Jawapan Kuiz BAHAGIAN A
Transcript of Jawapan Kuiz BAHAGIAN A
AIZAM SIZA BT ZINADIN 761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013
Berdasarkan artikel jurnal “Lesson on Leadership: A Study of Distributed Leadership in Washington State”;
a) Huraikan aspek-aspek yang penting dalam “Kepimpinan Distributif”.
Difinisi Kepimpinan Distributif
Harris, (2008) mendefinisi kepimpinan distributif sebagai satu budaya kerja yang wujud
hasil daripada bimbingan dan kepimpinan daripada pelbagai punca kepakaran yang berbeza
dalam sesuatu organisasi. (Distributed leadership as multiple sources of guidance and
direction, following the countours of expertise in an organization made coherent through a
common culture). Hopkins and Jackson (2002) pula mendefinisi kepimpinan distributif
sebagai kepimpinan yang terpendam dalam diri seseorang individu dan dapat dimanfaatkan
oleh sesebuah organisasi apabila ia diserlahkan (as leadership that resides in the human
potential available to be released within an organisation). Gronn (2000) and Bennet et. al.,
(2003:3) memberi definisi kepimpinan distributif sebagai kemunculan satu kumpulan atau
jaringan individu yang kepakaran mereka dikumpulkan oleh salah seorang ahli kumpulan
mereka sendiri (emergent property of a group or network of individuals in which a group
member pool their expertise).
Akhir sekali, Spillane et. al., (2001:13) pula mendefinisi kepimpinan distributif sebagai
aktiviti yang dimainkan oleh sekumpulan individu dalam berbagai peringkat untuk
memimpin dan menggerakkan staf yang lain dalam proses perubahan instruksional. Beliau
juga menambah,
” ... distributed leadership implies a social distribution of leadership
where leadership function is stretch over the work of a number individual
where the leadership task is accomplished through the interaction of
1
AIZAM SIZA BT ZINADIN 761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013
multiple leader. It also implies interdependency embracing how leader
share responsibility.
Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan pengetua atau guru besar sebagai
peneraju utama di sekolah-sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati bahawa
perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam aspek-aspek tertentu seperti
kepimpinan, tuntutan kerja, orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber manusia,
membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan perancangan. Dapatan tersebut menunjukkan
bahawa guru besar kini bekerja di dunia yang lebih kompleks. Peranan pengetua atau guru besar
merupakan antara faktor utama yang akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah
sekolah. Guru besar yang berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi
cemerlang. Kata pengantar buku Rancangan Aktiviti 1998 Jabatan Pelajaran Kedah Darul
Aman telah memetik kata-kata Pred M. Hechinger, Presiden The New York Times yang
mengungkapkan bahawa:
Over the years as a reporter, I have never seen a good school with a poor
principal or a poor school with a good principal. I have seen unsuccessful
schools turned around into successful ones, and regrettably, outstanding schools
slide rapidly into decline. In this rise the vise or fall could readily be traced to the
quality of the principal. (hal. 54)
Peranan kepemimpinan diperingkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader yang
memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk melaksanakan
sesuatu progam pendidikan. Kepimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagai
2
AIZAM SIZA BT ZINADIN 761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013
transformational leader iaitu sebagai agen transformasi perubahan. Pemimpin sekolah yang
proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal
berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu
dan berupaya membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan.
Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepimpinan yang bukan sekadar mampu
bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus
mampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar atau pengetua
merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap sesuatu
perubahan. Dalam memainkan peranan tersebut, guru besar atau pengetua seharusnya tidak
bertindak sekadar sebagai gate-keeper semata-mata.
Oleh yang demikian, pemimpin di peringkat sekolah menurut Matnor Daim (1996), perlulah
terus menerus berusaha melakukan perubahan-perubahan yang positif untuk melayakkan
kedudukan pengurusan sekolah berada di tahap kecemerlangan bertaraf dunia. Kepimpinan yang
berkualiti ialah kepimpinan yang berupaya menjadi penunjuk jalan ke suatu arah yang betul di
samping menjadi model ke arah memastikan kejayaan sesuatu usaha yang hendak dilaksanakan.
Berdasarkan artikel jurnal yang dibuat oleh Washington School Research Centre dalam
kompleksiti sistem pendidikan, pemimpin sekolah perlu membentuk satu sinergi yang mantap ke
arah penambahbaikan sekolah. Pakar dalam bidang kepimpinan pendidikan mengatakan bahawa
pencarian pemimpin yang berkarismatik bukan lagi jawapan kepada kepimpinan berkesan kerana
bilangan pemimpin berbentuk sedemikian amat sedikit dan kesan kejayaan yang dihasilkan tidak
kekal jika tiada usaha menyemai generasi pemimpin pelapis yang layak bagi setiap peringkat
dalam sistem pendidikan kita.
