangsaan. Sebagai panduan dalam membentuk dan mengekalkan identity negara. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan. Memperkukuh perpaduan. Mempertingkat kualiti kehidupan kemanusiaan. Mempertingkatkan kerohaniahan yang seimbang. LATIHAN & AKTIVITI I (m.s 223) 1. Apakah yang di maksudkan dengan wawasan 2020? Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadi negara maju secara bersepadu mengikut acuan sendiri dalam semua bidang. 2. Jelaskan sembilan cabaran wawasan 2020? Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi. Membina masyarakat yang maju dan saintifik. Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang. Menjamin sebuah masyarakat yang adil dan saksama ekonominya. 30

Memupuk dan membina masyarakat makmur. 3. Huraikan tanggungjawab murid dalam merealisasikan wawasan 2020. Menuntut ilmu sebanyak yang mungkin. Menjauhi segala gejala yang tidak mendatangkan faedah atau yang merugikan. Menghayati hasrat pemimpin-pemimpin negara. Menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal ke arah wawasan 2020.

BAB 9 : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA LATIHAN & AKTIVITI I (m.s 236)1.Apakah faktor utama berlakunya Perang Dunia Pertama?Jawapan: - Kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan negara-negara yang ingin membuktikan kekuasaan masing-masing dengan memperluas tanah jajahan mereka. - Persaingan imperialisme dan ekonomi telah menyebabkan negara-negara berkenaan mula bersaing untuk memperluas pengaruh masing-masing. - Persaingan tersebut menyebabkan beberapa negara yang membentuk sistem pakatan akhirnya telah mewujudkan dua pakatan yang bermusuhan antara satu sama lain, iaitu Pakatan Bertiga Kuasa Bersekutu dan Perikatan Kuasa Tengah.

2. Bagaimanakah Perang Dunia Pertama membawa kepada berlakunya Perang Dunia Kedua? Jawapan: - Perang Dunia Kedua telah melibatkan dua pihak, iaitu pihak Bersekutu yang terdiri daripadanegara Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Soviet Union dengan pihak Paksi yang terdiri daripada negara Jerman, Jepun dan Itali. Apabila Perang Dunia Pertama tamat, rundingan perdamaian yang dibuat berakhir dengan kegagalan Perjanjian Versailles. - Perjanjian Versailles gagal menyelesaikan masalah perang dengan baik disebabkan: - Timbul rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin dan rakyat Jerman yang kemudian melanggar Perjanjian Versailles ini dan menjadi factor penting tercetusnya Perang Dunia Kedua. - Liga Bangsa yang ditubuhkan hasil daripada Perjanjian ini juga gagal memainkan peranannya. - Kemelesetan ekonomi yang berlaku akhir pada tahun 1929 dan pada awal tahun 1930-an merupakan akibat perbelanjaan yang besar bagi Perang Dunia Pertama.

3.Jelaskan maksud blok dunia dan factor-faktor yang membawa kepada pembentukannya?Jawapan: - Blok dunia merupakan pembahagian dunia kepada dua buah blok yang berasaskan pegangan dan fahaman politik serta amalan sistem ekonomi negara-negara berkenaan.

31

- Dalam hal ini, dunia terbahagi kepada Blok Komunis yang diterajui olehSoviet Union dan Blok Kapitalis yang diterajui oleh Amerika Syarikat. Kedua-dua blok ini telah mewujudkan pertelingkahan dalam usaha mengembangkan pengaruh masing-masing - Blok dunia ini terbentuk kerana wujudnya prasangka antara satu sama lain dan masing-masing menganggap pegangan dan amalan mereka adalah yang terbaik.

LATIHAN & AKTIVITI II (m.s264)1. Nyatakan factor-faktor yang mempengaruhi asas penggubalan Dasar Luar MalaysiaJawapan: Faktor-faktor yang mempengaruhi asas penggubalan dasar luar Malaysia adalah seperti berikut: - Faktor ekonomi - Berbaik-baik dengan negara-negara yang boleh membantu dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi negara sama ada dari segi bantuan teknikal ataupun pasaran barangan keluaran negara. - Faktor geografi - Sebagai sebuah negara yang terletak di tempat yang strategik yang menjadi laluan kapal dagangan antarabangsa, usaha berbaik-baik dengan negara-negara jiran dan tidak menyebelahi mana-mana blok dunia dapat menjamin keselamatan negara. - Faktor demografi - Disebabkan majoriti rakyat Malaysia terdiri daripada mereka yang beragama Islam, maka dasar berbaik-baik dengan negara-negara Islam dilaksanakan sama ada secara langsung dengan negara berkenaan ataupun melalui Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

2. Mengapakah pertubuhan ASA dan MAPHILINDO gagal? Jawapan: - Pandangan negara di dunia terhadap Malaysia begitu tinggi dengan kedaulatan negara yang memperjuangkan isu-isu dunia seperti keamanan, hak asasi manusia dan hak sesebuah negara di dunia tanpa mengira saiz dan kekuatan negara berkenaan. - PBB tempat menyelesaikan sebarang perselisihan dan pertentangan antara negaranegara di dunia. Semasa proses penubuhan Malaysia, PBB telah memainkan peranan mendapatkan pandangan rakyat tempatan. Selain itu juga PBB terlibat dalam penyelesaian tuntutan bersama antara Malaysia dan Indonesia terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan yang telah dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (organisasi di bawah PBB) untuk mencari penyelesaiannya. - Beberapa agensi di bawah PBB seperti FAO, WHO dan UNESCO telah memberikan kerjasama dan bantuan di bidang pertanian, makanan, perubatan, serta sains dan teknologi. 32

3. Huraikan faedah yang diperolehi Malaysia sebagai ahli dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Jawapan: - ASA terdiri daripada negara Malaysia, Thailand dan Filipina - Kegagalan ASA adalah kerana kerjasama yang wujud sangat longgar dan juga pertubuhan ini dianggap sebagai sebuah pertubuhan yang menentang Indonesia yang merupakan jiran kepada negara-negara anggotanya. - MAPHILDO teridir daripada negara Malaysia, Filipina dan Indonesia. - Kegagalan MAPHILDO adalah kerana semangat kerjasama, semangat kejiranan dan semangat berbaik-baik masih longgar di kalangan negara-negara anggota. Ini dapat dilihat apabila Indonesia dan Filipina masih terus menentang usaha-usaha penubuhan Malaysia walaupun dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Keadaan ini berlaku disebabkan MAPHILDO ditubuhkan dalam masa yang singkat tetapi mempunyai matlamat yang tinggi. Penyelesaian sesuatu konflik tidak akan dapat diselesaikan dengan serta-merta tanpa sikap bertolak ansur.

33