3
AIZAM SIZA BT ZINADIN 761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013
Menurut Harris, (2008) teori kepimpinan distributif mengenalpasti ramai yang berupaya dan
berpotensi menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi. Walaubagaimanapun, beliau
menegaskan kunci utama kejayaan kepimpinan distributif bergantung kepada bagaimana ia
dipermudahkan, digerakkan dan diberi sokongan. Menurut Harris, (2008) kajian oleh Spillane et
all. (2001) merupakan kajian empirkal terkini tentang amalan kepimpinan distributif. Hasil
kajian itu mencadangkan ‘ a practice distributed over leaders, followers and their situation and
incorporate the activities of multiple groups of individuals’. Spillane (2006) telah memberi
gambaran yang kotemporari tentang teori kepimpinan distributif. Sebagai salah seorang
penyokong kepimpinan distributif, kajiannya banyak dipengaruhi oleh distributed cognition dan
activity theory. Hasil kajian beliau menyifatkan pandangan terkini tentang asas aktiviti
kepimpinan distributif adalah hubungan dan interaksi sosial dalam sesebuah organisasi.
Di negara Barat, perubahan kepada decentralization of schools adalah berkaitan dengan prestasi
sekolah dan bagaimana sekolah boleh meningkatkan prestasi mereka.Berdasarkan artikel jurnal
ini, penyelidik telah membuat kajian ke atas 10 buah sekolah dari pelbagai daerah . Penyelidik
telah mendapat maklumbalas dalam mengenalpasti kejayaan sesebuah organisasi khususnya
dalam bidang pendidikan;
a. Komitmen terhadap sekolah dan mencipta perubahan ; setiap pemimpin harus ada komitmen
yang tinggi bagi mencapai kemajuan dan kejayaan sesebuah organisasi yang dipimpinnya.
b. Sifat kepunyaan pelajar ; pemimpin harus menerapkan sifat kepunyaan setiap individu dalam
organisasinya. Ini bertujuan supaya mereka bersama-sama memajukan dan menanam sifat
tanggungjawab dalam organisasi terbabit.
c. Kepimpinan distributif ; model kepimpinan bersama di mana seseorang pemimpin dapat
4
AIZAM SIZA BT ZINADIN 761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013
menerima pandangan orang bawahannya dan mengagihkan tugas dalam meningkatkan
pencapaian organisasi.
d. Kerjasama organisasi persekitaran ; kerjasama antara satu sama lain dapat menyumbang atau
membantu dalam menyelesaikan masalah. Perbincangan berterusan antara orang bawahan,
pandangan membantu kemajuan sesebuah organisasi itu.
e. tumpuan pembelajaran; setiap orang dalam sesebuah organisasi memainkan peranan yang
penting .Sokongan daripada mereka amat diperlukan dalam memperoleh kejayaan bersama.
f. kepercayaan dalam hubungan; Elemen penting dalam aspek kepimpinan adalah membina
hubungan dan kepercayaan di antara satu sama lain. Pemimpin harus mendengar pendapat dan
pandangan orang lain dan mengamalkan komunikasi terbuka.
Maklumbalas dan kajian yang diperoleh ini adalah secara konsepnya menyatakan kesediaan
pemimpin untuk berkongsi kepimpinan dengan orang bawahan secara sukarela membangunkan
kapasiti setiap individu di dalam organisasi. Kepimpinan ini merupakan amalan pemimpin yang
bersedia menyebarluaskan dan mengagihkan tugasan, membuat keputusan, tanggungjawab dan
akauntabiliti.
Selain daripada itu penyelidik juga mendapati hubungkait dan persamaannya dalam persepsi
karektor pimpinan seperti komunikasi yang efektif iaitu kemampuan berkomunikasi secara
berkesan, kecenderungan untuk memimpin iaitu ujikaji sebelum digunapakai, memberi kuasa
atau melatih orang lain menjadi pemimpin dan memberi sokongan.
5
AIZAM SIZA BT ZINADIN 761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013
Kesimpulan
Pelbagai aspek-aspek yang penting dalam kepimpinan distributif dan hubungannya dengan
keberkesanan pengurusan dan kecemerlangan sekolah. Memang tidak dinafikan bahawa gaya
dan tingkah laku kepimpinan berkesan boleh diperolehi melalui kursus dan sebagainya kerana
hakikatnya leaders are not born, leaders can be trained. Namun demikian, tidak semua orang
boleh dilatih untuk menjadi pemimpin yang baik dan berkesan Kecemerlangan dan gaya
kepimpinan adalah bermula dengan pemimpin yang mempunyai kualiti, tret atau ciri peribadi
yang baik. Individu yang mempunyai kualiti peribadi yang baik akan menunjukkan tingkahlaku
dan gaya kepimpinan yang baik, cemerlang, dan berkesan. Justeru itu, kepimpinan distributif
melibatkan semua pihak membuat kerja yang lebih efisien, bermakna dan berkesan.Ia melibatkan
kerjasama dan kepercayaan dan bukannya persaingan serta membuatkan semua orang merasa
bebas untuk mengembangkan dan berkongsi idea-idea baru.
6
AIZAM SIZA BT ZINADIN 761220-14-5428
KEPIMPINAN PENDIDIKAN PPP6013
7